The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL ATHIRAH BINTI ZAINUDDIN - T2S2.02 (PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PAI20622 Nurul Athirah Binti Zainuddin, 2024-03-20 13:43:23

NURUL ATHIRAH BINTI ZAINUDDIN - T2S2.02 (PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN)

NURUL ATHIRAH BINTI ZAINUDDIN - T2S2.02 (PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN)

JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BEG BERKUNCI NO 214, BANDAR BARU BANGI EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama : NURUL ATHIRAH BT ZAINUDDIN No. K/P : 020226-06-0638 Angka Giliran : 2021202340339 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : T2S2.02 Nama Pensyarah : DR. ZAKIAH BINTI NOORDIN Tarikh Hantar : 19.03.2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: tirah Tarikh : 19.03.2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar tirah Tarikh : 19.03.2024


JKA/Ogos2022 Penghargaan Alhamdullillah setinggi penghargaan saya panjatkan kesyukuran buat pensyarah Falsafah dan Isu Semasa (MPU3132), Dr.Normazidah Binti Mahmood yang telah memberi tunjuk ajar dari segi penerangan,panduan dan bimbingan dalam menyiapkan kerja kursus ini serta bantuan kepada saya sepanjang melakukan kerja kursus ini. Setinggi penghargaan juga saya panjatkan kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu terutama ketika mencari bahan-bahan bagi menyiapkan tugasan ini.selain itu ,ucapan ini untuk sahabat seperjuangan untuk yang banyak memberi idea dan sokongan di saat saya buntu. Akhir sekali ucapan penghargaan ini ditujukan kepada pihak institusi Pendidikan Guru Kampus Pendidikan islam yang telah banyak memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk melakukan kerja kursus ini dan akhirnya dapat disiapkan tepat pada masanya. Jutaan terima kasih ini turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.Semasa saya menjalankan kerja kursus ini saya telah menghadapi beberapa cabaran dalam menyiapkannya tetapi dapat diaatasi dengan kerjasama semua pihak. Jasa anda semua amatlah dihargai .Akhir kata saya berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Sekian terima kasih.


ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 4 2.0 ANALISIS PENTAKSIRAN PEMERHATIAN 2.1 Keberhasilan 2.2 Kelemahan dan Penambahbaikan 6 3.0 ANALISIS PENTAKSIRAN LISAN 3.1 Keberhasilan 3.2 Kelemahan dan Penambahbaikan 9 4.0 ANALISIS PENTAKSIRAN TULISAN 4.1 Keberhasilan 4.2 Kelemahan dan Penambahbaikan 13 5.0 PENUTUP 17 LAMPIRAN 19


1.0 PENGENALAN Seperti yang telah kita pelajari, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP tersebut. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah bertujuan untuk perbandingan atau persaingan antara murid. Sebaliknya maklumat tersebut hendaklah digunakan untuk membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang tindakan susulan ke arah menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. PBD melibatkan tiga jenis pentaksiran seperti dalam Rajah dibawah : Rajah 1.1 : Jenis Pentaksiran Bilik Darjah


Seperti yang telah diketahui, pelaksanaan PBD dalam KSSR dan KSSM melibatkan penentuan Tahap Penguasaan bagi setiap murid dengan merujuk kepada Standard Prestasi. Tahap Penguasaan dinyatakan secara eksplisit di dalam DSKP bagi setiap mata pelajaran. Oleh yang demikian, ianya adalah menjadi tanggungjawab guru untuk merancang aktiviti dan pentaksiran yang bersesuaian agar guru mampu mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan. Oleh kerana itulah, guru harus bijak dalam merangka pelbagai pentaksiran alternatif yang efektif ditambah pula dengan instrumen pentaksiran bagi menjayakan misi ini. Aspek yang dinilai dalam pada Tahap Penguasaan adalah seperti berikut : Rajah 1.2. Aspek Tahap Penguasaan


INSTRUMEN PENTAKSIRAN 1


2.0 ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN PEMERHATIAN Rajah 2.0 Aktiviti Langkah 2 Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Tahun 6 bidang Pendidikan Islam dibawah tajuk Khat Khazanah Budaya yang telah saya kaji, saya dapat lihat bahawa kaedah instrumen pentaksiran yang digunakan dalam mentaksir pelajar adalah melalui Kaedah Pemerhatian. Jenis pentaksiran yang berlaku adalah Pentaksiran Untuk Pembelajaran dimana ianya berbentuk formatif dan berlaku secara berterusan dalam Pdp. Melalui pentaksiran ini, penguasaan dan kemahiran murid akan dapat ditingkatkan. Jika dilihat pada langkah kedua RPH tersebut, guru pelatih telah melakukan aktiviti Pasu Bunga Khat bagi menilai hasil dapatan murid. Melalui aktiviti tersebut, murid diedarkan dengan satu potongan kertas bunga dan sebatang lidi setiap seorang. Kemudian, murid diminta untuk menulis nama pendek mereka di tengah-tengah bunga tersebut. Seterusnya, murid dikehendaki untuk menulis enam huruf jawi iaitu huruf (غ, ع, ظ, ط, ض, ص (mengikut kaedah Khat Riq’ah yang telah diajar pada setiap kelopak bunga. Setelah siap, murid diminta kehadapan bagi melekatkan bunga dengan lidi menggunakan pita pelekat secara bergilir-gilir. Rajah 2.0.1 : Hasil kerja murid


2.1 KEBERHASILAN Berdasarkan kajian saya, saya merasakan bahawa pentaksiran yang dilakukan oleh guru pelatih tersebut semasa aktiviti Pdp itu berlangsung adalah sangat bersesuaian dan sudah semestinya mampu mencapai Tahap Penguasaan yang ditetapkan. Ini adalah kerana, aktiviti yang dilakukan dilihat mampu mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan iaitu murid dapat menulis enam huruf ( ,ظ, ط, ض, ص غ, ع (mengikut kaedah Khat Ruq’ah dengan betul selepas aktiviti Pasu Bunga Khat. Melalui aktiviti tersebut, guru pelatih dapat menilai bagaimana cara murid memegang pensil khat dengan betul serta mentaksir secara langsung kemahiran yang dikuasai oleh murid dari aspek cara murid menulis keenam huruf tersebut sama ada mengikut kaedah yang betul ataupun tidak. Bukan itu sahaja, ini juga dapat memudahkan guru pelatih untuk menilai hasil kerja murid dan mengenalpasti tahap pencapaian murid dengan lebih teliti kerana pentaksiran yang dilakukan adalah secara individu. Disamping pentaksiran yang dilakukan sesuai dengan objektif pembelajaran, proses Pdp juga menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Melalui aktiviti yang dijalankan ini juga, guru mampu untuk menilai tahap penguasaan murid berada pada tahap yang mana sama ada boleh mencapai TP 3 atau masih di TP 2. Pelajar dikira telah mencapai TP 3 sekiranya dia mampu menulis huruf tersebut dengan betul dan tepat tanpa sebarang kesalahan ataupun TP 2 jika dia mampu menulis dengan betul tapi dengan sedikit kesalahan. Ini boleh dilihat berdasarkan rajah dibawah : Rajah 2.1.1 : Tahap Penguasaan bidang Jawi


2.2 KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN Namun begitu, saya juga dapat mengesan satu kelemahan yang dilakukan oleh guru pelatih ini iaitu pentaksiran yang dijalankan tidak disertai dengan instrumen pentaksiran. Apabila guru pelatih tidak menyediakan instrumen pentaksiran, ianya semestinya akan menjejaskan kelancaran dan kesahan penilaian yang dijalankan. Ini adalah kerana senarai item yang disediakan adalah penting untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri yang hendak difokuskan itu ada dan dilakukan oleh murid. Oleh yang demikian, antara perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah dari aspek instrumen pemerhatian yang mana ianya perlu disediakan lebih awal sebelum sesuatu pemerhatian itu dibuat. Berdasarkan kelemahan yang telah dikenalpasti, antara penambahbaikan yang boleh saya cadangkan untuk dilakukan oleh guru pelatih tersebut adalah dengan menyediakan instrumen pentaksiran alternatif iaitu senarai semak sebagai instrumen untuk aktiviti tersebut. saya memilih instrumen jenis ini adalah kerana dengannya guru pelatih mampu mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Ini adalah sangat bersesuaian untuk digunakan dalam pentaksiran yang dilakukan kerana, disamping menilai sama ada murid mampu menulis mengikut teknik khat Riq’ah yang betul ataupun tidak, guru pelatih juga boleh membuat pemerhatian kepada aspek yang lain seperti cara murid memegang pensel khat serta cara murid berkomunikasi dengan rakan semasa aktiviti dijalankan. Dengan ini, pelbagai aspek dapat dinilai dari satu instrumen pentaksiran.


INSTRUMEN PENTAKSIRAN 2


3.0 ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN LISAN Rajah 3.0 Aktiviti Langkah 3 Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian kedua yang saya kaji dibawah bidang Pendidikan Islam (Modul Khatam Al-Quran) bagi tahun 4, dibawah tajuk Surah Al-Haj ayat 31 hingga 34. Standard Kandungan yang diambil adalah Khatam Al-Quran dibawah Standard Terdapat beberapa aspek yang saya perhatikan berdasarkan pentaksiran yang dijalankan semasa proses Pdp tersebut berlangsung. Jika dilihat pada langkah ketiga, saya dapat lihat bahawa guru pelatih ini telah menjalankankan pentaksiran secara lisan kepada muridnya melalui aktiviti “Baling dan Baca”. Pada mulanya, guru telah memilih beberapa orang murid melalui nama pada batang aiskrim yang diambil secara rawak. Kemudian, murid tersebut diminta untuk kehadapan kelas untuk membaling dadu yang akan menentukan sampul kertas manakah yang akan dibaca oleh murid. . Seterusnya, murid akan membaca ayat tersebut dihadapan kelas mengikut tajwid dan baris yang betul.


3.1 KEBERHASILAN Menerusi penelitian saya, pentaksiran secara lisan yang dipilih adalah sangat sesuai dengan objektif pembelajaran yang ditetapkan dan ianya dilihat memapu dicapai oleh murid. Hal ini adalah kerana, jika dilihat pada objektif pembelajaran yang ketiga iaitu Murid dapat membaca Surah Al-Haj ayat 31-34 dengan lancar setelah aktiviti “Baling dan Baca”. Kita dapat lihat bahawa aktiviti pentaksiran yang dijalankan dan objektif tersebut mempunyai hubungan yang sangat jelas. Melalui aktiviti tersebut, saya yakin bahawa murid akan dapat membaca ayat tersebut dengan lancar kerana mereka sudah mengenalpasti kesalahan dan mengetahui tajwid yang betul berdasarkan aktivti yang dijalankan sebelumnya. Bukan itu sahaja, aktiviti seperti itu juga sememangnya mampu membuatkan pelajar lebih bersemangat dan tidak bosan didalam kelas. selain itu, isi kandungan ayat yang ditulis pada pada potongan tersebut adalah sangat jelas dan dapat dibaca oleh murid dengan sangat mudah. Rajah 3.2 : Potongan kertas yang akan dibaca oleh murid Selain daripada itu, pentaksiran secara lisan yang dibuat juga memudahkan guru untuk menilai sama ada murid sudah sampai ketahap penguasaan yang dihasratkan atau belum sesuai dengan pelaksanaan PBD yang dijalankan. Jika murid berjaya membaca ayat tersebut dengan lancar dan bertajwid, kita boleh rumuskan bahawa murid sudah mencapai TP 3 iaitu Membaca dan menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul, lancar serta bertajwid.


3.2 KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN Antara kelemahan yang dapat saya kesan daripada pentaksiran yang dijalankan adalah ketiadaan instrumen pentaksiran. Menurut Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), kaedah pentaksiran secara lisan ini adalah mudah dan cepat bagi mengenalpasti perkembangan dan penguasaan murid. Namun begitu, ianya akan menimbulkan masalah jika tidak disertai dengan instrumen pentaksiran yang sesuai kerana boleh berlaku ketidakjelasan dan tiada bukti bahawa sesuatu pentaksiran itu berlaku. Oleh kerana pentaksiran alternatif yang digunakan adalah melalui pembentangan lisan, saya mencadangkan supaya guru pelatih ini menggunakan penilaian rakan sebaya sebagai instrumen pentaksiran. Hal ini adalah kerana, saya merasakan bahawa penggunaan instrumen jenis ini sebenarnya dapat sama-sama membantu murid yang dinilai dan juga murid yang dinilai untuk lebih melancarkan bacaan mereka. Bukan itu sahaja, murid juga akan lebih cenderung untuk melakukan yang terbaik dan memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam menilai rakan mereka. Di samping itu, ianya juga membolehkan guru untuk menilai murid dari segi kemahiran berkomunikasi dan sosialisasi semasa mereka berinteraksi sesama rakan.


INSTRUMEN PENTAKSIRAN 3


4.0 ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN TULISAN Rajah 4.1 : Aktiviti Langkah 3 Berdasarkan RPH bagi bidang Pendidikan Islam (Jawi) bagi Tahun 4 yang telah saya kaji diatas dibawah Standard Kandungan 7.3 Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjamna bahasa Inggeris dengan betul secara beradab dan istiqamah. Berdasarkan RPH yang dirujuk, guru pelatih tersebut telah menggunakan kaedah pentaksiran secara tulisan melalui aktiviti Think Pair and Share yang dijalankan pada langkah ketiga dalam proses Pdp. Melalui aktiviti tersebut, murid diberikan sehelai kertas warna dan diminta untuk duduk secara berkumpulan. Kemudian, guru menunjukkan beberapa kad yang tertulis kata pinjaman bahasa Inggeris dihadapan kelas. Murid kemudiannya diminta untuk memilih satu kad perkataan dan membina satu ayat berdasarkan perkataan yang dipilih. Setelah siap, murid diminta untuk kehadapan kelas dan berkongsikan ayat yang ditulis bersama rakan-rakan lain.


4.1 KEBERHASILAN Berdasarkan penelitian saya, saya merasakan bahawa pentaksiran yang digunakan iaitu secara tulisan adalah sangat sesuai dalam aktiviti ini. Ini adalah kerana, guru dapat melihat secara langsung dan dapat menilai dengan lebih mudah tentang tahap kemahiran dan hasil dapatan pelajar daripada Pdp yang dilaksanakan. Bukan itu sahaja, saya juga percaya bahawa pentaksiran yang berlaku pada langkah ketiga ini juga mampu mencapai Objektif Pembelajaran yang ketiga iaitu Murid dapat menulis ayat yang mengandungi ayat pinjaman bahasa Inggeris dengan betul selepas aktiviti Think Pair and Share. Selain itu, pentaksiran secara tulisan yang dibuat juga dilihat mampu membantu murid untuk mencapai standard prestasi tahap 6 iaitu : Rajah 4.1.1 Standard Prestasi Jawi 7.1 Secara tidak lansung, murid yang berjaya membina ayat berdasarkan perkataan yang dipilih dengan baik serta mampu berkongsi hasil tersebut dengan rakan lain boleh dinilai telah mencapai TP6 seperti yang dirujuk dalam DSKP : Rajah 4.1.2 Tahap Penguasaan bidang Jawi


4.2 KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN Rajah 4.2.1 Instrumen Pentaksiran Hasil Penulisan Berdasarkan instrumen pentaksiran diatas, saya dapat mengesan beberapa kelemahan pada instrumen pentaksiran yang dibuat. Antaranya adalah, guru seharusnya menyediakan instrumen tersebut dengan cara yang lebih kemas dan kreatif yang semestinya dapat memudahkan pelajar untuk memahami arahan pentaksiran disamping memudahkan guru untuk membuat penilaian. Seperti yang kita lihat dalam gambar rajah diatas, kita dapat lihat bahawa instrumen yang dibuat adalah kurang jelas dan tidak kemas dimana ianya tidak mempunyai arahan soalan atau apa-apa elemen yang dapat menarik perhatian murid. Oleh yang demikian, cadangan penambahbaikan yang boleh saya cadangkan adalah guru pelatih tersebut seharusnya menyertakan arahan soalan pada instrumen yang dilakukan agar murid lebih jelas tentang apa yang perlu dilakukan. Bukan itu sahaja, guru pelatih juga boleh menggunakan templat soalan yang lebih menarik yang mengandungi gambar ilustrasi yang menarik agar murid lebih bersemangat untuk menjawab soalan tersebut. Akhir sekali, saya mencadangkan agar guru pelatih ini menggunakan kertas yang bergaris agar hasil tulisan pelajar menjadi lebih kemas disamping memudahkan mereka untuk menulis dengan lebih baik. Jika penambahbaikan yang dicadangkan dapat dibuat, saya yakin bahawa instrumen pentaksiran yang dilakukan akan menjadi lebih efektif serta dapat dinilai dengan lebih mudah.


5.0 PENUTUP Kesimpulannya, kita dapat lihat bahawa pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah sememangnya mempunyai pelbagai faedah kepada guru mahupun murid. Melalui tugasan ini juga, saya dapat melihat bahawa PBD yang dijalankan adalah amat mementingkan keadilan dan ketaksamaan murid dari aspek kebolehan, bakat, dan diri tanpa orang lain. Ianya juga adalah satu pentaksiran yang sangat sistematik kerana maklum balas yang diterima adalah dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang segala aspek tentang diri seseorang murid itu. Penyataan ini juga disokong oleh Prod. Dr Madya Dr. Zuwati Hasim (2020) yang menyatakan bahawa kemenjadian murid adalah lebih dinamik melalui pelaksanaan PBD. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru dalam merancang kaedah pentaksiran yang efektif untuk menaikkan pencapaian murid dan memastikan pelajar dapat mencapai Tahap Penguasaan yang dihasratkan. Guru juga seharusnya bijak dalam menyesuaikan instrumen pentaksiran mengikut kaedah pentaksiran serta mempelbagaikan strategi pentaksiran alternatif supaya ia menjadi lebih seronok dan mencabar serta dapat mencungkil daya kreativiti murid dalam pembelajaran.


RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 6. KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 4. KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). PANDUAN PELAKSANAAN BILIK DARJAH (2). KPM. ://www.moe.gov.my/storage/files/shares/pentaksiranberasaskansekolah/Panduan%20Pelaksanaan%20Pentaksiran%20Bilik%20Darjah%20Edisi%2 02%20-%202019.pdf LAU SING WAH. (2020, September 6). 3 KAEDAH PENTAKSIRAN DAN CONTOH INSTRUMEN. Scribd.co. https://www.scribd.com/document/508765645/3-KAEDAHPENTAKSIRAN-DAN-CONTOH-INSTRUMEN Prof Madya Dr Zuwati Hasim. (2022, December 22). Kemenjadian murid lebih dinamik menerusi PBS, PBD. Berita Harian.


LAMPIRAN


__________________________________________________________________________________ AKUAN PENERIMAAN DOKUMEN PENERIMAAN DOKUMEN 1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2. INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF Berdasarkan maklumat di atas, adalah disahkan bahawa saya _____________________________ telah menerima satu salinan dokumen di atas daripada __________________________________ pada __________________. Tujuan penerimaan dokumen ini adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak tugasan bagi subjek Pentaksiran dalam Pendidikan (EDUP3153). Bersama ini dilampirkan soalan Pentaksiran Berterusan Pentaksiran dalam Pendidikan (EDUP3153) sebagai rujukan. …………………………………………………… (Tandatangan) Nama penerima : NURUL ATHIRAH BINTI ZAINUDDIN Tarikh : 19 MAC 2023 ……………………………………………………. (Tandatangan) Nama pemilik dokumen : NUR DIYANNA BINTI MOHAMAD NOR Tarikh : 19 MAC 2023 NURUL ATHIRAH BINTI ZAINUDDIN NUR DIYANNA BINTI MOHAMAD NOR 10 MAC 2024


__________________________________________________________________________________ AKUAN PENERIMAAN DOKUMEN PENERIMAAN DOKUMEN 1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2. INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF Berdasarkan maklumat di atas, adalah disahkan bahawa saya _____________________________ telah menerima satu salinan dokumen di atas daripada __________________________________ pada __________________. Tujuan penerimaan dokumen ini adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak tugasan bagi subjek Pentaksiran dalam Pendidikan (EDUP3153). Bersama ini dilampirkan soalan Pentaksiran Berterusan Pentaksiran dalam Pendidikan (EDUP3153) sebagai rujukan. …………………………………………………… (Tandatangan) Nama penerima : NURUL ATHIRAH BINTI ZAINUDDIN Tarikh : 19 MAC 2023 ……………………………………………………. (Tandatangan) Nama pemilik dokumen : NUR AIN NAJIHA BINTI SHARUDDIN Tarikh : 19 MAC 2023 NURUL ATHIRAH BINTI ZAINUDDIN NUR AIN NAJIHA BINTI SHARUDDIN 12 MAC 2024


LAMPIRAN


رانچڠن ڤڠاجرن هارين ڤنديديقن إسالم تاهون 6 1.ماتڤالجرن ڤنديديقن إسالم )جاوي( 2 .کلس 6 متيارا 3 .تاريخ / هاري 31 اوكتوبر 2023 /15 ربعالخر 1445 / جمعة مينيت 30 (ڤاڬي 8:40 هيڠݢ ڤاڬي 8:10) ماس. 4 5 .بيلڠن موريد 23اورڠ (19 لالكي، 15 ڤرمڤوان) 6 .تاجوق خط خزانه بوديا موريد تله ممڤالجري چارامنوليسخط رقعةباݢي حروفد,ذ,ر, ز, س دان ش ڤدڤ.د .ڤ يڠلڤس . 7 .ڤڠتاهوان سديا اد 8 .ستندردکاندوڠن 2.7 مڠنل دان منوليسخط رقعةدڠن بتول. 1.2.7 مڠنل ڤستيبنتوق حروفخط رقعةدڠن بتول. 2.2.7 منوليسحروفمڠيكوتقاعده خط رقعة. 9 .ستندردڤمبالجرن ڤد اخيرڤڠاجرن دان ڤمبالجرن,موريد داڤت: 1.مڠنل ڤ ستي بنتوق حروفخط رقعةدڠن بتول. 2 .منوليسانم حروف) ص,ض,ط, ظ, ع , غ( مڠيكوت قاعده خط رقعةدڠن بتول سلڤساكتيۏ يتيمنوليسحروفخط رقعة. 10 .اوبجيکتيف ڤمبالجرن 11 .کماهيرن برفيکير مڠاڤليكس ي 12 .ݢابوڠجالين القرءان: حروفهجاءية 13.ڤڽرڤن علمو ڤنديديقن سني ۏيسوال - خشوع - براني - ݢيݢيه - براتور 14 .ڤنرڤن نيالي


ڤمبالجرن ترارح كنديري: اكتيۏ يتيڤ نوليسن خط ي ڠمليبتكن كماهيرن. 15 .عملن ڤيداݢوݢي ماس کيني ڤڠوروسن معلومت: مڽ يمڤن ريكوددڠن باءيق،كمس، تراتور دان سالمت. 16 .کماهيرن انسانية 1 .بهاس: ڤڠڬوناءن بهاس ڤڠنتردالم ڤ .د.ڤ . 2 .تيكنولو ڬ ي معلومت دان كومونيكاس ي: ڤنرا ڤن دان ڤڠاڤليكاسيان ايليمن TMKدالم ڤ.د.ڤ . 17 .اي. م.ک ڤمرهاتين: 1 .چاراموريد ممڬڠڤينسيل خط. 2 .چاراموريد منوليسانم حروف)ص,ض,ط,ظ, ع, غ( مڠيكوت قاعده خط رقعة. برتوليس:موريد منوليسانم حروف)ص,ض,ط,ظ, ع, غ( مڠيكوت قاعده خط رقعة. 18.ڤنتکسيرن بيليق درجه LCD ڤروجيكتور. 1 2 .كومڤوتر ريبا 3 .ڤين خط 4 .ڤاڤن لوتسينر ميني 5 .ڤين خط 6 .ڤاسو بو ڠا خط 19 .سومبر ڤ.د.ڤ


لڠکه ايس ي ڤالجرن اکتيۏيتيڤ.د.ڤ چاتتن ڤنر ڤن نيالي : خشو ع 1 .موريد براد دالم كاداءن برسديا اونتوق بالجر. 2 .سموا موريد ممباچ دعا سبلوم بالجر برسام- سام. دعاء سبلوم بالجر ا َ ن ْ ي َ ل َ ع ْ ح َ ت ْ اف ّ م ُ ه ّ لل َ ا ا َ ن ْ ي َ ل َ ع رْ ُ ش ْ ان َ و كَ َ ت َ م ْ ِحك ا َ ي ِكَ ت َ م ْ ح َ ِ ر ِن ائ َ ز َ خ ْ ِمن ِن ِحِمي ا الرّ َ م َ ح ْ ر َ أ مقدمة )2 مينيت( لڠکه ايس ي ڤالجرن اکتيۏيتيڤ.د.ڤ چاتتن سومبر ڤ .د.ڤ : -كومڤوتر ريبا￾ڤروجيكتور LCD -تيليفون ڤينتر -ا ڤليكس ي ‘Google Meet’ - ڤين خط - ڤاڤن لوتسينر ميني ستراتيڬي ڤ.د. ڤ: برڤوستكن موريد دان ݢورو 1 .موريد مڠولڠكاجي سمول ڤمبالجرن يڠ لڤس. 2 .موريد مليهت تيݢ حروفمڠيكوتقاعده خط رقعةيڠ دتوليس اوليه ڬوروسچارا ‘live ‘ دڠن فوكوس. 3 .موريد منيکا تي ݢحروف يڠباكل دتوليس اوليه ڬورو. 4 .موريد مڽبوت تيݢ حروفيڠدتوليس اوليه ڬورو. 5 .موريد مڽاتاكن حروف٢ لين يڠ سام بنتوق دڠن تيݢ حروفترسبوت. 6 .ڬورومنستروكتورايس ي ڤالجرن. تيݢ حروف مڠيكوتقاعده خط رقعة )ص, ط, ع( سيت ايندوکس ي )5 مينيت(


لڠکه ايس ي ڤالجرن اکتيۏيتيڤ.د.ڤ چاتتن ستراتيݢي ڤ.د.ڤ: برڤوستکن ݢورو, موريد دان باهن ݢ ابو ڠجالين: القرءان: حروف هجاءية ڤڽر ڤن علمو: ڤنديديقن سني ۏ يسوال ڤنر ڤن نيالي: - براني اي. م.ک : تيكنولو ڬ ي معلومت دان كومونيكاس ي: ڤنرا ڤن دان ڤڠاڤليكاسيان ايليمن TMKدالم ڤ.د.ڤ . 1 .موريد مليهتانم حروف مڠيكوت قاعده خط رقعةماللوءي ا ڤليکاس ي youtube 2 .ستله ساتو حروف دتونجوقكن اوليه ڬورو، سأورڠ موريد دمينتا اونتوق منوليسحروف ترسبوت 3 .كسالهن موريد دتڬ ور اوليه ڬورو جکاد مانكال موريد يڠ لين مليهت دڠن فوكوس. انم حروف مڠيكوتقاعده خط رقعة)ص, ض, ط, ظ, ع, غ( لڠکه 1 )10 مينيت( لڠکه ايس ي ڤالجرن اکتيۏيتيڤ.د.ڤ چاتتن سومبر ڤ .د.ڤ : ڤاسو بو ڠا خط 1 .امڤت اورڠ موريد دمينتا اونتوق مڠيدركن ساتو لڠکه 2 ڤاسو بو ڠا خط )10 مينيت(


ستراتيݢي ڤ.د.ڤ: برڤوستکن موريد کماهيرن برفيکير: مڠاڤليكس ي ڤنر ڤن نيالي: - براتور￾ݢيݢ يه عملن ڤيدا ݢو ݢ ي ماس کيني : ڤمبالجرن ترارح كنديري: اكتيۏ يتي ڤنوليسن خط يڠ مليبتكن كماهيرن. کماهيرن انسانية: ڤڠوروسن معلومت: مڽيمڤن ريكوددڠن باءيق، كمس، تراتوردان سالمت. اي. م.ک : بو ڠادان ساتو ليدي كڤد ستياڤموريد دالم ماس 1 مينيت. 2 .موريد دكهندقياونتوق منوليس نام ڤينديق ڤد بهاڬين تڠهبو ڠا. 3 .كمودين،موريد دكهندقي اونتوق منوليسانم حروفاياءيتحروف ص, ض, ط, ظ, ع دان غ مڠيكوت قاعده خط رقعةڤد ستياڤكلو ڤق بو ڠا. 4 .ستله سياڤ،موريد دمينتا کهادڤن باڬ ي ملكتكن بو ڠادڠن ليدي مڠڬوناكن ڤ يتاڤ ليكت سچارا برڬيلير )5 اورڠ ڤد ساتو ماس(. 5 .موريد دمينتا اونتوق منوسوقكن بو ڠامريک ڤد ڤاسو بو ڠا خط. 6 .ستله سموا موريد سلساي منوليس دان منوسوقكن بو ڠا،


بهاس: ڤڠڬوناءن بهاس ڤڠنتردالم ڤ.د.ڤ . ڤنتکسيرن بيليق درجه: ڤمرهاتين: 1 .چاراموريد ممڬڠڤينسيل خط. 2 .چاراموريد منوليسانم حروف)ص, ض, ط, ظ, ع, غ( مڠيكوت قاعده خط رقعة. برتوليس:موريد منوليسانم حروف )ص, ض, ط, ظ, ع, غ( مڠيكوتقاعده خط رقعة. سأورڠ موريد دمينتا اونتوق ممبريكن ڤنيالين حاصيل كرجاراكن- راکنڽ. لڠکه ايس ي ڤالجرن اکتيۏيتيڤ.د.ڤ چاتتن 1 .موريد مڠيڠتكمبالي ايس ي ڤالجرن. ڤنوتو ڤ کو ݢ نيتيف انم حروف ڤنوتو ڤ )3مينيت(


2 .موريد دنصيحتكن سو ڤاي سنتياس مالكوكن لتيهن خط رقعةدرومه سوڤاي دا ڤتمڠواساءي تاجوق اين دڠن باءيق. مڠيكوتقاعده خط رقعة)ص,ض, ط, ظ, ع, غ( ڤنوتو ڤ سوسيال موريد٢ ڤرلو سنتياس مالکوکن لتيهن منوليس خط سو ڤايا دا ڤتمڠواساءي تاجوق اين دڠن باءيق . ريفليكس ي: ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ اولسن ݢ ورو ڤمبيمبيڠ: ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________


___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ اولسن ڤنشره ڤڽليا: ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version