The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cuti persekolahan telah tiba. Ayah Nana mengajak Nana sekeluarga pulang bercuti di kampung. Pada pukul 8.00 pagi, Nana sekeluarga menaiki kereta dan bergerak menuju ke kampung. Setelah 4 jam perja (4)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp21191733, 2024-03-19 00:01:19

Cuti persekolahan telah tiba. Ayah Nana mengajak Nana sekeluarga pulang bercuti di kampung. Pada pukul 8.00 pagi, Nana sekeluarga menaiki kereta dan bergerak menuju ke kampung. Setelah 4 jam perja (4)

Cuti persekolahan telah tiba. Ayah Nana mengajak Nana sekeluarga pulang bercuti di kampung. Pada pukul 8.00 pagi, Nana sekeluarga menaiki kereta dan bergerak menuju ke kampung. Setelah 4 jam perja (4)

Percutian Nana di Kampung NURUL HUDA CHE MORAT


Percutian Nana di Kampung


Cuti persekolahan telah tiba. Ayah Nana mengajak Nana sekeluarga pulang bercuti di kampung. Pada pukul 8.00 pagi, Nana sekeluarga menaiki kereta dan bergerak menuju ke kampung.


Setelah empat jam perjalanan dari Kuala Lumpur, akhirnya Nana sekeluarga sampai ke Kampung Long Boh yang terletak di negeri Perlis. Kampung Long boh adalah tempat kelahiran ayah Nana.


Ketibaan mereka disambut mesra oleh datuk dan neneknya. Nana dengan cepatnya berlari ke arah datuk dan neneknya lalu memeluk mereka dengan erat.


Pada waktu petang, Nana dan abangnya berjalan-jalan di kawasan sawah padi. Nana sangat teruja melihat kehijauan padi.


“Abang, lihat sana. Wah, ada orang di tengah sawah padi !” kata Nana. “Nana, itu bukan orang sebenar, itu orang-orang” jawab abangnya. “orang-orang?” Nana tertanya-tanya. “Ya, orang-orang ini berfungsi untuk menghalau burung daripada memakan hasil tanaman padi” jelas abangnya. “Oh, begitu!” jawab Nana.


Keesokan harinya, datuk dan nenek membawa Nana sekeluarga ke dusun buah-buahan. Dusun buah-buahan datuk sangat luas. Datuk menanam banyak pokok yang tinggi dan daunnya yang lebat. Hasil tanaman datuk membuahkan pelbagai jenis buahbuahan. Antaranya ialah buah manggis, rambutan, mangga dan durian.


Ayah Nana menasihati Nana dan abangnya supaya tidak berlari-lari di kawasan dusun. Namun, Nana degil. Nana mengabaikan nasihat ayahnya lalu berlari sekuat hati. Tiba-tiba, “Aduh, sakitnya! Tolong-tolong” jerit Nana. Ayah dan ibunya bergegas mendapatkan Nana. Rupa-rupanya, Nana terjatuh kerana tersepak dahan pokok yang tumbang. Kakinya kemerahmerahan. “Nana, ayah sudah menasihati kamu supaya tidak berlari, sekarang cuba lihat apa sudah berlaku” kata ayahnya. “Maaf ayah, Nana janji, Nana tidak akan degil lagi” Jawab Nana sambil menangis teresak-esak.


Tanpa membuang masa, mereka membersihkan kawasan dusun. Nana dan abangnya mengutip sampah manakala datuknya mengait buah manggis dan rambutan. Ayah Nana pula mengutip buah durian. Ibu dan nenek Nana menyediakan makanan untuk mereka makan bersama-sama di dusun. Setelah selesai membersihkan dusun dan mengutip buah, mereka menjamu selera di sebuah pondok yang dibina oleh datuk.


Hari hampir gelap, mereka pulang ke rumah sambil membawa dua bakul besar yang berisi buahbuahan. Sesampainya di rumah, mereka membersihkan diri dan berehat. Selepas makan malam, mereka bersama-sama di dapur.


Click to View FlipBook Version