The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majlis Peluncuran Program SisKA (Sistem Keluarga Asrama)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NKMA, 2025-02-27 17:13:41

Majlis Peluncuran Program SisKA (Sistem Keluarga Asrama)

Majlis Peluncuran Program SisKA (Sistem Keluarga Asrama)

SMK SERI TITIWANGSA (SSNKL) JALAN TEMERLOH, KUALA LUMPUR Majlis Peluncuran Program SisKA (Sistem Keluarga Asrama) Unit Asrama SMK Seri Titiwangsa


PENDAHULUAN Bagi menjayakan Program Transformasi Asrama Harian, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat penambahbaikan dalam Program SisKA di asrama harian dan dijenamakan semula sebagai Sistem Keluarga Asrama (SisKA). SisKA di rancang dan dibina selaras dengan tema Transformasi Asrama Harian iaitu Kemenjadian Murid Asrama Tanggungjawab Bersama iaitu untuk menggilap potensi murid bagi melahirkan murid berketrampilan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Ia juga berbentuk kekeluargaan yang terdiri daripada pembimbing dan rakan-rakan sebaya yang akan membimbing dan membantu antara satu sama lain untuk kemenjadian murid dalam bidang sahsiah, kerohanian, kokurikulum dan akademik. Impak yang dihasratkan kepada murid adalah untuk menjadikan asrama sebagai tempat kediaman yang menjamin perkembangan dan kemenjadian murid. Selain itu, murid dapat menikmati persekitaran yang kondusif dalam proses pembelajaran dan juga dapat meningkatkan keyakinan murid dan ibu bapa terhadap asrama harian. Melalui transformasi ini juga dapat mengurangkan beban tugas warden di asrama dan tugas ini dapat diagihkan kepada raka guru yang lain supaya masing-masing dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan tumpuan yang lebih dapat diberikan terhadap murid asrama. Selain itu, SisKA juga dapat mewujudkan hubungan kasih saying yang erat serta kebolehpercayaan yang tinggi antara guru dan murid asrama serta hubungan yang akrab di antara murid asrama sendiri. Di samping itu juga, tanggungjawab terhadap kemenjadian murid asrama dapat dikongsi bersama oleh lebih ramai guru dan setiap dorm merasa bertanggungjawab terhadap murid di bawah jagaannya. Dengan ini peranan sebagai in loco parents dapat dikongsi oleh seluruh warga sekolah.


Mewujudkan perasaan kekeluargaan dalam kalangan murid asrama agar asrama menjadi kediaman yang selesa, menyeronokkan dan dapat menarik murid untuk tinggal di asrama. Mewujudkan hubungan yang akrab dan meningkatkan kerjasama antara guru serta murid dalam proses perkembangan diri murid asrama dari segi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual. Menyebarluaskan peranan mendidik murid asrama kepada semua warga pendidik di sekolah agar kemenjadian murid asrama menjadi tanggungjawab bersama. Meningkatkan keyakinan ibu bapa/ PIBG terhadap kemenjadian murid asrama dengan turut sama terlibat dan memberi sumbangan dalam program yang dijalankan di asrama. OBJEKTIF


KUMPULAN SASARAN 1.SisKA dilakasanakan kepada semua murid. Setiap murid diasingkan lelaki dan Perempuan. Diletakkan dalam satu Kumpulan tidak lebih dari 10-15 orang yang diketuai oleh seorang guru. 2. Pembahagian murid ditetapkan agar setiap Kumpulan akan diwakili oleh setiap tingkatan. 3. Setiap guru bertanggungjawab membimbing dan menjaga ahli SisKA tersebut sehingga tamat tingkatan 5. 4. Murid dan guru akan berada dalam Kumpulan SisKA yang sama dari mula murid menempatkan diri di Tingkatan 1 sehingga tamat Tingkatan 5. 5. Semua guru akademik dan jurulatih Semua murid asrama TATACARA PELAKSANAAN SISKA 6. Guru bertindak sebagai ibu bapa dan ahli-ahli sebagai saudara mereka sendiri. 7. Masa perjumpaan rasmi SisKA adalah pada hari Khamis, 2 kali sebulan (Minggu Outing). 8. Tempat perjumpaan rasmi boleh dijalankan mengikut tempat yang sesuai berdasarkan aktiviti yang dirancang. 9. Perjumpaan tidak rasmi SisKA boleh dijalankan mengikut keperluan dan kesesuaian guru sendiri. 10. pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan modul pelaksanaan SisKA yang mengandungi aspek seperti di bawah atau lain-lain pengisian yang sesuai: Pengurusan Diri Peningkatan Akademik Pengurusan Sahsiah dan Disiplin Kepimpinan dan Kerohanian


Tarikh : 28 Februari 2025 (Jumaat) Masa : 7.30 pagi hingga 8.30 pagi Tempat : Dewan Seri Wangsa, SMK Seri Titiwangsa Medium : Bersemuka STRATEGI PELAKSANAAN TENTATIF PROGRAM 7.30 pagi Murid & guru berkumpul di dewan untuk bacaan Yasin Bacaan doa Kata alu-aluan Juruacara Majlis Ucapan Pengetua Gimik Perasmian Persembahan Pantomen Potong Reben Mengalung Kad Kebenaran Keluar Kelas Guru membuat perjumpaan bersama ahli SisKA yang telah ditetapkan (lokasi perjumpaan mengikut guru-guru SisKA) Bersurai 7.40 pagi 7.45 pagi 7.55 pagi 8.15 pagi 8.30 pagi


Pengerusi : En. Musa bin Mohamed Yusof (Pengetua) Naib Pengerusi I : En. Rozaimi bin Mohd Rashid (PK HEM) Naib Pengerusi II : En. Kamarul Nizar bin Mohd Ismail (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi III : En. Wan Mohd Fairos bin Abdullah (PK Kokurikulum) Naib Pengerusi IV : En. Mohd Azaruddin Hafiz bin Mohd Azani (Ketua Sektor Pengurusan Disiplin Murid) Penyelaras : En. Mohamad Shakran bin Mohamad (Ketua Warden) Bendahari : Pn. Fatimatul Izati binti Abdullah (Penyelia Asrama) JAWATANKUASA INDUK


Penyelaras Program En. Mohamad Shakran bin Mohamad JAWATANKUASA PELAKSANA Buku Program Juruacara Majlis P/A Sistem Disiplin Jurugambar & Dokumentasi Tempahan Bunting Cik Nur Kamaliah binti Mohd Amri Cik Nurul Izzah Farhanah binti Bokori En. Sabri bin Abd Safar (K) En. Mohamad Sufian bin Mokhtar En. Muhammad Khairul Hisham bin Md Yusoff Cik Kannagi A/P Arumugam En. Azrul Fahmi bin Ismail Pn. Nur Rabbuah binti Haji Ismail (K) Pn. Ummi Izyan binti Talib En. Rofaizo bin Mat Lazin


SENARAI NAMA GURU SISKA


PENUTUP Diharapkan program ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Guru yang dilantik sebagai pembimbing SisKA akan dapat memberikan sedikit perhatian kepada murid asrama dan menerapkan sikap ambil peduli di kalangan guru-guru terhadap pembangunan dan kebajikan murid di asrama.


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version