The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11931726, 2021-08-13 00:13:03

AKU SEBUAH KOMPUTER

AKU SEBUAH KOMPUTER

Aku sebuah komputer riba yang berjenama HP.Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer yang terletak di
Johor Bahru.Aku berbentuk segi empat dan berwarna hitam.Aku merupakan hasil ciptaan canggih pada era
kemajuan sains dan teknologi.

Selepas siap dibuat,aku dimasukkan ke dalam kotak.aku dan rakan-rakan dihantar ke sebuah kedai
komputer dengan lori yang besar.Aku dipamerkan di dalam almari kaca.Aku diletakkan tanda harga RM
2499.Di sana,aku berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan aku yang berjenama lain.Kami mempunyai
keistimewaan tersendiri untuk menarik perhatian pelanggan.

Pada suatu hari,seorang wanita berkunjung ke kedai komputer tersebut.Dia ingin membeli
komputer untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi.Selepas mendengar penerangan penjual komputer ,dia
tertarik oleh kecantikan dan keistimewaan aku lalu memilih aku.Aku dibeli dan dibawa pulang ke
rumah.Kehadiran aku disambut oleh ahli keluarganya dengan tangan terbuka.

Tuan aku bernama Bin Quan.Dia murid yang rajin dan bertanggungjawab.Tuan aku menggunakan
aku untuk melayari internet,mambuat projek sekolah,bermain permainan komputer atas talian
dan sebagainya.Aku berasa bangga dan gembira kerana dapat bergembira bersama tuan aku.

Bin Quan menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh.Setiap kali selepas
menggunakan aku,dia akan menutup aku dengan penutup plastik.Tuan aku mengelap aku pada setiap
hujung minggu.Tuan aku menggunakan aku dengan cermat.

Aku bersyukur mempunyai tuan yang menghargai perkhidmatan aku.Aku berjanji akan terus
berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya.

2. karangan autobiografi
"AKU SEBUAH KOMPUTER RIBA

Aku sebuah komputer bernama Acer. Aku diperbuat dan dipasang di Jepun dengan menggunakan plastik,
aluminium dan besi. Warna tubuh aku hitam dan perak.

Setelah siap dipasang, bahagian tubuh aku seperti papan kekunci dan monitor telah dimasukkan ke
dalam kotak. Kemudian aku telah dibawa ke pelabuhan untuk dieksport. Bersama teman-teman yang lain,
aku telah belayar menaiki kapal menuju ke negara Malaysia.

Apabila sampai di Malaysia, aku telah dibawa oleh sebuah van menuju ke sebuah kedai komputer di
Melaka. Di sana aku telah dipamerkan bersama rakan-rakan yang lain. Aku gembira kerana dapat
berjumpa rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai jenama dan warna.

Setelah beberapa hari, datang seorang wanita ke kedai komputer tersebut. Dia berminat dengan rupa
dan spesifikasi yang terdapat padaku. Setelah berpuas hati dengan ciri-ciriku, wanita itu pun membeliku
lalu dibawa pulang ke rumah. Aku berasa begitu seronok kerana mempunyai tuan yang baru dan tidak
sabar-sabar untuk memberikan khidmatku.

Aku telah diletakkan di atas sebuah meja di dalam bilik bacaan. Tuan aku menggunakan aku untuk
menaip kertas kerjanya dan juga membuat bahan-bahan grafik Aku telah menjalankan tugasku dengan
penuh gembira dan lancar. Aku berbangga kerana dapat berbakti kepada tuan aku.

Setelah beberapa tahun digunakan, aku sering mengalami kerosakan kerana diserang virus
komputer. Akhirnya, tuan aku telah membeli sebuah komputer baru yang lebih canggih. Sejak itu aku
diletakkan di sudut bilik dan tidak digunakan lagi.


Click to View FlipBook Version