Peribahasa
PEPATAH
TAHUN 9
Objektif Pembelajaran
Di akhir pembelajaran,
di harap pelajar akan
dapat :
menyatakan maksud pepatah
dengan betul dan tepat
berdasarkan ayat situasi.
Langkah-langkah Kejayaan:
Menyatakan pepatah berdasarkan
gambar ilustrasi,
Menyatakan maksud peribahasa
berdasarkan ayat situasi.
1.Bangkai gajah takkan boleh ditutup dengan nyiru
Maksud:
Sesuatu kesalahan yang sudah
diketahui umum tidak akan dapat
disembunyikan.
2.Berani kerana benar, takut kerana salah
Maksud:
Tetap dengan pendirian yang benar
dan berani bersuara kerananya.
3. Berani malu, takut mati
Maksud:
Orang yang berani membuat
sesuatu pekerjaan larangan
setelah dibuatnya baru menyesal.
4. Berapa panjang lunjur, begitu panjang selimut
Maksud:
Hidup mestilah mengikut
kemampuan atau keupayaan dan
janganlah berlebihan.
5. Burung terbang dipipiskan lada
Maksud:
Merancang sesuatu yang belum
pasti diperolehi.
6. Enggang sama enggang, pipit sama pipit
Maksud:
Orang yang kaya dan berada tidak
akan bergaul dengan orang yang
papa(miskin); sama status.
7. Hendak bertanduk kepala dipahat
Maksud:
Sanggup bersusah payah hanya
kerana mendapat sesuatu yang
belum pasti.
8. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Maksud:
Selama masih hidup,
mestilah menurut aturan-aturan
yang berlaku, sudah mati
terserahlah kepada hukuman
Tuhan.
9. Kerja bertangguh tak menjadi,
kerja beransur tak bertahan
Maksud:
Tiada hasil yang didapati
daripada sikap malas dan sambil
lewa dalam pekerjaan.
10. Mencincang berlandasan, melompat bertumpuan
Maksud:
Berfikir panjang sebelum
bertindak atau melakukan
sesuatu.
11. Menghubung nak panjang, menyebar nak lebar.
Maksud:
Perkahwinan yang akan
menambahkan keluarga di
kedua belah pihak.
12. Hutang darah dibayar darah,
hutang nyawa, nyawa padahnya.
Maksud:
Rasa dendam kesumat yang
tidak pernah padam.
13. Orang memberi kita merasa,
orang berbudi kita berbahasa
Maksud:
Tahu menghargai budi
dan jasa orang lain; budi
dibalas dengan budi.
14. Punggur rebah belatuk menumpang mati
Maksud:
Apabila tempat berlindung jatuh miskin,
orang-orang yang berlindung atau anak
buahnya pun akan mendapat bencana
juga; apabila tempat bergantung jatuh
anak buah ikut menderita.
Sumber Rujukan:
1 2 3
Skim Mata Pelajaran Bahasa Buku Peribahasa Negara Buku Teks Bahasa Melayu
Melayu Tahun 9, SPN 21 (SBC Brunei Darussalam NBD
BM) Menengah Tiga.