The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Keistimewaan Aidiladha, amalan sunat dan Ibadah Korban

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SKBBSBPSS, 2021-07-15 08:08:30

PAMERAN BERTEMA AIDILADHA (TANPA MUZIK)

Keistimewaan Aidiladha, amalan sunat dan Ibadah Korban

Keywords: Aidiladha,Korban

PUSAT SUMBER ARUS ILMU
SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH

PAMERAN DIGITAL

TEMA : AIDILADHA

MULA

Tuesday, July 20

MESSAGE now
Assalamuaikum.

PSS Arus Ilmu SKBBSB ingin mengucapkan selamat
menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua
warga SKBBSB.

Di kesempatan ini, marilah kita menambahkan ilmu
pengetahuan mengenai Aidiladha dan ibadah
korban.

Semoga dengan perkongsian ini, dapat memberi
manfaat kepada semua.

Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Korban
atau Hari Raya Haji merupakan

perayaan yang disambut umat Islam
diseluruh dunia.

BILAKAH AIDILADHA DISAMBUT?

Aidiladha disambut pada 10 hingga
13 Zulhijjah setiap tahun. Bulan Zulhijjah

ialah bulan terakhir dalam Kalendar
Islam.

KEISTIMEWAAN

Perayaan Aidiladha merupakan hari
untuk umat Islam mengingati

pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan
kesabaran anaknya, Nabi Ismail A.S
dalam menunaikan perintah Allah.

10 Zulhijjah juga merupakan tarikh penting dalam sejarah
Islam kerana Nabi Adam A.S dan isterinya, Hawa

dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum
berjumpa di Padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Selain itu, kelambu Kaabah (Kiswah) ditukar sehari
sebelum Aidiladha, iaitu pada 9 Zulhijjah. Tarikh ini

dikenali sebagai hari wukuf bagi mereka yang
mengerjakan ibadah haji.

Tarikh 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah disebut sebagai Hari Tasyrik.

Ibadah korban hanya boleh dilakukan pada Hari Tasyrik,
bermula waktu selepas khutbah Aidiladha sehingga sebelum

tenggelam matahari sebelum hari ke-13 Zulhijjah.

Amalan sunat pada pagi Hari Raya Aidiladha

Ibadah Korban

Pengertian

Menyembelih haiwan tertentu pada
Hari Raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik
iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan

untuk beribadah atau menghampirkan
diri kepada Allah S.W.T.

Ibadah Korban

Syarat Sah Sembelihan

Unta - berumur 5 tahun sehingga 6
tahun

Biri-biri/Kibas - setahun sehingga
2 tahun atau gigi hadapan sudah
bersalin walaupun belum cukup umur
tetapi melebihi 6 bulan.

Lembu/Kerbau/Kambing - 2 tahun
sehingga 3 tahun

Ibadah Korban

Haiwan yang tidak boleh dijadikan korban

Tidak bertelinga atau terpotong telinga
walaupun sedikit.
Ekor dan lidahnya terpotong.
Haiwan yang kurus dan kurang dagingnya.
Buta.
Tempang.
Bunting.

Ibadah Korban

Fadhilat Ibadah Korban

Menebus dosa kecil.
Mendapat kedudukan mulia di sisi Allah S.W.T.
Membentuk peribadi ikhlas, bersyukur, belas
kasihan dan tolong-menolong.

Ibadah Korban

Golongan yang dituntut untuk
melakukan Korban

Islam
Merdeka
Akil Baligh
Bermukim atau bermusafir
Berkemampuan

Golongan yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian
harga haiwan korban dan keperluan orang di bawah

tanggungannya dituntut untuk melakukan ibadah korban.

Ibadah Korban

Pembahagian daging korban yang afdal

Ini bagi mereka yang melakukan korban sunat :

1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban
dan ahli keluarganya.

1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.

1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai
dan jiran-jiran.

RSealyaamaAt iHdiladahrai

‫َﻓ َﺼﻞ ِﻟ َﺮﺑ َﻚ َوا ْﻧ َﺤ ْﺮ‬

"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana
Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah

korban (sebagai bersyukur)"

(Al-Kautsar : 2)


Click to View FlipBook Version