SM LOK YUK KOTA KINABALU (CF)
MESYUARAT AGUNG PIBG
SECARA ATAS TALIAN TAHUN
2021
TARIKH: 27 NOVEMBER 2021
HARI: SABTU
MASA: 10.00 PAGI
TEMPAT: KEDIAMAN MASING-MASING
PLATFORM: GOOGLE MEET
TENTATIF PROGRAM
9.30 pagi : Pendaftaran kehadiran
10.00 pagi : Mesyuarat dijangka bermula
Nyanyian Lagu NegaraKu dan Sabah Tanah Airku
Bacaan Doa
Ucaptama Penasihat PIBG
Pn Lourdes Mary Batin
Ucaptama Yang Dipertua PIBG
Pn Fatimah Binti Hj Jaafar
Membentangkan dan menerima Minit Mesyuarat Agung
Tahunan Sesi 2019
Membentangkan dan menerima Laporan Setiausaha Tahunan
2019 dan 2020
Memaparkan video aktiviti Tahunan PIBG 2019 dan 2020
Membentangkan, menerima dan meluluskan Penyata
Kewangan (Berakhir tahun 2019 dan 2020)
Pembubaran Jawatankuasa Sesi 2018/2019 dan 2019/2020
dan Penamaan Calon AJK Baharu Sesi 2021/2022
Penyerahan Tugas kepada Jawatankuasa Sesi 2021/2022
Ucapan YDP baharu
Usul HEM
12.00 tengah hari : Mesyuarat dijangka selesai
Ucaptama Penasihat PIBG
Pn. Lourdes Mary Batin
Perutusan Pengetua Merangkap Penasihat
Mesyuarat Agung PIBG SM Lok Yuk Kota Kinabalu (CF)
Selamat pagi, Salam sejahtera, Salam Dare to Change for a Better Tomorrow kepada
Puan Fatimah Jaafar, YDP PIBG SM Lok Yuk, AJK PIBG, barisan pentadbir, guru–guru,
ibu bapa dan hadirin sekalian. Selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG SM Lok Yuk
untuk sesi 2021-2022.
Seperti yang sedia maklum, para pendidik menggalas tanggungjawab besar
dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dapat dilestarikan. Pembelajaran
secara maya pada tahun–tahun kebelakangan ini begitu mencabar terutama kepada guru
sebagai pelaksana dalam menjalankan amanah mengajar dan mendidik anak-anak
murid. Sejajar dengan itu, justeru sekolah tetap mengambil pendekatan untuk menyahut
segala perubahan yang berlaku dengan moto “Dare to Change for A Better
Tomorrow’. Seluruh warga sekolah ini sentiasa bersedia untuk menerima dan
melakukan perubahan dalam dunia pendidikan demi kecemerlangan sekolah.
Sesungguhnya, pelbagai cabaran yang dihadapi pada musim pandemik Covid–19
oleh guru-guru dan murid–murid. Namun, guru–guru SM Lok Yuk telah bersiap siaga
menyahut cabaran dan telah didedahkan dengan kursus dan latihan e-pembelajaran bagi
melaksanakan PdPR. Guru–guru giat melakukan perbincangan melalui Whatapps/
telegram atau Google Meet untuk PDPR. Cabaran bagi murid–murid pula termasuklah
capaian internet. Murid–murid memerlukan data internet yang tinggi kerana data sedia
ada tidak mencukupi untuk menampung keperluan PdPR untuk semua subjek.
Kekangan murid dalam mengikuti PdPR nescaya akan memberi impak besar
dalam pencapaian akademik murid–murid, namun beberapa program induk telah
dirancang dan telah dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi mengatasi masalah ini.
Antaranya iaitu program Show Up yang mana kumpulan sasarannya merupakan murid
yang tidak hadir PdPR. Jalinan pintar guru subjek dengan ibu bapa melalui media sosial
juga dilaksanakan dan program ini telah berjaya meningkatkan peratus kehadiran murid
dalam PdPR sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Selain itu, Program Enriching Life turut diadakan dengan memberi bantuan data
telefon mudah alih kepada murid yang membolehkan murid–murid menimba ilmu secara
berterusan. Program ini telah dilaksanakan antara bulan Julai hingga Ogos 2021.
Selain itu, program The Art of Giving juga dilaksanakan bagi murid–murid yang
terkesan Covid–19 dengan memberi baucer makanan kepada mereka yang turut dibantu
oleh pelbagai pihak terutama daripada pihak lembaga pengurusan sekolah dan PIBG.
Nilai keprihatinan turut diperlihat melalui program We Care for You yang mana
sumbangan diberikan oleh staf SMLY untuk memberikan bakul makanan kepada yang
memerlukan. Kewujudan program–program ini atas kecaknaan pihak sekolah terhadap
pembelajaran anak–anak didik di sekolah agar mereka tidak terkesan pada musim
pandemik Covid–19 ini.
Pelbagai program Kurikulum, program HEM serta program Ko–Kurikulum sedang
dan telah dijalankan pada musim pandemik Covid–19 ini juga untuk membantu murid–
murid terus maju jaya dalam segala aspek pendidikan. Program kokurikulum turut
berjalan melalui alam maya. Penyertaan murid adalah tinggi bagi beberapa pertandingan
seperti Kuiz eBAKAT Peringkat Negeri Sabah 2021, Kuiz sukan e-BAKAT 2.0 Peringkat
Negeri Sabah 2021, Kuiz Tapak Arkeologi Peringkat Kebangsaan 2021, Pertandingan Kuiz
Cabaran Minda Sihat Virtual Peringkat Kebangsaan 2021 dan Pertandingan Kuiz
Pelaburan PNB 2021 Peringkat Kebangsaan.
Malah, tahun ini pencapaian murid dalam bidang kokurikulum juga
memberangsangkan kerana murid–murid berjaya menempa nama dalam beberapa
pertandingan sama ada kategori koakademik, unit beruniform, mahupun sukan dan
permainan. Selain itu, 2 murid mewakili pasukan Malaysia dalam pertandingan Future
Ready ASEAN 2020 anjuran ASEAN Foundation–memenangi Best Achievement Award.
Dalam RAC 2021 sekolah kita merangkul Johan dan tempat ke-5 peringkat Negeri dan
Excellence award peringkat kebangsaan.
Dalam Fantastic World Dance Movement International Virtual
Competition 2021, kita mendapat tempat ke-3 dalam Junior Show Dance (Open Group
Formation) yang mana ini merupakan kejayaan di peringkat antarabangsa.
Antara Pencapaian GENTARI 2021
1. Pertandingan Tarian Solo Ebakat JPN Peringkat Negeri Sabah 2021
a. Johan Menengah Atas
b. Naib Johan Menengah Atas
c. Tempat Keempat Menengah Rendah
2. Johan Kategori Tarian Etnik Kreatif Konsert Kaamatan KDCA-ISCEP 2021
Peringkat Negeri Sabah
3. Johan Pertandingan Tarian Kreasi Baharu Etnik KDM Sempena Pesta Kaamatan
Peringkat Negeri Sabah 2021
4. Menyertai MIDO dan melepasi Malaysia Qualifier Peringkat Kebangsaan bagi
kategori Solo & Group Junior
5. Tempat Ketiga Kategori Group Junior Asia Performing Arts 2021
a. Terpilih mewakili ASIA ke INTERNATIONAL DANCE OPEN
6. Tempat Ketiga Nyanyian Solo Konsert Kaamatan KDCA-ISCEP 2021 Peringkat
Negeri Sabah
7. Menyertai Pertandingan Nyanyian Solo Ebakat JPN Peringkat Negeri Sabah 2021
8. Cabaran Tarian Solo KPM 2021
Peringkat Daerah
a. JUARA Kategori Lelaki
b. JUARA Kategori Perempuan
c. JUARA Kategori Lelaki Pendidikan Khas
Peringkat Negeri
a. JUARA Kategori Perempuan
b. Tempat Ketiga Kategori Lelaki Pendidikan Khas
c. Tempat Keempat Kategori Lelaki
Begitu juga dalam bidang sukan dan olahraga, dalam pertandingan MSSD daerah
Kota Kinabalu, SM Lok Yuk dinobatkan sebagai naib johan dalam pertandingan tersebut
tahun 2020. Tahun ini SMLY telah menjadi johan keseluruhan peringkat daerah dengan
kutipan 12 emas daripada 12 acara yang dipertandingkan. Di peringkat MSSS kita
mendapat 2 emas serta 3 perak dan di peringkat kebangsaan kita telah mendapat 1
Perak yang dirangkul oleh Marc Edison Martony.
Pihak sekolah terus meraih kejayaan hasil usaha dan titik peluh pelajar-pelajar
atas dorongan dan bimbingan guru serta kerjasama daripada ibu bapa, iaitu suatu faktor
yang sangat sangat penting dalam memastikan kejayaan anak-anak di sekolah.
Pada kesempatan ini, pihak sekolah ingin merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Lembaga Pengelola Sekolah dan bekas
pelajar SMLY kerana banyak membantu sekolah sama ada dari segi kewangan mahu pun
sokongan moral dalam menjayakan program-program kecemerlangan akademik dan
kokurikulum serta aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan. Semoga usaha kita akan sentiasa
berterusan demi kecemerlangan murid-murid di sekolah ini.
Sebagai penutup bicara, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK
Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2021 kerana dapat mengadakan majlis ini secara maya
dengan baik.
Sekian dan terima kasih.
“DARE TO CHANGE FOR A BETTER TOMORROW”
Tulus ikhlas daripada,
LOURDES MARY BATIN
Pengetua
SM Lok Yuk Kota Kinabalu (CF)
Ucaptama Yang Di-Pertua PIBG
Pn. Fatimah Binti Hj Jaafar
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yang Berusaha, Puan Lourders Mary Batin (Pengetua SM Lok Yuk), selaku Penasihat PIBG
SM Lok Yuk, barisan pentadbir, guru-guru serta ibu bapa yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana sekali lagi kita dapat mengadakan Mesyuarat
Agung PIBG bagi sesi 2018/ 2019 dan 2019/2020, walaupun secara norma baharu iaitu
secara atas talian. Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, maka Mesyuarat Agung
PIBG tidak dapat diadakan seperti sebelum ini yang sepatutnya diadakan dua tahun
sekali.
Tuan dan Puan sekalian,
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung pada
kali ini walaupun dalam keadaan suasana norma baharu.
Hadirin sekalian,
Sesungguhnya Mesyuarat Agung kali ini amat berbeza kerana kita terpisah secara
fizikal dan hanya bertemu di alam maya sahaja. Namun demikian, selaku YDP PIBG, saya
amat menghargai kehadiran tuan dan puan sekalian serta mengambil bahagian dalam
mesyuarat agung kali ini. Sesungguhnya mesyuarat ini merupakan platform terbaik untuk
semua ibu bapa berkongsi idea demi kecemerlangan anak-anak kita yang bersekolah di
SM Lok Yuk.
Tuan dan Puan sekalian,
Selaku YDP PIBG, saya mewakili semua AJK PIBG yang telah berusaha
menjalankan tugas yang diamanahkan tuan dan puan kepada kami dengan sebaik
mungkin. Dalam setiap tindakan dan keputusan yang diambil, kebajikan anak-anak
merupakan keutamaan kami. Sumbangan PIBG yang didermakan oleh tuan-tuan dan
puan-puan telah digunakan dengan sebaik mungkin untuk membantu membiayai
program-program sekolah demi meningkatkan pencapaian akademik dah sahsiah anak-
anak SM Lok Yuk.
Hadirin sekalian,
Selaku YDP PIBG, saya amat bangga dengan kerjasama yang diberikan oleh tuan-
tuan dan puan-puan terutama dalam memberi sumbangan untuk mengisi dana PIBG.
Sejak pandemik Covid-19 berlaku, semua aktiviti yang dijalankan untuk mengisi tabung
PIBG tidak dapat kita laksanakan. Kita hanya mengharapkan yuran pembayaran daripada
anak-anak tuan dan puan sekalian iaitu yuran pendaftaran sebanyak RM100 bagi setiap
satu keluarga. Yuran ini bertujuan untuk membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti
sekolah seperti keceriaan sekolah, aktiviti Kokurikulum, pembayaran gaji guru gantian
dan pelbagai pembangunan yang melibatkan dana yang agak besar.
Syukur Alhamdulillah, walaupun SM Lok Yuk merupakan sekolah harian, namun
pencapaian anak-anak kita amat membanggakan. Hal ini terbukti pada tahun 2019,
sekolah kita telah berjaya membawa nama Malaysia ke persada dunia iaitu sebagai wakil
pertandingan “Robotik Dunia Olympiad Peringkat Menengah Rendah di Gyor, Hungary
dan pelbagai lagi kejayaan yang amat membanggakan. Pelajar-pelajar ini adalah anak-
anak tuan dan puan sekalian dan kejayaan anak-anak ini adalah hasil kerjasama utuh
antara ibu bapa dan guru.
Selaku YDP PIBG, saya memohon kepada semua ibu bapa agar sentiasa memberi
sokongan dan kerjasama dalam segala usaha murni yang diusahakan oleh pihak sekolah.
Sentiasalah melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti anjuran PIBG sekolah.
Hubungan baik antara guru dan ibu bapa SM Lok Yuk adalah antara elemen penting
untuk melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi.
Akhir kalam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa atas
kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah terutama
Setiausaha PIBG, Puan Yveline Lo, beliau sentiasa memastikan perjalanan setiap
mesyuarat PIBG berjalan dengan baik.
Bendahari PIBG, Cikgu Debbie Goh, beliau merupakan guru yang cekap dan teliti
terutama dalam menguruskan setiap dana PIBG.
Barisan AJK PIBG, yang sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama yang
padu serta semua guru SM Lok Yuk yang begitu baik hati, mesra dan sentiasa
memberikan kerjasama kepada saya sepanjang menjadi Yang Dipertua PIBG. Mengenali
anda semua merupakan memori terindah sepanjang saya berkhidmat sebagai YDP di SM
Lok Yuk. Saya memohon seribu kemaafan kepada semua ibu bapa dan guru-guru SM
Lok Yuk, jika terdapat kelemahan atau kesilapan sepanjang saya memimpin persatuan
ini.
Akhir sekali, saya akhiri dengan dua rangkap pantun,
“Senyum Nampak gigi,
Panjang umur kita jumpa lagi.
Sekian, wabillahi taufiq wal-hidaya, Assalamualaikum.
AJK PIBG SESI 2018 – 2021
PENASIHAT : PN LOURDES MARY BATIN
YANG DIPERTUA : PN FATIMAH HJ JAAFAR
NAIB YANG DIPERTUA : EN KONG YU KIONG
SETIAUSAHA : PN YVELINE LO BIT HAN
BENDAHARI : CIK DEBBIE GOH SIAW LENG
AJK IBU BAPA : 1. DR MOHD NOR AZAN ABDULLAH
2. DR KHOO CHWEE HOON
3. EN THOMAS BAGU
4. PN AUDREY TAN
5. EN JOANNES YABIN
AJK GURU : 1. EN HAFRIZAL JILIN
2. PN ONG CHOOI LING
3. EN AZMIE MAJALI
4. HJ ZULKIPLI AHAD BORHAN
5. PN MASLINA IDRIS
AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG
Penasihat Pn Lourdes Mary Batin
Pengerusi Pn Fatimah Binti Hj Jaafar
Setiausaha Pn Yveline Lo
Bendahari Cik Debbie Goh
Pencatat Minit Bahasa Melayu – Pn Ruhaizah Mohd Jani
Bahasa Inggeris – Pn Hiew Tian Yen
Teks ucapan Bahasa Cina – En Moh Sin Nee
Juruacara 1 Cik Yong Shu Sim
En Muhammad Abdullah Bin Samat
Juruacara 2 En Hafrizal Jilin
Respon dengan Chat live Pn Maslina Idris
dalam GM
Pembaca Doa Marcus Khoo Hiok Tian
Utz Mohd Irshadi Sarqawi Bin Pajudin
Floor Manager
Pendaftaran En Idros Yunos
Pn Ivylenda Rubbin Guribah
Teknikal Pn Marzita Mahadi
Penyedia Video Cik Hee Pit Sang
Buku Program Pn Cecilia Ejan
En Walter Misir
Pn Isabella Linus
Cik Ehqa Dhabita Mohd Nasir
PENGESAHAN
MINIT
MESYUARAT
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SM LOK YUK KOTA KINABALU (CF) TEL :088
PETI SURAT 10352 FAX :088
88803 KOTA KINABALU
426737
426939
Rujukan : SMKLY/PIBG/37
Tarikh :16 MAC 2019
HADIR: MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SM LOK YUK KOTA KINABALU (CF)
KALI KE -37
BERTEMPAT DI DEWAN SM LOK YUK (CF)
16 MAC 2019
BIl Nama Jawatan
1. 1 Puan Norah Marcus Pengetua
2. Puan Fatimah Binti Hj Jaafar Yang Dipertua
3. En Kong Yu Kiong Timb Yang Dipertua
4. Puan Yveline Lo Bit Han Setiausaha
5. Cik Goh Siaw Leng @ Debbie Bendahari
6. En Thomas Bagu AJK Ibu bapa
7. Dr Khoo Chwee Hoon AJK Ibu bapa
8. Dr Mohd Nor Azan Abdullah AJK Ibu bapa
9. En Hafrizal Jilin AJK Guru
10. En Azmie Majali AJK Guru
11. Pn Assyaadah Bt Yaacob AJK Guru
12. Pn Ong Chooi Ling AJK Guru
13. Elizabeth Hung Chun Ling Ibu bapa
14. Mariyana Mustafa Ibu bapa
15. Haslinda Bt Ibrahim Ibu bapa
16. Rozlin Binti Kindong Ibu bapa
17. Asmat Daim Ibu bapa
18. Sarina Ibu bapa
19. Mohd Rahezzam Ibu bapa
20. Arshadi Ibu bapa
21. Zuraidah Abdulrahman Ibu bapa
22. Laingag Jaqir Ibu bapa
23. Laura Jane Austine Ibu bapa
24. Mohd Kamaruden Bin Hamboli Ibu bapa
25. Belinda Michael Ibu bapa
26. Sui Ming Chang Ibu bapa
27. Yong Lee Su Ibu bapa
28. Cindy Albert Ibu bapa
29. Yong Chan Wei Ibu bapa
Bil Nama Jawatan
30. Nelson Chen Lip Teck Ibu bapa
31. Sophia Chong Suk Fui Ibu bapa
32. Lai Chu Sian Ibu bapa
33. Missie Guanis Ibu bapa
34. Noici Sentahim Ibu bapa
35. Rosmary Anne Ng Khee Gek Ibu bapa
36. Charles Mann Majunil Ibu bapa
37. Suriah Sefewon Ibu bapa
38. Dg Jurina D M Justmee Ibu bapa
39. Souvian R Masjiril Ibu bapa
40. Fressi Foo Ibu bapa
41. Remie Ali Ibu bapa
42. Abdul Mahrif Bin Jubi Ibu bapa
43. Suin Gaukoi Ibu bapa
44. Affian Charlie Ibu bapa
45. Jaafar Yahaya Ibu bapa
46. Aza Savelyeva Ramlee Ibu bapa
47. Sally Voo Ibu bapa
48. Pairey Adam Simit Abdullah Ibu bapa
49. Diana Ibu bapa
50. Tinggalu Ibu bapa
51. Andro Julius Ibu bapa
52. Meliana Ganting Ibu bapa
53. Suthessan Ibu bapa
54. Mohd Asni Basr Ibu bapa
55. Isuhaina Selimin Ibu bapa
56. Sapni B Sapena Ibu bapa
57. Norzanah Osman Ibu bapa
58. Nin Bin Junid Ibu bapa
59. Suhaini Yabin Ibu bapa
60. Maffey John Ibu bapa
61. Wong Chee Yin Ibu bapa
62. Rosaini Florence Ibu bapa
63. Kerry Terence Ibu bapa
64. Elys Giman Ibu bapa
65. Nora Binti Osman Ibu bapa
66. Mohd Azmi Sharil Ibu bapa
67. Navy Baba Ibu bapa
68. Nadia Binti Abd Rahim Ibu bapa
69. Opelia Binti Zuhudi Ibu bapa
70. Norhamidah Jarinal @ Safri Ibu bapa
71. Ervina Binti Jakiron Ibu bapa
72. Brant James Ibu bapa
73. Saida Minin Ibu bapa
74. Hendry Richard Ibu bapa
75. Robert Petrus Ibu bapa
76. Joan Michael Ibu bapa
Bil Nama Jawatan
77. Lau Khay Kien Ibu bapa
78. Wong Pei Szu Ibu bapa
79. Vivian Wahdi Ibu bapa
80. Boni Jaumin Ibu bapa
81. Tuwo B Abidin Ibu bapa
82. Mohamat Bin Hassan Ibu bapa
83. Ramli Ibu bapa
84. Masdariah Ibu bapa
85. Mohd Fauzi Suram Ibu bapa
86. Jahesi Binti Nain Ibu bapa
87. Syamazlin Sharif Ibu bapa
88. Kamis A Majis/Kalsum Ibu bapa
89. Annienlie Juin @ Juhin Ibu bapa
90. Dorothy Ho Ibu bapa
91. Jessica Jokumil Ibu bapa
92. Megawati Binti Jomma Ibu bapa
93. Suhaili Jais Ibu bapa
94. Masniah B Siog @ Leci Ibu bapa
95. Aidah Binti Nulla Ibu bapa
96. Masdin Hamiz Ibu bapa
97. Liew Hui Min Ibu bapa
98. Chong Lee Moi Ibu bapa
99. Sulita Binti Suhaili Ibu bapa
100. Punah Bt Bilo Ibu bapa
101. Haidah Chung Kui Yu Ibu bapa
102. Izan Fairuzzilah Ibu bapa
103. Nurul Aida Binti Harun Ibu bapa
104. Roslan Basri Ibu bapa
105. Laitin Ganggok Ibu bapa
106. Rosaini Florence Ibu bapa
107. Jasli Mandun Ibu bapa
108. Roselina Daukin Ibu bapa
109. Rosnie Ibu bapa
110. Hamidah Talib Ibu bapa
111. Flora Kating Ibu bapa
112. Elisa Ting Ibu bapa
113. Ingrid Soon Ibu bapa
114. Somuel M Ibu bapa
115. Rabicca Onggato Ibu bapa
116. Ching Lai Yi Ibu bapa
117. Ong Chooi Ling Ibu bapa
118. Chong Khim Phin Ibu bapa
119. Lim Beng Chai Ibu bapa
120. Yen Pau Fong Ibu bapa
121. Rosmawani Mohamad Ibu bapa
122. Norhayah Jalang Ibu bapa
123. Roseyati Hj Atong Ibu bapa
Bil Nama Jawatan
124. Dimin Sagun Ibu bapa
125. Roseyati Hj Atong Ibu bapa
126. Dimin Sagun Ibu bapa
127. Alladin Armat Ibu bapa
128. Masnitah Matseh Ibu bapa
129. Rosman Masarof Ibu bapa
130. Halijah Lasri Ibu bapa
131. Darno Manggal Ibu bapa
132. Azizah Ibu bapa
133. Suryantie Ibu bapa
134. Rafidah Robert Ibu bapa
135. Ainah Amit Ibu bapa
136. Fazlie Matsali Ibu bapa
137. Navy Baba Ibu bapa
138. Noraya Bte Ayub Ibu bapa
139. Izan Fairuzzilah Ibu bapa
140. Badrul Isham Ibu bapa
141. Jonnah K Ibu bapa
142. Dr Khoo Chwee Hoon Ibu bapa
143. Eni Handayani Ibu bapa
144. Thomas Bagu Ibu bapa
145. Daria Joseph K Ibu bapa
146. Anna Ibu bapa
147. Joannes Yabin Ibu bapa
148. Eddie B Miong Ibu bapa
149. Kartinah Jamil Ibu bapa
150. James Suana Ibu bapa
151. Clare Ibu bapa
152. Lim Chung Phin Ibu bapa
153. Asmah Binti Jimah Ibu bapa
154. Celestina Keong Ibu bapa
155. Farenyini Rayner Ibu bapa
156. Hendry Chin Ibu bapa
157. Faisal B D Mohd Arjun Ibu bapa
158. Ching Lai Yi Ibu bapa
159. Awang Basri Bin Lajsikan Ibu bapa
160. Mohd Asni Basri Ibu bapa
161. Salleh Tatung Ibu bapa
162. Dr Mohd Nor Azan Abdullah Ibu bapa
163. Kong Yu Kiong Ibu bapa
164. Seniwati Tanggulan Ibu bapa
165. Sufini Mafakus Ibu bapa
166. Alima Paling Ibu bapa
167. Salha Bt Mangsor Ibu bapa
168. Capt Muhaiyar Yusof Ibu bapa
169. Rafidah Robert Ibu bapa
170. Julianah Golosau Ibu bapa
Bil Nama Jawatan
171. Ruslinah Mohd Jahar Ibu bapa
172. Cecila Chong PK 1
173. Vasugi Nallathamby PK Kokum
174. Thien Nyuk Kong PK HEM
175. Norliza Binti Hamzah Guru
176. Lily Kua Swee Fun Guru
177. Sutiati Lambosi Guru
178. Geopery Dapun Guru
179. Idros Bin Yunos Guru
180. Zuriah Sadri Guru
181. Lee Seak Kean Guru
182. Kamarulan Muhamad Guru
183. Awang Basri Bin Lajsikan Guru
184. Aileen Yeong Guru
185. Cecila Anak Ejan Guru
186. Chong Set Fui Guru
187. Chung Vui LIn Guru
188. Christine Tan Chiaw Ping Guru
189. Cynthia Lin Jiy Jiun Guru
190. Dahlan Dohim Guru
191. Dorothy Ho Guru
192. Fiona Filda Bungkilan Guru
193. Hanna Ensiew Guru
194. Hasmulini Binti Abdul Rahman Guru
195. Hee Pit Sang Guru
196. Hiew Tian Yen Guru
197. Irnee Bakri Guru
198. Isabella Linus Guru
199. Ivylenda Rubbin Guribah Guru
200. Johan Azlie Wong Guru
201. Junainah Binti Karimin Guru
202. Kwok Mee Ing Guru
203. Laurence L Dumling Guru
204. Mariani Jubidi Guru
205. Omar Abdul Aziz Guru
206. Pang Kee Ean Guru
207. Richard Liangson Guru
208. Roseline David Guru
209. Ruhaizah Mohd Jani Guru
210. Siti Elfira Bintio Abdul Sini Guru
211. Suryantie Binti Nik Abd Kadir @ Ab Aziz Guru
212. Syamazlin Binti Sharif Guru
213. Willzah Binti Raimin Guru
214. Yong Shu Sim Guru
215. Ratnahningsih Othman Guru Ganti
216. Robert @ Zakaria B Mali Guru
217. Abdul Latif Ibrahim Guru
Bil Nama Jawatan
218. Ahainie Maidun Guru
219. Chong Fui Yen @ Olivia Chong Guru
220. Chung Seen Fui @ Jenny Chung Guru
221. Cynthia Ak Stephen Guru
222. Cynthia George Guru
223. Dg Salbiah Abd Rahman Guru
224. Deffny Pearl Tanggar Guru
225. Dg Arinah Binti Ag Piut Guru
226. Feridvicca Binti Aling Guru
227. Julham B Gapoi Guru
228. Juliana Binti Yuni Guru
229. Khor Chun Hai Guru
230. Lai Mui Loon @ Melody Guru
231. Lily Anak Kada Guru
232. Marguerite Youvillea Lai Guru
233. Maslina Binti Idris Guru
234. Milon Bin Goyi Guru
235. Moh Sin Nee Guru
236. Muhammad Irshadi Sarqawi Bin Pajudin Guru
237. Nariani Binti Lijin Guru
238. Nor Azannizah Porisin Guru
239. Nurfarhana @ Susey Ginsawat Guru
240. Nur Jurain Binti Jamal Guru
241. Nurmawati Binti Nurman Guru
242. Nurul Hidayah Mat Noor Guru
243. Pang Nyuk Cim Guru
244. Sulita Binti Suhaili Guru
245. Tan Ah Lean Guru
246. Teo Guan Brik @ Richard Teo Guru
247. Violet Bte Sebastian S Moduying Guru
248. Zarulakmal Bin Zahari Guru
249. Zulhariszan Bin Abd Manan Guru
1. PENDAHULUAN
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam pembuka bicara oleh pengacara majlis Pn
Ivylenda Rubbin, seterusnya mengalu-alukan kehadiran kepada semua yang hadir
terutama YDP PIBG Pn. Fatimah Jaafar, Pengetua sekolah Pn. Norah Marcus, AJK PIBG,
penolong-penolong kanan, ketua-ketua bidang, guru-guru serta semua ibu bapa yang turut
hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SM LOK YUK KOTA KINABALU ( CF ) Kali ke-
37.
2. UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENASIHAT PIBG
Pengetua sekolah Pn. Norah Marcus mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ibu
bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37. Pengetua juga memberitahu kepada semua
ibu bapa yang hadir bahawa apabila anak-anak berada di sekolah ini bermakna kita semua
adalah satu keluarga yang menolong satu sama lain dengan objektif menyumbangkan
potensi yang ada pada anak-anak.
Pengetua juga mengulas bahawa di sekolah ini guru-guru komited bukan sahaja
untuk menimba ilmu pengetahuan kepada murid-murid tetapi berusaha melahirkan dan
mendidik anak-anak di sekolah ini menyumbangkan potensi mereka dari segi fizikal,
rohani, sosial dan emosinya. Oleh itu, sekolah bukan hanya tumpukan kepada akademik
semata-mata tetapi mementingkan juga kokurikulum murid dan pembentukan sahsiah dan
kepimpinan murid. Pengetua juga memaklumkan bahawa tahun ini terdapat seorang
murid kita menjadi murid terbaik SPM Tahun 2018 iaitu Adik Chui Chai Suen dan sekolah
kita juga dipilih menjadi tempat pengumuman SPM Tahun 2018 oleh PPD Sabah pada 14
Mac 2018. Pengetua mengulas lagi bahawa pendekatan pembelajaran abad ke21 yang
menekankan 4C iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kristis, kreativiti serta nilai juga
turut membantu murid-murid supaya boleh bersaing dan kebolehpercayaan yang tinggi
untuk nazar akan datang. Pengetua juga berharap melalui pendekatan pembelajaran abad
ke21 murid akan keluar sebagai murid yang boleh memahami, memilih dan memproses
maklumat dan pengetahuan dan seterusnya menggunakannya untuk kesejahteraan
manusia. Selain itu, menjadi warga Malaysia yang setia dan bertolerasi dengan semua
kaum dan agama.
Pengetua juga mengulas bahawa tangungjawab yang dipikul oleh pihak sekolah
amat berat kerana selain mengembangkan potensi murid guru-guru juga berhadapan
dengan pelbagai masalah disiplin murid. Sehubungan ini pengetua berharap kerjasama ibu
bapa amat penting dalam hal mendisplinkan anak-anak dengan mengawal aktiviti anak-
anak. Pengetua memaklumkan bahawa pada tahun ini semua warga sekolah boleh
menikmati penggunaan jaringan internet di seluruh kawasan sekolah termasuk di kawasan
kantin sekolah, dewan ataupun di semua kelas.
Pengetua berharap semua ibu bapa akan bersama-sama dengan pihak sekolah
untuk membangunkan sekolah ini. Sokongan yang seterusnya ialah kewangan bagi
membantu semua aktiviti sekolah misalnya sumbangan sebanyak RM100 yang diberikan
pada awal tahun ini dan aktiviti-aktiviti mencari dana telah membolehkan guru-guru dan
murid-murid melaksanakan semua aktiviti sekolah.
3. UCAPAN PERASMIAN OLEH YDP PIBG SM LOK YUK KOTA KINABALU
( CF )
Yang Dipertua PIBG Puan Fatimah Jaafar mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih
kepada ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat PIBG kali ke 37. YDP mengharapkan agar
ibu bapa sentiasa menyokong semua aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.
YDP berjanji PIBG akan menguruskan kewangan sebaik-baiknya untuk menjaga
kebajikan murid-murid sekolah ini. YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
sekolah kerana melahirkan murid-murid yang cemerlang setiap tahun. YDP juga
memaklumkan kepada ibu bapa bahawa kutipan aktiviti pasar ria yang dijalankan baru-
baru ini ialah sebanyak RM155,321.10. YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada
ibu bapa kerana menyumbangkan dana kepada pihak PIBG dan beliau berjanji dana ini
akan digunakan untuk penambahbaikan sekolah dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan
oleh pihak sekolah.
4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit Mesyuarat Agung PIBG SM Lok Yuk (CF) kali ke 36 telah disemak dan
dicadangkan untuk disahkan oleh Pn Lee Sek Kean. Minit mesyuarat ini disokong untuk
disahkan oleh Pn Suhaili Jais.
5. PEMBENTANGAN LAPORAN SETIAUSAHA
Laporan setiausaha bagi sesi 2018 telah dilaporkan oleh setiausaha Puan Yveline Lo.
Laporan penuh adalah seperti dilampirkan. Laporan setiausaha diterima atas cadangan Pn
Norhamidah Jarimal dan disokong oleh En Lim Beng Chai.
6. PEMBENTANGAN LAPORAN BENDAHARI
Laporan kewangan telah dibentangkan oleh bendahari PIBG Cik Goh Siaw Leng @
Debbie. Laporan lengkap adalah seperti dilampirkan. Laporan kewangan diterima atas
cadangan En Kamaruden Bin Hambali dan disokong oleh Kapten Muhaiyar Yusof.
7. PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN USUL DAN SARANAN
Usul, saranan, cadangan daripada ibu bapa boleh dirujuk pada lampiran. Beberapa
cadangan dari ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG seperti berikut;
a. Puan Suhaili Jais memberi komen bahawa kelas tambahan yang dijalankan di sekolah
tidak mengikut masa yang sesuai menyebabkan wujud masalah kenderaan bagi
murid-murid yang terlibat.
Jawapan Pengetua untuk pendapat ini ialah kelas tambahan belum bermula tetapi
terdapat guru yang mengadakan kelas selepas waktu PdPc sebagai menggantikan
MMI. Kelas tambahan akan bermula semasa cuti pertengahan penggal 1 nanti iaitu
pada 25-27 Mac 2019.
b. En Salleh memaklumkan bahawa isu pengasingan kelas mengikut agama yang
menular dalam kalangan sekolah-sekolah menengah daerah KK. Beliau berharap isu
ini tidak terlibat di SM Lok Yuk Kota Kinabalu (CF).
Jawapan pengetua untuk makluman ini ialah SM Lok Yuk Kota Kinabalu (CF) tidak
terkecuali pengasingan kelas mengikut agama disebabkan kekangan guru agama
yang terhad. Sememangnya, pihak sekolah juga tidak ingin mengasingkan murid-
murid mengikut agama tetapi terpaksa berbuat demikian kerana isu kelas dan guru
agama yang terhad.
c. Kapten Muhaiyar Yusof meminta semua barisan AJK PIBG memperkenalkan diri
dan menanyakan hal-hal tahun lepas atau usul yang telah dibincangkan, apakah yang
sudah dibuat oleh pihak sekolah untuk usul-usul ini serta laporan kewangan tahun
lepas tidak dibincangkan.
Jawapan YDP tentang pendapat Kapten Muhaiyar Yusof tersebut, YDP meminta
semua AJK PIBG memperkenalkan diri mereka masing-masing. Laporan kewangan
tahun lepas akan dibincangkan semasa sesi soal jawab nanti.
d. En Lim Beng Chai menanyakan kepada pihak sekolah adakah pihak sekolah tidak
mementingkan pencapaian murid di mana anaknya mendapat naib johan peringkat
negeri Pertandingan Deklamasi Sajak dan Puisi Bahasa Cina pada tahun 2018 di
Sandakan. Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak membuat pengumuman
tentang pencapaian anaknya semasa perhimpunan sekolah.
Jawapan dari Cikgu Chung Vui Lin, guru Bahasa Cina tentang perkara ini ialah
hadiah dan sijil untuk pertandingan ini lambat diterima iaitu pada hujung tahun dan
pihak sekolah tidak mengumumkannya kerana merupakan minggu peperiksaan. Oleh
itu, guru penasihat mengambil langkah menyerahkan hadiah dan sijil tersebut terus
kepada murid.
e. En Rusyadi mengemukakan soalan, sumbangan SJK (C) Lok Yuk, Likas adakah
setiap tahun dan mengapakah penyelenggaraan bas sekolah dan van sekolah
memakan perbelanjaaan yang besar pada tahun 2018 berbanding tahun sebelumnya.
Jawapan pengetua untuk soalan tersebut ialah sumbangan dari SJK (C) Lok Yuk,
Likas bukan satu sumber pendapatan tahunan. Ini adalah kerana pada tahun tersebut,
pihak sekolah membantu SJK (C) Lok Yuk, Likas menjual tiket kupon dan hasil
jualan tersebut sekolah kita diberikan rebat hasil jualan kupon. Berkaitan dengan
penyelenggaraan bas dan van sekolah, pengetua memberi jawapan bahawa pada
tahun lalu, sekolah kita mendapat seorang pemandu yang baik dan pemandu ini
memberi cadangan bahawa van sekolah masih boleh diperbaiki seperti mengecat
semula van dan kerusi diperbaiki. Ini adalah kerana enjin van tersebut masih dalam
keadaan yang sangat baik. Oleh itu, pihak sekolah mengambil langkah memperbaiki
van sekolah daripada dilupuskan. Manakala bas sekolah kita memperbaiki penyaman
udara bas tersebut sahaja. Oleh itu, ia memakan perbelanjaan yang tinggi pada tahun
lalu dan sekolah menggunakan van dan bas sekolah tersebut menghantar murid-murid
ke pertandingan termasuklah ke Labuan.
f. En Rusyadi juga mengenukakan soalan berkaitan dengan fixed deposit dalam akaun
PIBG iaitu mengapa faedah untuk akaun tetap tidak diterima pada tahun 2018.
Bendahari PIBG menjawab soalan ini pada tahun 2018 akaun tetap PIBG telah
ditutup kerana akaun ini dibuka oleh Bendahari dan YDP 2 penggal yang lalu iaitu
kedua-dua AJK ini sudah meletakkan jawatan. Maka PIBG mengambil keputusan
untuk menutup akaun ini memandangkan kedua-dua orang ini bukan lagi AJK PIBG.
Bendahari memaklumkan bahawa selepas tutup akaun ini maka duit tersebut sudah
dipindahkan ke akaun semasa PIBG.
g. Pn Emily mencadangkan akaun tetap sebelumnya boleh diteruskan dengan hanya
menukarkan tandatangan Bendahari dan YDP sahaja kerana akaun tetap ini boleh
menjanakan pendapatan kepada PIBG melalui faedah yang diterima daripada akaun
tetap.
Jawapan pengetua untuk cadangan ini ialah pihak PIBG akan membincangkan
perkara ini nanti dengan AJK PIBG.
h. Pn Suhaili Jasi mencadangkan agar pihak sekolah membeli meja dan kerusi yang
baharu untuk murid-murid jika ada dana yang lebih.
Jawapan YDP menjawab cadangan tersebut pihak PIBG akan menambahkan lagi
meja dan kerusi murid pada tahun ini. Ini adalah kerana ibu bapa banyak membantu
pihak sekolah terutamanya masa aktiviti Pasar ria. En Thien selaku PK HEM juga
mengulas bahawa pihak Lembaga Pengelola Sekolah juga menyumbangkan 100 buah
meja dan kerusi kepada pihak sekolah setiap tahun.
i. Encik Roni mengemukakan soalan iaitu pemasangan networking dan wiring di
sekolah ini amat tinggi perbelanjaan.
Jawapan pengetua berkaitan isu ini ialah RM15,000.00 itu merupakan deposit sahaja
dan keseluruhannya berjumlah RM30,000.00. Beliau memberitahu bahawa syarikat
ini memberikan kotaj yang sangat murah berbanding dengan syarikat yang lain. Ini
disebabkan banyak point diletakkan di seluruh kawasan sekolah termasuklah kantin
sekolah, 52 buah bilik darjah, pondok-pondok, pusat sumber, bilik guru dan lain-lain
tempat kerana pihak sekolah ini memastikan seluruh sekolah mendapat capaian
internet yang tinggi dan cepat oleh semua warga sekolah.
j. Pn Rafidah mengemukakan soalan berkaitan dengan pembinaan gelanggang bola
keranjang berbumbung terbengkalai dan ini akan mengancam keselamatan murid di
mana banyak batang besi yang tajam diletakkan di kawasan tersebut. Adakah projek
ini dibawah pihak PIBG? Bagaimana jika projek ini ditangguhkan?
Jawapan pengetua tentang perkara ini ialah projek ini bukan aktiviti PIBG tetapi
projek YB Tan iaitu ADUN Likas. Pihak sekolah ada menyusulkan isu ini kepada
YB Tan dan YB Tan meminta pihak sekolah menulis surat dan memohon pembinaan
gelanggang bola keranjang ini. YB sedang berusaha mengurus peruntukan ini dan
pihak sekolah akan menunggu jawapan dari YB. Pengetua memaklumkan jika betul-
betul projek ini ditangguhkan oleh YB, maka pihak sekolah akan meminta bantuan
dari pihak Alumni kerana mereka aktif membantu sekolah. Pihak sekolah akan
menyusul kes ini dari semasa ke semasa.
k. Pn Kartinah Jamil mencadangkan agar ‘zebra crossing’ dibina di depan pintu sekolah
atau wujudkan papan tanda untuk murid-murid melintasi. Ini bertujuan untuk
keselamatan murid di mana ada pemandu yang tidak berhemah atau memandu
dengan berbahaya. Beliau juga mengemukakan soalan adakah pihak sekolah
mengeluarkan satu surat kebenaran ibu bapa untuk menghadiri sesuatu program
sekolah.
Jawapan pengetua untuk cadangan ini ialah ada ibu bapa yang menghantar murid di
depan pagar sekolah dan ini menyebabkan kesesakan jalan. Berkaitan dengan surat
kebenaran, setiap murid yang akan keluar mengikut program akan diberikan satu
surat kebenaran ibu bapa dan surat makluman program yang diikuti oleh guru yang
bertangung jawab.
l. Pn Norhamidah Jarinah @ Safri mencadangkan agar tentatif program disediakan
kepada semua ibu bapa dan laporan bendahari disediakan dalam bahasa yang mudah
difahami.
Jawapan YDP berkaitan dengan tentatif program ialah Setiausaha PIBG sudah
menampalkannya di setiap sudut dewan dan di kawasan sekolah.
Jawapan pengetua untuk laporan bendahari ialah laporan ini bukan disediakan oleh
Bendahari PIBG tetapi disediakan oleh firma audit.
m. En Mohamat Bin Hassan mencadangkan agar sekolah mengadakan kelas membaca
Yassin untuk murid-murid beragama Islam. Beliau juga mencadangkan agar semua
ibu bapa di sekolah ini menghadiri mesyuarat Agung PIBG supaya setiap
perbincangan dapat disampaikan kepada semua ibu bapa.
Jawapan pengetua untuk perkara ini ialah pihak sekolah sudah memberi surat
makluman tentang mesyuarat agung ini satu bulan lebih awal dan besar kemungkinan
tidak disampaikan oleh murid kepada ibu bapa. Kebanyakan dalam surat maklum
balas ibu bapa menyatakan sibuk tidak dapat menghadiri mesyuarat ini. Aktiviti
pembacaan Yassin memang sudah lama dijalankan di sekolah ini oleh guru-guru
beragama Islam iaitu setiap awal pagi hari Jumaat dan setiap guru akan bergilir-gilir
menyumbangkan sarapan pagi kepada murid yang menghadiri pembacaan Yassin ini.
n. Kapten Muhaiyar Yusof mencadangkan mengapakah hanya satu aktiviti tahunan
mencari dana sahaja sepanjang tahun.
Jawapan pengetua ialah jika terlalu banyak aktiviti melibatkan pencarian dana, guru-
guru tidak mempunyai masa untuk menjalankan PdPc dengan sempurna dan aktiviti
pencarian dana ini amat memenatkan guru-guru serta murid-murid.
o. En Azmi Bin Sharul memberi cadangan agar ‘Whatsapp’ group untuk setiap kelas
diwujudkan agar segala maklumat dan masalah murid boleh diketahui oleh ibu bapa.
Jawapan pengetua ialah ada sesetengah guru tidak suka diganggu selepas waktu
persekolahan dan pihak sekolah tidak memaksa guru-guru kelas mewujudkan group
‘Whatsapp’ bersama guru-guru kerana ia berkaitan dengan privacy guru-guru
terutamanya selepas waktu bekerja. Pihak sekolah ada mewujudkan buletin untuk ibu
bapa dan ibu bapa boleh mengikuti rangkaian ini di mana segala aktiviti sekolah akan
dimaklumkan di sini.
p. Seorang ibu mengemukakan cadangan mengenakan caj kepada guru yang
menggunakan alamat guru untuk mengirim barangan online. Ini kerana terdapat
sekolah yang menjana pendapatan dengan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi
warga sekolah yang menggunakan alamat sekolah apabila mengirim barangan online.
Jawapan pengetua untuk perkara ini ialah beliau tidak setuju dengan cadangan ini.
q. Seorang ibu menanyakan apakah aktiviti yang dilakukan oleh murid petang yang
datang awal ke sekolah?
Jawapan pengetua perkara ini ialah murid-murid petang yang datang awal akan
berkumpul di dewan sekolah dan mereka akan melakukan aktiviti nilam iaitu
membaca buku sama ada buku cerita ataupun buku teks.
8. PEMBUBARAN AJK 2018-2019
YDP telah memaklumkan ahli PIBG bahawa AJK tahun 2018/2019 akan diteruskan
sehingga tahun 2020. Ahli PIBG sebulat suara bersetuju melantik senarai AJK PIBG
untuk sesi 2019/2020 dikekalkan seperti berikut:
Yang Dipertua : Puan Fatimah Binti Jaafar
Tim. YDP : En. Kong Yu Kiong
Setiausaha : Puan Yveline Lo Bit Han
Bendahari : Cik Goh Siaw Leng @ Debbie
Ajk Guru : Pn. Ong Chooi Ling
En. Hafrizal Jilin
En. Jaafar Bin Kumah
En. Azmie Bin Majali
Puan Assyahadah Bte Yaacob
Ajk Ibu bapa : En. Thomas Bagu
En. Joannes Yabin
Dr. Mohd. Nor Azan Abdullah
Puan Dr. Khoo Chwee Hoon
Puan Audrey Fung
9. DIALOG PRESTASI
(a) HEM - En Thien Nyuk Kong
En Thien selaku Penolong Kanan HEM memaklumkan kepada semua ibu bapa dan guru-
guru tentang sumbangan PIBG sebanyak RM100 akan dipungut pada tahun 2020.
Pungutan yuran ini akan dikutip semasa pendaftaran semula atau murid baharu. Kutipan
ini hanya akan dibayar oleh satu keluarga sahaja dan beliau ingin mendapatkan
persetujuan sebulat hati dari semua ibu bapa bahawa pungutan ini boleh dipungut tanpa
sebarang bantahan. En Lim Beng Chai mencadangkan agar pungutan sumbangan PIBG
sebanyak RM100 boleh dibuat pada tahun 2020 dan disokong oleh Pn Suhaili Jais.
Di samping itu, En Thien juga memaklumkan kepada ibu bapa bahawa SSDM
versi 2.0 iaitu Sistem Sahsiah Diri Murid menggantikan fail BMD murid pada tahun ini
di mana segala kesalahan tingkah laku murid akan diisi secara online oleh guru berkenaan.
Selain kesalahan disiplin dalam tingkah laku, amalan baik murid juga akan diisi oleh guru
dalam sistem SSDM ini. Surat pemberitahuan makluman penggantian SSDM ini sudah
diedarkan kepada murid dan ibu bapa boleh mendapatkan surat tersebut dari anak masing-
masing.
.
(b) KOKURIKULUM - Pn Vasugi A/P Nallathamby
Pn Vasugi selaku Penolong Kanan Kokum membentangkan dialog prestasi berkaitan
dengan kokurikulum. Beliau memaklumkan kepada ibu bapa bahawa markah kokum
sebanyak 10% penting untuk murid-murid memasuki IPTA nanti. Oleh itu, beliau
memaklumkan ibu bapa bahawa menggalakkan anak-anak mereka mengikuti aktiviti
kokurikum pada setiap hari Rabu iaitu bermula jam 1.20 petang hingga 4.30 petang bagi
murid sidang pagi dan murid sidang petang dari jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Beliau
juga memaklumkan kepada ibu bapa bahawa kehadiran murid ini akan dikumpulkan dari
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pn Vasugi juga memaklumkan kepada ibu bapa bahawa
pihak PIBG telah bersetuju memberikan peruntukan sebanyak RM50,000.00 kepada Unit
Kokurikulum untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum sepanjang tahun. Ini adalah kerana
pihak KPM tidak memperuntukkan BBPT kepada sekolah mulai tahun ini dan segala
pembayaran untuk yuran penyertaan adalah tanggungan pihak sekolah. En Hafrizal
mewakili Unit Kokurikulum sekolah memaklumkan kepada ibu bapa bahawa Unit
kokurikulum mencadangkan murid sekolah menambahkan satu helai baju T Shirt
kokurikulum memandangkan murid banyak melakukan aktiviti kokurikulum. Baju
kokurikulum ini boleh dipakai semasa murid menjalankan PdPc untuk mata pelajaran
PJK. Baju kokurikulum ini berharga antara RM25 hingga RM30 dan ia akan dibayar
semasa pendaftaran semula pada tahun 2020 nanti. Unit kokurikulum ingin mendapatkan
persetujuan dari ibu bapa mengenai perkara ini. Semua ibu bapa menyetujui pembelian
baju kokurikulum yang baharu ini.
10. PENUTUP
YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan cadangan dan
bersama-sama sehingga mesyuarat tamat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.04 petang.
Pencatat minit:
1. Cik Siti Elfira Binti Abdul Sini (Bahasa Malaysia)
2. Pn Isabella Linus (Bahasa Inggeris)
Disediakan oleh:
………………………….
(YVELINE LO)
SETIAUSAHA PIBG
SESI 2019/2020
LAPORAN
RINGKAS
AKTIVITI
PIBG
LAPORAN RINGKAS AKTIVITI PIBG 2019 – 2020
AKTIVITI DAN PENGLIBATAN PIBG 2019 Catatan
Bil Program Jun– November 2019
Sepanjang tahun
1. KECEMERLANGAN AKADEMIK Oktober - November
✓ Kem Akademik Tingkatan 3, 4 dan 5 Feb – Nov 2019
✓ Perbelanjaan elaun Guru Ganti dan kerani Pusat Sumber 01 April 2019
✓ Program Pasca PT3 11 April 2019
✓ Program Peningkatan Mata Pelajaran PT3, SPM dan STPM 15 April 2019
✓ Program Pemimpin Muda 02 Mei 2019
✓ Program Chef Muda 4VT 04 Mei 2019
✓ Karnival CIP 08 Mei 2019
✓ Lawatan penandaarasan pengawas ke SMJK Lok Yuk,Kudat 25 -26 Mei 2019
✓ Majlis Anugerah Kecemerlangan 2019 27 Jun 2019
✓ Lawatan Sambil Belajar STEM 24 – 25 Julai 2019
✓ Bengkel Human Head Sculpture 25 Julai 2019
✓ Dialog Prestasi 27 Julai 2019
✓ Project Based Learning 30 – 31 Julai 2019
✓ Lawatan Penandaarasan Pengetua-pengetua dari Pahang 03 Ogos 2019
✓ Pertandingan Rero Annual Championships Peringkat Negeri 26 September 2019
✓ Karnival PAK21 Peringkat Negeri Sabah 14 – 16 Oktober 2019
✓ Pertandingan Inovasi Pembelajaran Peringkat Antarabangsa Sepanjang tahun
✓ Lawatan Murid T6 ke UMS
✓ Karnival Inovasi STEM Tingkatan 3 26 Januari 2019
✓ Reward Card PAK21 23 Februari 2019
09 Mac 2019
2. KO-KURIKULUM 16 Mac 2019
✓ Merentas Desa 21 Mac 2019
✓ International Understanding Day
✓ Temasya Sukan SMLY 11-13 April 2019
✓ Pertandingan MSU Running Maths 24 April 2019
✓ Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2019 27 Mei 2019
✓ Pasukan Gentari – 13 Julai 2019
▪ Bengkel Tarian RIMUP 13 -15 Sept 2019
▪ Festival IGAL Antarabangsa 2019 Julai – November
▪ Tarian Etnik Kreatif dan tarian Moden Peringkat Antarbangsa Sepanjang tahun
▪ Tugu Budaya 08 -10 November 2019
▪ Pertandingan Tarian SM dan SR Peringkat Negeri Sabah Sepanjang tahun
✓ Pelancaran Lose It Baby 2.0 18 – 20 Oktober 2019
✓ Sumbangan aktiviti kejohanan permainan 25 Oktober 2019
✓ Pertandingan Robotik Peringkat Antarabangsa ke Hungary
✓ Program ‘Star of the Month’ 12 Oktober 2019
✓ Kem Jati Diri
✓ Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta Sepanjang tahun
3. KEBAJIKAN DAN KHIDMAT BANTU
✓ Hari Keluarga SMLYKK
4. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR
✓ Pemasangan networking internet
✓ Projek seni reka landskap
✓ Sumbangan perabot sekolah
✓ Belanja servis alat penyaman dingin
Bil Program Catatan
5. PEMBANGUNAN SAHSIAH MODAL INSAN
22 Februari 2019
✓ Dialog Prestasi Masalah disiplin 23 Februari 2019
✓ Kursus Asas Kepimipinan
05 Januari 2019
6. PENGURUSAN PIBG 07 Mac 2019
✓ Mesyuarat AJK PIBG (4 kali) 06 Julai 2019
20 November 2019
7. LAIN-LAIN
✓ RIMUP CNY 15 Februari 2019
✓ Pasar ria 02 Mac 2019
✓ Hari Guru Peringkat Sekolah 28 Jun 2019
✓ RIMUP Raya Dan Kaamatan 02 Julai 2019
✓ Lok Yuk Got Talent 10 Ogos 2019
✓ Persaraan Guru Sepanjang tahun
✓ Lawatan Penandaarasan PIBG SMK Bandau 25 September 2019
✓ Majlis Perpisahan Pengawas
✓ Majlis Graduasi T6 19 Oktober 2019
✓ Majlis Graduasi T5 24 Oktober 2019
✓ Jamuan Makan Malam Guru 15 November 2019
AKTIVITI DAN PENGLIBATAN PIBG 2020 Catatan
Sepanjang tahun
Bil Program 17 Januari 2020
1. KECEMERLANGAN AKADEMIK
04 Januari 2020
✓ Elaun guru ganti dan kerani pusat sumber 02 Februari 2020
✓ Kursus Asas Kepimpinan 23 Februari 2020
✓ Majlis Anugerah Kecemerlangan Sepanjang tahun
Sepanjang tahun
2. KO-KURIKULUM
✓ Merentas Desa Sepanjang tahun
✓ Temasya Sukan
✓ Dance World Cup Malaysia Sepanjang tahun
✓ Sumbangan aktiviti kokum
✓ Program ‘Star of the Month’ 06 Februari 2020
11 Januari 2020
3. KEBAJIKAN DAN KHIDMAT BANTU 14 Mac 2020
✓ Pembelian leisure chair dan thermometer 12 September 2020
✓ Bantuan pelajar 14 Disember 2020
4. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR 05 Februari 2020
✓ Pembelian 2-unit mesin alat penapis air CUCKOO 7 Mac 2020
✓ Perbelanjaan mengecat pondok rehat murid 24 Jun 2020
✓ Keceriaan foyer T6 25 September 2020
✓ Taman Minda
✓ Projek Keceriaan Kantin
5. PEMBANGUNAN SAHSIAH MODAL INSAN
✓ RIMUP CNY
6. PENGURUSAN PIBG
✓ Mesyuarat AJK PIBG (4 kali)
7. LAIN-LAIN
✓ Majlis Perpisahan Pn Norah
✓ Jogathon 5C2020@LY
✓ Majlis Penyerahan Cek dari YB Tan
✓ Lawatan Menteri Pelajaran II
LAPORAN
KEWANGAN PIBG
BAGI TAHUN
2019 & 2020