COBRAZ MUO RUGBY CLUB
PADANG AWAM PARIT BUGIS,
JALAN SIMPANG SEKOLAH,
83600 SEMERAH, MUAR,
JOHOR DARUL TA’ZIM
TEL : 0197537644
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN & MISI 1
2. VISI 2
3. SIJIL PESURUHJAYA SUKAN 3
4. SENARAI AHLI JAWATANKUASA 4
COBRAZ MUO RUGBY CLUB 5. PROFIIL PENAUNG, PENASIHAT, PRESIDENT DAN
JURULATIH 5 - 12
6. PERLEMBAGAAN KELAB 13 - 29
7. DISINI BERMULA 30 - 32
8. PERASMIAN KELAB 33
9. KEJOHANAN 34 - 37
10. PENCAPAIAN 38
11. PENUTUP KATA 39
i
PENGENALAN, MISI&VISI
COBRAZ MUO RUGBY CLUB PENGENALAN:
Bermula pada tahun 2006 tertubuhnya pasukan ragbi sentuh di Sekolah
Kebangsaan SK Jalan Yusof, Muar. SK Jalan Yusof, juga merupakan salah sebuah
sekolah perintis ragbi sentuh atau ragbi di peringkat sekolah rendah di Daerah
Muar. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai kejayaan diperingkat daerah dan juga
negeri telahpun dicapai. Sejajar dengan impian yang besar bagi melahirkan bakat-
bakat ragbi untuk negara. Jurulatih pasukan ragbi SK Jalan Yusof, Encik Mohd
Dzulkarnain Bin Saim cuba mengorak langkah lebih jauh melalui pendedahan serta
menimba pengalaman di peringkat kebangsaan malah ke peringkat antarabangsa.
Maka, tercetuslah idea untuk menubuhkan kelab ini. Proses penubuhan kelab ini
telah dirangka pada awal bulan Mei 2016. Mesyuarat agung yang pertama telah
dijalankan pada 4 Mac 2017.Pada tarikh keramat 8 Mei 2017, secara rasminya
kelab ini telah diluluskan pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Maka
dengan mandat kelulusan pendaftaran yang telah diberikan. Kelab Ragbi Cobraz
akan lebih maju serta melembarkan sayapnya dengan kolaborasi-kolaborasi yang
bakal dilaksanakan dengan NRDP, MRU, JRU, kelab-kelab yang sudah ternama,
institut pengajian tinggi, dan juga sekolah-sekolah menengah seperti MRSM
MUAR, SMK Pekan Baru dan lain-lain lagi.
MISI:
Tujuan dan fokus utama kelab ini ditubuhkan adalah;-
1. Memberi pendedahan serta pengalaman pada komuniti kampung pada
sukan ragbi, member peluang kepada anak-anak kampung pengalaman
untuk menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan malah sehingga ke
peringkat antarabangsa dan membuka minda komuniti kampung bahawa
sukan ragbi bukanlah sukan yang merbahaya.
2. Menghasilkan bakat-bakat baru, penyumbang “feeder” pada pasukan ragbi
Negara.
3. Menjadikan kelab ini, dari sebuah kelab yang kecil menjadi salah satu kelab
yang disegani didalam kancah ragbi tempatan mahupun ragbi dunia.
1
VISI: COBRAZ MUO RUGBY CLUB
1. Menjadikan sukan ragbi menjadi satu budaya maju yang mampu menyumbang
ke arah pembangunan sukan Negara dalam usaha melajirkan bakat-bakat
ragbi terbaik bermula dari peringkat akar umbi.
2. Menjadikan kelab ini sebagai satu institusi yang dapat menyumbangkan dari
segi peluang pekerjaan, sosio ekonomi serta dapat melonjakkan ekonomi
komuniti setempat.
3. Institusi ini juga bukan sekadar berpusatkan hanya pada sukan malah dapat
member impak dari segi ilmiah, ekonomikal, ergonomikal, serta dapat
melonjakkan sukan yang lain.
2
SIJIPL EPMESNUADRLAUAFYHTSAJAIRAYAANSUKAN
SIJIL PENDAFTARAN PESURUHJAYA SUKAN COBRAZ MUO RUGBY CLUB
MALAYSIA
3
SENJAAWRAAITAAHNLIKUASA KELAB
SENARAI AHLI
JAWATANKUASA KELAB
Penaung – YAB Dato’ Razali Bin Ibrahim
(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Penasihat – Encik Nordin Bin Kastor
Presiden – Encik Mohd Dzulkarnain Bin Saim
Timbalan Presiden – En. Mohd Najib Bin Tamjis
Setiausaha – Puan Siti Zanariah Bt Mohd Kasah
Penolong Setiausaha – Encik Rozaimi Bin Dato’ Baharin
Bendahari – Encik Mohd Iszal Bin Baharum
Penolong Bendahari – En. Mohd Aris Bin Masri
Ahli-Ahli Jawatankuasa
Encik Bukhary Bin Ahmad
Encik Zailani Bin Rais
Encik Roslin Bin Misron
Encik Nurfaiz Farhan Bin Marhom
Encik Mohd Adnan Bin Mikan
Encik Kamarul Azman Bin Mohamd Madin
Puan Siti Junaina Bt. Kamal
Encik Rosli Bin Kiman
Puan Sarimah Bt.Abdul Razak
Encik Mustapa Bin Madon
Puan Suhaila Bt. Senan
Puan Hani Zayani Bt. Mian
Encik Rosmadi Bin Sarji
Encik Amin Bin Salim
Puan Rozihanina Bt.Jamiran
Encik Roswari Bin Dato’ Baharin
Encik Muizzudin Yahya
Encik Muhammad Akmal Hakim Bin Omar
Encik Zulkifli Bin Baharum
Encik Mohd Wahidi Bin Tuhimin
Juru Audit Dalaman – Encik Zainuddin Bin Basir
4
PROPEFINL APESNIHAUANTG DAN
Y. BHG. DATO' RAZALI
BIN HAJI IBRAHIM
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tarikh Lahir: 14 October 1970
Umur: 45 Tahun
Tempat Lahir: Seri Menanti, Muar, Johor
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Status Perkahwinan: Berkahwin (2 anak)
Nama Isteri: Melissa Shireen Munshir
Pekerjaan / Occupation:
Ahli Parliamen & Peguam
Jawatan yang dipegang terdahulu:
Timbalan Menteri, Kementerian Belia & Sukan
Pendidikan:
• Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Kebun Teh, Johor Bahru
• Sekolah Kebangsaan TLDM Lumut, Perak
• Maktab Rendah Sains MARA Terendak, Kem Terendak Melaka
• Law Matriculation, Universiti Kebangsaan Malaysia
• Law Faculty, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kelulusan:
• 1994 : LL.B (Hons), Universiti Kebangsaan Malaysia
• 1995 : Called to the Malaysian Bar
Pengalaman Kerja (Guaman):
• Mei 1993 : Practical in the High Court of Muar, Johor
• Chambered in Messrs Lee Hishammudin (Advocates & Solicitors)
• Legal Assistant with Messrs Lee Hishammudin (Advocates & Solicitors)
Pengalaman Kerja (Bukan Guaman):
• Southern Hub Sdn Bhd - Director
• Gabungan Mayang Sdn Bhd - Director
• Elco Technologies Sdn Bhd - Director
• Menteri Belia dan Sukan - Private Secretary
• SP Setia Berhad - Director
• Ancom Crop Care Sdn Bhd - Director
5
COBRAZ MUO RUGBY CLUB • Voyage Route (M) Sdn Bhd - Director
• Prinsip Cergass (M) Sdn Bhd - Director
Politik Semasa:
• Supreme Council Member of UMNO Malaysia (2009)
• UMNO Head of Muar Division, Johor (2013)
• Treasurer of UMNO Seri Impian Branch, Muar Division, Johor (1999)
Terdahulu:
• 2009-2013 : UMNO Deputy Youth Chief of Malaysia
• 2004-2009 : UMNO Youth Head for State of Johor
• 2004-2013 : UMNO Youth Head of Muar Division, Johor
• 2004-2013 : Chairman of Youth & Sports Bureau of UMNO Muar
Division, Johor
• 2001-2004 : Chairman of Sports Bureau of UMNO Muar Division
• 2000-2004 :Treasurer of UMNO Muar Division
• 1999-2004 : Deputy Youth of UMNO Seri Impian Branch
• 1995-1996 : Member of Student Affairs Bureau UMNO Youth Malaysia
• 1994-1996 : Member of Economic Bureau UMNO Youth Malaysia
• 1996-1999 : Member of International Council UMNO Youth Malaysia
• 1996-1999 : Member of Training Bureau UMNO Youth Malaysia
6
EN NORDIN BIN KASTOR
Tarikh Lahir: 23 Mei 1963
Umur: 54 Tahun
Status: Berkahwin
Pendidikan:
• Sekolah Rendah SK Parit No.5, Muar
• Sekolah Menengah SMK Pekan Baru,
Muar (Tingkatan 1-3)
• Sekolah Menengah SMK Semerah, Muar
(Tingkatan 4-5)
• Maktab Perguruan Ipoh (1984-1986)
Pekerjaan
1. SKLKTP CHINI,TIMUR 1, PEKAN, PAHANG
2. SK JALAN YUSOF, MUAR
3. SKLKTP SENING, KOTA TINGGI
4. SK PARIT NO. 5, MUAR
5. SK AYER HITAM BT. 18, MUAR
6. SK JALAN YUSOF, MUAR – GURU BESAR
Latar Belakang Sukan
1. Olahraga – 400 M Berpagar, 110 M Berpagar
2. Bolasepak – Peringkat Pekan Pahang
3. Jurulatih Olahraga MSSJ
4. Jurulatih Pendidikan Luar JPNJ
5. Setiausaha Sukan MSSD Zon Parit Jawa
7
PROPRFIELSFIODUENND&ERC, OACHES
ENCIK MOHD
DZULKARNAIN BIN SAIM
Tarikh Lahir: 21.08.1980
Umur: 37 tahun
Status: Berkahwin (3 org anak lelaki)
Tempat Lahir: Hospital Besar Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Pendidikan
1. Sekolah Rendah di SK La Salle, Brickfields.
2. SMK Victoria dan SMK La Salle, Brickfields.
3. Diploma dari Stamford College,
4. (Kuala Lumpur pada tahun 2000)
5. Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. (2003)
Pekerjaan
1. 2000 – 2003 – Bank Negara Malaysia,Kuala Lumpur.
2. 2006 – sekarang – Guru SK Jln Yusof,Muar.
Latar Belakang Sukan
1. 1999 – 2000 - Pemain Bolasepak Kuala Lumpur di dalam Liga Simpanan.
2. 1999 – 2000 - Bermain bersama Cobra
3. 2003 – 2004 - Bermain bersama NS Wanderes
4. 2006 - 2008 - Bermain satu perlawanan bersama Muar Musketeers
5. 2006 –kini - Jurulatih Kelab Ragbi Cobraz
6. 2017 - Mendapat Sijil Level 1 Coaching & Strength and Conitioning dari
MRU & World Rugby Union
8
MOHD ISZAL BIN
BAHARUM
Tarikh Lahir: 28.06.1987
Umur: 30 tahun
Status: Bujang
Tempat Lahir: Hospital Batu Pahat, Johor.
Pendidikan
1. Sekolah rendah di SK Seri Separap.
2. SMK Dato Onn.Pada tahun 2005
3. Ijazah Sarjana Muda di Institut Pendidikan
Guru Kampus Temenggong Ibrahim
(Sains dan Pendidikan Jasmani).
Pekerjaan
1. 2011 – 2012 – Guru SK Kampung Baru Kapit, Sarawak
2. 2013 – 2014 – Guru SK Nanga Medamit, Limbang, Sarawak .
3. 2014 – sekarang – Guru SK Jalan Yusof,Muar, Johor.
Latar belakang sukan
1. 2003 – Lulus ujian Jurulatih Perguruan Seni Silat Gabungan Gerak Panca
(PSSGP)
2. 2002 -2006 – Bergiat aktif dalam beberapa perguruan seni sila seperti
Seni Silat Gayung Malaysia
3. 2017 – Lulus Kursus Kejurulatihan Ragbi Level 1
4. 2017 – Kini – Jurulatih Kelab Ragbi Cobraz Muar
9
EN BUKHARY BIN AHMAD
Tarikh Lahir: 09.08.1987
Umur: 30 tahun
Status: Bujang
Tempat Lahir: Hospital Besar Alor Setar,
Kedah.
Pendidikan
1. Sekolah rendah di SK Mergong.
2. SMT Balik Pulau.
3. Sijil di Politeknik Sultan Abdul Halim
(POLIMAS) Teknologi Maklumat (2005)
Pekerjaan
1. 2008 – 2016 – Juruteknik Komputer di SK Jalan Yusof,Muar.
2. 2016 – Sekarang – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Jalan
Yusof, Muar.
Latar belakang sukan
1. 2017 – Lulus Kursus Kejurulatihan Ragbi Level 1
2. 2017 - Kini – Jurulatih Kelab Ragbi Cobraz Muar
10
NOOR AMIN BIN RAMLAN
Tarikh Lahir: 8/2/1985
Umur: 30 tahun
Status: Bujang
Tempat Lahir: Hospital Kota tinggi, Johor.
Pendidikan
1. Sekolah Sukan Bandar Penawar
2. Universiti Malaya (Matematik)
Latar belakang sukan
Sebagai Pemain
1. Johan Liga Johor 2010&2011 (Muar Musketeers)
2. Johan Liga Johor 2014 (Pengerang Nomad)
3. Naib Johan Liga Johor 2016(Iskandar Troopers)
4. Wakil Johor (Iskandar Troopers) Ke Liga Ragbi Malaysia Div 1 2017
Sebagai Jurulatih
1. 2013 Naib Johan Mssj B18
2. 2010-2017 Johan Mssd Muar
3. 2015 Ketiga Mssj B15
4. 2017 Ketiga Mrsm Premier 10S B17
5. Ketiga Sirkit Ragbi Johor 10S B16
11
MUHAMMAD SHARIZAN
BIN ABD RAZAK
Tarikh Lahir: 28 JUN 1992
Umur: 30 tahun
Status: Bujang
Tempat Lahir: Hospital Besar Alor Setar,
Kedah.
Pendidikan
1. Sk Orang Kaya Ali,
2. Smk Pekan Baru,Muar
3. Ipg Tun Hussein Onn Batu Pahat
Pekerjaan
1. 2017 – SK PARIT NAWI, MUAR
Latar belakang sukan
1. Mewakili Ipg Dalam Sukan Rugbi
12
PERLEMBAGAAN KELAB
PERLEMBAGAAN COBRAZ MUO RUGBY CLUB
KELAB RAGBI COBRAZ MUO / COBRAZ MUO RUGBY CLUB
FASAL 1. NAMA
Badan Sukan ini dikenali dengan nama Kelab Ragbi Cobraz Muo (Cobraz
Muo Rugby Club/ CMRC)atau ringkasnya disebut sebagai KELAB di dalam
Perlembagaan ini.
FASAL 2. ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
2.1Alamat Berdaftar
Alamat berdaftar termasuk alamat tempat urusan, surat menyurat dan
operasi badan sukan Kelab ialah Padang Awam Parit Bugis, Simpang
Sekolah, 83600 Semerah.
2.2 Alamat berdaftar ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa
Induk Kelab dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran
bertulis daripada Pesuruhjaya. Perubahan alamat berdaftar hendaklah
dimaklumkan kepada badan gabungannya di semua peringkat yang terlibat.
FASAL 3. DEFINISI
3.1 KELAB bermakna Kelab Ragbi Cobraz Muo (Cobraz Muo Rugby
Club).
3.2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang
diadakan oleh kelab ini pada tiap-tiap dua tahun seperti yang disebutkan
dalam Fasal 14 perlembagaan ini.
3.3 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA bermakna mesyuarat yang
diadakan oleh Kelab ini seperti yang disebut dalam Fasal 16 perlembagaan
ini.
3.4 JAWATANKUASA INDUK bermakna jawatankuasa tertinggi yang
mentadbir perjalanan Kelab dan hendaklah mempunyai kuasa eksekutif
dalam menggubal dan melaksanakan dasar-dasar Kelab yang disebut dalam
Fasal 17 perlembagaan ini.
3.5 JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk atau
dilantik di bawah perlembagaan ini mengikut Fasal 21.
3.6 PEGAWAI bermakna semua Ahli Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa-
Jawatankuasa dan mana-mana orang yang diberikan kuasa untuk
menjalankan tugas dan fungsi kelab.
3.7 PEMEGANG JAWATAN bermakna mana-mana orang yang dipilih atau
13
COBRAZ MUO RUGBY CLUB dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan atau dilantik oleh Presiden
atau Jawatankuasa Induk Kelab.
3.8 PEJABAT bermakna alamat berdaftar kelabseperti yang ditetapkan
dalam Fasal 2 Perlembagaan ini.
3.9 AHLI KELAB bermakna ahli yang disebutkan dalam Fasal 6
Perlembagaan ini.
3.10 PESURUHJAYA bermakna Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah
Seksyen 10 Akta Pembangunan Sukan 1997.
FASAL 4. OBJEKTIF DAN FUNGSI
4.1 Objektif Kelab antaranya seperti berikut:
(a) Untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan sukan ragbi dalam kalangan ahli-ahli;
(b) Untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukanragbi di
peringkat kelab;
(c) Untuk memilih atlet bagi mewakili kelab dalam mana-mana
pertandingan sukan ragbi dan
(d) Untuk bergabung dengan badan perwakilan di peringkat daerah.
4.2 Fungsi Kelab antaranya seperti berikut:
(a) Bertindak sebagai badan yang mengendali, mempromosi dan mengurus
sukan ragbi di peringkat kelab;
(b) Mewujudkan dan memberi kesedaran ke atas kepentingan peraturan
dan undang-undang sukan ragbi dalam kalangan ahli-ahli;
(c) Mengendali kursus dan latihan berkaitan sukan ragbi dalam kalangan
ahli-ahli;
(d) Menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah
pertandingan bagi sukan ragbi diperingkat kelab. Bagi penganjuran di
peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa kelab hendaklah
mendapat kelulusan daripada badan pengelola/perwakilan;
(e)Menyelesaikan isu-isu dan konflik dalaman yang melibatkan ahli;
(f)Mengekalkan hubungan baik dengan badan pengelolanya/perwakilan dan
persatuan-persatuan sukan atau agensi yang lain;
(g) Memastikan prosedur pemilihan bagi mewakili kelab ke pertandingan-
pertandingkan yang disertai adalah terbuka dan adil;
(h) Memastikan bahawa setiap program dan aktiviti hendaklah
berlandaskan perlembagaan ini dan peraturan-peraturan di bawahnya;
(i) Memastikan perlembagaan dan peraturan kelabdipatuhi dan diikuti
14
oleh semua ahli; COBRAZ MUO RUGBY CLUB
(j) Memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit bagi
tahun kewangan sebelumnya disediakan;
(k) Memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan bagi
menambah kewangan Kelab tidak bercanggah dengan undang-undang
negara; dan
(l) Memastikan semua keuntungan yang diperolehi oleh kelab melalui
apa-apa perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk
meningkatkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat kelab
ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang pembayaran gaji
atau perbelanjaan kepada ahli atau pekerja kelab ini. Kelab juga boleh
menubuhkan syarikat perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan
syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan
Kelab.
FASAL 5. LOGO / LAMBANG
Logo/lambang Kelab ini ialah seperti berikut:
Keterangan:
1.1 Ular Cobra berwarna merah,putih,kelabu dan hitam disusun atur
sempurna didalam perisai berbentuk bola ragbi.
1.2 Ikon grafik bola ragbi bergaris luar kelabu disusun sempurna.
1.3 Kapsyen CobrazMuo disusun melengkungi atas bola ragbi adalah nama
pertubuhan Cobraz Rugby Club.
1.4 Kapsyen Ragbi Kelab disusun melengkung di bawah bola bagi
menandakan lokasi dan vanue pusat kecemerlangan dan aktiviti-aktiviti
kelab.
15
COBRAZ MUO RUGBY CLUB FASAL 6. KEAHLIAN
Keahlian Kelab ini terbahagi kepada kategori berikut:
6.1 Ahli Individu
Terdiri daripada Individu-individu dalam kalangan ibu, bapa atau penjaga
bagi pemain-pemain (atlet) ragbi kelab.
6.2 Ahli Atlet
6.2.1Terdiri daipada Individu-individu yang merupakan pemain kelab
berumur daripada 4 (empat) hingga 17 (tujuh belas) tahun serta harus
mendapat kebenaran bertulis daripada ibu, bapa atau penjaga.
6.2.2 Terdiri daripada individu yang merupakan pemain kelab berumur 18
(lapan belas) hingga 65 (enam lima) tahun perlu mendapatkan kelulusan
dari pihak pengurusan kelab.
FASAL 7. YURAN KEAHLIAN
7.1 Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan
kepada bendahari kelab seperti berikut :
BIL JENIS KEAHLIAN YURAN YURAN TAHUNAN
PENDAFTARAN RM50 /keluarga
RM20 Ibu/Bapa/
1 Ahli Individu Penjaga
2 Ahli Atlet RM20 seorang RM10 seorang
7.2 Yuran keahlian atlet dan pemain hendaklah dibayar tidak lewat
daripada minggu ketiga mengikuti latihan bersama-sama pasukan Kelab.
7.3 Yuran Individu adalah bagi ketua keluarga dan hanya dibayar oleh
seorang sahaja.
7.4 Nombor pendaftaran ahli adalah mengikut jumlah individu yang
didaftarkan iaitu ibu, bapa atau penjaga bagi atlet itu.
7.5 Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-
tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang
berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan
7.6 Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh 3 (tiga)
tahun menyebabkan keahliannya terbatal.
7.7 Mana-mana ahli yang telah dibatalkan keahliannya dan ingin menjadi
16
ahli semula, hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan COBRAZ MUO RUGBY CLUB
menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran tahunan dan penalti
sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia: Satu ratus Sahaja) Penerimaan
keahlian ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.
FASAL 8. PERMOHONAN MENJADI AHLI
8.1 Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan
mengisi borang dan dikemukakan kepada Setiausaha. Jawatankuasa Induk
boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan.
8.2 Sekiranya permohonan menjadi ahli ditolak, sebab-sebab penolakan
hendaklah dikemukakan kepada pemohon secara bertulis.
FASAL 9. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI
9.1 Semua ahli mempunyai hak dan kesitimewaan seperti berikut:
(a) Berhak untuk menyertai segala kegiatan yang dianjurkan oleh kelab ini;
(b) Berhak menerima dengan percuma satu salinan perlembagaan kelab
semasa pendaftaran dan diberi sekali sekali sahaja; dan
(c)Berhak menggunakan kemudahan dan premis kelab ini tertakluk kepada
peraturan yang ditetapkan.
9.2 Tiap-tiap ahli hendaklah mengakui dan bersetuju untuk mematuhi:
(a) Perlembagaan, undang-undang dan peraturan-peraturan termasuk
peraturan-peraturan kecil, amalan-amalan terbaik yang diterimapakai oleh
badan-badan sukan di peringkat tempatan dan antarabangsa;
(b) Segala bidang kuasa kelab sukan ini; dan
(c) Segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan sukan ini.
FASAL 10. HAKMENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG
10.1 Ahli Individu
Semua ahli individu yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Februari
tahun tersebut berhak untuk mengundi dan diundi dalam Mesyuarat
Agung Tahunan.
10.2 Ahli Pemain
Semua ahli attlet yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Februari
tahun tersebut berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan tetapi
tidak boleh mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut.
17
COBRAZ MUO RUGBY CLUB FASAL 11.PERWAKILAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
11.1 Setiap ahli berhak untuk hadir ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
11.1 Nama-nama ahli hendaklah disampaikan secara bertulis kepada
Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung
Tahunan diadakan.
FASAL 12.DISIPLIN AHLI, PEGAWAI DAN PEMEGANG
JAWATAN
Jawatankuasa Tatatertib setelah mendapati mana-mana ahli, pegawai dan
pemegang jawatan:
(a) telah melanggar, gagal, enggan, atau tidak mematuhi mana-mana
peraturan dan undang-undang termasuk gagal memenuhi komitmen
sebagai ahli sepertimana Fasal 9.2;
(b) bertindak secara tidak wajar atau memudaratkan kelab dan
kepentingannya; dan tidak selari dengan matlamat kelab dan sukan itu
sendiri; dan
(c) membawa keaiban kepada kelab, ahli kelab, sukan itu sendiri dan
negara. Boleh memulakan prosiding disiplin terhadap ahli, pegawai atau
pemegang jawatan tersebut tertakluk kepada kuasa, prosedur disiplin yang
ditetapkan oleh Jawatnkuasa Induk. Ahli, pegawai dan pemegang jawatan
yang terlibat, berhak untuk mendapat keadilan semulajadi (natural justice).
FASAL 13.PEMBERHENTIAN, PENGGANTUNGAN DAN
PEMECATAN AHLI/PEGAWAI DAN PEMEGANG JAWATAN
13.1 Mana-mana ahli atau pemegang jawatan yang membuat permohonan
bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan
oleh Jawatankuasa Induk adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi
ahli kelab.
13.2 Penggantungan atau pemecatan ahli atau pemegang jawatan boleh
dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib setelah melalui proses keadilan
semulajadi.
13.3 Pemberhentian atau pemecatan mana-mana pegawai atau pemegang
jawatan yang dilantik oleh Presiden atau Jawatankuasa Induk adalah
tertakluk kepada syarat-syarat dalam perlantikannya.
13.4 Setiap ahli atau pemegang jawatan yang didapati menjalankan sesuatu
kegiatan yang bertentangan dengan perlembagaan kelab boleh dipecat
atau digantung keahliannya atau jawatannya bagi tempoh sebagaimana
18
yang difikirkan munasabah. Surat tunjuk sebab hendaklah dikemukakan COBRAZ MUO RUGBY CLUB
kepada ahli atau pemegang jawatan tersebut sebelum tindakan pemecatan
atau penggantungannya dibuat.
13.5 Penggantungan atau pemecatan itu hendaklah berkuatkuasa pada
tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib.
13.6 Mana-mana ahli, pegawai atau pemegang jawatan yang keahliannya
dipecat atau jawatannya digantung boleh mengemukakan rayuan kepada
Jawatankuasa Induk dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh
keputusan Jawatankuasa Tatatertib.
13.7 Jawatankuasa Induk mempunyai kuasa sama ada untuk menerima,
menolak atau membuat apa-apa keputusan lain yang telah dibuat oleh
Jawatankuasa Tatatertib dan keputusan Jawatankuasa Induk adalah
muktamad.
FASAL 14. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
14.1 Mesyuarat Agung Tahunan ialah mesyuarat yang dihadiri oleh semua
ahli kelab. Ia merupakan kuasa perundangan tertinggi untuk membuat
keputusan.
14.2 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari 31
Mei tiap tahun sekali.
14.3 Jika Kelab gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya mengikut
tempoh yang ditetapkan dalam fasal 14.2 dan 14.7, kelab hendaklah
merujuk kepada Pesuruhjaya untuk pelanjutan masa bagi mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan itu.
14.4 Pemilihan Ahlijawatankuasa hanya akan berlaku dalam tempuh 2
(dua) tahun sekali sahaja.
14.4 Notis Mesyuarat Agung Tahunan
(a) Dua (2) notis Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar secara
bertulis sama ada melalui fax, e-mail, surat berdaftar atau serahan tangan.
(b) Notis pertama hendaklah dihantar kepada setiap ahli sekurang-
kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan
yang menyatakan perkara-perkara berikut:
(i) Tarikh
(ii) Hari
(iii) Masa
(iv) Tempat Mesyuarat diadakan
(c) Notis kedua hendaklah dikeluarkan kepada setiap ahli sekurang-
19
COBRAZ MUO RUGBY CLUB kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung
Tahunan yang disertakan dengan perkara-perkara berikut;
(i) Agenda
(ii) Laporan aktiviti
(iii) Laporan kewangan
(iv) Borang maklumat perwakilan ke Mesyuarat Agung
(v) Borang pencalonan (jika berkenaan)
(vi) Borang permintaan usul daripada ahli untuk dibawa dalam
Mesyuarat Agung Tahunan .
(d) Borang pencalonan (jika berkenaan) dan borang maklumat
perwakilan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada
Setiausaha sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan.
14. 5 Usul
(a) Semua usul yang hendak dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan
hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha sekurang-
kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung
Tahunan.
(b) Jika usul ditolak oleh Jawatankuasa Induk, usul tersebut atau usul baru
yang mempunyai maksud yang sama tidak boleh dikemukakan semula.
Usul tersebut hanya boleh dikemukakan semula selepas enam (6) bulan
dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan itu.
14.6 Korum
(a) Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang dari
satu perdua (1/2) daripada bilangan keahlian yang layak mengundi.
(b) Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari masa yang
ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru
dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh mesyuarat itu.
(c) Sekiranya korum masih tidak mencukupi pada mesyuarat yang ditunda
itu maka ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan mesyuarat tetapi tidak
boleh meminda perlembagaan dan membuat apa-apa keputusan berkaitan
dengan kepentingan ahli .
14.7 Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan.
(a) Mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan yang ditangguhkan selain
daripada perkara 14.3, Pengerusi boleh dengan persetujuan dua pertiga
(2/3) daripada ahli mesyuarat yang berhak mengundi, menangguh
20
mesyuarat kepada masa dan tempat yang lain. COBRAZ MUO RUGBY CLUB
(b) Sekiranya Mesyuarat Agung Tahunan ditangguhkan dalam tempoh
tidak melebihi tiga puluh (30) hari, mesyuarat itu boleh disambung tanpa
mengeluarkan notis mesyuarat yang baru.Walau bagaimanapun tiada
perkara baru boleh dibincangkan selain dari apa yang telah dinyatakan
dalam agenda. Ia hanya untuk menyelesaikan agenda mesyuarat terdahulu
yang masih belum selesai.
(c) Jika mesyuarat itu ditangguhkan melebihi daripada tiga puluh (30)
hari, notis mesyuarat baru hendaklah dikeluarkan sama seperti notis
asal menurut Fasal 14.4.Walau bagaimanapun tiada perkara baru boleh
dibincangkan selain dari apa yang telah dinyatakan dalam agenda. Ia hanya
untuk menyelesaikan agenda mesyuarat terdahulu yang masih belum
selesai.
14.8 Pengendalian Mesyuarat Agung Tahunan
Apa-apa perkara yang berbangkit semasa Mesyuarat Agung Tahunan
berkaitan dengan agenda mesyuarat, prosedur dan tatacara pengendalian
mesyuarat hendaklah dirujuk kepada pengerusi mesyuarat yang
keputusannya adalah muktamad.
14.9 Kaedah Mengundi Dan Keputusan
14.9.1 Apa-apa keputusan yang memerlukan pengundian, pengundian
hendaklah dibuat dengan cara:
(a) mengangkat tangan; atau
(b) jika diminta oleh:
(i) Presiden dengan persetujuan majoriti ahli mesyuarat; atau
(ii) satu perdua (1/2) daripada ahli Mesyuarat yang berhak mengundi.
menggunakan kertas undian tertutup.
14.9.2 Keputusan undian tersebut hendaklah diisytiharkan oleh
Presiden sebaik sahaja proses pengiraan selesai dan keputusan itu
hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat.
14.10 Penghantaran Dokumen dan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan
(a) Setiausaha hendaklah menghantar setiap minit Mesyuarat Agung
Tahunan yang belum disahkan kepada ahli-ahli dalam tempoh tiga puluh
(30) hari dari tarikh mesyuarat itu diadakan.
(b) Setiausaha hendaklah menyerahkan kepada Pesuruhjaya dokumen-
dokumen yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya dalam tempoh tiga puluh (30)
21
COBRAZ MUO RUGBY CLUB hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan. Dokumen-dokumen tersebut
ialah:
(i) Borang PT1/PT2;
(ii) Minit Mesyuarat Jawatankuasa yang menetapkan Mesyuarat Agung
Tahunan;
(iii) Notis (merujuk fasal 14.4);
(iv) Minit Mesyuarat Agung Tahunan;
(v) Senarai Ahli Jawatankuasa Induk terkini;
(vi) Laporan Aktiviti Tahunan;
(vii) Laporan Kewangan Tahunan;
(viii) Senarai Ahli Induk terkini; dan
(ix) dokumen-dokumen lain seperti yang diarahkan oleh Pesuruhjaya.
FASAL 15. AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara-
perkara seperti berikut :
(a) menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan
sebelumnya;
(b) menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa berkenaan kegiatan
kelab sepanjang tahun sebelumnya;
(c) menerima dan meluluskan laporan Bendahari dan Penyata Kewangan
yang telah diaudit bagi tahun sebelumnya;
(d) pemilihan Ahli Jawatankuasa Induk (jika berkenaan – dua tahun sekali);
dan
(e) hal-hal lain yang berkaitan.
FASAL 16. MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA
16.1 Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan dalam keadaan berikut:
(a) dengan kehendak Presiden;
(b) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Induk; atau
(c) atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada separuh (1/2)
jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menyatakan tujuan-tujuan dan
sebab-sebabnya.
16.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta hendaklah diadakan dalam
tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
16.3 Setiausaha hendaklah mengedarkan notis pemberitahuan dan
agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa kepada semua ahli sekurang-
22
kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk COBRAZ MUO RUGBY CLUB
bermesyuarat.
16.4 Korum Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah sama dengan korum
Mesyuarat Agung Tahunan. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas
setengah (1/2) jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat itu
maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan pada hari, masa dan tempat
yang sama pada minggu berikut atau pada hari, masa dan tempat yang
ditetapkan oleh Presiden dan jika korum masih tidak mencukupi pada
mesyuarat yang ditangguhkan itu selepas setengah jam daripada masa yang
ditetapkan maka mesyurat itu terbatal.
16.5 Tiada pemilihan Jawatankuasa Induk boleh diadakan semasa
Mesyuarat Agung Luar Biasa.
FASAL 17. JAWATANKUASA INDUK
17.1 Jawatankuasa Induk Kelab hendaklah terdiri daripada :
(a) seorang Presiden
(b) seorang Timbalan Presiden
(c) seorang Setiausaha
(d) seorang Penolong Bendahari
(e) seorang Bendahari
(f) lima (5) orang Ahli Jawatankuasa
17.2 Jawatankuasa Induk hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung
Tahunan dan memegang jawatan untuk tempoh selama 2 (dua) tahun.
17.3 Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Indukdan dalam
Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) berumur lapan belas (18) tahun ke atas;
(c) bukan seorang yang muflis;
(d) tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh mana-mana badan sukan
dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu;
(e) tidak disabitkan kesalahan jenayah atau sivil dengan denda tidak kurang
daripada RM2,000 dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu; dan
(f) sempurna akal.
17.4 Mana-mana pemegang jawatan yang disabitkan dengan suatu
kesalahan di
Mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah terlucut jawatannya
dengan serta-merta.
17.5 Sekiranya terdapat kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa Induk
23
COBRAZ MUO RUGBY CLUB yang disebabkan pemegang jawatannya telah melepaskan jawatan atau
telah meninggal dunia, calon yang mendapat undi kedua terbanyak semasa
pemilihan Jawatankuasa Induk yang lepas adalah dengan sendirinya layak
untuk memegang jawatan tersebut. Jika tiada calon yang sedemikian atau
calon itu menolak tawaran jawatan itu, pemilihan bagi mengisi kekosongan
tersebut perlu dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan
datang.
FASAL 18.TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK
18.1 Tugas-tugas Jawatankuasa Induk antaranya adalah seperti berikut:
(a) menubuh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil;
(b) melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil;
(c) menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung
Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa;
(d) mengurus dan mentadbir kelab secara teratur;
(e) merancang, melaksana dan menilai program kelab;
(f) mengkaji dan mencadangkan program-program dan perbelanjaan yang
berkaitan;
(g) meluluskan atau meminda peraturan-peraturan untuk di bahas dalam
Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa;
(h) menimbang rayuan ke atas keputusan Jawatankuasa Tatatertib;
(i) memantau dan memastikan semua ahli, pegawai dan pemegang jawatan
mematuhi perlembagaannya dan peraturan-peraturan yang ditetapkan
kelab ini;
(j) melantik dan mengisi mana-mana jawatan kosong yang bergaji;
(k) membangun dan merangka pelan strategik pembangunan sukan
berkenaan di peringkat kelab;
(l) mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pemegang jawatan
yang melanggar perlembagaan dan peraturan kelab;
(m) menimbang permohonan menjadi ahli kelab; dan
(n) menyelesaikan apa-apa masalah pelanggaran peraturan, peraturan
kecil, dan disiplin dalam kalangan pegawai, pemegang jawatan dan ahli
melalui prosedur-prosedur yang ditetapkan.
FASAL 19. TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK
19.1 Presiden
Presiden dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi dalam
24
semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan bertanggungjawab atas COBRAZ MUO RUGBY CLUB
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.
19.2 Timbalan Presiden
Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden melaksanakan
tanggungjawab menguruskan pentadbiran kelab. Dia hendaklah memangku
dan melaksanakan tanggungjawab Presiden selama ketiadaan Presiden.
19.3 Setiausaha
Setiausaha bertanggungjawab dalam segala pengurusan dan pentadbiran
kelab mengikut Perlembagaan dan menjalankan arahan-arahan Mesyuarat
Agung atau Jawatankuasa Induk. Beliau bertanggungjawab mengenai surat-
menyurat, menyimpan apa-apa dokumen seperti buku, surat dan kertas
kecuali buku kira-kira dan buku kewangan. Dia hendaklah hadir dalam
semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat.
19.4 Bendahari
Bendahari hendaklah membuat kutipan yuran keahlian dan menyimpan
buku kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab
di atas ketepatannya.
FASAL 20. MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK
20.1 Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya
sekali dalam masa tiga (3) bulan. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah
diedarkan kepada ahli-ahli dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh
mesyuarat. Presiden dengan bersendirian atau satu pertiga (1/3) ahli
jawatankuasa secara bersama boleh memanggil Mesyuarat Jawatankuasa
Induk pada bila-bila masa.
20.2 Korum mesyuarat Jawatankuasa Induk hendaklah tidak kurang
daripada satu perdua(1/2) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Induk.
FASAL 21. JAWATANKUASA -JAWATANKUASA KECIL
21.1 Jawatankuasa Induk boleh menubuhkan jawatankuasa yang dirasakan
perlu untuk membantu perjalanan Kelab seperti berikut:
(a) Jawatankuasa Kewangan;
(b) Jawatankuasa Tatatertib; dan
(c) Jawatankuasa-Jawatankuasa lain yang difikirkan perlu.
25
COBRAZ MUO RUGBY CLUB 21.2 Tugas Pengerusi Jawatankuasa Kecil
Pengerusi Jawatankuasa Kecil hendaklah menjalankan tugas seperti yang
diarahkan oleh Jawatankuasa Induk.
21.3 Tugas Jawatankuasa Kecil
(a) Jawatankuasa Kewangan
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mencari sumber pendapatan kelab
seperti tajaan, bantuan dari kerajaan, derma atau cara-cara lain yang sah
dari segi undang-undang kelab dan undang-undang negara.
(b) Jawatankuasa Tatatertib
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memutuskan kes-kes berhubung
salah laku ahli termasuk individu dan pemegang jawatan; dan menentukan
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pihak yang telah dikenakan
tindakan.
FASAL 22. KEWANGAN
22.1 Sumber kewangan Kelab boleh diperoleh melalui:
(a) yuran tahunan dan penalti kemasukan semula ahli;
(b) derma dan tajaan;
(c) bantuan dari kerajaan atau badan-badan yang dibenarkan;
(d) hasil-hasil perniagaan kelab; dan
(e) sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang negara.
22.2. Pendapatan kelab yang diperolehI hendaklah digunakan untuk
mencapai objektif seperti yang disebut dalam perlembagaan Fasal 4.1.
22.3 Semua cek atau baucer pembayaran kelab hendaklah ditandatangani
oleh Bendahari dan Presiden atau Setiausaha.
22.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM3000.00 bagi sesuatu masa
tidak boleh dibuat tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa
Induk.
22.5 Perbelanjaan kurang daripada RM3000.00 bagi sesuatu masa boleh
dibuat tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk.
22.6 Perbelanjaan melebihi daripada RM30000.00 bagi sesuatu masa
hendaklah mendapat kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat
Agung Luar Biasa .
22.7 Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak lebih daripada
RM3000.00 dalam sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu
mesti dimasukkan ke dalam akaun kelab.
22.8 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi setahun hendaklah
disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit dalam tempoh
26
tiga puluh (30) hari setelah tamat tahun kewangan. Penyata Pendapatan COBRAZ MUO RUGBY CLUB
dan Perbelanjaan yang diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan
Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.
22.9 Tahun kewangan Kelab ini ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember
pada tiap-tiap tahun.
FASAL 23. JURU AUDIT
23.1 Seorang yang bukannya pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk
boleh dilantik sebagai Juruaudit. Pelantikan hendaklah dibuat semasa
Mesyuarat Agung Tahunan . Jawatan yang dipegang ialah selama tempoh
dua (2) tahun dan boleh dilantik semula.
23.2 Tugas Juruaudit ialah membuat pemeriksaan terhadap penyata
kewangan kelab dan membuat laporan dan pengesahan ke atas penyata
kewangan tersebut.
23.3 Mesyuarat Agung Tahunan boleh juga melantik Firma Audit yang
bertauliah bagi menjalankan kerja-kerja auditan kelab.
FASAL 24. DISKRIMINASI, EKSPLOITASI DAN GANGGUAN
SEKSUAL.
24.1 Kelab dan ahli kelab ini termasuk individu, pegawai, pemegang
jawatan, jurulatih serta atlet bertanggungjawab menjamin keadilan dan
kesaksamaan tanpa mengira gender, agama dan bangsa.
24.2 Kelab hendaklah memastikan tiada ekploitasi, gangguan fizikal, emosi
dan seksual dilakukan terhadap mana-mana orang dalam kelab.
FASAL 25. KESELAMATAN, INSURAN DAN PERUBATAN
25.1 Kelab bertanggungjawab terhadap keselamatan asas ahli atau atlet
yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan atau pertandingan
sama ada di dalam atau luar negara.
25.2 Ahli kelab atau atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang
kejohanan, pertandingan sama ada di dalam atau di luar negara hendaklah
dilindungi oleh insuran yang dibiayai dan diuruskan oleh keluarga masing-
masing.
25.3 Kelab bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan perubatan
asas kepada ahli atau atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang
kejohanan atau pertandingan sama ada di dalam atau luar negara.
27
COBRAZ MUO RUGBY CLUB FASAL 26.TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
Di antara Mesyuarat Agung Tahunan , Jawatankuasa Induk boleh memberi
tafsiran terhadap perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam
perlembagaan ini selagi tafsiran tersebut tidak bercanggah dengan dasar
dan objektif kelab.
FASAL 27. PERTIKAIAN DALAMAN
Jawatankuasa Induk dengan kerjasama Jawatankuasa Tatatertib
bertangungjawab untuk mewujudkan satu mekanisme bagi menangani
apa-apa pertikaian yang timbul dalam kalangan ahli-ahlinya mengikut
prosedur dalaman yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan kelab ini.
Jika pertikaian gagal diselesaikan, kelab hendaklah merujuk kepada badan
pengelola sukan ini untuk penyelesaian.
FASAL 28. PENAUNG ATAU PENASIHAT
Jawatankuasa Induk Kelab boleh juga melantik individu-individu tertentu
untuk menjadi penaung atau penasihat bagi kelab ini, sekiranya perlu.
Penaung atau Penasihat tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran kelab
dan juga tidak boleh mengundi dan diundi.
FASAL 29. PINDAAN PERLEMBAGAAN
29.1 Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan dua
pertiga (2/3) daripada ahli yang layak mengundi dalam Mesyuarat Agung
Tahunan sahaja.
29.2 Apa-apa pindaan kepada perlembagaan hendaklah dikemukakan
kepada Pesuruhjaya dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh ia
diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan itu. Pindaan ini tidak boleh
dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan bertulis daripada
Pesuruhjaya.
29.3 Pesuruhjaya boleh mengarahkan kelab untuk meminda perlembagaan
bila ada keperluan untuk berbuat demikian.
FASAL 30. LARANGAN
30.1 Segala bentuk perjudian dan aktiviti-aktiviti yang bertentangan
dengan undang-undang Malaysia dilarang dilakukan dalam mana-mana
28
premis kelab. COBRAZ MUO RUGBY CLUB
30.2 Kelab tidak boleh terlibat, bergabung atau mengadakan hubungan
dengan apa-apa jua kegiatan politik atau mana-mana parti politik dan
menggunakan nama kelab dalam apa jua isu-isu politik.
FASAL 31. PEMBUBARAN
31.1 Kelab ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa dan
dengan keputusan oleh dua pertiga(2/3) daripada ahli kelab yang layak
mengundi.
31.2 Sekiranya kelab ini dibubarkan secara yang disebut di atas,
maka semua baki wang atau harta benda (aset) yang tinggal hendaklah
diserahkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia.
31.3 Keputusan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada
Pesuruhjaya dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran
itu melalui borang-borang yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.
Disahkan betul oleh:
Presiden Setiausaha
Nama: MOHD DZULKARNAIN SAIM Nama: SITI ZANARIAH MOHD KASAH
Tarikh: 4.3.2017 Tarikh: 4.3.2017
29
DISINI BERMULANYA
DISINILAH BERMULANYA COBRAZ MUO RUGBY CLUB
Disinilah bermulanya titik permulaan kelab ini. Pada 2006,saya Mohd Dzulkarnain
Saim mula ditugaskan di SK JalanYusof,Muar,2006.Oleh kerana minat yang begitu
mendalam, dalam sukan ragbi. Saya cuba membuka langkah dengan bertanya
kepada Setiausaha sukan SK Jln Yusof, Muar. Cikgu Nordin Bin Kastor, dan beliau
memberitahu pada saya yang masih belum ada sukan ragbi rimau atau ragbi
di peringkat sekolah rendah. Lalu beliau menasihati untuk ke PPD Muar bagi
mengutarakan pendapat kepada pihak PPD Daerah Muar. Alhamdulillah, sampai
ke PPD Muar, saya menerima maklumat dari Penyelia Kanan Sukan PPD Muar,
Tn. Shahrom Bin Suhaimi. Beliau menyatakan di mana-mana daerah pun telah
ada apa jua jenis sukan. Sama ada aktif ataupun tidak sukan tersebut didalam
sesuatu daerah.
Menurut maklumat yang telah diberi, ada satu sekolah di Daerah Muar yag
telah menubuhan pasukan ragbi rimau di peringkat sekolah rendah. Seterusnya,
saya mengambil keputusan untuk membuka kelab ragbi diperingkat sekolah
dengan keizinan guru besar ketika itu. Pada bulan April, 2006 tertubuhlah pasukan
ragbi di SK Jalan Yusof, Muar. Setelah itu, tiada kelengkapan khas ataupun jersi
khas untuk ragbi peringkat sekolah rendah.Oleh yang demikian saya berbicang
dengan Cikgu Nordin Bin Kastor. Beliau mencadangkan agar saya mencari penaja
bagi jersi pertama pasukan.Setelah beberapa kali usaha, dengan bantuan Cikgu
Nordin dan Encik Kamal Shahriman. Pasukan telah mendapat jersi tajaan yang
pertama, dari syarikat “KRISI GROUP”.
Sekolah dan Padang
Disinilah bermula segalanya SK JALAN YUSOF, PARIT YUSOF, MUAR.Yang melahirkan
pemain Kelab Ragbi Cobraz Muar
30
COBRAZ MUO RUGBY CLUB Inilah padang keramat yang semakin kecil menjadi tempat latihan….
KELAB RAGBI COBRAZ MUO
Jersi Pasukan
Jersi Pertama Kelab Tahun 2006 Yang Ditaja Oleh Krisi Group
KELAB RAGBI COBRAZ MUO
Jersi Kedua Kelab Tahun 2014 Sumbangan Dari Yayasan Bank Rakyat
KELAB RAGBI COBRAZ MUO
31
COBRAZ MUO RUGBY CLUB
Jersi Terkini Kelab Tahun 2017 Sumbangan Dari Parlimen Muar
KELAB RAGBI COBRAZ MUO
32
PERASMIAN KELAB
PERASMIAN KELAB COBRAZ MUO RUGBY CLUB
Pada tanggal 26 Mac 2017, Kelab Ragbi Cobraz Muar telah dirasmikan oleh
YAB Dato Razali Bin Ibrahim. Beliau juga merupakan penaung bagi kelab ini.
Sekitar Majlis Perasmian Kealab Pada 26 Mac 2017, Di Padang Awam Parit Bugis,Yang Kini Dikenali Sebagai
Padang KELAB RAGBI COBRAZ MUO
33
KEJDOIHSEARNTAANIYANG
KEJOHANAN YANG DISERTAI COBRAZ MUO RUGBY CLUB
KEJOHANAN TERBUKA PHOENIX PUTRAJAYA, PUTRAJAYA.
04 MAC 2017
Mendapat Naib Johan Cup/Keseluruhan Bawah 9 Tahun Peringkat Kebangsaan Di Putrajaya Pada 04 Mac 2017
KELAB RAGBI COBRAZ MUO
34
COBRAZ MUO RUGBY CLUB SHAH ALAM SEVEN’S DI SETIA ALAM, SHAH ALAM
PADANG BOLASEPAK SETIA ALAM, SELANGOR
08 APRIL 2017
Mendapat Tempat Ketiga Shield Di Shah Alam 7’S, Setia Alam 08 April 2017
KELAB RAGBI COBRAZ MUO
35
KEJOHANAN KL TIGERS INTERNATIONAL RUGBY 10’S
EPSOM COLEGE, NILAI, NEGERI SEMBILAN
29 – 30 APRIL 2017
COBRAZ MUO RUGBY CLUB
Kejohanan Kl Tigers Rugby 10’S Epsom Colege, Nilai, Negeri Sembilan 29-30 April 2017
KELAB RAGBI COBRAZ MUO
36
COBRAZ MUO RUGBY CLUB LIGA SIRKIT JOHOR, JOHOR RUGBY SIRKIT, SK KAHANG,
KLUANG, JOHOR
12 MEI 2017
Kejohanan Liga Sirkit Johor, Johor Rugby Sirkit, Kluang, Johor 12 Mei 2017
KELAB RAGBI COBRAZ MUO
37
PENCAPAIAN
PENCAPAIAN
TAHUN 2017
1. JOHAN - MSSD DAERAH MUAR U12, 2017
2. NAIB JOHAN - PHOENIX PUTRAJAYA OPEN PERINGKAT
3. KETIGA KEBANGSAAN U9, 2017
- SHAH ALAM 7’S, SETIA ALAM, SHAH ALAM
COBRAZ MUO RUGBY CLUB
38