The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 (SISA DOMESTIK)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Alif Hakimi Bin Mohd Zul Hairi, 2021-12-17 22:55:32

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 (1)

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 (SISA DOMESTIK)

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

TINGKATAN 1

NAMA : MUHAMMAD ALIF HAKIMI BIN MOHD ZUL HAIRI

KELAS : 1 IMTIAZ

SEKOLAH : SMK TUNKU ABDUL MALIK
NAMA GURU : ALWI BIN KADIR

SMK TUNKU ABDUL MALIK

ALOR MERAH, 05250 ALOR
SETAR, KEDAH DARUL AMAN

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK DI
TAMAN AMAN, ANAK BUKIT, ALOR

SETAR, KEDAH DARUL AMAN

ISI KANDUNGAN PERKARA

HALAMAN PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
1....... OBJEKTIF KAJIAN
2....... KAWASAN KAJIAN
3....... PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN
4....... KAEDAH KAJIAN
5....... RUMUSAN
6....... RUJUKAN
7....... LAMPIRAN
8.......
9.......
10.....

1.PENGHARGAAN

Alhamdulilah dan syukur dipanjatkan kepada Illahi dengan izin dan limpah
kurnianya dapat saya menyiapkan kerja kursus Geografi bagi memenuhi kriteria
saya sebagai seorang pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2021 dalam masa yang telah
ditetapkan.

Saya, Muhammad Alif Hakimi Bin Mohd Zul Hairi ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Geografi saya, Cikgu Alwi Bin Kadir di atas tunjuk ajar tanpa putus asa
kepada saya untuk menyiapkan kajian ini. Saya juga mengucapkan

terima kasih kepada kedua dua ibu bapa saya kerana telah
memberikan dorongan dan galakan demi memastikan kajian
dijalankan dengan sempurna.

Seterusnya, Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya yang telah
banyak membeerikan informasi dan maklumat yang sewajarnya kepada saya bagi
menyempurnakan kerja kursus di waktu PDPR ini. Walaupun sekarang kita
mendepani dengan pandemik covid-19

2.PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan
sisa domestik dan kesan pembuangan sisa domestik yang dihadapi
oleh penduduk di kawasan taman tersebut, Selain itu, saya juga
bercadang agar pengurusan sisa domestik secara terancang di
taman tersebut. Antara sebab pemilihan kawasan ini berhampiran
dengan rumah saya, jadi memudahkan saya menjalankan kajian.

3.OBJEKTIF KAJIAN

Saya melakukan berkaitan di sekitar Taman Aman, Bertujuan untuk:

1.Menyatakan konsep, jenis dan jenis dan contoh sisa domestik yang
terdapat di Taman Aman

2.Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik yng terdapat di Taman
Aman

3.Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa secara
bijaksana di kawasan sasaran

4.KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya terletak di Taman Aman, Anak Bukit, Alor Setar,
Kedah.Taman Aman merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di dalam
daerah Alor Setar iaitu berdekatan dengan kawasan kajian saya.

Kawasan ini terletak kira-kira 3km daripada Taman Aman dan
mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sana jika menaiki kereta

Bentuk muka bumi yang terdapat di Taman Aman ialah, tanah tanah
beralun dan saliran. Terdapat banyak insfrastruktur yang dibangunkan di
tanah pamah seperti tempat beristiadat, sekolah, petempatan, pasaraya dan
sebagainya.

5.PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN DAN
TAFSIRAN

Peta lakar Taman

6.KAEDAH KAJIAN

A. Pemerhatian :

Saya telah menjalankan pemerhatian di sekitar Taman
Aman untuk mengenal pasti jenis-jenis sisa domestik di
kawasan ini.

B. Rujukan :

Saya telah mendapatkan maklumat tentang konsep sisa domestik dengan
merujuk kepada Buku Teks Geografi dan bahan rujukan lain. Selain itu,
saya juga melayari Internet untuk mencari maklumat tentang kesan-
kesan pembuangan sisa domestik dan cadangan pengurusan sisa domestik
yang terancang

7.HASIL KAJIAN

1) Konsep Sisa Domestik

Menurut Wikipedia, Sisa domestik ialah bahan-bahan buangan yang dibuang dari
kawasan perumahan seperti sisa makanan, botol plastik, kertas dan bahan
logam terpakai. Sisa buangan toksin pula seperti minyak masak atau enjin,
lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas organik. Sisa domestik terdiri
daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Ianya dapat dikelaskan kepada bahan
organik dan bahan bukan organik.Kebanyakannya sisa domestik berpunca
daripada aktiviti harian manusia dan selebihnya daripada tindak balas semula
jadi alam sekitar.

Jenis-jenis Sisa Domestik di Taman Aman

Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan Taman Aman, saya
mendapati terdapat dua jenis sisa domestik di kawasan ini iaitu terdiri daripada
bahan organik seperti, sisa makanan, dan kertas serta bahan bukan organik
seperti, tin, plastik, besi buruk, dan kaca.

Sisa domestik di Taman Aman terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa
pepejal ialah seperti sisa makanan, plastik, kertas, logam, perabot dan lampin pakai
buang. Manakala sisa cecair seperti minyak masak dan kumbahan.

2) Kesan-Kesan Pembuanagan Sisa Domestik di Taman Aman

a) Pencemaran Bau

Melalui kajian yang saya lakukan, didapati penduduk
menghadapi masalah pencemaran bau di persekitaran
Taman Aman. Longgokan sampah sarap yang lama terbiar
dan tidak dikutip mengeluarkan bau busuk dan
membuatkan persekitaran kawasan persekitaran Taman
Aman kotor. penduduk ter paksa menghidu bau busuk dari
kawasan pembuangan sampah terutamanya selepas hujan.

b) Wabak Penyakit

Berdasarkan kajian saya juga, penduduk turut menghadapi masalah
seperti wabak penyakit di persekitaran Taman Aman. Sisa
Pembuanagan sampah secara lansung dapat menjadi tempat
penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti
tikus, lipas, dan lalat. Sebagai contoh penyakit taun, demam denggi,
malaria, zika dan rotavirus.

c) Banjir Kilat

Selain itu juga,penduduk menghadapi masalah seperti
berlakunya banjir kilat yang seringkali berlaku di Taman
Aman, Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang
membuang samaph ke dalam longkang, parit dan sungai akan
menyebabkan aliran air tersekat. Apabila hujan lebat, jumlah
air meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan banjir
kilat berlaku.

3) Langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa secara bijaksana di
kawasan sasaran.

ii Amalan 3R

melalui kaji selidik, penduduk mencadangkan agar Taman Aman
mengamalkan 3R (Recycle, Reuse, Reduce). Amalan ini dapat
mengurangkan jumlah sampah yang dbuang serta dapat menjimatkan
wang penduduk. Contohnya penduduk Taman aman boleh mengadakan
pertandingan pengubahsuaian barang-barang terpakai pada hari keluarga
tahunan.

a) Gotong-royong

Daripada respon penduduk juga, ada yang mencadangkan agar diadakan
gotong royong. Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan,
badan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang
perseorangan. Kempen-kumpen dijalankan secara menyeluruh melalui
pelbagai media sosial. Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pelbagai
kempen seperti Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Kempen 3R dan Kempen
Cintai Sungai Kita.

b) Penguatkuasaan Undang-undang

Antara lain juga, penduduk mencadangkan diperketatkan Penguatkuasaan
Undang-undang berkaitan sisa domestik lebih teratur. Pihak berkuasa tempatan
(PBT) telah menguatkuasaan undang-undang berkaitan sisa domestik dengan
mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat bertujuan untuk memberikan
kesedaran kepada masyarakat.

Akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam 2007 (Akta 627) dan akta
pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (Akta 673) dibuat untuk
menguruskan sisa domestik dengan baik dan sistematik

8. RUMUSAN

Setelah tugasan kerja lapangan ini selesai disiapkan.saya telah menemui
beberapa dapatan yang berkaitan dengan jenis-jenis sisa domestik di
membantu saya memahami lebih mendalam tentang kesan-kesan
pembuangan sisa domestik disekitar kawasan kajian. Selain itu, saya telah
mencadangkan beberapa cadangan untuk menguruskan sisa domestik
dengan lebih terancang dalam kerja lapangan saya. Dengan itu, saya berharap
kesan-kesan negatif sisa domestik dapat dikurangkan dan Taman Aman akan
menjadi semakin bersih dan ceria pada masa akan datang.

9.RUJUKAN

Laman Sesawang :
Pencemaran Alam Sekitar :
https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar
Kepentingan Pengasingan sisa-Sisa pepejal :
www.myhealth.gov.my/kepentingan...sisa-sisa-pepejal...
Pentingnya Penjagaan alam Sekitar :
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-alam-sekitar.html

10.LAMPIRAN

{Semoga
Penerangan
Dari Saya Ini
Bermanfaat}


Click to View FlipBook Version