Program STEM Fiesta PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINABATANGAN P E R I N G K AT N EG E R I SA B A H 2 0 2 3 Anjuran bersama: KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI NEGERI SABAH DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH 14 Ogos 2023 (Isnin) / 7.30 Pagi – 4.30 Petang Dewan Seminar Datu Paduka Mat Salleh, PPD Kinabatangan Dirasmikan oleh: Ybrs. Hj. Raisin bin Saidin A.D.K Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Buku Atur Cara
Selamat Datang Ke Program 1 Kehadiran SPLKPM PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINABATANGAN P E R I N G K AT N EG E R I SA B A H 2 0 2 3 Anjuran bersama: KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI NEGERI SABAH DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH BUKU ATUR CARA
Dr Dalmansa bin Hj. Tahil PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KINABATANGAN Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Sepakat Sabah Hebat Salam PPD Kinabatangan HEBAT Bersama Semakin Cemerlang. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Program STEM FIESTA peringkat Pendidikan Daerah Kinabatangan Tahun 2023 dapat dilaksanakan. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI). Pihak PPD Kinabatangan bertuah kerana diberikan kepercayaan untuk menyelaraskan STEM Fiesta melibatkan 35 buah sekolah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Kinabatangan. Matlamat utama STEM Fiesta ini ialah untuk meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat kepada Pendidikan STEM terutamanya ibu bapa, guru-guru dan para pelajar sekolah. Pendidikan STEM merupakan antara agenda yang diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025) yang merupakan antara usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan sumber tenaga mahir dan pakar dalam bidang penyelidikan dan industri. Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik pelajar dalam empat bidang iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia pendidikan. Agenda ini menuntut agar semua yang terlibat dalam dunia pendidikan khususnya di sekolah yang lebih dekat dengan para murid harus menumpukan komitmen terhadap pendidikan STEM. Namun, masyarakat juga memainkan peranan dalam memberi sokongan padu dalam memastikan kejayaan pendidikan STEM ini kerana murid-murid yang menjadi sasaran pendidikan STEM ini adalah generasi kita khususnya di daerah Kinabatangan. Oleh itu, diharapkan meialui program ini, jumlah penyertaan murid dalam bidang pendidikan aliran STEM (Enrolmen STEM) akan meningkat selaras dengan kehendak Pelan Strategik Sabah Maju Jaya KSTI dan Pelan Strategik Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat JPNS. Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan program kali ini. Semoga program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan STEM ke arah melahirkan aspirasi murid yang berdaya saing dalam bidang STEM seperti yang dihasratkan dalam PPPM (2013-2025) Sekian. 2
YBrs. Hj. Raisin bin Saidin A.D.K PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Sepakat Sabah Hebat Salam PPD Kinabatangan HEBAT Bersama Semakin Cemerlang Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita dapat berkumpul pada hari yang bersejarah ini dalam Majlis Perasmian Penutupan Program STEM Fiesta, PPD Kinabatangan, Peringkat Negeri Sabah, Tahun 2023. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga PPD Kinabatangan di atas segala kerjasama dan sokongan padu yang diberikan dalam melaksanakan program STEM Fiesta ini. Saya berbesar hati dengan Program STEM Fiesta pada hari ini, yang merupakan kemuncak Program STEM Fiesta daerah Kinabatangan yang telah bermula pada 08 Mei 2023. Alhamdulillah, segala pelaksanaan aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada kementerian Sains Teknologi dan Inovasi atas sumbangan RM10,000 kepada 24 buah Pejabat Pendidikan Daerah di negeri Sabah. Sesungguhnya Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sentiasa komited mendukung segala agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasa kompenan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Hal ini amatlah penting dalam konteks konsistensi bekalan calon-calon cemerlang yang berpotensi untuk ditawarkan ke program-program akademik bersifat kejuruteraan, sains, teknologi dan pengurusan di universiti kelak. Maka, kelestarian bekalan calon-calon ini sangat bergantung kepada inisiatif dan ransangan awal kepada anak-anak didik tersebut melalui pelbagai platform dan ini termasuk Program STEM Fiesta ini. Saya amat sukacita kerana Program STEM Fiesta ini telah berjaya menarik penyertaan individu dan kumpulan daripada murid sekolah rendah dan menengah serta tidak lupa juga kepada guru pembimbing yang telah membantu anak-anak didik menyertai dalam pertandingan yang telah dianjurkan. Pendekatan sedemikian bukan sahaja signifikan dalam konteks menarik minat anak-anak didik kita untuk meneroka peluang pendidikan dan menceburi bidang pekerjaan berkaitan STEM, tetapi turut kritikal dalam menyedarkan golongan ibu bapa dan penjaga untuk memberi dorongan dan galakkan berterusan kepada anak-anak mereka. Sebelum mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan penghargaan kepada rakan-rakan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan, sekolah-sekolah yang telah menjayakan pelaksanaan Program STEM Fiesta ini. Saya yakin atas komitmen dan dedikasi yang tinggi daripada semua pihak, edisi-edisi program yang lain tidak mustahil untuk direalisasikan. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh. 3
OBJEKTIF PELAKSANAAN ▪ Meningkatkan kefahaman ibu bapa dan komuniti berkaitan Pendidikan STEM ▪ Meningkatkan minat murid terhadap bidang STEM. ▪ Meningkatkan enrolmen murid dalam bidang STEM. ▪ Meningkatkan kualiti pengajaran guru STEM melalui Perkongsian Amalan Terbaik Pedagogi. TEMPOH PELAKSANAAN ❖ 09 JUN– 04 OGOS 2023 ❖ 14 OGOS 2023 (Majlis Perasmian & Penutupan STEM Fiesta) TEMA PAKAIAN ❖ LELAKI – BAJU KORPORAT PUTIH ❖ PEREMPUAN – BAJU KORPORAT PUTIH & TUDUNG ROYAL BLUE 4
KUMPULAN SASARAN ❖ Ibu bapa ❖ Guru-guru ❖ Para Pelajar ❖ Semua Lapisan Masyarakat PENGISIAN PROGRAM ❑ STEM Young Innovators Fair - Pameran Inovasi Sekolah (Tanggungjawab SPM) ❑ Bridge Building Competition – Pertandingan Membina Jambatan (Tanggungjawab SPM) ❑ Pameran Pendidikan dan Kerjaya STEM dari agensi luar (Tanggungjawab SPS bersama SPM) ❑ Taklimat Pakej STEM kepada Ibu bapa (Tanggungjawab SPb) ❑ Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran STEM Guru - 4 orang guru sekolah rendah dan 4 orang guru sekolah menengah Persediaan Kolokium Pendidikan STEM Kebangsaan pada Ogos 2023 (SPb) ❑ Pertandingan Inovasi STEM Peringkat Daerah (Tanggungjawab SPr) 5
MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN PROGRAM STEM DAERAH MASA ATUR CARA 7.30 am - 08.00 am Ketibaan 8.00 am – 12.00 pm Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku Bacaan Doa Ucapan Alu-aluan Pn. Salmah Md Zain Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan Ucapan Perasmian Majlis Pembukaan STEM Dr. Dalmansa Hj. Tahil Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan Gimik Perasmian Montaj sepanjang aktiviti STEM Fiesta Perkongsian Amalan Terbaik (pameran) Inovasi STEM Daerah (pameran) STEM Young Innovators Fair (pameran) Penyampaian Cenderahati perasmi 12.00 pm - 1.30 pm Makan tengahari MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM STEM DAERAH 1.30 pm - 02.00 pm Ketibaan 2.30 pm – 4.30 pm Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku Bacaan Doa Ucapan Alu-aluan Dr. Dalmansa Hj. Tahil Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan Ucapan Perasmian dan Penutupan STEM Fiesta Peringkat Negeri Sabah YBrs. Tuan Hj. Raisin bin Saidin A.D.K Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ❖ Gimik Penutupan ❖ Penyampaian Hadiah STEM Fiesta Peringkat Daerah Kinabatangan Tahun 2023 ❖ Penyampaian Cenderahati 4.30 pm Sesi bergambar / minum petang 5.00 pm Majlis dijangka selesai ATUR CARA 6
JAWATANKUASA INDUK Pengerusi Dr. Dalmansa Hj. Tahil Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan Timbalan Pengerusi Encik Amdan bin Asim Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan Puan Salmah binti M. Zain Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran Encik Jamaludin bin Pitrus Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah Encik Aniswandy bin Muhammad Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid Setiausaha 1 Encik Jupri Abd. Majid Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembelajaran Setiausaha 2 Puan Rosliah binti Ribut Sektor Pengurusan, PPD Kinabatangan Bendahari 1 Puan Misni Hj Saman Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah Bendahari 2 Cik I. Pareda binti Mohd Aspar Pembantu Tadbir (P/O), Sektor Pembelajaran Ahli Jawatankuasa Semua Pengetua, Semua Guru Besar, SIP+ & SISC+ Kaunselor Pendidikan Daerah & Semua Penolong Pegawai & AKP Urusetia Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan 7
JAWATANKUASA PELAKSANA Pengurus Program En. Jupri bin Abd. Majid (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembelajaran) Teknikal En. Effendy Koh Eng Luk En. Asiang Andud (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembelajaran) Teks Ucapan Alu-Aluan, Perasmian Pn. Nurdiana binti Amiruddin (Teks Perasmi) Pn. Kathrien Undin (Teks KPPD) (Pegawai Cemerlang SISC+) Gimik Pelancaran (Majlis Perasmian) SMK Bukit Garam II Gimik Pelancaran (Majlis Penutupan) SMK Bukit Garam Penyediaan Bahan Multimedia / Klip Video / Montaj En. Azlan bin Dasran (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembelajaran) En. Syarir bin Sahabudin (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Penilaian & Peperiksaan) En. Arifin bin Nanas (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan) Pendaftaran Pn. Lizawati binti Salim Pn. Dalilah binti Ismail Pn. Nur Sakinah binti Mohd Daud Pn. Racinah binti Lanchar (Sektor Pengurusan, PPD Kinabatangan) Publisiti / Siaraya En. Hartawan bin Kani (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Penilaian & Peperiksaan) En. Japri bin Hj. Kasran (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah) Buku Program / Atur cara En. Azman bin Ghani (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah) Pn. Farah binti Cyril Pongod Parantis (Unit ICT PPD Kinabatangan) Jurufoto / Dokumentasi Cik Ainah binti Abdul Rahim (Pegawai Cemerlang SISC+) En. Mohd Jifri bin Hj. Asakil (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah) Juruacara Pn. Nurul Izza binti Roslan (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, SK Kota) En. Mohd Redzwan bin Abd Majid (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, SK Kg. Suan Lamba) 8
JAWATANKUASA PELAKSANA Bacaan Doa En. Mohd Sabri bin Jalpah (Guru Besar SK Kuala Suan Lamba) Banner / Backdrop En. Redzwan bin Mohd Jukin (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembelajaran) En. Che Wan Abd Quddus bin Che Wan Ibrahim (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan) Hadiah & Cenderahati Pn. Rosmiati binti Amit Cik Rasidah binti Karadin (Sektor Pengurusan, PPD Kinabatangan [USIP]) Pn. Fazlinah binti Amir Ali (Pembantu Tadbir, Sektor Pengurusan Sekolah) Pn. Azizah binti Labit (Pembantu Tadbir, Sektor Perancangan) Pn. Maisari binti Suhaili (Sektor Pengurusan, PPD Kinabatangan [UKIP]) Designer & Cetakan Sijil En. Ahmad Afzal bin Ahmad Zahir (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembelajaran) Pn. Sanaidah binti Asnain (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid) Cik Aesyah Atiqah Ezzah Mardhiyyah binti Khalid (Penolong Pegawai Tadbir, Sektor Pengurusan [UKIP]) Pegawai Perhubungan / Pameran / Booth En. Hamzah bin Hj. Albani (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah) En. Fitri bin Abd. Ghani (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid) En. Arif bin Hj. Tamri (Kaunselor Pendidikan Daerah Kinabatangan) Susun Atur Dewan En. Norsin bin Gapar En. Ahmed bin Tawang (Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah) En. Kadir bin Isih (Sektor Pengurusan, PPD Kinabatangan [UKIP]) En. Maidin bin Tukak (Sektor Pengurusan, PPD Kinabatangan) Penyambut tetamu Semua Timbalan PPD Kinabatangan Jamuan Cik I. Pareda binti Mohd Aspar (Pembantu Tadbir, Sektor Pembelajaran) Pn. Ariah Wati binti Hj Ahdah Pn. Rusmiah binti Rindau Pn. Juminah binti Madu (Sektor Pengurusan, PPD Kinabatangan [UKIP]) Pn. Mariana binti Chona (Pembantu Tadbir, Sektor Pembangunan Murid) 9
GAMBAR AKTIVITI STEM DAERAH 10
GAMBAR AKTIVITI STEM DAERAH 11
CATATAN 12
SETINGGI PENGHARGAAN kepada Kementerian Sains Teknologi & Inovasi Negeri Sabah YBrs. Hj. Raisin bin Saidin A.D.K (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah) Dr Dalmansa bin Hj. Tahil (Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan) Semua Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah kinabatangan Semua staf PPD Kinabatangan Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Kinabatangan Warga Pendidik Kinabatangan Pejabat Daerah Kinabatangan CIMB Cawangan Sandakan SUNRISE ITC Semua Pelajar & Ibu bapa Semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung dalam menjayakan program STEM Fiesta PPD Kinabatangan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023