The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANUAL PENGURUSAN PPKI SESSI 2023 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eda_n9, 2023-03-18 19:23:03

MANUAL PENGURUSAN PPKI 2023/24

MANUAL PENGURUSAN PPKI SESSI 2023 2024

BUKU PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SESI 2 O 23 / 2 O 24 SK YAMTUAN HITAM NBA1002 NO TEL: 064888720


V I S I PENDIDIKA BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA M I S I MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI INSPIRASI NEGARA


KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024


CUTI PERAYAAN SESI 2023/2024


MAKLUMAT AM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. VISI PENDIDIKAN KHAS Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. MISI PENDIDIKAN KHAS Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara. OBJEKTIF Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia Pendidikan khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui: Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh Belajar Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan. Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.


Kurikulum Program Pendidikan Khas Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti ko-kurikulum seperti murid biasa. Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas Semua pelajar pendidikan khas mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia kecuali mereka yang mengikuti kurikulum alternatif. Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu: Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia. Kursus Seni Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997) juga menyatakan: Dalam melaksanakan Kurikulum Pendidikan Khas,guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti,mata pelajaran atau bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.


Berdasarkan peraturan di atas,tempoh pendidikan bagi melaksanakan kurikulum pendidikan khas adalah fleksibel .Agihan masa bagi setiap bidang pembelajaran adalah berdasarkan keperluan pendidikan khas bagi memperkembangkan potensi diri individu secara menyeluruh. Menurut Akta Pendidikan 2013, “Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan khas di sekolah khas atau di sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif pada peringkat – (a) pendidikan prasekolah; (b) pendidikan rendah; (c) pendidikan menengah; dan (d) pendidikan lepas menengah “Murid berkeperluan khas”atau MBK ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana yang berkenaan, samada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai MBK yang mempunyai – (a) Ketidakupayaan penglihatan; (b) Ketidakupayaan pendengaran; (c) Ketidakupayaan pertuturan; (d) Masalah pembelajaran; (e) Ketidakupayaan fizikal; atau Mana-mana kombinasi; perenggan (a) hingga (e) di atas;


PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN YAMTUAN HITAM SEJARAH PENUBUHAN PPKI SK YAMTUAN HITAM Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Yamtuank Hitam telah ditubuhkan pada tahun 2013. Pada awal penubuhan, kelas Pendidikan Khas hanya terdapat seorang guru dan 2 orang murid sahaja. Kini, bilangan guru adalah 2 orang, seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan 10 orang murid. Visi Mendidik dan membimbing pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SK Yamtuan Hitam menjadi insan yang mampu berdikari, berkemahiran dan berjaya dalam kehidupan dan menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara Misi Melestarikan pendidikan yang berkualiti kepada murid PPKI untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara. MATLAMAT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK YAMTUAN HITAM Mempertingkatkan kemahiran interpersonal dan pengurusan diri di kalangan pelajar istimewa. Menguasai dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling. Melatih pelajar berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain. Membiasakan pelajar dengan peraturan yang sedia ada di sekolah seperti pelajar – pelajar normal. Mengembangkan potensi, bakat, daya kreatif dan intelektual.


KATEGORI PELAJAR DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DAN INTEGRASI Pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SK Yamtuan Hitam terdiri daripada :- i. Kurang Upaya Intelektual : 5 orang ii. Autisme : 3 orang iii. ADHD : 2 orang Jumlah Pelajar : 10 orang STATISTIK ENROLMEN PPKI SK YAMTUAN HITAM 25 JANUARI 2023 KELAS RAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH SUKU TANAH DATAR MELAYU 9 1 10 CINA INDIA ASLI LAIN-LAIN JUMLAH BESAR 9 1 10 PENGURUSAN JADUAL WAKTU Jadual Waktu perlu dipamerkan di depan kelas.Salinan jadual waktu perlu diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan makluman.Salinan jadual waktu induk dan peribadi perlu dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan Pejabat Pelajara bagi memudahkan pegawai untuk mengatur jadual penyeliaan.Masa rehat untuk MBK hendaklah dibuat lebih awal bagi tujuan memudahkan MBK membeli makanan dan minuman. Tempoh Pembelajaran bagi satu waktu di PPKI SK Yamtuan Hitam ialah 30 minit. Berikut adalah jadual harian PPKI SK Yamtuan Hitam : HARI MASUK BALIK ISNIN, SELASA & RABU 7.45 PAGI (PdPc BERMULA 7.45 PAGI) 1.05 PETANG KHAMIS 12.35 TGHARI JUMAAT 11.35 PAGI


Jadual Kokurikulum : SELASA 1M1S/SUKAN DAN PERMAINAN 7.45 – 8.45 PAGI RABU BADAN BERUNIFORM / KELAB & PERSATUAN 7.45-8.45 PAGI


MAKLUMAT GURU PENDIDIKAN KHAS 2023/2024 MAKLUMAT PENYELARAS BBIL PERKARA MAKLUMAT 1. Nama DAYAN NORMEME BINTI AZMI 2. No. Kad Pengenalan 830805055088 3. Jawatan / Gred PEGAWAI PENDIDIKAN SISWAZAH (DG44) 4.. Tarikh / Tempat Lahir 05 OGOS 1983, KUALA PILAH 5. Alamat Tetap 925, JLN NUSA INTAN 6/5, TAMAN NUSA INTAN, 70400 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN 6. No. Telefon 013-2095643 7. Tarikh Mula Berkhidmat di SKYH 3 JANUARI 2016 8. Kelulusan Akademik/Opsyen/Institusi IJAZAH SARJANA MUDA KEWANGAN 9. Kelulusan Ikhtisas/Opsyen/Institusi DIPLOMA PENDIDIKAN (KPLI) PENDIDIKAN KHAS ( MASALAH PEMBELAJARAN0


MAKLUMAT GURU BBIL PERKARA MAKLUMAT 1. Nama HUZAIFAH BINTI ABDUL TALIB 2. No. Kad Pengenalan 900316055184 3. Jawatan / Gred PEGAWAI PENDIDIKAN SISWAZAH (DG44) 4.. Tarikh / Tempat Lahir 16 MAC 1990, KUALA PILAH 5. Alamat Tetap NO 14 KG MAASOP, SENALING 72000 KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN 6. No. Telefon 013-6378331 7. Tarikh Mula Berkhidmat di SKYH 1 APRIL 2014 8. Kelulusan Akademik/Opsyen/Institusi IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN 9. Kelulusan Ikhtisas/Opsyen/Institusi IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)


MAKLUMAT PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) BBIL PERKARA MAKLUMAT 1. Nama NORMALA BINTI KASIDIN 2. No. Kad Pengenalan 850613016242 3. Jawatan / Gred PEMBANTU PENGURUSAN MURID (N19) 4.. Tarikh / Tempat Lahir 13 JUN 1985, MERSING 5. Alamat Tetap NO. 4 JLN PENDETA 1, TAMAN PENDETA, 72000 KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN. 6. No. Telefon 013-7041085 7. Tarikh Mula Berkhidmat di SKYH 2 MEI 2014 8. Kelulusan Akademik SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM0


TAKWIM TAHUNAN TAKWIM PPKI SK YAMTUAN HITAM 2023/2024 BULAN TARIKH AKTIVITI PERSONALIA MAC 10 KEMASKINI APDM MBPK PENYELARAS 14 MESYUARAT GURU, KURIKULUM, HEM DAN KOKURIKULUM MESYUARAT PPM BIL 1 SEMUA GURU PN. NORMALA 15-17 PENGURUSAN KELAS SEMUA GURU & PPM 20 SESI PROFESISIONALISME PERMUAFAKATAN PEND. KHAS PERMOHONAN EMK SEMUA GURU & PPM PENYELARAS 21-31 KEMASKINI PBPPP SEMUA GURU 23 PROGRAM IHYA RAMADHAN SEMUA GURU & PPM 28 1M1S MESYUARAT UNIT PKHAS DENGAN GPK/PENYELARAS BIL 1 SEMUA GURU PENYELARAS 29 MESYUARAT JPKS BIL 1 BADAN BERUNIFROM SU JPKS SEMUA GURU &PPM 31 KEMASKINI DATA E-HADIR PENYELARAS APRIL 3 PENGISIAN SKPMG2 PROGRAM JOM BACA 10 MINIT SEMUA GURU PN. HUZAIFAH 4 1M1S KEJOHANAN E-STACKING MESYUARAT AJK PERMUAFAKATAN GURU & PPM PPKI BIL 1 GURU & PPM PN. HUZAIFAH PN. NORMALA 5 KELAB DAN PERSATUAN KEJOHANAN E-STACKING GURU & PPM PN. HUZAIFAH 7 PROGRAN NUZUL AL QURAN - CERAMAH SEMUA GURU 10 MESYUARAT PERMUAFAKATAN GURU &PPM PEND. KHAS BIL 1 GURU & PPM 11 1M1S GURU & PPM 12 BADAN BERUNIFORM GRU & PPM 18 1M1S GURU & PPM 19 KELAB & PERSATUAN PROGRAM PENUTUP IHYA RAMADHAN KEMASKINI DATA E-HADIR GRU & PPM GURU & PPM PENYELARAS CUTI HARI RAYA AIDILFITRI / CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA MEI 2 1M1S GURU & PPM 3 BADAN BERUNIFORM GURU & PPM 9 MESYUARAT GURU, KURIKULUM, HEM, & KOKURIKULUM BIL 2 ANUGERAH E-NILAM PEND. KHAS SEMUA GURU PN. HUZAIFAH 10 ANUGERAH E-NILAM PEND. KHAS MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH PN. HUZAIFAH GURU & PPM 12-14 PENANDA ARAS KE SEK PEND KHAS JB GURU & PPM 16 1M1S SAMBUTAN HARI RAYA SAMBUTAN HARI GURU GRU & PPM GURU & PPM GURU & PPM 17 LATIHAN KEBAKARAN KELAB & PERSATUAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PEND. KHAS GURU & PPM GURU & PPM PENYELARAS 23 1M1S GURU & PPM


24 BADAN BERUNIFORM LADAP 1 CERAMAH PPDa GURU & PPM SEMUA GURU SEMUA GURU 26 KEMASKINI DATA E-HADIR PENYELARAS CUTI PENGGAL 1 JUN 6 MESYUARAT UNIT PKHAS DENGAN GPK/PENYELARAS BIL 2 1M1S PENYELARAS GURU & PPM 7 MESYUARAT JPKS BIL 2 CERAMAH PENCEGAH JENAYAH KELAB & PERSATUAN SU JPKS SEMUA GURU GURU & PPM 8 LADAP 2 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN OLAHRAGA PEND. KHAS MESYUARAT AJK PERMUAFAKATAN GURU & PPM PPKI BIL 2 SEMUA GURU PENYELARAS PN. NORMALA 12-15 SUKANTARA SEMUA GURU 14 LAWATAN PENANDA ARAS KE GENIUS KURNIA KUALA LUMPUR GURU & PPM 18 SUKAN TAHUNAN GURU & PPM 20 1M1S GURU & PPM 21 BADAN BERUNIFORM GURU & PPM 27 1M1S KEMASKINI DATA E-HADIR GURU & PPM PENYELARAS JULAI 4 1M1S GURU & PPM 5 KELAB & PERSATUAN GURU & PPM 11 1M1S KEJOHANAN OLAHRAGA PEND. KHAS GURU & PPM PENYELARAS & PPM 12 BADAN BERUNIFORM KEJOHANAN OLAHRAG PEND. KHAS KURSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN KANAK-KANAK AUTISME GURU & PPM PENYELARAS & PPM GURU & PPM 18 1M1S GURU & PPM 19 KELAB& PERSATUAN GURU & PPM 21 SAMBUTAN AWAL MUHARAM SEMUA GURU 25 1M1S KARNIVAL E-KOKURIKULUM PEND. KHAS GURU & PPM PENYELARAS 26 BADAN BERUNIFORM KARNIVAL E-KOKURIKULM PEND. KHAS GURU & PPM PENYELARAS 28 KEMASKINI DATAR E-HADIR PENYELARAS OGOS 1 BULAN MERDEKA 1M1S PN HUZAIFAH GURU & PPM 2 KELAB & PERSATUAN GURU & PPM 9 LATIHAN KEBAKARAN SEMUA GURU 22 1M1S GURU & PPM 23 BADAN BERUNIFROM GURU & PPM 25 KEMASKINI DATAN E-HADIR PENYELARAS CUTI PENGGAL 2 SEPTEMBER 5 1M1S GURU & PPM 6 KELAB & PERSATUAN MESYUARAT UNIT PKHAS DENGAN GPK/PENYELARAS BIL 3 GURU & PPM PENYELARAS 7 MESYUARAT GURU, KURIKULUM, HEM & KOKURIKULUM BIL 3 SEMUA GURU


8 PENYERAHAN PBD PERTENGAHAN TAHUN RPI PENYELARAS PN. HUZAIFAH 12 1M1S GURU & PPM 13 BADAN BERUNIFORM MESYUARAT PPM BIL 2 GURU & PPM PN. NORMALA 15 PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN SEMUA GURU 19 1M1S GURU & PPM 20 KELAB & PERSATUAN MESYUARAT AJK PERMUAFAKATAN GURU & PPM PPKI BIL 3 GURU & PPM PN. NORMALA 26 1M1S GURU & PPM 27 BADAN BEUIFORM MESYUARAT PERMUAFAKATAN GURU & PPM PEND. KHAS BIL 2 GURU & PPM GURU & PPM 29 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KEMASKINI DATA E-HADIR SEMUA GURU PENYELARAS OKTOBER 3 LATIHAN PERKHEMAHAN GURU & PPM 4 KELAB & PERSATUAN GURU & PPM 10 LATIHAN PERKHEMAHAN GURU & PPM 11 BADAN BERUNIFORM GURU & PPM 17 LATIHAN PERKHEMAHAN GURU & PPM 18 KELAB & PERSATUAN GURU & PPM 24-25 LATIHAN PERKHEMAHAN GURU & PPM 26 LADAP 3 SEMUA GURU 2-29 PERKHEMAHAN PERINGKAT SEKOLAH GURU & PPM 30 KEMASKINI DATA E-HADIR PENYELARAS NOVEMBER 1 BADAN BERUNIFORM GURU & PPM 7 KLINIK KRIKET GURU & PPM 8 KELAB & PERSATUAN GURU & PPM 14 KLINIK SOFBOL GURU & PPM 15 BADAN BERUNIFORM LATIHAN KAWAD KEBAKARAN GURU & PPM SEMUA GURU 21 KLINIK CATUR GURU & PPM 22 KELAB & PERSATUAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK GURU & PPM PENYELARAS 23 LADAP 4 SEMUA GURU 28 KLINIK BOLA JARING GURU & PPM 29 BADAN BERUNIFORM GURU & PPM 30 KEMASKINI DATAN E-HADIR PENYELARAS DISEMBER 4-15 MINGGU KOKURIKULUM SEMUA GURU 5 HARI ASPRESIASI PEND KHAS PENYELARAS CUTI SEKOLAH PENGGAL 3 JANUARI 2024 4 MESYUARAT GURU, KURIKULUM, HEM & KOKURIKULUM BIL 4 SEMUA GURU 15-19 UASA PENYELARAS 31 KEMASKINI DATA E- HADIR PENYELARAS FEBRUARI 2024 7 HARI ASPRESIASI MURID PENYELARAS 9 KEMASKINI DATA E-HADIR PENYELARAS CUTI PENGGAL AKHIR


CARTA ORGANISASI PENGURUS SK YAMTUAN H PENG JAMALIAH BINTI M (GURU NAIB PENGERUSI 1 ZAINUDDIN BIN ADON (PK PENTADBIRAN) NAIB PEN MOHD FADLE (PK HAL EHW JAWATANKUASA PEND. KHAS SEKOLAH SETIAUSAHA HUZAIFAH BT ABDUL TALIB (GURU PPKI) AJK DAYANG NORMEME BINTI AZMI (PENYELARAS) SURAYA BINTI ADAM ( ALIRAN PERDANA) YUSMEEZA BINTI HJ ZAINOL (PEMULIHAN KHAS) NOORAZAH BINTI ZAKARIA (BIMBINGAN & KAUNSELING) NORMALA BINTI KASIDIN (PEMBANTU PENGURUSAN MURID) TN HJ AHMAD BIN AWALUDIN (YDP PIBG) JAWATAN SETIA GURU PEM GURU ARU GURU D GURU PEMU PEMBANTU PENG IBU BA


SAN PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH HITAM 2023/2024 GERUSI MOHAMED RAZLAN U BESAR) NGERUSI 2 BIN MOHD ISA WAL MURID) NAIB PENGERUSI 3 ROSLAN BIN ZAKARIA (PK KOKURIKULUM) NKUASA PPI AUSAHA MBIMBING US PERDANA DISIPLIN ULIHAN KHAS GURUSAN MURID APA MBK JAWATANKUASA RPI SETIAUSAHA HUZAIFAH BINTI ABDUL TALIB AJK DAYANG NORMEME BINTI AZMI (GURU PENDIDIKAN KHAS) NORMALA BINTI KASIDI (PEMBANTU PENGURUSAN MURID) SEMUA IBUBAPA MBK


CARTA ORGANISASI PENGUR SK YAMTUAN HI PENGE JAMALIAH BINTI M (GURU B NAIB PENGERUSI 1 ZAINUDDIN BIN ADON (PK PENTADBIRAN) NAIB PENG MOHD FADLE B (PK HAL EHW SETIAUSAHA DAYANG NORMEME BINTI AZMI (PENYELARAS) PENGURUSAN PPKI AKTA & SURAT PEKELILING PENGURUSAN KEWANGAN DOKUME


RUSAN & PENTADBIRAN PPKI TAM 2023/2024 ERUSI OHAMED RAZLAN BESAR) GERUSI 2 BIN MOHD ISA WAL MURID) NAIB PENGERUSI 3 ROSLAN BIN ZAKARIA (PK KOKURIKULUM) MESYUARAT / TAKLIMAT PENGURUSAN REKOD PERKEMBANGAN STAF ENTASI


CARTA ORGANISASI SK YAMTUAN HIT PENGE JAMALIAH BINTI M (GURU B NAIB PENGERUSI 1 ZAINUDDIN BIN ADON (PK PENTADBIRAN) NAIB PENG MOHD FADLE B (PK HAL EHW SETIAUSAHA DAYANG NORMEME BINTI AZMI (PENYELARAS) INDUK PENGURUSAN KURIKULUM KSSRPK


I KURIKULUM PPKI TAM 2023/2024 ERUSI OHAMED RAZLAN BESAR) GERUSI 2 BIN MOHD ISA WAL MURID) NAIB PENGERUSI 3 ROSLAN BIN ZAKARIA (PK KOKURIKULUM) JADUAL WAKTU PENTASIRAN / PENILAIAN


CARTA ORGANISASI SK YAMTUAN PE JAMALIAH BINT (GU NAIB PENGERUSI 1 MOHD FADLE BIN MOHD ISA (PK HAL EHWAL MURID) NAIB P ZAINUD (PK PE SETIAUSAHA DAYANG NORMEME BINTI AZMI (PENYELARAS) REKOD PERIBADI MURID DATA/ DISIPLIN ENROLMEN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS


I HAL EHWAL MURID PPKI N HITAM 2023/2024 NGERUSI TI MOHAMED RAZLAN RU BESAR) PENGERUSI 1 DIN BIN ADON ENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI 3 ROSLAN BIN ZAKARIA (PK KOKURIKULUM) KEBERSIHAN KESIHATAN KESELAMATAN EMK PENEMPATAN MURID RMT PROGRAM SUSU


CARTA ORGANISASI K SK YAMTUAN HIT PENGE JAMALIAH BINTI M (GURU B NAIB PENGERUSI 1 ROSLAN BIN ZAKARIA (PK KOKURIKULUM) NAIB PENG ZAINUDDIN (PK PENTA SETIAUSAHA DAYANG NORMEME BINTI AZMI (PENYELARAS) INDUK PENGURUSAN KOKURIKULUM BADAN BERUNIFORM KELAB DAN PERSATUAN


KOKURIKULUM PPKI TAM 2023/2024 ERUSI OHAMED RAZLAN BESAR) GERUSI 2 BIN ADON ADBIRAN) NAIB PENGERUSI 3 MOHD FADLE BIN MOHD ISA (PK HAL EHWAL MURID) SUKAN DAN PERMAINAN / 1M1S SKK & KO-AKADEMIK


AGIHAN TUGAS PENTADBIRAN PPKI SK YAMTUAN HITAM 2023/24 BI L JAWATANKUASA GURU/PPM KETUA PENOLONG KETUA 1 Kewangan Pn. Dayang Normeme Azmi Pn. Normala Kasidin 2 Perabot & Fizikal Pn. Dayang Normeme Azmi Pn. Normala Kasidin 3 Dokumentasi Pn. Huzaifah Abdul Talib Pn. Dayang Normeme Azmi 4 Jadual Waktu/Ganti Pn. Dayang Normeme Azmi Pn. Huzaifah Abdul Talib 5 SPBT Pn. Huzaifah Abdul Talib Pn. Dayang Normeme Azmi 6 Pusat Sumber Pn. Huzaifah Abdul Talib Pn. Normala Kasidin 7 Mesyuarat JPKS Pn. Huzaifah Abdul Talib Pn. Dayang Normeme Azmi 8 Buku Pengurusan Pn. Dayang Normeme Azmi Pn. Normala Kasidin 9 PPI Pn. Dayang Normeme Azmi Pn. Huzaifah Abdul Talib 10 Rancangan Pend. Individu Pn. Huzaifah Abdul Talib Pn. Dayang Normeme Azmi 11 Peperiksaan / Pentaksiran Pn. Dayang Normeme Azmi Pn. Huzaifah Abdul Talib 12 Panitia Matapelajaran Bahasa Malaysia Pn. Huzaifah Abdul Talib Bahasa Inggeris Pn. Huzaifah Abdul Talib Matematik Pn. Dayang Normeme Azmi Pend. Sains Sosial & Alam Sekitar Pn. Dayang Normeme Azmi Pendidikan Islam Pn Suraya Adam PJPK Pn. Dayang Normeme Azmi Pendidikan Seni Pn. Huzaifah Abdul Talib Pendidikan Muzik Pn. Huzaifah Abdul Talib Kemahiran Hidup Pn. Huzaifah Abdul Talib Peng. Kehidupan Pn. Dayang Normeme Azmi TMK Pn. Huzaifah Abdul Talib 13 Disiplin Pn. Dayang Normeme Azmi Pn. Huzaifah Abdul Talib 14 Pengurusan Dan Keceriaan Kelas Pn. Huzaifah Abdul Talib Pn. Normala Kasidin 15 Lawatan Pn. Huzaifah Abdul Talib Pn. Normala Kasidin 16 EMK Pn. Dayang Normeme Azmi Pn. Normala Kasidin 17 APDM Pn. Dayang Normeme Azmi Pn. Normala Kasidin 18 Stok/Inventori/ Harta Modal/ABM Pn. Normala Kasidin


SYARAT – SYARAT KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DAN INTEGRASI (PPKI) PENDAFTARAN MASUK MBK PENDIDIKAN KHAS YANG BARU 1. Murid yang dikenalpasti memerlukan pendidikan khas perlu menjalani pemeriksaan dan mendapatkan pengesahan dari pegawai perubatan di hospital kerajaan atau pusat kesihatan kerajaan menggunakan BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAKKANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN). Borang tersebut boleh diperolehi di hospital kerajaan, pusat kesihatan kerajaan, Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah. 2. Selepas menjalani pemeriksaan, borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. 3. Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan kemudiannya akan memproses borang permohonan itu dan membuat penempatan berdasarkan laporan perubatan tersebut ke program pendidikan khas yang sesuai. TEMPOH PERCUBAAN Bagi maksud menentukan kesesuaian murid dengan keperluan pendidikan khas mengikuti pendidikan khas, murid itu hendaklah menghadiri suatu tempoh percubaan yang tidak melebihi tiga bulan bagi menyesuaikan diri dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas dan juga suasana sekolah. Apabila tempoh percubaan yang disebut di atas selesai, sekolah yang dihadiri MBK itu semasa tempoh percubaan hendaklah menyediakan dan mengemukakan laporan tempoh percubaan kepada suatu panel yang terdiri daripada : (a) Pengetua, Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas; (b) Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri atau Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah; dan (c) Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya. Apabila laporan tempoh percubaan di bawah subperaturan 4(2) dalam Akta Pendidikan 2013 diterima, panel hendaklah menentukan kesesuaian murid berkeperluan pendidikan khas itu untuk mengikuti Pendidikan Khas. Sekolah yang dihadiri oleh MBK itu semasa tempoh percubaan hendaklah memberi tahu penentuan


yang dibuat oleh panel kepada ibu bapa MBK itu. Ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan kepada Pendaftar secara bertulis, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan penentuan itu.Penentuan Pendaftar adalah muktamad. *Kalau MBK baru berkenaan masih lagi didapati tidak sesuai selepas dilanjutkan tempoh percubaannya, MBK itu boleh ditangguhkan persekolahannya bagi satu tempoh tidak lebih dari 12 bulan bermula dari tarikh dia melaporkan diri ke sekolah. Tujuan dicadangkan penangguhan ini adalah atas sebab MBK berkenaan belum lagi dapat berdikari semasa berada di sekolah dan diharap sepanjang tempoh penangguhan itu, MBK itu dapat belajar menguruskan dirinya dengan baik. MBK yang baru hendaklah didaftarkan ke dalam Buku Daftar Kemasukan MBK pada hari pertama dia melaporkan diri ke sekolah tanpa mengambilkira sama ada dia akan melepasi tempoh percubaannya atau tidak. TEMPOH PENDIDIKAN MBK Pendidikan bagi MBK boleh dilanjutkan kepada suatu tempoh seperti yang berikut: (a) Tidak lebih daripada dua tahun di sekolah rendah; (b) Tidak lebih daripada dua tahundi sekolah menengah; atau (c) Satu tahun di sekolah rendah dan satu tahun di sekolah menengah. Walau apa pun pendidikan bagi MBK berkeperluan pendidikan khas yang mengikuti pendidikan vokasional di sekolah menengah pendidikan khas vokasional boleh dilanjutkan bagi tempoh satu tahun lagi. PENGURUSAN PERTUKARAN MBK PENDIDIKAN KHAS PERTUKARAN DALAM NEGERI MBK yang ingin bertukar sekolah di dalam negeri hendaklah mengisi Borang Pertukaran Dalam Negeri (sebanyak lima salinan) dan menghantarnya terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke sekolah baru akan dikeluarkan. Bagi pertukaran MBK dalam negeri, BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN) dan Lampiran A tidak perlu disertakan kerana MBK berkenaan telah pun dinilai di sekolah lama dan telah lulus tempoh percubaannya. Apabila berlaku pertukaran sekolah, Fail Peribadi MBK dan lain-lain dokumen MBK berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru.


PERTUKARAN KELUAR NEGERI MBK yang ingin bertukar sekolah ke luar negeri hendaklah mengisi Borang Pertukaran Ke Luar Negeri ( sebanyak enam salinan ) dan menghantarnya terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke sekolah baru akan dikeluarkan. Apabila berlaku pertukaran sekolah, Fail Peribadi MBK dan lain-lain dokumen MBK berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru. PERTUKARAN DARI KELAS PERDANA KE KELAS PENDIDIKAN KHAS MBK dari kelas aliran perdana yang dikenalpasti menghadapi masalah pembelajaran dan mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga supaya dimasukkan ke kelas pendidikan khas perlu menjalani pemeriksaan dan mendapat pengesahan dari pegawai perubatan. Lima salinan Borang Pertukaran Dalam Negeri dan BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN) yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke kelas pendidikan khas akan dikeluarkan. MBK yang baru ini akan diberikan tempoh percubaan selama 1-3 bulan untuk menyesuaikan diri dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas. PEPERIKSAAN AWAM MBK juga berpeluang untuk menduduki Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. Perkara ini merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 23/1998: KEBENARAN MURID–MURID MENDUDUKI PEPERIKSAAN AWAM yang menyatakan bahawa: “murid-murid yang layak, syarat-syarat yang sedia ada, adalah berhak mengambil peperiksaan awam. Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas inklusif atau kelas percantuman (Program Pendidikan Khas) di sekolah menengah dan sekolah rendah harian biasa, hendaklah juga dibenarkan mengambil peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM atau sepertinya, bersama-sama dengan murid-murid lain” MBK perlu didaftarkan sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK) dalam peperiksaan awam bagi mendapatkan keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan yang diperuntukkan oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan Panduan Pengurusan Peperiksaan Bagi Calon Berkeperluan Khas.Pada kebiasaannya, MBK akan diberikan beberapa kelonggaran syarat semasa menduduki Peperiksaan Awam tersebut. Hubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing atau Unit Peperiksaan, Jabatan Pelajaran N.Sembilan untuk maklumat selanjutnya.


Calon hanya boleh menduduki peperiksaan awam sekali sahaja. Calon yang telah mengambil peperiksaan berkenaan semasa berada di kelas aliran perdana tidak dibenarkan menduduki peperiksaan yang sama selepas dia telah diterima memasuki kelas pendidikan khas. PENILAIAN DAN REKOD PRESTASI MBK Penilaian secara `formal’ dan ‘informal’ secara Petafsiran Bilik Darjah (PBD) dan juga melalui pemerhatian. Borang PBD yang seragam dan standard hendaklah disediakan dan dicetak pada setiap hujung tahun dalam bentuk sijil. PERATURAN KELAS PENDIDIKAN KHAS PK PPKI dan Penyelaras PPKI perlu menyediakan serta mengedarkan satu salinan peraturan kelas pendidikan khas yang telah diluluskan oleh sekolah kepada semua ibu bapa atau penjaga untuk supaya mereka sedia maklum dan dapat mematuhi peraturan tersebut. SUASANA KELAS PENDIDIKAN KHAS Sebuah kelas pendidikan khas yang piawai hendaklah mempunyai item-item yang berikut : Jadual Waktu Kelas; Catatan Aktiviti Bulanan pada papan kenyataan kelas; Carta Organisasi Kelas; Jadual Bertugas Kelas Pendidikan Khas; Carta bergambar MBK; Carta-carta maklumat kelas; Carta Aliran Pendaftaran MBK; Carta-carta lain yang berkaitan. Selain itu, guru kelas pendidikan khas adalah dikehendaki untuk menceriakan kelasnya mengikut kreativitimasing-masing. KOKURIKULUM Seorang MBK berkeperluan pendidikan khas yang ditentukan oleh panel sebagai sesuai untuk mengikuti Pendidikan Khas di bawah subperaturan 5(1) hendaklah mengikuti kegiatan kokurikulum sebagaimana yang ditakrifkan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [P. U. (A) 531/1997] mengikut kesesuaian MBK. Segala perancangan dan pelaksanaan aktiviti mesti direkodkan di dalam Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas.MBK pendidikan khas yang berkemampuan hendaklah diinklusifkan ke dalam aktiviti kokurikulum bersama dengan MBK aliran perdana.


SENARAI KOKURIKULUM PPKI SK YAMTUAN HITAM SENARAI NAMA MURID DAN KOKURIKULUM PPKI SK YATUAN HITAM Badan Uniform Kelab Dan Persatuan 1M1S PENGAKAP DOKTOR MUDA KRIKET BIl NAMA MURID BADAN UNIFORM KELAB / PERSATUAN 1M1S RUMAH SUKAN 1 MUHAMMAD AMIRUL DANISH BIN MOHD PILUS PENGAKAP DR MUDA KRIKET MUNAWIR 2 MUHAMMAD IZZ HAKIMI BIN MOHD HAMIZAN PENGAKAP DR MUDA KRIKET ANTAH 3 MUHAMMAD IRFAN BIN SYAMSUL PENGAKAP DR MUDA KRIKET RADEN 4 MOHAMAD RAZIQ BIN MOHAMAD MISWAN PENGAKAP DR MUDA KRIKET MUNAWIR


PERINCIAN TUGAS –TUGAS AHLI JAWATANKUASA PPKI TUGAS GPK / PENYELARAS PEND. KHAS (A) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1. Menyedia dan melaksanakan perancangan strategik sekolah dan pengurusan takwim sekolah berkaitan Pendidikan Khas. 2. Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS). 3. Mengurus, menyelaraskan kutipan serta menganalisis data/maklumat dan perangkaan berkaitan pengurusan pendidikan khas. 4. Merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan belanjawan berkaitan pengurusan pendidikan khas. 5. 5. Merancang dan melaksanakan program lawatan dan perhubungan dengan pihak luar. 6. Mengurus dan mengawal selia penyelenggaraan fizikal dan pengoperasian bilik-bilik khas berkaitan pengurusan kokurikulum. 7. Membantu merancang dan menyelia program-program pengurusan kurikulum, HEM dan kokurikulum. (B) PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS 1. Merancang dan menyelia perjalanan aktiviti kelas PPKI/Program Inklusif sepanjang tahun. 2. Mengadakan taklimat mingguan/bulanan bersama-sama guru pendidikan khas. 3. Memberi taklimat pengoperasian PPKI terkini kepada pihak pentadbir sekolah dan guruguru tentang pengurusan kelas PPKI. 4. Menyampaikan maklumat dan dapatan GPK Pendidikan Khas/ penyelaras bersamasama dengan Penolong PPD Pendidikan Khas dan swasta/JPN kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas. 5. Memastikan fail-fail pengurusan PPKI sentiasa dikemas kini. 6. Mengurus perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa Murid Berkeperluan Khas (MBK) sekurang-kurangnya dua sekali setahun. 7. Mengendalikan aduan ibu bapa murid PPKI. 8. Memastikan semua guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan murid PPKI berada di perhimpunan mingguan/rasmi (tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid PPKI). 9. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan bertukar sekolah diserah kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa ke sekolah yang berkenaan. 10. Memastikan surat-surat rasmi PPKI disediakan untuk PPD, Unit Pendidikan Khas JPN dan agensi berkaitan. 11. Memastikan laporan semua aktiviti PPKI pada akhir tahun disediakan dan dihantar ke PPD dan Unit Pendidikan Khas JPN. 12. Memastikan data dan permohonan berkaitan PPKI dilaksanakan seperti Sistem Orang


Kurang Upaya (SisOKU), APDM/EMIS/SPS, Tahun 1 dan Tingkatan 1, SMPK, SMM, PBS PPKI dan lain-lain. 13. Bertanggungjawab kepada bidang tugas PPM. (B) PENGURUSAN KEWANGAN 1. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas. 2. Bertanggungjawab mengurus kewangan PPKI. 3. Memastikan semua guru pendidikan khas menerima elaun Bayaran Insentif Mengajar Kanak-kanak Cacat (BIMKC). 4. Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG PPKI dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan murid PPKI (mengikut syarat pekeliling kewangan semasa). 5. Menyemak baki peruntukan PCG PPKI dari semasa ke semasa dan memaklum serta memastikan tindakan perbelanjaan dapat diuruskan dengan segeranya. 6. Memastikan pengurusan kewangan diurus mengikut prosedur yang sedang berkuat kuasa. 7. Memastikan guru kelas PPKI mendapat surat kuasa mengutip bayaran tambahan persekolahan dan menerima buku resit daripada PGB sebelum membuat kutipan. (C) PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula. 2. Memastikan guru pendidikan khas mengajar sepenuhnya di PPKI. 3. Memastikan guru pendidikan khas memberi keutamaan dalam pelaksanaan PdP serta aktiviti berkaitan PPKI. 4. Memastikan pengurusan jadual waktu guru pendidikan khas disahkan oleh PGB. 5. Menyerahkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah. 6. Menyelaraskan dan memantau perancangan dan pelaksanaan RPI oleh setiap orang guru bagi setiap MBK. 7. Memastikan pencerapan PdP guru di kelas PPKI dilaksanakan dari semasa ke semasa. 8. Memastikan buku persediaan mengajar disediakan dan dikemas kini oleh guru pendidikan khas. 9. Memastikan aktiviti kokurikulum PPKI dilaksanakan sepenuhnya dengan pelibatan semua murid PPKI. 10. Memastikan MBK dalam program pendidikan inklusif yang menduduki peperiksaan awam diberi kemudahan peperiksaan awam seperti bilik khas dan masa tambahan menjawab soalan. 11. Menyelaraskan program pendidikan inklusif separa. (D) PENGURUSAN KELAS


1. Menyediakan satu (1) peraturan untuk kelas PPKI dan mendapatkan persetujuan daripada pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga. 2. Memastikan suasana kelas PPKI selesa dan kondusif untuk PdP. 3. Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas PPKI direkod dan diselenggara dengan baiknya. 4. Memastikan kelas disediakan kemudahan mesra OKU seperti ada susur landai (ramp) dan tandas OKU. 5. Mencadangkan pembelian keperluan di PPKI kepada PGB untuk membuat 6. permohonan peralatan/aset dan naik taraf kelas PPKI ke Unit Pendidikan Khas, JPN melalui PPD masing-masing berdasarkan keperluan semasa. 7. Mencadangkan pembelian keperluan peralatan sokongan pembelajaran mengikut keperluan ketidakupayaan MBK kepada PGB. (E) PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1. Merancang dan mentadbir pengurusan hal ehwal murid bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kemenjadian murid secara menyeluruh. 2. Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program disiplin murid pendidikan khas. 3. Membantu merancang dan memantau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling murid pendidikan khas. 4. Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program kesihatan, kebajikan dan keceriaan sekolah. 5. Membantu merancang dan menyelaraskan pengurusan buku teks. 6. Membantu mengawal dan menyelaraskan perkhidmatan keselamatan dan kebersihan bangunan dan kawasan/blok pendidikan khas. (F) PENGURUSAN KOKURIKULUM 7. Membantu merancang dan mengesahkan pengurusan unit beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan bagi MBK. 8. Menyusun, menyelaraskan dan memantau takwim kegiatan kokurikulum PPKI di sekolah melalui perbincangan dengan guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) dengan memilih aktiviti yang bersesuaian. 9. Menubuhkan jawatankuasa kokurikulum PPKI. 10. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus BBM kokurikulum PPKI. 11. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum diambil. 12. Mengenal pasti keupayaan guru pendidikan khas dan potensi/bakat MBK dalam kokurikulum. 13. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah dengan mematuhi Peraturan (Melancong) Sekolah 1957. 14. Menyelaraskan hari-hari perayaan dan upacara sekolah (seperti hari Kokurikulum sekolah).


15. Menyelaraskan pembahagian MBK ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian. 16. Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum. 17. Menyelaraskan pelaksanaan kokurikulum secara inklusif separa. 18. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh PGB dari semasa ke semasa. 19. Memantau setiap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan oleh MBK.


JADUAL TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID SESI 2023/2024 WAKTU KERJA 2023/2024 HARI WAKTU BEKERJA REHAT ISNIN, KHAMIS 7.30 pagi – 4.30 petang 1.30 tengahari – 2.30 petang SELASA , RABU (KOKURIKULUM) JUMAAT 12.00 tengahari – 2.30 petang TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) (A) MENJAGA HAL EHWAL MURID PENDIDIKAN KHAS 1. Bertanggungjawab memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas seperti: a. Mengurus murid yang tidak terurus atau tidak tahu menyalin pakaian. b. Membantu membersihkan murid seperti memandikannya (jika perlu). c. Membersihkan kotoran yang terdapat di dalam kelas seperti muntah, air kencing, najis dan sebagainya 2. Bertanggungjawab menghantar atau menyambut kedatangan murid semasa menghadiri kelas/stesen PdP. 3. Bertanggungjawab memastikan murid berada di kawasan sekolah dalam keadaan selamat. 4. Bertanggungjawab menunggu murid yang pulang lewat dan memastikan murid keluar dari kawasan sekolah dalam keadaan selamat 5. Mengawasi murid setelah tamat waktu persekolahan 6. Memaklumkan kepada GPK Pendidikan Khas/Penyelaras untuk menghubungi ibu bapa/penjaga sekiranya terdapat murid yang lewat pulang 7. Bertanggungjawab membantu murid ke tandas sekiranya perlu membawa/ mengiringi murid ke tandas dan membimbing murid cara menggunakan tandas serta membersihkan diri dengan betul. 8. Mengawasi murid semasa perubahan PdP atau sewaktu guru menghadiri taklimat/ urusan rasmi seperti berikut: a. Ketika pertukaran guru, stesen atau kelas b. Sebelum ketibaan guru c. Semasa time-out (dendaan) 9. Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga untuk urusan ke hospital: a. Membantu menenangkan emosi murid b. Menempatkan murid ke bilik sakit c. Menyemak rekod latar belakang kesihatan murid d. Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami murid seperti membersihkan luka atau menyapukan ubat (dengan bantuan guru). 10. Berada bersama-sama murid seperti perhimpunan rasmi sekolah:


a. Membawa murid ke tempat perhimpunan b. Membimbing dan mengawasi tingkah laku murid semasa perhimpunan berlangsung 11. Menjadi role model kepada murid daripada segi tingkah laku, tutur kata yang sopan dan penampilan diri. 12. Membantu mengurus murid baru : a. Melayan karenah dan menenangkan emosi murid b. Menempatkan murid di dalam kelas c. Membantu orientasi dijalankan 13. Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat a. Memastikan murid beratur sebelum ke kantin b. Memastikan murid membasuh tangan sebelum makan c. Membantu murid membeli makanan d. Membantu menunjukkan adab makan yang betul kepada murid e. Memastikan murid meletakkan peralatan makan di tempat yang disediakan f. Memastikan murid beratur masuk ke kelas 14. Membantu membuat lawatan susulan bersama guru ke rumah ibu bapa/penjaga murid yang bermasalah. (B) PENGURUSAN KELAS/BILIK PENDIDIKAN KHAS 1. Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus sebelum dan selepas PdP. 2. Bertanggungjawab mengemas dan membersihkan kelas/bilik pendidikan khas : a. Menyapu lantai setiap hari dan dibersihkan dengan mop (jika perlu) b. Memastikan sampah dibuang c. Membersihkan kipas, langsir, sofa, pinggan mangkuk dan peti sejuk secara berkala d. Memastikan cermin tingkap dan perabot semua bilik tidak berhabuk 3. Memastikan tandas Pendidikan Khas bersih, ceria dan selamat digunakan (dicuci jika perlu). 4. Membantu menjaga dan memastikan projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan lainlain dalam keadaan terurus. 5. Bertanggungjawab memastikan peralatan dan bahan yang berbahaya disimpan di tempat yang selamat seperti peralatan dapur, bengkel/pertukangan, kebun/stor, akuarium/sangkar, bilik khas dan kelas pembelajaran/stesen PdP. 6. Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskinikan papan kenyataan dari semasa ke semasa. 7. Membantu menyusun atur peralatan dan perabot Kelas Pendidikan Khas supaya kemas, teratur dan selamat untuk mewujudkan suasana yang kondusif. 8. Membantu menceriakan dalam dan luar Kelas Pendidikan Khas. 9. Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih boleh digunakan


a. Mengenal pasti tarikh luput b. Bekalan lengkap dan mencukupi (C) PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS 1. Membantu menyusun fail pendidikan khas mengikut sistem fail supaya teratur dan mudah diperoleh. 2. Membantu dalam pengurusan surat menyurat. 3. Membantu mengemaskinikan data murid setiap bulan. 4. Membantu mengemaskinikan rekod dan fail murid. 5. Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas a. Merekodkan pembelian bahan dan peralatan b. Menyemak peralatan yang perlu dihapus kira dua kali setahun 6. Mengemaskinikan senarai inventori dan buku log (pergerakan alatan) di setiap bilik dari semasa ke semasa. (D) PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Membantu guru menyediakan bahan sumber sebelum sesi PdP : a. Memasang peralatan elektronik b. Membuat salinan (photocopy) c. Menyediakan buku dan alat tulis d. Mengurus murid yang menggunakan alat bantuan tertentu seperti memeriksa bateri alat pendengaran, FM sistem, kanta pembesar, mesin Braille dan lainlain 2. Membimbing dan mengawal tingkah laku murid semasa PdP. 3. Membantu mengurus murid semasa aktiviti PdP seperti memegang tangan murid untuk aktiviti psikomotor kasar dan halus serta praktikal. 4. Membantu murid inklusif di kelas perdana. (E) PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS (MOBILITI) 1. Mengurus murid yang menggunakan alatan khas untuk bergerak. 2. Bertanggungjawab menjaga pergerakan dan keselamatan murid semasa aktiviti dalam dan di luar sekolah. 3. Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas perdana jika perlu. (F) TUGAS SEWAKTU CUTI PERSEKOLAHAN 1. Bertanggungjawab terhadap kelas pendidikan khas seperti: a. Menyapu dan mop lantai, serta memastikan bilik dan tandas sentiasa bersih, ceria dan selamat b. Memastikan langsir dan sarung sofa dicuci dan diganti (jika perlu) c. Membersihkan cermin tingkap, kipas, pinggan mangkuk dan peti sejuk d. Memastikan semua peralatan elektrik tidak berhabuk, selamat dan sedia untuk


digunakan e. Menyusun semula peralatan dan perabot 2. Membantu mengenal pasti semua perabot dan peralatan yang boleh digunakan, perlu diselenggarakan atau dihapus kira. 3. Membantu menjaga projek pendidikan khas seperti aktiviti perkebunan dan haiwan peliharaan dengan baiknya. 4. Membantu menyemak stok dan inventori. 5. Membantu melabel dan mengemaskinikan sistem fail. 6. Membantu menyediakan borang dan fail untuk pendaftaran baru. 7. Menghubungi penyelaras atau guru pendidikan khas yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera. 8. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.


Click to View FlipBook Version