The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PAI20622 Nurul Athirah Binti Zainuddin, 2024-03-05 10:50:11

IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL

Nurul Athirah Binti Zainuddin

IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL KEPADA BUDAYA SEKOLAH Oleh: Athirah Zainuddin Nama Pensyarah : Dr. Kok Kean Hin


JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BEG BERKUNCI NO 214, BANDAR BARU BANGI EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Nama : NURUL ATHIRAH BT ZAINUDDIN No. K/P : 020226-06-0638 Angka Giliran : 2021202340339 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : T2S2.02 Nama Pensyarah : KOK KEAN HIN Tarikh Hantar : 29.02.2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: tirah Tarikh : 29.02.2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar tirah Tarikh : 29.02.2024


Penghargaan Setinggi penghargaan saya panjatkan buat pensyarah Sosiologi dalam Pendidikan (EDUP3143), Dr.Kok Kean Hin yang telah memberi tunjuk ajar dari segi penerangan,panduan dan bimbingan dalam menyiapkan kerja kursus ini serta bantuan kepada saya sepanjang melakukan kerja kursus ini. Setinggi penghargaan juga saya panjatkan kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu terutama ketika mencari bahan-bahan bagi menyiapkan tugasan ini. Selain itu ,ucapan ini untuk sahabat seperjuangan untuk yang banyak memberi idea dan sokongan di saat saya buntu. Akhir sekali ucapan penghargaan ini ditujukan kepada pihak institusi Pendidikan Guru Kampus Pendidikan islam yang telah banyak memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk melakukan kerja kursus ini dan akhirnya dapat disiapkan tepat pada masanya. Jutaan terima kasih ini turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.Semasa saya menjalankan kerja kursus ini saya telah menghadapi beberapa cabaran dalam menyiapkannya tetapi dapat diaatasi dengan kerjasama semua pihak. Jasa anda semua amatlah dihargai .Akhir kata saya berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Sekian terima kasih.


BIL. PERKARA MUKA SURAT 1.0 Pengenalan Stratifikasi Sosial 2.0 Hubungan Stratifikasi Sosial kepada Budaya Sekolah 3.0 Pemanipulasian Impak Stratifikasi Sosial dalam membentuk Budaya Positif 3.1 Stratifikasi Ekonomi 3.2 Stratifikasi Status Sosial 3.3 Stratifikasi Politik 4.0 Penutup Rujukan


1.0 Pengenalan Stratifikasi Sosial Stratifikasi sosial merupakan fahaman tentang kewujudan ketaksamaan sosial dalam kehidupan sosial (Chew,1979). Menurut Rohana (2010), stratifikasi sosial adalah sesuatu yang diterima umum oleh Masyarakat bagi menentukan kedudukan dalam stratifikasi sosial. Stratifikasi sosial lebih merujuk pada pembagian sekelompok orang ke dalam tingkatan yang berjenjang secara vertikal. Jadi, ketika dibahas tentang stratifikasi sosial, biasanya akan lebih banyak mengkaji tentang posisi yang tidak sederajat antar orang per orang atau kelompok dalam masyarakat. Secara umumnya, stratifikasi sosial juga boleh dimaksudkan dengan pengelompokan masyarakat berdasarkan tingkatan-tingkatan tertentu. Stratifikasi sosial atau pelapisan sosial secara umum adalah perbezaan pengelompokan anggota masyarakat secara vertikal. Perkataan stratifikasi diambil dari perkataan Strata yang berasal dari kata stratum (jamaknya: strata yang berarti lapisan). Terdapat banyak pendapat tokoh berkaitan maksud stratifikasi sosial antaranya adalah Pitirim A. Sorokin yang berpendapat bahawa ianya pembedaan penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara bertingkat (hierarki). P.J. Bouman pula menakrifkan stratifikasi sosial adalah golongan manusia yang berpandukan suatu cara hidup dalam kesedaran akan beberapa hak istimewa yang tertentu dan karena itu menuntut perbezaan kemasyarakatan. 2.0 Hubungan Stratifikasi Sosial kepada Budaya Sekolah Dalam membicarakan tentang stratifikasi sosial, ia sebenarnya mempunyai hubungkait yang amat rapat terhadap Pendidikan terutamanya kepada institusi sosial. Umumnya, institusi sosial adalah sekumpulan orang berkedudukan sosial yang sama dan mempunyai hubungan dan peranan kemasyarakatan serta mempunyai fikiran,peraturan dan praktis tentang bagaimana kehendak asas masyarakat itu dapat dicapai contohnya institusi Pendidikan seperti sekolah. Ini bermakna stratifikasi sosial yang berlaku sememangnya mampu memberikan impak yang amat besar kepada budaya sesuatu sekolah.


3.0 Pemanipulasian Impak Stratifikasi Sosial dalam membentuk Budaya Positif 3.1 Stratifikasi Ekonomi Antara bentuk stratifikasi sosial adalah stratifikasi ekonomi yang menilai jumlah asset yang dimiliki seseorang seperti jumlah harta yang dimilikinya, pemilikan saham, bangunan atau perniagaan yang besar. 3.1.1 Impak Negatif Dalam konteks budaya sekolah, tahap ekonomi sesorang itu dilihat memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan peringkatnya di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila seseorang murid itu datang dari keluarga yang kaya yang mempunyai banyak harta, mereka selalunya akan lebih menonjol dalam akademik berbanding murid yang datang dari keluarga yang miskin. Secara tidak lansung, stratifikasi ekonomi yang berlaku di sekolah akan menyebabkan berlakunya peningkatan jurang Pendidikan antara pelajar. Contoh mudahnya adalah, murid lapisan atas memiliki kemampuan mengakses yang lebih meluas dan dapat meningkatkan strata Pendidikan mereka dengan membeli buku latihan tambahan, buku nota serta peranti digital untuk keperluan pembelajaran. Malahan, ada juga antara ibu bapa yang sanggup membayar yuran yang tinggi untuk menghantar anak mereka ke kelas tambahan luar demi meningkatkan pencapaian akademik. Menurut Saifuddin Hj Masduki (1977) semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tnggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka Sebaliknya, masyarakat kelas bawah memilih Pendidikan yang minimum sesuai dengan kemampuan mereka sehingga ada yang tidak mampu meneruskan pembelajaran disebabkan kemerosotan dalam ekonomi. Buktinya, kita dapat lihat melalui keputusan menggunakan Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) secara dalam talian pada April 2020 mengesahkan bahawa kebanyakan murid daripada keluarga miskin tidak mempunyai peranti dan akses internet untuk belajar. Penyataan ini dikuatkan lagi oleh kajian yang dilaporkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia dalam kajian, Families on the Edge (Issue 4), Two-Steps Forward, One Step Back: The New Normal for Malaysia's Urban Poor? pada Mei 2021 mengesahkan kemiskinan menyebabkan peluang kanak-kanak mendapat pendidikan tersekat sejurus menempatkan mereka pada strata yang rendah dalam stratifikasi ekonomi.


3.1.2 Impak Positif Merujuk kepada impak stratifikasi ekonomi kepada budaya sekolah yang telah dibincangkan, kewujudan jurang Pendidikan antara pelajar boleh berlaku disebabkan oleh ekonomi sesorang murid yang mampu mempengaruhi peringkat sosialnya dalam suatu masyarakat. Sungguhpun begitu, ianya boleh dimanipulasikan menjadi satu budaya positif di sekolah. Ini boleh terjadi jika kesemua warga sekolah terutamanya golongan stratifikasi sosialnya tinggi iaitu golongan yang kaya berusaha bersama untuk membantu golongan miskin. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan antara adalah dengan bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dalam mengumpul dana dan sumbangan untuk membantu golongan susah. Awalnya, pihak sekolah haruslah membincangkan perkara ini bersama pihak ibu bapa terlebih dahulu untuk meminta pandangan dan persetujuan daripada mereka. Apabila kesemuanya telah mendapat kata sepakat, dana yang dikumpul dapat digunakan untuk membantu pelajar yang menghadapi kesukaran dari segi keperluan pelajar ataupun kewangan. Antara bentuk sumbangan yang boleh diberikan adalah melalui bantuan awal persekolahan, sumbangan alat tulis, buku nota, pakaian sekolah kepada murid miskin agar mereka dapat menikmati hak untuk belajar yang sama seperti golongan berada. Secara tidak lansung, tindakan ini semestinya dapat membantu memberikan semangat baru untuk belajar kepada murid berekonomi rendah agar mereka dapat sama-sama berjaya dalam pencapaian akademik dimasa akan datang. 3.2 Stratifkasi Status Sosial Bentuk Stratifikasi kedua adalah dari aspek status sosial iaitu pembahagian kelas dalam kalangan masyarakat mengikut perbezaan status kehormatan seseorang. Secara umumnya, orang yang berasal dari keturunan tertentu dianggap lebih dipandang tinggi berbanding dengan keturunan yang lain Dimana mereka dianggap mempunyai kelas tertentu dan hanya bergaul dengan orang tertentu sahaja. 3.2.1 Impak Negatif Stratifikasi status sosial ini sememangnya memberi kesan yang besar dalam budaya suatu sekolah ianya dapat menjejaskan perpaduan sesama pelajar sehingga boleh membawa kepada penindasan. Isu ini dilihat banyak berlaku di sekolah-sekolah yang mana pelajar yang berjawatan tinggi seperti ketua pelajar dan pengawas sekolah dilihat lebih menonjol berbanding murid biasa dan mereka hanya ingin berkawan dengan rakan yang sejawatan dengan mereka. Sudah menjadi


kebiasaan di sekolah khususnya sekolah rendah, apabila pelajar yang berjawatan akan lebih dihormati dan lebih berpengaruh bukan sahaja dalam kalangan murid, tetapi juga dalam kalangan guru. Bukan itu sahaja, kita juga dapat lihat bahawa sikap rasist atau perkauman dalam kalangan murid sudah menjadi satu budaya di sekolah pada masa kini. Bukan sahaja dari segi jawatan semata-mata, malahan mereka juga lebih suka bergaul dengan rakan sekelas mereka sahaja dan tidak bercampur dengan kelas lain. Contohnya, murid kelas hadapan hanya berkawan dengan murid-murid pandai manakala murid kelas belakang pula hanya berkawan sesama mereka. Paling menyedihkan lagi adalah apabila berlakunya rasist antara kaum dimana murid hanya murid hanya bergaul sesama kaum yang sama sahaja sedangkan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi di negara kita yang berbilang kaum ini. Secara tidak lansung, stratifikasi status sosial telah berlaku dalam persekitaran sekolah yang akan menyebabkan tiada kesefahaman dan kerjasama yang wujud dalam diri pelajar. 3.2.2 Impak Positif Pelbagai pendekatan boleh dirancang bagi mengatasi impak stratifikasi status sosial yang memberi kesan yang besar kepada kurangnya perpaduan sesama pelajar. Antaranya, pihak sekolah haruslah merancang lebih banyak program untuk warga sekolah khususnya pelajar agar mereka boleh lebih mengenali antara satu sama lain. Contohnya adalah dengan mengadakan aktiviti bergotong-royong di sekolah pada setiap bulan untuk membantu menyemai semangat perpaduan dan penyatuan hati dalam kalangan murid di sekolah. Pembahagian kumpulan pula adalah secara pencampuran dengan kelas lain, tanpa mengira jawatan, kaum dan sebagainya. Melalui kegiatan ini, kesemua murid akan berusaha untuk menyiapkan sesuatu tugas bersama-sama dan menanam nilai bekerjasama dalam diri murid. Bukan itu sahaja, guru juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam diri murid. Antaranya adalah dengan menjadikan rutin pada setiap hari lima minit sebelum memulakan pembelajaran, guru-guru akan berkongsi maklumat tentang kepentingan perpaduan serta sentiasa menitikberatkan penglibatan murid berbilang kaum dalam aktiviti kumpulan perbincangan di dalam kelas. Kesannya, murid akan lebih terdedah dengan kepelbagaian dan tidak hanya berada di kumpulan yang sama. Ini adalah sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (2019), yang menyatakan bahawa semangat perpaduan


perlu bermula dari sekolah seiring dengan usaha untuk memupuk nilai-nilai keharmonian antara kaum. 3.3 Stratifikasi Politik Stratifikasi sosial juga boleh dilihat dari aspek Politik yang menitipberatkan kekuasaan yang mana semakin tinggi kekuasaan seorang individu tersebut, maka semakin tinggi status sosialnya dan begitu pula sebaliknya. Ini kerana seseorang yang mempunyai kekuasaan tertinggi dinilai mampu mempengaruhi orang lain untuk mencapai tujuannya. 3.3.1 Impak Negatif Jika dibincangkan dalam konteks sekolah, antara isu yang wujud hasil daripada stratifikasi politik ini adalah ketikadilan dan penyalahgunaan kuasa. Isu ini sebenarnya bukan sahaja berlaku dalam kalangan murid, malah ianya juga berlaku kepada guru-guru di sekolah. Politik yang terjadi di sekolah dimaksudkan sebagai satu perubahan kepada tingkah laku atau percakapan seseorang sama ada secara individu atau secara berkumpulan yang bertujuan untuk mempengaruhi dan memanfaatkan warga sekolah yang lain demi kepentingan diri sendiri seperti melindungi diri atau mengekalkan kedudukan dan jawatan. Antara contoh yang berlaku kepada guru di sekolah adalah, apabila wujudnya sesorang guru yang membawa pengaruh yang amat besar yang berasal dari keluarga yang berstatus sosial yang tinggi seperti ahli politik terkenal, secara tidak lansung mereka akan lebih dihormati dan disanjungi berbading orang biasa.Sebagai sebuah institusi sosial, sekolah mempunyai sumber yang terhad untuk ahli-ahlinya seperti pekerjaan tetap, kenaikan pangkat serta penambahan gaji. Secara tidak lansung, keadaan ini memerlukan kepada persaingan antara guru-guru yang mempunyai kehendak dan keperluan peribadi yang tersendiri. oleh yang demikian, dengan wujudnya stratifikasi politik ini, risiko untuk berlakunya ketidak adilan dan kejujuran ketika bekerja itu tinggi. Contohnya, guru muda yang berada pada strata politik yang tinggi ditawarkan kenaikan pangkat atau gaji yang lebih lumayan berbanding guru lain yang bertungkus lumus kearah itu. Secara tidak lansung, ini juga boleh membawa kepada permusuhan dan ketidak adilan kepada guru.


3.3.2 Impak Positif Walau bagaimanapun, impak negatif tersebut boleh dimanipulasikan kepada yang lebih positif jika pihak sekolah bijak dalam menguruskan hal ini. Pihak atasan seperti Guru Besar dan lain lain dapat meningkatkan integriti dan kejujuran mereka dalam pekerjaan dimana mereka tidak menilai seseorang berdasarkan latar belakang, namun berdasarkan kemahiran yang mereka ada.Selain itu, wujudnya individu yang berpengaruh seperti ini sebenarnya dapat membantu sekolah dalam mencari dana dari pihak luar dengan lebih mudah. Sebagai contoh, apabila sesuatu sekolah itu sedang merancang untuk melakukan program atau projek di sekolah, pihak guru boleh mencari sponsorship dari semua kenalan mereka yang pelbagai. Bukan itu sahaja, guru yang datang dari keluarga yang berpengaruh seperti ini selalunya lebih aktif dan hebat dalam berkomunikasi. Oleh yang demikian, pihak sekolah boleh memanfaatkan kehebatan guru-guru ini agar kelebihan mereka tidak disiakan. Penutup Kesimpulannya, sudah jelaslah bahawa stratifikasi sosial yang berlaku pada masa kini sememangnya memberikan kesan kepada institusi sosial khususnya kepada sekolah. Oleh sebab itu, berlakulah proses penyusunan dan pengkelasan individu dalam lapisan-lapisan sosial yang dinilai melalui beberapa faktor tertentu seperti status ekonomi, status sosial, politik serta keturunan seseorang. Ringkasnya, kita dilabel kepada beberapa peringkat yang dipengaruhi oleh sebab tertentu. Meskipun secara kasarnya stratifikasi sosial ini dilihat banyak menyumbang kepada impak negatif, namun hakikatnya ia dapat dimanfaatkan dan dimanipulasikan menjadi suatu budaya yang positif. Oleh yang demikian, saya yakin dan percaya bahawa jika kesemua pihak sedar dan mengambil cakna tentang stratifikasi sosial yang berlaku di sekolah, sudah tentu kita semua mampu mewujudkan persekitaran sekolah yang sejahtera disamping melahirkan warga pelajar yang cemerlang seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.


RUJUKAN BERNAMA. (2021, July 8). Semangat perpaduan perlu dipupuk dari sekolah. ASTRO AWANI. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/semangat-perpaduan-perludipupuk-dari-sekolah-sultan-johor-212032 Dr. Anuar Ahmad. (2022, November 10). Tangani isu kemiskinan elak jurang pendidikan terus melebar. BERITA HARIAN. https://www.bharian.com.my/rencana/lainlain/2022/11/1023687/tangani-isu-kemiskinan-elak-jurang-pendidikan-terusmelebar Hassan Basri. (2020, May 25). KESAN STRATIFIKASI SOSIAL DALAM PENDIDIKAN. SCRIBD. https://www.scribd.com/document/587179136/kesan-stratifikasi-sosialdalam-pendidikan Md. Shahrul Fadzan. (2020, May 16). Kesan Stratifikasi Pendidikan Terhadap Institusi Sosial. Kesan Stratifikasi Pendidikan Terhadap Institusi Sosial. https://www.scribd.com/document/512113717/Kesan-Stratifikasi-PendidikanTerhadap-Institusi-Sosial Muhammad Jefry. (2020, July 6). Kuasa dan Politik dalam Pendidikan. SCRIBD. https://www.scribd.com/doc/293864220/Kuasa-Dan-Politik-Dalam-Pendidikan Siti Nur Aina. (2020, September 11). STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL. SCRIBD. https://www.scribd.com/document/515720096/Topik-2-stratifikasi-Sosial-DanInstitusi-Sosial


Click to View FlipBook Version