The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Ketetapan Kurikulum SK Lubok Temiang tahun 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Mie, 2022-04-06 00:28:23

BUKU KETETAPAN KURIKULUM SK LUBOK TEMIANG TAHUN 2022

Buku Ketetapan Kurikulum SK Lubok Temiang tahun 2022

1

BUKU
KETETAPAN
KURIKULUM

2022

1

2

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM SK LUBOK TEMIANG SESI 2022/2023
1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Ketetapan ini
mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia, aspirasi Jabatan Pendidikan
W.P. Labuan, serta matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini dan sebagai garis panduan kepada warga
Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada semua murid yang merupakan
pelanggan utama. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk mematuhi ketetapan yang telah disediakan.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan ini dilakukan bertujuan:
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan

Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

3.0 KETETAPAN
3.1 Ketetapan Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar

pendidikan kebangsaan.
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Penidikan Malaysia dan Jabatan

Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
3.3 Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai cara yang sah dan

beretika mengenai pendidikan dan kurikulum semasa untuk mempastikan guru berada di dalam arus dan
kehendak sistem pendidikan semasa agar dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras dengan hak
mereka sebagai pelanggan.
3.4 Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program
akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik hendaklah diberikan
keutamaan.

2

3

4.0 MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan W.P. Labuan.
4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3 Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap dan diedarkan kepada

semua ahli dalam tempoh 14 hari bekerja sama ada secara softcopy ataupun hardcopy dan difailkan ke
dalam fail panitia masing-masing atau di dalam google drive.
4.4 Surat / memo Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2 hari sebelum tarikh mesyuarat
4.5 Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan kebenaran Guru Besar
sahaja.
4.6 Sebarang ketidakhadiran tanpa kebenaran Guru Besar perlu disusuli dengan surat tunjuk sebab oleh guru
yang berkenaan dan difailkan oleh Setiausaha Kurikulum.

5.0 SISTEM FAIL PANITIA

5.1 Fail panitia diselaraskan kepada hardcopy dan“soft copy” dan disimpan dalam google drive.

5.2 Bilangan fail yang ditetapkan untuk setiap panitia adalah merujuk kepada rubrik penskoran SKPMg2 (3.2
Pengurusan Mata pelajaran) seperti yang berikut:

• PENGURUSAN MATA PELAJARAN (3.1.2.1)
• PEMBANGUNAN KUALITI PENGAJARAN GURU (3.1.2.2)
• PEMBANGUNAN KUALITI PENCAPAIAN MURID (3.1.2.3)
• PENGURUSAN KEWANGAN (3.1.2.4)

6.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN
6.1 SISTEM KSSR

Bahasa Melayu Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan
Bahasa Inggeris Pendidikan Seni dan Visual
Matematik Pendidikan Muzik
Sains Reka Bentuk Teknologi (Tahap 2)
Bahasa Arab Sejarah (Tahap 2)
Pendidikan Agama Islam
Pendidikan Moral

3

4

6.2 Tahap 1 Semakan KSSR (Tahun 1, 2 dan 3) – 10 mata pelajaran.
Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) – 12 mata pelajaran.

6.3 Perhimpunan Rasmi (Isnin) adalah bukan mata pelajaran ajar. Kehadiran semua guru semasa
perhimpunan rasmi adalah wajib sehingga perhimpunan selesai kecuali atas kebenaran Guru
Besar.

7.0 SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SERTA
PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

7.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK),
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) adalah dokumen
rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk oleh setiap guru apabila merancang proses
pengajaran dan pembelajaran.

7.2. DSKP atau DPK terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah
diperoleh dan disimpan oleh setiap guru dalam folder masing-masing di dalam Google Drive atau
dalam bentuk hardcopy. Ia hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan
serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

7.3 Satu salinan DSKP atau DPK dan RPT mestilah disimpan dalam fail panitia samada secara
hardcopy atau softcopy dan mudah untuk dicapai apabila diperlukan.

7.4. Semua Rancangan Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari bulan pertama
Penggal 1 tahun berkenaan.

7.5. Rancangan Tahunan hendaklah diselaraskan mengikut panitia masing-masing.
7.6 Template Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang standard telah pun diwujudkan. Setiap guru

dikehendaki menggunakan template RPH yang diseragamkan mengikut panitia.
7.7 Ruangan impak/refleksi hendaklah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap

pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi tujuan penambahbaikan pada
masa hadapan.
7.8 Tempoh penghantaran ERPH kepada pihak pentadbir sekolah adalah pada hari JUMAAT setiap
minggu tanpa gagal untuk disemak dan disahkan.
7.9 Semua guru perlu memastikan ERPH, rancangan tahunan dan sukatan pelajaran telah tersedia
dan mudah dirujuk setiap kali masuk ke kelas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
7.10 Bagi guru yang perlu menghadiri kursus, ERPH tetap perlu disediakan. Perancangan yang
disediakan akan djalankan oleh guru yang diarah mengganti bagi kelas dan mata pelajaran
tersebut.

4

5

7.11 Menghabiskan Sukatan:
I. Sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum akhir persekolahan.

7.12 Guru-guru mestilah mengamalkan PAK21 dan penerapan KBAT dalam kelas.

8.0 JADUAL WAKTU
8.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996 dan Surat
Pekeliling Ikhtisas Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017).
8.2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan dalam mesyuarat kurikulum.
8.3. Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru.
8.4. Agihan kelas berdasarkan kepelbagaian aras kecerdasan.
8.5. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan
dan bergantung kepada bekalan guru dan pengisian waran layak bagi tahun semasa.
8.6. Jadual waktu penggunaan bilik-bilik khas mestilah disediakan oleh guru yang bertanggungjawab
dan disahkan oleh Guru Besar. Satu salinan jadual hendaklah diserahkan kepada pihak pentadbir
dan dipamerkan di hadapan setiap bilik-bilik khas.

9.0 GURU BERKURSUS/CRK/MC
9.1. Mana-mana guru yang berkursus/CRK mahupun MC perlu memaklumkannya lebih awal
kepada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran atau Pembantu Tadbir. Surat atau sijil berkaitan
perlu diserahkan untuk direkodkan.
9.2. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual waktu
kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran.
9.3 Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.
9.4 Menggantikan Pelajaran yang tertinggal pada masa lain.
9.5 Penyediaan Guru Ganti akan diurus oleh Penolong Kanan Pentadbiran atau Penyelaras Jadual
Waktu.
9.6 Keutamaan guru yang mengajar subjek yang sama akan diberikan untuk menggantikan guru
yang MC kemudian barulah guru yang tidak mempunyai jadual mengajar pada masa tersebut
mana yang difikirkan lebih sesuai.
9.7 Jadual Guru Ganti yang disediakan akan dimaklumkan melalui aplikasi Telegram Rasmi Sekolah

.

5

6

10.0 WAKTU PERSEKOLAHAN

10.1 i) Tahap 1

Isnin-Khamis 7.00 pagi-12.30 tengah hari

Jumaat 7.00 pagi-11.00 pagi

ii) Tahap 2

Isnin-Selasa 7.00 pagi-1.00 petang

Rabu – Khamis 7.00 pagi – 12.30 tengah hari

Jumaat 7.00 pagi-11.30 pagi

* Waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan akta / pekeliling ikhtisas yang
berkuatkuasa semasa.

11.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

11.0.1 PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen
dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan &

Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD).

11.0.2 Bagi Sistem KSSR kaedah Pentaksiran PBD dijalankan sepenuhnya tanpa gagal dengan
menggunakan instrumen dan borang-borang yang dikhususkan bagi setiap mata pelajaran dan
tahap murid itu sendiri secara offline. Borang pentaksiran offline hendaklah difailkan ke dalam fail
yang dikhususkan dan disimpan oleh penyelaras PBD.

11.1 KAEDAH PENTAKSIRAN

11.1.1 PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, penulisan dan
lisan.

11.1.2 PBD juga boleh dijalankan melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan lain-lain aktiviti
pengajaran berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

6

7

11.3 REKOD PENTAKSIRAN

11.3.1 Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam
fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat
sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.

11.3.2 Slip PBD akan diserahkan kepada ibu bapa sekurang-kurangkan 2 kali setahun secara softcopy
atau hardcopy pada hujung penggal 2 dan pada akhir tahun persekolahan.

12.0 PEMANTAUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
12.1 Pengajaran dan pembelajaran guru/murid di bilik darjah akan dicerap sekurang-kurangnya 2 kali
dalam setahun.
12.2 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar, Penolong Kanan dan Ketua Panitia.
12.3 Jadual Pencerapan akan disediakan di dalam takwim.
12.4 Pencerapan adalah bergantung kepada pencerap sama ada memaklumkan atau tidak
memaklumkan kepada guru yang dicerap.
12.5 Semua Penolong kanan dan Ketua Panitia akan dicerap oleh Guru Besar.

13.0 PENGURUSAN PANITIA
13.1 Pengurusan panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia mata
pelajaran berkenaan.
13.2 Penolong Kanan akan menyelia semua panitia sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
13.3 Semua fail pengurusan akan disemak dari semasa ke semasa dan dikemaskini di dalam
Google Drive.

13.4 Semua Panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan
Operasi.

13.5 Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV dan ETR. Ini termasuk
mengambil kira OTI dan headcount murid.

13.6 Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan bagi tahun
berikutnya.

13.7 Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG
secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

13.8 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
19.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.

7

8

19.2 Setiap panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan tahun berikutnya bagi
mengemukakan cadangan pembelian peralatan bantu mengajar kepada Penolong Kanan
Pentadbiran seminggu sebelum cuti akhir tahun persekolahan.

19.3 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan
Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.

19.4 10 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian ABM bagi kegunaan awal
tahun.

19.5 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang diturunkan

14.0 BILIK-BILIK KHAS

14.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab
berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.

14.2 Bilik Khas tersebut adalah seperti berikut:

14.2.1 Surau

14.2.2 Bengkel Kemahiran Hidup/RBT

14.2.3 Makmal Sains

14.2.4 Bilik Pusat Sumber

14.2.5 Bilik APD

14.2.6 Bilik Pemulihan Khas

14.2.7 Bilik Muzik

14.2.8 Makmal Komputer dan Pusat Akses

14.2.9 Bilik Pendidikan Moral

14.2.10 Stor Panitia

14.2.11 Bilik Busana

14.3 Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti disediakan.

14.4 Arahan Keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan jelas
bagi setiap bilik khas.

14.5 Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang kondisif, selamat dan sesuai
sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri.

8

9

15.0 JAWATANKUASA PEMANTAUAN
15.1Guru Besar
15.2Penolong Kanan Pentadbiran
15.3Penolong Kanan HEM
15.4Penolong Kanan Kokurikulum

16.0 PENYELIAAN BUKU LATIHAN MURID

16.1 Tugasan murid akan dicerap oleh jawatankuasa pemantauan 2 kali setahun bagi memastikan
penyemakan dilakukan secara konstruktif.

16.2 Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap kelas yang diajar untuk
semakan jawatankuasa.

16.3 PENETAPAN DASAR DAN KUANTITI LATIHAN MURID
16.3 Ketua Panitia akan membuat penetapan kuantiti latihan murid dalam panitia masing-masing dengan
mengambil kira aspek kepelbagaian kecerdasan murid di dalam kelas.

16.4 Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid dan Latihan Murid hendaklah diserahkan kepada Penolong

Kanan Pentadbiran atau difailkan dalam fail pencerapan buku latihan panitia masing-masing.

16.5 Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan memastikan tindak susul dibuat oleh Guru Mata
pelajaran dan Ketua Panitia Mata pelajaran.

17.0 KMR-PBL dan PBL

17.1 Setiap panitia wajib merancang serta melaksanakan sekurang-kurangnya satu PBL dan sekurang-
kurangnya satu PBL-KMR dalam tempoh satu tahun pembelajaran.

17.2 PBL boleh berdiri sendiri dan dilaksanakan menggunakan pendekatan modular iaitu dengan
merangkumkan pelbagai tajuk yang terkandung dalam subjek manakala PBL-KMR pula
memerlukan perbincangan antara panitia kerana ia melibatkan sekurang-kurangnya 3 subjek untuk
merancang dan melaksanakannya

17.3 Prasekolah juga tidak terkecuali dalam pelaksanaan PBL-KMR dan juga PBL ini.

18.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)
9

10

18.1 Sekiranya PdPC tidak dapat dilaksanakan di sekolah akibat dari berlakunya keadaan atau arahan
yang tidak membolehkan murid dan guru untuk berada di sekolah, maka dalam situasi ini
pendekatan PdPR akan dilaksanakan.

18.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah perlu memastikan PdPR dapat dilaksanakan tanpa gagal dan
ianya wajib melibatkan semua subjek yang ditawarkan di sekolah termasuk Prasekolah.

18.3 Bagi Aliran Perdana, Ketua Panitia perlu mengumpul dan memastikan semua guru di bawah
panitianya dapat menyediakan tugasan mengikut modul tanpa gagal (Ikut Keperluan). Bagi bagi
Prasekolah pula ianya diselia oleh Penyelaras Kurikulum Prasekolah.

18.4 Ketua Panitia akan menyerahkan tugasan (yang telah disemak dan dikumpul dari guru di bawah
panitianya) kepada Penolong Kanan Pentadbiran atau Setiausaha Kurikulum Sekolah.

18.5 Penolong Kanan Pentadbiran bersama SU dan Timbalan SU Kurikulum akan bertindak untuk
‘compile’ tugasan tersebut menjadi sebuah modul yang lengkap sebelum diserahkan untuk
diperbanyakkan.

18.6 Modul yang diberi wajib disemak dan diserahkan semula kepada murid.
18.7 Panitia di bawah kebijaksanaan Ketua Panitia juga digalakkan membuat penyampaian

pembelajaran menggunakan kaedah PdPR atas talian seperti Googel Meet, Microsoft Team dan
sebagainya.
.

20.0 BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
20.1 Buku Teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
20.2 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun
20.3 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu pdp bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab untuk program NILAM.
20.4 Bagi mata pelajaran lain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran
berfokus dan rujukan sekiranya dirancang di dalam RPH dan Bilik PSS telah ditempah terlebih
dahulu.
20.5 Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan membawa murid ke PSS
untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah terancang
dan terkawal.
20.6 Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh guru pusat sumber dan guru-guru
Bahasa.
20.7 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh guru Bahasa (tertakluk kepada
arahan)

10

11

20.8 Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau Penyelaras PSS.
20.9 Buku-buku rujukan percuma (Naskhah Guru) hendaklah diadikan aset panitia.

21.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

21.1 Semua program utama yang berlangsung dalam pdp dibuat berdasarkan keperluan panitia.

21.2 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke
arah kecemerlangan murid

21.3 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam merancang
dan melaksana program akademik

21.4 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia
berkenaan.

21.5 Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Guru Bimbingan dan kaunseling sekolah adalah
wajib bagi penyelarasan Program Akademik.

22.0 PERKEMBANGAN STAF DAN KURSUS DALAMAN
22.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar dan
Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai
22.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Guru
Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
22.3 Bahan edaran kursus adalah aset sekolah dan guru yang menghadiri kursus perlu menyimpan
salinan untuk keperluan sendiri dan guru lain.
22.4 Program perkembangan staf dirancang mengikut permintaan guru ataupun berdasarkan keperluan
sekolah berpandukan SKPMG2
22.5 Lawatan ke sekolah yang cemerlang boleh dirancang untuk mendapatkan maklumat dan
perkongsian pintar bergantung kepada kelulusan.
22.6 Lawatan lain yang bersifat akademik juga boleh dirancang oleh panitia bergantung kepada
kelulusan.
22.7 Semua guru harus mencapai 7 hari berkursus dan 42 jam mata kredit setahun.

23.0 BAHAN-BAHAN ILMIAH KURSUS
23.1 Diperbanyak untuk keperluan guru lain atau dikongsikan melalui aplikasi maya.
23.2 Disimpan untuk rujukan panitia

11

12

24.0 KAJIAN TINDAKAN DAN INTERVENSI
24.1 Semua panitia mata pelajaran di bawah kebijaksanaan Ketua Panitia disarankan membuat satu
kajian tindakan setiap tahun.
24.2 Kajian Tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah

25.0 KETETAPAN PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PDP DAN PENTAKSIRAN
25.1 Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font Century
Ghotic 10 bagi Tahap 1 dan Times New Roman 10 bagi tahap 2 dan set-up kertas left & right 0.5
dan top bottom pada 0.5
25.2 Percetakan lembaran kerja dan kertas soalan menggunakan mesin fotostat dan rezo yang disewa
perlu dirancang dengan baik.

27.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
27.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat daerah, negeri
dan kebangsaan terutamanya pertandingan secara atas talian.
27.2 Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan
oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah

28.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN KETETAPAN KURIKULUM
28.1 Penentuan ketetapan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan.
28.2 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui
mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

12


Click to View FlipBook Version