The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by epuveneswary, 2021-09-13 08:57:48

FLIPBOOK TABATA

FLIPBOOK TABATA

 Senaman TABATA adalah sejenis senaman “High-Intensity
Interval Training” (HIIT) yang menyasarkan peningkatan
kecergasan yang banyak dalam masa yang singkat.

Latihan tabata ialah inovasi daripada seorang pengkaji Jepun
bernama Dr Izumi Tabata dan kumpulannya yang membuat kajian
di National Institute of Fitness and Sports di Tokyo pada tahun
1996.

Hasil kajian beliau membuktikan bahawa latihan interval
berintensiti tinggi ini memberi peningkatan yang lebih kepada
kedua-dua sistem aerobik dan anaerobik.

 Membangkit semangat bersaing yang sihat dalam kalangan
murid.

 Mengilap bakat murid di dalam bidang sukan di peringkat yang
lebih tinggi.

 Meningkatkan minat murid terhadap mencari maklumat
TABATA.

Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan
menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pertandingan ini terbahagi kepada tiga (3) kategori:-

Sekolah Rendah : Murid Tahun 4-6 (Lelaki)
: Murid Tahun 4-6 (Perempuan)

Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1-3 (Lelaki)
: Murid Tingkatan 1-3 (Perempuan)

Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4-5 (Lelaki)
: Murid Tingkatan 4-5 (Perempuan)

Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan
sekolah menengah warganegara Malaysia sama ada di Sekolah
Rendah/ Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah/ Menengah
Bantuan Kerajaan, Sekolah Rendah/ Menengah Agama Negeri
dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah swasta yang
berdaftar dengan KPM. Penyertaan ini tidak termasuk Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh
(SBP).

 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu (1) video sahaja.

 Dua penyertaan sahaja bagi setiap kategori dari satu sekolah.

Video mesti dirakam bersama muzik berdurasi:

(20 saat melakukan aktiviti 10 saat rehat)

Kategori Sekolah Rendah : Murid Tahun 4-6 (4 minit 10saat +/-)

:4 Aktiviti X 2 Pusingan

Kategori Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1-3 (4 minit 10saat +/-)

: 8 Aktiviti X 1 Pusingan

Kategori Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4-5 (4 minit 10saat +/-)

: 8 Aktiviti X 1 Pusingan

Setiap video mestilah disertakan dengan borang penyertaan
yang lengkap. Pihak penganjur berhak menolak borang
penyertaan yang tidak lengkap.

 Video tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta
menyentuh sensitiviti bangsa, agama dan kaum mana-mana
pihak.

 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap mutu dan
kualiti video. Oleh itu, setiap peserta hendaklah memastikan
video persembahan berkualiti dan bermutu tinggi.

 Peserta dikehendaki memakai seluar trek panjang, t-shirt dan
kasut agar kemas dan seragam serta menunjukkan kesukanan.
Seluar sukan hendaklah yang tidak berskirt. Pakaian sukan/t-
shirt/seluar yang dipakai semasa persembahan perlu kelihatan
kemas.

 Pakaian yang mencolok mata tidak dibenarkan.

 Pemakaian yang melambangkan keganasan, keagamaan dan
kekejaman tidak dibenarkan sama sekali.

 Rambut yang panjang mesti diikat sebagai sanggul dan kemas.
Rambut tidak boleh menutup dahi dan hendaklah digel. Tiada
penggunaan pewarna rambut mahupun butiran kerlipan di
rambut.

 Barang kemas, jam tangan, topi/cap, hoodie, cermin mata,
props, ribbon atau/dan sebarang apa sahaja aksesori tidak
dibenarkan.

Pakaian

 Tidak boleh memakai sebarang aksesori seperti jam tangan,
barang perhiasan/kemas, topi/cap, riben/hiasan kepala,
bandana/hiasan kepala dan seumpamanya.

 Pakaian yang tidak bersesuaian seperti jaket, hoodie, seluar
berskirt, seluar pendek dan pakaian yang mencolok mata.

 Costume, pakaian berhias, dan bukan pakaian sukan.

Video
 Paparan video persembahan yang tidak memaparkan
keseluruhan kawasan dan persembahan yang jelas.

 Video yang dirakam tidak statik (bergerak-gerak)

 Video yang mempunyai latar belakang yang telah diedit
(diletakkan latar belakang bertema)

 Kualiti video yang rendah.

 Link yang tidak boleh dibuka.

 Video yang tidak menepati tempoh masa persembahan.

 Penghantaran penyertaan bagi semua kategori adalah
30 September 2021 (Khamis) sebelum 11:59malam. Penghantaran
penyertaan selepas itu tidak akan diterima oleh pihak penganjur.

 Sila muat naik video ke Youtube dan tetapkan dengan paparan
“Unlisted”. Kemudian dapatkan pautan dan masukkan di ruangan
yang disediakan. Perkara-perkara yang perlu ditulis di bahagian
“description” adalah :-
 NAMA MURID
 NAMA SEKOLAH
 KATEGORI PERTANDINGAN
“PERTANDINGAN TABATA PERINGKAT DAERAH KUANTAN 2021”
“STAY AT HOME WITH HEALTHY LIFESTYLE”.

Cara menghantar penyertaan anda ke link google form:-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdHL33fvRPjzIg3u
R1tVosF1U3c-_DgBfCrs6sm2DtreJ5l3g/viewform

 Video TABATA akan disemak oleh panel hakim yang dilantik oleh
pihak penganjur.

 Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat
oleh panel hakim secara kolektif.

Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan.

Panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan
dilayan.

 Murid akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang
telah ditetapkan:-

Penyampaian = 25%
Kelancaran aktiviti = 25%
Tahap kesukaran = 25%
Pilihan aktiviti = 15%
Penggunaan mesra = 10%

 Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan mengikut
tahap penyertaan murid.

 Setiap pemenang akan menerima hadiah dan sijil pencapaian
mengikut tahap pencapaian murid.

 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini adalah
sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat
pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai
taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad.

 Pihak jawatankuasa pengelola tidak akan bertanggungjawab dan
tidak boleh didakwa atas sebarang kecederaan semasa persediaan
dibuat oleh peserta.

Seluruh warga SJKT LADANG KUALA REMAN,
PANCHING mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan

PERTANDINGAN TABATA PERINGKAT DAERAH
KUANTAN 2021 dengan jayanya.


Click to View FlipBook Version