TAJUK : DETIK
TERAKHIR
SEORANG RASUL
Pertandingan Mengarang Puisi Bertemakan
Kerasulan
Sempena Program Maulidur Rasul 1443 H/2021 M
Oleh : Nurul Ain Insyiroh Binti Hasnazar
Kelas : 3 Nilam, SK Mengkuang
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
TAJUK : DETIK TERAKHIR SEORANG RASUL
Detik itu
Detik ke 11 Hijrah
Saat sakitmu menjadi parah
Berjalan perlu dipapah
Ya...detik itulah
Detik terakhir seorang utusan Allah
Tika itu senyummu berseri-seri
Wangi tubuhmu seharum kasturi
Hanya pesanmu kepada kami
Solatlah...Bertaqwalah
Hanya itu mampu lindungi diri
Detik itu jua
Saat usia menginjak enam puluh tiga
Lidah muliamu berkata
''Masukkanlah Aku ke Syurga''
Akhirnya di ribaan isterimu Humaira
Kau pergi jua
Sehingga Kota Madinah
Serasa gelap gelita
SEKIAN,
TERIMA KASIH