Reka bentuk
landskap
Disediakan oleh: Aiman Nur Haikal
Bin Norazmi
Persepsi Seni
Azry Fazamy merupakan pereka landskap yang dikenali dan berpengalaman luas
di Malaysia. Beliau pernah terlibat dalam Pergerakan Pertubuhan
Pendidikan,Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsaBersatu (UNESCO) dalam
usaha membaik pulih landskap lama kepada keadaan asal di sekitar Eropah.
Peranan Pereka Bentuk
Landskap
1. Memastikan ruang tersebut dapat berfungsi seperti yang dikehendaki dan
bersesuaian dengan keperluan manusia
2. Memastikan reka bentuk selaras dengan struktur, mekanik dan elektrik melalui
penyediaan lukisan pelan dan spesifikasi untuk kontraktok
3. Mendapatkan maklumat yang diingini oleh pelanggan mengikut peruntukan
projek dan fungsi ruang tersebut hendak digunakan
4. Merancang menghias ruang landskap dengan menitikberatkan aspek dan
fungsi berdasarkan elemen dan prinsip-prinsip rekaan dalam reka bentuk
landskap
Peranan Pereka Bentuk
Landskap
5. Memastikan setiap reka bentuk yang dihasilkan memenuhi standard dan
mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.
6. Memastikan ruang yang dibina mengikut spesifikasi dan gerak kerja berada
dalam jadual perancangan serta perbelanjaan pembinaan ruang tidak melebihi
peruntukan pelanggan
Ciri-ciri Seorang Pereka
Landskap
Kefahaman dalam ilmu seni, fizik, sejarah, matematik dan sains
Kemahiran menyelesaikan masalah.
Kreatif dan inovatif.
Menjelaskan idea dengan tepat.
Peka terhadap alam sekitar
Kemahiran mengurus kerja.
Konsep Reka Bentuk Landskap
Reka bentuk landskap yang berjaya merupakan rekaan yang memiliki konsep yang
jelas.
Konsep ini berfungsi sebagai:
Panduan untuk mewujudkan persaingan dan perpaduan kepada hasil rekaan
landskap.
Membantu membimbing pereka landskap dalammereka bentuk sesuatu projek.
Menjelaskan fungsi bagi reka bentuk dengan baik melalui gambaran kegunaan
dan pergerakan terhadap ruang yang dihasilkan.
Konsep Reka Bentuk Landskap
Konsep ialah paradigma bagi penyatuan sesebuah projek reka bentuk dan selalunya
dianggap sebagai “tema”.
Tema serantau ialah pendekatan popular yang memberi acuan yang agak jelas dan
ringkas untuk projek reka bentuk landskap.
Tema taman bersejarah boleh berkisar dari taman Perancis yang tidak formal
sehingga kebangkitan rasmi taman English Cottage.
Gaya serantau mungkin termasuk taman Mediterranean, taman Prairie, taman
Jepun dan taman luar bandar.
Kini, pereka landskap sering bercakap tentang reka bentuk taman kontemporari,
taman moden atau taman pascamoden
Prinsip Asas Reka
Bentuk Taman Mini
Keringkasan
Reka bentuk digubah secara ringkas, teratur dan mudah.
Penumpuan
Penting sebagai daya penarik. Penggunaan gabungan warna tumbuhan yang
menarik,tekstur yang pelbagai dan bentuk yang unik dapat merealisasikan prinsip
ini.
Keanekaan
Elemen yang pelbagai dapat mengelakkan rasa bosan.
Prinsip Asas Reka
Bentuk Taman Mini
Keseimbangan
Penanaman tumbuhan diseimbangkan melalui warna, bentuk dan saiz.
Turutan
Dihasilkan bagi menentukan arah pandangan melalui satu keadaan kepada
keadaan yang lain secara berperingkat-peringkat
Skala
Pemilihan elemen yang sepadan dengan keadaan sekeliling dan seimbang antara
saiz tumbuhan dengan tumbuhan lain dan keseluruhan ruang.
Konsep Reka Bentuk Landskap
Jepun
• Merupakan sebuah taman gaya tradisional Jepun.
• Jenis taman kering atau taman batu.
• Telah diserap dan menjadi terkenal di Barat sejak akhir abad ke-19.
• Telah dibangunkan di bawah pengaruh kebun China.
• Salah satu tarikan taman Jepun ialah bonseki, bonsai dan seni zen.
Konsep Reka Bentuk Landskap
Inggeris
•Merupakan gaya landskap yang terhasil
di England pada awal abad ke-18.
•Dalam konsep ini biasanya terdapat tasik, halaman berumput yang bergulung,
pokok-pokok, binaan klasik,binaan Gothik, jambatan dan seni bina yang menarik.
Konsep Reka Bentuk Landskap
Bali
• Merupakan taman tropika yang merujuk Pulau Bali di Indonesia.
• Antara elemen yang mempengaruhinya adalah daripada budaya Pulau Dewata
seperti penggunaan tanaman yang menjadi salah satu ciri taman ini. Sebagai
contoh, penggunaan pokok kemboja dan pandan Bali.
• Penggunaan barangan serta aksesori tradisionalsepertipatung-
patungjugamenjadi identiti landskap ini dan ia membezakannya dengan taman-
taman tropikal.
• Kebanyakan hiasan bagi landskap taman berkonsep Bali yang ditampilkan
mengetengahkan keunikan flora dan fauna.
Konsep Reka Bentuk Landskap
Taman Melayu
• Banyak menitikberatkan hubungan antara manusia dengan persekitarannya
kerana masyarakat Melayu sangat mencintai alam semula jadi.
• Mempunyai halaman yang luas untuk disesuaikan dengan pelbagai aktiviti
masyarakat dan kekeluargaan.
Konsep Reka Bentuk Landskap
Islam
• Berasal dari Arab dan tersebar ke negara lain seperti Persia, Sepanyol dan India.
• Idea landskap ini berasal daripada kepercayaan Islam mengenai impian taman
syurga.
• Syurga memiliki ciri seperti air yang mengalir, pohon buah-buahan dan tempat-
tempat di bawah pohon teduh.
• Konsep ini mempunyai tiga fungsi iaitu praktikal, agama dan nilai estetika.