Pasukan Pancarangam Orkestra Klasik
SMJK SIN MIN
Carta Organisasi
Aktiviti Tahunan Pasukan Pancaragam Orkestra Klasik
Aktiviti yang banyak dan menarik
Tarikh dan Tempat Perjumpaan
Tarikh dan Tempat Perjumpaan
Tempat Perjumpaan : aplikasi Google Meet
Aktiviti Sebelum MCO
Aktiviti Sebelum MCO
Video persembahan orkestra sebelum MCO tahun 2020
https://drive.google.com/file/d /1Y_yoIaXo7fvRonJPq3-ozlVX 1zaTlxQW/view?usp=sharing
Aktiviti Semasa MCO
Aktiviti persembahan secara atas talian
Lagu Tahun Baharu Cina
Pencapaian
Sejarah Penubuhan Pancaragam Orkestra Cina SMJK Sin Min
Kelab Orkestra Cina SMJK Sin Min ditubuhkan pada Mac tahun 2004. Pada masa itu, kelab ini mempunyai 120 orang ahli dan dua orang guru penasihat iaitu En. Lau Kooi Beng dan Pn. Song Siew Chien. Pada tahun 2005, Kelab Orkestra ditukar kepada Pasukan Pancaragam Orkestra Cina SMJK Sin Min. Pada tahun 2012, Pn. Cheng Hooi Chin menjadi ketua guru penasihat Pasukan Pancaragam Orkestra Cina. Selain itu, beberapa guru juga menjadi guru penasihat pasukan ini seperti Cik Heng Soo Yean, Pn. Heng Seok Suan, Pn. Woon Bee Bee, Pn. Ngan Pau Aeim, Cik Yong Gaik Choo, Cik Teoh Hooi She, Pn. Oo Li Ean, Pn. Ng Bee Tuan, Cik Ooi Chia Li, En. Sin Kar Howe, En. Ang Cheng Chooi dan En. Lim Peng Khiang. Pn. Sim Ah Ean dan Pn. Tang Mun Phing juga pernah bertugas sebagai ketua guru penasihat pasukan ini. Di samping itu, pihak sekolah mengupah beberapa jurulatih yang profesional Goh Suk Liang, Hilary Tan Hui Yi dan Tan Boon Choon untuk memberi panduan kepada ahli-ahli dan pasukan ini.
Pengenalan Jurulatih
Lim Soon Huat adalah seorang konduktor terkenal dan pendidik dalam bidang muzik. Beliau juga menyandang jawatan pengarah muzik ProArt Chinese Orchestra (PACO) Malaysia, naib pengerusi Chinese Orchestra Association Northern Malaysia, serta bertugas sebagai konduktor dan jurulatih kepada beberapa pancaragam orkestra. Beliau selalu melawat ke China, Taiwan, Hong Kong, Japan, Korea, Indonesia, Filipina, Australia, Singapore dan Thailand. Beliau memimpin orkestra menjalankan persembahan secara terbuka, bertugas sebagai hakim serta menyertai pelbagai aktiviti seperti international arts festival, forum muzik dan persatuan penyelidikan muzik. Beliau juga mendapat temu ramah dengan surat khabar dan majalah muzik dalam da luar negara
Pada tahun 2002, beliau diterima oleh Universiti Peking, mengikuti kelas pascasiswazah Jabatan Seni dan belajar pengurusan budaya dan seni di Universiti Peking, China. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 2004.
Pengenalan dan pencapaian beliau dalam bidang seni muzik mendapat nominasi dalam “Kamus Pemuzik China” oleh Penerbit Rakyat China dan “Who’s Who Cross-Century Malaysia” serta “Who’s Who Golden Jubilee Malaysia” oleh Akhbar Selebriti Malaysia.
Disediakan oleh:
Phang Ying Hooi B27 Serene Ooi Shi Ling B27 Teoh Zhi Yi B24