The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SKBBSBPSS, 2021-10-12 06:27:02

FOLIO ALYSSA IRIS NAMIRA BINTI HELMI_TOKOH NILAM_SKBBSB_ 2021

Disediakan untuk Penilaian Tokoh NILAM Daerah Gombak

Keywords: FOLIO ALYSSA IRIS NAMIRA BINTI HELMI TOKOH NILAM SKBBSB 2021

51

52

53

54

55

56

57

58

59

60

61

62

63

64

65

66

67

68

69

70

71

PROGRAM
GALAKAN MEMBACA

ALYSSA IRIS NAMIRA BINTI HELMI

72

NAMA : ALYSSA IRIS NAMIRA BINTI HELMI
SEKOLAH : SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH

SENARAI AKTIVITI GALAKAN MEMBACA

Aktiviti Jawatan/ Peringkat Tahun
Persatuan/ Pertandingan Kedudukan (Sekolah/Daerah/
BIL Negeri/Kebangsaan)

Pertandingan Mengarang Johan Daerah 2021
1. Sajak Johan
Penyertaan Negeri 2021
Karnival Bahasa Melayu
Pertandingan Mengarang Kebangsaan 2021
2. Sajak

Karnival Bahasa Melayu
Pertandingan Mengarang
3. Sajak

Karnival Bahasa Melayu

4. Jom Baca Bersama 10 Minit Penyertaan Negeri 2021

5. Pertandingan Membaca Penyertaan Kebangsaan 2021
Nyaring Penyertaan Kebangsaan 2021
Penyertaan Kebangsaan 2021
6. Seronoknya Membaca
Tahukah Anda?

Seronoknya Membaca
7.

Ceritalah Lagi!

8. Program Galakan Membaca Penyertaan Negeri 2021
“Merdeka Maya”

9. Bengkel Resensi Buku Penyertaan Negeri 202173

10. Malay Story Telling Penyertaan Kebangsaan 2021
Session
Kebangsaan 2021
Pertandingan Bercerita
11. Penyertaan Kebangsaan 2021
Kebangsaan 2021
Cerita Rakyat Malaysia Kebangsaan 2021
Kebangsaan 2021
12. Bacaan E-Book Dan Kuiz Penyertaan Kebangsaan 2021
Kebangsaan 2021
13. Cabaran PKP 3.0 Penyertaan

14. Sayembara Penulisan Penyertaan
Kreatif Se-Malaysia

15. Pertandingan Menulis Penyertaan
Karangan Penyertaan

16. Baca & Menang

17. Highly Program HIP Penyertaan
National Community

18. Pertandingan Sajak Johan Kebangsan 2021
Nazim PetraJaya

19. Pertandingan Deklamasi Johan Kebangsaan 2021
Sajak-Pacu
Kebangsaan 2020
Pertandingan Baca Penyertaan Negeri 2020
Negeri 2020
Cerpen Dalam Talian
20. 74

(Dekad Membaca

Kebangsaan)

21. Pertandingan Video Penyertaan
Resensi Buku

22. Baca Puisi Malaysiaku Penyertaan
Merdeka

75

76

77

78

79

80

81

82

83

84

85

86

87

88

89

90

91

92

93

94

ALYSSA IRIS NAMIRA BINTI HELMI
SEK KEB BANDAR BARU SUNGAI
BULOH

95

Hadiah Buat Kakak- Resensi Buku Tokoh Nilam Peringkat Daerah.

Bermohon sembah sembah berhajat,

Hajat berasal kayangan puri,

Membaca buku tambah maklumat,

Bangsa berjaya bijak bestari.

Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera.

Bak kata pepatah: Tak kenal maka tak cinta,

jadi izinkan saya memperkenalkan diri,

Nama diberi Alyssa Iris Namira Binti Helmi. Berusia 11 Tahun. Menuntut di SK Bandar Baru Sungai
Buloh, selangor.

Sepanjang tempoh PKP, saya banyak menyertai pelbagai per tandingan yang dianjurkan di alam
maya sebagai mengisi masa lapang. Selain daripada itu, saya gemar menghabiskan masa dengan
membaca buku di perpustakaan mini yang telah disiapkan oleh ibu dan ayah. Pada hari yang
berbahagia ini, saya ingin kongsikan salah satu buku kegemaran saya yang bertajuk, “Hadiah Buat
Kakak”.

Buku ini dikategorikan sebagai novel kanak-kanak. Buku yang terhasil dari cetusan minda seorang
penulis berasal dari Kepayan, Sabah. Beliau adalah Kathirina Susannan Tati. Beliau banyak
mengetengahkan unsur-unsur kebudayaan masyarakat Sabah dalam karya -karyanya.

Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan memiliki 6 tajuk bab.

Ia juga mempunyai 118 halaman muka surat bercetak dan merupakan cetakan pertama pada tahun
2019.

Buku ini mengisahkan karekter seorang pelajar bernama Shirley yang bekerja di sebuah restoran
kerana ingin menghadiahkan kakaknya, Suzie sebuah kerusi roda. Cerita bermula apabila Shirley
berasa kasihan melihat ibunya sering mengangkat kakaknya yang lumpuh sekiran ya mahu ke
mana-mana.

Ibu Shirley pula terpaksa membanting tulang semenjak ayah mereka meninggal dunia setahun
yang lalu. Bagi Shirley „Berat sama dipikul, Ringan sama Dijinjing.

Kawan-kawan nak tahu tak

Sebenarnya, banyak cabaran yang ditempuh oleh Shirley untuk mendapatkan sebuah kerusi roda.
Selain bekerja, dia juga berusaha memenangi pertandingan sukan yang dianjurkan di sekolahnya.
Malah, Shirley turut mengalami kemalangan. Namun, peristiwa tersebut sedikit pun tidak
mematahkan semangat Shirley. Wala u bagaimanapun, Shirley tidak pernah mengabaikan
pelajarannya. Dia bercita-cita ingin ke menara gading.

96

Cerita ini mengingatkan saya tentang satu hadis.

‫َال يُ اك ِّل ُف ٱَّهللُ ان ْف ًسا إَهل ُو ْس اع اها‬

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Al lah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya” (Surah Al Baqarah , ayat 286).

Ayat tersebut bertujuan mengingatkan kita bahawa Allah tahu sejauh mana kekuatan kita dalam
menghadapi ujian yang diberikan. Hanya menunggu kita bangkit da n menghadapinya.

Dalam kehidupan ini, tidak semua orang bernasib baik memiliki apa yang diimpikan. Kisah yang
cukup rencah bertemakan kasih sayang keluarga dan kemanusiaan ini digarap dengan bahasa
yang cukup indah dan mudah difaham serta olahannya yangtersendiri pastinya mampu menambat
hati pembaca. Penulis berjaya mempersembahkan jalan cerita yang menarik serta memberi
inspirasi, mendidik jiwa bersifat tabah dan sabar dalam ujian serta menyemai sifat positif dalam diri
saya.

Ya kawan-kawan,

Buku ini juga sesuai untuk setiap peringkat usia dan memiliki banyak nilai -nilai murni dan
pengajaran untuk diteladani.

Yang pertama, Kita perlulah mengeratkan hubungan silatulrahim sesama ahli keluarga, rakan -
rakan mahupun insan disekeliling kita,

Yang kedua, kita perlulah bersikap baik hati kerana orang yang berbuat baik akan mendapat
ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Dan yang ketiga, Jangan mudah berputus asa dan teruslah berusaha. Bak kata pepatah : Yang
Bulat Tidak akan datang bergolek.

Saya akhiri dengan serangkap pantun.

Corona virus sangat bahaya,

Patuh SOP kita jaga kita,

Sampai Di sini resensi saya,

Salah dan silap, Maaf dipinta.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum wbt.

97

RESENSI BUKU
_______________________________________________________________________
TAJUK: Antologi Puisi Prosaik,
PENULIS: Himpunan Karya30 penulis
PENERBIT: Karyawan Ledang
TAHUN DITERBITKAN: 2020
HARGA: RM20

RESENSI BUKU 2:
Antologi Puisi Prosaik "Bingkisan Berziarah ke Hatimu" adalah karya unik yang bertemakan
apresiasi untuk wirawan barisan hadapan (frontliners). Karya-karya berkisarkan isu COVID-19
dan semua hal bersangkutan perjuangan dan pengorbanan doktor, jururawat dan petugas-petugas
perubatan. Puisi berbentuk catatan dan luahan ini amat menarik untuk dibaca dan pastinya
membawa kita ke suatu dunia di mana kita menelusuri setiap kisah sedih, bahagia, kecewa dan
memahami hati nurani mereka.

PENGAJARAN DAN NILAI MURNI: Antara pengajaran yang terdapat di dalam buku ini,
janganlah kita melupakan pengorbanan barisan hadapan yang telah melakukan pelbagai
pengorbanan untuk kita. Nilai-nilai murni yang terdapat di dalam setiap karya adalah mendidik
jiwa bersikap positif, bersemangat, saling hormat-menghormati dan bersyukur dengan nikmat
hidup.

PENUTUP: Pendapat saya tentang buku ini adalah setiap rangkap yang dihasilkan begitu
menyentuh hati. Penulis melakarkan bait-bait puisi yang indah menjadi buku sebagai aspresiasi
kepada barisan hadapan. Puisi ini juga mengajak kita menyapa nilai kemanusiaan dalam diri
sesama insan dan bagaimana mendepani pandemik yang tak berkesudahan.
__________________________________________________________________

98

RESENSI BUKU 3:
Buku ini mengisahkan seorang wanita bernama Mahsuri. Dia tinggal bahagia bersama ibu dan
bapanya di Pulau Langkawi, Kedah. Mahsuri membesar menjadi wanita yang cantik dan baik.
Ramai wanita cemburu pada Mahsuri manakala ramai lelaki menaruh hati kepada
Mahsuri,termasuk Dato Pekerma Jaya Wan Yahya. Akhirnya, Mahsuri berkahwin dengan Kelana.
Kelana adalah seorang yang tampan dan merupakan adik lelaki kepada Wan Yahya. Suatu hari,
Kedah telah diancam oleh Siam. Raja menitahkan semua lelaki membantu tentera kedah pergi
berperang. Kelana juga pergi.Suatu hari, Wan Mahura melihat mahsuri bersama pedagang
Deramang dan dia memberitahu semua orang di kampung bahawa Mahsuri melakukan sesuatu
yang tidak baik. Penduduk kampung mempercayai kisah tersebut. Ketua kampung tidak
menyiasat perkara itu lalu Mahsuri difitnah dan dibunuh. Darah putih mengalir dari tubuhnya.
Mereka berpendapat bahawa mahsuri tidak bersalah. Sebelum ditikam, Mahsuri mengatakan
sumpahan bahawa Pulau Langkawi akan menjadi padang jarak, padang terkukur.

PENGAJARAN DAN NILAI MURNI:
Pengajaran yang terdapat di dalam buku ini, Kita janganlah menuduh seseorang tanpa usul
periksa. Sebagai ketua, harus menjalan amanah dengan sebaik-baiknya. Bersifat cemburu pula
hanya akan menjadikan keadaan bertambah buruk. Nilai-nilai murni pula yang terdapat di dalam
buku ini ialah baik hati, penyayang dan berani.

PENUTUP: Pada pendapat saya, buku ini sangat menarik untuk dibaca kerana ia merupakan
sebuah kisah lagenda yang terkenal di Pulau Langkawi. Dengan membaca buku ini sekaligus
mengajak kita menerokai keunikan yang terdapat di Pulau tersebut. Ilustrasi yang berwarna-
warni, Bahasa yang mudah difahami dan memiliki nilai moral yang tinggi menjadikan buku ini
pasti akan diminati generasi seterusnya.

99

100


Click to View FlipBook Version