The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mariatisaid, 2022-03-09 09:54:08

2022 buku peraturan sekolah

2022 buku peraturan sekolah

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

SEKOLAH KEBANGSAAN MEMBEDAI

Peti Surat 82074, 87030
Wilayah Persekutuan Labuan,

Tel : 087-417945

BUKU PERATURAN SEKOLAH
“MAJU DAN BERWAWASAN”

NEGARAKU Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

Negaraku, Lagu
Tanah tumpahnya darahku, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju, Maju dan sejahtera

Rahmat Bahagia, Inilah wilayah bumi yang bertuah
Tuhan kurniakan, Maju membangun dijulang megah
Raja kita, Aman sentosa disepanjang masa
Selamat bertakhta. Teguh disemai sentiasa

Rahmat Bahagia, Membara semangat setiap warganya
Tuhan kurniakan, Cergas mindanya semangat waja
Raja kita, Pada wilayah ditumpah setia
Selamat bertakhta. Hormat- hormati penuh mesra

Bersatulah
Berbaktilah
Semua warga wilayah

Sayangi
Lindungi
Sepenuh jiwa raga

Kita jaga keharmonian semua
Maju sejahtera
Wilayah persekutuan

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

Ikrar Rukun Negara
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan MENUMPUHKAN seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip

yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan kesusilaan

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

VISI
SEKOLAH KEBANGSAAN MEMBEDAI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

SEKOLAH KEBANGSAAN MEMBEDAI CEMERLANG DAN BERKUALITI MENJELANG 2006

MISI
SEKOLAH KEBANGSAAN MEMBEDAI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

-MENENTUKAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG SELAMAT SERTA KONDUSIF UNTUK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
-MEMANTAPKAN SISTEM PENGURUSAN YANG BERKULITI,BERBUDAYA KERJA,BERMATLAMAT
DAN BERFUKUS
-MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK DALMA APA JUA URUAN DI SEKOLAH

TAKRIF DAN MAKNA LENCANA SK MEMBEDAI

KUNING - Melambangkan warga SK Membedai berwawasan ingin maju arah kecemerlangan
dalam semua bidang.
HIJAU - Melambangkan kecintaan warga sekolah kepada alam
sekitar,berdisiplin,ceria,bersopan,bersusila serta hidup harmoni.
PUTIH - Melambangkan kemurnian hati warga Pendidik yang akan mencorak pelajar menjadi
manusia yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.
MERAH - Melambangkan warga sekolah berani menghadapi segala cabaran dan rintangan.
BULAT - Melambangkan warga sekolah yang bermuafakat dan bersatu hati dlam semua
aspek.
BUKU DAN ALAT TULIS - Melambangkan bahan keperluan asas yang diperlukan oleh
setiap pelajar dalam memulakan persekolahan.
DASTAR - Melambangkan cita-cita setiap pelajar untuk menapai pelajaran setinggi mungkin.
OBOR - Melambangkan semangat juang setiap pelajar yang ingin maju dalam bidang
kurikulum dan ko-kurikulum.
BINGKAI - Pendokong kepada visi dan misi warga Sekolah Kebangsaan Membedai.

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

PERATURAN AM SEKOLAH KEBANGSAAN MEMBEDAI WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN

Perkara 1 : MASA PERSEKOLAHAN
1.1 Hari Persekolahan
A. Tahap satu

Isnin- Jumaat : Rujuk kepada Jadual Waktu terkini

B. Tahap dua
Isnin-Jumaat : Rujuk kepada Jadual Waktu terkini

1.2 Loceng akan dibunyikan tepat jam 7.00 pagi dan semua murid akan masuk ke kelas
masing-masing apabila loceng dibunyikan.
1.3 Loceng rehat/waktu rehat
1.3.1 Waktu rehat adalah pada pukul 9.30 pagi hingga 9.50 pagi ( tahap 1 ) dan 10.00 pagi
hingga 10.20 pagi ( Tahap 2 ). Apabila loceng rehat dibunyikan semua pelajar mestilah
beratur keluar dan pelajar tidak dibenarkan berada di kelas kecuali ditemani oleh guru.
( tidak tertakluk pada situasi Covid-19 )
1.3.2 Murid-murid dikehendaki makan di kawasan kantin atau sekitar kantin sahaja.
( tidak tertakluk pada situasi Covid-19 )
1.3.3 Murid -murid tidak dibenarkan belari.
1.3.4 Apabila waktu rehat tamat.loceng akan dibunyikan dan semua pelajar mestilah
berada kelas masing-masing.Makan di luar waktu rehat adalah dilarang sama sekali kecuali
mendapat kebenaran guru.

Perkara 2 : WAKTU BELAJAR DAN KEDATANGAN
2.1 Semua murid diwajibkan hadir ke sekolah tepat pada waktunya.

A)pada semua hari persekolahan
B)Kelas-kelas bimbingan dan pemulihan
C)Kelas-kelas ganti
D)Aktiviti ko-kurikulum

2.2 Murid yang tidak hadir kerana sakit atau sebab-sebab tertentu hendaklah
memberitahu pihak sekolah dengan cara:

A)membawa surat doktor
B)Surat keterangan ibu bapa
Tanpa maklumat diatas murid dianggap ponteng
2.3 Sekiranya pihak sekolah tidak menerima keterangan bertulis,tindakan-tindakan
berikut akan diambil:

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

SURAT HARI TIDAK HARI TIDAK
HADIR(PONTENG) HADIR(PONTENG) TIDAK
Amaran pertama BERTURUT-TURUT
Amaran kedua Pada hari ketiga BERTURUT-TURUT
Amaran terakhir 7 hari selepas amaran Pada hari kesepuluh
Buang sekolah pertama 10 hari selepas amaran
Jumlah hari tidak hadir 14 hari selepas amaran pertama
kedua 20 hari lagi selepas amaran
14 hari selepas amaran kedua
terakhir 70 hari lagi selepas amaran
31 hari berturut-turut terakhir
60 hari bukan berturut-
turut

2.4 Dalam masa persekolahan,murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
tanpa kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan/Guru Bertugas.
2.5 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibubapa/penjaga
diwajibkan mencatat buku kebenaran balik dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong
kanan/Guru Bertugas.

2.6 Waktu pertukaran kelas
2.6.1 Semua murid mestilah berada dalam kelas masing-masing dan tidak dibenarkan
keluar semasa pertukaran kelas.
2.6.2 Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising ketika pertukaran kelas sedang
berlaku.

2.7 Keluar masuk kelas
Semua murid yang hendak keluar dai kelas semasa pembelajaran sedang berjalan mestilah
mendapat kebenaran guru.

2.8 Loceng balik
Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mestilah bebaris dan keluar dari

kelas dengan teratur dan senyap dan seterusnya berjalan pulang dengan baik. Murid tidak
dibenarkan belari ketika baik.

Perkara 3 : MASA PERHIMPUNAN
3.1 Semua pelajar diwajibkan hadir semasa perhimpunan diadakan.
3.2 Semua murid mesti berbaris dengan senyap dan tidak bising
3.3 Semua murid mestilah berpakaian lengkap dan kemas.untuk perhimpunan hari
isnin,pemakaian tali leher adalah wajib bagi murid lelaki.
3.4 Selepas perhimpunan,semua murid beredar ke kelas masing-masing dengan teratur
dan senyap.

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

Perkara 4 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
4.1 Murid-murid mesti memakai pakaian seragam yang lengkap,kemas,bersih dan
berlencana pada setiap hari persekolahan,semasa menghadiri upacara-upacara rasmi
sekolah dan semasa membuat lawatan rasmi.
4.2 Tali leher adalah diwajibkan untuk semua murid kecuali yang berbaju kurung pada
hari isnin.

4.3 Pakaian seragam murid lelaki
4.3.1 Kemeja putih berlengan pendek serta berlencana
4.3.2 Bagi pengawas kemeja biru berlengan panjang serta berlencana.
4.3.3 Seluar pendek/panjang berwarna biru tua(navy blue).
4.3.4 Stokin putih / hitam
4.3.5 Kasut kanvas putih/hitam dan bagi pengawas kasut kanvas hitam.
4.3.6 Tali pinggang dari jenis yang kepalanya tidak besar atau berhias,berwarna hitam
atau coklat dan tidak melebihi 3.5 cm lebarnya.
4.3.7 Berlencana sekolah di poket kiri
4.3.8 Tag nama bawah lencana sekolah,pada baju (bukan saku).

4.4 Pakaian seragam murid perempuan
4.4.1 Blaus putih(biru bagi pengawas)dan pinafore biru tua atau baju kurung putih (biru
bagi pengawas)dan kain biru tua.
4.4.2 Stokin putih/ hitam
4.4.3 Kasut kanvas putih / hitam dan bagi pengawas kasut kanvas hitam.
4.4.4 Lencana dan tag nama disebelah kiri baju.
4.4.5 Jika memakai tudung/mini telekung,pakai lencana dan tag nama pada sebelah kiri
tudung/mini telekung.
4.4.6 Tag nama dibahagian bawah lencana sekolah.
4.4.7 Reben rambut berwarna putih,hitam atau biru sahaja dibenarkan.
4.4.8 Tudung segi tiga/mini telekung putih(biru bagi pengawas)
4.4.9 Pakaian perlu sentiasa bersih,kemas dan lengkap.

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI(PILIHAN)

4.5 Pakaian pendidikan jasmani/sukan

4.5.1 “T’Shirt” rumah sukan / sukan sekolah atau “T’Shirt” putih sahaja dibenarkan.
4.5.2 Seluar trek panjang berwarna hitam atau biru tua.
4.5.3 Jersi sekolah.
4.5.4 Pakaian lain yang dibenarkan
4.5.5 Pakaian pasukan ko-kurikulum(contoh:pengakap,tunas puteri,silat dll)

Perkara 5 : RAMBUT

5.1 Murid lelaki
Murid lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek.

5.1.1 Di belakang : tidak melebihi garisan di bawah telinga
5.1.2 Di hadapan : tidak melebihi garisan tengah dahi
5.1.3 Di sisi : tidak menutupi kedua-dua cuping telinga

5.2 Murid perempuan
5.2.1 Di hadapan : separa kening,tidak boleh menutupi mata
5.2.2 Di belakang : rambut tidak boleh mencecah bahu
5.2.3 Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang atau “ponytail”
5.2.4 Rambut tidak boleh diwarnakan
5.2.5 Rambut tidak boleh difesyenkan

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

5.3 Kuku
5.3.1 Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang atau mewarnakannya.

5.4 Alat-alat solek
5.4.1 Murid-murid dilarang memakai atau membawa alat-alat solek ke sekolah

5.5 Barang-barang kemas
5.5.1 Murid-murid tidak dibenarkan memakai atau membawa barang-barang kemas seperti
gelang,anting-anting,rantai atau cincin emas.
5.5.2 Hanya subang telinga “stub kecil” dibenarkan.

Perkara 6 : KAWASAN LARANGAN
6.1 Murid tidak dibenarkan brada di kawasan-kawasan berikut kecuali dengan izin guru
atau urusan-urusan tertentu.
6.2 Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan:

A)Bilik guru
B)Pejabat sekolah
C)Kawasan letak kereta
D)Tandas guru
E)Tempat letak motosikal/basikal
F)Bilik sukan
G)Bengkel kemahiran hidup
H)Stor sukan
I)Makmal sains/komputer
J)Bilik tayangan

6.2.1 Pelajar dilarang ke kantin semasa pembelajaran/perhimpunan dijalankan kecuali
dengan izin guru.

6.3 Kantin
6.3.1 Semasa pembelajaran/perhimpunan dijalankan pelajar dilarang ke kantin kecuali
dengan izin guru.
6.3.2 Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan disiplin diri ketika berada di kantin
sekolah.

Perkara 7 : KESENYAPAN
7.1 Murid-murid hendaklah bertabiat senyap dalam kawasan sekolah terutama di dalam
kelas,di perpustakaan dan di perhimpunan serta pada masa perpindahan kelas.

Perkara 8 : KEBERSIHAN DAN KECERIAN SEKOLAH

8.1 Bilik dajah
8.1.1 Menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga kebersihan bilik darjah.
8.1.2 Bilik darjah perlu dibersihkan,teratur dan kemas setiap hari.

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

8.1.3 Kebersihan sekitar dan susunan meja perlu diawasi sepanjang hari.
8.1.4 Sampah hendaklah dibuang kedalam tong sampah
8.1.5 Semua lampu dan kipas hendaklah dipadamkan ketika keluar dari bilik darjah
8.1.6 Murid dilarang menconteng kerusi dan meja serta merosakkan harta sekolah

8.2 Kawasan sekolah
8.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
8.2.2 Jangan membuang sampah merata-rata tempat.Gunakan tong sampah yang
disediakan.
8.2.3 Sampah yang dijumpai bertaburan atau bersepah hendaklah dipungut dan
dimasukkan kedalam tong sampah
8.2.4 Murid -murid dilarang menconteng dinding dan bangunan sekolah

8.3 Tandas
8.3.1 Tutup paip air selepas digunakan
8.3.2 Jangan membuang sampah kedalam mangkuk tandas.
8.3.3 Semua murid dialang menconteng dinding tandas.
8.3.4 Semua murid mesti menggunakan tandas dengan betul serta menjaga kebersihan
tandas
8.3.5 Murid lelaki tidak dibenarkan menggunakan tandas murid perempuan dan begitulah
sebaliknya.

8.4 Harta benda sekolah
8.4.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda sekolah yang
terdapat di dalam kelas,makmal,bengkel,kantin,pusat sumber,makmal komputer dan
dimana-mana sahaja kawasan sekolah.
8.4.2 Murid-murid diamanahkan sebuah kerusi dan meja.oleh itu jagalah alatan tersebut
dengan baik.
8.4.3 Murid - murid dikehendaki menjaga harta benda sekolah supaya ia sentiasa berada
dalam keadaan baik
8.4.4 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera kepada pihak sekolah atau guru
darjah
8.4.5 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid itu sendiri.

Perkara 9 : KANTIN ( tidak terpakai dalam situasi SOP Covid-19 )
9.1 Makan dan minum hanya dibenarkan di kawasan kantin dan sekitarnya sahaja.
9.2 Murid dikehendaki beratur dan menunggu giliran semasa membeli makanan/minuman
9.3 Semua murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kantin serta tertib ketika
makan
9.4 Selepas makan,pinggan mangkuk,sudu dan gelas hendaklah dimasukkan kedalam bekas
yang disediakan.
9.5 Murid mesti membuang pembalut/pembungkus makanan kedalam tong sampah.

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

Perkara 10 : TATATERTIB DAN KESOPANAN
10.1 Semua murid perlu menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik semasa
persekolahan dan menjaga nama baik sekolah.
10.2 Semua murid perlu menghormati guru besar,guru-guru,kakitangan sekolah dan
sesama mereka sendiri
10.3 Semua murid perlu menjaga tutur kata,berbudi bahasa dan sentiasa bercakap benar.
10.4 Ucapan salam hendaklah diberikan apabila berjumpa sesama islam dan ucapan
selamat sejahtera bagi yang bukan islam.
10.5 Semua murid hendaklah menghindari diri dari tabiat suka
bergaduh,biadap,menggugut,memeras ugut,mengambil barang tanpa kebenaran
tuannya,meniru dalam peperiksaan dan mengubah markah.

Perkara 11 : KESELAMATAN
11.1 Keselamatan diri pelajar dalam kawasan sekolah semasa sesi sekolah/aktiviti sekolah
adalah tanggungjawab murid,guru dan pengurusan sekolah.
11.2 Murid-murid tidak dibenarkan berada dalam kelas pada masa-masa berikut:

11.2.1 Pendidikan jasmani dan pembelajaran yang dijalankan di bilik -bilik lain.
11.2.2 Waktu rehat ( tidak terpakai dalam SOP covid -19 )
11.2.3 Selepas waktu persekolahan
11.3 Tidak dibenarkan menunggang basikal di dalam kawasan sekolah.
11.4 Basikal hendaklah diletakkan di garaj basikal yang disediakan dan dikunci.
11.5 Murid-murid dilarang berlari atau bermain di dalam bilik darjah,kantin,koridor-
koridor dan kawasan sekolah.
11.6 Murid-murid yang menunggu bas/kereta/van mesti menunggu di dalam kawasan
sekolah.Murid-murid dilarang bermain di tepi jalan semasa menunggu bas/kereta/van
selepas waktu persekolahan.
11.7 Alat-alat yang merbahaya seperti pisau dan benda tajam tidak dibenarkan dibawa ke
sekolah.
11.8 Kehadiran orang luar yang disyaki perlu dilaporkan segera.
11.9 Kenderaan ibubapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali hari hujan.
11.10.Kemalangan akibat kelalaian sendiri bukan tanggungjawab sekolah
11.11.Ibubapa/penjaga/keluarga terdekat sahaja dibenarkan berjumpa dengan pelajar
semasa sesi persekolahan.

Perkara 12 : KEGIATAN KOKURIKULUM
Kegiatan kokurikulum (tahun 4,5 dan 6 sahaja) adalah penting untuk meweujudkan

perseimbangan diantara perkembangan mental murid-murid dengan perkembangan
sosial,jasmani dan rohani.Untuk mencapai matlamat tersebut murid-murid wajiblah
mematuhi peraturan-peraturan berikut.
12.1 Mengambil bahagian dalam kegiatan ko-kurikulum yang telah dipilih berdasarkan
minat,bakat dan kebolehan atau aktiviti yang ditentukan oleh pihak sekolah mengikut
kesesuaian pelajar.
12.2 Setiap murid diwajibkan memeilih satu jenis persatuan/kelab,satu jenis unit
beruniform dan satu jenis kegiatan sukan/permainan.

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

12.3 Mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.Mencuba bersungguh-sungguh untuk
mencapai kecemerlangan.
12.4 Menanamkan semangat kekitaan serta menunjukkan semangat pertandingan yang
sihat sama ada sebagai peserta/penonton.
12.5 Menyenggarakan peralatan dan kelengkapan dengan baik.
12.6 Sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan rakan
12.7 Setiap murid dikehendaki membawa buku rekod gerak kerja ko-kurikulum setiap kali
hadir untuk dicatatkan/ditandatangani oleh guru.
12.8 Murid yang mengidap penyakit tertentu/cacat dikecualikan dari menyertai kegiatan
ko-kurikulum yang lasak tetapi boleh menyertai kegiatan yang ringan seperti permainan
tradisi.(Serahkan surat akuan doktor kepada sekolah)

Perkara 13 : PENGGUNAAN BAHASA
13.1 Hanya bahasa Malaysia Baku dan Bahasa Inggeris sahaja boleh dituturkan dalam
kawasan sekolah.

Perkara 14 : BATASAN DAN LARANGAN
14.1 Murid-murid tidak boleh membuat tindakan sendiri. Masalah-masalah di luar bidang
kuasa murid hendaklh dibawa ke pengetahuan Guru kelas/Guru disiplin/Guru penolong
kanan/guru besar untuk penyelesaaian.
14.2 Murid-murid tidak boleh membuat atau melaporkan kejadian yang berlaku di sekolah
terus kepada pihak polis,akhbar atau pihak media.
14.3 Murid-murid tidak digalakkan menulis surat atau membuat aduan ke Jabatan
Pendidikan atau Kementerian Pendidikan.
14.4 Muid-murid tidak dibenarkan membuat sebarang hubungan dengan mnggunakan
alamat sekolah tanpa kebenaran atau memalui guru besar.
14.5 Dalam usaha menyelesaikan masalah,segala pandangan dan cadangan yang hendak
disampaikan hendaklah yang membina dan bertujuan untuk kebaikan dan kepentingan
ramai boleh disalurkan kepada pentadbir sekolah.

Perkara 15 : PERPUSTAKAAN/BILIK SUMBER/SURAU
15.1 Murid-murid dikehendaki mematuhi peraturan di perpustakaan/bilik sumber/surau/
Bilik-bilik Khas
15.2 Murid-murid/pengguna pusat sumber adalah dilarang:

A)membuat bising/berbual
B)Mengganggu murid lain
C)Membawa beg
D)Makan dan minum
E)Tidur
F)Merosak/mengoyakkan/menconteng buku atau alatan
G)Mengotor dan membuang sampah di merata-rata tempat
H)Mengambil/mencuri/meminjam alatan/buku tanpa kebenaran
I)Masuk ke pusat sumber tanpa guru
J)Melewat-lewatkan pemulangan buku yang dipinjam
K)Meminjam buku/bahan kepada orang lain

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

L)Memakai pakaian selain seragam sekolah kecuali dibenarkan oleh guru
15.3 Murid-murid digalakkan
15.3.1 Menjaga keceriaan pusat sumber
15.3.2 Menjaga kebersihan pusat sumber sekolah
15.3.3 Membuat rujukan/membaca/meminjam bahan/buku di pusat sumber sekolah
15.3.4 Meletakkan bahan/buku yang telah dipinjam di atas meja/troli/kaunter pusat
sumber sekolah
15.3.5 Membuat catatan
15.3.6 Sentiasa mengikut arahan dan peraturan yang ada di pusat sumber
15.3.7Guru dan pengawas pusat sumber akan mengenakan tindakan disiplin pada murid

/pengguna yang melanggar peraturan pusat sumber sekolah.

Perkara 16 : KEHILANGAN HARTA BENDA MURID
16.1 Murid-murid tidak boleh mendakwa sekolah apabila barangnya hilang dalam
kawasan sekolah.
16.2 Murid -murid tidak digalakkan membawa wang yang berlebihan ke sekolah
16.3 Segala wang yuran/pembelian hendaklah diuruskan secepat mungkin
16.4 Murid-murid tidak dibenarkan membawa bahan bacaan/bahan tatapan /alat
Permainan/ telefon bimbit /bahan pendengaran yang terkeluar dari istilah akademik
ke sekolah.
Sekiranya didapati,bahan itu akan dirampas oleh pihak sekolah.

Perkara 17 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS(SPBT)
17.1 Semua murid mesti menjaga buku -buku pinjaman dengan baik
17.2 Semua buku pinjaman mesti dibalut.
17.3 Semua buku pinjaman mesti dipulang dalam keadaan baik
17.4 Buku-buku yang rosak/hilang mesti diganti dengan buku baru.

Perkara 18 : PINDAH SEKOLAH
18.1 Murid-murid yang berpindah hendaklah dapatkan daripada guru kelas Fail Murid
18.2 Pulangkan semua barangan yang dipinjam dari sekolah.
18.3 Selesaikan semua yuran/hutang sebelum bertukar.

Perkara 19 : TANGGUNGJAWAB MURID-MURID KEPADA GURU/SEKOLAH
19.1 Murid-murid dikehendaki menghormati dan mematuhi segala ajaran dan nasihat

guru
19.2 Sentiasa meberi salam dan ucap selamat kepada guru
19.3 Murid -murid dikehendaki memberi perhatian sepenuhnya kepada pengajaran
guru di dalam/luar bilik darjah.
19.4 Memberikan kerjasama sepenuhnya supaya pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan sempurna.
19.5 Menghargai jasa guru yang sentiasa mendidik murid-murid menjadi manusia yang
berguna.
19.6 Menyempurnakan kerja-kerja rumah yang diberikan guru dengan baik

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

19.7 Mewujudkan hubungan baik dan mesra dengan guru
19.8 Memahirkan diri dengan teknik-teknik belajar yang bersistematik seperti cara
mengambil/memcatatkan nota,mengulangkaji pelajaran dan sebagainya serta
mnyediakan jadual waktu belajar sendiri.
19.9 Berusaha meningkatkan prestasi pencapaian diri dalam pembelajaran.

Perkara 20 : PELAWAT

20.1 Pelawat mesti berjumpa dengan Guru Besar/Penolong kanan/Guru dahulu sebelum
sesuatu urusan dilakukan di kawasan sekolah.

20.2Murid-murid dilarang membawa/berurusan dengan pelawat sekolah tanpa
kebenaran pihak sekolah.

20.3Ibubapa/penjaga yang hendak membawa pulang anak-anak mereka mestilah
memaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu.

Diharapkan guru-guru dan pihak ibubapa/penjaga dapat memaklumkan kepada
pelajar tentang peraturan ini untuk menjaga disiplin skolah kita bersama.

“DISIPLIN PEMANGKIN USAHA,AMANAH.CEMERLANG”

Pengakuan

Saya ____________________ pemilik buku peraturan ini telah membaca dan mema

hami segala peraturan yang telah ditetapkan.

Tandatangan ________________ Tandatangan penjaga _______________

Nama ________________ Nama penjaga _______________

Tarikh ________________ Tarikh _______________

LAMPIRAN :

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai

Unit Hal Ehwal Murid, SK Membedai


Click to View FlipBook Version