ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
1
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
01 3
02 MAKLUMAT SEKOLAH
4-7
03 PROFIL SEKOLAH
04 8-9
05 • PENGENALAN 10
06 • LATAR BELAKANG 11 - 14
07 • VISI SEKOLAH 15 - 16
08 • MISI SEKOLAH 17
09 • VISI SEKOLAH HIJAU 18 - 20
10 • MISI SEKOLAH HIJAU 21 - 22
11 • OBJEKTIF SEKOLAH HIJAU 23 - 28
12 • CIRI-CIRI AMALAN SEKOLAH 29 - 30
13 31 - 32
14 HIJAU 33
JAWATANKUASA PERTANDINGAN 34 - 37
SEKOLAH HIJAU
PROJEK SEKOLAH HIJAU
KERTAS KERJA SEKOLAH HIJAU
LAPORAN KESELURUHAN
PENDAPATAN HASIL JUALAN SEKOLAH
HIJAU
AKTIVITI KEUSAHAWANAN DAN
MANJANA PENDAPATAN DAN PROMOSI
SEKOLAH HIJAU
AKTIVITI SEKOLAH HIJAU
(Kitar semula)
AKTIVITI SEKOLAH HIJAU
(Inovasi dan Kreativiti)
AKTIVITI SEKOLAH HIJAU
(Kebersihan)
AKTIVITI SEKOLAH HIJAU
(Penghijauan)
PENUTUP
LAMPIRAN
2
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
MAKLUMAT SEKOLAH
NAMA SEKOLAH : SMK CONVENT(M) KAJANG
ALAMAT SEKOLAH : JALAN GEREJA, BANDAR KAJANG, 43000
KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
NO. TELEFON : 03-8733 1525
NO. FAKS : 03-8724 2569
ALAMAT E-MEL : [email protected].
NAMA GURU PUAN KALAICHELVI A/P GOPAL DAS
BERTANGGUNGJAWAB : PUAN NURHAYATI BINTI ASRIL
DISAHKAN OLEH:
( TANDATANGAN PENGETUA) ( COP RASMI SEKOLAH)
NAMA : PIBG SMK CONVENT KAJANG
NO. AKAUN BANK : 8600839149
NAMA BANK : CIMB ISLAMIK
NAMA PENERIMA : SMK CONVENT (M) KAJANG
3
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
PROFIL SEKOLAH
PENGENALAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang ialah sebuah sekolah menengah bantuan
kerajaan di Bandar Kajang, Selangor. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah kluster
kecemerlangan dalam bidang Bahasa Inggeris dan St.John Ambulance Malaysia. Sekolah ini
mempunyai dua sesi yang beroperasi pada pagi dan juga petang. Kuasa kakitangan di sekolah
ini terdiri daripada 59 orang guru, 3 orang pekerja siaraya dan 2 orang pengawal. Terdapat 25
buah kelas yang menempatkat 507 orang murid dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Prasarana
yang disediakan terdiri daripada 3 buah Makmal Sains, 1 bilik jahitan, 1 bilik masak, 1 bilik
seni, makmal ICT , padang sekolah, gelanggang badminton, kantin dan koperasi sekolah.
LATAR BELAKANG
Sekolah ini telah dibina sebagai sekolah persendirian pada tahun 1930 dan dimulakan oleh
Infant Jesus Sisters apabila pihak gereja menghadiahkan sebuah banglo yang dapat dijadikan
3 buah bilik darjah. Sister Martha muncul sebagai pengetua sekolah yang pertama.
Pada tahun 1939 timbul keperluan untuk membesarkan sekolah kerana peningkatan jumlah
pelajar dan memulakan sekolah menengah. Sebuah dewan dan 8 buah bilik darjah dibina. Sir.
Micheal menggantikan tempat Sister Martha selepas beberapa tahun beliau berkhidmat.
Secara berperingkat, blok-blok baru dibina antara tahun 1950 dan 1968. Begitupun, pada tahun
1969, sekolah 2 sesi telah dimulakan kerana kelasnya tidak mencukupi untuk pelajarnya yang
ramai. Pada tahun 1974, bilangan guru juga meningkat. Oleh itu, sebuah kelas dijadikan bilik
guru. Bilik guru yang lama dijadikan kelas agama. Pada awal tahun 1976, blok yang
menempatkan 2 buah makmal, bilik jahitan, bilik masakan, bilik komputer, stor SPBT dan bilik
seni telah siap didirikan.
Terdapat 27 buah kelas pada tahun 1984 dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Bilangan kelas
telah dikurangkan kepada 25 buah pada tahun 1993. Disebabkan oleh pengasas dan
pengetuanya yang pertama adalah sister, maka terdapat satu blok yang berbentuk “t” iaitu tanda
salib. Ini merupakan salah satu daripada keistimewaan sekolah ini. Di samping itu, jika blok
tingkatan 1 dan 2 digabungkan, ia akan membentuk abjad “c” yang bermaksud Convent.
4
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera
MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
VISI SEKOLAH HIJAU
Sekolah Hijau, Membentuk Jati Diri Serta
Persekitaran Berkualiti.
MISI SEKOLAH HIJAU
Membudayakan nilai cinta alam dan nilai kebersihan
serta mewujudkan budaya kitar semula di kalangan
pelajar dan warga sekolah.
5
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
OBJEKTIF SEKOLAH HIJAU
➢ Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang hijau, bersih,
indah, selamat dan ceria.
➢ Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, pendidik dan
warga sekolah yang pelbagai kaum dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah selaras dengan Aspirasi murid
iaitu membentuk Identiti Nasional.
➢ Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kehijauan, kebersihan,
keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
➢ Memberi ruang dan peluang kepada murid membudayakan nilai-nilai yang ditonjolkan
untuk meningkatkan sifat-sifat asertif ke dalam diri seterusnya mampu bertindak
menangani pengaruh DARVIH bagi melahirkan masyarakat yang sihat.
➢ Mencungkil bakat murid dalam bidang agrokultur melalui projek tanaman pokok sayur
sayuran seterusnya mencetuskan idea memulakan penjualan secara kecil-kecilan.
➢ Mewujudkan taman mesra alam di kawasan sekolah dan menaikkan taraf sekolah sebagai
sekolah yang mesra alam dan menggalakkan murid-murid menjaga dan memelihara alam
sekitar.
6
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
CIRI-CIRI SEKOLAH HIJAU SMK CONVENT (M) KAJANG
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat
falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Penghijauan dan kebersihan persekitaran serta bilik darjah
merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.
Penyediaan persekitaran yang kondusif merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan
oleh sesebuah institusi pendidikan.
Pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan ) dan
AJK Sekolah Hijau telah menganjurkan Program Pembudayaan Sekolah Hijau bersama pihak
PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ciri–ciri Amalan Hijau yang diamalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M)
Kajang adalah melalui Program Kitar Semula atau dikenali sebagai 5R (Reduce, Reuse,
Reprocess, Recover and Recyle), Program Penjimatan Tenaga, Kempen Penjimatan Air,
Amalan Penghijauan Sekolah, Program Penjagaan Alam Sekitar dan sebagai usaha untuk
membendung penularan Covid-19 kami mengadakan Kempen Galakan Membawa Bekal
Makanan Dan Minuman Sendiri daripada rumah. Setiap murid dan warga kerja SMK Convent
(M) Kajang adalah terlibatkan secara langsung mahu pun tidak langsung dalam usaha
menerapkan amalan hijau di sekolah. Kami percaya dan yakin pembudayaan amalan hijau di
sekolah akan dapat memberikan mereka satu pengalaman yang berguna di rumah sendiri
seterusnya mempengaruhi amalan harian mereka pada masa hadapan.
7
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
JAWANTANKUASA PERTANDINGAN SEKOLAH HIJAU
PENGERUSI : PN NORLILA BINTI OMAR
(PENGETUA)
TIMBALAN PENGERUSI : PN ADIBAH BINTI MAT NOR
(PENOLONG KANAN HAL EHAL MURID)
NAIB PENGERUSI 1 : PN PARIDAH BINTI HASHIM @AHMAD
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI 2 : DR WAN ROKIAH BINTI WAN IBRAHIM
(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
NAIB PENGERUSI 3 : PN AESHAH BINTI SALLEH
(PENOLONG KANAN PETANG)
SETIUSAHA : PUAN NURHAYATI BINTI ASRIL
PUAN KALAICHELVI A/P GOPAL DAS
AJK :
BIL. PERKARA GURU YANG MURID YANG TERLIBAT
TERLIBAT
01 AKTIVITI KITAR PUAN 1. SARANNYA A/P
SEMULA KALAICHELVI HARIKRISHNAN
(REUSE, A/P GOPAL DAS 2. VISHNUPRIYA A/P
RAMADASS
REDUCE,RECYCLE) PUAN 3. LIS NABILAH BINTI
NURHAYATI ZAMANI
BINTI ASRIL
4. ROSHINIDURGAA A/P
THIYAGARAJAN
5. PREETEEBA A/P JAYA
KUMAR
6. ALEESHA NURNADIA
BINTI MOHD AZLAN
7. SEOW WEE RAY
8. DANASHRI A/P
JAGATHISEN
9. LILY NURNAJWA BINTI
MOHD AZLAN
02 AKTIVITI INOVASI PUAN 1. PREETEEBA
DAN KREATIVITI KALAICHELVI A/P JAYA KUMAR
A/P GOPAL DAS 2. KRITHIGAH
A/P PREMKUMAR
3. LUGASHINY
8
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
PUAN A/P MOHAN A/P
NURHAYATI 4. SUMITRA
BINTI ASRIL
A/P S.KALAIARASU
5. RESHIKA
RAMANATHAN TITO
03 AKTIVITI PUAN 1. SEOW WEE RAY
KEBERSIHAN KALAICHELVI 2. DANASHIRI A/P
A/P GOPAL DAS JAGATHISEN NURNADIA
3. ALEESHA
PUAN BINTI MOHD AZLAN
NURHAYATI 4. NIVASHINI A/P KUMARAN
BINTI ASRIL 5. SUMITRA A/P S.
KALAIARASU
6. CHEW YIN THONG
7. SOFIA EVELYNA ANAK
ARIN
8. RESHIKA A/P
RAMANATHAN TITO
9. LUGASHINY A/P MOHAN
04 AKTIVITI PUAN 1. PREETEEBA A/P JAYA
PENGHIJAUAN KALAICHELVI KUMAR
A/P GOPAL DAS 2. KRITHIGAH
A/P
PREMKUMAR
PUAN 3. KERTHANA DEVI A/P
NURHAYATI PREMANENTH A/P
BINTI ASRIL
4. ROSHINIDURGAA
THIYAGARAJAN
5. ATIYAH FARAHANA BINTI
TED ADNAN ASMADI
6. MITTHRRA A/P
THIAGARAJAN
7. DARRSHINI A/P
MAHENDRAN
8. YASHINI A/P MURUGAN
9
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU
BIL PERKARA/TAJUK TARIKH
01 AKTIVITI MENJANA PENDAPATAN 4/9/2020
• Jualan Buah strawberi dan anak pokok cili, anak pokok 25/9/2020
terung, biji benih cili, biji benih terung serta biji benih
kangkung.
02 AKTIVITI KITAR SEMULA
• Bilangan dan lokasi tong-tong kitar semula. 11/9/2020
• Pembinaan kotak Kitar Semula 4/9/2020
• Jualan minyak terpakai dan botol mineral kosong 12/10/2020
03 AKTIVITI INOVASI DAN KREATIVITI
• Progran baja kompos dan sisa makanan. 11/10/2020
• Pembuatan sabun dari minyak masak terpakai 7/10/2020
• Program penjimatan elektrik dan penggunaan tenaga 5/10/2020
alternatif.
• Pertandingan hiasan kelas daripada barangan kitar 1/9/2020
semula 23/9/2020
• Penghasilan barangan baru dari barangan kitar semula
(potpori)
04 AKTIVITI KEBERSIHAN 13/10/2020
• Pengurusan pembersihan dan kutipan sampah. 17/8/2020
• Kaedah pembersihan di kawasan sekolah secara
menyeluruh. 17/8/2020
• Amalan pembersihan di kawasan sekolah yang
berpenggunaan plastik sifar.
05 AKTIVITI PENGHIJAUAN
• Penjagaan tanaman pokok yang sedia ada dan baharu di 3/8/2020
sekitar kawasan sekolah. 6/8/2020
• Penanaman pokok hiasan di sekitar sekolah
10
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH HIJAU 2020
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat
falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Penghijauan dan kebersihan persekitaran serta bilik darjah
merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.
Penyediaan persekitaran yang kondusif merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan
oleh sesebuah institusi pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan
sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan
Kebersihan ) dan AJK Sekolah Hijau telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti
Pembudayaan Sekolah Hijau bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah
diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan
pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan,
keceriaan dan penghijauan kawasan sekolah termasuk bilik darjah.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang hijau, bersih,
indah, selamat dan ceria.
2.2 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, pendidik dan
warga sekolah yang pelbagai kaum dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah selaras dengan Aspirasi murid
iaitu membentuk Identiti Nasional.
11
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
2.3 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kehijauan, kebersihan,
keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
2.4 Memberi ruang dan peluang kepada murid membudayakan nilai-nilai yang ditonjolkan
untuk meningkatkan sifat-sifat asertif ke dalam diri seterusnya mampu bertindak menangani
pengaruh DARVIH bagi melahirkan masyarakat yang sihat.
2.5 Mencungkil bakat murid dalam bidang agrokultur melalui projek tanaman pokok sayur
sayuran seterusnya mencetuskan idea memulakan penjualan secara kecil-kecilan.
2.6 Mewujudkan taman mesra alam di kawasan sekolah dan menaikkan taraf sekolah sebagai
sekolah yang mesra alam dan menggalakkan murid-murid menjaga dan memelihara alam
sekitar.
3.0 KUMPULAN SASARAN
Murid, Guru, kakitangan sekolah dan Ahli PIBG
4.0 NAMA PROGRAM
“SEKOLAH HIJAU 2020”
5.0 VISI
MEMBUDAYAAN SEKOLAH HIJAU DAN MEMBENTUK JATI DIRI SERTA
PERSEKITARAN BERKUALITI
6.0 MISI
MEMBUDAYAKAN NILAI CINTA ALAM DAN NILAI KEBERSIHAN SERTA
MEWUJUDKAN BUDAYA KITAR SEMULA DI KALANGAN PELAJAR DAN WARGA
SEKOLAH.
12
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
7.0 AKTIVITI YANG DICADANGKAN
AKTIVITI MENJANA PENDAPATAN
• Jualan Buah strawberi dan anak pokok cili, anak pokok terung, biji benih cili, biji benih
terung serta biji benih kangkung.
AKTIVITI KITAR SEMULA
• Bilangan dan lokasi tong-tong kitar semula.
• Pembinaan kotak Kitar Semula
• Jualan minyak terpakai dan botol mineral kosong
AKTIVITI INOVASI DAN KREATIVITI
• Program baja kompos dan sisa makanan.
• Pembuatan sabun dari minyak masak terpakai
• Program penjimatan elektrik dan penggunaan tenaga alternatif.
• Pertandingan hiasan kelas daripada barangan kitar semula
• Penghasilan barangan baru dari barangan kitar semula (potpori)
AKTIVITI KEBERSIHAN
• Pengurusan pembersihan dan kutipan sampah.
• Kaedah pembersihan di kawasan sekolah secara menyeluruh.
• Amalan pembersihan di kawasan sekolah yang berpenggunaan plastik sifar.
AKTIVITI PENGHIJAUAN
• Penjagaan tanaman pokok yang sedia ada dan baharu di sekitar kawasan sekolah.
• Penanaman pokok hiasan di sekitar sekolah
13
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan Sumber
(RM)
Bil Perkara Jumlah (RM)
1. Bahagian Taman : PIBG/
Tanah baja 200.00 Keuntungan
Anak pokok cili dan terung 100.00 Jualan
Spray Paint 96.00
Dawai Bakul Kitar Semula 36.00 432.00
Bahan pembersih – thinner
2. Sarung tangan Sumbangan
Syarikat
Berus pencuci tandas Pembersihan
PIBG
Bahan pencuci tandas
3. Dokumentasi / Gimik 50.00 50.00
Pelancaran
JUMLAH KESELURUHAN 482.00
Disediakan oleh: Disemak Oleh
_______________________
_____________________ (Pn. Adibah Binti Mat Nor)
(Pn. Nurhayati Binti Asril) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Convent (M) Kajang
Disahkan oleh:
14
___________________
(Pn. Norlila Binti Omar)
Pengetua
SMK Convent (M) Kajang
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
Laporan Keseluruhan Program Sekolah Hijau 2020
Penghijauan dan kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor
yang dapat membantu meningkatkan kualiti proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
di dalam kelas. Penyediaan persekitaran yang kondusif merupakan tanggungjawab yang perlu
dititikberatkan oleh semua pendidik dan ini memerlukan sokongan dan dokongan daripada
semua pihak.
Pada tahun ini AJK Sekolah Hijau telah melaksanakan 5 aktiviti utama Sekolah Hijau
iaitu pertama, menjana pendapatan melalui jualan anak pokok dan buah-buahan segar. Sesi
jualan yang dijalankan secara mingguan semenjak Program Sekolah Hijau dilancarkan
mendapat sambutan hangat daripada pihak sekolah, alumni dan juga AJK PIBG. Program
menjana pendapatan ini juga adalah melalui jualan minyak terpakai yang dikumpul secara
berkala serta jualan botol-botol mineral yang dikumpul di dalam tong kasa dawai yang dibina
oleh AJK kami sendiri.
Aktiviti kedua dan ketiga adalah aktiviti kitar semula serta inovasi dan kreativiti. Di
bawah aktiviti ini botol-botol pastik diubah menjadi hiasan kelas merdeka, minyak terpakai
menjadi sabun dan penghasilan barangan baru melalui pembuatan pot-puri. Sewaktu sambutan
Bulan Kemerdekaan tahun ini, pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Sejarah telah
mengadakan Pertandingan Hiasan Kelas daripada barangan kitar semula seperti kertas surat
khabar, botol plastik, penutup minuman dan tin aluminium. Kreativiti murid-murid terserlah
dengan penciptaan pelbagai hasil yang menarik. Terdapat kekangan dalam mempromosikan
Sekolah Hijau akibat SOP yang ketat oleh pihak sekolah untuk membendung penularan wabak
Covid-19. Namun, perkara ini tidak melemahkan semangat AJK Sekolah Hijau untuk terus
memastikan Visi dan Misi kami tercapai.
15
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
Aktiviti yang keempat dan kelima pula adalah aktiviti kebersihan dan penghijauan
kawasan sekolah. Aktiviti kebersihan ini merupakan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.
Pada tahun ini projek utama kebersihan sekolah adalah menempatkan sebuah tong sampah
yang dikhususkan untuk membuang bekas minuman plastik yang akan dijual di pusat kitar
semula yang terletak di jalan Reko, Kajang. Tong sampah ini diperbuat daripada jaring besi
yang dibentuk menjadi sebuah bakul bulat yang tinggi dan besar. Aktiviti Penghijauan kawasan
sekolah pula tertumpu pada kawasan lapang bersebelahan gelanggang badminton sekolah
rendah.
Aktiviti pada tahun ini telah berjaya mewujudkan dan meningkatkan semangat
kerjasama yang padu antara murid, guru, ibu bapa melalui PIBG, dan para alumni SMK
Convent (M) Kajang. Melalui aktiviti Sekolah Hijau ini, pembudayaan persekitaran dan bilik
darjah yang bersih dan ceria dapat diwujudkan. Ini seterusnya membantu mempertingkatkan
kesedaran terhadap kepentingan menjaga dan memulihara alam lebih awal dalam diri murid-
murid. Menjadi harapan sekolah agar pembudayaan sekolah hijau akan diteruskan di kalangan
warga sekolah. Komitmen dan sumbangan daripada semua pihak amat dihargai dan kami
sulami dengan ucapan ribuan terima kasih.
16
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
Pendapatan Hasil Jualan Sekolah Hijau
Jumlah pengumpulan barangan terpakai seperti botol-botol air mineral dan minyak terpakai
pada tahun ini tidak begitu menggalakkan. Kebimbingan terhadap jangkitan dan penularan
virus Covid-19 yang semakin meningkat di negeri Selangor menghadkan pergerakkan murid
dan guru untuk mengumpul dan melancarkan kempen pengumpulan barang kitar semula ini.
Berikut merupakan hasil pendapatan sempena Jualan Program Sekolah Hijau yang bermula
pada bulan September 2020.
1. Hasil Jualan Aktiviti Keusahawanan : RM 75.00
2. Hasil Jualan Minyak Terpakai : RM 75.00
3. Hasil Jualan Botol Mineral : RM 2.00
Jumlah Pendapatan : RM 152.00
17
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
AKTIVITI SEKOLAH HIJAU
NAMA AKTIVITI : AKTIVITI KEUSAHAWANAN MENJANA PENDAPATAN
Pihak jawatankuasa sekolah hijau telah mengadakan sesi jualan anak pokok cili, pokok
kangkung, anak pokok terung dan buah strawberi bersempena Program Minggu Sekolah Hijau.
Aktiviti ini dijalankan untuk menjana dana bagi membiayai sedikit sebanyak kos perbelanjaan
Program Sekolah Hijau. Para pentadbir, guru-guru, kakitangan dan para pelajar telah memberi
sambutan yang meriah dan menyokong kempen ini dengan membeli pokok dan juga buah
strawberi yang dijual. Hasilnya, program ini berjaya mengumpul sedikit wang tunai untuk
menampung pembelanjaan aktiviti sekolah hijau disamping sumbangan PIBG sekolah.
MINGGU 1: AKTIVITI PENJUALAN ANAK POKOK CILI DAN BUAH
STRAWBERI SEGAR
Pn Kalai bergambar kenangan bersama-
sama AJK sesi pagi.
Penyelaras Sekolah Hijau 2020, Pn Kalai
dan Pn Nurhayati mengambil kesempatan
bergambar bersama-sama.
18
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
Bonda pengetua, Pn Norlila, GKMP AJK Sekolah Hijau sesi petang
dan kaunselor sekolah Bersama- yang bertugas pada minggu
sama memeriahkan jualan kami pada ini.
hari tersebut.
Bonda Pengetua, Pn Norlila, bersama GKMP Teknik dan Vokasional dan GKMP
Sains dan Matematik sedang tekun memilih buah strawberi masing-masing.
Terima kasih cikgu!
19
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
MINGGU 2: AKTIVITI PENJUALAN ANAK POKOK CILI DAN ANAK POKOK
TERUNG
Terima kasih YDP PIBG En Amirul, Bonda Penolong Kanan Kokurikulum Dr Wan
Pengetua Pn Norlila dan alumni SMK bersama-sama Penolong Kanan Petang
Convent (M) Kajang kerana sudi melawat Pn Aeshah turut meluangkan masa
jualan Sekolah Hijau pada minggu ini. untuk melawat tapak pameran dan
jualan kami.
Jualan dan Kempen Sekolah Hijau minggu kedua. Selain jualan anak pokok, AJK juga perlu
menerangkan kepada pengunjung tentang projek kitar semula cawan minuman plastik, minyak
masak terpakai dan proses pembuatan bekas plastik 5 liter yang dijadikan bekas tanam anak
pokok.
20
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
AKTIVITI SEKOLAH HIJAU (Kitar Semula)
NAMA AKTIVITI : TONG KITAR SEMULA
Ulasan
Di kawasan sekolah, terdapat satu gudang kitar semula yang boleh menempatkan 3 buah tong
kitar semula. Tong kitar semula telahpun dilabel kertas,plastik dan logam. Murid-murid diberi
taklimat melalui Whatsapp dan disarankan untuk membawa bahan buangan yang boleh dikitar
semula dari rumah. Bahan yang telah dikumpul dan digunakan untuk menjayakan projek hijau
yang lain. Contohnya, sisa botol plastik minyak dan air mineral sebesar 5L. Botol plastik
tersebut telah dipotong dan disembur cat supaya cahaya matahari tidak merosakkan larutan
baja yang diletakan di dasar botol. Botol plastik ini digunakan untuk menanam pokok cili dan
pokok terung.
Tong kitar semula yang diletakkan bersebelahan
Dataran Intergrasi memudahkan murid-murid
meletakan barang-barang kitar semula.
Gudang kitar semula yang menempatkan
barangan kitar semula seperti kertas, tin
dan botol botol plastik.
Setiap kelas juga diwajibkan menyediakan kotak
kitar semula. AJK kebersihan kelas (Skuad 3K1)
akan memantau kebersihan kotak ini dari masa
ke semasa.
21
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
NAMA AKTIVITI : PENJUALAN MINYAK MASAK TERPAKAI.
Ulasan
Pengumpulan minyak masak terpakai telah dijalankan sepanjang bulan September dan
Oktober 2020. Projek pengumpulan minyak masak terpakai ini adalah kali pertama
seumpamanya diadakan di SMK Convent (M) Kajang ini. Sambutan daripada murid dan warga
sekolah agak memberangsangkan. Sejumlah 10 botol 5 liter minyak masak terpakai telah
berjaya dikumpulkan dan dapat dijual dengan harga RM 1.50 seliter. Sejumlah RM 75.00
terkumpul dan wang ini dimasukkan ke dalam tabung Sekolah Hijau 2020 untuk menampung
sedikit sebanyak perbelanjaan program kali ini.
22
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
AKTIVITI SEKOLAH HIJAU (Inovasi dan kreativiti)
NAMA AKTIVITI : PROGRAM BAJA KOMPOS DAN POTPORI.
Ulasan
BAJA KOMPOS
Program Baja Kompos daripada sisa makanan sebagai aktiviti inovasi dan kreativiti, sisa
makanan seperti kulit buah-buahan dan sayur-sayuran dikumpul. Setelah, mendapat sisa yang
mencukupi, bahan terebut telah dikisar dan dijadikan pes baja kompos untuk disiram pada
tanaman . Baja kompos ini, hanya disiram setelah pokok cili dan terung berbunga dan mula
berbuah.
Proses pembuatan baja kompos daripada sisa makanan.
Baja kompos yang telah siap.
23
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
POTPORI
Selain itu, penghasilan barangan baru dari barangan kitar semula telah diusahakan oleh ahli
kelab pencinta alam, di mana kami telah memanfaatkan kegunaan serai wangi, kulit limau
parut, lavender dan daun pandan. Dua orang murid telah ditugaskan dengan penghasilan
potpori daripada bahan-bahan ini. Gabungan wangian yang setanding dengan pewangi yang
ada dipasaran luar. Potpori yang dihasilkan diletakkan di sekitar kawasan sekolah seperti di
bilik pentadbir, bilik guru, tandas pelajar dan pejabat.
Serai wangi
➢ potongkan serai wangi dan kulit limau parut
➢ dijemuir di bawah cahayta matahari selama seminggu
➢ dimasukkan ke dalam balang kaca dan bilikl-bilik khas,
tandas pelajar dan bilik guru.
Daun pandan
➢ Daun pandan dan lavendar dipotong dan dijemur
dibawah cahaya matahari sehingga kering.
➢ dimasukkan ke dalamn balang kaca dan diletakan di
bilik-bilik khas, tandas pelajar dan bilik guru.
Potpori yang telah siap.
24
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
NAMA AKTIVITI : PERTANDINGAN HIASAN KELAS
Sisa kertas, plastik dan aluminum telah digunakan untuk menghias kelas bersempena Bulan
Kemerdekaan.
Kretiviti murid terserlah apabila mereka berjaya menghasilkan bendera Jalur
Gemilang daripada Botol mineral dan penutup botol.
Hiasan bunga daripada tin aluminum yang di cat.
Menara berkembar KLCC.
Bunga hiasan daripada surat khabar dilekatkan
pada papan putih yang tidak digunakan sewaktu
pdpc.
25
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
NAMA AKTIVITI: PEMBUATAN SABUN DARIPADA MINYAK TERPAKAI
Minyak masak terpakai boleh dikitar semula menjadi sabun. Selain menjadi sumber bahan
bio-mass (bahan api), kita boleh memproses minyak masak terpakai menjadi sabun dan pada
masa yang sama menjimatkan kos belanjawan domestik bulanan, alternatif kepada produk
pencuci.
Proses pembuatan sabun memerlukan hanya 3 bahan asas.
• Lye (NaOH/KOH)
• Minyak masak terpakai
• Air
Minyak yang telah dipakai haruslah ditapis terlebih dahulu
untuk memastikan minyak adalah bersih dari sisa makanan
yang tertinggal
Langkah-langkah keselamatan perlu diutamakan dalam
pembuatan sabun, antaranya memakai pakaian berlengan
panjang, memakai sarung tangan, dan topeng muka.
3 bahan asas dan alatan yang diperlukan dalam
pembuatan sabun.
26
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
NAMA AKTIVITI: PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK DAN PENJIMATAN AIR
Ulasan
Smk Convent (M) Kajang adalah antara sekolah tertua di Daerah Hulu Langat. Sistem
pendawaian elektrik sekolah telah dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk menampung
keperluan dan permintaan tenaga yang semakin meningkat mengikut arus pembangunan
semasa. Projek penjimatan tenaga yang telah dilaksanakan antaranya menukar mentol-mentol
lampu kalimantang kepada mentol LED yang lebih menjimatkan tenaga. Pintu–pintu kayu
yang lama juga telah ditukar kepada pintu–pintu kaca yang kalis cahaya dan haba untuk
mencegah haba daripada persekitaran masuk dan juga dapat mencegah pengaliran keluar suhu
sejuk ke persekitaran.
Pintu Bilik-Bilik Khas yang telah ditukar daripada kayu kepada pintu-pintu kaca yang kalis haba dan cahaya
untuk mencegah haba daripada persekitaran masuk dan seterusnya dapat menurunkan suhu di dalam bilik.
27
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
Pelekat-pelekat kecil “Save Energy, Switch it Off” dilekatkan di suiz-suiz lampu di dalam kelas
sebagai usaha untuk memberi peringatan kepada murid untuk menutup suiz elektrik sebelum
meninggalkan kelas masing-masing. Begitu juga dengan Kempen Penjimatan Air, pelekat
pelekat kecil “Bersama-sama kita Jimtkan Air” turut dilekat di setiap tempat mencuci tangan
di sekitar sekolah. Adalah diharapkan usaha yang kecil ini akan memberi impak yang besar
kepada murid-murid SMK Convent (M) Kajang terhadap Kempen Jimat Tenaga yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah.
AJK Sekolah Hijau menampal pelekat kecil di suiz-suiz lampu dan kipas
di dalam bilik darjah serta tempat membasuh tangan di sekitar Kawasan
sekolah.
28
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
AKTIVITI SEKOLAH HIJAU (Kebersihan))
NAMA AKTIVITI : MENEMPATKAN TONG YANG DIPERBUAT DARIPADA
KASA DAWAI LOGAM
Ulasan
Kebersihan kawasan sekolah dipelihara dengan menempatkan
tong yang diperbuat daripada kasa dawai logam yang anti-karat.
Dengan ini, murid-murid dan warga SMK convent (M) Kajang
akan terus membuang sisa plastik ke dalam tong itu dan
mengurangkan sampah plastik di kawasan sekolah. Sampah
daripada tong yang sudah penuh akan dikutip mengikut jadual
yang ditetapkan. Dengan berbuat begini, kita dapat memastikan
kebersihan sekolah dapat dijaga.
Di samping itu, kutipan pengurusan sampah kitar
semula telah dijalankan dibawa program ini. Botol
plastik air mineral sebesar 1 liter telah dikumpul
selama dua minggu. Botol-botol ini telah dibersihkan
dan diikat dalam plastik untuk dijual ke Pusat Kitar
Semula. Seramai 2 orang pelajar dan 2 orang pengawal sekolah telah membantu guru yang
terlibat untuk menjayakan program ini. Seterusnya, amalan
pembersihan di kawasan sekolah seperti penggunaan plastik
sifar juga telah dilaksanakan di kawasan sekolah. Di seluruh
kawasan sekolah, hanya dua buah tong sampah ditempatkan di
blok tingkatan 3 dan di hadapan bilik guru untuk
meminimalkan sampah dan dijadikan sebagai amalan
29
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
pembersihan di kawasan sekolah menjadi seperti penggunaan plastik sifar.
Selanjutnya, keadaan kebersihan di kawasan sekolah secara menyeluruh juga dipantau. Tiada
tong sampah yang ditempatkan di merata tempat dan murid hanya boleh membuang sampah di
tong yang tertutup di hadapan bilik guru dan di sekitar blok tingkatan 3.
30
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
AKTIVITI SEKOLAH HIJAU (Penghijauan)
Nama Aktiviti : MENANAM POKOK CILI DAN POKOK TERUNG
Ulasan
Di sekolah,terdapat satu kawasan di mana kami telah menanam tanaman baharu, iaitu pokok
cili dan pokok terung. Ahli Jawatan kuasa Sekolah Hijau telah berjaya menanam dan menjaga
tanaman ini dengan baik. Bagi memastikan tugas penjagaan pokok ini dilaksanakan dengan
baik dan berkesan, ahli kelab ini telah mewujudkan sebuah jadual untuk membahagikan tugas
memelihara dan menyiram pokok tersebut pada setiap hari. Sebagai contoh, dua orang ahli
akan bertugas menyiram pokok-pokok ini pada hari Isnin, dan pada hari selasa dua orang ahli
lain akan bertugas. Seterusnya, kami telah menanam pokok hiasan di sekitar kawasan sekolah.
Pihak sekolah telah menanam pokok-pokok hiasan di sekitar sekolah untuk mencantikkan dan
menceriakan lagi kawasan sekolah. Ini dapat membawa kesan yang positif terhadap warga
sekolah kerana ianya dapat menyegarkan minda dan memberi aura yang positif kepada warga
sekolah.
31
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
Nama Aktiviti: MENANAM POKOK-POKOK HIASAN DI SEKITAR SEKOLAH
Ulasan
Projek lanskap baharu kawasan sekolah telah dilaksanakan oleh AJK 3K sekolah, diketuai
oleh Puan Junainah Binti A.Rahman. Sentuhan ajaib Puan Junainah telah berjaya mengubah
lanskap SMK Convent (M) Kajang menjadi Laman 3K yang indah.
Sentuhan penghijauan kawasan baru oleh Puan
Junainah guru keceriaan sekolah
32
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
PENUTUP
Program yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama serta
sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat. Program Sekolah Hijau ini telah berjaya
membudayakan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara warga pendidik dan
warga sekolah dari pelbagai kaum dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan kebersihan dan
penghijauan kawasan sekolah.
Program ini juga telah berjaya menarik minat semua pihak untuk lebih peka terhadap
isu-isu berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain itu program yang
dirancang juga berjaya memenuhi tiga daripada enam Aspirasi Murid iaitu Kemahiran
Memimpin, Membentuk Identiti Nasional serta Etika dan Kerohanian. Keprihatinan dan
komitmen warga sekolah terhadap budaya hijau, kebersihan, keindahan dan keceriaan serta
menghargai semua kemudahan yang telah disediakan dapat dipertingkatkan.
Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Bonda Pengetua, Puan Norlila
Binti Omar, barisan pentadbir dan semua pihak yang terlibat dalam membantu
menyempurnakan aktiviti Sekolah Hijau pada tahun ini. Juga, kepada Majlis Perbandaran
Kajang yang menaja program dan sentiasa berkhidmat kepada penduduk di Daerah Kajang.
Dengan usaha dan kerjasama daripada semua pihak, aktiviti-aktiviti ini dapat disiapkan dalam
masa yang ditetapkan. . Semoga usaha yang kecil ini dapat menaikkan semangat warga sekolah
untuk ke sekolah setiap hari.
Kerjasama dan sokongan moral daripada Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, murid-
murid dan PIBG SMK Convent (M) Kajang melalui sumbangan idea dan tenaga sangat
bermakna kepada kami. Terima kasih dan semoga semangat kerjasama ini akan terus menjadi
amalan di kalangan warga sekolah. Adalah diharapkan usaha murni ini akan diteruskan lagi
pada masa-masa yang akan datang.
33
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
1) Borang Penyertaan
2) Kutipan jualan minyak terpakai.
34
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
3. Iklan Pengumpulan Botol Plastik kosong untuk penanaman pokok
35
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
4. Iklan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai
36
ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020
5. Hebahan-hebahan ke group whatapps kelas, dengan bantuan guru kelas.
37