The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mariatisaid, 2022-03-09 09:11:14

Surat Cadangan Penambahbaikan Bantuan

Surat Cadangan Penambahbaikan Bantuan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Telefon : 087-583351 / 587353 / 583357

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Fax : 087-583352 / 583355
Aras 10, Blok 4, Kompleks Ujana Kewangan
Peti Surat 81097 Laman Web : jpwpl.moe.gov.my
87020 Wilayah Persekutuan Labuan
Emel : [email protected]

Rujukan : SPPK.JPWPL.800-6/3/1 Jld.2 (41)
Tarikh : 12 November 2021

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Rendah,
Wilayah Persekutuan Labuan.

Tuan,

INPUT TAMBAHAN BERDASARKAN SESI LIBAT URUS SECARA DALAM TALIAN PERINGKAT
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI BERKAITAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KHUSUS KPM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Sektor Penyelidikan dan Penilaian Dasar, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengumpulkan isu, masalah dan
cadangan penambahbaikan bagi 13 bantuan khusus iaitu Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Bantuan
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform (BPS),
Bantuan Makanan Asrama (BMA), Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid (PPM), Biasiswa Kecil
Persekutuan (BKP), Biasiswa Sukan (BS), Elaun Prauniversiti (EPU), Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK),
Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP), Bantuan Jaket Keselamatan (JKM), Kelas Dewasa Orang
Asli/Penan (KEDAP) dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk melengkapkan pautan berikut
https://bit.ly/ISU_PENAMBAIKAN_BANTUANKPM2021 selewat-lewatnya pada 17 November 2021. Pihak
tuan hendaklah melampirkan Salinan dokumen yang berkaitan bagi menyokong isu, masalah dan cadangan
penambahbaikan yang diberikan.

4. Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini adalah amat dihargai. Sebarang pertanyaan
mengenai perkara ini silalah berhubung dengan Cik Kamilah binti Mohd Saidi atau Puan Rosmariati binti Abd.
Rahman di talian 087-583351.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ABDUL RAHMAN BIN AHMAD)
Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
b.p Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan

s.k Pengarah Pendidikan W.P. Labuan.

“Labuan Hebat, Guru Sayang Muridnya”

“Kecemerlangan Pendidikan & Kemenjadian Murid W.P. Labuan Bermula Di Sini”
Sila catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung


Click to View FlipBook Version