TAJUK:konsep asas kaedah fiqh dan
aplikasinya dalam sains, teknologi
dan kejuruteraan
PENSYARAH:PUAN SHAKINAH BINTI MUSTAPHA
MUHD AQIL OZRI MUHAIMIN BIN MOHD KERDARI
20DKM21F1086
AWG AZHAR BIN AWG ADENAN
20DKM21F1065
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
PENGERTIAN/DEFINISI
ISI-ISI PENTING
KESIMPULAN/PENUTUP
RUJUKAN
PENGHARGAAN
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-NYA saya dan rakan
dapat menyiapkan e-book tugasan ini.sepanjang saya dan rakan menjalankan
tugasan ini,saya dan rakan mendapat sokongan dan kejasama yang tidak
ternilai daripada pensyarah.Kesempatan ini saya dan rakan saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Puan
Shakinah binti Mustapha.Pertamanya, jutaan terima kasih kepada rakan
kumpulan yang begitu bersungguh-sungguh membantu dan memudahkan
proses pembuatan e-book tugasan saya serta tidak putus memberi sokongan
yang baik.Dalam masa yang sama tidak dilupakan kepada puan shakinah binti
Mustapha yang tidak jemu membimbing sepanjang tugasa ini dilakukan.Akhir
sekali penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan
khas kepada para pensyarah yang memberikan 100% sokongan dan kasih
sayang kalian merupakan dorongan yang sangat tinggi nilainya bagi mencapai
kejayaan ini.Allah S.W.T jua yang dapat membalas segala jasa dan budi baik
yang dihulurkan.
01
PENDAHULUAN
PEMDAHULUAN
Keadah fiqah merupakan satu prinsip umum yang
dijadikan sebagai satu panduan umum dalam pembinaan
hukum-hukum Islam apabila masalah-masalah baharu
yang memerlukan keputusan hukum yang cepat. Prinsip
umum ini membolehkan sesuatau masalah baharu yang
timbul diselesaikan dengan mudah mengenai hukumnya
yang sebenar melaui rujukan kepada sumber-sumber
hukum lain.Pengunaan kaedah fiqah tidak akan menafikan
nas-nas al-Quran dan hadis tetapi kedua-dua sumber utama
tersebut amat penting untuk memahami syariat dan
muamalah manusia. Kaedah fiqah ini dapat memberikan
hukum secara cepat apabila sesuatu permasalahan timbul.
02
PENGERTIAN/DEFINISI
PENGERTIAN/DEFINISI
Terdapat pelbagai pentakrifan menurut pandangan ulama dahulu dan sekarang, Kaedah
fiqah ialah gabungan daripada dua perkataan bahasa Arab, iaitu qawaid dan fiqh. Qawaid
daripada kata jamakqaidah yang bermaksud asas rumah, tapak atau prinsip (Zulekha
Yusoff, 2011). Perkataan kedua iaitufiqah ialah kumpulan kaedah atau formula bagi
menentukan hukum sesuatu perkara atau isu.
Menurut istilah syarak pula, kaedah fiqh ialah sesuatu hukum yang secara umumnya
terpakai kepada kebayakan masalah-masalah cabang. Dalam istilah perundangan pula,
kaedah fiqah disebut sebagai ‘principle’, namun dibentuk dalam perkataan yang amat
ringkas dan padat di samping mempunyai makna yang luas bagi mencakupi semua masalah
cabang atau furu’ yang berkaitan dengannya. Furu’ membawa maksud prinsip-prinsip fiqah
yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum
bersesuaian dengan bahagian-bahagiannya. Sebahagian ulama mentakrifkan kaedah fiqah
sebagai kaedah-kaedah hukum bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil al-Quran
dan hadis. Kaedah-kaedah tersebut menjadi asas kepada kaedah yang dapat disesuaikan
dengan semua juz’iyyah atau menjadi cabang dalam perbahasan ilmu fiqah sahaja.
03
ISI-ISI PENTING
ISI
i)Maksud kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan adalah apabila berlaku sesuatu
kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT, maka Islam
memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi.Jalan keluar tersebut adalah dengan
memberikan beberapa kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tertentu. Contohnya orang yang sakit
dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring.
-Antara sebab diberikan keringanan orang melakukan perjalanan melebihi dua marhalah walaupun dengan
kaedah yang paling canggih diberikan keringanan seperti solat jamak dan qasar .Selain itu,orang yang diuji
dengan sakit dibenarkan untuk bertayamum, dibenarkan solat dalam keadaan duduk dibolehkan berubat
dengan najis pada pandangann sebahagian ulama mazhab Hanafi.Seterusnya,orang yang dipaksa melakukan
sesuatu perbuatan tanpa kerelaanya tidak dianggap berdosa apabila dia melakukan perbuatan dipaksa tersebut
seperti minum arak, melafazkan kalimah kufur (dengan syarat di hati beriman) , membunuh dan lain-
lain.Disamping itu,Akal yang tidak sempurna kerana gila, kanak-kanak dan hamba.Kesukaran yang terjadi
secara menyeluruh seperti mengkebumikan jenazah yang ramai dalam sebuah kubur apabila ditimpa musibah
tsunami dan gempa juga merupakan salah satu sebab diberikan keringanan.
-Cara mengaplikasi kaedah ini ialah seseorang yang melancong ke sesuatu tempat dengan niat yang baik
dibenarkan untuk melaksanakan solat qasar dan jamak kerana bersama musafir tersebut adanya
kesukaran.Selain itu musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa dan menggantikannya pada hari yang
lain.Seterusnya,Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang yang bermusafir dengan syarat yang
tertentu.Disamping itu,seseorang yang sakit diberi kelonggaran untuk solat secara duduk, jika tidak mampu
boleh baring, jika tidak boleh baring dibenarkan menggunakan isyarat mata, jika tidak mampu menggerakkan
mata, maka boleh menggunakan hati.Akhir sekali,seseorang yang dalam keadaan darurat dan tidak mampu
mendapatkan makanan yang halal atau ketidakadaan makanan selain bangkai atau makanan yang haram maka
ia boleh makan makanan yang haram dengan sebab kelaparan dan tidak ada makanan lain selain itu.
ii)Kemudaratan hendaklah dihilangkan bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi
mencapai kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, keturunan, akal
dan harta. Dalam hal ini, kaedah ini sebenarnya menjelaskan bahawa tiap-tiap perkara yang
boleh mendatangkan bahaya dan mudarat hendaklah dihapuskan.Kaedah ini bersumberkan hadis
rasulullah yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim.
-Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan sama ada
kepada diri,orang lain dan alam sekitar.Dalam masa yang sama,Islam melarang tindak balas
kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.Ukuran
kemudaratan dengan merujuk kepada kesan buruk menurut perspektif agama disamping system
piawaian berdasarkan norma masyarakat yang tidak bercanggah dengan tujuan dan prinsip
syariat contohnya penetapan Batasan aurat kepada lelaki dan perempuan.
-Terdapat empat cara menggunakan kaedah ini.Yang pertama ialah menolak kerosakkan menjadi
keutamaan daripada mengambil kebaikan atau maksud yang lebih mudah ialah mendahulukan
tujuan menyingkirkan kemudaratan berbanding kebaikan.Selain itu,ia dapat membantu
menghilangkan kesukaran dan kemudaratan dalam hidup manusia contohnya ciptaan medium
telekomunisasi audio dan visual dan ICT.Seterusnya,membenarkan sesuatu yang asalnya
terlarang atau haram untuk dilaksanakan atau digunakan contohnya keharusan doctor lelaki
memandang aurat Wanita sekadar yang perlu.Akhjr sekali,kemudaratan tidak boleh dihilangkan
dengan kemudaratan yang setaraf dengannya.Penggunaan arak sama ada untuk diminum atau
digunakan atas alas an biasa dihukumkan haram.Namun jika digunakan untuk menjadi penawar
terbaik setelah gagalnya ubatan yang lain,maka penggunaan itu dibenarkan.
04
KESIMPULAN/PENUTUP
KESIMPULAN/PENUTUP
Kesimpulannya,agama Islam adalah agama yang mudah.Islam
memudahkan perkara yang kita anggap sebagai beban.Kaedah Fiqh
yang keempat ini,kemudaratan mesti dihilangkan membuktikan
bahawa islam membantu kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan
dengan mudah.Islam menghalang kita melakukan sesuatu perkara
yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri,orang lain dan
alam sekitar.Kita hendaklah peka bahawa setiap apa yang ada
dimuka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah
S.W.T.Kita sebagai peminjam hendaklah mwmastikan bahawa kita
menjaga apa yang kita pinjam daripada Allah S.W.T.
RUJUKAN
1) https://dem2s2dis2017.blogspot.com/2018/02/bab-5kaedah-fiqah-dalam-sains-
teknologi.html (2018/02)
2) https://scholar.google.com.my/scholar?q=pendahuluan%22konsep+asas+kaedah+fiqh
+dan+aplikasinya+dalam+sains,+teknologi+dan+kejuruteraan.&hl=en&as_sdt=0&as_vi
s=1&oi=scholart (2015)
3) https://www.researchgate.net/publication/356492553_EBOOK_KAEDAH_FIQH_MPU2
3052 (2021/11)
4) http://studentdup2a.blogspot.com/ (2015/09)
5) https://dakwahstk00.blogspot.com/2018/02/kaedah-fiqh-ke-4-kemudaratan-
mesti.html (2016/04)
SEKIAN TERIMA KASIH