The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DATO' BENTARA LUAR MUHAMMAD SALLEH BIN PERANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurimanamanina09, 2021-04-18 23:40:56

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

DATO' BENTARA LUAR MUHAMMAD SALLEH BIN PERANG

DATO’ BENTARA LUAR
MUHAMMAD SALLEH BIN PERANG
(ARKITEK PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR)

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Maklumat Peserta i
2 Pendahuluan 1
3 Biodata Tokoh Pemimpin 2
4 Pendidikan Tokoh 3
5 Kerjaya Tokoh 4
6 Sumbangan Tokoh 5
7 Nilai Kepimpinan 6
8 Darjah Kebesaran 7
9 Penutup/ Kesimpulan 8
10 Sumber Rujukan 9
11 Lampiran 10-11

Nama: Nur Iman Amanina binti Mohamad Khairul Hafiz
Kelas: 6 Bunga Raya

Email: [email protected]
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Kayu Ara Pasong

JKR 1632, Kayu Ara Pasong
82010 Pontian, Johor

i

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmatNya saya berjaya
menyiapkan Buku Skrap Digital Anyflipp yang bertajuk Tokoh Pemimpin Johor
iaitu Dato Bentara Luar Muhammad Salleh Bin Perang . Ucapan ribuan terima
kasih kepada semua yang membimbing saya dalam menyiapkan Buku Skrap Digital
ini khasnya kepada guru pembimbing saya Cikgu Siti Khadijah binti Mohamad Nor
yang banyak mengajar serta membimbing saya sehingga terhasillah Buku Skrap
Digital ini. Semoga segala maklumat serta info berkaitan dengan tokoh pemimpin
ini dapat dikongsi serta dapat dihayati oleh semua golongan dan dapat membentuk

jati diri yang teguh seperti tokoh pemimpin ini.

1

➢ Nama Sebenar: Muhammad Salleh Bin Perang lebih dikenali dengan panggilan Dato’ Luar
➢ Tempat Lahir: Di Teluk Belanga, Singapura pada tahun 1841
➢ Keluarganya rapat dengan Dato’ Temenggung Seri Maharaja Daeng Ibrahim Ibnu

Almarhum Temenggung Abdul Rahman
➢ Semasa zaman persekolahan, beliau merupakan antara murid yang pintar dan sering

menerima hadiah daripada sekolah

2

❑ Beliau mendapat Pendidikan di sekolah agama ,sekolah melayu dan
melanjutkan pelajaran ke sekolah inggeris (Reverand Keasberry) semasa
berumur 12 tahun dan di ketegorikan antara golongan elit Johor Moden

❑ Selain bertanggungjawab dalam memajukan negeri Johor, beliau juga
dikenali sebagai tokoh budaya kerana jasa bakti beliau dalam menubuhkan
sekolah melayu, pengembang muzik ghazal dan boleh berkomunikasi serta
menyantuni budaya orang cina. Beliau telah berkhidmat dalam kerajaan
selama 56 tahun bermula tahun 1856 sehingga bersara pada tahun 1912 dan
meninggal dunia pada 21 Julai 1915 di Johor Baharu

3

Sepanjang perkhidmatan , beliau telah memegang beberapa jawatan, antaranya
❑ Guru disekolah Buki Zeon, Singapura
❑ Pada tahun 1856, kerana kepada Encik Long Menteri (Abdullah Bin Tok Muhammad Tahir),

Pegawai kepada Dato’ Temenggong Daeng Ibrahim
❑ Kerani kepada Sultan Abu Bakar
❑ Pengurus hal surat mesyuarat, mahkmah, polis, menjaga pemajak surat sungai.
❑ Pesuruhjaya Polis (Ketua Polis Negeri Johor pertama) yang bermula pada tahun 1868 dan

bertanggungjawab mengawasi keamanan serta kestabilan dalam negeri
❑ Penguasa ladang gambir dan lada hitam negeri Johor yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan

geran kebun, juru ukur, menetapkan sempadan ladang dan menyelesaikan hal berkaitan perhutanan.
❑ Menteri pengiring kepada Maharaja Abu Bakar di dalam lawatan rasmi ke negeri Cina dan Jepun

pada tahun 1883
❑ Mengetuai jabatan tanah negeri Johor di dalam majlis sempena penukaran gelaran maharaja kepada

Sultan Abu Bakar pada tahun 1886.
❑ Mengetuai jabatan ukur dan hal ehwal gambir dan lada hitam pada tahun 1887
❑ Membuka Batu Pahat pada 10 November 1893 setelah mendapat titah daripada Sultan Abu Bakar

dengan nama Bandar Penggaram pada tahun 1894
❑ Pesuruhjaya Kerajaan NMgeri untuk daerah Muar dan Kesang.
❑ Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dimana beliau merupakan pengawai paling kanan dalam kepimpinan

negeri selepas menteri besar dan timbalannya.
❑ Ahli kanan badan kehakiman dan Mahkamah Rayuan negeri Johor

4

Beliau banyak berjasa pada kerajaan Johor , antaranya
❑ Mencipta rantai ukur yang dapat mengukur sempadan dengan tepat
❑ Orang melayu pertama membuat peta lengkap negeri Johor bertulisan jawi. Ketepatan

ukuran kepada peta tersebut telah diiktiraf oleh jabatan ukur pakar di London .
❑ Terlibat di dalam isu Kesang- Muar sejak tahun 1855 sehingga membawa kepada

penyerahan Kesang kepada Sultan Abu Bakar pada tahun 1877
❑ Menjadi panglima perang di dalam menyelesaikan kemelut perang saudara Jementah

dengan penangkapan Tengku Nong dan panglima Sincu pada tahun 1879
❑ Bertanggungjawab mengasas dan merancang pembangunan bandar baharu di kuala

suangai Muar yang kemudian di isyhtiharkan sebagai bandar Maharani, Muar oleh
Maharaja Abu Bakar pada tahun 1884.
❑ Bertanggungjawab menubuhkan sekolah melayu di Batu Pahat pada tahun 1906. atas
jasanya, terdapat tiga buah sekolah melayu di daerah ini iaitu Penggaram, Bagan dan
Lubuk.
❑ Berperanan menggalakkan penduduk tempatan di daerah Batu Pahat membina parit-
parit bagi tujuan kemudahan penanaman kelapa, pinang dan padi. Beliau turut bersetuju
menamakan parit- parit tersebut mengikut nama individu atau kumpulan yang
membuatnya.

5

❑Yakin pada diri sendiri dan menyedari kekuatan diri dalam memajukan negeri
Johor

❑Sentiasa berfikiran positif dan mengamalkan nilai- nilai seorang pemimpin yang
berdaya saing

❑Kesetiaan kepada Raja dan sentiasa ikhlas dan bersedia dalam menjalankan
tugas sebagai seorang pemimpin pada setiap masa

❑Memperlihatkan hasil kerja yang terbaik dan sentiasa berusaha memajukan diri
sehingga bangsa lain menyajungi kepimpinannya

❑Berusaha dengan sedaya upaya dan berdikari
❑Pemimpin yang berilmu dan suka mempelajari Bahasa asing

6

Atas jasa dan sumbangan yang sangat besar, beliau di anugerahkan
❑ Pingat Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) pada tahun 1886.
❑ Di anugerahkan darjah kerabat (D.K) yang pertama oleh Sultan

Ibrahim pada 9 Oktober 1903.

7

Dato’ Bentara Luar Muhammad Salleh Bin Perang merupakan ikon pemimpin dalam
merancang pembangunan negeri Johor dan bertanggungjawab membangunkan tanah- tanah
pertanian khususnya gambir dan lada hitam di Johor.
dengan terhasilnya buku skrap ini telah meluaskan lagi pemikiran saya serta idea- idea
yang boleh saya gunakan dalam memberi sesuatu kelainan dalam pembelajaran dan dapat
meningkatkan lagi tahap kepafaham saya serta minat dalam matapelajaran sejarah .
Akhir sekali , dapatlah saya merumuskan bahawa banyak sumbangan dan khidmat bakti
yang telah di curahkan dalam membangunkan negeri Johor. Oleh itu, kita sebagai generasi
masak kini dan pewaris yang akan datang haruslah sentiasa menghargai dan mengingati
pengorbanan dan jasa yang telah diberikan oleh para pemimpin dengan semangat
patriotism dan cinta akan negara dalam diri kita

8

❑ Kesultanan Islam Johor,Bahagian Pendidikan Islam ,Jabatan
Agama Islam Negeri Johor

❑ https://www.youtube.com/watch?v=VjIPOEHVCtE
❑ http://puteralapismahang.blogspot.com/2015/02/077-tokoh-johor-

datuk-bentara-luar.html

9

Peta negeri Johor dalam tulisan jawi yang mendapat
pengikhtirafan jabatan ukur pakar di London

Rantai ukur ciptaan Dato’ Bentara Luar yang 10
dapat mengukur tanah sempadan dengan tepat

Mengabadikan jasa serta sumbangan Dato’
Bentara Luar dengan menamakan masjid dan

sekolah di Batu Pahat dengan nama Dato’
Bentara Luar

11

Waktu pagi menuai padi,
Duduk berehat menghilang penat,

Hidup biar menabur budi,
Pasti di ingat sepanjang hayat.

Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version
Previous Book
InfoLibAlert Siri 3 2019
Next Book
Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin Johor