The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-70441819, 2022-05-27 08:24:57

BUKU PROGRAM PIBG SAKSEED KE-21

BUKU PROGRAM PIBG SAKSEED KE 21

Bil ISI KANDUNGAN HALAMAN

1 Kata Alu-Aluan Penasihat PIBG 1

2 Kata Alu-Aluan YDP PIBG SAKSEED 2-3

3 Atur Cara Majlis 4

4 Notis Mesyuarat PIBG kali ke-21 5

5 Jawatankuasa PIBG sesi 2021 6

6 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG ke 21 7-11

7 Minit Mesyuarat Agung ke-20 12-29

8 Usul AJK PIBG dan Ibu bapa 2022 30-33

9 Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2021 34-37

10 Laporan Unit Kurikulum 38-40

11 Laporan Unit HEM 41-42

12 Laporan Unit Ko-Kurikulum 43-44

13 Borang e-SARANA 45

14 Borang Sumbangan 46

KATA-KATA ALUAN PENASIHAT PIBG
SK SEKSYEN 2 BANDAR KIRARA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Syukur kehadrat ilahi kerana dengan keizinan-NYA….saya masih diberikan
kesempatan untuk mengabadikan nukilan kata di dalam ruangan ini. Saya juga ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima
kasih kepada Tuan Hj Hasni bin Jusoh YDP PIBG sesi 2022/2023 dan barisan ahli jawatankuasa, guru-
guru dan warga SAKSEED yang sentiasa gigih dan komited dalam menjayakan apa jua majlis yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Kita perlu sedar, majlis seumpama ini amat penting untuk diadakan bagi
merapatkan lagi hubungan kemesraan antara warga sekolah dengan komuniti luar amnya dan secara
khususnya dengan ibu bapa, walaupun dalam keadaan endemik covid -19.
Tuan-tuan dan puan- puan,

Semangat mengambil berat dan komitmen yang ditunjukkan dalam kalangan ibu bapa adalah
amat membantu dalam melonjakkan lagi prestasi anak-anak kita seterusnya melahirkan individu yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Sikap cakna ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak sangat saya
sanjungi. Kejayaan seseorang murid tidak hanya terletak pada bahu guru semata-mata, tetapi ibubapa
adalah pendorong untuk kejayaan mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk
memastikan anak-anak mendapat didikan sempurna. Kami sebagai guru hanya memberi ilmu
pengetahuan dan mendidik sahsiah murid untuk menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara.
Jangan kita terlalu ikut kehendak anak-anak, terlalu memanjakan mereka kerana sikap sebegini akan
merugikan kita sebagai ibu bapa pada masa akan datang.
Oleh itu, saya menggesa agar ibu bapa memberi lebih perhatian kepada anak-anak. Sebagai ibubapa, kita
perlu tahu akan pentingnya pendidikan dalam membentuk jati diri anak - anak kita pada masa akan
datang. Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti baik dari segi
sahsiah diri ataupun kerjaya . Pendidikan yang baik adalah modal yang paling mahal dalam mengubah
nasib murid pada masa akan datang. Sekali lagi saya tegaskan, pendidikan amat penting untuk menjamin
kesejahteraan dan kebahagiaan hidup sepanjang hayat. Apa yang kita semai pada hari ini, hasilnya akan
kita tuai pada masa akan datang,

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada YDP, NYDP
dan AJK PIBG sesi 2022/2023 dan ibubapa atas kerjasama yang telah diberikan selama ini. Diharapkan
pada tahun 2022/2023 ini, kita semua akan lebih bersemangat dan istiqamah dalam komitmen membantu
pihak sekolah demi menaikkan imej SAKSEED.

Sekian terima kasih.

(SAUDAH BINTI OSMAN)
Penasihat,Persatuan Ibu Bapa dan Guru,

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

1

KATA-KATA ALUAN YDP PIBG
SK SEKSYEN 2 BANDAR KIRARA

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.
Setinggi tinggi kesyukuran kita sama sama rafa’kan kepada Allah
Rabbul Jalil kerana dengan keizinanNya , kita dapat sekali lagi bertemu dalam
Mesyuarat Agung PIBG untuk kali ke-21 ini. Perjumpaan kita dalam mesyuarat Agung
ini merupakan satu peristiwa penting setiap tahun sebagai satu bentuk perhimpunan antara pihak sekolah
dan para waris anak anak SAKSEED

Alhamdulillah, setelah dua tahun bermesyuarat secara ‘online’, kali ini kita dapat berhimpun
secara bersemuka – dapat bersua dan juga bertanya khabar - harapan besar kami supaya perjumpaan ini
merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, sama-sama berbincang untuk mengetahui
kebolehan dan kelemahan kita demi meningkatkan lagi prestasi anak anak kita di SAKSEED.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
PIBG yang telah bersama sama menggembeling tenaga membantu pihak sekolah dalam pelbagai program.
Keseluruhan barisan AJK PIBG penuh gigih menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak
sekolah bagi memacu kecemerlangan anak-anak SAKSEED. Tugas dan tanggungjawab kita sebagai ibu
bapa dan guru semakin hari semakin mencabar; pola berfikir anak anak zaman sekarang lebih ‘advanced’
berbanding dengan kita dengan generasi yang lahir dalam tahun 1970an dan 1980an. Justeru, saya menyeru
diri saya dan semua sahabat daripada ibu bapa dan guru untuk mengadaptasi ‘approach’ kita dalam setiap
aspek pembelajaran secocok dengan kehendak semasa.

Penglibatan kita semua dalam urusan anak anak amat perlu dititik beratkan. Hubungan
kekeluargaan dan kerjasama institusi keluarga dan institusi sekolah serta masyarakat hendaklah
diperhebatkan. Kita ingin bersama sama cemerlang – sama sama berjaya mengharungi segala rintangan dan
sama sama menikmati kejayaan. Sekarang masa untuk kita semua berganding bahu umpama bidalan yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing, saling mengingati antara satu sama lain, saling membantu
antara satu sama lain - yang bijak dan yang kuat membantu yang lemah, yang berupaya membantu yang
kurang bernasib baik. Yakinlah! Segala kebaikan dan budi luhur itu akan kembali kepada anak anak kita di
SAKSEED.

Kita inginkan generasi anak anak kita di SAKSEED ini menjadi generasi yang
membanggakan kita sebagai ibu bapa dan penjaga mereka. Insya’ Allah, berkat usaha, kerja kuat dan rahmat
Allah, anak anak kita di sini akan mencipta kejayaan dan kecemerlangan seperti yang kita semua impikan.
Semoga Allah s.w.t merahmati dan memberkati usaha dan daya ikhtiar semua ibu bapa dan semua guru
SAKSEED dalam mendidik anak-anak kita untuk cemerlang dunia dan akhirat.

Akhir kata , saya dengan penuh rasa rendah diri mewakili diri saya dan barisan AJK,
memohon ampun maaf jika ada terkasar bahasa atau menyinggung hati mana-mana pihak sepanjang
menerajui persatuan ini. Amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada kami selama ini telah kami cuba
laksanakan sebaiknya.

2

Kampung Duyong Perigi Hang Tuah,
Tempat sejarah Negeri Melaka
SAKSEED ini sekolah bertuah

In sya Allah, di sinilah kecemerlangan anak anak kita mula tercipta.
Wabillahi taufik walhidayah wassalaamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera.

HASNI BIN JUSOH
Yang Dipertua PIBG SAKSEED Sesi 2021/2022

3

ATURCARA MAJLIS

TARIKH : 29 MEI 2022

HARI : AHAD
MASA : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : DEWAN NUR MUHAMMAD SAKSEED

8.00 Pagi : Pendaftaran dan jamuan pagi
8.45 Pagi :
Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Selangor
12:00 Tengah Hari : Nyanyian Lagu Sekolah & SAKSEED

Bacaan Doa
En Ahmad Dasuki bin Shahnun

Ucapan Alu-aluan oleh Penasihat PIBG
Pn Saudah binti Osman
Guru Besar SAKSEED

Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG
Tn Hj. Hasni Bin Jusoh
YDP PIBG SAKSEED Sesi 2021

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21

Agenda Mesyuarat:
1.0 Perutusan Pengerusi PIBG SAKSEED Sesi 2021
2.0 Membentangkan dan menerima Minit Mesyuarat Kali Ke 20
3.0 Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan
4.0 Membentangkan, menerima, dan meluluskan Penyata Kewangan

Berakhir 31 Disember 2021
5.0 Membahaskan Usul
6.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG SAKSEED Sesi 2021
7.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG SAKSEED Sesi 2022
8.0 Pemilihan Juruaudit Dalaman
9.0 Ucapan Penangguhan
10.0 Cabutan Bertuah
11.0 Hal-hal Lain

Mesyuarat Agung PIBG SAKSEED Kali ke-21 Ditangguhkan.

4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) Tel : 03-80769376
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA Faks: 03-80763120
JALAN BK 3/8 BANDAR KINRARA
47180 PUCHONG Ruj Tuan :
SELANGOR Ruj Kami : SKS2BK 100-7/1/10( )
Kod Sekolah: BBA8262 Tarikh : 23 Mei 2022
Emel Sekolah : [email protected]

Kepada :
Semua ibu bapa/penjaga

Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE – 21.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 pada

ketetapan berikut :-

Tarikh / Hari : 29 Mei 2022 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat : Dewan Nur Muhammad SAKSEED

3. Berikut adalah agenda Mesyuarat PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara kali ke-21 untuk perhatian tuan/puan :

MASA ACARA
8:00 pagi Pendaftaran
8:45 pagi Ucapan Pengerusi Majlis
9:00 pagi Ucapan YDP PIBG
9:15 pagi Ucapan Guru Besar / Penasihat PIBG
9:30 pagi Ucapan Perasmian AGM
9:45 pagi Tayangan Slide
10:00 pagi Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21
12:00 tengah hari Bersurai

4. Borang pengesahan kehadiran dan borang usul dalam bentuk Google Forms akan diberi untuk dilengkapkan.
Sila lengkapkan borang berkenaan sebelum atau pada 19 Mei 2022 (Jumaat) dan sebarang pertanyaan perkara ini hubungi
YDP PIBG, Tuan Haji Hasni bin Jusoh (012-2703943) atau Setiausaha PIBG, Cikgu Hidayah binti Hamdan (01127588039)

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

...........................................
(SAUDAH BINTI OSMAN)
Guru Besar
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

5

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SESI 2021

Penasihat : Pn. Saudah binti Osman
Yang Dipertua : Tn. Hj. Hasni bin Jusoh
Naib Yang Dipertua : Pn. Syarina binti Jamaluddin
Setiausaha : Pn. Nuruda binti Mohamed
Naib Setiausaha : Pn. A.Anita Jeyamalar a/p Augustin John
Bendahari : Cik Aisya Fitriah binti Sepian
Naib Bendahari : Pn. Nor Hidayah binti Che Ibrahim

AJK Guru : 1. Pn. Afifah binti Abd Azib
: 2. Pn. Norhidayah binti Hamdan

AJK Ibu Bapa : 1. En. Rosdi bin Ahmad
: 2. Pn. Norma binti Muhammad
: 3. Pn. Ruziyanti binti Mohd Mokhtar
: 4. Pn. Ummi Safiah binti Bidin
: 5. Pn. Soffia Fulliana binti Ahmad Fuat
: 6. En. Kaviarasu a/l Govindan
: 7. Pn. Nurul Aida binti Hamil

Juru Audit : 1. En. Parameswaran a/l Rajagopal
2. Pn. Rusaida binti Abu Bakar
Ex-efficio :
: 1. Pn. Maanila a/p Apputhurai
: 2. En. Kamaruzaman Bin Muhammad Zain
3. Pn. Sarojah binti Sahnu

6

JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 21

TARIKH: 29 April 2022
HARI: Ahad

MASA: 8.00 pagi – 12.00 Tengah Hari
TEMPAT: Dewan Nur Muhammad SAKSEED

Penasihat : Pn Saudah binti Osman
Yang Dipertua : Tn. Hj. Hasni Bin Jusoh
Naib YDP : Pn. Syarina binti Jamaluddin
Naib Setiausaha : Pn. A.Anita Jeyamalar
Bendahari : Cik Aisya Fitriah binti Sepian
Penolong Bendahari : Pn. Nor Hidayah binti Che Ibrahim

AJK Guru : Puan Afifah binti Azib
Puan Norhidayah binti Hamdan
Encik Mohamad Redzuan bin Mohd Junik

AJK Ibu Bapa : Encik Rosdi bin Ahmad
Puan Norma binti Muhammad
Puan Ruziyanti binti Mohd Mokhtar
Puan Ummi Safiah binti Bidin
Puan Soffia Fulliana binti Ahmad Fuat
Encik Kaviarasu a/l Govindan
Puan Nurul Aida binti Hamil

Juru Audit : Encik Parameswaran a/l Rajagopal
EX – efficio Puan Rusaida binti Abu Bakar

: Puan Maanila a/p Apputhurai
Encik Kamaruzaman bin Muhammad Zain
Puan Sarojah binti Sahnu
Nur Muzahar bin Musa

7

Penyambut Tetamu  Menyambut para jemputan dan VIP yang
Tn. Hj. Hasni Bin Jusoh (PIBG) hadir
Puan Syarina binti Jamaluddin (PIBG)
Pn. Saudah binti Osman ● Merancang tugasan jawatankuasa
Pn. Maanila A/P Apputhurai ● Membantu memberikan maklumat kepada
En. Kamaruzaman bin Muhammad Zain
Pn. Sarojah binti Sahnu AJK
En. Nur Muzahar bin Musa ● Memastikan majlis berjalan lancar dan

Pengurus Program semua urusetia menjalankan tugas yang
Pn. Anita Jeyamalar (PIBG) diberikan
Pn. Norhidayah binti hamdan (PIBG)
● Menyediakan penyata kewangan 2021
Bendahari ● Menyerahkan penyata kewangan kepada
Cik Aisya Fitriah binti Sepian (K)
Pn. Nor Hidayah binti Che Ibrahim(PIBG) AJK slide pembentangan dan AJK Buku
Minit Mesyuarat
● Menyenaraikan sumbangan PIBG untuk
sekolah
● Menunggu dan menerima borang berserta
duit sumbangan sepanjang mesyuarat
berlangsung.

Pendaftaran ● Menyediakan borang pendaftaran ibu
Pn. Raeme binti Othman (K) bapa/penjaga
Pn. Afifah binti Abdul Azib
Pn. Fauzihan bt Kasbin ● Menyediakan tempat pendaftaran
Pn. Rathi Ambigai a/p Kanapati ● Merekod kehadiran dalam borang kehadiran
● Memberi nombor cabutan bertuah
Pengira Undi / pemilihan AJK Tertinggi ● Membuat analisis kehadiran
PIBG
Cik Nor Aqilah bt Khairul Said(K) ● Menyediakan papan putih dan marker pen
Cik Siti Nur Aisyah bt Abdul Rahim untuk mencatat nama semasa pemilihan
Pn. Norashikin binti Mohd Amin berlangsung
Cik Anis Saiyidah Akmal bt Mat Isa
Pn. Rosmawati binti Mohamed ● Mengira setiap undian yang dibuat dan
mencatat di papan putih.

● Menulis senarai ahli jawatankuasa yang
baharu terpilih

● Mendapatkan maklumat peribadi ajk baharu
● Menyerahkan Senarai baharu kepada

setiausaha PIBG

8

Slide Pembentangan /Gimik Perasmian ● Menyediakan slaid power point (rujuk
En. Logeswaran a/l Bhaskaran (K) pentadbir dan YDP PIBG)
En. Thamil Celvaa a/l Balakrishnan
Cik Veatanayagi a/p Samikannu (K) ● Mengumpulkan bahan yang diperlukan
● Persediaan gimik perasmian
Jurufoto ● Memaparkan semua lirik lagu yang akan
Pn. Suhaila bt Ibrahim (K)
Pn. Thiba a/p R.Vinthan dinyanyikan
En. Rosdi bin Ahmad (PIBG)
● Mengambil foto sepanjang majlis
Dokumentasi berlangsung
Pn. Nasuha bt AriffinK)
Pn. Mazira binti Mustafa ● Menyerahkan foto kepada AJK dokumentasi
Pn. Nur ‘Atiqah binti Che Saad ● Menyiarkan dalam media sosial Facebook

Pengacara Majlis sekolah selepas program
Cik Nur Nadia Syafiqah bt Abidin (K)
Pn. Azila binti Roslan ● Membuat laporan Mesyuarat Agung dan
menyerahkan laporan kepada PK Kurikulum
dan Setiausaha PIBG

● Menyediakan teks ucapan majlis
● Mengacarakan majlis sepanjang majlis

berlangsung

Pengumpulan dan Pemprosesan Usul ● Membuat borang usul secara google form
Pn.Nur Karmila bt Maulad Yusof (K) ● Menerima borang usul
Pn. Normee Azura binti Abdullah ● Mengumpul dan memproses usul
Pn. Sangeeta a/p Paramasivan ● Menaip semula usul dan menyerahkan
Pn. Subashini a/p Shanmugam
Pn. Fatthima bt R.M. Mohamad Hussain kepada pentadbir untuk tapisan usul
● Memberikan semua usul setelah disusun
Bacaan Doa
En. Ahmad Dasuki bin Shahnun(K) mengikut kategori kepada AJK slide
pembentangan dan AJK Buku Minit
Surat Jemputan Mesyuarat
Pn. Rashidah binti Abdul Karim (K)
Pn. Salmah binti Mohammad ● Menyediakan skrip doa dan membacakan
doa
Publisiti/ Banner
Pn. Nurul Syida binti Kamaruddin(K) ● Menyediakan dan mengedarkan surat
Pn. Rozilaizma binti Rashid jemputan untuk tetamu VVIP serta jemputan
perasmi

● Rujuk pentadbir untuk senarai kehadiran

● Menempah banner & bunting serta
pemasangan

● Membuat hebahan di media sosial SKS2BK
● Letak bunting di tempat pendaftaran dan

pentas

9

Peralatan dan Siaraya ● Menyelia dalam segala kelengkapan ICT
En. Muhammad Asyraf bin Ahmad sebelum, semasa dan selepas program di
Refaat(K) laksanakan dengan jayanya.
En. Frenscconero Severinus Tan
En. Parameswaran a/l Rajagopal (PIBG) ● Memastikan PA sistem dalam keadaan yang
En. Kaviarasu a/l Govindan(PIBG) baik

Jamuan ● Sentiasa berhubung dengan AJK Slide
Pn. Siti Khatijah binti Che Kob(K) Pembentangan
Pn. Poorna a/p Kunabalan
Pn. Nur Fudla Fatimah binti Mohd Sobri ● Menyediakan 2 standmic dan 2 microfone
Pn. Siti Jamilah binti Mohd Isfar di dewan
Pn. Hamidah binti Yusoff
● Mengambil respons bilangan kehadiran
waris sebelum membuat tempahan makanan

● Menyediakan bilik jamuan VVIP di kantin
sekolah

● Memastikan makanan cukup sepanjang
program

● Menyediakan minuman untuk VVIP di
pentas ucapan

● Mengedarkan makanan semasa pendaftaran
kepada ibu bapa dan guru.

Cenderamata dan Sijil ● Menempah cenderamata untuk perasmi
Pn. Rosmah binti Othman (K) (rujuk setiausaha program)
Pn. Rohaselina binti Mamat@Ramli
Pn. Rusaida binti Abu Bakar ● Menyusun senarai penerima cenderamata
Pn. Sapiha binti Ismail ● Menyediakan tempat letak hadiah dan

dulang
● Menyediakan sijil dan cenderamata untuk

AJK PIBG sesi 2021
● Membantu AJK cabutan bertuah

Persediaan Tempat ● Memastikan kerusi dan peralatan yang
Pn. Noor Hazaidah bt Zainuddin (K) berkenaan disediakan
Cik Ayuni Solehah binti Awiskornain
Pn. Kau Selia Dewi a/p Balakrishnan ● Membuat label jawatankuasa PIBG pada
En. Azman bin Mat Junoh kerusi dan meja
Cik Marlina bt Mohtar
Pn. Siti Ruhana binti Ab Malik ● Sentiasa bersedia untuk mengambil alih
En. Mohd Fakrullah bin Abd Rahman meja dan kerusi ketika mesyuarat bermula
Pn. Kasturi a/p Arumugam dan berakhir.

Hiasan pentas ● Menyusun kerusi sebelum majlis dan
Pn. Siti Raihanah binti Shamsuddin (K) mengemas semula dewan selepas majlis.
Pn. Norrihan binti Jalaluddin
Pn. Siti Rokiah binti Abdullah ● Menyediakan hiasan pentas
● Mendekorasi pentas dengan bunga dan

hiasan yang sesuai
● Bergabung dengan AJK Banner

10

Buku Minit Mesyuarat Agung/QR ● menyelitkan QR Code sebagai tool kit untuk
CODE melayari buku minit mesyuarat. Print dan
Pn. Nur Syamila binti Azahari(K) tampal di kawasan Dewan Nur Muhammad
Pn. Suzieyana binti Sawon
Pn. Nur Syuhada binti Zainuddin ● sediakan 15 naskhah buku minit mesyuarat
untuk rujukan ahli PIBG.
Pencatat Minit Mesyuarat
Cik Nurul Shuhada binti Mohd Jais(K) ● Menyediakan buku minit mesyuarat agung
Pn. Sathiaswari a/p Ponnusamy PIBG
Pn. Nuraslinda binti Zulkifli
Pn. Noor Liza binti Margilan ● Mendapatkan maklumat yang diperlukan
Pn. Norsyida binti Ahmad daripada pentadbir dan AJK PIBG

Kiosk KSIB ● Mencatat minit sepanjang program
(Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) ● menghantar minit kepada SU PIBG dalam
Pn. Noor Asilawati bt Kamarulzaman(K)
See Yik Mee@See Yik Mei format Microsoft Word seminggu selepas
mesyuarat
Cabutan Bertuah
Puan Syarina binti Jamaluddin(K) ● Menyediakan QR Code untuk diisi oleh ibu
Pn. Norma binti Muhammad bapa
Pn. Soffia Fulliana bt Ahmad Fuat
Ummi Safiah binti Bidin ● Membuat analisis penyertaan KSIB
Nurul Aida binti Hamil ● Hantar laporan kepada Setiausaha PIBG
Pn. Ruziyanti binti Mohd Mokhtar
 Mencari dana luar untuk membeli hadiah
cabutan bertuah

 Menyediakan 20 hadiah untuk cabutan
bertuah

 Mengendalikan program cabutan bertuah

11

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 20
PIBG SK SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA

TARIKH/HARI : 10 APRIL 2021 (SABTU)

MASA : 8.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG

TEMPAT : GOOGLE MEET

KEHADIRAN: GURU BESAR SKS2BK (PENASIHAT)
YANG DIPERTUA PIBG
1. EN. MOHD TAMIZI BIN MARUDDIN NAIB YANG DIPERTUA PIBG
2. TUAN HAJI HASNI BIN JUSOH SETIAUSAHA
3. PN. SYARINA BINTI JAMALUDDIN NAIB SETIAUSAHA
4. PN. NURUDA BINTI MOHAMED BENDAHARI
5. PN. A.ANITA JEYAMALAR A/P AUGUSTIN JOHN NAIB BENDAHARI
6. CIK AISYA FITRIAH BINTI SEPIAN AJK GURU
7. PN. NORHIDAYAH BINTI CHE IBRAHIM AJK GURU
8. EN. MOHAMMAD REDZUAN BIN JUNIK AJK IBUBAPA
9. PN. NORHIDAYAH BINTI HAMDAN AJK IBUBAPA
10. EN. ROSDI BIN AHMAD AJK IBUBAPA
11. PN. NORMA BINTI MUHAMMAD AJK IBUBAPA
12. PN. RUZIYANTI BINTI MOHD MOKHTAR AJK IBUBAPA
13. PN. UMMI SAFIAH BINTI BIDIN AJK IBUBAPA
14. PN. SOFFIA FULLIANA AHMAD FUAT AJK IBUBAPA
15. EN. KAVIARASU A/L GOVINDAN JURUAUDIT
16. PN. NURUL AIDA BINTI HAMIL JURUAUDIT
17. EN. PARAMESWARAN A/L RAJAGOPAL EX-OFFICIO
18. PN. RUSAIDA BINTI ABU BAKAR EX-OFFICIO
19. PN. MAANILA A/P APPUTHURAI EX-OFFICIO
20. EN. KAMARUZAMAN BIN MUHAMMAD ZAIN EX-OFFICIO
21. PN. SAROJAH BINTI SAHNU
22. PN. NOR ASLAINI BINTI MAHMOOD
23. PN SUBASHINI A/P SHANMUGAM
24. PN. MARIAHASIDA BINTI MAT PIAH
25. PN. NORRIHAN BINTI JALALUDDIN
26. PN. SEE YIK MEE
27. CIK NUR FUDLA FATIMAH BINTI MOHD SOBRI
28. EN. AHMAD DASUKI BIN SHAHNUN
29. PN. SITI NURBAYA BT RAMLI
30. PN. SITI RAIHANAH BINTI SAMSUDDIN
31. PN. NUR 'ATIQAH BINTI CHE SAAD
32. PN. NUR ADIBAH BINTI KAMARUDDIN
33. PN. NURASLINDA BINTI ZULKIFLI
34. CIK AYUNI SOLEHAH BINTI AWISKORNAIN
35. PN. NURUL SYIDA BINTI KAMARUDDIN
36. CIK NUR SYUHADA BINTI ZAINUDDIN
37. PN. SITI KHADIJAH BINTI CHE KOB
38. PN. SAPIHA BINTI ISMAIL
39. PN. RUSAIDA BT ABU BAKAR
40. PN. FAUZIHAN BT. KASBIN
41. PN. NASUHA BT ARIFFIN
42. PN. FATTHIMA BT R.M MOHAMAD HUSSAIN
43. PN. ROHASELINA BINTI MAMAT@RAMLI
44. PN. NUR ULAIYA SYAMIMI BT MUHAMAD SHUKERI
45. PN. NORMEE AZURA ABDULLAH
46. PN. MAZIRA BINTI MUSTAFA

12

47. PN. NORHIDAYAH BINTI HAMDAN
48. CIK ANIS SAIYIDAH AKMAL BINTI MAT ISA
49. PN. SALMAH BINTI MOHAMMAD
50. PN. KAUSALYA BANGAROO
51. PN. NOORHAYATI BINTI HASSAN
52. PN. NUR SYAMILA BINTI AZAHARI
53. PN. THIBA A/P R.VINTHAN
54. PN. ROZILAIZMA BINTI RASHID
55. CIK VEATANAYAGI /P SAMIKANNU
56. PN. RAEME BINTI OTHMAN
57. PN. SITI ROKIAH BINTI ABDULLAH
58. CIK NOR AQILAH BINTI KHAIRUL SAID
59. PN. KASTURI A/P ARUMUGAM
60. PN. SITI RUHANA BINTI AB MALIK
61. PN. RATHI AMBIGAI A/ P KANAPATI
62. PN. NUR KARMILA MAULAD YUSOF
63. PN. POORNA KUNABALAN
64. PN. KAU SELIA DEVI A/P BALAKRISHNAN
65. EN. MOHD FAKRULLAH BIN ABDUL RAHMAN
66. PN. NURUL SHUHADA BT MOHD JAIS
67. EN. LOGESWARAN A/L BHASKARAN
68. PN. NOR HIDAYAH BT CHE IBRAHIM
69. PN. ZAIMAWATI BINTI ZAINAL ABIDIN
70. EN. AZMAN BIN JUNOH
71. PN. NOOR HAZAIDAH BINTI ZAINUDDIN
72. PN. RASHIDAH BINTI ABDUL KARIM
73. PN. KAU SELIA DEVI A/P BALAKRISHNAN
74. EN. FRENSCCONERO SEVERINUS TAN
75. EN. MUHAMMAD FAIZ BIN RAZALI
76. EN. MUHAMMAD ASYRAF BIN AHMAD REFAAT
77. PN. SUHAILA BT IBRAHIM
78. EN. THAMIL CELVAA A/L BALAKRISHNAN
79. PN. IZUAN BINTI MAT HUSSIN
80. PN. NORHASNIZAH BINTI MAHMUD
81. EN. TAURAN NADZMI BIN MUHAMMAD
82. PN. SITTI FATIMAH ARSHAT
83. PN. NUR RASHIDAH BINTI AHMAD
84. PN. FARIDAH BINTI MAAROF
85. PN. ROZANA BINTI BAHARI
86. PN. RUWAIDAH
87. PN. ZARITH REHANA BINTI ROZALI
88. PN. NORIYAH BINTI MD AROF
89. PN. NORDIANA
90. PN. JEYENTHI A/P GUNASEELAN
91. PN. NOR AZMALISA AHMAD AZMI
92. PN. KHATIJAH BINTI ANUAL
93. PN. SARIMATUL AZWANA BINTI MOHD AZMI
94. PN. SHAMSINARAKMAR ISMAIL
95. PN. DAMITHAH BINTI TALIP
96. PN. JASMINE
97. PN. JUNIDAH BT YAHYA
98. PN. SARIMAH BINTI SALIM
99. PN. NUR ASMIDAH BINTI ASMIT
100. PN. NORADILA BINTI AHMAD
101. PN. NUR BAIZURA BINTI BAHARUDDIN
102. PN. SURAIZA MOHD IDRIS
103. PN. SITI NORLAILA BINTI ANDON
104. PN. SYAHRUL AZHAN BIN SAIDIN

13

105. PN. NAZRUL BIN ZAINI
106. PN. ASPHALELA BINTI AHMAD
107. EN. MOHAMAD KHAIROL BIN MOHAMAD JAMIL
108. PN. NORMI JUSOH
109. PN. RAJA IRINA BINTI RAJA MOHAMAD
110. PN. KAMARIAH NOR MOHD NONG
111. PN. SALMAH BINTI MAMAT
112. EN. MUHAMMAD NASIR B IDRIS
113. PN. FADHILAH BINTI OSMAN
114. PN. SITI FAIROS AB RAMAN
115. PN. NOR AZIAH BINTI AHMAD DESAN
116. PN. UMMI NADIAH MD SABRI
117. PN. SITI SUZIANA
118. PN. LETCHUMY THANA
119. EN. MURALLIDASS GANESAN
120. EN. ABDULLAH JUSOH
121. PN. NORAZUA BT SHAARI
122. EN. MOHAMAD RAZIF BIN MOHAMED RASIDI
123. EN. MOHD AZMIL BIN SALEH
124. EN. ARIF ANWAR BIN WAN ABD AZIZ
125. PN. SITI SALIHAH BINTI FAUDZI
126. PN. SITI AISYAH BINTI ABD. RAHIM
127. EN. MUHAMMAD REDZUAN BIN GHAZALI
128. PN. NOR MAZURA BINTI ZAKARIA
129. PN. HEMALATHA PERIASAMY
130. PN. NURUL IZANI BINTI MOHD NOOR
131. PN. SITI NORRODIAH BT ZULKIFLI
132. EN. RICHARD SELVAM
133. EN. MURALLIDASS GANESAN
134. PN. SUHIZAD BIN JAMALUDDIN
135. EN. MOHD KHAIRI BIN ZAINOL
136. EN. KHAIRUL ANWAR BIN ZAMANI
137. PN. FAIZAH OTHMAN
138. PN. SENISARI BTE SAMION
139. PN. HALIZA ABD MANAF
140. PN. NUR ANISAH BINTI WAHAB
141. PN. ROHANI MOHD YUSOP
142. PN. HAYATUL KHAIRIAH BINTI HASSIM
143. PN. SITI ASIAH BY MOHAMED@ HASSAN
144. PN. SITI AMINAH BINTI MOHD KAMDANI
145. EN. MUHAMMAD SYAFIQ ABDUL AZIZ
146. EN. MOHD NABLI MUHAMAD
147. EN. MOHD ISMAKHUSAIRY BIN ISMAIL
148. PN. ROSNYTA AKMAL ABU BAKAR
149. PN. AZAITULRIMI BINTI SHAMSUDIN
150. EN. MOHD FAUZY BIN MOKHTAR
151. PN. WAN ZANARIAH BINTI WAN MAMAT ALI
152. PN. NUR AZMA BINTI MORDIN
153. EN. AZMI BIN ABDULLAH
154. PN. NOR EIFAZLINA BT MD AMIN
155. PN. SUHANA SATAR
156. PN. SITI HASMAH SALLEH
157. PN. NORZILA BINTI MOHD MOKHTAR
158. PN. NORRINA BINTI ABU HASSAN
159. EN. MUHAMAIT ERIZAL BIN ASWAR
160. EN. MOHAMAD AZMI BIN MONTAK
161. PN. SITI NURULAINI BINTI ABU HASAN
162. PN. SITI SARAH BINTI ABDUL AZIZ

14

163. PN. MAZURAI BINTI MOHAMED
164. EN. KHAIRUL HUZAILI FADLISHAH BIN SAARANI
165. EN. MOHD SYAZUAN B KAMARULZAMAN
166. PN. SITI FAIRUS IBRAHIM
167. PN. ISAIVAANI

TIDAK HADIR BERSEBAB: PENGAWAS MUET
PENGAWAS MUET
1. PN. IFA BINTI CHE SELIMAN CUTI MENJAGA ANAK
2. CIK MARLINA BT MOHTAR CUTI SAKIT
2. PN. AFIFAH BINTI ABD AZIB CUTI SAKIT
3. CIK PANG CHIN CHEE CUTI BERSALIN
4. PN. SATHIASWARI A/P PONNUSAMY
5. PN. SUZIEYANA BT SAWON

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan Penasihat PIBG

1.1.1 En. Mohd Tamizi bin Maruddin selaku penasihat PIBG mengucapkan syukur ke hadrat Allah
SWT dengan limpah kurnia dan izinNya sekolah dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agong PIBG
khusus bagi SK Seksyen 2 Bandar Kinrara, Puchong secara dalam talian disebabkan kekangan yang
kita hadapi iaitu Pandemik Covid 19.

Makluman

1.1.2 Penasihat juga mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibubapa yang dapat hadir pada
Mesyuarat Agong PIBG kali ini yang pertama kali diadakan secara maya. Kehadiran ibubapa
menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

Makluman

1.1.3 PIBG memainkan peranan yang sangat penting di mana dengan pemuafakatan ini, SAKSEED
akan menjadi lebih cemerlang dan seterusnya dapat mencapai visinya untuk terus gemilang.

Makluman

1.1.4 Penasihat juga mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG telah banyak menabur jasa, buah
fikiran dan juga sumbangan bagi menjayakan aktiviti serta pelbagai program sekolah. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG serta ibubapa yang telah memberi pelbagai
sumbangan terhadap sekolah demi anak-anak SAKSEED.

Makluman

1.1.5 Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna, banyak yang perlu
dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah,

15

sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan
kesabaran dan air mata. Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah digusar pada
anugerah Tuhan...anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk
bangun menjadi manusia sesempurna insan...”

Makluman

1.1.6 Penasihat memaklumkan bahawa AJK Guru bagi sesi 2021/2022 dikekalkan dan guru yang
berpindah sekolah diganti dengan guru lain.

Makluman

1.2 Ucapan pengerusi PIBG
1.2.1 Tn. Hj. Hasni Bin Jusoh selaku YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
guru,AJK PIBG atas kehadiran mesyuarat pada kali ini.

Makluman

1.2.2 YDP PIBG, Tn. Hj. Hasni menegaskan penglibatan dua hala antara guru dan ibu bapa penting
untuk memacu kejayaan anak-anak di SAKSEED.

Tindakan: Semua ibu bapa dan guru

1.2.3 YDP PIBG, Tn. Hj. Hasni mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan
AJK PIBG 2020/2021. Beliau menerapkan prinsip kegigihan adalah resepi untuk mencapai kejayaan.

Makluman

1.2.4 YDP PIBG, Tn Hj. Hasni menjelaskan serba sedikit ringkasan pada Tahun 2020 iaitu tahun-
tahun pembaikkan di Sakseed sama ada membaikpulih diluar atau di dalam premis. Pembaikpulihan di
luar sekolah adalah autoriti pihak MBSJ. Untuk dalaman telah meluluskan pembaikpulihan seperti
lampu, kipas dalam kelas, termometer, sanitizer dan seumpamanya.

Makluman

1.2.5 YDP PIBG juga menjelaskan kerja-kerja yang menanti seperti menyediakan banner drop-off
zone. Dua permohonan telah dibuat kepada MBSJ seperti menyediakan tapak no parking zone dan
yang kedua membenarkan parking terpilih untuk van dan bas sekolah tetapi kedua-dua permohonan
telah ditolak oleh MBSJ. Permohonan cadangan ketiga adalah untuk bersemuka dengan pegawai untuk
mendapatkan drop-off zone.

Makluman

1.2.6 Seterusnya cadangan untuk laluan gajah menyusur iaitu dari pondok security sehingga ke kantin
untuk mengurangkan kesesakan di pintu pagar B. Yang ketiga jejantas kembar pintu gate B kerana
agak sempit kerana laluan tersebut muat hanya untuk seorang murid sahaja. Pembinaan kedua-dua
projek dianggarkan memakan kos RM20,000. Satu lagi permohonan perancangan untuk menutup

16

longkang di sebelah padang kerana penghadang berkarat tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana
kekangan dana.

Makluman

1.2.7 Dalam ucapan YDP PIBG diselitkan juga kata-kata hikmah sebagai renungan dan peringatan
yang terbaik antara kalian adalah mereka yang berakhlak mulia, tiada kekayaan lebih utama daripada
akal, tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada kebodohan, tiada warisan yang lebih baik daripada
pendidikan dan tiada pembantu lebih baik dari musyawarah.

Makluman

1.2.8 YDP PIBG, Tn. Hj. Hasni menyatakan antara ciri-ciri ibu bapa cemerlang adalah mempunyai
kesedaran yang tinggi, komitmen yang tinggi dan pengorbanan yang tinggi.

Tindakan: Semua Ibu bapa

1.2.9 YDP PIBG, Tn. Hj. Hasni juga menjelaskan murid-murid mempunyai kepelbagaian watak yang
berbeza di rumah dan di sekolah, ada murid yang kreatif dan nakal. Sebagai ibu bapa tidak boleh cepat
melatah. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap perkara sama ada kecemerlangan akademik yang
dilakukan perlukan RM, ada ibubapa yang mampu tetapi berkira, ada Ibu bapa yang terlalu sempurna.
Terdapat kekangan daripada pihak sekolah yang tidak boleh diikuti walaupun pihak sekolah bersetuju.
Yang terakhir ialah Ledakan IOT (Internet of Things). Anak-anak perlu faham dengan kehendak masa
akan datang iaitu cara belajar dan cara berfikir.

Tindakan: Semua Ibu bapa

1.2.10 YDP PIBG, Tn. Hj. Hasni juga menjelaskan bahawa revolusi industry Internet of Things
dimana murid perlu membuat persediaan belajar untuk berdikari sebagaimana PAK-21 iaitu berfikir
secara positif.

Makluman

1.2.11 Akhir sekali, YDP PIBG, Tn. Hj. Hasni menyatakan halatuju atau blueprint dimana kita perlu
ada identiti, berakhlak dan berdisiplin, ketertiban dan kondusitiviti premis belajar, hubungan kukuh
terjalin antara ibu bapa dan guru, wujud proses belajar secara dua hala dan kebitaraan sekolah.

Makluman

1.2.12 YDP PIBG, Tn. Hj. Hasni menyatakan sumbangan PIBG masih dikekalkan seperti tahun 2020.
Oleh itu, kutipan PIBG untuk Tahun 2021 adalah RM 80 setiap satu keluarga.

Tindakan: Semua ibu bapa

1.2.13 YDP PIBG, Tn. Hj. Hasni juga menyatakan pemikiran ibu bapa cemerlang ialah aktifkan diri
dalam PIBG, datang ke sekolah dan ambil peduli tentang anak-anak di sekolah.

Tindakan: Semua ibu bapa

17

1.2.14 YDP PIBG, Tn. Hj. Hasni Bin Jusoh merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 20 Tahun
2021.

Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
2.1 Pn. Lecthumi Vengatasalam mencadangan minit mesyuarat tahun lepas disahkan dan Pn.
Suraiza Binti Mohd. Idris menyokong minit mesyuarat tahun lepas disahkan.

3. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN SESI 2020
3.1 Cik Aisya Fitriah Binti Sepian selaku bendahari PIBG membentangkan Laporan Tahunan Sesi
2020/2021.
3.2 Cik Aisyah Fitriah Binti Sepian membentangkan laporan tahunan PIBG 2020/2021.
3.3 Ahli mesyuarat sebulat suara menerima laporan tahunan sesi 2020/2021.

4. MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN
BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
4.1 Cik Aisya Fitriah binti Sepian selaku bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan bermula
1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.

Makluman

PERINCIAN PERBELANJAAN 2020 (BAGI TEMPOH 1 JAN 2020 - 31 DISEMBER 2020)

SEGMEN RM %
2,248.60 3 %
1) PERBELANJAAN PROGRAM PENINGKATAN RM
AKADEMIK & KECEMERLANGAN 3,500.00 5 %

2) HAL EHWAL MURID [KEMENJADIAN, AKHLAK RM 30,564.00 47 %
DAN PERIBADI MURID]
21,559.75 33 %
3) KOKURIKULUM [SUKAN, PERSATUAN, KO- RM
AKADEMIK DLL] 7,215.00 11 %
65,087.35 100 %
4) PRASARANA & PROJEK FIZIKAL (3K - RM
KESELAMATAN,KESIHATAN & KONDUSIF)

5) PERBELANJAAN PIBG [PELAKSANAAN PROGRAM] RM

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN (NETT OF RM
AKAUN TUMPANG)

18

AGIHAN PERBELANJAAN PIBG 2020

3) KOKURIKULUM [SUKAN, PERSATUAN, KO
AKADEMIK DLL]; RM30,564.00 ; 47%

1) PERBELANJAAN PROGRAM

PENINGKATAN AKADEMIK &

KECEMERLANGAN; ; 4%

RM2,248.60

2) HAL EHWAL MURID
[KEMENJADIAN, AKHLAK DAN
PERIBADI MURID]; RM3,500.00 ;

5%

PERBELANJAAN PIBG
5)

[PELAKSANAAN PROGRAM];…

4) PRASARANA & PROJEK FIZIKAL (3K
KESELAMATAN,KESIHATAN & KONDUSIF;)

RM21,559.75 ; 33%

4.2 Cik Aisya Fitriah binti Sepian menerangkan perbelanjaan terbahagi kepada lima pecahan iaitu
perbelanjaan program peningkatan akademik dan kecemerlangan, hal ehwal murid, kokurikulum,
prasarana & projek fizikal dan perbelanjaan PIBG.

Makluman
4.3Cik Aisya Fitriah binti Sepian menerangkan di bawah penyelenggaraan kesihatan dan kelas SOP
COVID-19, terdapat individu yang memberikan sumbangan sebanyak RM2000.

Makluman

19

4.4 Cik Aisya Fitriah binti Sepian menjelaskan bahawa terdapat kesilapan teknikal dalam buku program
anyflip iaitu jumlah amaun akaun PIBG termasuk akaun tumpang sehingga 31 disember 2020
sepatutnya berada di bawah sekali.

Makluman

4.5 Cik Aisya Fitriah binti Sepian memberitahu bahawa terdapat 2 set dispenser hand sanitiser yang
disumbangkan oleh YDP PIBG, Tuan Hasni Bin Jusoh.

Makluman

4.6 Guru Besar memaklumkan bahawa Program Transisi Tahun 1 selama 43 hari tidak dapat dijalankan
sepenuhnya. Pada awalnya, pihak sekolah meminta ibu bapa membeli buku modul transisi dan
dibimbing oleh guru secara atas talian. Kemudian, pendaftaran murid Tahun 1 diadakan pada 20 Mac,
ibu bapa mengambil buku teks di sekolah. Namun begitu, mengikut kepada arahan PPD dan JPN, guru
tidak boleh memulakan PDPc dan hanya mengikut modul transisi sahaja.

Makluman

4.7 Guru Besar memaklumkan bahawa Perkhemahan Unit Beruniform tidak dapat dilaksanakan dan
wang telah dipulangkan kepada murid. Walaubagaimanapun, pihak sekolah telah mengambil sedikit
wang untuk membayar kos baju yang telah ditempah.

Makluman

4.8 En. Parameswaran a/l Rajagopal mencadangkan mesyuarat menerima penyata kewangan untuk
disahkan. Pn. Norma binti Muhammad menyokong penyata kewangan untuk disahkan.

Makluman

5. USUL MESYUARAT PIBG
5.1 Puan Siti Akhisyah Binti Hamid mencadangkan agar memasang tape atau banner ‘Drop-off dan
Pick-up’ di bahagian pejalan kaki berbumbung di hadapan sekolah untuk tidak membenarkan orang
luar atau sesiapa meletakkan kenderaan atau menunggu anak di hadapan sekolah kecuali menghantar
atau mengambil anak sahaja. Guru Besar iaitu En. Mohd Tamizi bin Maruddin memaklumkan bahawa

20

pihak sekolah sentiasa memastikan tidak berlaku pertembungan antara sesi pagi dan sesi petang. Ini
kerana sepanjang musim Covid-19, guru terpaksa menyuraikan murid 15-30 minit lebih awal mengikut
pada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu memperketatkan SOP dengan melakukan
penjarakan sosial bagi semua murid. Namun begitu terdapat segelintir ibu bapa yang mengambil anak
pulang dari sekolah tidak menjalankan SOP yang sepatutnya untuk menangani Covid-19. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan antaranya hujan boleh menyebabkan laluan lintas akan
menjadi lebih sesak. Dengan itu, ibu bapa perlu menghantar dan mengambil anak perlu mengikut masa
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. YDP PIBG, Tn. Hj Hasni bin Jusoh meminta semua pihak
bekerjasama agar tidak berlaku kesesakan di hadapan sekolah pada masa akan datang.

Tindakan: AJK PIBG, pentadbir dan semua ibubapa

5.2 En. Shahrizwan Effendi Hashim meminta pihak sekolah agar menyenaraikan kos (RM) yang
melibatkan pengubahsuai anak tangga yang cerun di belakang sekolah bagi memudahkan ibu bapa
untuk memilih sumbangan dari bahagian mana yang boleh disalurkan. Guru Besar iaitu En. Mohd
Tamizi bin Maruddin memaklumkan bahawa jumlah kos anggaran secara keseluruhannya adalah
melebihi RM15,000 hingga RM 20,000. Pihak sekolah juga memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang
petugas anggota RELA untuk menjaga pintu pagar belakang dan kos anggaran sebulan ialah sebanyak
RM5760 seorang. Maka pihak sekolah akan menanggung kos yang sangat tinggi sekiranya
menggunakan pintu pagar belakang. YDP PIBG Tn. Hj Hasni bin Jusoh mengalu-alukan sekiranya ada
ibu bapa yang ingin memberikan sumbangan yang lebih kepada pihak sekolah.

Tindakan: AJK PIBG, pentadbir dan semua ibubapa

5.3 Puan Jasmine mencadangkan agar pintu belakang sekolah dibuka untuk drop off murid sahaja.
Guru-guru akan memantau serta mengambil suhu murid. Cara ini dapat membantu pergerakan ke kelas
dapat berjalan dengan lancar dan senang serta tidak akan menggangu trafik waktu balik sesi pagi. Guru
Besar memaklumkan bahawa terdapat ibu bapa yang menghantar anak sesi petang mungkin menunggu
anak sesi pagi untuk dibawa pulang sehingga menyebabkan berlaku kesesakan. Oleh itu, Guru Besar
memohon kepada ibu bapa supaya meletak kenderaan dengan tertib agar tidak mengganggu kenderaan-
kenderaan lain.

Tindakan: Semua ibubapa

21

5.4 Pn. Farah Hazwani binti Jaafar mencadangkan pihak sekolah untuk memperbanyakkan
pertandingan syair, sajak, bercerita, choral speaking,dan sebagainya bagi menaikkan semangat pelajar
dan keyakinan diri dengan mewajibkan semua murid untuk menyertai pertandingan yang disediakan.
Guru Besar memberitahu bahawa pihak sekolah akan mengambil maklum dan menggiatkan lagi
pertandingan seperti ini untuk melahirkan murid yang berwibawa.

Tindakan: Pentadbir dan semua guru

5.5 Muhammad Redzuan Bin Ghazali dan Pn. Dayang Artini binti Awang Biak mencadangkan pihak
sekolah bekerjasama dengan pihak kedai buku sekolah bagi memastikan bekalan buku aktiviti yang
mencukupi untuk mengelakkan ibubapa terpaksa pergi ke sekolah berulang kali. Guru Besar
memaklumkan pihak sekolah akan meminta guru-guru untuk memilih buku pada akhir tahun
persekolahan untuk diberi kepada kedai buku sebagai tempahan. Namun begitu, terdapat senarai buku
yang telah diberikan kepada kedai buku tidak ada dalam tempahan disebabkan terlewat atau terdapat
guru yang mencadangkan semula buku lain sehingga menyebabkan kedai buku terpaksa mencari
daripada mana-mana pembekal untuk memastikan buku-buku dapat disediakan. Guru Besar telah
berjumpa dengan pihak kedai buku untuk memastikan murid mendapat buku yang diperlukan.
Sekiranya pihak kedai buku tidak dapat menyediakan buku tersebut, guru besar meminta agar guru-
guru mengambil inisiatif untuk mencari buku di luar. Pihak sekolah akan menangani masalah ini
melalui bantuan guru kelas atau guru subjek.

Tindakan: Pentadbir dan semua guru

5.6 Pn. Siti Fairus bt Ibrahim mencadangkan mencadangkan guru menyemak semula jadual waktu kelas
kerana beg sekolah murid terlalu berat. Jika berterusan, hal ini boleh membawa kepada masalah sakit
belakang. Guru Besar memaklumkan bahawa Unit Disiplin telah membuat ‘spot check’ pada 26 Mac
2021 yang lalu. Didapati 25% murid membawa buku secara berlebihan dan tidak mengikut jadual
waktu. Tambahan pula, jadual tidak boleh diubah kerana kekangan guru.

Tindakan: Semua ibubapa

5.7 Pn. Rosnani binti Saleh @ Omar mencadangkan penetapan waktu solat zohor dan solat asar untuk
murid tahun 1 hingga 3. Guru Besar memaklumkan bahawa waktu solat zohor dan solat asar tidak
boleh diperuntukkan waktu yang spesifik kerana kekangan tempat solat, tempat ambil wudhu’ dan
jadual waktu kelas. Guru akan membenarkan 2 orang murid untuk keluar kelas bagi menunaikan solat.

Tindakan: Pentadbir dan semua guru

22

5.8 En.Wan Shahanul Bin Johan Haris mencadangkan aktiviti di padang mengikut giliran kelas dapat
dijalankan sebulan sekali dengan SOP yang ditetapkan. Kawasan padang dibahagikan kepada 4
bahagian supaya murid dapat melakukan penjarakan ketika aktiviti riadah. Guru Besar memaklumkan
bahawa tiada masalah sekiranya murid melakukan aktiviti riadah tanpa alatan. Sekiranya murid
menggunakan alatan, alatan tersebut perlu disanitasi. Pihak sekolah akan mencari cara dan ruang untuk
membolehkan murid bermain di padang sekali seminngu dan cadangan ini akan dipertimbangkan.

Tindakan: Pentadbir dan semua guru

5.9 En. Shahrizwan Effendi Hashmi mencadangkan program-program berkaitan STEM bagi tahun
2021 diperbanyakkan. YDP PIBG Tn. Hj Hasni bin Jusoh memaklumkan bahawa pihak sekolah
sememangnya ada perancangan dalam program STEM. Dari pihak PIBG, pasukan baru akan
memikirkan bagaimana untuk menyokong program STEM. YDP PIBG Tn. Hj Hasni bin Jusoh
mengharapkan sokongan dari peringkat persatuan kerana banyak perancangan dan usaha yang tidak
dapat dilaksanakan atas dasar PDPR itu sendiri. Pelaksanaan program STEM memerlukan penglibatan
beberapa pihak bukan individu sahaja dan diadakan dalam bentuk kumpulan dan lebih tersusun.

Tindakan: AJK PIBG, Semua Ibubapa dan semua Guru

5.10 Puan Suhana binti Satar mencadangkan peer teaching dilaksanakan. Guru besar memaklumkan
bahawa peer teaching adalah pengajaran bersama sepertimana yang dilaksanakan di dalam subjek
Pendidikan Islam. Namun begitu, sekiranya guru tidak cukup atau terdapat relief, peer teaching tidak
akan dijalankan.

Tindakan: Pentadbir dan semua guru

5.11 Puan Suhana binti Satar mencadangkan pemantauan terhadap kes buli di sekolah. Guru besar
memohon sekiranya terdapat kes buli yang mempunyai bukti, ibu bapa boleh hadir ke sekolah untuk
berjumpa dengan Guru besar atau penolong kanan Hal Ehwal Murid (HEM) bagi membuat aduan
bertulis. Pihak sekolah akan bertindak melalui aduan bertulis dengan memanggil ibubapa murid
berkenaan untuk membuat penjelasan dan sekiranya perlu untuk dibawa ke PPD, hal ini akan
dipanjangkan ke peringkat PPD.

Tindakan: Pentadbir dan semua ibubapa

23

5.12 Puan Rofina binti Abdul Rahim mencadangkan agar kelas diadakan 3 kali seminggu bagi
mengurangkan murid-murid di dalam kelas, penjarakan sosial dan guru boleh memberi tumpuan yang
lebih pada anak murid yang bilangannya sedikit dalam kelas. YDP PIBG, Tn. Hj Hasni bin Jusoh
memaklumkan bahawa ibu bapa perlu faham pelaksanaan dan arahan yang dikeluarkan sekolah ada
yang berbentuk polisi dan arahan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu,
cadangan tidak dapat dilaksanakan kerana PDPc mengikut kepada arahan KPM.

Tindakan: Semua ibubapa

5.13 En. Murallidass Ganesan, Puan Nadiah, En. Mohamed Riswan bin Ali dan En. Mohammad Faizal
bin Jamaluddin mencadangkan agar waktu persekolahan diadakan satu sesi sahaja iaitu pada waktu
pagi sahaja. Ia akan memudahkan ibu bapa untuk menghantar dan menjemput anak-anak selepas waktu
persekolahan seperti tahun lalu dan sebelumnya. Ia juga akan memudahkan ibu bapa yang ada anak-
anak di tahap satu dan dua. YDP PIBG, Tn. Hj Hasni bin Jusoh memaklumkan bahawa sekolah tidak
dapat menampung kesuluruhan pelajar dalam satu sesi, sehingga terpaksa membuka dua sesi.

Tindakan: Semua ibubapa

5.14 Pn. Dayang Artini binti Awang Biak mencadangkan agar sukatan pelajaran dihabiskan lebih awal
dan mengadakan ‘Intensive Revision Program’ bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan.
YDP PIBG, Tn. Hj Hasni bin Jusoh memaklumkan sekolah termaktub kepada sukatan pelajaran dan
takwim yang telah ditetapkan. Guru Besar juga memberitahu bahawa hal ini perlu dilihat daripada
keseluruhan kelas kerana bukan semua murid dapat mengikuti pembelajaran kerana tahap murid adalah
berbeza didalam kelas. Sekiranya keadaan guru dan murid di dalam kelas mebolehkan guru
menghabiskan sukatan lebih awal, cadangan ini boleh digunakan.

Tindakan: Semua guru

5.15 Pn. Kogila Naraina Chetty meminta pihak sekolah sentiasa memastikan tandas di sekolah
mempunyai lampu yang terang dan dan bersih supaya murid lebih selesa. Guru Besar memaklumkan
Penolong Kanan HEM akan memastikan lampu ditukar sekiranya ada kerosakan serta memastikan
tandas dibersihkan mengikut jadual setiap hari iaitu 3 kali untuk sesi pagi dan 2 kali untuk sesi petang.

Tindakan: Pentadbir dan semua guru

24

5.16 Puan Shida mencadangkan kedai buku untuk dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Guru besar
memaklukan bahawa kedai buku tidak dapat dibuka pada hari Sabtu dan Ahad dan akan dibuka pada
hari bekerja sahaja. Kedai buku merupakan entiti perniagaan dan tidak sesuai untuk dibuka hanya untuk
beberapa orang ibubapa sahaja yang datang. Kedai buku akan dibuka pada hari yang penting seperti
pada awal persekolahan kerana ramai ibu bapa masih belum membeli buku persekolahan anak-anak.
Sekiranya ibubapa tidak mampu hadir ke sekolah, ibubapa boleh memberi wang kepada anak-anak dan
boleh berbincang dengan guru kelas.

Tindakan: Semua ibubapa

5.17 Puan Nik Noor Aini binti Nik Li mencadangkan pihak sekolah untuk mengenal pasti satu kaedah
yang sesuai untuk memaklumkan prestasi anak-anak kepada ibu bapa. Guru Besar memaklumkan
bahawa penilaian sekolah mengikut kepada arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada waktu
ini, peperiksaan tidak dijalankan kerana penilaian dilakukan melalui PBD. Walaubagaimanapun,
pentaksiran secara ujian dilaksanakan bagi tahap 2 manakala bagi tahap 1, Penilaian Bilik Darjah
dilaksanakan sepenuhnya.

Tindakan: Semua guru dan ibubapa

5.18 Pn. Ifa binti Ismail mencadangkan agar bumbung dibina di kawasan perhimpunan agar lebih selesa
untuk sesi perhimpunan yang akan datang. Murid tidak perlu berpanas atau berhujan di tapak
perhimpunan tersebut.Guru Besar memaklumkan bahawa kos membina bumbung sangat mahal iaitu
anggaran dalam RM400-RM 500 ribu.

Tindakan: Semua ibubapa

5.19 Puan Rossuriyati mencadangkan agar tiada fast food dijual di kantin sekolah. Guru Besar
memaklumkan bahawa tiada fast food dijual di sekolah. Sekiranya ibubapa mendapati fast food dijual
oleh pihak kantin, Ibu bapa boleh memaklumkan hal ini kepada pihak sekolah. Sekiranya penjualan
fast food ini di luar sekolah, pihak sekolah tidak mampu menanganinya.

Tindakan: Pentadbir dan semua ibubapa

5.20 Puan Ana Mariam mencadangkan agar sekolah mengadakan pembimbing rakan sebaya utk
beberapa subjek utk membimbing pelajar yg kurang faham atau lemah dalam pelajaran dlm kelas. Hal
ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar dan saling bantu membantu antara pelajar. Guru Besar
memaklumkan bahawa pelaksanaan pembimbing rakan sebaya akan dipertimbangkan.

25

Tindakan: Pentadbir dan semua guru

5.21 En. Fairul Azri b. Abd Aziz dan Pn. Siti Norrodiah bt. Zulkifli mencadangkan agar kebersihan
tandas dipertingkatkan. Guru besar memaklumkan pembersihan tandas dilakukan sebanyak 3 kali sesi
pagi 2 kali sesi petang. Tambahan pula, tandas akan disanitasi sekerap mungkin bagi mengelakkan
penularan wabak covid 19.

Tindakan: Pentadbir dan semua Guru

5.22 Puan Dayang Artini binti Awang Biak dan Puan Farida mencadangkan agar pihak sekolah dapat
membuka pintu pagar belakang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengkhususkan pintu
pagar belakang untuk van sekolah sahaja atau menggunakan perkhidmatan RELA untuk mengawal lalu
lintas. YDP PIBG, Tn. Hj Hasni bin Jusoh memaklumkan bahawa Laluan di pintu pagar belakang agak
berbahaya dan kos yang tinggi diperlukan untuk pengubahsuaian tangga yang agak curam. Terdapat
beberapa isu untuk ditangani iaitu mengubahsuai tangga, merendahkan cerun, susur masuk utk drop
off dan bonggol untuk memperlahankan kenderaan. Tambahan pula, atas faktor keselamatan dan
melibatkan jumlah pengawal keselamatan serta kos perkhidmatan RELA agak mahal iaitu RM5760
untuk setahun (3 jam seorang) maka pintu pagar belakang tidak dibuka. Pihak sekolah amat mengalu-
alukan sekiranya terdapat ibubapa yang hendak membantu untuk menyumbang dana kepada pihak
sekolah.

Tindakan: AJK PIBG, pentadbir dan semua ibubapa

5.23 Puan Justina binti Jaapar meminta penjelasan mengenai samada kerja sekolah diberikan melalui
Google Classroom atau kerja sekolah sudah diberi semasa di dalam kelas. Guru Besar memaklumkan
bahawa kerja sekolah tidak diberikan di dalam Google Classroom tetapi mungkin ada sebahagian guru
yang akan mengambil inisiatif untuk meletakkan tugasan di dalam Google Classroom.

Tindakan: Semua ibubapa dan semua guru

5.24 Puan Juriah binti Md Din mencadangkanWhatsapp kelas untuk ibu bapa/penjaga diadakan secara
'2 way communication'.Guru Besar memaklumkan bahawa penggunaan Whatsapp atau Telegram
adalah tidak efisien kerana banyak perbincangan ibu bapa yang tidak berkaitan dan menyebabkan
terlepas pandang info-info yang penting. Guru Besar memaklumkan bahawa Group Whatsapp kelas
telah ditetapkan di dalam satu hala bagi memudahkan guru kelas berkongsi maklumat dan info yang
penting sahaja.

26

Tindakan: Semua ibubapa dan semua guru

5.25 Puan Siti Norrodiah Binti Zulkifli mencadangkan pihak sekolah memastikan semua pemandu atau
pengusaha bas dan van mendaftarkan nama syarikat kepada pihak sekolah. Guru Besar memaklumkan
pihak sekolah akan mengumpulkan maklumat van dan bas sebagai makluman kepada ibubapa untuk
menghubungi pihak van.

Tindakan: Pentadbir dan semua ibubapa

5.26 Puan Siti Norrodiah Binti Zulkifli mencadangkan pemandu atau pengusaha bas melaporkan
kepada guru bertugas kehadiran mereka sebelum guru bertugas melepaskan pelajar keluar dari kawasan
sekolah. Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak mempunyai hak untuk memberikan
tugasan kepada pihak van.

Tindakan: Semua ibubapa

5.27 Puan Suriya Binti Abd Halim mencadangkan pihak sekolah mengemaskini perkembangan pelajar
kepada ibu bapa/penjaga bagi memastikan prestasi pelajar meningkat dari semasa ke semasa melalui
sistem dalam talian. Guru Besar memaklumkan ibubapa untuk menghubungi guru kelas untuk
mendapatkan maklumat berkaitan.

Tindakan: Semua ibubapa dan semua guru

5.28 En. Hasan Basri bin Abdul Halim meminta penjelasan mengenai pemilihan unit kokurikulum
murid sedangkan pihak kokurikulum sekolah sendiri yang menyediakan borang untuk pemilihan unit
kokurikulum. Guru Besar memaklumkan bahawa berkaitan dengan pemilihan kelab, memang
diedarkan borang untuk ibu bapa memilih kelab/persatuan/sukan. Borang dalam talian diberikan untuk
mencari murid-murid yang mungkin mempunyai kemahiran khusus dalam sesebuah unit yang ingin
dianggotai dan keputusan akhir akan ditentukan oleh pihak unit kokurikulum sekolah tanpa hanya
melihat minat murid semata-mata tapi kepada keperluan dan kekosongan sesebuah unit.

Tindakan: Semua ibubapa dan semua guru

5.29 Puan Jennifer mencadangkan agar murid diberi hak untuk memilih unit kokurikulum yang
diminati. Guru Besar memaklumkan bahawa sekiranya anak-anak berminat dengan
kelab/persatuan/sukan tersebut dan dapat dibuktikan dengan penglibatan dalam unit kokurikulum
tersebut, pihak kokurikulum akan membuat pertimbangan dengan sewajarnya.

27

Tindakan: Pentadbir, semua ibubapa dan semua guru

5.30 Puan Justine meminta penjelasan mengenai samada murid yang tidak dapat memasuki kelab silat
di sekolah tidak dapat menyertai latihan silat pada hari Sabtu dan bertanya mengenai latihan silat yang
disertai sama dengan persatuan kokurikulum lain yang percuma di sekolah. Guru Besar memaklumkan
bahawa penglibatan murid dalam kegiatan silat pada hari Sabtu adalah terbuka kepada semua murid
dan berbayar kerana diajar oleh jurulatih luar.Bagi murid yang terpilih menyertai Persatuan Silat
Sekolah akan tetap dilaksanakan mengikut jadual perjumpaan setiap hari Rabu dan tiada bayaran akan
dikenakan.

Tindakan: Pentadbir, semua ibubapa dan semua guru

6. PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020/2021

6.1 YDP PIBG sesi 2020/2021 Tuan Haji Hasni Bin Jusoh telah membubarkan jawatankuasa PIBG
sesi 2020/2021.

6.2 Guru Besar En. Tamizi bin Maruddin telah menjadi pengerusi sementara bagi pemilihan
jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022. Cadangan telah disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

7. PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022

7.1 Berikut merupakan senarai jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022:

YDP : Tn. Hj Hasni bin Jusoh

NYDP : Pn. Syarina binti Jamaluddin

Setiausaha : Pn. Nuruda binti Mohamed

Naib Setiausaha : Pn. A.Anita Jeyamalar a/p Augustin John

Bendahari : Cik Aisya Fitriah binti Sepian

Naib Bendahari : Pn. Norhidayah binti Che Ibrahim

AJK Ibu Bapa : 1) En. Rosdi bin Ahmad

2) Pn. Norma binti Muhammad

3) Pn. Ruziyanti binti Mohd Mokhtar

4) Pn. Ummi Safiah binti Bidin

5) Pn. Soffia Fulliana Ahmad Fuat

6) En. Kaviarasu a/l Govindan

28

AJK Guru 7) Pn. Nurul Aida binti Hamil
: 1) Pn. Afifah binti Abd Azib
2) En. Mohammad Redzuan Bin Junik
3) Pn. Norhidayah binti Hamdan

Juruaudit : 1) En. Parameswaran a/l Rajagopal
2) Pn. Rusaida binti Abu Bakar

8. UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 YDP Tuan Haji Hasni bin Jusoh telah mengucapkan terima kasih kerana sekali lagi telah diberi
kepercayaan untuk menerajui PIBG bagi sesi 2021/2022.

8.2 YDP berharap semua ahli boleh memberi kerjasama secara berpasukan dan memohon semua ahli
dapat melibatkan diri dalam memberi sumbangan dalam segala hal yang melibat sekolah dan pelajar.

8.3 Beliau juga memohon ampun dan maaf jika terdapat kesalahan dan kekurangan yang dilakukan
semasa menerajui PIBG sebelum ini dan berjanji akan perbaiki lagi pada masa akan datang.

8.4 YDP juga telah mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru dalam mesyuarat
Agung PIBG tahun ini secara bersemuka dan secara online. Beliau juga mengucapkan terima kasih
kepada pihak sekolah kerana berani mengadakan mesyuarat secara maya.

8.5 YDP juga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ahli PIBG yang beragama Islam.

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:00 petang.

29

USUL DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2022

NAMA IBU NAMA USUL CATATAN
BAPA/ MURID &
PENJAGA KELAS Harap murid-murid Cadangan ini
Siti Hajar Muhammad dapat memasuki badan telah
binti Faruq Hafil beruniform yang dilaksanakan
Jamaludin bin merupakan pilihan tahun ini.
Mohamed murid, bukan pilihan Walaubagaimana
Norafidalaila Faizal guru. pilihan ini untuk pun terpaksa
binti Mohd (5 orkid) tempoh 3 tahun dan diubah atas
Gani insyaallah akan beberapa faktor
Nur berterusan di sekolah
Nur Jadaqish menengah pula. -Semua unit yang
Maisarah Qairina Tubuhkan unit seperti dinyatakan telah
binti Shohar binti taekwondo/ diwujudkan
Shahrezal badminton/koir -unit koir dalam
Louisiana (2 teratai) proses penubuhan
Nur Mengadakan kelab
Siti Fairus bt Wafiyyah pembimbing rakan -cadangan yang
Ibrahim binti sebaya baik dan akan
Norjafri dipertimbangkan
(2 dahlia) untuk tahun
hadapan
Varick a/l Memberi peluang -Pembimbing
Devandran kepada semua murid Rakan Sebaya
(5 kenanga) menyertai sukan. telah diwujudkan
dibawah unit
Alesya Mohon cikgu2 buat Bimbingan &
Safiya binti latih tubi untuk silibus Kaunseling
Shahrin tahun 2, banyak yang (BNK)
Azri ketinggalan. Semua murid
(3 teratai) berpeluang
30 menyertai sukan
(sukan sekolah /
kokurikulum)
Cadangan yang
baik dan akan
diambil tindakan
selanjutnya

Siti Hajar Muhammad Isu beg berat telah -Pihak sekolah
binti Faruq Hafil ditangani bagi pelajar telah mengambil
Jamaludin bin tahap 1. bagaimana tindakan
Mohamed pula murid2 tahap 2? mengikut saranan
Rohani binti Faizal KPM (5-6 subjek
Mohd Yusop (4 orkid) Memohon pihak sehari)
sekolah untuk -arahan telah
Amra bin Muhammad mengadakan kelas diberikan dan
Mustapha Ammar tambahan bagi subject dikeluarkan
Haqef bin bm, matematik, sains untuk setiap
Saiful Amra dan bi bagi anak di matapelajaran
Amirin bin (6 teratai) tahun 6, kerana -Guru subjek
Mohd Pauzi walaupun tiada upsr, telah memberi
Muhammad penguasaan bagi arahan untuk
Ammar subject ini perlu membawa satu
Haqef mencapai tahap yang buku aktiviti
(6 Teratai) baik sebelum masuk ke setiap subjek
sek. menengah. Cadangan yang
Mohammm Beg sekolah terlalu baik dan akan
ad Izz berat walaupun ikut dipertimbangakan
Amsyar jadual waktu yg mengikut
Amirin diberikan. cadangan kesesuaian masa
(1 Teratai) sediakan ruangan dan kekangan
penyimpanan buku di yang ada
ruangan kelas masing2
Isu melibat kerja rumah Akan
yang tidak diketahui dipertimbangkan
oleh para ibu bapa mengikut
kesesuaian
31 ruangan yang ada

Akan diambil
tindakan dan
mohon kerjasama
pihak ibu bapa
untuk memantau
anak membuat

Syahrul Audra Harap boleh sediakan kerja sekolah di
Azhan bin Eriqa tandas duduk untuk rumah
Saidin (1 kenanga) pelajar perempuan. Cadangan akan
kebanyakan murid dipertimbangkan
Siti Khalizah Siti Nur tidak mahir berdasarkan
binti hj Qasrina menggunakan tandas kewangan semasa
Mohd Omar binti cangkung.
Hassan -Pihak sekolah
Siti Hajar Basri Beg berat harap buku telah mengambil
binti (5 mawar) teks tinggal di kelas tindakan
Jamaludin mengikut saranan
Muhammad Diharap ada pertukaran KPM (5-6 subjek
Mohd Fadhil Faruq Hafil jenis tandas. rumah2 sehari)
bin Mohd bin terkini dibina tandas -arahan telah
Ramly Mohamed jenis duduk. manakala diberikan dan
Faizal tandas jenis dikeluarkan
(4 orkid) mencangkung di untuk setiap
sekolah membuatkan matapelajaran
Qamilia anak2 menahan diri -Guru subjek
Sofea mohd dari pergi ke tandas telah memberi
Fadhil sebab tidak pandai arahan untuk
menggunakannya. membawa satu
diharap ada option buku aktiviti
untuk anak2 memilih setiap subjek
jenis tandas yang Cadangan akan
mereka selesa dipertimbangkan
1. Beg sekolah anak berdasarkan
masih berat. adakah kewangan semasa
locker dpt disediakan?
Penempatan
32 murid bukan di
bawah bidang

Rohani binti (2 orkid) 2. Bilangan murid kuasa pihak
Mohd Yusop didalam kelas agak sekolah
Muhammad padat.>35org. (Maksimum
Siti fairos ab Ammar bilangan sekelas
Raman Haqef bin Murid perlu diberi ialah 50 orang
Norliza binti Amra kebolehan dan mengikut PPD)
Raof (6 teratai) kemahiran untuk -Pihak sekolah
membentuk diri dan telah
Zandrea sahsiah seperti asas melaksanakan
Nur masakan, pertukangan, PdP berdasarkan
Adriana berniaga, dan berkebun. silibus yang
Marissa ditetapkan oleh
binti Mohd Masa kedatangan hari KPM
Zharief Jumaat mohon dianjak -sekolah telah
(3 teratai) ke 2.30 ptg mengikut silibus
Muhammad memandangkan para bagi subjek RBT
Qhawsar bapa pergi menunaikan dan beberapa
Zareeq solat Jumaat. aktiviti
(4 teratai) Kokurikulum
Mohon penyampaian bagi membentuk
yang awal dan jelas sahsiah diri dan
tentang sesuatu info pengetahuan asas
melibatkan seperti masakan,
pembelajaran dalam pertukangan,
kelas contohnya dalam perniagaan dan
sesuatu subjek yang ilmu pertanian
memerlukan pelajar Akan mengalami
membawa barang dari kekangan pada
rumah waktu pulang
murid
33
Akan diambil
tindakan yang
sewajarnya.

PERINCIAN PERBELANJAAN 2021 (BAGI TEMPOH 1 JAN 2021 - 31 DISEMBER 2021)
DALAM RINGGIT MALAYSIA (RM)

Amaun bermula 0000 hrs 1 Januari 2021 termasuk akaun tumpang/ kontra: 17,711.59

Amaun akaun tumpang/kontra bermula 1 Januari 2021: 1,010.00

Nett Amaun kewangan PIBG bermula 0000 hrs 1 Januari 2021 (iaitu tolak 16,701.59
amaun akaun tumpang/kontra) : 10,410.00
Amaun Perolehan PIBG 1 Januari 2021 - 31 Disember 2021:

1) PERBELANJAAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK & KECEMERLANGAN

Jumlah 0.00

2) HAL EHWAL MURID [KEMENJADIAN, AKHLAK DAN PERIBADI MURID] 400.00
Program Motivasi Ibu Bapa 400.00

Jumlah 250.00

3) KOKURIKULUM [SUKAN, PERSATUAN, KO-AKADEMIK DLL] 250.00
Hadiah Peserta PUBG SAKSEED
2,500.00
Jumlah 500.00
500.00
4) PRASARANA & PROJEK FIZIKAL (3K - KESELAMATAN,KESIHATAN &
KONDUSIF) 3,500.00
Penyelenggaraan Bumbung Kantin Sekolah
Pemasangan Singki Di Setiap Aras Blok C
Baik Pulih Jalan Tar di Pagar Utama

Jumlah

34

5) PERBELANJAAN PIBG [PELAKSANAAN PROGRAM] 805.00
Perbelanjaan Mesyuarat Agung PIBG 2021 500.00
Sumbangan Hadiah Perpindahan Encik Tamizi (Mantan GB) 300.00
Sumbangan Hadiah Persaraan Peg. Tadbir SAKSEED 15.00
CHEQUE STAMP 10.50
Cheque Service Charge
1,630.50
Jumlah

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN PIBG SEPANJANG 2021 5,780.5
Nett amaun kewangan PIBG sehingga 31 DISEMBER 2021 : RM21,331.09

PERBELANJAAN AKAUN TUMPANG/KONTRA*: 1,010.00
109,849.93
Amaun akaun tumpang/kontra bermula 0000 hrs 1 Januari 2021:
Amaun Perolehan untuk akaun tumpang / kontra 1 Januari 2021 - 31 10,000.00
DISEMBER 2021: 1,020.00
4,085.36
6) AKAUN TUMPANG/KONTRA 10,880.00
Yayasan Taqwa 1,010.00
Buku Transisi Tahun 1 2,683.00
Kutipan Sumbangan Musolla An-Naim 81,041.57
Tumpang Sumbangan Kematian
Pelarasan Akaun
Kutipan Sumbangan Duit Raya
Kutipan Sumbangan Kepada 5 Murid Kehilangan Ibu Bapa Akibat Covid19

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN AKAUN TUMPANG SEHINGGA 31 110,719.93
DISEMBER 2019 140.00
Nett Akaun Tumpang/kontra bermula 0000 hrs 1 Januari 2022:

35

PERBELANJAAN AKAUN AMAL*: 0.00
Amaun akaun tumpang/kontra bermula 0000 hrs 1 Januari 2021: 18,082.00
Amaun Perolehan untuk akaun tumpang / kontra 1 Julai 2021 - 31 DISEMBER
2021:

6) AKAUN AMAL 1,000.00
Sumbangan Amal Covid 1,000.00
Sumbangan Amal Covid 3,000.00
Sumbangan Amal Covid 3,000.00
Sumbangan Amal Covid 3,000.00
Sumbangan Amal Covid 2.50
Cheque Service Charge

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN AKAUN TUMPANG SEHINGGA 31 11,002.50
DISEMBER 2021 7,079.50
Nett Akaun Amal bermula 0000 hrs 1 Januari 2022:

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN SEPERTI DALAM PENYATA 127,502.93
KEWANGAN

JUMLAH AMAUN AKAUN PIBG TERMASUK AKAUN TUMPANG DAN RM28,550.59
AKAUN AMAL SEHINGGA 31 DISEMBER 2021 :

*Akaun tumpang melibatkan wang zakat, wang infaq, unit bimbingan dan kaunseling, serta termasuk
kontra 'pinjam dan bayar balik bila peruntukan kerajaan tiba' e.g. BRIM.

36

PERINCIAN PERBELANJAAN 2021 (BAGI TEMPOH 1 JAN 2021 - 31 DISEMBER 2021)

SEGMEN RM %
0%
1) PERBELANJAAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK & RM 7%
KECEMERLANGAN - 4%
61%
2) HAL EHWAL MURID [KEMENJADIAN, AKHLAK DAN PERIBADI RM 28%
MURID] 400
100%
RM
3) KOKURIKULUM [SUKAN, PERSATUAN, KO-AKADEMIK DLL] 250

4) PRASARANA & PROJEK FIZIKAL (3K - KESELAMATAN,KESIHATAN & RM
KONDUSIF) 3,500

5) PERBELANJAAN PIBG [PELAKSANAAN PROGRAM] RM

1,631

RM

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN 5,781

37

LAPORAN UNIT KURIKULUM 2021

Pendahuluan
Pada tahun 2019, Unit Kurikulum Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah

melaksanakan pelbagai program yang melibatkan murid-murid. Program-program ini dijalankan
untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid SKS2BK. Berikut adalah aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan untuk memastikan kecemerlangan murid-murid di SKS2BK.

BIL PROGRAM ANJURAN TARIKH CATATAN
PANITIAN/UNIT PERLAKSAAN
1 Minggu Kesenian Islam Pendidikan. Islam 22 Feb-26 Feb 2021 Tahap 1 &
Tahap 2
2 Dimensi Bidadari Pendidikan Islam Mac-Ogos 2021 Umum
Syurga
Pendidikan Islam 5 Mac 2021 Tahap 1 &
3 Program Kami Care Tahap 2

4 Program Israk Mikraj Pendidikan Islam 20 Mac 2021 Tahap 1 &
Tahap 2
5 Projek Aulad & Wildan Pendidikan Islam April - Ogos
Tahap 1 &
6 Video Hari Raya Wishes Bahasa Inggeris 6 Mei-14 Mei 2021 Tahap 2
With Stay Safe Messages
13 April-10 Mei 2021 Tahun 5 &
7 Program Ihya' Pendidikan Islam Tahun 6
Ramadan 17 Mei 27 Mei 2021
Tahap 1 &
8 Let's Read and Share- Book Bahasa Inggeris 17 Mei 27 Mei 2021 Tahap 2
Review
17 Mei 27 Mei 2021 Tahap 1 &
9 Selfie MCO 3.0 Stay Safe Bahasa Inggeris 17 Mei 27 Mei 2021 Tahap 2
At Home Contest 17 Mei 27 Mei 2021
17 Mei 27 Mei 2021 Tahap 1 &
10 I Love English Poster Bahasa Inggeris Tahap 2
Drawing Contest Bahasa Inggeris
Tahun 1
11 My Wardrobe Contest
Tahun 2
12 Dress Up According To Bahasa Inggeris
The Season Contest Bahasa Inggeris Tahun 3

13 Story Telling Tahun 4 &
Tahun 5
14 Tongue Twister Challenge Bahasa Inggeris 17 Mei - 27 Mei 2021
Tahun 6

38

15 Program Bulan Dakhwah Pendidikan Islam 21 Jun-25 Jun 2021 Tahap 1 &
Tahap 2

16 Bahasa Melayu Dihatiku Bahasa Melayu 13 Jun-31 Julai 2021

17 Pertandingan Buku Skrap sejarah 5 Julai - 1 Sept 2021 Tahap 2

18 Pertandingan Melukis Pendidikan Seni 1 Julai - 30 Julai 2021 Tahap 1 &
Lukisan Ilustrasi Tema Visual 25 Julai 2021 Tahap 2
Adiwiraku
Pendidikan Islam Tahap 1 &
19 Sinar Aidiladha Tahap 2

20 Program Ma'al Hijrah Pendidikan Islam 13 Ogos 2021 Tahap 1 &
Tahap 2

21 Kem Bestari Solat Pendidikan Islam 16 - 20 Ogos 2021 Tahap 1 &
Tahap 2

22 Pertandingan Reka Bentuk Reka Bentuk & Tahun 4
Tahun 5
Model Teknologi Malaysia Teknologi 16 - 27 Ogos 2021 Tahun 6
16 - 27 Ogos 2021 Tahun 6
Menggunakan Pen 3D 16 - 27 Ogos 2021
16 - 27 Ogos 2021 Tahap 1 &
23 Pertandingan Artikel Reka Bentuk & Tahap 2
16 - 10 Sept 2021
Jahitan Sempena Teknologi

Kemerdekaan

24 Pertandingan Reka Cipta Reka Bentuk &

Model Kenderaan Di Teknologi

Malaysia Dengan Kreatif

25 Pertandingan Lakaran Jalur Teknologi dan

Gemilang Kreatif Maklumat &

Menggunakan Aplikasi Komunikasi

Paint

26 Program Sambutan Bulan Sejarah

Kebangsaan

27 Pertandingan Pakaian Prasekolah 23 Ogos - 03 Sept 2021 Prasekolah
Bertema Patriotik Dan
Kebangsaan Pendidikan Seni 6 -27 Sept 2021 Tahap 1 &
Visual 13 Sept 2021 Tahap 2
28 Pertandingan Mencipta
Menggunakan Pendidikan Islam Tahun 6
Bahan Kitar Semula

29 Program Kartungogi

30 Minggu Penghayatan Nilai Pendidikan Moral 27 Sept - 10 Okt 2021 Tahap 1 &
Murni Digital 2021 Tahap 2

31 Pertandingan Video Kreatif Pendidikan 27 Sept - 10 Okt 2021 Tahap 1
Kesihatan

39

32 Pertandingan Chef Cilik Pendidikan 27 Sept - 10 Okt 2021 Tahap 2
Kesihatan
33 Pertandingan Menghafal Bahasa Tamil 27 Sept - 17 Okt 2021 Tahap 1
Asthicoodi
Bahasa Tamil 27 Sept - 17 Okt 2021 Tahap 2
34 Pertandingan Pidato Pendidikan Islam 23 Oktober 2021 Tahap 1 &
35 Program Maulidur Rasul Tahap 2

BORANG PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM SEKOLAH 2021

BIL PROGRAM ANJURAN TARIKH CATATAN

1 Mesyuarat Pewaris PANITIA / UNIT Live
Prasekolah 2021 Facebook
Prasekolah sebab dalam
2 Hari Orientasi Tahun 1 PKP
Jawatankuasa 20 Januari 2021
Tahun 1 Live
Facebook
3 Program Transisi Tahun 1 Jawatankuasa sebab dalam
PKP
Tahun 1 Secara
Maya
4 Mesyuarat Agung PIBG PIBG 10 April 2021
Secara
5 Program TS25 Pertandingan Jawatankuasa 14 Jun 2021 - Maya
30 Jun 2021
Tik Tok (Cegah Virus Bantu TS25
24 - 30 Sept 2021
Frontliner)

6 Program TS25 Pertandingan Jawatankuasa

Merekacipta 3R TS25

Penutup
Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuaan terima kasih kepada PIBG
kerana membantu Unit Kurikulum sepanjang tahun 2019. Adalah diharapkan dengan kerjasama
pihak PIBG, Unit Kurikulum SKS2BK akan lebih cemerlang pada masa-masa akan datang.
Disediakan oleh:

………………………………….
(MAANILA APPUTHURAI)
PK Pentadbiran
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

40

LAPORAN UNIT HAL EHWAL MURID 2021

Pendahuluan
Unit ini adalah untuk menyelaras aktiviti hal ehwal murid. Unit ini mengandungi 14 bahagian iaitu
Unit Displin dan Pengawas ,Unit Bimbingan dan Kaunseling (B&K), Unit Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT), Unit Kesihatan, Unit Kebersihan dan Keceriaan, Unit Penyelenggaraan, Unit Keselamatan,
Unit Penempatan Sekolah Menengah, Unit Kedai Buku, Unit Kantin, Unit Bantuan dan Kebajikan
(RMT,KWAMP,EMK,PSS), Unit Data APDM dan Enrolmen, Unit Inventori, Unit Penyenggaraan,
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).

Pada tahun 2021, Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara tidak dapat
melaksanakan sepenuhnya program-program yang telah diatur memandangkan sesi persekolahan
secara bersemuka terpaksa ditangguhkan kerana negara berdepan dengan cabaran penularan virus
Covid-19.Namun begitu, beberapa program tetap dilaksanakan secara dalam talian sebagaimana
yang telah dirancang dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian. Berikut adalah aktiviti-
aktiviti yang telah berjaya dijalankan:

Bil Prorgam / Aktiviti Tarikh Catatan
1 Hari Oriantasi Tahun 1 20 Desember 2021

2 Program Maju Diri 15,16 & 17 Januari 2021

3 Motivasi Pelajar Cemerlang 18-22 Februari 2021

4 Pelantikan Pengawas, Pengawas PSS, Ketua Sepanjang bulan Mac

Kelas dan Penolong Ketua Kelas dan

Pembimbing Rakan Sebaya.

5 Psikometrik Tahun 6 Sepanjang Bulan Mac

6 Kem Kepimpinan Muda 2-1 Mac 2021

8. Pertandingan e-Sukan 10 Oktober 2021

9. Ceramah ke SMK 19 November 2021

10. Alam Remaja 19 Novemver 2021

11. Kerjaya November 2021

12. Ziarah Cakna Sepanjang Tahun (Menziarahi
13. Program Guru penyayang Sepanjang Tahun Keluarga yang
terkesan akibat
Covid-19)

14. Sambutan Hari Lahir Sepanjang Tahun

15. Jamuan Akhir Tahun 20 Januari 2022

41

Penutup
Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuaan terima kasih kepada PIBG
kerana membantu Unit HEM sepanjang tahun 2021. Adalah diharapkan dengan kerjasama pihak PIBG,
Unit Hal Ehwal Murid SKS2BK akan lebih cemerlang pada masa-masa akan datang.
Disediakan oleh:
………………………………….
(KAMARUZAMAN BIN MUHAMMAD ZAIN)
PK Hal Ehwal Murid
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

42

LAPORAN UNIT KOKURIKULUM 2021

Unit Kokurikulum merupakan satu cabang penting seiring dengan bidang Kurikulum dan Hal Ehwal
Murid yang menjadi tonggak penting kecemerlangan sesebuah sekolah.

Pada tahun 2020, Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah
melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid-murid sama ada di peringkat sekolah, zon,
daerah, negeri dan kebangsaan. Melalui penglibatan ini, murid-murid dapat diberi peluang untuk
mengilap bakat mereka. Berikut adalah aktiviti-aktiviti dan pencapaian murid-murid pada tahun 2020.

AKTIVITI DALAMAN DAN PENGLIBATAN LUAR SEPANJANG TAHUN 2020
A) Majlis Utama Kokurikulum

BIL AKTIVITI TEMPAT TARIKH PENGLIBATAN CATATAN
Kawasan sekolah 11 Januari Murid tahap 2
1. e-Kejohanan dan Perumahan (tahun 4, 5 dan 6)
Merentas Desa Bukit Kuchai
Semua murid
3. Temasya Sukan Padang SKS2BK 7 Mac
Tahunan

B) Unit Beruniform, Kelab/Persatuan & Permainan

BIL AKTIVITI TEMPAT TARIKH PENGLIBATAN CATATAN
Aktiviti kokurikulum Kawasan sepanjang Pelaksanaan
mingguan sekolah /
dalam talian tahun aktiviti
1. (google kokurikulum
classroom) Murid tahap 2 dilaksanakan
Memanah Rendah secara dalam
2. MSSD dalam talian 6-9 talian selepas
pembukaan sesi
Bola Sepak MSSD dalam talian September Murid tahap 2 persekolahan
3. selepas PKP
dalam talian 2021 mengikut SOP
Silat MSSD daripada KPM
4. 22 Ogos –
Pelaksanaan
10 Murid tahap 2 aktiviti
September
kokurikulum
2021 dilaksanakan
secara dalam
1-20 talian selepas
pembukaan sesi
September Murid tahap 2 persekolahan
2021 selepas PKP
mengikut SOP
daripada KPM

43

Hoki MSSD dalam talian 30 Ogos –
5.
dalam talian 3 Murid tahap 2
Bola Jaring MSSD September
6. dalam talian Pelaksanaan
dalam talian 2021 aktiviti
7. Catur MSSD dalam talian 27 Ogos –
Tenis MSSD kokurikulum
1 Murid tahap 2 dilaksanakan
8. September secara dalam
talian selepas
Bengkel Sahsiah 2021 pembukaan sesi
9. Kokurikulum persekolahan
28-29 Murid tahap 2 selepas PKP
Ogos 2021 mengikut SOP
daripada KPM
10-11

September Murid tahap 2

2021

2-9

September Murid tahap 2

2021

C) Koakademik

BIL AKTIVITI TEMPAT TARIKH PENGLIBATAN CATATAN
MURID

\Mahrajan Al-Quran Google

dan Festival Nasyid Classroom 22 Mac –
27 Mac
1. Sekolah-Sekolah KPM 16 peserta
2021
Peringkat PPD Petaling

Perdana 2021

Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuaan terima kasih kepada PIBG
kerana membantu Unit Kokurikulum sepanjang tahun 2021. Adalah diharapkan dengan kerjasama
pihak PIBG, Unit Kokurikulum Murid SKS2BK akan lebih cemerlang pada masa-masa akan datang.

Disediakan oleh:

(PN SAROJAH BINTI SAHNU)
PK Kokurikulum
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

44

45

46

CATATAN

47


Click to View FlipBook Version