SMK SLIM
Sabtu • 28 Mei 2022 • 9:30 pagi • Dewan Alamanda
Dirasmikan Oleh :
YB Tuan Mohd Zaidi bin Aziz
ADUN SLIM
9.30 pagi - Pendaftaran Guru dan Ibu Bapa
10.00 pagi
- Ketibaan YB dan Tetamu Jemputan
11.30 pagi - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolahku Sejahtera
- Persembahan Murid
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Pengetua
- Ucapan YB Tuan Mohd Zaidi bin Aziz
- Gimik Perasmian
- Cabutan Bertuah
- Penyampaian Cenderahati
- Mesyuarat PIBG bermula
- Ucapan YDP PIBG
- Laporan Pengetua
- Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke- 34 Tahun 2021
- Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2021
- Cabutan Bertuah
- Membahaskan Usul-Usul
- Hal – Hal Lain
- Pembubaran dan Pemilihan AJK PIBG Tahun 2022/2023
- Cabutan Bertuah
- Bersurai
Penasihat : Pn. Razitah binti Haji Nurawi
Yang Dipertua : Tuan Haji Mohd Suhaimi bin Md Said
Timbalan Yang Dipertua : En. Khairulazani bin Khairuddin
Setiausaha : Pn. Noraliza binti Ramly
Bendahari : Pn. Noorhasheela binti Zainal Abidin
AJK Ibu Bapa : Pn. Zuraidah binti Ibrahim
: En. Gunasegaran A/L Amwais
AJK Guru : Pn. Rozila binti Yatim Mustapa
: En. Bah Lan
Pemeriksa Kira – Kira : Pn. Maziana binti Abdullah
: Pn. Shah Haiza bt Md Khir
: En. Mohd Adib bin Ibrahim
: Pn. Zurida binti Hamid
: En. Shukri bin Hussain
: Pn. Sivagami A/P S. Subramaniam
: Pn. Aniza binti Saad ( Luaran)
: Pn. Rozana binti Ahmad ( Dalaman )
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SLIM
35800 SLIM RIVER, PERAK
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34 TAHUN 2021
TARIKH : 25 SEPTEMBER 2021
HARI : SABTU
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : GOOGLE MEET (https://meet.google.com/gck-knea-uca)
KEHADIRAN : 85 ORANG
PERASMI : DATO’ DR. MAH HANG SOON
(TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN I)
PERINCIAN AGENDA MESYUARAT
1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan mengalu-alukan kehadiran Yang
Berhormat Senator Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan I,
Pengetua SMK Slim, Yang Dipertua PIBG, Penolong Kanan Pentadbiran,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), barisan Ahli Jawatan Kuasa
PIBG, guru-guru dan semua ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG kali ke-34 secara atas talian.
1.2 Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Encik Abdullah Azizi b Abu
Bakar
2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA (YDP) PIBG
2.1 Mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mah Hang Soon dan
mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ kerana dapat
bersama-sama dalam Mesyuarat PIBG kali yang ke-34 pada tahun ini secara
dalam talian.
2.2 Mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ kerana dilantik semula
sebagai Timbalan Menteri Pendidikan I dan ini menunjukkan kepercayaan pihak
kerajaan kepadanya.
2.3 Mengalu-alukan kehadiran pentadbir, AJK PIBG, guru-guru dan juga semua ibu
bapa dan menyatakan bahawa mesyuarat kali ini sudah dirancang dengan lama
dan akhirnya berjaya mengadakan mesyuarat PIBG kali ini setelah dirancang
sebanyak 3 kali.
2.4 Mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ kerana telah
berusaha dan berjaya mewujudkan semula PPD Muallim yang mana
memberi kemudahan kepada semua terutamanya para guru dan ibu bapa.
Hal ini kerana, kebanyakan penduduk Muallim tidak mempunyai kemudahan
pengangkutan untuk ke PPD Batang Padang di Tapah sekiranya mempunyai
urusan.
2.5 Memaklumakan bahawa projek pembinaan dewan terbuka di SMK Slim yang
bernilai RM350,000 telah diluluskan dan proses pembinaannya akan bermula
pada penghujung tahun 2021.
2.6 Memaklumkan mengenai Yang Berhormat Dato’ Dr. Mah banyak memberi
.sumbangan kepada penduduk sekitar yang terkesan dengan wabak Covid-19
2.7 Memohon maaf kepada ibu bapa memandangkan terdapat kekangan
terutamanya jaringan internet semasa mengadakan mesyuarat secara atas
talian ini.
2.8 Memaklumkan bahawa sokongan ibu bapa sangat penting kepada pihak sekolah
dalam proses pembelajaran anak-anak di rumah. Pihak sekolah sentiasa
berusaha dan memberikan semangat kepada para pelajar dalam mengikuti
PDPR. Guru-guru sentiasa memberikan komitmen yang padu terutamanya
untuk mengesan murid-murid yang tidak dapat mengikuti PDPR.
2.9 Berharap dengan pembukaan sekolah nanti dapat memberikan impak yang baik
kepada para pelajar untuk terus belajar memandangkan kebanyakan murid
tidak dapat mengikuti PDPR secara menyeluruh. Beliau juga berharap ibu bapa
sentiasa memberi sokongan yang padu kepada pihak sekolah dan pihak
kementerian dalam proses pembukaan sekolah yang akan berlangsung tidak
lama lagi.
2.10 Menyatakan harapannya dan harapan pihak sekolah kepada Yang Berhormat
Senator Dato’ Dr. Mah untuk bersama-sama membantu mempertimbangkan
mengenai beberapa keperluan yang telah dipohon sebelum ini iaitu; pelebaran
jalan di hadapan sekolah, melibatkan Jalan Taman Seroja. Hal ini kerana jalan
ini akan sibuk terutamanya pada waktu puncak iaitu pada waktu pagi dan juga
waktu pelajar pulang dari sekolah. YDP bersama dengan Tuan Pengetua telah
berjumpa dengan YDP Daerah Tanjung Malim mengenai permohonan tersebut
dan berharap Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mah menyokong usaha ini dan
mengambil tindakan untuk mempercepatkan proses pelebaran jalan tersebut.
2.11 Memaklumkan pihak sekolah telah pun menghantar kertas kerja Projek
Mengecat Bangunan Sekolah kepada Pihak PPD Batang Padang dan kertas kerja
tersebut juga akan dihantar ke PPD Muallim. YDP juga berharap Yang
Berhormat Dato’ Dr. Mah menyokong sepenuhnya usaha ini dan memberikan
maklum balas mengenai kertas kerja tersebut memandangkan SMK Slim
mempunyai banyak bangunan lama dan uzur. Keceriaan sekolah menjadi daya
tarikan kepada para pelajar untuk terus hadir ke sekolah.
2.12 Berharap Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mah menyokong dan meluluskan
usul tersebut dengan membawa perkara ini kepada pihak yang berwajib.
2.13 Mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ kerana sudi
meluangkan masa untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-34 ini.
3.0 UCAPAN PENGETUA SMK SLIM (SMKS)
3.1 Mengucapkan selamat pagi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’
Senator Dr. Mah Hang Soon kerana sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG SMK Slim yang ke-34 secara atas talian. Beliau juga mengucapkan
tahniah kepada YB Dato’ kerana telah dilantik semula sebagai Timbalan Menteri
Pendidikan I seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
3.2 Memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana diberikan kesihatan yang
baik dan terima kasih kepada semua warga SMK Slim, AJK PIBG dan ibu bapa
kerana bersama-sama dapat hadir untuk menyertai mesyuarat secara dalam
talian.
3.3 Memaklumkan bahawa SMK Slim merupakan sebuah sekolah luar bandar yang
dibina apada 1 Januari 1984 di atas tapak yang berkeluasan 22 ekar di daerah
Muallim. Sekolah ini mempunyai 7 buah blok bilik darjah termasuk 5 buah
Makmal Sains, 2 Bengkel RBT, 1 bilik SRT, 1 makmal ICT, sebuah blok Pendidikan
Khas, dan 6 buah gelanggang permainan, 2 blok asrama, 1 buah dewan makan
dan juga sebuah surau untuk kemudahan semua warganya.
3.4 Memaklumkan bahawa jumlah murid di SMK Slim seramai 599 orang murid
yang mana 377 orang murid adalah daripada kaum Melayu, 25 orang murid
daripada kaum Cina, 70 orang murid daripada kaum India, 152 orang murid
daripada kaum Orang Asli dan juga 15 orang murid terdiri daripada lain-lain
kaum.
3.5 Memaklumkan juga, murid-murid Pendidikan Khas adalah seramai 29 orang.
3.6 Memaklumkan mengenai murid Orang Asli di SMK Slim berasal dari
Perkampungan Pos Tenau, Pos Bersih, Sungai Bil, Ulu Slim, Kuala Bil,
Perkampungan Orang Asli Changkat Ramu dan lain-lain.
3.7 Manakala seramai 486 orang murid iaitu bersamaan 81.14% adalah dari
golongan B40 yang mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
3.8 88% pelajar dari Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 telah menerima suntikan vaksin
dos pertama di Kolej Vokasional Slim River (KVSR). Baki sebanyak 12% lagi tidak
menerima suntikan vaksin disebabkan faktor dikuarantin, faktor kesihatan,
tinggal di kawasan pedalaman dan mengalami masalah kesukaran untuk
mendapatkan pengangkutan untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
3.9 Menambah lagi bahawa SMK Slim mempunyai 74 orang kakitangan yang terdiri
daripada 62 orang guru dan 11 orang staf sokongan.
3.10 Memaklumkan bagi pencapaian akademik pada tahun 2020, bagi peperiksaan
SPM, peratus lulus adalah 94.95% berbanding dengan tahun 2019 iaitu peratus
lulus adalah 94.44%. Pihak sekolah mensasarkan peratus lulus untuk SPM pada
tahun 2021 iaitu 95.74% dan GPS sekolah adalah 4.81.
3.11 Memberitahu bahawa pencapaian aktiviti kokurikulum juga adalah baik
walaupun pihak sekolah dan juga para pelajar berhadapan dengan pelbagai
cabaran dalam melaksanakan PDPR.
3.12 Membentangkan rencana mengenai pelbagai jenis Program Kecemerlangan
SPM bagi tahun 2021 bermula bulan Julai sehingga pelajar menduduki
peperiksaan SPM 2021, iaitu pada bulan Mac 2022.
3.13 Memaklumkan bagi aktiviti kokurikulum, terdapat banyak penyertaan pelajar
dalam acara dan pertandingan yang dijalankan secara dalam talian yang
melibatkan penyertaan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pihak
sekolah berharap ibu bapa supaya sentiasa mendorong anak-anak untuk
menyertai setiap pertandingan dan aktiviti yang telah dirancang dan dijalankan.
3.14 Memaklumkan bahawa, pihak sekolah telah menerima peruntukan daripada
JPN iaitu program penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan murid-murid
berkeperluan khas. Pihak sekolah telah menerima peruntukan
penyelenggaraan asrama daripada JPN iaitu memasang ‘tiles’ di 3 buah dorm
di asrama.
3.15 Berharap Yang Berhormat Senator Dato’ memberi sedikit perhatian mengenai
permohonan yang telah disenaraikan demi mendapat peruntukan yang
sewajarnya.
4.0 UCAPAN PERASMI : YANG BERHORMAT SENATOR DATO’ DR. MAH HANG SOON
Yang Berhormat Senator Dato’ Dr.
4.1 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah khususnya pihak PIBG
SMK Slim kerana telah menjemput beliau untuk bersama-sama dalam majlis ini.
4.2 Menyatakan bahawa mesyuarat PIBG adalah tempat di mana pihak sekolah dan
ibu bapa boleh berbincang pelbagai masalah dan mengemukakan pandangan
masing-masing demi kebaikan pihak sekolah serta kesejahteraan dan kebaikan
anak-anak murid untuk menyusun semula segala perancangan untuk tahun
yang akan datang.
4.3 Mengucapkan terima kasih dan tahniah juga kepada ibu bapa yang telah
bertungkus lumus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pihak
PIBG dan khususnya kepada pihak sekolah yang membolehkan segala
pencapaian yang dinyatakan oleh Tuan Pengetua tadi menjadi kenyataan.
4.4 Turut menyatakan bahawa sebelum ini beliau telah datang sendiri ke sekolah
ketika berlaku ribut yang telah menyebabkan pokok tumbang di kawasan tepi
padang sekolah. Ini adalah peluang yang beliau ada untuk melihat sendiri
keadaan di SMK Slim.
4.5 Menyatakan SMK Slim yang telah berusia 35 tahun jika dibandingkan dengan
seorang manusia, ia adalah seorang yang telah dewasa dan telah matang serta
penuh bertenaga. Tetapi bagi sebuah sekolah, ada bangunan yang telah uzur
seperti yang telah dinyatakan oleh Tuan Pengetua dan YDP sebentar tadi, sudah
tentu ada keperluan untuk menaik taraf dan sebagainya.
4.6 Menyatakan walaupun dengan jumlah murid yang tidak terlalu besar
berbanding sekolah lain, namun melihat kepada sekolah ini contohnya PPKI dan
murid asrama, sekolah ini adalah sangat penting kerana ia adalah satu tempat
di mana kita memberikan pelajaran kepada masyarakat setempat.
4.7 Mengucapkan terima kasih kepada YDP yang menyebutkan tentang pewujudan
PPD Muallim yang telah menjadi kenyataan. Mungkin ramai yang tidak
menyangka bahawa ianya dapat dibuka kembali dalam masa yang singkat.
Walaubagaimanapun, buat masa ini, ianya masih menghadapi beberapa isu
seperti waran, tempat dan sebagainya. Yang Berhormat Dato’ turut
memaklumkan bahawa beliau telah mempengerusikan mesyuarat bersama
dengan pihak pentadbir tanah di daerah ini untuk mencari satu tempat untuk
dijadikan tapak PPD dengan sebuah bangunan PPD.
4.8 Menyatakan bahawa kewujudan PPD Muallim ini bukan sahaja akan
memudahkan urusan pihak sekolah bahkan juga kepada ibu bapa dan murid-
murid kita.
4.9 Selain itu, beliau memaklumkan projek pembinaan dewan terbuka sekolah ini
juga telah diluluskan dan kerja pembinaan akan dimulakan pada hujung tahun
ini.
4.10 Seterusnya, kebanyakan tumpuan sekarang adalah kepada keadaan Covid-19.
Apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan khususnya dalam menumpukan
perhatian kepada pengoperasian semula sekolah. Ia melihat kepada semua
aspek dan ia telah diselaraskan dengan jangka masa pembukaan sekolah.
4.11 Memaklumkan bahawa beliau telah dipertanggungjawabkan oleh Yang
Berhormat Menteri Kanan Pendidikan untuk menjaga PICK (Program Imunisasi
Covid-19 Kebangsaan) bagi remaja, khususnya kepada murid. Beliau
melahirkan rasa gembira kerana 88% murid telah menerima vaksin dan
berharap supaya tidak ada murid yang tertinggal dalam program ini.
4.12 Turut memaklumkan bahawa beliau terlibat secara langsung dalam program
CIDF remaja. Mesyuarat selalunya diadakan pada hari Selasa dan jika ada
sebarang pandangan boleh diajukan kepadanya untuk memperbaiki kaedah
pemberian vaksin dan sebagainya.
4.13 Menyatakan bahawa tujuan mesyuarat pada hari ini adalah sebagai satu
wahana untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah.
Selain itu, ia juga turut membincangkan tentang pengoperasian sekolah yang
akan dibuka tidak lama lagi. Beliau yakin, dengan kepimpinan pengetua yang
begitu berwibawa serta sokongan daripada pihak PIBG, guru-guru yang
berdedikasi, ianya dapat mewujudkan hubungan yang baik dalam komuniti.
4.14 Mengharapkan kerjasama dan penggemblengan tenaga dari semua pihak
untuk menjayakan segala perancangan khususnya berkaitan PDPR dan
pengoperasian buka sekolah secara penggiliran mengikut minggu adalah
sangat diperlukan. Sistem penggiliran adalah yang terbaik dan telah
dibincangkan di peringkat tertinggi. Sistem ini dibuat berpandukan kaedah
yang dilakukan di Negara Perancis.
4.15 Memaklumkan bahawa penggal persekolahan telah dilanjutkan sehingga ke
bulan Feb 2022. Ini adalah untuk memastikan anak-anak murid yang tertinggal
mempunyai masa yang cukup untuk mereka catch up dengan diberikan tutorial
atau tuisyen. Jika ada murid yang tercicir, impaknya akan terlihat mungkin
dalam tempoh 10 tahun lagi dan ia akan menjadi tanggungjawab yang berat
kepada masyarakat kita.
4.16 Turut memaklumkan tentang Dasar Digital Pendidikan Negara kita. Beliau
percaya ibu bapa turut bersetuju bahawa bidang digital ini sangat penting dan
penguasaan dalam bidang ini akan membolehkan anak-anak mereka bersaing
di peringkat dunia. Oleh itu, proses kerja dan perancangannya harus dimulai
sekarang. Apabila perkara ini diumumkan nanti, anak-anak akan menerima
banyak kelebihan dari perancangan ini seperti capaian internet, National
Fiberisation Program dan sebagainya. Namun, ia bukanlah sesuatu yang dapat
dicapai dalam masa yang singkat. Mesyuarat dalam talian ini sememangnya
mempunyai banyak halangan dan perkara ini turut dihadapi oleh pelajar kita.
Maka, sebab inilah ianya perlu bersama-sama berusaha ke arah pendigitalan
pendidikan ini.
4.17 Merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.
Harapannya agar mesyuarat PIBG kali ini berjalan lancar dan teratur. Semoga
ibu bapa dan kepimpinan PIBG dapat berganding bahu, bangun sederap dalam
usaha untuk meningkatkan pencapaian sekolah dalam akademik, kokurikulum
dan sahsiah anak-anak sewaktu pandemik covid-19 ini dan juga sepanjang
masa. Kejayaan anak-anak adalah simbol kerjasama, permuafakatan dan
interaksi yang dijalinkan antara ibu bapa dan pihak sekolah.
4.18 Telah mengakhiri ucapan dengan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
SMK Slim kali ke-34.
5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE-33 TAHUN 2020
5.1 Minit mesyuarat telah dibentangkan oleh Setiausaha PIBG, iaitu
Puan Noraliza bt Ramly.
Cadangan untuk diterima : Encik Rosdy bin Arshad
Cadangan disokong oleh : Puan Maziana binti Abdullah
6.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TAHUN 2020
6.1 Penyata Kewangan dibentangkan oleh Bendahari PIBG, iaitu
Puan Noorhasheela bt Zainal Abidin.
Cadangan untuk diterima : Encik Zulkapli bin Mohd Junid
Cadangan disokong oleh : Encik Rosdy bin Arshad
7.0 MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL
7.1 USUL 1: TUAN HAJI SUHAIMI BIN MOHD SAID
Mencadangkan agar bayaran sumbangan PIBG seperti berikut:
RM 10 seorang murid bagi sumbangan PIBG
RM 10 seorang murid bagi sumbangan program kecemerlangan
Maklum balas 1: Encik Arulmany bertanyakan tentang cara untuk
menyalurkan sumbangan tersebut. Adakah secara tunai atau dimasukkan ke dalam
akaun PIBG?
Maklum balas 2: YDP memberi respon bahawa salah satu cara pembayaran
sumbangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam akuan Persatuan Ibu Bapa Guru,
no akaun 200041100018644 – Agro Bank.
Maklum balas 3: Puan Kamariah (PK KOKO) memaklumkan bahawa selepas
transfer sumbangan tersebut, mohon kepada ibu bapa untuk screenshort resit
bayaran berserta nama murid dan hantar kepada guru kelas masing-
masing melalui aplikasi atas talian.
Cadangan usul untuk diterima : Puan Rozila binti Yatim Mustafa
Cadangan usul disokong oleh : Sebulat suara
7.2 USUL 2: TUAN HAJI SUHAIMI BIN MOHD SAID
YDP PIBG En Suhaimi mencadangkan agar mengekalkan AJK yang sedia ada pada
masa ini sehingga mesyuarat PIBG yang akan diadakan pada tahun hadapan.
Cadangan usul untuk diterima : Encik Zulkapli bin Mohd Junid
Cadangan usul disokong oleh : Sebulat suara
7.3 USUL 3: TUAN HAJI MOHD AZALI BIN MAAROF (PK 1)
Beliau mencadangkan satu keluarga menyumbangkan satu rim kertas A4
kepada pihak sekolah. Ianya akan dimasukkan dalam senarai harga barang
koperasi sekolah. Ibu bapa boleh menyumbang dalam bentuk wang ringgit
(mengikut harga di koperasi) atau memberikan 1 rim terus kepada pihak
sekolah.
Cadangan usul untuk diterima : Puan Rozita binti Adnan
Cadangan usul disokong oleh : Sebulat suara
7.4 USUL 4: PUAN KAMARIAH BINTI IBRAHIM (PK KOKO)
Puan Kamariah mengusulkan cadangan supaya majalah sekolah diterbitkan dalam bentuk
digital bagi mengurangkan kos akibat covid-19. Setiausaha majalah telah membuat kertas
kerja bagi melaksanakan hal ini.
Tiada bantahan diterima oleh usul ini.
Cadangan usul untuk diterima : Puan Rozita binti Adnan
Cadangan usul disokong oleh : Puan Norsawariah binti Mustapa
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Encik Zulkapli bertanyakan tentang persediaan pihak sekolah tentang
pembukaan sekolah yang mungkin akan berlaku dalam masa terdekat.
Pengetua memberi maklum balas bahawa persediaan telah dilaksanakan secara
berperingkat iaitu bermula dengan bilik darjah, bilik-bilik khas, surau dan asrama.
8.2 Puan Shah Haiza bertanyakan tentang pengoperasian kantin semasa sesi
persekolahan kelak.
Puan Hajah Nor Aini memberi respon bahawa ianya masih mengekalkan SOP seperti
sebelum ini. Murid-murid digalakkan untuk membawa bekal dari rumah. Namun begitu,
kantin masih dibuka seperti biasa dan semua makanan akan siap dibungkus.
8.3 Encik Arulmany bertanyakan mengenai SOP murid selepas keluar dari sekolah
semasa sesi persekolahan nanti.
Tuan Pengetua memberi respon bahawa pada 4 Oktober ini, hanya murid PPKI yang akan
bersekolah dahulu. Mereka ini akan dihantar dengan diiringi oleh pembantu murid ke
kenderaan ibu bapa. Mereka juga akan diletakkan di pondok motosikal yang mempunyai
jarak dan SOP covid-19. Manakala, bagi negeri yang berada di fasa 3, hanya 50% murid
Tingkatan 5 yang akan hadir secara bergilir-gilir.
9.0 UCAPAN PENUTUP DAN PENANGGUHAN MESYUARAT
9.1 YDP mewakili semua AJK mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
mesyuarat yang hadir serta komitmen yang padu yang telah diberikan dan
memohon maaf jika ada kesalahan dan kelemahan semasa memikul amanah ini.
9.2 Beliau menyatakan bahawa semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat
ini adalah perancangan untuk kebaikan murid dan sekolah.
9.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari.
Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :
………………………………… ……………………………………… ………………………………
( PN. NORALIZA BT RAMLI ) ( TN. HJ. MOHD SUHAIMI B. MD SAID ) ( PN. RAZITAH HJ NURAWI )
Setiausaha PIBG SMK SLIM YDP PIBG SMK SLIM Pengetua SMK SLIM
USUL-USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
SMK SLIM KALI KE-35 TAHUN 2022
BIL USUL-USUL PEMBERI CADANGAN USUL
Pihak PIBG mencadangkan supaya pihak sekolah AJK PIBG
memohon untuk khidmat nasihat dan rawatan
AJK PIBG
1
kebersihan air dikawasan sekolah daripada Lembaga Air AJK PIBG
Perak (LAP).
Pihak PIBG mencadangkan kepada pihak sekolah AJK PIBG
menambahbaik prasarana sekolah untuk menaik taraf Puan Hajah Nor Aini bt Kamarudin
2 PK HEM, SMK Slim
jalan bertar di belakang bangunan blok A dengan Nor Azimah bt Samsuni
menghubungi JKR dan pihak-pihak yang berkenaan.
Semua AJK PIBG dalam mesyuarat JK PIBG bil 2 bertarikh Ibu Aiman Zaki (4B)
19 Mei 2022 (Khamis) telah mencadangkan bayaran
sumbangan PIBG tahun 2022 seperti berikut:
i. Setiap keluarga tidak mengira bilangan anak yang
bersekolah di SMK Slim memberi sumbangan PIBG
3
sebanyak RM80 untuk sumbangan PIBG.
ii. Sumbangan Tabung Kecemerlangan Tingkatan 1
hingga Tingkatan 4 sebanyak RM10 setiap murid.
Manakala, Tingkatan 5 sebanyak RM20 seorang.
iii. Sumbangan ICT sebanyak RM10 setiap murid.
Semua AJK PIBG dalam mesyuarat JK PIBG bil 2 bertarikh
19 Mei 2022 (Khamis) juga telah bersetuju supaya
4
pemilihan AJK baru untuk sesi 2022/2023 akan diadakan
pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Tahun 2022.
Unit HEM SMK Slim memohon sumbangan daripada
5 tabung PIBG sekolah sebanyak RM50 untuk setiap kelas
bagi aktiviti keceriaan.
i. Memohon untuk membaiki barang elektrik iaitu
lampu dan kipas yang rosak di kantin.
6 ii. Menyediakan tandas di surau
iii. Menambah mesin air di kawasan sekolah.
LAPORAN JARIAHTON
PENERIMAAN RM PERBELANJAAN RM
10481 BANNER 23
GURU, PIBG DAN 520
KAKITANGAN KAD JARIAHTON 52
MURID 4515.2 STIKER 100
SUMBANGAN LUAR 6036.85
HIBAH 665 PERBELANJAAN AM
61.51 BAIKI JUBIN, STOR PSV & PASANG 450
43
AIRCOND
JAMUAN MAKAN 873
JAMUAN VVIP 8097.85
HADIAH JARIAHTON & WANG 15722.71
TUNAI
BAKI H/B
15722.71
PENYATA KEWANGAN PIBG SMK SLIM
BERMULA 20 SEPT 2021 HINGGA 21 MEI 2022
TARIKH PENERIMAAN JUMLAH ( RM) TARIKH PEMBAYARAN JUMLAH ( RM)
-7676.43 100
20-Sep 2021 Baki b/b 6202.11 20- Okt 2021 Mata gergaji pokok
245.60
15 Dis 2021 Pulangan simpanan 3000 19-Mar 2022 Jamuan pibg 160
4000
tetap 140 20 Mac 2022 Pendaftaran Tingkatan 1 310
920
8-Feb 2022 Sumbangan Pusat Khidmat 510 31- Mac 2022 Tuisyen Hj Sarani ( Pinjaman ) 550
600 11.10
Masyarakat DUN Slim 470 18-Apr 2022 Program Keceriaan Bengkel
670 101
20-Feb 2022 Sumbangan PPKI RBT
( - 641.42 )
Sumbangan Tingkatan 1 18- Mei 2022 Kejohanan Merentas Desa 2022
Sumbangan Tingkatan 2 20 Mei 2022 Fotastat Minit Mesyuarat AJK
Sumbangan Tingkatan 3 PIBG
Sumbangan Tingkatan 4 20 Mei 2022 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG
Sumbangan Tingkatan 5
21 Mei 2022 Baki h/b
4835.68 4835.68
TABUNG KECEMERLANGAN TINGKATAN 1
TARIKH PENERIMAAN JUMLAH (RM) TARIKH PEMBAYARAN JUMLAH (RM)
20-Sep 2021 Baki b/b 500
3665.20 20-Oct 2021 Kecemerlangan PAT 500
20-Feb 2022 Sumbangan
22-Apr 2022 Sambutan Hari Raya 3085.20
920 21 Mei 2022 Baki h/b
4585.20 4585.20
TABUNG KECEMERLANGAN TINGKATAN 2
TARIKH PENERIMAAN JUMLAH (RM) TARIKH PEMBAYARAN JUMLAH (RM)
20-Sep 2021 Baki b/b 5322 20-Oct 2021 Kecemerlangan PAT 500
22-Apr 2022 Sambutan Hari Raya 500
20-Feb 2022 Sumbangan 510
21 Mei 2022 Baki h/b 4832
5832 5832
TABUNG KECEMERLANGAN TINGKATAN 3
TARIKH PENERIMAAN JUMLAH (RM) TARIKH PEMBAYARAN JUMLAH (RM)
20-Sep 2021 Baki b/b 5800 20 Oct 2021 Kecemerlangan akhir tahun 500
20 Feb 2022 600 22Apr 2022 Sambutan Hari Raya 500
Sumbangan 21 Mei 2022 Baki h/b 5400
6400 6400
TABUNG KECEMERLANGAN TINGKATAN 4 JUMLAH (RM)
500
TARIKH PENERIMAAN JUMLAH (RM) TARIKH PEMBAYARAN
20-Sep 2021 Baki b/b 1393.60 20 Oct 2021 Kecemerlangan akhir tahun 1363.60
20 Feb 2022 470 1863.60
Sumbangan 21 Mei 2022 Baki h/b
1863.6
TABUNG KECEMERLANGAN TINGKATAN 5
TARIKH PENERIMAAN JUMLAH (RM) TARIKH PEMBAYARAN JUMLAH (RM)
20-Sep 2021 Baki b/b 3.50 20 Okt 2021 Kecemerlangan akhir tahun 500
20-Feb 2022 610
Sumbangan 21 Mei 2022 Baki h/b 113.50
613.50
613.50
JUMLAH (RM)
TARIKH PENERIMAAN TABUNG ICT 8727
20-Sep 2020 Baki b/b
JUMLAH (RM) TARIKH PEMBAYARAN
8727 17 Mac 2021 Baki h/b
8727 8727
Disediakan oleh : Disemak oleh :
………………………………. …………………………………..
( PN. NOORHASHEELA BT ZAINAL ABIDIN) ( PN. ANIZA BT SAAD)
Bendahari PIBG SMK SLIM Juru Audit Luaran PIBG SMK SLIM
Disemak oleh : Disahkan oleh :
……………………………. ………………………………….
( PN. ROZANA BT AHMAD) ( TN. HJ. MOHD SUHAIMI B. MD SAID)
Juru Audit Dalaman PIBG SMK SLIM YDP PIBG SMK SLIM
PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG
SMK SLIM TAHUN 2022/2023
❖ Seorang Yang Dipertua
❖ Seorang Naib Yang Dipertua
❖ Seorang Setiausaha
❖ Seorang Bendahari
❖ Sepuluh orang Ahli Jawatankuasa - 6 orang wakil ibu bapa
- 4 orang wakil guru
❖ Dua orang Pemeriksa Kira – kira - Dalaman
- Luaran
Keputusan Lantikan Ahli Jawatankuasa PIBG
Yang Dipertua : _________________________________________
Naib Yang Dipertua : _________________________________________
Setiausaha : _________________________________________
Bendahari : _________________________________________
AJK Ibu Bapa : _________________________________________
: _________________________________________
: _________________________________________
: _________________________________________
: _________________________________________
: _________________________________________
AJK Guru : _________________________________________
: _________________________________________
: _________________________________________
: _________________________________________
Pemeriksa Kira – kira : _________________________________________
: _________________________________________
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE - 35
Pengerusi : Pn. Razitah binti Haji Nurawi
Naib Pengerusi
: Tn. Hj. Mohd Azali bin Maarof
Pn. Hjh. Noor Aini binti Kamarudin
Pn. Kamariah binti Ibrahim
Tn. Hj. Mohd Zambri bin Sidik
JAWATAN NAMA PELAKSANA TUGASAN
Setiausaha Pn. Noraliza bt Ramly • Penyelaras Mesyuarat Agung
• Menghantar notis mesyuarat
Bendahari Pn. Norhasheela bt Zainal Abidin • Menghantar surat jemputan
Bacaan Doa
AJK Sambutan En. Abd Lah Azizi b Abu Bakar kepada perasmi mesyuarat
AJK Protokol Pn. Sharizan bt Shafie • Menyediakan Laporan Tahunan
Pn. Sharifah bt Ahmad Kewangan PIBG
Pn. Rosmah bt Nasir
En. Roslan b Saad • Menyediakan teks dan memimpin
bacaan doa
En. Hasri b Hashim
• Menyambut perasmi mesyuarat
AJK Pn. Yusli Ermiyanti bt Ahmad • Menyambut tetamu jemputan
Sambutan/Bunga Pn. Noor Shahida bt Nor Azmi
Manggar Pelajar-pelajar • Menyelaras pelaksanaan majlis
• Menjaga etiket dan protocol
AJK Gimik Pn. Norpadilah bt Hasan
Perasmian semasa majlis
• Menghubungi PA YB jika
mempunyai urusan semasa majlis
• Menyediakan dan menyambut
tetamu VIP dengan bunga
manggar
• Menyediakan gong untuk acara
perasmian.
AJK Buku Laporan Pn. Nursyakirah bt Shariff • Menyediakan buku Laporan
Mesyuarat Agung Pn. Siti Mariam bt Abd Rashid Mesyuarat Agung kali ke 35
dan Buku Pelawat Pn. Siti Rohaya bt Hawary
Cik Marzian bt Khalid • Menyediakan sebanyak 100 buah
buku laporan.
AJK Persiapan En. Muhammad Syauqee b Shukor
Dewan En. Karthygesu a/l Govindasamy • Menyediakan 12 set untuk tetamu
Pn. Azimah bt Ramli jemputan (ikat dengan reben)
Pn. Nazura bt Che Nasir
Pn. Norita bt Termizi • Menyediakan buku pelawat.
• Membuat nombor cabutan bertuah
AJK Persiapan Tn. Hj. Zainol Ariffin b Mustafa Alfandi
Pentas Pn. Mazita bt Yahya pada buku laporan.
Pn. Zanariah bt Zulkifli • Menyusun kerusi untuk ibu bapa dan
Pn. Azizah bt Amirullah
tetamu jemputan.
AJK Mengemas Cik Nurhasanah bt Mahmud • Menyediakan set kerusi untuk tetamu
Dewan Pn. Efniyulianti bt Syafri
Pn. Khairunisak bt Jamaludin VIP
AJK Pencatat Minit Pn. Kasmiati bt Julaini • Menyediakan meja dan kerusi untuk
Mesyuarat Pn. Nor Kamilah Hani bt Jamaludin
Pn. Siti Hasmat bt Mohd Salleh AJK PIBG mesyuarat selepas majlis
AJK Pendaftaran Pn. Rabiah bt Othman ucapan perasmian.
Pn. Rokiah bt Nayan • Menyediakan rostrum
Pn. Fazida Hanan bt Muhammad Fadzil • Menyediakan backdrop
• Menyediakan hiasan pentas
AJK Goodies Bag Pn. Shakirah bt Hamid (mengikut kreativiti)
Pn. Nor Haida bt Sarmin
AJK Cenderahati Pn. Zurida bt Hamid • Mengemas dan mengatur kembali
Perasmi & Hamper Pelajar dewan seperti keadaan asal.
Cabutan Bertuah Pn. Wan Nurul Huda bt Wan Ab Kadir
Pn. Rozita bt Adnan • Mencatat ucapan perasmi mesyuarat
Pn. Noor Fariza bt Abdul Rahman • Mencatat Minit Mesyuarat Agung kali
Pn. Rozana bt Ahmad
Pn. Nor Hasni bt Mansor ke 35
AJK Persembahan Pn. Wan Zaiton bt Wan Hamzah • Menyediakan meja pendaftaran
• Menguruskan pendaftaran ibu bapa dan
Penyedia Teks Pn. Norehan bt Abu Ahmad
Ucapan Pn. Normah bt Muda tetamu
Pn. Norlyzan bt Ismail
Pn. Arba’ayah bt Adenan • Menguruskan 100 ‘goodies bag’
• Menyedia, membungkus dan
mengagihkan ‘goodies bag’ kepada
ibu bapa dan tetamu
• Menyediakan cenderahati perasmi
• Mengurus 30 nombor cabutan dan
hamper cabutan bertuah.
• Menyediakan seorang pelajar untuk
persembahan bacaan al-quran.
• Menyediakan teks ucapan Tuan
Pengetua
• Menyediakan teks ucapan YDP
• Menyediakan teks ucapan perasmi
• Menyediakan solutasi majlis
AJK Jamuan Pn. Ainor Salikin bt Jamaludin • Menentukan menu
Tetamu Jemputan Pn. Siti Diana bt Daud • Menyediakan tempat jamuan
VIP dan ibu bapa Pn. Marina bt Ismail
Pn. Nur Hidayah bt Abdul Aziz (Welcome drink – Bilik Pengetua &
Pn. Hasmirah bt Abdul Rahman Makanan & minuman selepas
perasmian VIP di Bilik SRT)
AJK Siaraya dan En. Anizat b Tarlan • Memastikan makanan dan minuman
disediakan mencukupi
Alatan Multimedia En. Shukri b Hussain • Menyediakan segala keperluan
berkaitan jamuan
AJK Serata/ Kain Pn. Norfadzilah bt Jarkasi • Mengemaskan dan membersihkan
Rentang En. Subramaniam a/l Marimuthu tempat jamuan VIP
En. Mohamad Yusof b Mohamad Nor
• Mengawal selia dan menguruskan
Jurufoto En. Nik Ahmad Naqiuddin bin Nik Azman siaraya/ alatan multimedia yang
berkenaan
Pengacara Majlis Pn. Norhamizah bt Kasmin
• Bersedia dengan peralatan siaraya
AJK Tempat Letak En. Ravi a/l Ponnusamy sokongan sekiranya berlaku
kerosakan
Kereta En. Nazri b Aziz
• Menyediakan muzik pukulan
kompang untuk sambutan VIP masuk
ke dewan
• Menyediakan 2 set kain rentang
(pintu pagar dan dataran kejat)
• Memasang dan menyimpan semula
kain rentang tersebut
• Mengambil gambar semasa
Mesyuarat Agung berlangsung
• Mengacara majlis perasmian
• Menentukan tempat meletak
kereta tetamu VIP
• Menentukan tempat meletak
kenderaan ibu bapa
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
………………………….. ……………………………
( PN. NORALIZA BT RAMLI ) ( PN. RAZITAH HJ NURAWI )
Setiausaha PIBG SMK SLIM Pengetua SMK SLIM
Autograf
Penghargaan
Yang Berhormat Tuan Mohd Zaidi bin Aziz
Pengetua SMK SLIM
YDP & NYDP PIBG
AJK Sesi 2019-2021
Ibu bapa / Penjaga
Penderma Perseorangan
Syarikat – syarikat Swasta
AJK Pelaksana
Penyumbang Hadiah Cabutan Bertuah
Semua Guru, Staff Sokongan dan Murid
Yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35
SMK SLIM
Terima Kasih