The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by D093343, 2021-12-12 13:19:14

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI KATA KERJA

TUGASAN BERKUMPULAN

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
GOLONGAN KATA
KERJA

KUMPULAN 2

FARIF ANAK JAMIN
NUR DINI BINTI MOHAMAD IZZUDIN
NUR FARAZILA BINTI MOHD RAFLI

NAMA PENSYARAH

EN. ABDULLAH BIN YUSOF

SEMESTER 3
2021/2022

BML3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI

GOLONGAN KATA KERTA

TUGASAN BERKUMPULAN
KUMPULAN 2

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

FARIF ANAK JAMIN (D20201093122)

NUR DINI BINTI MOHAMAD IZZUDIN (D20201093335)

NUR FARAZILA BINTI MOHD RAFLI (D20201093343)

KUMPULAN KULIAH: KUMPULAN C
NAMA PENSYARAH: ENCIK ABDULLAH BIN YUSOF

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN
1-2
1. 1.0 PENGENALAN 3
3
2. 2.0 GOLONGAN KATA KERJA 4-9

3. 3.0 KATA KERJA AKTIF 10
3.1 Kata kerja aktif transitif 11
 Definisi 12-16
 Contoh
 Aktiviti 17-22
 Latihan peneguhan
23
3.2 Kata kerja aktif tak transitif
 Definisi
 Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
 Definisi
 Contoh
 Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
 Definisi
 Contoh
 Aktiviti
 Latihan peneguhan

4. 4.0 KATA KERJA PASIF
 Definisi
 Contoh
 Aktiviti
 Latihan pengukuhan

5. 5.0 KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN
Morfologi ialah ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Jika anda masih
sangsi berkaitan tentang ilmu morfologi, marilah kita meneliti beberapa definisi yang telah
diberikan oleh beberapa orang tokoh bahasa. Menurut Asmah Hj Omar (1993), beliau
menyatakan morfologi sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubungan
antara morfem-morfem dan varian morfem. Menurut John T. Jensen (1995) pula, beliau
mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang struktur, bentuk dan golongan kata.
Menurut seorang lagi tokoh bahasa iaitu Abdullah Hassan (2005), beliau mentakrifkan
morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini
dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk
perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan. Akhir sekali, Nik Safiah Karim et
al, (2008) pula menjelaskan bahawa morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Secara ringkasnya, morfologi merupakan ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan
golongan kata. Penggolongan kata merupakan penjenisan kata berasaskan fungsi
tatabahasa. Tahukah anda bahawa dalam sesuatu bahasa itu terdapat beribu malahan jutaan
kata. Semua kata tersebut perlulah dikelompokkan atau digolongkan dalam kategori
tertentu. Dalam bahasa Melayu, terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja,
kata adjektif dan kata tugas.
Dalam tugasan ini, kami memfokuskan kepada penggolongan kata kerja. Kata kerja
ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan. Kata kerja merupakan kata
yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Kata kerja
terbahagi kepada kata kerja transitif (Perbuatan Melampau) dan kata kerja tak transitif
(Perbuatan tidak Melampau). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim
et al: 2004:139), kata kerja sebagai satu golongan kata yang boleh dibahagikan kepada dua

1

kumpulan utama iaitu, kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Mengikut Nik Safiah
Karim lagi, kata kerja ini merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi unsur inti
dalam frasa kerja. Menurut Abdullah Hasan, kata kerja adalah melakukan sesuatu
perbuatan atau menunjukkan sesuatu keadaan. Beliau turut menyatakan kata kerja
terbahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang
disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja
dalam ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pasif. Kata kerja transitif yang wujud dalam
ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan
atau –i. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif pula ialah kata kerja hasil daripada
proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Seterusnya ialah kata
kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan
penyambut atau objek sesudahnya. Namun, terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang
mesti diikuti oleh pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap.
Oleh itu, kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja
tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

2

2.0 GOLONGAN KATA KERJA
Definisi
 Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan.
Terdapat tiga ciri kata kerja iaitu boleh didahului kata bantu, boleh dijadikan kata
perintah dalam ayat minimal dan boleh didahului kata nafi tidak.
 Kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

Kata kerja Kata kerja aktif
Kata kerja pasif

3.0 KATA KERJA AKTIF
Definisi
 Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif.
 Kata kerja aktif ini lazimnya menggunakan imbuhan yang berfungsi sebagai
penanda aktif seperti berikut:

meN- ter- ber- -i -kan
meN-…-i mempeR-…-kan mempeR-…-i
meN-…-kan

 Kata kerja aktif terbahagi kepada dua iaitu:

Kata kerja aktif tak
transitif

Kata kerja aktif
transitif

3

3.1 KATA KERJA AKTIF TRANSITIF
Definisi
 Kata kerja aktif transitif memerlukan objek atau penyambut.
 Jika tiada objek, maka ayat yang terhasil tidak gramatis.
 Objek boleh terdiri daripada kata nama, frasa nama, atau klausa nama.
 Kata kerja aktif transitif kebiasaaannya menggunakan imbuhan meN-,
mempeR-, men-…-kan, meN-…i, mempeR-…-kan, dan mempeR-…i.
 Berikut merupakan contoh ayat yang menggunakan kata kerja aktif transitif:

Subjek Kata kerja aktif transitif Objek
1. Ali membaca buku.
2. Bapa membasuh motorsikal.
3. Pakcik menjual kuih-muih.

Mudah Tips mengenal KKAT
bukan?
Pelajar boleh menggunakan
pertanyaan apa untuk mengenal
kata kerja aktif transitif. Sekiranya
ada jawapan bagi pertanyaan itu,
maka kata kerja tersebut adalah

KKAT. Contoh ayat:

Ali membaca (apa).

Ali membaca buku (objek).

 Berikut merupakan pautan dan kod Qr bagi video penerangan kata kerja aktif
transitif.
 https://youtu.be/R4fj1vtExYs


4

Tahukah anda bahawa kata kerja aktif transitif boleh menerima dua objek iaitu objek
tepat dan objek sipi?
 Objek tepat: kata nama atau frasa nama yang menjadi penyambut langsung (akan

hadir selepas kata kerja).
 Objek sipi: kata nama atau frasa nama yang hadir selepas objek tepat.
 Berikut merupakan contoh kedudukan objek-objek tersebut dalam bentuk jadual:

Subjek Kata kerja transitif Objek tepat Objek sipi

Rahmah menghadiahi ibunya seutas rantai.

Lokman membacakan adiknya cerita jenaka.
Ibu menjahitkan ayah sepasang seluar.

Contoh

PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menjangkakan trafik
penumpang udara meningkat antara 316 peratus hingga 525 peratus tahun ke tahun iaitu
bersamaan dengan 32.6 juta hingga 49 juta penumpang.

Jangkaan tersebut menunjukkan pemulihan sebanyak 30 hingga 45 peratus daripada tahap
trafik penumpang udara prapandemik pada 2019.

Menurut laporan industri edisi ke-10, Waypoint, suruhanjaya itu mencatatkan bahawa
sektor penerbangan telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang awal pada
September 2021 dengan pertumbuhan trafik penumpang udara sebanyak 56.6 peratus bulan
ke bulan, diikuti 190.2 peratus bulan ke bulan pada Oktober.

Sumber: Utusan Malaysia 10 Disember 2021

 Perkataan yang dihitamkan adalah kata kerja aktif transitif.

5

Aktiviti bersemuka

Aktiviti Bahan Pelaksanaan

Cabaran kata  Sticky note 1. Permainan ini dijalankan secara perlumbaan.
kerja aktif  Pen 2. Guru membahagikan pelajar kepada dua kumpulan
transitif
besar.
3. Guru memberi sticky note kepada pelajar untuk

menulis kata kerja aktif transitif kemudian
menampalnya pada papan putih.
4. Pelajar diingatkan supaya hanya menulis satu sahaja
kata kerja pada satu sticky note yang dibekalkan.
5. Kumpulan yang berjaya mengumpul sticky note
terbanyak dan menulis kata kerja aktif transitif dengan
betul akan dikira sebagai pemenang.
6. Permainan ini memerlukan pelajar berfikir secara
kreatif di samping dapat memupuk kerjasama dalam
kumpulan masing-masing.

Aktiviti dalam talian

Aktiviti Aplikasi Pelaksanaan Pautan

Mengenali kata kerja Wordwall Pelajar perlu menjawab soalan https://wordwall.net/res

aktif transitif yang terdapat dalam aplikasi ource/2986219

wordwall menerusi pautan yang
Sila imbas kod QR di

diberikan oleh guru. bawah.

6

Latihan peneguhan
Latihan 1
Bina 3 ayat dengan menggunakan kata kerja aktif transitif.
1.
2.
3.

Latihan 2
Baca puisi di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti dan gariskan kata kerja aktif
transitif yang dijumpai.

MENEBUS NILAM MARUAH

Nukilan:
Zainal Abidin Hj. Suhaili
Antologi Puisi Sayembara Deklamasi
Puisi Bulan Kemerdekan JAMUNG MERDEKA

7

Latihan 3
Pilih jawapan yang betul.
1. Berikut merupakan ciri-ciri kata kerja aktif transitif kecuali
A. Kebiasaannya bermula dengan awalan me-
B. Memerlukan objek selepas kata kerja
C. Tidak memerlukan objek selepas kata kerja
D. Tidak boleh berdiri sendiri
2. Pilih ayat yang mengandungi kata kerja aktif transitif.
A. Ali dan Abu bergaduh.
B. Kami mandi di tasik itu.
C. Kucing itu sedang tidur.
D. Hana menyapu lantai.
3. Kata kerja aktif transitif memerlukan _________ selepasnya.
A. pelengkap
B. objek
C. kata
D. penerang

8

Latihan 4
Kenal pasti dan bulatkan kata kerja aktif transitif yang betul.

menyapu bergaduh menangis

memasak menendang dibaling menulis

mencuci memberitahu berjalan

Latihan 5
Tandakan (/) bagi ayat yang mengandungi kata kerja aktif transitif di bawah.
1. Abang memancing ikan.
2. Ibu sedang mencuci baju adik.
3. Abu berjalan di kaki lima sekolah.
4. Kakak menulis surat cuti sakit.
5. Adik menangis kerana dicubit abang.
6. Baju kotor itu belum berbasuh.

9

3.2 KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF
Definisi
 Kata kerja ini tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya.
 Kebanyakan kata kerja aktif tak transitif adalah dalam bentuk kata tunggal
atau yang menerima awalan ber- dan ter-.
 Terdapat juga perkataan yang menerima awalan meN- boleh menjadi kata
kerja aktif tak transitif jika kata kerja itu tidak memerlukan objek
selepasnya. Contohnya:
- Bayi itu merangkak.
- Pelajar itu menari.
- Pesakit itu mengerang.
 Berikut merupakan pautan dan kod Qr bagi video penerangan kata kerja
aktif tak transitif.
 https://youtu.be/LlhevLakI3k


 Terdapat dua jenis kata kerja aktif tak transitif.

Kata kerja aktif tak
transitif

Tanpa pelengkap Berpelengkap

10

 KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP
Definisi
 Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ini boleh berdiri sendiri
dalam predikat ayat tanpa diikuti pelengkap dibelakangnya.
 Contoh ayat:

Subjek Kata kerja aktif tak transitif Pelengkap
tanpa pelengkap
di Restoran Saleem.
Mereka makan di Singapura.
Dia membeli-belah

 Dalam ayat “Dia membeli-belah di Singapura”. Jika “di Singapura” itu
tidak dinyatakan, ayat itu sudah lengkap. Hal ini kerana perkataan membeli-
belah sudah mampu berdiri sendiri. Itulah yang dikatakan kata kerja aktif
tak transitif tanpa pelengkap tidak memerlukan objek atau penyambut di
belakangnya.

 Kata kerja ini boleh menerima keterangan selepasnya sebagai unsur
tambahan. Keterangan biasanya dalam bentuk frasa keterangan dan boleh
digugurkan tanpa menjejaskan kegramatisan ayatnya.

 Contoh lain:
- Angin bertiup.
- Dia masih tidur.
- Petani sedang berehat.

Angin bertiup + dengan kencang sekali.

(Kata kerja bertiup mampu berdiri sendiri (boleh digugurkan)
tanpa memerlukan pelengkap dibelakangnya)

11

 KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP
Definisi
 Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti oleh pelengkap
untuk menyempurnakan maksud ayat.
 Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk
menyempurnakan maksud ayat.
 Unsur-unsur pelengkap adalah seperti kata adjektif, kata nama dan frasa
sendi nama.
 Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap
tidak boleh dipasifkan.
 Berikut merupakan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap:
- Keadaan bapanya beransur baik.
- Mereka tidak berbuat jahat.
- Mereka tinggal di Kampung Raya.
- Pengembara itu berselimutkan embun.
- Dia menjadi guru.
 Dalam ayat-ayat di atas, perkataan yang dicondongkan adalah kata kerja
aktif tak transitif, sementara unsur yang mengikutinya ialah pelengkap.
 Sekiranya pelengkap digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna.

12

Contoh
IPOH: Sebanyak 13 pasukan akan berentap dalam acara sepak takraw pada Sukan Perak
(Super) edisi 2021 yang akan berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI)
Tanjung Malim mulai hari ini.
Pasukan itu terdiri daripada 12 daerah iaitu Kuala kangsar, Muallim, Perak Tengah, Kinta,
Bagan Datuk, Hulu Perak, Kampar, Kerian, Hilir Perak, Larut Matang & Selama,
Manjung, Batang Padang serta pasukan Sukan Malaysia (Sukma) Perak.
Sumber: Utusan Malaysia 10 Disember 2021

PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menjangkakan trafik
penumpang udara meningkat antara 316 peratus hingga 525 peratus tahun ke tahun iaitu
bersamaan dengan 32.6 juta hingga 49 juta penumpang.

Sumber : Utusan Malaysia 10 Disember 2021
Jangkaan tersebut menunjukkan pemulihan sebanyak 30 hingga 45 peratus daripada tahap
trafik penumpang udara prapandemik pada 2019.

Sumber: Utusan Malaysia 10 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) yang
dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menetapkan enam
sasaran utama untuk dicapai menjelang tahun 2030.

Sumber: Berita Harian Online 6 Disember 2021
 Perkataan yang dihitamkan dalam ayat-ayat di atas adalah kata kerja aktif tak transitif.

13

Aktiviti bersemuka

Aktiviti Bahan Pelaksanaan
Kembara
Atau Kekal  Alat tulis 1. Pelajar duduk dalam kumpulan seramai 4 orang.
 Kertas A4 2. Guru memilih 2 orang untuk kembara ke kumpulan lain
Sticky note
dan 2 orang lagi akan kekal duduk di dalam kumpulan.
3. Setiap kumpulan perlu menyenaraikan kata kerja tak

transitif seberapa banyak yang mungkin.
4. Kemudian, ahli kembara akan berkunjung ke kumpulan

lain dengan membawa senarai kata kerja untuk berkongsi
serta menambah kata kerja baharu yang diperoleh
daripada kumpulan lain.
5. Ahli yang kekal di dalam kumpulan juga akan berkongsi
kata kerja yang disenaraikan kepada ahli kembara
kumpulan lain yang berkunjung ke kumpulan mereka.
6. Penghasilan kata kerja menjadi banyak dan pelajar dapat
bekerjasama antara satu sama lain untuk menyenaraikan
kata kerja aktif tak transitif.
7. Senarai akhir akan disemak oleh guru untuk memastikan
kata kerja yang dihasilkan sama ada betul atau salah.

Aktiviti dalam talian

Aktiviti Aplikasi Pelaksanaan Pautan

Mengasah Wordwal Pelajar menjawab soalan kuiz https://wordwall.ne
kefahaman tentang l yang berada di aplikasi wordwall t/resource/6741796
kata kerja tak
transitif. menerusi pautan yang diberikan. Sila imbas kod QR
di bawah.

14

Latihan peneguhan
Latihan 1
1. Pilih pernyataan yang tepat mengenai kata kerja tak transitif?
A. Kata kerja yang boleh berdiri sendiri
B. Kata kerja yang memerlukan objek
C. Kata kerja yang boleh berdiri sendiri dan tidak memerlukan objek
2. Ayat berikut mengandungi kata kerja tak transitif kecuali
A. Ali dan Abu bergaduh.
B. Lina menangis kerana terjatuh.
C. Kila menyimpan wang di poketnya.
3. Kata kerja aktif tidak memerlukan __________ selepasnya.
A. objek
B. pelengkap
C. keterangan

Latihan 2
Gariskan pelengkap dalam ayat di bawah.
1. Pokok rambutan itu berbuah lebat.
2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
3. Encik Ahmad baru keluar dari pejabatnya.
4. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
5. Kereta itu membelok ke kiri.
6. Ali dan keluarganya tinggal di Kepala Batas.

15

Latihan 3
Bina 3 ayat yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap.

1.
2.
3.

Latihan 4
Gariskan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam ayat di bawah.
1. Gadis itu menangis.
2. Lina dan Lili bergaduh di sekolah.
3. Murid-murid sedang belajar.
4. Kucing itu sedang tidur.
5. Kami mandi di tasik itu.
6. Saya menyanyi dengan kuat.

Latihan 5
Kenal pasti dan bulatkan kata kerja tak transitif.

menyapu bergaduh menangis memasak

belajar menulis tidur mandi diangkat

memberitahu berjalan menjual menyanyi

16

4.0 KATA KERJA PASIF
Definisi
 Kata kerja pasif ialah kata kerja yang terhasil daripada perubahan ayat aktif kepada

pasif.

Ayat aktif Ayat pasif
mengaturkan diaturkan
mendenda didenda
menjahit kujahit
mengekori Saya ekori
menggaulkan Kami gaulkan
mengharungi Anda harungi

 Terdapat tiga jenis kata kerja pasif:
i. Kata kerja pasif diri pertama ialah yang berimbuhan ku, contohnya:

kuangkat kuatasi kuberikan
kupercepat kupelajari kupersilakan

ii. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau, contohnya:

kauangkat kauatasi kauberikan
kaupercepat kaupelajari kaupersilakan

iii. Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di, contohnya:

diangkat diatasi diberikan
dipercepat dipelajari dipersilakan

 Contoh kesalahan penggunaan kata kerja pasif:
1) Nasi itu aku akan makan. (salah) Nasi itu akan kumakan. (betul)
2) Bilik itu saya sudah bersihkan. (salah) Bilik itu sudah saya bersihkan. (betul)
3) Kerja rumah itu kita mesti siapkan pada hari ini. (salah)
Kerja rumah itu mesti kita siapkan pada hari ini. (betul)

17

 Berikut merupakan ciri-ciri kata kerja pasif. Awalan di-
Contoh ayat: Tingkap itu
Dengan imbuhan pasif
Kata kerja pasif ditutup dengan kain.

Dengan penanda pasif Awalan ter-
"kena" Contoh ayat: Pintu
rumahnya masih

terbuka.

Apitan di-...-kan
Contoh ayat: Pesakit itu
tidak dibenarkan keluar

wad.

Apitan ke-...-an
Contoh ayat: Anak
kucing itu kesejukan di

luar rumah.

Apitan ter-...-kan
Contoh ayat:

Pemandangan itu tidak
tergambarkan oleh saya.

Awalan ter-...-i
Contoh ayat:

Permintaannya tidak
terpenuhi oleh saya.

Contoh ayat: Bola itu
kena basuh oleh adik.

 Berikut merupakan pautan dan kod Qr bagi video penerangan kata kerja pasif.
 https://youtu.be/LlhevLakI3k


18

Contoh
Ipoh: Polis sudah memanggil semua pelajar yang terbabit dalam kejadian buli secara
kekerasan atau 'ragging' yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Kuala Kangsar seperti
video tular di media sosial.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, selain itu pemilik akaun
media sosial yang tularkan video berkenaan turut dipanggil untuk memberi keterangan
bagi membantu siasatan.
Menurutnya, siasatan awal yang dilakukan polis mendapati kejadian buli terbabit berlaku
pada awal pagi semalam iaitu antara 1 hingga 2 pagi membabitkan mangsa dengan tujuh
remaja lain yang kesemuanya adalah pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun.
Katanya, pihaknya juga mengesahkan ada menerima satu laporan berkaitan kes itu
daripada pengetua sekolah terbabit kira-kira 1 tengah hari ini berikutan video insiden
berkenaan sehingga mendapat perhatian meluas dari warganet.
Sumber: myMetro, 10 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Sehingga hari ini, matlamat mencapai 30 peratus penguasaan ekuiti
Bumiputera tidak pernah tercapai walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah lama
diwujudkan untuk menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi pelbagai kaum di
negara ini," katanya melancarkan TPB2030 di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian Online 6 Disember 2021

PUTRAJAYA: Peningkatan semula kluster membabitkan institusi pendidikan tidak boleh
dipandang ringan memandangkan individu daripada pelbagai isi rumah akan berada
dalam ruang dan waktu yang sama.

Sumber: Berita Harian Online 6 Disember 2021

 Perkataan yang dihitamkan adalah kata kerja pasif.

19

Aktiviti bersemuka

Aktiviti Bahan Pelaksanaan

Tulis,  Kad 1. Murid akan dibahagikan kepada lima kumpulan.
Bentang dan manila 2. Setiap kumpulan perlu menulis lima ayat pasif
Jawab.
 Pen berdasarkan ciri-cirinya di atas kad manila.
marker 3. Setelah semua kumpulan siap, guru meminta pelajar

untuk membentangkannya di hadapan kelas.
4. Sementara itu, kumpulan lain perlu menyediakan soalan

berkenaan kata kerja pasif untuk diajukan kepada
kumpulan yang membentang.
5. Kumpulan yang bertanya akan mendapat markah.

Aktiviti dalam talian

Aktiviti Aplikasi Pelaksanaan Pautan

Menguji Padlet 1. Pautan Padlet akan diberikan https://padlet.com/

kefahaman kepada semua pelajar melalui d093122/lt9qytwu5

pelajar google meet. zzcpzyz

tentang Kata 2. Pautan Padlet akan diberikan Sila imbas kod QR
kepada semua pelajar pada 10 di bawah.
Kerja Pasif minit terakhir sebelum waktu

kelas tamat.

3. Pelajar perlu menjawab soalan

mengenai kata kerja pasif.

4. Pelajar juga boleh bertanya

soalan kepada guru.

20

Latihan peneguhan
Latihan 1
Bina 3 ayat menggunakan kata kerja pasif dengan imbuhan pasif.
1.
2.
3.

Latihan 2
Bina 3 ayat menggunakan kata kerja pasif dengan kata “kena”.
1.
2.
3.

Latihan 3
Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.

1. Saya telah memasak bubur untuk adik.
____________________________________________________

2. Ibu membeli makanan itu di pasar malam.
____________________________________________________

3. Mereka mendirikan khemah itu di tepi hutan.
____________________________________________________

4. Mereka menyediakan pelbagai hidangan untuk tetamu yang hadir.
____________________________________________________

5. Saya telah menyiapkan kerja rumah itu semalam.
____________________________________________________
21

Latihan 4
Kenal pasti dan bulatkan kata kerja pasif yang diberikan.

ditendang dibalas terkoyak tertengok

memasak memotongi bergaduh mengapit

merokok bersidang terikat tertelan

Latihan 5
Tandakan (/) bagi ayat yang mengandungi kata kerja pasif di bawah.
1. Ikan dipancing oleh abang.
2. Mak sedang menggoreng ikan.
3. Abu tersepak batu bata.
4. Surat itu saya telah jawab.
5. Amir sedang mengaji.

22

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, golongan kata kerja merupakan perkataan yang dapat menjadi unsur inti
dalam binaan frasa kerja. Justeru itu, golongan kata kerja amat penting untuk diketahui
fungsinya dalam bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap kata kerja
memberi makna tertentu dalam sesebuah ayat. Tambahan pula, jika kata kerja tersebut
melalui proses pengimbuhan, maka makna kata kerja dalam sesebuah ayat tersebut akan
berubah. Oleh hal yang demikian, kita perlu mempelajari golongan kata kerja dengan betul
agar dapat mengaplikasikannya dengan baik dalam penulisan ilmiah di samping kita dapat
menambah ilmu yang sedia ada. Akhir sekali, kita mestilah memartabatkan dan menjaga
kesempurnaan bahasa Melayu agar setanding dengan bahasa-bahasa lain.

23

BIBLIOGRAFI
Azizan Hashim. (2021). 13 pasukan sepak takraw berentap dalam Sukan Perak 2021.

Diperoleh daripada https://www.utusan.com.my/sukan/2021/12/13-pasukan-sepak-
takraw-berentap-dalam-sukan-perak-2021/

Hazwan Faisal Mohamad & Mohd Nasaruddin Parzi. (2021). Enam sasaran utama
pembangunan Bumiputera dicapai menjelang 2030. Diperoleh daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/895855/enam-sasaran-utama-
pembangunan-bumiputera-dicapai-menjelang-2030

Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim & Abdullah Yusof. (2009). Morfologi dan Sintaksis.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri. (2021). Polis sudah panggil pelajar ‘ragging’. Diperoleh
daripada https://www.hmetro.com.my/utama/2021/12/787067/polis-sudah-panggil-
pelajar-ragging

Nawi Ismail, Raminah Hj Sabran, Wahida Abdul Wahid, Mohd Sis Mohd Yatim & Zulkarnain
Farihin Abdullah. (2017). Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa Melayu.
Selangor: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2009).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Atiqah Sulaiman. (2021). Jangan pandang ringan peningkatan kluster pendidikan

Diperoleh daripada

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/896149/jangan-pandang-ringan-

peningkatan-kluster-pendidikan

Nur Farahin Hussin. (2021). Trafik penumpang udara 2022 dijangka meningkat 525%.
Diperoleh daripada https://www.utusan.com.my/berita/2021/12/trafik-penumpang-
udara-2022-dijangka-meningkat-525/

Siti Rahaimah Ali. (2020). Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) melalui Kaedah
Pembelajaran Koperatif. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zainal Abidin Hj. Suhaili. Menebus Nilai Maruah. Antologi Puisi Sayembara Deklamasi Puisi
Bulan Kemerdekan JAMUNG MERDEKA. Diperoleh daripada
https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Contoh-Puisi.pdf

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version