The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaidirja, 2022-06-27 05:16:30

KAJIAN TINDAKAN -ZAINIZAWATI

KAJIAN TINDAKAN -ZAINIZAWATI

KAEDAH LIHAT, LATIH DAN SEBUT ATASI MASALAH PELAT MURID
PRASEKOLAH.

ZAINIZAWATI BINTI ABDULLAH
SK.KAMPUNG NASIB
[email protected]

ABSTRAK
Dalam proses pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak sering melakukan kesalahan bunyi
atau lebih dikenali sebagai pelat semasa bertutur. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi
masalah pelat dalam kalangan kanak-kanak. Untuk tujuan ini seorang murid prasekolah yang
berusia enam tahun telah diperhatikan percakapannya melalui aktiviti seperti bermain dan
bercakap bersama rakan. Dalam kajian ini terdapat tiga kaedah telah digunakan iaitu kaedah
pemerhatian, kaedah lafaz dan kaedah rakaman. Dalam kaedah pemerhatian, aktiviti murid
ketika bermain bersama rakan dan ketika sesi pembelajaran telah diperhatikan. Melalui kaedah
pemerhatian , kesalahan dalam penyebutan yang diujarkan oleh murid tersebut dapat dikesan.
Data menunjukkan murid ini melakukan penggantian dan pengguguran konsonan atau huruf
ke atas sebutannya. Hasil pemerhatian menunjukkan murid ini paling sukar menghasilkan
bunyi /r/, /k/ dan /s/. Selain itu, bunyi konsonan seperti /m/ dan /n/ pula digugurkan kerana
sukar bagi murid ini untuk menghasilkan bunyi tersebut. Kaedah lafaz pula digunakan untuk
tujuan mengumpul data. Data terarah merupakan data yang dirancang berdasarkan hasil kajian
yang diperlukan. Murid ditunjukkan dengan beberapa keping gambar. Seterusnya ia
dikehendaki memberitahu gambar tersebut. Kaedah rakaman pula dijalankan semasa kaedah
lafaz dijalankan. Data yang dirakam boleh dimainkan semula berulang kali semasa kerja
mentraskripsi. Kaedah transkripsi digunakan bagi membentuk data daripada bentuk lisan
kepada bentuk tulisan agar mudah untuk memahami bunyi sebutan serta mengenal pasti
masalah yang terdapat dalam penyebutan murid pelat tersebut. Kesimpulannya kanak-kanak
dalam lingkungan usia ini berpotensi melakukan beberapa kesalahan bunyi ketika bercakap.

Kata kunci: kesalahan bunyi, pelat, penggantian konsonan, pengguguran konsonan

1.1 PENGENALAN
Peringkat bayi dan kanak-kanak adalah peringkat paling kritikal untuk mempelajari bahasa.
Gangguan dalam peringkat ini memberi kesan yang amat besar terhadap perkembangan bahasa
dan pertuturan mereka. Bermula sejak lahir hingga tahun pertama adalah masa kritikal. Bahasa
dan pertuturan kanak-kanak berkembang seiring kematangan dan tumbesaran otak mereka.
Kanak-kanak juga banyak melihat dan mendengar apa di sekeliling mereka. Antara masalah
pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak ialah pelat. Ramai ibu bapa yang tertanya-tanya
sama ada anak mereka pelat atau tidak. Pelat merupakan ‘kesalahan sebutan’ yang terjadi pada
peringkat umur tertentu. Ia melibatkan masalah penghasilan bunyi (artikulasi) dan juga pola
bunyi (fonologi). Kanak-kanak sepatutnya mahir menyebut bunyi tertentu apabila mencecah
umur yang tertentu.

Ketidakupayaan kanak-kanak menggunakan bahasa lisan (khususnya Bahasa Melayu)
membawa impak besar dalam proses mendapatkan pendidikan, sebagai contoh, jika mereka
bermasalah dalam penghasilan pertuturan, mereka sukar untuk menyampaikan maklumat yang
ingin disampaikan. Begitu juga jika mereka mengalami masalah dalam penerimaan bahasa,
mereka akan menghadapi masalah dalam memahami maklumat yang disampaikan oleh orang
lain.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Dalam kajian ini, latar belakang sekolah dan latar belakang kajian dikemukakan bagi memberi
penjelasan berhubung kedua-dua aspek berkenaan.

1.2.1 LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sk. Kampung Nasib terletak di Enggor, dalam daerah Kuala Kangsar. Sekolah ini mula dibina
sekitar tahun 1996 dalam kawasan seluar 13 hektar. Sekolah ini siap dibina pada penghujung
tahun 2000. Prasekolah di SK Kampung Nasib bermula pada tahun 2003 dan pada tahun 2008
sebuah lagi kelas prasekolah dibuka di sekolah ini. Ini bermakna terdapat dua kelas prasekolah
di SK. Kampung Nasib iaitu Prasekolah Delima dan Prasekolah Zamrud.

1.2.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan terhadap seorang murid lelaki dari kelas prasekolah Delima SK
Kampung Nasib yang berumur 6 tahun. Kelas ini terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 7
orang murid perempuan. Berdasarkan pemerhatian awal dalam tempoh tiga bulan pertama sesi
persekolahan, murid ini didapati mempunyai masalah pelat ketika bertutur bersama rakan dan
juga ketika proses pembelajaran dijalankan.

1.3 MASALAH KAJIAN
Berdasarkan hasil pemerhatian, didapati murid ini mempunyai masalah kesalahan bunyi bahasa
iaitu ia agak sukar untuk mengungkapkan sesuatu huruf, perkataan dan ayat dengan jelas.
Kesukaran untuk menyebut menyebabkan murid ini cenderung untuk menggantikan bunyi
tersebut dengan bunyi yang lebih mudah dihasilkan. Keadaan ini menyebabkan murid tersebut
selesa dengan pertuturan yang diungkapkannya.
Oleh itu, satu kajian perlu dilaksanakan untuk menangani masalah kesalahan bunyi bahasa atau
pelat ini agar murid tersebut selesa ketika berinteraksi dengan rakan dan guru serta tidak
mengganggu proses pembelajarannya.

1.4 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk menghilangkan masalah pelat murid tersebut di samping dapat
meningkatkan keyakinan murid ini berkomunikasi serta memudahkan urusan pengajaran dan
pembelajaran antara guru dan murid.

1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

i. Menghilangkan masalah pelat dalam kalangan murid prasekolah.
ii. Menilai keberkesanan intervensi latihan melalui Kaedah Lihat, Latih dan Sebut.

1.6 PERSOALAN KAJIAN

i) Apakah faktor yang menyebabkan masalah pelat yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah.

ii) Sejauh manakah intervensi melatih murid dengan menggunakan Kaedah Lihat, Latih dan
Sebut dapat menghilangkan masalah pelat dalam kalangan murid prasekolah.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah kesalahan bunyi bahasa atau pelat di
kalangan murid prasekolah. Masalah ini harus diselesaikan kerana ini mengganggu proses
pembelajaran kanak-kanak tersebut dari segi komunikasi ketika bersama rakan dan guru,
malahan murid ini akan masuk ke Tahun 1 tidak lama lagi. Di samping itu, kajian ini juga
diharapkan dapat membantu memudahkan guru untuk memahami pertuturan murid ketika sesi
pembelajaran.

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Pelat merangkumi kesalahan dalam sebutan yang kerap terjadi kepada kanak-kanak dalam
peringkat umur tertentu. Masalah penyebutan kanak-kanak pelat seharusnya diberi perhatian
kerana perkara ini bukan sahaja menyukarkan proses komunikasi bahkan ia boleh
menyebabkan kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan kanak-kanak lain dan berasa malu
untuk berkomunikasi. Menurut Noor Hasnoor Mohd Nor (2002), pada peringkat pemerolehan
fonologi, kanak-kanak mengalami beberapa kesukaran ketika menyebut perkataan. Namun
begitu, perkara ini adalah sesuatu yang normal kerana mereka masih lagi dalam proses melatih
organ ujaran. Kesukaran ini beransur hilang apabila kanak-kanak mula membesar dan mula
berinteraksi serta mendapatkan pendidikan formal. Sekiranya kesukaran sebutan tidak dapat
dilenyapkan pada peringkat usia yang lebih dewasa, maka individu itu dianggap ‘pelat’
berbahasa. Dr. Sean Pert (2016) , dalam penulisannya menyebut bahawa masalah penghasilan
bunyi adalah masalah yang menjejaskan keupayaan kanak-kanak untuk menghasilkan bunyi
yang boleh difahami oleh orang lain. Julie A. Adaymut (2009), menyatakan kanak-kanak boleh
melakukan kesalahan dalam bunyi bahasa ketika bertutur, contohnya adalah penggantian,
pengguguran, herotan dan penambahan.

Masalah pelat telah menimbulkan kesan iaitu kanak-kanak kurang yakin untuk bercakap
apabila ditanya oleh guru. Kanak-kanak ini hanya akan bercakap apabila bersama-sama dengan
rakan-rakan yang lain. Kerana masalah ini, ia telah menjejaskan sikap kanak-kanak itu sendiri.
Justeru, guru perlu mengubah cara mengajar dan murid belajar , Kuder (2003).

3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pendekatan kualitatif.

3.2 Sasaran Kajian
Sasaran kajian adalah seorang murid lelaki yang berumur 6 tahun dari kelas Prasekolah Delima.

3.3 Teknik Pensampelan
Teknik Pensampelan Bertujuan (Purposive Sampling) telah digunakan. Penyelidik memilih
subjek yang berada dalam suatu kumpulan yang spesifik kerana mempunyai input yang
berkaitan dengan isu yang dikaji.

3.4 Pengumpulan Data
Teknik pengumpulan data adalah seperti berikut:

i) Refleksi Awal
- Pemerhatian
- Pengumpulan data awal bagi mengenal pasti dan mengesahkan isu.

ii) Refleksi Sebelum (Ujian Pra)
iii) Refleksi Semasa (Ujian Pos)

Kaedah Lafaz
Kaedah Rakaman
 Kaedah lafaz melalui bahan bergambar dijalankan secara berulang kali.

3.5 Teknik Analisis Data

Data dianalisis secara naratif dan penceritaan.

- Interaksi / Temubual

3.6 Intervensi dan Aktiviti (Melaksanakan Tindakan)

3.6.1 Aktiviti Pertama (Minggu Pertama) : Refleksi Awal

Hasil dari pemerhatian awal ketika bermulanya sesi persekolahan saya telah dapati murid ini
mempunyai masalah pelat. Masalah ini dapat dikesan ketika ia bermain dan bercakap bersama
rakan-rakannya di dalam kelas. Daripada pemerhatian saya, terdapat beberapa kesalahan dalam
penyebutan yang diujarkan oleh murid tersebut. Pada mulanya saya menyangkakan pelatnya
tidak keterlaluan. Namun demikian, ketika mendengar dengan lebih teliti murid ini mempunyai
banyak kesalahan bunyi bahasa yang dituturkan. Terdapat di kalangan rakannya yang sukar
untuk memahami pertuturannya. Mereka sering meminta murid ini untuk mengulang semula
apa yang dituturkan. Disebabkan ini saya terpanggil untuk membuat kajian menggunakan
Keadah Lihat, Latih dan Sebut ini bagi membantu masalah pelat murid tersebut.

3.6.2 Aktiviti kedua (Minggu Kedua) : Refleksi Sebelum

Refleksi sebelum bagi mengesahkan dan mengenalpasti isu sebenar telah dilakukan. Saya
dapati murid ini telah melakukan beberapa pengguguran dan penggantian konsonan dalam
pertuturannya. Masalah ini telah dapat dikesan melalui aktiviti-aktiviti komunikasi yang
dijalankan antara murid ini dengan guru ketika aktiviti menyebut dan mengenal huruf dalam
tunjang Bahasa Melayu. Saya meminta murid ini menyebut huruf sambil mengenal dan
mengecam huruf tersebut. Murid ini didapati melakukan salah sebutan huruf atau bunyi.
Contohnya bunyi k ditukar kepada t seperti perkataan kakak menjadi tatak . Jadual di bawah
merupakan kesalahan bunyi huruf yang telah dilakukan. Berikut merupakan jadual yang
menunjukkan beberapa huruf dan perkataan yang mengalami proses penggantian apabila
murid ini bertutur.

Jadual 1 Ujian Pra Bagi Sebutan Huruf

Huruf [c] [r] [s] [d] [k] [q] [w] [z]
Kesalahan [t] [y], [ʃ] [t] [t] [t] [b] [j]
Sebutan
[w] dan
dan [l] [ʧ]

Jadual 2 Ujian Pra bagi Sebutan Perkataan

Perkataan Kesalahan Sebutan
tiga tida
puluh puyuh
tute
kucing tatak
kakak tetam
ketam bata
baca boya
bola
rumah yumah
zirafah jiyafah

3.6.3 Aktiviti Ketiga (Minggu ketiga) : Pelancaran Projek Kaedah Lihat, Latih dan Sebut

Saya telah berhubung dengan ibu murid ini dan berbincang tentang masalah pelat anaknya.
Saya telah merancang dan membuat keputusan untuk menggunakan kaedah latihan
menggunakan bahan bergambar yang menarik iaitu Kaedah Lihat, Latih dan Sebut untuk
merangsang dan seterusnya menarik minat murid ini supaya dapat bertutur dengan lebih lancar.
Selain daripada itu teknik pengulangan juga adalah sangat penting. Teknik ini boleh dilakukan
dengan cara mengulang perkataan yang disasarkan banyak kali.

Bagi mencapai objektif kajian ini, saya telah merancang beberapa aktiviti atau latihan
bimbingan untuk murid ini. Sebelum membuat latihan bimbingan terdapat beberapa perkara
yang perlu dipastikan. Antaranya ialah :

a) Murid mendengar bunyi yang betul - telinga
b) Murid memproses bunyi yang didengar – otak
c) Murid bersedia untuk menyebut bunyi yang betul
Setelah dikenalpasti bahawa murid tidak mengalami masalah seperti pendengaran dan masalah
memproses bunyi, saya telah memulakan latihan bimbingan terhadap murid ini. Saya
memulakan latihan dengan:

1. Latihan mendengar perbezaan bunyi
2. Latihan sebutan bagi bunyi yang salah (pelat)

3.6.4 Aktiviti keempat (Minggu Keempat) : Refleksi Semasa
Intervensi Kaedah Lihat, Latih dan Sebut.

i. Murid diuji dengan membaca kad huruf bagi mengenalpasti kesalahan bunyi huruf.
ii. Guru meminta murid menyebut nama-nama objek yang terdapat dalam gambar.
iii. Murid melakukan aktiviti pengulangan menyebut huruf dan perkataan yang

disasarkan.
iv. Guru meminta murid menceritakan tentang gambar daripada bahan rangsangan bagi

melihat keupayaan murid menyebut ayat yang lebih panjang.
v. Guru melihat kemahiran murid berkomunikasi di kalangan ahli keluarga dan rakan-

rakan. (di luar waktu latihan)

Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang dijalankan, saya dapati murid ini tidak dapat menyebut perkataan
dengan jelas dan betul. Didapati murid ini sukar untuk mengasilkan bunyi /g/, /l/, /c/, /r/ dan
/k/. Murid ini lebih suka bercakap dengan rakan daripada dengan guru. Dia juga sangat pemalu
dan tidak yakin apabila diminta membaca perkataan di papan putih.

Masalah sebutan ini harus dicegah kerana ia memberi kesan yang negatif terhadap
murid. Setelah memasuki alam persekolahan, murid ini akan ketinggalan dalam pelajaran jika
masalah ini tidak dicegah . Bahasa dan pertuturan adalah sesuatu yang penting. Ia digunakan
setiap masa dan bergantung kepada individu tersebut. Kebanyakan murid yang mengalami

masalah sebutan sukar mengikuti pembelajaran dan mereka memerlukan perhatian dan
tumpuan khusus oleh guru. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang bersesuaian
dengan kebolehan murid ini. Aktiviti yang dirancang pula haruslah menarik minat murid ini
dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Pendapat saya, satu tindakan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Pemerhatian
dilaksanakan terhadap empat sesi rakaman yang telah dilakukan kepada murid. Murid telah
diberikan bahan bergambar untuk menyebut objek yang terdapat di dalam gambar. Latihan ini
dijalankan secara berulang kali bagi melatih murid ini menyebut dengan lancar.

3.6.5 Aktiviti Kelima (Refleksi Selepas)

Refleksi selepas dilakukan bagi mengukur keberkesanan Kaedah Latih, Lihat dan Sebut ini.
Terdapat peningkatan penguasaan murid terhadap sebutan huruf dan perkataan seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3 di bawah.

Jadual 3 Ujian Pos bagi sebutan huruf dan Perkataan

Huruf Penguasaan Kesalahan sebelum
Perkataan Ujian
c bata
d baca tata
J dada jaya
s jala taya
l saya boya
bola

Walaupun tidak sepenuhnya murid ini dapat menyebut huruf dan perkataan dengan betul,
namun masih terdapat peningkatan terhadap sebutan dengan menggunakan kaedah bahan
bergambar ini. Hasil daripada kajian ini juga didapati murid ini tidak boleh menyebut sesuatu
perkataan jika ditanya secara terus. Namun jika dibimbing dan disebut berulang kali dengan
intonasi yang lembut, murid ini dapat menyebut dengan betul. Teknik pengulangan amat
penting dalam memastikan murid ini dapat menyebut huruf, perkataan dan ayat dengan sebutan
yang betul.

4.0 DAPATAN KAJIAN

Perbincangan dapatan kajian tindakan dikemukakan berdasarkan dua soalan kajian, iaitu:

i. Apakah faktor yang menyebabkan murid ini melakukan kesalahan bunyi bahasa /
pelat?.

ii. Sejauh manakah latihan dengan menggunakan Kaedah Lihat , Latih dan Sebut dapat
membantu murid ini bertutur tanpa melakukan kesalahan bunyi bahasa/pelat?.

4.1 Faktor Penyebab Murid Pelat
Hasil temu bual dengan ibu bapa murid ini , didapati antara punca murid ini pelat dan melakukan
kesalahan bunyi bahasa adalah seperti berikut :

i) Murid ini kurang memberi tumpuan ketika dia mendengar orang lain bercakap.
ii) Ibu bapa nya kurang melayan anak mereka berkomunikasi.
iv) Ibu bapa tidak menggunakan perkataan dengan betul ketika bercakap dengan anak.
v) Tiada hubungan komunikasi sehala antara ibu bapa dan anak. Anak leka dengan bermain

gajet dan membuat hal sendiri.
vi) Ibu bapa sering menukarkan bunyi sesuatu bahasa seolah-seolah mengajuk bahasa murid

itu sendiri.
vii) Kesalahan berbahasa anak tidak diperbetulkan.
Berdasarkan dapatan, boleh dikatakan masalah pelat ini bermula dari rumah sebelum seseorang kanak-
kanak itu melangkah ke sekolah.

4.2 Keberkesanan Kaedah Lihat, Latih dan Sebut.
Selepas intervensi dijalankan, guru telah membuat penilaian kali kedua melalui pemerhatian
hasil rakaman suara dan panggilan video bersama murid ini. Perbincangan mengenai
keberkesanan Kaedah Lihat , Latih dan Sebut adalah berdasarkan kepada keputusan tahap
penguasaan sebutan berbahasa murid. Daripada kaedah ini telah terdapat peningkatan
penguasaan berbahasa murid . Murid ini telah dapat menguasai 5 sebutan yang betul daripada
8 sebutan yang salah sebelum ini.

Penguasaan Penguasaan Kesalahan
Huruf Perkataan sebelum Ujian
c
d Baca bata
J dada tata
s jala jaya
l saya taya
bola boya

5.0 PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini telah menjawab dua persoalan kajian yang dikemukakan. Keputusan kajian
menunjukkan terdapat lima (5) faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah pelat. Lima faktor
berkenaan ialah a) Murid ini kurang memberi tumpuan ketika dia mendengar orang lain
bercakap. b) Ibu bapa nya kurang melayan anak mereka berkomunikasi. c) Ibu bapa tidak
menggunakan perkataan dengan betul ketika bercakap dengan anak. d) Ibu bapa sering menukarkan
bunyi sesuatu bahasa seolah-seolah mengajuk bahasa murid itu sendiri. e).Kesalahan berbahasa anak
tidak diperbetulkan oleh ibu bapa atau orang yang lebih dewasa.

Walaupun kelima - lima faktor didapati berpunca daripada murid dan ibu bapa sendiri namun jika
diteliti keputusan penilaian selepas intervensi, jelas menunjukkan bahawa kaedah latihan dan
bimbingan daripada guru memainkan peranan penting bagi memastikan murid berminat untuk belajar
dan berkomunikasi. Keputusan penilaian Ujian Pra dan penilaian Ujian Pos menunjukkan murid
mencatatkan peningkatan penguasaan bahasa melalui intervensi latihan menggunakan Kaedah Lihat,
Latih dan Sebut.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, secara keseluruhannya, intervensi yang dilaksanakan dalam kajian tindakan ini telah
memberi kesan positif ke atas penguasaan berbahasa murid. Sehubungan itu, Kaedah Lihat, Latih dan
Sebut ini wajar diteruskan untuk membantu guru memperbaiki teknik pengajaran bagi meningkatkan
minat murid pelat untuk belajar serta dapat meningkatkan keyakinan murid untuk berkomunikasi.
Kaedah Lihat, Latih dan Sebut ini dilihat sangat digemari dan ditunggu-tunggu oleh murid ini untuk
menjalankan sesi latihan kerana bahan bergambar yang disediakan sangat menarik dan interaktif.

RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood. (2007). Linguistik Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu . Kuala
Lumpur. Aslita Sdn. Bhd.

Anida Sarudin, Dahlia Janan, Zulkifli Osman, Ahmad Khair Mohd. Noor. (2016). Penguasaan
Bahasa Melayu Kanak-kanak Prasekolah Berdasarkan Inventori Penilaian Kemahiran
Terancang. Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan
Komunikasi. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noor Hasnoor Mohamad Nor. (2002). Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Melayu : Satu
Kajian Kes. Unuversiti Putra Malaysia.

Tay Meng Guat. (2006). Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak: Satu Analisis Sintaksis. Jurnal
Penyelidikan IPBL 7:87-108.

Vijayaletchumy.(2000). Pemerolehan Bahasa di Kalangan Kanak-Kanak Melayu. Masters
Thesis, Universiti Putra Malaysia.

LAMPIRAN A

Jadual Pelaksanaan Projek Latihan Melalui Kaedah Lihat, Latih dan Sebut

Minggu Pelaksanaan

Bil Aktiviti 1 2 3 4 5 6 78

1. Bengkel Kerja Kajian Tindakan 25/5

2. Analisi Pencapaian IPPK Tunjang 27/5

Bahasa Melayu

3. Mesyuarat Jawatankuasa Projek 21/6

Kaedah Lihat, Latih dan Sebut

4. Kertas Cadangan Kajian Tindakan 30/6

5. Ujian Pra 5/7

6. Pelancaran Projek Kaedah Lihat, 14/7
Latih dan Sebut 28/7
1/8
7. Pelaksanaan Projek Kaedah Lihat,
Latih dan Sebut

8. Ujian Pos

9. Menulis Laporan Kajian Tindakan 5/8

10. Pembentangan

LAMPIRAN B

Gambar 1: Kad Huruf Gambar 2 : Ujian Menyebut Huruf

Gambar 3: Ujian Sebutan Perkataan Bunyi /s / Gambar 4 : Ujian Sebutan Perkataan Bunyi /b/
Gambar 5 : Ujian Sebutan Perkataan Bunyi /k/ Gambar 6 : Bahan Bergambar Menyebut Ayat

LAMPIRAN C

Gamba

Gambar 7 : Bahan Bergambar Ujian Sebutan Perkataan

Gambar 8 : Sesi Rakaman Ujian Pra Gambar 9: Sesi Perbualan Video Ujian Pos


Click to View FlipBook Version