SLIDESMANIA.COM E–BOOK PERIBAHASA MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN KUMPULAN 5 BML3083 SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI DR. HUSNA FAREDZA BINTI MOHAMED REDZWAN KUMPULAN D
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga dan sahabat baginda. Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah memberikan kami taufik dan hidayah yang berterusan dalam menyumbang ilmu di jalanMu. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Dr. Husna Faredza Mohamed Redzwan selaku pensyarah kami bagi kursus BML3083 Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu kerana telah membuka ruang dan peluang kepada kami untuk menceburi bidang penulisan ini serta membenarkan kami untuk menghasilkan karya berbentuk e-buku sebagai salah satu tugasan yang membolehkan kami memperoleh markah yang baik dan cemerlang dalam kursus ini. Dedikasi ini juga ditujukan kepada kedua ibu bapa kami yang sentiasa mendoakan kejayaan kami di dunia dan di akhirat serta menjadi penyuntik semangat untuk kami terus berjaya dalam kehidupan ini. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan e-buku ini. Semoga usaha ini turut menyumbang amal jariah untuk kita bersama dalam perkongsian ilmu berkaitan bidang semantik. MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM ISI KANDUNGAN PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG BAB 1 OBJEKTIF KAJIAN BAB 2 TEORI BERKAITAN MUKA DEPAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN PENGHARGAAN BIODATA PENULIS BAB 3 ANALISIS MAKNA PERIBAHASA KESIMPULAN RUJUKAN PENGENALAN
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM BIODATA PENULIS MUKA DEPAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN IBNOR RAHIM BIN IBRAHIM D20201093316 ISMP BAHASA MELAYU SITI NUR IZZATI BINTI SAZALI D20201093321 ISMP BAHASA MELAYU MUHAMMAD HAFIZ ASYRAF BIN WAHIB D20201093333 ISMP BAHASA MELAYU NURAINI BINTI HASSAN D20201093334 ISMP BAHASA MELAYU NUR FARAZILA BINTI MOHD RAFLI D20201093343 ISMP BAHASA MELAYU PENGENALAN
SLIDESMANIA.COM PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG MUKA DEPAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN PENGENALAN
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM PENGENALAN Menurut Za'ba (1934), peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Menurutnya juga peribahasa boleh dimaksudkan sebagai segala susunan cakap pendek yang melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab bijak dan sedap didengar. Peribahasa boleh dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in (2009) pula menyatakan bahawa peribahasa merupakan bahasa halus yang mengandungi katakata sindiran tajam yang lekas berkesan ke dalam jiwa. MUKA DEPAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN PENGENALAN
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM PENGENALAN Selanjutnya, menurut Drs. Abdul Chaer (1995) disebabkan oleh peribahasa itu bersifat membandingkan atau mengumpamakan, maka lazimnya peribahasa juga disebut sebagai perumpamaan. Contohnya, penggunaan kata-kata seperti bak, bagai, laksana dan umpama. Mohd Tajuddin Bin Haji Abdul Rahman (1984), turut memberi pendapat bahawa sesuatu peribahasa terhasil daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang teliti oleh masyarakat melayu lama. MUKA DEPAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN PENGENALAN
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM PENGENALAN Akhir sekali, sekiranya, kita meneliti setiap peribahasa yang dihasilkan oleh masyarakat dahulu, sudah pastinya akan terdapat unsur-unsur alam sekeliling seperti alam sekitar, perkara yang dilakukan seharian, haiwan-haiwan mahupun setiap yang difikirkan sesuai hasil setiap perkara yang mereka lihat dan amati. Oleh itu, peribahasa bolehlah difahami sebagai susunan perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat melayu. MUKA DEPAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN PENGENALAN
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM LATAR BELAKANG MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN Peribahasa ialah susunan kata-kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisional merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Manakala peribahasa moden pula merujuk kepada peribahasa yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
SLIDESMANIA.COM BAB 1 OBJEKTIF KAJIAN MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah: 1. Mengkaji makna peribahasa berdasarkan Teori Kognitif 2. Menganalisis peluasan makna bagi leksikal air dalam peribahasa Melayu yang dipilih MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
SLIDESMANIA.COM BAB 2 TEORI BERKAITAN MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM TEORI KOGNITIF Menurut Nor Hashimah Jalaluddin dan Rozaimah Rashidin (2008) menyatakan bahawa semantik kognitif merupakan pendekatan yang bertunjangkan pengalaman iaitu mengambil kira pengalaman lampau dan alam sekeliling. Masyarakat Melayu tradisional kaya dengan pelbagai karya kesusasteraan Melayu tradisional seperti gurindam, syair, pantun, cerita rakyat dan peribahasa. Karya sastera tradisional seperti peribahasa Melayu merupakan sebuah karya tradisional yang wujud dari dahulu lagi. Orang Melayu menggunakan karya tradisional ini sebagai salah satu pedoman dan panduan hidup. MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM TEORI KOGNITIF Seterusnya, unsur-unsur alam sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan orang Melayu. Hal ini kerana, berdasarkan unsur ini, masyarakat Melayu dapat belajar memahami segala isi alam dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian. Dengan itu, masyarakat terdahulu mencipta peribahasa ini berdasarkan pengalaman lampau dan alam sekeliling. Oleh hal yang demikian, setiap peribahasa mempunyai makna implisit yang sesuai dipadankan mengikut pengalaman dan alam sekeliling mereka. Oleh yang demikian, kajian kami ini adalah untuk mengkaji unsur air yang terdapat dalam peribahasa dengan menggunakan Teori Kognitif. MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
SLIDESMANIA.COM BAB 3 ANALISIS MAKNA PERIBAHASA MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM CONTOH PERIBAHASA MUKA DEPAN PENEGNALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN AIR BERIAK TANDA TAK DALAM AIR DICINCANG TAK PUTUS Maksud: Orang yang banyak bercakap (alasan) petanda tiada ilmu atau kemahiran. Maksud: Ikatan persaudaraan yang mengalami perselisihan akhirnya akan berbaik jua
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM CONTOH PERIBAHASA MUKA DEPAN PENEGNALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA BAGAI AIR MENCARI JENISNYA Maksud: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut Maksud: Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti, usaha dengan tidak mengenal jerih payah.
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM CONTOH PERIBAHASA MUKA DEPAN PENEGNALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN BAGAI MENCURAH AIR KE DAUN KELADI BAGAI MINYAK DENGAN AIR Maksud: Maksud: Melakukan sesuatu perkara yang sia-sia. Maksud: Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampur menjadi satu.
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM CONTOH PERIBAHASA MUKA DEPAN PENEGNALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN BAGAI MENANGGUK DI AIR YANG KERUH Maksud: Orang yang cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kesusahan, kekalutan orang lain demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM ANALISIS PERBINCANGAN MUKA DEPAN PENEGNALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam semula jadi seperti alam tumbuhan, haiwan, cakerawala dan sebagainya. Hal ini kerana, masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam di sekeliling mereka sama ada di laut, hutan, bendang dan gunung. Oleh itu, peribahasa dikaitkan dengan alam semula jadi sebagai perbandingan dan perlambangan yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan nasihat. Penggunaan Unsur Air Dalam Peribahasa Melayu Pelbagai jenis unsur alam semula jadi telah digunakan dalam peribahasa Melayu, antaranya ialah unsur air. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2021), air bermaksud cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hydrogen dan satu bahagian oksigen dalam keadaan yang murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa.
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM ANALISIS PERBINCANGAN MUKA DEPAN PENEGNALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN Masyarakat Melayu memilih unsur air untuk diterapkan dalam peribahasa kerana mereka menganggap air penting untuk kehidupan di muka bumi dan sebagai satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Jika dilihat dari aspek pekerjaaan masyarakat Melayu dahulu, kebanyakkan mereka merupakan seorang petani, penternak dan nelayan. Bagi memperoleh hasil tanaman yang subur petani, malah penternak juga memerlukan air untuk memelihara ternakan mereka. Selain itu, air juga dianggap penting untuk kegunaan seharian masyarakat Melayu. Oleh sebab itu, dalam peribahasa Melayu mereka kerap menggunakan unsur air sebagai salah satu unsur alam yang sangat dekat dengan diri mereka. Peribahasa juga digunakan secara meluas dalam masyarakat Melayu terutamanya dari zaman nenek moyang terdahulu.
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM ANALISIS PERBINCANGAN MUKA DEPAN PENEGNALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN Tujuan utama masyarakat Melayu mencipta peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat. Penggunaaan peribahasa dalam masyarakat Melayu menggambarkan bahawa mereka turut menjaga kesantunan berbahasa dalam memberikan nasihat atau sindiran kepada orang lain. Dalam e-buku peribahasa ini, pengkaji akan merungkaikan sebanyak 7 peribahasa yang berkaitan air secara jelas dan lebih terperinci. Antara peribahasa yang dipilih ialah: 1) Air beriak tanda tak dalam 2) Air dicincang tidak akan putus 3) Air yang tenang jangan disangka tiada buaya 4) Bagai air mencari jenisnya 5) Bagai mencurah air ke daun keladi 6) Bagai minyak dengan air 7) Menangguk di air yang keruh
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM ANALISIS PERBINCANGAN MUKA DEPAN PENEGNALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN Peribahasa Melayu kebanyakkannya menggambarkan pelbagai aspek pemikiran dan kehidupan orang Melayu. Melalui perluasan makna air dalam peribahasa ini dapat dilihat bahawa air mempunyai makna dari segi leksikal. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2021), makna leksikal ialah makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam ayat. Dalam erti kata lain, leksikal merujuk makna teras sesuatu perkataan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2021) juga makna air mempunyai pelbagai makna tidak tertumpu kepada makna air semata-mata. Perkara ini dapat dilihat melalui peribahasa air yang dipilih di mana setiap peribahasa tersebut mempunyai maksud yang berbeza walaupun menggunakan kata nama “air”. Perluasan makna air dalam peribahasa
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM ANALISIS PERBINCANGAN MUKA DEPAN PENEGNALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN Perluasan makna air di dalam peribahasa Rajah 1.1
SLIDESMANIA.COM KESIMPULAN MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM KESIMPULAN Secara keseluruhannya, masyarakat Melayu sememangnya mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam mewujudkan sesuatu peribahasa. Misalnya, dengan mengaitkan unsur alam semula jadi dengan sikap manusia. Penulis dapat menyimpulkan bahawa masyarakat Melayu telah menjadikan air sebagai objek utama untuk menyampaikan maksud peribahasa secara tersirat. Hal ini dapat dibuktikan melalui Teori Kognitif yang menekankan penggunaan unsur-unsur alam untuk dikaitkan dengan pengalaman hidup manusia. Memandangkan peribahasa mempunyai makna implisit, maka setiap perkataan yang terkandung di dalamnya perlu difahami dengan teliti. Akhir sekali, penggunaan unsur alam dalam pembentukan mana-mana peribahasa dilihat memberi kesan kepada masyarakat terutama untuk tujuan mendidik dan memberi nasihat secara tersirat. MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
SLIDESMANIA.COM RUJUKAN MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM RUJUKAN Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim, Mohd Ra’in Shaari. (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Chaer, Abdul. 1995. Pengantar Semantik Bahasa Indonesia. Jakarta: PT. Rineka Cipta. Mohd. Tajuddin Hj. Abdul Rahman. (1984). Peribahasa Dalam Penggunaan: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nor Hashimah Jalaluddin & Rozaimah Rashidin. (2008). Rasuah dalam karya sastera Melayu klasik: Satu analisis semantik kognitif. Jurnal e-Bangi, 3(3), 1-32 Zainal Abidin Ahmad. (1934). Ilmu Mengarang Melayu: Pejabat Karang Mengarang. MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
SLIDESMANIA.COM LAMPIRAN MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM LAMPIRAN MUKA DEPAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
SLIDESMANIA.COM Notebook Made by SlidesMania