The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by genesrani0425, 2022-04-14 08:35:39

KONSEP NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KONSEP NEGARA BANGSA DALAM
ACUAN MALAYSIA

MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
PENSYARAH : EN.RASHIDAN BAKRI

F F2048 F
2 2
0 0
3 5
4 2

NUR AMALINA BINTI MOHD UMMUL UZMA
SUHAINI BINTI HASSAN

F LASHINI A/P F
2 GENES 2
0 0
6 2
6 4

NABILAH HUSNA BINTI THEVASHREE A/P
MUHAMMAD GANESAN

ISI KANDUNGAN

Pengenalan

Pembinaan negara bangsa adalah matlamat utama sesebuah negara. Ini boleh
dianggap sebagai puncak kejayaan negara dalam pentadbiran penduduknya. Merujuk
kepada Malaysia, proses pembinaan negara bangsa adalah lebih tertumpu kepada
keperluan politik. Intensif yang diusahakan untuk mencapai matlamat tersebut mula
dicapai selepas peristiwa “13 MEI 1969”. Khususnya melalui Dasar Ekonomi Baru
(DEB) dan Wawasan 2020 yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed pada
tahun 1991.
Visi yang menekankan keperluan negara Malaysia yang kekal mula dipandang serius
oleh pelbagai pihak. Pembinaan Negara Malaysia berdasarkan acuan sendiri harus
diusahakan dalam saluran yang berbeza

Konsep negara
bangsa



3 SYARAT UTAMA
NEGARA BANGSA

Masyarakat dalam sesebuah negara hidup di dalam
keadaan yang bersatu padu tanpa berlaku sebarang
perpecahan dan diskuliminasi

Rakyat negara mestilah berkongsi pegangan
kepada suatu ideologi yang sama

Penduduk haruslah percaya dan yakin terhadap
sistem pemerintahan dan undang-undang negara





Ciri-Ciri Negara Bangsa

Kehidupan masyarakat dalam Berpegang kepada satu

negara tersebut adalah semangat kenegaraan yang
bersatu-padu tanpa berlaku utuh melalui simbol-simbol
pemisahan atau diskriminasi keutuhan seperti bendera
antara satu kaum dengan Malaysia, lagu kebangsaan
kaum yang lain dan sebagainya.

Konsep kewarganegaraan pula Semua bangsa dan
dapat diperjelaskan bahawa kaum berkongsi
bangsa pegangan kepada suatu
Melayu,Cina, India dan lain-lain ideologi politik
dapat disatukan melalui
kewarganegaraan yang sama iaitu
warganegara Malaysia

Merujuk kepada Malaysia proses awal pembinaan negara bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik. Pembinaan
negara bangsa ini mula terbentukapabila kemahuan rakyat yang mahu memerdekakan negara daripada kuasa kolonial
dengan permuafakatan
politik.Permuafakatan politik ini terbina apabila parti Umno-MCA-MIC bergabung pada tahun 1954. Selepas berlakunya
rusuhan 13 Mei 1969, usaha- usaha secara intensif bagi mencapai matlamat pembinaan negara bangsa mula
dilaksanakan, khususnya menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Matlamat yang lebih jelas pula hanya muncul ekoran pengenalan Wawasan 2020 oleh negarawan Tun Dr. Mahathir
Mohamed pada tahun 1991. Wawasan yang
menekankan terhadap keperluan wujudnya bangsa Malaysia yang mantap mula diberikan perhatian yang lebih serius
oleh pelbagai pihak.

PEMBENTUKAN KONSEP
NEGARA BANGSA

Oleh kerana kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang sedia ada di Malaysia, kesinambungan pembentukan konsep
negara bangsa Malaysia berdasarkan acuan sendiri telah dilaksanakan melalui pelbagai saluran dan penekanan .

Salah satu dari saluran terpenting ialah Pendidikan memandangkan bidang ini berperanan sebagai wahana utama
membentuk perpaduan masyarakat dan seterusnya mencorakkan pembentukan negara bangsa.
Sehubungan itu, pendidikan sejarah telah diberikan peranan penting sebagai mekanisme bagi mencapai
matlamat tersebut. Sejarah ibarat guru kepada seluruh manusia untuk memahami, mempelajari dan mengambil iktibar dari
kejadian masa lampau.

Untuk meneruskan legasi membentuk negara bangsa menurut acuan negara Malaysia, penekanan telah diberikan terhadap
beberapa perkara iaitu untuk mengurus isu perpaduan negara dan intergrasi nasional.Penekanan terhadap isu perpaduan
adalah penting dalam mewujudkan kestabilan politik dan menjadi prasyarat dalam membentuk hubungan yang harmoni
dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.Ini adalah kerana ianya merupakan landasan untuk negara memacu
perkembangan ekonomi dan memantapkan rancangan pembangunan sosiobudaya.

Melalui intergrasi nasional pembentukan konsep negara dapat dibentuk dengan memantapkan dasar-
dasar pembangunan iaitu dengan mengagihkan ekonomi secara adil di antara kaum, miskin-kaya,
desa-bandar dan wilayah.

Dengan terbina ikatan di antara rakyat pelbagai budaya ini, kestabilan sosiopolitik dan pembangunan ekonomi
di negara ini akan terjamin dan dapat berjalan secara berterusan.Seterusnya dengan memperkasakan lagi
pemahaman dan penghayatan Prinsip Rukun Negara, ini dapat membantu merealisasikan kesinambungan dan
kemakmuran hidup dalam negara Malaysia yang aman damai dan sejahtera.

USAHA – USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA

PENDIDIKAN RAKYAT
• Melaksanakan beberapa aktiviti bagi
-Melaksanakan sistem Pendidikan kebangsaan yang menerapkan
menggunakan satu kurikulum kebangsaan untuk semangat patriotisme secara berterusan seperti
semua
jenis sekolah dan satu penilaian peperiksaan yang perhimpunan bulanan, sambutan bulan
seragam kemerdekaan serta

• Memperkenalkan mata pelajaran berkaitan negara kibar jalur gemilang dan lain-lain.
bangsa • Memupuk dan meningkatkan semangat

di peringkat rendah dan menengah bertujuan memberi perpaduan dan
kesedaran dan keharmonian antara kaum
.patriotik serta bangga menjadi rakyat Malaysia
POLITIK
KERAJAAN
Menubuhkan parti perikatan
dan semangat permuafakatan Menjamin kestabilan
sosiopolitik dan
kaum. Contohnya, parti pembangunan
perikatan UMNO-MCA-MIC.
ekonomi di Malaysia

Cabaran Malaysia menjadi
sebuah negara bangsa

ISU BAHASA Cabaran pertama ialah kedudukan bahasa. Timbul persoalan mengenai
kepentingan bahasa Melayu di dunia moden dengan keperluan bahasa
Inggeris sebagai memenuhi tuntutan antarabangsa.Hal ini telah menimbulkan
pertikaian dan ketidakpuasan hati banyak pihak khususnya kaum Cina.
Persoalan yang dilemparkan adalah mengenai kewajaran bahasa Inggeris
diangkat menjadi bahasa kedua negara yang kini hampir melampaui batas
kedudukan bahasa Kebangsaan dari segi penggunaannya.Kaum Cina membuat
tuntutan supaya bahasa mereka dimartabatkan seampuh peranan dan fungsi
bahasa Inggeris. Rasional yang mereka perjuangkan adalah bahasa Cina
dikatakan lebih relevan dalam konteks negara Malaysia kerana penduduk
berbangsa Cina itu sendiri yang merupakan penduduk kedua paling ramai di
negara ini.

ISU Namun begitu, setiap budaya yang ada hanya mewakili identiti sesuatu
KEBUDAYAAN kaum atau etnik yang wujud di Malaysia. Usaha untuk melambangkan
kepelbagaian budaya di bawah satu identiti seolah-olah sukar dicapai
tatkala semua kaum takut akan kehilangan identiti budaya masing-
masing. Terpengaruh dengan dasar pecah dan perintah.Cabaran kedua
ialah sistem pendidikan yang langsung tidak mendokong usaha
mengukuhkan perpaduan melalui perkongsian budaya. Sistem
pendidikan yang berorientasikan peperiksaan telah mewujudkan
kelompangan berkaitan memartabatkan kebudayaan dalam kalangan
pelajar.

ISU DEMOKRASI Berkaitan masalah politik perkauman. Isu ini semakin ketara pada masa
kini apabila parti-parti politik yang wujud dilihat lebih memperjuangkan
kaum masing-masing seolah-olah menidakkan kepentingan nilai
perpaduan.MCA kaum cina,UMNO kaum melayu

PENCAPAIAN PENYELESAIAN ISU KONSEP NEGARA
BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

ISU BAHASA

Pemerkasaan penggunaan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia perlu dilaksanakan
dalam semua bidang dan semua peringkat, daripada yang paling rendah ke peringkat yang
paling tinggi daripada komunikasi formal dalam bidang-bidang seperti
pentadbiran,perniagaan,undang-undang dan bidangbidang professional yang lain. Satu
pendekatan wajar bagi mendokong usaha ini ialah dengan memberi pendidikan awal kepada
generasi muda tentang kedudukan bahasa yang sebenar dan kepentingan meletakkan satu
bahasa melambangkan satu bangsa. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) DBP boleh
menghasilkan istilah yang baru dalam bahasa Melayu untuk membantu dalam pengembangan
dan peningkatankualiti bahasa.Selain daripada itu, pihak DBP perlu mewajibkan penggunaan
bahasa Melayu yang baik danbetul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa. Dengan ini,
para pelajar dapat menggunakan bahasa yang gramatis dalam komunikasi seharian.

ISU KEBUDAYAAN

Penggubalan Dasar Kebudayaan Negara telah dilaksanakan bagi memberi
panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identity budaya dan
negara dan juga telah bertindak menjadi pelindung kepada identity budaya
negara dan juga telah bertindak menjadi pelindung kepada identity semua
budaya yang ada di Malaysia. Dasar Kebudayaan Negara telah berjaya
membentuk dan memupuk perkongsian budaya pelbagai kaum di Malaysia
dengan mencirikan sifat-sifat persamaan pelbagai budaya suku kaum tanpa
melampau batas dan masih mengekalkan identity sebenar sesuatu budaya.
Konsep 1Malaysia telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib pada 3
April 2009. Konsep 1 Malaysia ini memberi aspirasi untuk memperbaiki
hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan
yang lebih erat.

ISU PENDIDIKAN

Bagi mewujudkan perpaaduan dalam kalangan murid-murid yang pelbagai
bangsa dan latar belakang, Sekolah wawasa tellah diwujudkan pada tahun 1997.
Sekolah intergrasi ini telah menempatkan beberapa buah sekolah yang berbeza
aliran di dalam satu kawasan yang sama. Walaupun penubuhan Sekolah
Wawasan tidak mendapat sokongan secara kolektif daripada masyarakat.
Namun , usaha yang diambil ini dilihat paling efektif dalam merapatkan jurang
pendidikan antara kaum. Menjadikan gagasan 1Malaysia sebagai tambahan
wajib dalam matapelajaran di semua jenis sekolah yang menjadi peneraju
pembinaan bangsa kerana pendidikan merupakan cabang utama penggerak
kepada tercapainya gagasan 1Malaysia. Satu sistem persekolahan boleh
dijalankan melalui penggabungan elemen-elemen – termasuk
kebudayaan,pemakanan, dan adat resam – yang terdapat dalam sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

ISU DEMOKRASI

Masyarakat kita mengetahui hakikat sebenar perjalanan sistem demokrasi di
Malaysia kerana salah faham tentang sistem pentadbiran boleh mencetuskan
perpecahan sama ada antara interkaum mahupun intrakaum. Proses demokrasi
atau kuasa tersimpan yang diambil ia hendaklah sentiasa mengutamakan
keselamatan dan kemakmuran rakyat serta negara

KESIMPULAN

Kesimpulannya, proses pembinaan negara bangsa dalam acuan Malaysia
sememangnya bukan satu usaha yang mudah, ini kerana Malaysia tidak
diasaskan dengan hanya satu identity bangsa yang merdeka seperti
negaranegara lain. Proses pembentukkan ini memerlukan semua pihak untuk
bekerjasama dan berusaha dengan dedikasi untuk memastikan kesepaduan
sosial yang telah kita miliki dikekalkan untuk disambung oleh generasi akan
datang. Pembinaan negara bangsa amat penting bagi memastikan identiti
nasional yang dihasratkan tercapai.Semangat bersatu padu,cinta dan setia akan
negara perlulah difahami dan diamalkan antara kaum supaya dapat mencapai
bangsa idaman.

SUMBER RUJUKAN

• https://anyflip.com/ajine/pqlo/basic
• https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/vie

wFile/436/434
• https://www.slideshare.net/safeqa/konsep-negara-bangsa
• http://notagurupelatih.blogspot.com/2012/04/konsep-negara-

bangsa-ciri-ciri-negara.html
• https://anyflip.com/dwwop/cbij/basic
• https://www.researchgate.net/publication/345503268_Konsep_1Mal

aysia_dan_Proses_Pembinaan_Negara_Bangsa
• chrome-

extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/viewer.html?pdfurl=h
ttps%3A%2F%2Fmyjurnal.mohe.gov.my%2Ffilebank%2Fpublished
_article%2F24071%2FArticle_6.PDF&clen=422268&chunk=true

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version
Previous Book
You&Me
Next Book
מגזין פרוג - פסח 2022 - גרסה דיגיטלית