The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Lee Kwan Hao, 2020-11-29 08:50:06

BM buku cerita 2.0.2

BM buku cerita 2.0.2

The MisanthropisT

Penulis & Ilustrator: Bryan Lee
Penyunting: Josiah Ow Yang, Aidan Kwong
Pembantu khas: Ethan Woo, Jamie Jun

Misanthropy merupakan sejenis falsafah yang jarang disentuh oleh

ahli falsafah. Ia kerap dikumpul dengan nihilisme. Seorang
misanthrope merupakan seseorang yang benci ataupun rasa tidak
senang terhadap manusia sebagai spesies, tingkah laku dan sifat
manusia. Bahawa kita mempunyai perkataan ‘misanthrophy’ dalam
banyak bahasa menunjukkan bahawa apa pun kesetiaan kita
terhadap spesies kita, tidak jarang manusia melihat spesies kita
secara kolektif. Seorang misanthrope berfikir bahawa semua
manusia adalah sama, mereka termasuk, tidak kira bangsa,
kewarganegaraan atau faktor yang lain. Oleh itu, seorang
misanthrope juga benci akan sendiri. Mereka berfikir sahaja bahawa
kewujudan manusia pada bumi kita haruslah tamat tanpa
penyesalan.

1

"Saya benci manusia," Dr. Johnson pernah mengaku, "kerana saya
menganggap diri saya salah satu yang terbaik, dan saya tahu
betapa buruknya saya."

Mengapakah sesama manusia memandang spesies kita sebagai

kesalahan terbesar Pencipta?

2

Pada suatu malam, aku berbaring di atas katil. Walaupun telah

mengambil dos pil tidur yang ditetapkan, aku masih tidak dapat tidur
kerana gejala insomnia. Fikiranku, dipenuhi dengan pemikiran dan
tekanan mengenai kerja sekolah dan peperiksaan…aku mengeluh.
Aku berfikir, “Apakah tujuan aku menyiapkan kerja rumah pada
waktunya?” “Apakah faedah yang aku dapat selepas mendapat
markah tertinggi dalam peperiksaan?” Selepas itu, aku berfikir
“Mengapakah manusia berdaya saing dalam apa-apa yang kita
lakukan? ‘Mengapakah manusia tidak akan berusaha kecuali ada
ancaman ataupun insentif?”
Pada malam ini yang gelap-gelita, seorang misanthrope berbangun
dalam diri aku.

3

Berita selalu merangkumi peperangan yang berlaku di setiap sudut

dunia; media massa sentiasa menyorot mengenai kesan serius
perubahan iklim dan pemanasan global. Aku berkata “Media massa
pada hari ini banyak merangkumi peristiwa negatif berbanding
dengan peristiwa yang positif…” Dengan ini, aku berfikir
“Mengapakah manusia biasa fokus pada aspek yang negatif sahaja?
Dapatkan ini membawa kelebihan evolusi kepada manusia?”
“Sebagai spesies yang sama, bukanlah tujuan kita adalah untuk
bertahan dan berkembang maju? Mengapakah kita membunuh
manusia sesama? Adalah berperang antara sikap manusia?”
Kemudian, aku bertanya “Mengapakah kita memusnahkan
keseimbangan semula jadi planet kita, lalu menyusahkan diri kita
sendiri untuk berinovasi strategi baru bagi menyelesaikan masalah
yang kita cipta?

Pada pendapatku, manusia seperti virus yang tulah semuanya kita
sentuh dengan dosa. Beberapa ahli falsafah, seperti Arthur
Schopenhauer, memandang manusia sebagai spesies yang sia-sia

4dan merosakkan diri sendiri.

Keadilan, Kehendak Tuhan ataupun kebaikan yang lebih besar....

semuanya alasan untuk membenarkan kebencian, pembunuhan dan
dosa kita. Dalam realiti, manusia suka membunuh, memusnah dan
mencederakan ahli spesies sesama kerana tanpa rasa sakit,
kehidupan manusia akan menjadi bosan. Inilah soalan yang aku
akan bertanya anda, pembaca buku ini. Sila menjawab soalan ini
dengan jujur. “Jika seorang yang anda tidak suka atau tidak
berhubungan rapat dengan mati di hadapan mata anda, adakah anda
berasa bersalah kerana anda tidak mengunakan peluang itu untuk
menyelematkannya sebelum dia mati? Atau adakah anda tidak
berasa bersalah kerana kematian orang tersebut tidak berkaitan
dengan kehidupan anda?”
Aku tidak akan peduli terhadap jawapan anda.

5

Sekarang setelah cakap-cakap karut aku, membayangkan bumi kita

jika manusia hidup secara sederhana seperti haiwan lain. Perkataan
‘Haiwan’ ini biasa digunakan untuk merujuk spesies lain yang
seperti kamus berdefinasi, “organisma hidup yang memakan bahan
organik, biasanya mempunyai organ indera dan sistem saraf yang
khusus dan dapat bertindak balas dengan cepat terhadap
rangsangan.” Menurut definisi tersebut, bukanlah manusia sejenis
haiwan? Jawapannya adalah ‘Bukan’. Hal ini kerana kita sebagai
manusia mestilah menolak klasifikasi kita sebagai haiwan untuk
mengekalkan persepsi bahawa manusia lebih baik daripada haiwan
belaka.
Maafkan, aku telah terbawa-bawa dengan lebih banyak kata karut.

6

Membayangkan bumi kita jika manusia hidup secara sederhana

seperti haiwan lain. Dalam bumi ini, manusia mempunyai pelbagai
pemangsa yang akan makan mereka, oleh itu, manusia berada di
bahagian tengah web makanan di ekosistem bumi kita. Seperti
haiwan lain, manusia bertujuan untuk mengunakan hidupan masing-
masing untuk bertahan dan membiak. Pengetahuan manusia sangat
terhad kepada mencari makanan, mengelakkan kebahayaan,
menghasil keturunan dan bersosial dengan ahli spesies sesama tanpa
menggunakan bahasa. Dapatkan anda membayangi tentang bumi
yang lebih bersih, penuh dengan kehidupan dan seimbang?

Melalui eksperimen kecil ini, aku dapat memuktamadkan bahawa
bumi kita ada peluang untuk mendapat masa hadapan yang lebih
cerah jika manusia berkelakuan secara sederhana berbanding
dengan manusia yang dahagakan ilmu, merosakkan alam sekitar dan
membunuh ahli spesies yang sama untuk keseronokan.

7

Spesies kita seperti babi, kita membiak seperti arnab. “Mengapakah
manusia yang dicipta dari gen yang lemah seperti gen diabetes,
penyakit jantung, obesiti ataupun penyakit lain dibiarkan untuk
menyebarkannya kepada generasi masa hadapan.” “Bukanlah itu
merugikan secara evolusi jika manusia ingin bertahan dan mencapai
impian bagi menguasai alam semesta?” Oleh itu, pilihan semulajadi
tidak dapat berlaku antara manusia.
Semuanya kerana manusia perlu mendapat persetujuan dari manusia
lain, berasa kasihan pada spesies diri anda sekarang?

8

Dalam dunia kita yang tidak adil, manusia yang dilahirkan sebagai

seorang ‘baik’ juga akan menjadi ‘buruk’. Pemimpin negara kita
yang bermula dengan impian untuk mengubah dunia kita kepada
lebih baik semuanya menjadi rasuah, semuanya dibutakan oleh
kuasa dan kekayaan. Manusia bersikap benar diri. Secara jujurnya,
semua orang terdapat definasi yang berbeza untuk apa yang betul
dan salah, tetapi pendapat minoriti akan dibayangi oleh pandangan
majoriti. Apabila seorang menyalahkan pendapat kita, kita akan
fokus pada rasa marah terhadap kata-kata mereka dan tidak
renungkan kesalahan diri sendiri. Hal ini kerana kemarahan dan
kebencian merupakan emosi yang terlalu mudah untuk diproses oleh
minda kita yang sederhana. Kalau seorang memperolehi sesuatu
yang kita mengingini, secara semula jadi, kita akan berasa cemburu
terhadap mereka, lebih senang untuk bersedih terhadap apa yang
kita berkurang daripada bersyukur terhadap apa yang kita
mempunyai.

Nampaknya kita tidak begitu berbeza dengan ‘haiwan’.

9

Aku bertanya “Mengapakah dan bagaimanakah manusia mencipta

idea nereka?” Dalam pelbagai penggambaran nereka oleh seniman
dan individu yang beragama, nereka terletak di bawah dunia kita
manusia yang berfungsi sebagai hukuman kepada orang berdosa
supaya mereka akan bertaubat atas dosa-dosa mereka. Dikatakan di
dalam nereka, terdapat makhluk yang dikenali sebagai syaitan.
Syaitan itu biasa digambarkan untuk menampil ciri-ciri manusia dan
haiwan seperti badan manusia dan kepala kambing. Di samping itu,
tingkah laku syaitan tersebut peliknya menyerupai tingkah laku
manusia seperti suka membunuh, menipu, berkhidmat kepada
kekuatan yang lebih besar...dan lain lagi. Aku mula berfikir jika
‘nereka’ merupakan dunia manusia yang sebenar-benar. Tetapi
kesombongan kita yang degil tidak membiarkan kita menerima itu
dan mengelakkan mengaitkan nereka dengan dunia manusia.

Betapa menyedihkannya manusia...

10

Dalam agama Kristian, dosa manusia diwakili oleh ‘7 deadly sins’

yang juga dikenali sebagai jenayah modal atau dosa besar, iaitu
dosa kesombongan, dosa kerakusan, dosa nafsu, dosa iri hati, dosa
kemalasan dan dosa murka. Setiap orang manusia haruslah
melakukan dosa dalam kehidupan kita. Frasa terkenal “Semua
orang akan melakukan kesilapan” merangkumi penyataan ini. “Jika
seseorang tidak melakukan dosa dalam kehidupan mereka, adakah
mereka manusia?”
Anda akan mendapat jawapan yang berbeza mengikuti kepercayaan
anda.

11

Soalan aku yang terakhir adalah "Mengapakah manusia

mempercayai kepada Tuhan, Pencipta manusia makhluk berkuasa
yang lain tanpa bukti fakta untuk membuktikan kewujudan mereka?"
Soalan ini sangat menarik minat aku kerana seperti aku disebut di
halaman yang lalu, manusia mempercayai bahawa spesies sendiri
sebagai spesies yang teratas di bumi. Kepada spesies bumi yang lain,
manusia sebagai Tuhan atau Pencipta. Kita ada kemampuan untuk
membunuh organisma yang tidak diinginkan, bentuk muka bumi dan
meneroka apa yang terdapat di luar bumi, angkasa lepas. Namun,
manusia mempunyai kemampuan untuk mencapai banyak perkara,
kita masih mempercayai makhluk yang lebih berkuasa.

Mengecewakan, jawapan untuk soalan ini susah untuk dicari kerana
terdapat banyak faktor yang akan memperaguhinya seperti agama,
amalan budaya dan fikiran kita.

12

Tuntasnya, misanthrope melihat bahawa manusia aib; bahawa kita

tidak layak mendapat kehidupan. Ini adalah gerakan khayalan
tertinggi: untuk menjadi manusia dan belum dapat memutuskan pada
pertimbangan yang dianggap bahawa manusia mungkin merupakan
kesalahan kosmik, kesalahan moral.

Aku tentu menyukai manusia - atau pernah menyukai manusia.
Harapan tinggi yang harus dimulakan oleh seseorang untuk
akhirnya merasa sangat kecewa dengan keadaan spesies sendiri.
Sejauh mana seseorang perlu mengasihi manusia untuk membuat
kesimpulan bahawa kita adalah kesalahan terbesar.

Aku merangkak ke katil, menyedari bahawa saya hanya dapat
melihat kekurangan semua orang, termasuk saya sendiri. Sekurang-
kurangnya buat masa ini, aku berjuang untuk hidup bersama sampah
sesama.

13

END

Rejukan

https://www.theschooloflife.com/thebookoflife/the-case-for-
misanthropy/

https://cinziadubois.medium.com/help-im-becoming-a-
misanthropic-arsehole-d37d05fb1388

https://psychology.wikia.org/wiki/Misanthropy#:~:text=Misanthrop
y%20may%20be%20motivated%20by,and%20individualized%20ha
tred%20of%20humans.

https://www.discovermagazine.com/planet-earth/the-human-brain-
evolved-to-believe-in-gods

14


Click to View FlipBook Version