The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 747-3-amirah, 2022-03-26 10:50:21

TUGASAN 1 BMMB1104

TUGASAN 1 BMMB1104

INSTITUT PENDIDIKAN BMMB1104
GURU KAMPUS SULTAN KESUSASTERAAN
ABDUL HALIM
DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

KESUSASTERAAN MELAYU
& MANIFESTASI AKAL
BUDI




DISEDIAKAN OLEH :
NUR AMIRAH AYUNI BINTI

ZAINUDIN (F2D)
NAMA PENSYARAH :
DR. ARFAH BINTI AHAMAD

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

-Kesusasteraan merupakan satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui
bahasa.

-Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit,iaitu susastera
yang bermaksud huruf atau buku indah.

-Menurut kamus,kesusasteraan dapat dimaksudkan dengan hasil seni atau karya
tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaannya

tersendiri.
-Istilah kesusasteraan berasal daripada perkataan Sanskrit,iaitu sastra.
sas-mengarahkan,mengajar,dan memberi petunjuk dan tra-merujuk kepada alat atau

bahan,karya,pemikiran pengarang.
-Awalan su :baik/indah

Imbuhan ke- dan -an : menyeluruh dari segi penulisan,nilai seni,memberikan panduan
dan pengajaran

-Kesusasteraan Melayu adalah hasil karya masyarakat Melayu yang terkandung kata-
kata yang indah,penyampaian mesej dan menggambarkan perasaan atau keadaan
seseorang individu atau masyarakat.
-Sastera juga dianggap sebagai gambaran peribadi seperti pengalaman yang
dialami,pemikiran,perasaan,buah fikiran,semangat dalam bentuk gambaran konkrit
untuk membangkitkan keperibadian melalui bahasa.

Jenis,Bentuk dan Ciri
Kesusasteraan Melayu.

Prosa Puisi
Tradisional Tradisional

Jenis dan
Bentuk

Kesusasteraan
Melayu

Prosa Puisi
Moden Moden

PROSA TRADISIONAL
-Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2011),tradisional bermaksud serius
dan abadi nilainya,bermutu tinggi,menjadi standard kepada yang
lain,mempunyai gaya yang sederhana dan mempunyai ciri-ciri lazim

serta tidak berubah mengikut masa.
-Prosa tradisional merupakan karya kesusasteraan yang masih

kekal hingga ke hari ini dan menjadi sumber
pengetahuan,pengajaran,teladan atau pengenalan masyarakat

Melayu kepada masyarakat luar.
-Prosa tradisional merupakan sastera yang bersifat diwarisi secara

turun-temurun walaupun dari segi jangka masa sastera itu sudah
lama.

-Prosa tradisional merupakan hasil karya seni yang disampaikan
melalui bahasa.

-Bertujuan menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada
masa itu.

Genre Sastera Istana
Prosa Tradisional (Tulisan)

Sastera Rakyat • Naratif
(Lisan)
-mitos
·Bukan Naratif -lagenda
-cerita rakyat
-puisi rakyat

SASTERA RAKYAT
-Sastera rakyat merupakan hasil karya
sastera yang dihasilkan oleh masyarakat atau
rakyat yang diinspirasikan dan disampaikan
secara lisan.

CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT
-sastera yang disebar dan diwariskan secara lisan.
-sastera rakyat bersifat tradisional dan lama,serta berada dalam sesuatu kebudayaan
dalam tempoh yang lebih lama daripada dua generasi.
-Wujud dalam variasi yang berlainan serta bersifat anonimi seperti menggunakan nama
samaran atau nama penciptanya tidak dinyatakan.
-Sastera rakyat menjadi hak milik semua masyarakat yang menghasilkannya.

-Plot atau bentuk polanya seakan sama.
-Berfungsi untuk memberi pengajaran
-Penulisan bersifat sederhana,spontan dan kadangkala agak kasar.

MITOS Asal usul (pemikiran
-Mitos merupakan cerita yang dianggap benar- mistik,bersangkut-
benar berlaku dan dianggap suci oleh pemilik paut dengan sesuatu
cerita dan masyarakat yang mendukungnya. rahsia dan magis)
-Mengisahkan kejadian alam
semesta,manusia,binatang,tumbuh-tumbuhan Institusi sosial Jenis-jenis Politik
atau perkara yang berlaku pada zaman dahulu. atau budaya mitos (struktur
(asal usul pemerinta
CIRI-CIRI MITOS sesebuah han dan
-dianggap benar terjadi institusi sosial kerajaan)
-peristiwa yang aneh tetapi penting dalam
-dianggap keramat masyarakat)
-memberi kesan kepada masyarakat
-berlaku pada zaman lampau

LAGENDA Keagamaan
-Merupakan cerita yang dipercayai (Mengenai orang alim
benar-benar berlaku tetapi tidak dan penyabar agama)
dianggap suci.
Perseorang JENIS -JENIS Tempat(
CIRI-CIRI LAGENDA an LAGENDA mengenai asal
-Sejenis komunikasi lisan yang bercorak (berkaitan usul sesuatu
cerita berasaskan kisah-kisah tokoh atau tokoh- tempat yang
pahlawan. tokoh berkaitan
-Ada hubung kait dengan masa silam. tertentu) dengan nama
-kisahnya ada kaitan dengan zaman tokoh)
sekarang kerana percaya terhadap
perkara keramat. Alam ghaib (pengalaman seseorang
-Tokoh dan tempat peristiwa tersebut tetapi mempunyai unsur
berlaku mempunyai sifat luar biasa. tradisional seperti pengalaman
menziarahi alam bunian.

CERITA RAKYAT
-Berbentuk prosa dan cerita tersebut tidak
dianggap benar-benar terjadi.

Cerita binatang

Jenis-jenis cerita Cerita lipur lara
rakyat Cerita jenaka

Cerita teladan

SASTERA ISTANA



-Diperkenalkan setelah penerimaan Islam sekitar abad ke-15 dan
berkembang dalam istana.

-terbahagi kepada tiga jenis iaitu unsur Hindu,unsur Islam,unsur Hindu-
Islam.

-sastera undang-undang dijadikan sebagai bahan kajian mengenai sistem
pemerintahan,pentadbiran serta susun lapis masyarakat terdahulu.
-Sastera epik merupakan sastera pahlawan dan bersifat sejagat.

-Sastera panji adalah karya mengenai kisah pengembaraan,percintaan dan
peperangan.Watak utamanya digelar sebagai Panji.

-Sastera agama berfokus pada cerita-cerita yang menggambarkan
kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan dakwah.

Cerpen

PROSA MODEN

Hasil karya sastera selepas tahun
1800 Masihi termasuk dalam sastera

moden.

Novel Drama

CERPEN Cerpen membawa satu Cerpen memusatkan perkembangan
tema sahaja dan watak kepada beberapa watak
-Cerpen merupakan gabungan dua
perkataan iaitu cerita dan beberapa persoalan. tertentu sahaja.Watak sampingan
pendek.Cerita+ pendek=Cerpen. hanyalah untuk memperkukuhkan

kewibawaan watak utama.

-Cerpen menjadi alat untuk Ciri-ciri Cerpen

menggambarkan perasaan , sikap,

pandangan, fikiran pengarang serta

memberi gambaran tentang suatu

zaman seperti permasalahan

sosial,politik atau ekonomi. Hanya terdapat
satu plot sahaja.
Jumlah perkataan
antara 500-20000.

NOVEL Zaman Novel bercorak
kegemilangan semangat
-merupakan prosa rekaan panjang novel Melayu
yang mengandungi sebuah cerita adalah pada tahun kebangsaan seperti
mengenai kehidupan. novel Pahlawan
-Istilah novel berasal daripada 1960-an. Rimba (1946).
bahasa Itali,iaitu novella yang
bermaksud satu benda kecil yang Novel bercorak kemasyarakatan
baharu. telah dihasilkan oleh Harun
-Novel merupakan satu bentuk
pentafsiran rencam hidup manusia Aminurrashid seperti novel Cinta
yang terbina dalam bentuk sastera Gdis Rimba(1947),Darah Kebayan
cereka (Shahnon Ahmad,1972). (1947) dan Minah Joget Moden
-terdapat tiga faktor utama yang
saling berkait seperti pengalaman (1949).
peribadi,realiti rencam hidup dan
imaginasi.

DRAMA

ladskiasopasDnetmaremsanpramiaatkduiyiaakrabnaamnenndegnimprtameuuleonpkelgauask.llkeuiasajirnaytasaaulah Drama merupakan jenis karya
sastera yang dibangunkan
oleh unsur intrinsik iaitu
kesatuan yang membentuk
karya secara keseluruhan.

PUISI TRADISIONAL
-Puisi merupakan genre sastera yang paling awal sekali bagi semua

bangsa di dunia.
-Puisi-puisi terbaik digantung pada Ka’abah pada zaman jahiliyah.

-Pantun menjadi kebanggaan orang Melayu kerana pantun
merupakan puisi yang dimiliki oleh mereka.

-Menurut Harun Mat Piah(1989) antara genre dalam puisi
tradisional itu ialah pantun, syair, gurindam,

seloka,taliban,mantera,adat perbilangan,teka-
teki,peribahasa,rubai,masnawi dan lain-lain.

PANTUN Pantun dua
kerat
-Pantun merupakan kaedah rangkapan
yang tertua dan berasal daripada Pantun empat Pantun berkait.
masyarakat Melayu kerat
-Menurut Harun Mat Piah(1989), pantun
berdasarkan aspek dalaman dan aspek BENTUK PANTUN
luaran struktur visiulnya.
-Aspek dalaman pantun meliputi unsur Pantun lapan Pantun dua
estetik dan isi iaitu tema dan persoalan kerat belas kerat
-Unsur estetik pantun dapat dilihat
berdasarkan dua aspek iaitu penggunaan
lambang-lambang tertentu mengikut
pandangan masyarakar Melayu dan
hubungn makna antara pasangan
pembayang sama ada konkrit atau abstrak.
-Isi iaitu tema dan persoalan,biasanya
akan menyentuh mengenai kehidupan
masyarakat Melayu.

CIRI-CIRI PANTUN JENIS-JENIS PANTUN




-Pantun empat kerat, baris satu dan -Menghibur
dua ialah pembayang manakala -Nasihat
baris tiga dan empat merupakan
maksud. -Menduga akala
-Bilangan perkataan bagi setiap -Meluahkan Perasaan
baris adalah 4 hingga 6 patah -Menyampaikan Hasrat Seni
-Menyedapkan Cakap
perkataan dan bilangan suku kata -Menyampaikan Hasrat Tersembunyi
adalah antara 8 hingga 12.
-Agama
-Rima atau bunyi akhir perlu sejajar -Budi
iaitu bagi pantun dua kerat ‘a’,’a’,
manakala pantun empat kerat pula -Jenaka
rima akhir berbentuk ‘a’,’b’,’a’,’b’. -Percintaan
-Perpisahan

GURINDAM CIRI-CIRI GURINDAM


Bentuk gurindam adalah terikat,iaitu terdiri
-Gurindam merupakan satu daripada dua baris serangkap yang mengandungi
bentuk puisi Melayu tradisional tiga hingga enam patah perkataan dengan rima
seperti mana dikenali sekarang
yang diperkenalkan oleh Raja Ali akhirnya adalah ‘a’,’a’.
Haji melalui ‘Gurindam Dua Belas’
yang dikarang pada tahun 1846. Suku kata gurindam dalam
-Berasal dari bahasa Tamil sebaris adalah antara 8
iaitu,’iradam’ dan ‘kirandam’
yang bermaksud puisi secara hingga 12 suku kata.

terbuka. Gurindam memerlukan
-Menurut Za’ba,gurindam beberapa rangkap untuk
merupakan syair yang melarat melengkapkan keseluruhan idea.
yang tetap sukatan atau
Bahasa yang digunakan bernas dan
rangkapnya. serius manakala isinya mengadungi
pengajaran,nasihat,kebenaran serta

meluahkan perasaan cinta.

SYAIR Suku kata adalah Mengandungi
8 hingga 12 bagi 4 hingga 5

patah
-Syair adalah sejenis puisi berlagu. setiap baris perkataan
-Berasal dari Parsi dan telah dibawa
masuk ke Nusantara bersama-sama BENTUK
SYAIR
kedatangan Islam.
-Syair dikatakan berasal daripada puisi Setiap baris terdapat
suatu hentian dan setiap
Arab iaitu ‘sy’ir’ tetapi bentuk syair
Melayu sangat berbeza dengan bentuk rangkap memerlukan
beberapa rangkap yang
syair dalam kesusasteraan Arab berurutan untuk memberi
(Mohd.Yusuf Md.Nor,1985).
idea yang lengkap.
-Dalam bahasa Melayu,istilah syair telah
menjadi satu istilah yang khusus dan
syair Melayu tidak beracuankan syair
daripada tradisi Arab tetapi dalam
bentuk dan acuan asli masyarakat
Melayu.

SELOKA CIRI-CIRI
SELOKA


Ditulis dalam bentuk Ada juga seloka yang
-Istilah seloka berasal daripada terikat iaitu empat baris berbentuk bebas
perkataan Sanskrit ‘shloka’ yang iaitu setiap baris
bermaksud berseloroh,berjenaka atau serangkap seperti menjadi isi puisi
menyindir (Harun Mat Piah,1989). pantun seloka tetapi tersebut.
-Seloka merupakan pepatah,bidalan binaannya lebih mirip
atau perumpamaan yang mengandungi kepada bentuk pantun
unsur jenaka,gurau senda,olokan,ejakan
dan sindiran tetapi masih sarat dengan atau syair.
pengajaran yang boleh diteladani oleh

pendengar atau pembaca.

PUISI MODEN Sajak merupakan puisi moden Sajak lahir daripada jiwa dan
-Sajak menjadi satu-satunya yang lebih bebas yang perasaan tetapi sajak yang
genre puisi dalam puisi moden. terbaik bukan hanya sekadar
-Sajak ialah puisi baharu yang terikatpada sesuatu pola khusus
popular lahir sebagai pilihan walaupun sesetengahnya luahan tetapi mempunyai maksud
yang sangat mendalam.
kepada puisi tradisional memerikan ciri matra,rima dan
(Hashim Awang,1984). rentak.

-Menurut H.B. Jassin(1983),sajak CIRI-CIRI
merupakan pengucapan SAJAK

perasaan yang mengandungi Sajak tidak terikat pada peraturan Adanya nama penulis sebagai
fikiran dan tanggapan. seperti pemilihan kata atau pengakuan hak ke atas sajak yang

diksi,pembentukan rangkap,baris dihasilkannya.
serta pematuhan skima rima akhir.

FUNGSI
KESUSASTERAAN

MELAYU

ALAT PENDIDIKAN

Kebanyakan pengarang menulis kisah-kisah mereka dalam pelbagai bidang ilmu
seperti ekonomi,politik,sosiologi dan agama.Pengalaman yang dialami oleh mereka ini
dijadikan prosa atau puisi dengan disertai unsur-unsur pengajaran,nasihat,moral dan
ilmu pengetahuan yang dapat diambil oleh para pendengar dan pembaca serta sekali

gus berlakulah pendidikan secara tidak langsung.Di Malaysia,mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan pada tahun 1957.Tujuan mata pelajaran

Kesusasteraan Melayu ini diperkenalkan adalah untuk pelajar atau rakyat dapat
menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian,kemanusiaan,kemasyarakatan ,

kebudayaan,kewarganegaraan,menanam sifat patriotisme dalam diri
masyarakat.Peranan sastera Melayu dapat membina ‘modal insan’ yang diharapkan

oleh pemimpin negara.Selain itu,di peringkat sekolah Kesusasteraan Melayu
memainkan peranan sebagai satu cabang ilmu yang dapat berkembang dalam
pelbagai disiplin ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum.Disamping
itu,di peringkat pengajian tinggi,pelajar akan didedahkan dengan teknik penulisan
ilmiah,rencana dan penulisan kreatif dan pelajar diberikan pengetahuan tentang
dunia penerbitan dan penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan bahasa

Melayu melalui sistem pendidikan.

INSTRUMEN PERPADUAN

Menurut Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri
Muhyiddin Yassin,sastera dapat dijadikan alat penting untuk
mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat untuk
membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu.Dalam karya
kesusasteraan Melayu,memang terkandung unsur dan nilai-nilai
positif atau optimis yang dapat meningkatkan fikiran ,kesedaran
dan membuka minda masyarakat terhadap kepentingan semangat

perpaduan di Malaysia.

ALAT KAWALAN SOSIAL DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Sastera secara umumnya dapat dijadikan alat kawalan sosial dalam
kehidupan seharian. Contohnya,melalui cerita rakyat,masyarakat

dapat belajar mengenai perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh
dilakukan.Kisah-kisah yang terdapat dalam kesusasasteraan Melayu
dapat menanam sifat yang baik dalam diri masyarakat melalui watak-
watak yang dimainkan dalam kisah tersebut. Kisah-kisah yang
didengar atau dibaca oleh masyarakat akan memberi kesan seumur
hidup mereka walaupun cerita yang dibaca atau didengar itu ketika
mereka masih kanak-kanak.

DAKWAH
Sumbangan sastera Islam dalam pembentukan akhlak
masyarakat Melayu sangat berkesan.Karya-karya yang
berasaskan dakwah ini akan membuatkan pembaca
merenung kembali apakah perlakuan mereka selama ini

berlandaskan ajaran Islam yang betul ataupun
tidak.Selain itu,cerita-cerita para nabi dan sebagainya

akan dapat memperkukuhkan keimanan seseorang
terhadap Islam.

MEDIUM PROTES DAN KRITIKAN SOSIAL

Sastera mengenai kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi
dan sudut pandang yang berbeza-beza.Dalam konteks masyarakat
yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang menjadikan wujudnya

jurang dalam kalangan masyarakat.Hal tersebut dapat
mempengaruhi tindakan dan adab ketika menegur,mengkritik dan
menyampaikan mesej.Dalam setiap karya terdapat pelbagai watak
yang mempunyai peranan tertentu dalam masyarakatnya.Namun

dalam keadaan tertentu setiap watak tersebut tidak dapat
melaksanakan tugas sebagaimana yang ditetapkan menyebabkan

kritikan berlaku.

MANIFESTASI
AKAL BUDI DALAM
PUISI TRADISIONAL

PANTUN

Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Tegak bangsa kerana budi,
Runtuh budi hilanglah bangsa.

Aspek pemikiran pantun tersebut dapat dilihat melalui aspek tersirat yang ingin disampaikan pada
pembayang pantun yang berkaitan dengan sendi dan rumah.Sendi ataupun tiang yang menjadi
kerangka rumah yang bertujuan mengukuhkan sebuah binaan rumah.Apabila sendi atau tiang
tersebut runtuh maka binaan rumah tersebut juga akan musnah.Pembayang tersebut juga
disamakan dengan budi sesebuah bangsa.Bangsa yang mempunyai budi akan terus maju dan

dipandang tinggi oleh masyarakat lain berbanding dengan bangsa yang tidak mempunyai budi.Dalam
pantun tersebut juga menekankan gaya hidup seperti manusia perlu mementingkan perkara yang
menjadi asas dalam kehidupan manusia supaya kita tidak kehilangan sesuatu perkara yang lebih
besar.Contoh dalam pantun tersebut,masyarakat perlulah mementingkan tingkah laku yang baik

atau budi walaupun perkara tersebut dilihat seperti perkara yang remeh supaya sesebuah bangsa
itu tidak hilang identitinya dan dipandang rendah oleh masyarakat lain.

SYAIR BURUNG NURI-Mohd


Yusof & Dr.Abd.Rahman Kaeh

Bangun terjunan badan suatu, Remuk dan redam rasanya hati,

Gundahlah fikir tiada tertentu, Lenyaplah fikir budi pekerti,

Laksana cerminjatuh ke batu, Jikalau kiranya hamba turuti,

Remuk dan redam hancur di situ. Daripada hidup sebaiknya mati.

(rangkap 7) (rangkap 8)

Rangkap 7
Penyair tersedar bahawa tiada gunanya hidup dalam keadaan yang penuh dengan kekecewaan sehingga perkara

tersebut memakan dirinya sendiri dan perkara tersebut menyebabkan kehidupannya hancur.
Rangkap 8

Penyair juga sedar bahawa apabila berada dalam keadaan yang sangat kecewa boleh menyebabkan fikirannya tidak
waras dan hidupnya tidak akan bermakna seperti orang lain.Sekiranya perasaan kecewa itu terus dituruti,penyair
berasa bahawa lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan kecewa sebegitu.
Oleh itu,aspek pemikiran yang ingin disampaikan oleh penyair adalah kita mestilah bijak dalam mengawal diri kita
terutamanya ketika berada dalam keadaan sedih atau kecewa.Kita juga perlulah bertindak rasional dalam membuat
sebarang tindakan.Selain itu,penulis juga menasihati bahawa kita tidak boleh berputus asa dengan kehidupan yang
sudah kita alami dan kita perlulah semangat dalam menjalani kehidupan yang akan mendatang.

Seloka Santap Istiadat-

Za'ba

Santap beradat, santap istiadat, Nasi disuap di tangan kanan,
Santap raja di majlis kebesaran, Lauk dibinjat sopan siuman,
Santap merai, hormat-menghormat; Sampai ke mulut mamah perlahan,
Bukan santap hendakkan kenyang, Tanda tidak gelojoh makan.

Selesai santap nasi —

Santap santun dengan aturan. Diiringkan seteguk minuman, Isyarat
(rangkap 1) menghormat, mulia-memuliakan.
(rangkap 2)

Seloka tersebut bertujuan untuk memperkenalkan santap beradat yang diraikan oleh raja-
raja ketika majlis kebesaran.Majlis santapan ini bukanlah sekadar menjamu selera tetapi
merupakan majlis santapan yang mengajar si penjamu selera dapat makan secara sopan dan

mematuhi tatacara makan yang betul.
Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka tersebut adalah
mengajar pembaca mengenai tatacara sewaktu menjamu selera.Pertama,nasi hendaklah
disuap menggunakan tangan kanan manakala lauk perlulah diangkat secara sopan.Nasi
perlulah dikunyah dengan perlahan-perlahan dan tidak gelojoh ketika makan.Setelah selesai
makan,kemudian minumlah seteguk air sebagai isyarat hormat dan beradab sopan ketika

berada dalam majlis santapan tersebut.

Gurindam Beberapa
Petua Hidup-Za'ba

Kurang fikir,kurang siasat Perkataan tajam jika dilepas,
Tentu dirimu kelak tersesat. Ibarat beringin,racun dan upas.




Fikir dahulu sebelum berkata, Kalau mulut tajam dan kasar,
Supaya terelak silang sengketa, Boleh ditimpa bahaya besar.

Akal budi yang terdapat dalam gurindam tersebut adalah penulis memberi
peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir dan tidak menyelidik

terlebih dahulu,kita pasti akan hilang jalan untuk hidup.Selain itu,kita
perlulah berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata supaya tidak berlaku

sebarang salah faham antara manusia.Kata yang kesat dan kurang sopan
dapat memberi kesan yang buruk terhadap kehidupan masyarakat.Jika kita
bercakap dengan kata-kata yang kurang sopan dan tidak sedap didengar

maka perkara tersebut dapat memberi masalah yang besar dalam
kehidupan kita.

RUJUKAN

Azman Rahmat,Mohd Nazri Zainuddin,Shamsudin Abu Bakar,Abdul Rani Hassan & Hasnah Awang.
(2022).Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.Pustaka Al-Ehsan.



Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Johari Yahya.(2015).Pantun Peribahasa Melayu:Analisis daripada Perspektif Teori Pengkaedahan
Melayu.1-24.



Norazimah Zakaria. (2014). `Peranan Pengarang Tradisi dalam Melahirkan Masyarakat Pemikir`.
Procedia-Socialand Behavioral Sciences 134,259-269.



Nordiana Ab Jabar.(2019).Keunggulan Ikon Membawa Teladan dalam Seloka Melayu.International
Journal of The Malay Letters,172-191.

http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/32/7

Sekian,
terima kasih


Click to View FlipBook Version