The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOK INI MEMFOKUSKAN CABARAN MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN DARI ASPEK KESEDIAAN GURU.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jiejefere, 2021-12-31 03:41:10

CABARAN MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

EBOOK INI MEMFOKUSKAN CABARAN MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN DARI ASPEK KESEDIAAN GURU.

CABARAN DALAM
MENGINTEGRASIKAN

TEKNOLOGI

ASPEK KESEDIAAN GURU
(Pengetahuan dan Sikap Guru)

DISEDIAKAN OLEH : NUR RATIEQAH NAJEEHAH BINTI JEFERE

PENGENALAN

Teknologi dapat membantu guru-
guru menghasilkan bahan

pengajaran yang lebih menarik
dan aplikasinya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran akan
menjadikan suasana lebih aktif

dan menyeronokkan.

Malangnya, penggunaan teknologi dan
ict secara berkesan dalam pengajaran

dan pembelajaran di sekolah masih
lagi terhad. Situasi ini berlaku
kerana wujudnya pelbagai kekangan
dan cabaran dalam pengintegrasian

teknologi.
Cabaran-cabaran yang dimaksudkan

ialah daripada aspek :

PENGETAHUAN GURU
DALAM TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI

KESEDIAAN GURU :
PENGETAHUAN GURU

Pengetahuan manusia umumnya adalah sangat
terbatas dan berada di takuk lama jika tidak

ada inisiatif untuk menambahkan ilmu.
Pengetahuan adalah merujuk kepada peringkat

ilmu tertentu yang dipunyai oleh individu
(Anderson, 1983). Selain itu, pengetahuan
adalah berkait rapat dengan pengalaman serta
kemahiran yang dimilikinya. Menurut Becker &
Watt (1966), ada kalangan guru yang ‘buta

teknologi maklumat dan komunikasi’,
menyebabkan timbul sikap negatif dan tidak

berminat mengajar menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi.

Oleh itu, guru-guru perlulah meningkatkan
kemahiran mereka dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) agar lebih
kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan
teknik pembelajaran di samping memiliki ilmu
dan pengetahuan lebih luas. Guru-guru yang
tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti
pemancar LCD dan laptop, perkara ini akan

menimbulkan masalah. Ketidakcekapan
mengendalikan alatan teknologi ini akan
mengambil masa yang lama untuk menyediakan

peralatan sebelum memulakan proses
pengajaran. Akibatnya, masa di bilik darjah

terbazir begitu sahaja memandangkan guru
terkial-kial menggunakan peralatan ICT yang

disediakan pihak sekolah.

Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam
kajian kesediaan guru menggunakan teknologi
maklumat dalam pengajaran membuktikan bahawa

guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut
untuk menggunakan komputer dalam pengajaran

mereka. Malah ada juga guru-guru yang
berminat untuk belajar tetapi berputus asa
kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang
teknologi maklumat. Perkara ini menjadi salah

satu perkara yang membantutkan
pengintegrasian teknologi maklumat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran matematik

yang berkesan di sekolah.

CARA MENGATASI



Bagi mengatasi kelemahan ini, guru-guru
sewajarnya mengambil inisiatif sendiri tanpa
perlu menunggu tindakan pihak berwajib untuk

menambahkan ilmu pengetahuan tentang
tatacara penggunaan alatan ict dan aplikasi
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru boleh melayari internet,
menggunakan buku-buku rujukan dan merujuk
tutor atau pakar ict yang ada di sekolah
atau daerah bagi mendalami ilmu berkaitan

teknologi ini.

KESEDIAAN GURU : SIKAP GURU
TERHADAP TMK

terdapat guru-guru yang telah lama berkhidmat

dalam dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak Sesetengah guru juga merasakan
pengajaran dan pembelajaran serta tidak bersedia
melaksanakan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan kaedah pengajaran
penggunaan teknologi . Mereka telah sebati dengan konvensional sudah cukup untuk
kaedah tradisional dan sukar membuat penyesuaian
dengan teknologi. Mereka masih menggunakan buku menyediakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di dalam
teks serta papan tulis semata-mata dan tidak
mempunyai alternatif kaedah pengajaran yang bilik darjah, dan tidak bersedia
untuk berubah dan mengintegrasikan
terkini.

teknologi dalam pengajaran dan

pembelajaran kerana masih

terpengaruh dengan pendidikan
berorientasikan peperiksaan.

CARA MENGATASI

Bagi mengatasi permasalahan ini, perubahan sikap
guru sendiri amatlah penting. Guru-guru perlulah
bersedia menerima perubahan dari segi mental dan
fizikal dengan fikiran terbuka dan positif serta
berusaha menangani perubahan untuk mengintegrasikan
teknologi dan ict dalam pengajaran dan pembelajaran

secara berkesan.

Holmes (1999), memberi pandangan bahawa integrasi teknologi dalam p&p
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel menggunakan teknologi dalam

pengajaran harian bagi mata pelajaran yang diajar. Guru perlu membuat
persediaan untuk menyesuaikan diri dengan alat teknologi pengajaran yang
baru seperti komputer dan internet dan menguasai pedagogi untuk mengurus

kelas. Ini menyokong pendapat Yushau (2006) iaitu untuk memastikan
komputer digunakan secara meluas dalam kelas, guru perlu membina sikap

positif terhadap teknologi.

KESIMPULAN

Kesimpulannya penguasaan guru dalam bidang
teknologi dan ict merupakan satu elemen
penting dan satu bonus dalam kerjayanya

sebagai pendidik. Kelebihan menguasai dan
mengendalikan alatan teknologi dan ict
mempunyai tujuan tersendiri dalam

meningkatkan prestasi murid sekaligus bagi
memartabatkan bidang pendidikan negara.


Click to View FlipBook Version