The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA KLUANG TAHUN 2023
PIALA YB WSQ

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pekasih Johor, 2023-07-29 04:45:32

PERKASIH JOHOR

KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA KLUANG TAHUN 2023
PIALA YB WSQ

BOLA JARING Kejohanan Terbuka Kluang 2023 PIALA YB WSQ PIALA YB WSQ Anjuran Persatuan Kasih Prihatin Malaysia Negeri Johor Anjuran Persatuan Kasih Prihatin Malaysia Negeri Johor Sabtu & Ahad 28 & 29 Oktober 2023 Sabtu & Ahad 28 & 29 Oktober 2023


PEKASIH JOHOR 019-7282416 PENGENALAN Kejohanan Bola Jaring (W) Terbuka Kluang Tahun 2023 Piala YB WSQ, adalah anjuran Persatuan Kasih Prihatin Malaysia Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Parlimen Kluang. PENYERTAAN Terbuka kepada 32 pasukan wanita sahaja dan warganegara Malaysia. YURAN PENYERTAAN Ringgit Malaysia Seratus Lima Puluh Sahaja ( RM150.00 ) HADIAH Tempat Pertama - Satu Ribu Sahaja ( RM1000.00) berserta Piala dan Medal Tempat Kedua - Tujuh Ratus Sahaja ( RM700.00 ) Berserta Medal Tempat Ketiga - Empat Ratus Sahaja ( RM400.00 ) Berserta Medal Tempat Keempat - Tiga Ratus Sahaja ( RM300.00 ) Berserta Medal HARI , TARIKH , MASA & TEMPAT Sabtu & Ahad 28 & 29 Oktober 2023 8.00 Pagi Stadium Tertutup Kluang PERSATUAN KASIH PRIHATIN MALAYSIA NEGERI JOHOR ( PPM-010-10-24042021000006 ) No 10, Jalan 13/2, Taman Permata 1, 86000 Kluang, Johor Pekasih Johor [email protected] KEJOHANAN BOLA JARING (W) TERBUKA KLUANG TAHUN 2023


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 1.0 PENGANJURAN & PENGELOLAAN 1.1 Kejohanan ini dianjurkan dan dikelolakan bersama oleh Persatuan Kasih Prihatin Malaysia Negeri Johor dan Pejabat Parlimen Kluang. 2.0 PERATURAN AM 2.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang permainan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) yang terkini. 2.2 Jika timbul perselisihan penafsiran, undang-undang semasa akan diguna pakai. 2.3 Sebarang kejadian dan perselisihan akan diputuskan berdasarkan kepada: 2.3.1 Sebarang kejadian perkara-perkara bukan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola. 2.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan berasaskan kepada undang-undang permainan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) yang terkini. 2.4 Selain daripada peraturan diatas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran kejohanan ni. 2.5 Mematuhi Peraturan Tetap dan Peraturan Am KEJOHANAN. 2.6 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah MUKTAMAD. 3.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PESERTA 3.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan tidak lebih daripada sepuluh (10) orang pemain termasuk pemain simpanan dan dua (2) orang Pegawai/Pengurus/Jurulatih. (Pegawai/Pengurus/Jurulatih TIDAK BOLEH menjadi pemain). 3.2 Pendaftaran nama-nama pemain, pegawai/jurulatih hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang pendaftaran yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. 3.3 Hanya pemain-pemain berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian. 3.4 Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan berhak meminta kad pengenalan bagi tujuan pengesahan/pemeriksaan kesahihan pemain pada bila-bila yang difikirkan perlu. 3.5 Kelayakan pemain (peserta) adalah seperti berikut. 35.1 Wanita warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. 3.5.2 Tidak pernah mewakili NEGARA DAN NEGERI dalam mana-mana kejohanan yang dianjurkan oleh PBJM dan PBJNJ. 3.6 Setiap pasukan diwajibkan menghantar Borang Pendaftaran Perlawanan untuk setiap perlawanan, selewat-lewatnya Lima Belas (15) Minit sebelum perlawanan bermula


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 4.0 SISTEM PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga dan kalah-singkir. 4.2 Semua pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan dalam beberapa kumpulan ( 8 ) melalui undian. 4.3 Semua Perlawanan di peringkat awal akan dijalankan secara LIGA KUMPULAN. 4.4 Dua (2) pasukan teratas (Juara & Naib Juara kumpulan) dari setiap kumpulan akan layak bertanding di peringkat PUSINGAN 16 TERBAIK ( Kalah-singkir ) dan seterusnya. 4.5 Bagi pusingan suku akhir hingga akhir perlawanan akan dijalankan secara kalah singkir (knock-out). Perlawanan akan berakhir apabila salah satu pasukan memperolehi kemenangan dengan kiraan tiga (3) – kosong (0) atau tiga (3) – satu (1). 4.7 Mata / Keputusan Perlawanan 4.7.1 Sistem Liga PENENTUAN MATA / MARKAH Menang 3 Kalah 0 Seri 1 4.7.1.1 Pasukan yang mendapat jumlah mata terbanyak akan menjadi johan kumpulan. 4.7.1.2 Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan yang mendapat mata yang sama di akhir perlawanan liga, purata golakan menentukan kedudukan (iaitu: jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yangkena); 4.7.1.3 Jika purata gol masih seri, maka perbezaaan gol akan digunapakai (iaitu: jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena); 4.7.1.4 Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang; 4.7.1.5 Sekiranya masih berkedudukan seri, mana-mana pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dalam liga dikira menang; 4.7.1.6 Sekiranya kaedah diatas gagal menentukan kedudukan, maka Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan menentukan cara lain yang difikirkan sesuai.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 4.7.2 Sistem Kalah Singkir 4.7.2.1 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat 16 terbaik, suku akhir, separuh akhir dan akhir, i. Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa sepenuh perlawanan; ii. Masa tambahan hendaklah mengandungi dua (2) bahagian dan dimainkan selama LIMA (5) minit setiap separuh masa dengan Satu (1) minit masa rehat diakhir separuh masa. Kedua-dua pasukan hendaklah bertukar Kawasan Gol separuh masa berikutnya. Hantaran Tengah seterusnya diambil oleh pasukan yang berhak mengambilnya; iii. Semasa kedua-dua waktu rehat ini, penggantian dan/atau pertukaran posisi bolehlahdibuat; iv. Dalam tempoh masa tambahan ini, prosedur kecederaan atau sakit yang biasa hendaklah diguna pakai. Walau bagaimanapun, dalam keseluruhan masa tambahan: a. Pemberhentian pertama bagi setiap pasukan hendaklah sehingga DUA (2) minit b. Bagi setiap pemberhentian seterusnya untuk setiap pasukan hendaklah tidak melebihi TIGA PULUH (30) saat. v. Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, satu isyarat yang boleh dilihat digunakan untuk menunjukkan permainan hendaklah diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol. 4.8 Tempoh Perlawanan 4.8.1 Tempoh Masa Perlawanan Setiap pasukan dikehendaki bermain dua (2) bahagian (separuh masa pertama & separuh masa kedua). Setiap separuh masa akan dilangsungkan selama tujuh (7) minit dan masa rehat adalah satu (1) minit. Jumlah keseluruhan setiap satu (1) perlawanan adalah lima belas (15) minit sahaja.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 4.9 Memulakan Perlawanan 4.9.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai Tujuh (7) orang pemain didalam gelanggang manakala seramai Tiga (3) orang pemain simpanan. 4.9.2 Sekiranya pasukan yang bertanding TIDAK HADIR, tempoh masa menunggu yang dibenarkan adalah sepuluh (10) minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan ini akan dikenakan tindakan seperti berikut: 4.9.2.1 Jika selepas sepuluh (10) minit mana-mana pasukan yang tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain, maka pasukan itu dikira menarik diri dan terkeluar daripada perlawanan tersebut. 4.9.2.2 Pasukan lawan yang mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain yang berada di dalam gelanggang akan diberikan KEMENANGAN PERCUMA dengan jaringan tiga (3) – kosong (0) dan mendapat tiga (3)mata. 4.10 Waktu Bermula Sesuatu Perlawanan 4.10.1 Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di di dalam jadual pertandingan rasmi dan hanya boleh dipinda dengan kelulusan JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN ATAU JAWATANKUASA PENGELOLA. 4.11 Pertukaran Pemain 4.11.1 Tiada had pertukaran pemain semasa perlawanan. Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain yang lain. 4.11.2 Pertukaran tidak dibenarkan bagi menggantikan pemain yang digantung permainan semasa perlawanan tersebut. 4.11.3 Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan. 4.11.3.1 Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan tepi di kawasan zon penggantian. 4.11.3.2 Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian dari kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendak diganti telah keluar melintasi garisan tepi. 4.11.3.3 Seseorang pengganti akan tertakluk kepada kuasa dan kebijaksanaan pegadil sama ada memanggil atau tidak untuk bermain. 4.11.3.4 Pemain boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain dengan syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 4.12 Bib / Pakaian Sukan 4.12.1 Hendaklah seragam iaitu mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Dipakai setiap kali bermain di sepanjang kejohanan. 4.12.2 Pakaian ‘Track-bottom’ atau ‘tight’ dengan ‘skrit’ adalah dibenarkan. Seluar pendek adalah tidak dibenarkan. 4.12.3 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar dua (2) set bib yang berlainan warna. Ukuran huruf pada setiap bib ialah enam (6) inci tinggi. 4.12.4 Sekiranya kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka penentuan pertukaran bib akan dibuat secara lambungan syiling ‘toss of coin’. 4.12.5 Pasukan dikehendaki mengisi warna jersi dan bib pada borang penyertaan. 5.0 PERALATAN PERTANDINGAN 5.1 Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan bola jenis ‘MOLTEN’ (kulit) atau yang setaraf dengannya. 6.0 PENGADIL 6.1 Jawatankuasa Pengelola akan melantik para pegadil / Pegawai Pertandingan yang berkelayakan setelah berunding dengan Pegawai Teknikal yang bertauliah dan tertakluk kepada Peraturan Am. 6.2 Laporan perlawanan akan dibuat oleh pengadil di dalam borang yang disediakan selepas perlawanan dijalankan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan. 7.0 DISIPLIN PASUKAN 7.1 Setiap pengurus pasukan dan jurulatih adalah bertanggungjawab menjaga disiplin para pemain. Sekiranya terdapat sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin yang menyebabkan kelancaran perlawanan terganggu, tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pasukan tersebut berpandukan kepada laporan pegawai perlawanan dan pengadil perlawanan. 7.2 Lain-lain adalah sebagaimana terkandung didalam PERATURAN AM. 8.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN / MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH / MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA kepada pihak lawan. 9.0 JAWATANKUASA TATATERTIB / JURIRAYUAN 9.1 Terdiri daripada PENGANJUR / PEGAWAI TEKNIKAL /PENGURUS PASUKAN / KETUA PASUAN. 10.0 JADUAL PERLAWANAN 10.1 Jawatankuasa Pengelola akan menetapkan jadual perlawanan, mana-mana pasukan tidak dibenarkan meminda mana-mana jadual perlawanan.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 11.0 PENAMBAHAN 11.1 Penganjur tidak akan menyediakan pasukan perubatan dan tidak akan bertanggungjawap jika berlaku kecederaan kepada setiap pemain. 11.2 Penganjur tidak akan bertanggungjawap jika berlaku kemalangan mahu pon kecurian harta benda sepanjang kejohanan berlangsung. 11.3 Setiap pasukan mesti menjaga kebersihan sepanjang masa kejohanan berlangsung. 12.0 PENUTUP Penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Jaring (W) Terbuka Kluang Tahun 2023 Mengharapkan kejohanan berlangsung dalam suasana semangat kesukanan yang tinggi. Terima kasih Penganjur.


JADUAL PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 NO KUMPULAN A A1 A2 A3 A4 NO KUMPULAN B B1 B2 B3 B4 NO KUMPILAN D D1 D2 D3 D4 NO KUMPULAN C C1 C2 C3 C4 NO KUMPULAN E E1 E2 E3 E4 NO KUMPULAN F F1 F2 F3 F4 NO KUMPULAN G G1 G2 G3 G4 NO KUMPULAN H H1 H2 H3 H4


JADUAL PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 TARIKH HARI 7.30 AM PENDAFTARAN PASUKAN MASA NO GAME PUSINGAN KUMP GLGGANG PERLAWANAN KEPUTUSAN 8.00 AM 1 AWAL A A A1 - A2 8.00 AM 2 AWAL E B E1 - E2 8.20 AM 3 AWAL B A B1 - B2 8.20 AM 4 AWAL F B F1 - F2 8.40 AM 5 AWAL C A CI - C2 8.40 AM 6 AWAL G B G1 - G2 9.00 AM 7 AWAL D A D1 - D2 9.00 AM 8 AWAL H B H1 - H2 9.20 AM 9 AWAL A A A3 -A4 9.40 AM 10 AWAL E B E3 - E4 10.00 AM 11 AWAL B A B3 - B4 10.00 AM 12 AWAL F B F3 - F4 10.20 AM 13 AWAL C A C3 - C4 10.20 AM 14 AWAL G B G3 - G4 28 OKTOBER 2023 ( SABTU )


JADUAL PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 MASA NO GAME PUSINGAN KUMP GLGGANG PERLAWANAN KEPUTUSAN 10.40 AM 15 AWAL D A D3 - D4 10.40 AM 16 AWAL H B H3 - H4 11.00 AM 17 AWAL A A A1 - A3 11.00 AM 18 AWAL E B E1 - E3 11.20 AM 19 AWAL B A B1 - B3 11.20 AM 20 AWAL F B F1 - F3 11.40 AM 21 AWAL C A C1 - C3 11.40 AM 22 AWAL G B G1 - G3 12.00 PM 23 AWAL D A D1 - D3 12.00 PM 24 AWAL H B H1 - H3 12.20 PM 25 AWAL A A A2 -A4 12.20 PM 26 AWAL E B E2 - E4 12.40 PM 27 AWAL B A B2 - B4 12.40 PM 28 AWAL F B F2 - F4 1.00 PM 29 AWAL C A C2 - C4 1.00 PM 30 AWAL G B G2 - G4 TARIKH HARI28 OKTOBER 2023 ( SABTU )


MASA NO GAME PUSINGAN KUMP GLGGANG PERLAWANAN KEPUTUSAN 2.00 PM AWAL D A D3 - D4 2.40 PM 31 AWAL D A D2 -D4 2.40 PM 32 AWAL H B H2 - H4 3.00 PM 33 AWAL A A A1 - A4 3.00 PM 34 AWAL E B E1 - E4 3.20 PM 35 AWAL B A B1 - B4 3.20 PM 36 AWAL F B F1 - F4 3.40 PM 37 AWAL C A C1 - C4 3.40 PM 38 AWAL G B G1 - G4 4.00 PM 39 AWAL D A D1 - D4 4.00 PM 40 AWAL H B H1 - H4 4.20 PM 41 AWAL A A A2 -A3 4.20 PM 42 AWAL E B E2 - E3 4.40 PM 43 AWAL B A B2 - B3 4.40 PM 44 AWAL F B F2 - F3 TARIKH HARI PERASMIAN KEJOHANAN JADUAL PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 28 OKTOBER 2023 ( SABTU )


MASA NO GAME PUSINGAN KUMP GLGGANG PERLAWANAN KEPUTUSAN 5.00 PM 45 AWAL C A C2 - C3 5.00 PM 46 AWAL G B G2 - G3 5.20 PM 47 AWAL D A D2 - D3 5.20 PM 48 AWAL H B H2 - H3 TARIKH HARI JADUAL PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 2 8 O K T O B E R 2 0 2 3 ( S A B T U )


MASA NO GAME PUSINGAN PERLAWANAN KEPUTUSAN 8.00 AM 49 PERLAWANAN - 1 JOHAN A- N/JOHAN B 8.20 AM 50 PERLAWANAN - 2 JOHAN B - N/JOHAN A 8.40 AM 51 PERLAWANAN - 3 JOHAN C - N/JOHAN D 9.00 AM 52 PERLAWANAN - 4 JOHAN D - N/JOHAN C 9.20 AM 53 PERLAWANAN - 5 JOHAN E - N/JOHAN F 9.40 AM 54 PERLAWANAN - 6 JOHAN F - N/JOHAN E 10.00 AM 55 PERLAWANAN - 7 JOHAN G - N/JOHAN H 10.20 AM 56 PERLAWANAN - 8 JOHAN H - N/JOHAN G TARIKH HARI JADUAL PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 2 9 O K T O B E R 2 0 2 3 ( A H A D) PUSINGAN KE DUA ( 16 PASUKAN )


MASA NO GAME PUSINGAN PERLAWANAN KEPUTUSAN 10.40 AM 57 SUKU AKHIR - 1 GAME NO 49 - GAME NO 51 11.00 AM 58 SUKU AKHIR - 2 GAME NO 50 - GAME NO 52 11.20 AM 59 SUKU AKHIR - 3 GAME NO 53 - GAME NO 55 11.40 AM 60 SUKU AKHIR - 4 GAME NO 54 - GAME NO 56 TARIKH HARI JADUAL PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 2 9 O K T O B E R 2 0 2 3 ( A H A D) PERLAWANAN SUKU AKHIR PERLAWANAN 3/4 DAN AKHIR PERLAWANAN SEPARUH AKHIR MASA NO GAME PUSINGAN PERLAWANAN KEPUTUSAN 12.00 PM 61 SEPARUH AKHIR - 1 GAME NO 57 - GAME NO 59 12.20 PM 62 SEPARUH AKHIR -2 GAME NO 58 - GAME NO 60 MASA NO GAME PUSINGAN PERLAWANAN KEPUTUSAN 1.00 PM 63 PERLAWANAN 3/4 2.30 PM 64 PERLAWANAN AKHIR 2.30 PM PENYAMPAIAN HADIAH


MASA PERKARA TERLIBAT 7.30 AM KEHADIRAN /PENDAFTARAN SEMUA 8.00 AM PERLAWANAN PERTAMA 32 PASUKAN 2.00PM PERASMIAN OLEH YB WONG SHU QI GELANGGANG A DIPERKENALKAN KEPADA SEMUA PASUKAN LAGU BANGSA JOHOR LAGU NEGARA KU UCAPAN PERASMIAN GIMIK PERASMIAN SEMUA PASUKAN TENTATIF PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 SABTU , 28 OKTOBER 2023 ( GELANGGANG A & B ) AHAD , 29 OKTOBER 2023 ( GELANGGANG A ) MASA PERKARA TERLIBAT 7.30 AM KEHADIRAN SEMUA 8.00 AM PUSINGAN 16 TERBAIK BERMULA 16 PASUKAN 2.00 PM KEHADIRAN TETAMU VVIP DIPERKENALKAN KEPADA PASUKAN BERTANDING LAGU BANGSA JOHOR LAGU NEGARA KU UCAPAN YB WONG SHU QI SEMUA 2.30 PM PERLAWANAN AKHIR 2 PASUKAN 3.00 PM PENYAMPAIAN PLAK PENGADIL PENYAMPAIAN HADIAH TEMPAT KE EMPAT PENYAMPAIAN HADIAH TEMPAT KE TIGA PENYAMPAIAN HADIAH TEMPAT KE DUA PENYAMPAIAN HADIAH TEMPAT PERTAMA PENYAMPAIAN PLAK VVIP CABUTAN BERTUAH JAMUAN HI-TEA BERSURAI PENYELARAS KEJOHANAN PEGAWAI KBS ADO KLUANG YB ADUN MAHKOTA YB MP KLUANG PENGERUSI PEKASIH VVIP VVIP SEMUA


BIL PERKARA UNIT JUMLAH (RM) 1 YURAN PENDAFTARAN 150 X 32 4800.00 BAJET PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 DUIT MASUK DUIT KELUAR ) BIL PERKARA UNIT JUMLAH (RM) 1 HADIAH WANG TUNAI JOHAN 1000 X 1 1000.00 2 HADIAH WANG TUNAI NAIB JOHAN 700 X 1 700.00 3 HADIAH WANG TUNAI TEMPAT KE TIGA 400 X 1 400.00 4 HADIAH WANG TUNAI TEMPAT KE EMPAT 300 X 1 300.00 5 PIALA PUSINGAN 300 X 1 300.00 6 MEDAL 10 X 48 480.00 7 PLAK PENGADIL 50 X 8 400.00 8 PLAK VVIP 100 X 4 400.00 9 BAYARAN PENGADIL 200 X 8 1600.00 10 BAYARAN PENYELARAS 300 X 1 300.00


BAJET PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA TAHUN 2023 DUIT KELUAR ) BIL PERKARA UNIT JUMLAH (RM) 11 SEWA GELANGGANG 300 X 2 600.00 12 BELIAN PERALATAN 200 X 2 400.00 13 MAKAN/MINUM URUS SETIA 20 X 10 200.00 14 MAKAN/MINUM VVIP 150 X 2 300.00 15 AIR MINERAL 500ML 10 X 10 100.00 16 TSHIRT VVIP 10 X 50 500.00 17 TSHIRT PENGADIL 8 X 30 240.00 18 BAD DROP 300 X 1 300.00 19 BANNER 100 X 2 200.00 20 BANTING 35 X 10 350.00 JUMLAH KESELURUHAN ( RM ) 8670.00


Click to View FlipBook Version