B BAB 5:KATA
A
H
A
S ADJEKTIF
A
M
E
L
A PUTERI HALEEDA &
Y NURUL SYAZWANI :)
U Muka surat 165-186
ISI KANDUNGAN
Pengenalan Maksud / Ciri-ciri 2. Cara 3. Ukuran
Jenis Kata Adjektif 5. Sifatan/Keadaan 6. Perasaan
1. Bentuk 8. Waktu 9. Warna
Pembentukan Kata Adjektif 4. Jarak
Darjah Perbandingan Kata Adjektif 7. Pancaindera
1. Tunggal 2. Terbitan 3. Ganda 4. Majmuk
1. Biasa 2. Bandingan
3. Penghabisan
Maksud kata adjektif
Kata adjektif dikenali sebagai kata sifat
Dari segi makna kata adjektif menunjukkan sifat bagi kata nama
Kata adjektif boleh didefinisikan sebagai perkataan yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa adjektif
Kata adjektif yang berfungsi untuk menerangkan perkataan selain kata
nama
Ciri-ciri kata adjektif
* Kata Adjektif Boleh Disertai Oleh kata penguat
* Kata adjektif boleh mengalami perbandingan
* kata adjektif boleh disertai oleh kata penegas sama ada di hadapan atau di belakang
* kata adjektif boleh menerima bentuk se-…-nya
* kata adjektifboleh didahului oleh kata makin atau semakin
* kata adjektif boleh diletakkan selepas kata nama
Kata Adjektif Boleh Disertai Oleh kata penguat
o Kehadiran kata penguat boleh di hadapan kata adjektif, di belakang
kata adjektif atau hadir serentak di hadapan dan belakang kata
adjektif
o Kata penguat boleh mendahului kata kerja tetapi bilanganya tidak
banyak
o Contoh kata penguat : amat, sangat, sekali, benar, betul dan
paling
Kata adjektif boleh mengalami perbandingan
o Menggunakan kata pembanding seperti bagai, bak, seperti dan
laksana
o Menggandingkan imbuhan se- bersama-sama kata adjektif
o Menggandingkan perkataan sama dengan kata adjektif
o Menggunakan perkataan lebih atau kurang dengan kata adjektif
o Menggandingkan imbuhan ter- bersama-sama kata adjektif
kata adjektif boleh disertai oleh kata penegas
sama ada di hadapan atau di belakang
o Contohnya :-
* Ezrin memang hebat
* Budak itu juga baik
* Pemuda itu memang tampan
* Buah-buahan itu manis juga
kata adjektif boleh menerima bentuk se-…-nya
o Contohnya :-
* Kasut itu sebenarnya adik yang punya
* Berikan jawapan yang sejujurnya
* Ambillah tindakan yang sewajarnya terhadap mereka
kata adjektifboleh didahului oleh kata makin
atau semakin
o Contohnya :-
* Perempuan itu semakin putih
* Budak itu makin bijak
kata adjektif boleh diletakkan selepas kata
nama
o Kata adjektif berperanan sebagai kata nama
o Kata adjektif boleh hadir selepas kata nama inti atau selepas
kata hubung relatif yang
o Contohnya :-
* Barang yang murah cepat rosak
Jenis kata adjektif
* Kata adjektif sifatan/keadaan
* Kata adjektif cara
* Kata adjektif warna
* Kata adjektif ukuran
* Kata adjektif jarak
* Kata adjektif bentuk
* Kata adjektif waktu
* Kata adjektif perasaan
* Kata adjektif pancaindera
Kata adjektif sifatan/keadaaa
Menerangkan peragai, sifat, tabiat, atau keadaan bagi kata
nama atau frasa.
Contohnya :-
* Cerdik
* Sihat
* Jahat
* Berani
* Takut
Kata adjektif cara
Menunjukkan ragam atau kelakuan bagi kata nama atau frasa nama
Boleh disisip oleh kata dengan atau secara
Contohnya :-
* Cepat
* Lincah
* Selalu
* Laju
* Gopoh
Kata adjektif warna
Perkataan yang menerangkan sesuatu warna
Kata warna boleh diikuti oleh kata adjektif dan boleh juga dibuat
perbandingan dengan unsur alam
Contohnya :-
* Ungu
* Merah
* Biru
* Kelabu
Kata adjektif ukuran
Menerangkan saiz, berat atau ringan tentang benda yang bernyawa
atau tidak bernyawa, konkrit atau abstrak
Contohnya :-
* Rendah
* Tinggi
* Lebar
* Tebal
* Nipis
Kata adjektif jarak
Menerangkan jarak atau sesuatu yang dikaitkan dengan ruang atau
antara dua benda, tempat atau keadaan
Contohnya :-
* Jauh
* Hampir
* Nyaris
* Dekat
* Rapat
Kata adjektif bentuk
Menerangkan bentuk atau rupa sesuatu
Contohnya :-
*Segi tiga
* Segi empat
* Leper
* Buncit
* Lurus
Kata adjektif waktu
Menerangkan masa atau waktu
Contohnya :-
* Lampau
* Suntuk
* Baharu
* Lewat
* Awal
Kata adjektif perasaan
Menerangkan rasa atau sesuatu yang berunsurkan emosi
Kata adjektif perasaan harus diikuti oleh kata sendi nama akan,
dengan atau terhadap apabila diperluas dengan frasa nama
Contohnya :-
* Marah
* Berani
* Benci
* Ragu
Kata adjektif pancaindera
Menerangkan sesuatu yang dapat dirasai atau dikesani oleh
deria rasa
Kata adjektif pancaindera menerangkan konsep rasa,
dengar,bau, sentuh, pandang atau gabungan kelima-lima indera
Kata adjektif deria
Deria rasa – manis, masam, masin, tawar, pahit, kelat
Deria dengar – bising, merdu, serak, lunak
Deria sentuh – licin, lembap, kesat, lembut
Deria pandang – cantik, indah, kacak, hodoh, lawa, tampan
Deria bau/hidu – harum, wangi, busuk, hanyir, hangit,
Gabungan dua deria – contohnya :-
* Permukaan lantai itu sangat licin (gabungan deria pandang dan sentuh)
Pembentukan kata adjektif
* Kata adjektif tunggal
* Kata adjektif terbitan
* Kata adjektif ganda
* kata adjektif majmuk
Kata adjektif tunggal
Kata adjektif tunggal ialah kata adjektif yang tidak mengalami apa-apa proses
morfologi iaitu tidak menerima imbuhan, tidak mengalami penggandaan atau
pemajmukan.
Contohnya : jauh, terang, bersih, merdu
Kata adjektif jenis ini digunakan dalam ayat sebagai penerang kata nama
Kata adjektif tersebut boleh hadir dengan kata bantu atau kata penguat contohnya :
Kata adjektif sahaja Kata adjektif dengan kata Kata adjektif dengan kata
bantu penguat
hebat
cergas masih hebat sungguh hebat
indah
masih cergas cergas betul
masih indah amat indah sekali
Kata adjektif terbitan
Kata adjektif terbitan terhasil apabila sesuatu kata dasar itu menerima imbuhan sama ada awalam, akhiran, apitan, atau
sisipan
Awalan kata adjektif
i) awalan teR- : awalan teR- menjadi te- apabila diimbuhankan pada kata dasar yang bermula dengan huruf r ; ertinya
huruf r ditiadakan.
Contohnya : terendah ( ter- + rendah ) teramai ( ter- + ramai )
ii) awalan se- : awalan se- akan membentuk kata adjektif apabila diimbuhkan pada kata dasar dengan membawa maksud
sama
Contohnya : sepantas ( sama pantas ) seharum ( sama harum )
iii) awalan pro- : pro- merupakan awalan pinjaman daripada bahasa inggeris awalan ini akan membentuk kata adjektif
apabila diimbuhkan pada kata dasar dengan membawa maksud memihak atau menyatakan tanda setuju.
Contohnya : probarat ( memihak kepada barat atau bersetuju dengan barat)
iv) awalan anti- : anti- merupakan awalan pinjaman daripada bahasa inggeris yang akan membentuk kata adjektif apabila
dimbuhkan pada kata dasar dengan membawa maksud tidak suka, tidak bersetuju atau menentang
Contohnya : antirasuah ( tidak suka akan rasuah)
v) awalan bi- : awalan bi- yang berasal daripada bahasa arab-parsi berfungsi sebagai pembentuk kata adjektif yang
membawa maksud tidak
Contohnya : biadap ( tiada adap )
Akhiran kata adjektif
i) akhiran iah- : akhiran iah- merupakan akhiran pinjaman daripada bahasa arab-parsi, akhiran ini brfungsi seabagi penanda
kata adjektif yang memberikan makna sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar , boleh juga terdiri daripada kata nama
dan kata kerja
Contohnya : alkiah ( berdasarkan akal ) lahiriah ( pada lahirnya )
ii) akhiran –i dan –wi : kedua-dua akhiran ini merupakan akhiran pinjaman arab-parsi, akhiran ini berfungsi sebagai penanda
kata adjektif yang memberikan makna sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar
Contoh akhiran –i : insan + i - insani ( kemanusiaan )
Contoh akhiran –wi : dunia + wi - duniawi ( berkaitan dengan kehidupan di dunia )
iii) akhiran –is dan –ikal : akhiran –is daripada Belanda, -isch; pinjaman melalui bahasa Indonesia manakal –ikal boleh
bertukar ganti.
Contohnya : ekonomis praktikal
Apitan kata adjektif
i) apitan ke-…-an : apitan ke-…-an diimbuhkan pada kata dasar yang terdiri daripada kata nama akan menerbitkan kata
adjektif yang menunjukkan keadaan atau sifat kata nama yang terkandung dalam kata dasar
Contohnya : kebendaan ( sifat mementingkan harta benda )
Sisipan kata adjektif
i) sisipan –er- : kata dasar yang disisipkan dengan –er- akan menerbitkan kata adjektif
Contohnya : sabut ( KN ) - serabut ( KA )
ii) sisipan –el- : apabila disisipkan pada kata dasar tertentu, kata adjektif akan terhasil
Contohnya : serak ( KA ) + -el- = selerak ( KA )
Kata adjektif ganda
1234567890
Kata adjektif majmuk
1234567890
Darjah perbandingan kata adjektif
* Darjah biasa
* Darjah bandingan
* Darjah penghabisan
Darjah biasa
• Untuk menyatakan sesuatu perkara dengan darjah biasa , kata adjektif yang
digunakan tidak melibatkan perbandingan .
• Contohnya : Haiwan itu ganas .
Darjah bandingan
• Kata adjektif darjah bandingan digunakan untuk membandingkan sesuatu dengan yang lain .
• Darjah bandingan dapat dinyatakan dengan 2 cara iaitu dengan bandingan yang sama dan bandingan yang
berbeza .
Bandingan yang sama
➔ Bandingan yang sama dapat dinyatakan dengan 3 cara iaitu dengan menggunakan :
(i) Awalan se- dengan kata adjektif : Saiznya sebesar telur ayam .
. * Dalam ayat di atas besar ,merupakan kata adjektif .
* Apabila kata adjektif tersebut menerima awalan se- terhasillah perkataan di atas
(ii) Perkataan sama + kata adjektif + dengan : Razak sama pandai dengan abangnya .
* Dalam ayat di atas pandai merupakan kata adjektif yang hadir dalam binaan sama + kata adjektif + dengan .
(iii) Kata bandingan
Perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dapat dilakukan dengan menggunakan kata bandingan antaranya
bagai , umpama , seperti , bak , dan lain lain untuk membawa maksud menyamai atau menyerupai .
Contohnya : Persembahan Anita bagai penyanyi profesional .
Bandingan yang berbeza
➔ Untuk menyatakan bandingan yang berbeza , kata penguat lebih atau kurang digunakan .
➔ Contohnya : Harga makanan di kampung lebih murah daripada di bandar .
Darjah penghabisan
• Darjah penghabisan merujuk kepada pernyataan perbandingan yang paling tinggi .
• Terdapat lapan tingkat darjah penghabisan yang paling tinggi , yang susunan unsurnya seperti berikut :
(i) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama : Sepandai - pandai tupai melompat , akhirnya ke tanah juga .
(ii) ter- + kata adjektif : Pak Salleh orang yang terawal menetap di desa ini .
(iii) paling + kata adjektif : Penyanyi itu memenangi anugerah suara paling merdu .
(iv) kata adjektif + sekali : Model kereta yang cantik sekali sukar ditentukan .
(v) ter- + amat / sangat + kata adjektif : Harga rumah itu teramat mahal bagi kami .
(vi) amat / sangat / sungguh + kata adjektif + sekali : Tindakan terhadap perasuah itu amat tepat sekali .
(vii) terlalu / terlampau : Tempat itu terlalu jauh dari sini .
(vii) maha - Menurut Kamus Dewan , maha bermaksud yang teramat dan merujuk kepada Allah .
-maha juga digunakan sebagai panggilan hormat kepada Yang di - Pertuan Agong dan Sultan
Contohnya : Kita harus tunduk kepada Allah Yang Maha Esa .
Sekian terima kasih