The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI 1- 2023 (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akmamkhushairi, 2023-11-24 18:26:41

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI 1- 2023 (2)

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI 1- 2023 (2)

UNIT KURIKULUM | SKSI - 2023 MESYUARAT KURIKULUM 1, SKSI 2023 Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2023 Tarikh : 17 Mac 2022 Hari : Rabu Masa : 9.00 pagi Tempat: Bilik Tutorial SK Seri Iskandar Kehadiran : 1 Pn. Norlizah Binti Che The (Guru Besar) 2 Pn. Norani Binti Mat Hussin (Pk P.Tadbiran) 3 Pn. Harlina Binti Mohd Hakim (Pk Hem) 4 Pn. Azlaila Binti Zamzuri (Pk Koku) 5 En. Zaini Bin Zulkifli (Pk Petang) 6 En. Hani Bin Ngah Mat Ali 7 Pn. Jamnah Binti Mahmud 8 Pn. Norazian Binti Ismail 9 En. Zulkifli Bin Wan Zainan 10 Pn. Wan Faridah Binti Wan Ahmad 11 En. Ahmad Ridzuan Bin Madian 12 Pn. Halimah Binti Md Ali 13 Pn. Kasmaini Binti Mohamad 14 En. Ku Mohd Redzuan Bin Ku Ismail 15 Pn. Norhayati Binti Ghani 16 Pn. Norzaniza Binti Musa 17 Pn. Nur Shafinazz Zuriatie Binti Abd Munir 18 Pn. Nursaibah Hazwani Binti Mohd Arus 19 Pn. Nurul Asmida Binti Abu Manas 20 Pn. Siti Aishah Binti Mohd Said 21 Pn. Noorfatnin Binti Ghalib 22 Pn. Nor Khafizah Binti Nawawi 23 Pn. Nor Zalena Binti Mohamad Roli 24 Pn. Norizan Binti Minu 25 Pn. Roshaniza Binti Mohd Hanifiah 26 Pn. Norzilawani Binti Ahmad 27 Pn. Ku Normilawati Binti Ku Jaafar 28 En. Mohammad Amirul Bin Rusli 29 Pn. Najihah Binti Md Muhtar 30 Pn. Nor Mohaya Binti Mat Sham 31 Pn. Magdalina Binti Ariffin 32 Pn. Mazni Binti Omar 33 Pn. Normah Binti Ismail 34 Pn. Rohani Binti Sidek 35 En. Shahrul Radzi Bin Azizan 36 En. Muhammad Rasyid Bin Yeop Idris 37 Pn. Siti Nor Aishah Binti Mohd Sahudi


UNIT KURIKULUM | SKSI - 2023 MESYUARAT KURIKULUM 1, SKSI 2023 38 Pn. Faridatulakmar Binti Mohd Ariff 39 Pn. Siti Khalijah Binti Che Yob 40 Pn. Azlina Binti Mohd Ramly 41 Pn. Marzirfadzillah Binti Mohd Wazir 42 Pn. Sharifah Hanishah Binti Syed Hussin 43 Pn. Adibatul Izzah Binti Mohamad Sirat 44 Pn. Emma Emillia Binti Khairuddin 45 Pn. Nadzifah Binti Saedin 46 Pn. Nur Azyan Syahirah Binti Azammanan 47 En. Ahmad Afdal Bin Tajuddin 48 En. Ahmad Sulhi Bin Ahmat Radi 49 En. Mohamad Shafirul Bin Sharifuddin 50 En. Mohamad Shahril Bin Ahmad 51 Cik Najatul Husniah Binti Mohd Safuan 52 Pn. Nur Hakimah Binti Abd Rahman 53 Pn. Azuwaniza Binti Abd Rahman 54 Pn. Maria Farhana Binti Asmawi 55 Pn. Siti Aishah Binti Halim 56 Cik Naziyah Binti Abdullah@Mohamed 57 En. Hafeez Bin Abdul Kayam Nama Yang Tidak Hadir : - 1. Pn. Nur Hidayah Binti Hashim – Cuti sakit 2. Pn. Nur Hidayah Peong Binti Abdullah – Cuti sakit 3. Pn. Siti Hajar Binti Ismail – Cuti bersalin 4. En. Shahrul Zaman Bin Kamarul Zaman 5. Pn. Nur Syuhada Binti Othman 6. Pn. Zaimah Binti Dahman


UNIT KURIKULUM | SKSI - 2023 MESYUARAT KURIKULUM 1, SKSI 2023 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan mengalukan kedatangan semua guru. Pengerusi juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru di atas komitmen yang telah diberikan sepanjang tahun 2022. 1.2 Menerangkan tentang tujuan mesyuarat diadakan dan berharap semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Setiausaha Kurikulum membentangkan minit mesyuarat kali ke 4/2022. 2.2 Pn. Halimah Binti Md Ali mencadangkan minit mesyuarat disahkan. Disokong oleh Puan Mazni Binti Omar. Tindakan : Makluman 3. Perkara Berbangkit 3.1 Tiada perkara berbangkit. 4. Pembentangan / Pelaporan 4.1 Visi KPM, Misi KPM dan Hala Tuju sekolah 4.1.1 Menyeru semua warga sekolah agar dapat menghayati makna Visi, Misi dan hala tuju sekolah secara menyeluruh. 4.1.2 Visi KPM, “Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid Holistik”. 4.1.3 Misi KPM, “Penyampaian Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Sekolah Unggul Bagi Menyediakan Murid Kalis Masa Hadapan”. 4.1.4 Hala tuju Sekolah : 1. Pengurusan Kurikulum : Meningkatkan prestasi murid dalam pentaksiran bilik darjah (PBD) kepada 100% penguasaan tahap minimum TP3 dan sekurang-kurangnya 50% penguasaan TP6 bagi semua mata pelajaran di akhir sesi akademik Tahun 6. 2. Pengurusan Hal Ehwal Murid : Meningkatkan kemenjadian murid dari segi sahsiah dan tingkah laku kepada sifar aduan disiplin. 3. Pengurusan Kokurikulum : Meningkatkan kemenjadian murid dalam pencapaian kokurikulum, meliputi sukan dan permainan, kelab dan persatuan dan pasukan badan beruniform kepada sekurang-kurangnya 5 penglibatan peringkat negeri dan 3 penglibatan peringkat kebangsaan dalam tahun semasa.


UNIT KURIKULUM | SKSI - 2023 MESYUARAT KURIKULUM 1, SKSI 2023 4. Pengurusan Sumber manusia : Meningkatkan kualiti pengajaran guru kepada mengamalkan dan membudayakan PAK21 dan PLC secara optimum. 5.Pengurusan Hubungan luar dan komuniti : Meningkatkan hubungan dan penglibatan komuniti dengan pihak sekolah melalui sekurang-kurangnya 5 program jalinan dan jaringan dalam tahun semasa. Tindakan : Makluman 4.2 Program Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 4.2.1 Surat pemakluman telah diterima melalui Telegram. 4.2.2 Pihak sekolah masih menunggu maklumat lanjut daripada PPD. 4.2.3 Taklimat akan diberikan kepada guru besar dan pengetua pada hari Khamis. Melibatkan Tahun 2 – Tahun 6 4.2.4 Tahun 1 perlu mengikuti Program Transisi dibawah kelolaan Puan Nor Mohaya. Tindakan : Makluman 4.3 Fokus Unit Kurikulum Sesi 2023/2024 4.3.1 Kluster 2 – kualiti bakat dan kemenjadian murid (c) 4.3.2 Kemahiran dwibahasa dalam kalangan murid (Bahasa Inggeris) 4.3.3 Peranan guru subjek berkaitan bermula dari Prasekolah – laksanakan pdpc menarik dan berkesan 4.3.4 Memperkasakan Kelas Permata untuk tingkatkan kemahiran 2M 4.3.5 Panitia BM, BI dan BA sebagai pemangkin panitia lain menyokong 4.3.6 Membugarkan program MBMMBI 4.3.7 PSS sebagai nadi penggerak melalui NILAM Tindakan : Makluman 4.4 Penyediaan Jadual Waktu 4.4.1 Puan Halimah – jadual waktu sesi pagi 4.4.2 Ustaz Ahmad Sulhi – jadual waktu sesi petang 4.4.3 Masih menggunakan jadual anjal 4.4.4 Mengambilkira 40 minggu akademik 4.4.5 MMI perlu dipatuhi sepenuhnya Tindakan : Semua guru 4.5 Pelaksanaan CIDS 2023/2024 4.5.1 VERSI 9.5 telah ditambahbaik. - Sila teroka untuk tambahkan kefahaman. - Jika terdapat masalah, boleh rujuk kepada rakan-rakan yang lebih arif. - Sila tonton video yang disediakan. Tindakan : Semua guru


UNIT KURIKULUM | SKSI - 2023 MESYUARAT KURIKULUM 1, SKSI 2023 4.6 Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Guru 4.6.1 Merancang, melaksana dan merefleks PDPC dengan jayanya. 4.6.2 Melaksanakan PDPC yang menarik dan berkesan. 4.6.3 Menggunakan bahan rangsangan yang menarik dan sesuai dengan tahap murid. 4.6.4 Melaksanakan KBAT dan PAK21 dalam PDPC. 4.6.5 Melaksanakan aktiviti pengayaan dan pemulihan di dalam kelas. 4.6.6 Menjalankan penilaian dan pentaksiran ke atas murid. 4.6.7 Menganalisis data penilaian dan pentaksiran. 4.6.8 Menjalankan tindak susul yang bersesuaian. Tindakan : Semua guru 4.7 Penilaian dan Pentaksiran 4.7.1 Menjalankan penilaian dan pentaksian berterusan 4.7.2 Menyediakan borang transit bagi semua mata pelajaran 4.7.3 Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran bagi menilai tahap penguasan murid. 4.7.4 Tahap 1 tidak boleh melaksanakan penilaian berjadual 4.7.5 Tahap 2 melaksanakan penilaian berjadual 3 kali setahun mengikut takwim. BIL PEPERIKSAAN TARIKH 1 UJIAN PENGESANAN 1 22 & 25 MEI 2023 2 UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 21 & 24 OGOS 2023 3 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 4 & 7 DIS 2023 4.7.6 Data PBD murid dikemaskini pada bulan Jun dan Disember 4.7.7 Mengadakan dialog prestasi 4.7.8 Menjalankan tindak susul yang bersesuaian. Tindakan : Semua guru 4.8 Pencerapan Pembelajaran dan Pemudahcara 4.8.1 Pencerapan PdPc akan dilaksanakan mengikut buku Manual Pengurusan. Pencerapan oleh pentadbir dilakukan sebanyak dua kali manakala pencerapan kendiri sebanyak sekali berpandukan SKPMG2 Standard 4. Pencerapan 1.. Mac hingga Ogos Pencerapan 2.. September hingga Februari 4.8.2 Guru perlu membuat penilaian PdPc kendiri. Gunakan borang PdPc yang diedarkan. Setelah siap, serahkan borang penilaian PdPc kendiri kepada guru data untuk dimasukkan ke dalam sistem. 4.8.3 Penulisan rancangan mengajar perlulah seiring dengan kehendak borang penilaian PdPc.


UNIT KURIKULUM | SKSI - 2023 MESYUARAT KURIKULUM 1, SKSI 2023 4.8.4 Skor pencerapan setiap guru mestilah melepasi 80%.. Penggunaan borang PK04/1 – Instrument Pencerapan & ‘Learning Walk’. Pencerapan berpandukan apa yang dilihat dan diharap oleh pencerap. Pdpc mestilah berpusatkan murid, penggunaan BBM/ICT, pengajaran yang bermakna dan berkesan. 4.8.5 Mendapat bimbingan daripada Pegawai PPD yang berkenaan. Tindakan : Pentadbir, Guru Data dan Semua guru 4.9 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran 4.9.1 Surat lantikan Ketua Panitia yang baharu atau yang dilantik semula akan dikeluarkan. Ketua Panitia boleh mempengerusikan mesyuarat. Mesyuarat Panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun manakala PLC boleh dilaksanakan secara terbimbing pada setiap minggu bagi membincangkan kecemerlangan panitia. 4.9.2 Setiap panitia hendaklah membincangkan bilangan buku dan jenis buku yang diguna, bilangan latihan, tempoh pemeriksaan buku latihan, pemulihan, pengayaan, sasaran setiap mata pelajaran, analisis dan post mortem peperiksaan, dan Program Peningkatan Kecemerlangan . 4.9.3 Semua Panitia perlu memastikan RPT diselaraskan dengan DSKP. 4.9.4 Lengkapkan fail panitia dengan maklumat yang sesuai. 4.9.5 Adakan mesyuarat secara berkala untuk menangani isu yang timbul dalam panitia. 4.9.6 Data pencapaian akhir murid yang disediakan oleh penyelaras tahun 2022 perlu dimasukkan dalam fail panitia sebagai rujukan 4.9.7 Pengemaskinian fail panitia boleh diselesaikan dengan cepat melalui program LDAP – En Norhisham Tindakan : Semua Panitia 4.10 Semakan Buku Tulis dan Buku Latihan Murid 4.10.1 Buku akan disemak oleh pentadbir sebanyak 2 kali.(Rujuk Manual Pengurusan 2023) 4.10.2 Guru perlu mengambil borang penghantaran semakan buku dan menulis nama murid ke dalam borang dan dihantar bersama buku murid ke pejabat. 4.10.3 Ulasan dari pihak pentadbir perlu ditampal di dalam buku/fail RPH dan semua guru perlu membuat penambahbaikan berdasarkan ulasan yang diberikan oleh pentadbir. Tindakan : Semua guru 4.11 Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) 4.11.1 Cara meningkatkatkan MBMMBI : 4.11.1.1 Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) 4.11.1.2 Persembahan murid pada waktu rehat dibuat secara bergilir. Penyelaras MBMMBI akan menyediakan jadual 4.11.1.3 Mempamerkan hasil karya murid


UNIT KURIKULUM | SKSI - 2023 MESYUARAT KURIKULUM 1, SKSI 2023 4.11.1.4 Menggalakkan murid menyertai pertandingan bercerita, bahas, syair 4.11.1.5 Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan Oktober setiap tahun 4.11.1.6 Memperkemaskini sudut bahasa di dalam kelas dan juga di persekitaran sekolah 4.11.1.7 Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Melayu akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Tindakan : Penyelaras MBMMBI dan Guru Bahasa 4.12 Ujian dan Peperiksaan 4.12.1 Ujian dan peperiksaan akan dibuat sebanyak 3 kali untuk murid Tahun 1,2,3,4,5 dan 6. Untuk soalan ujian akan dibuat sendiri oleh guru SK Seri Iskandar. Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun murid tahun 4,5 dan 6 menggunakan soalan yang dibekalkan oleh KPM. 4.12.2 Borang SKT dan Pencapaian Sebenar Mata Pelajaran perlu diisi oleh setiap guru. SKT & PENCAPAIAN SEBENAR MATA PELAJARAN TAHUN 2023 NAMA GURU : ………………………………………………………………. M/P TH&BIL. MURID GRED TOV Bil/% SASARAN PENCAPAIAN SEBENAR GPMP BIL. % PPT PAT TH: BIL.: BIL % BIL % A / B / C / D / E / Tindakan : Semua guru 4.13 Perekodan Penggunaan Peralatan ICT dan Bahan Bantu Belajar dan Bilik Khas 4.13.1 Ketua panitia perlu menyediakan rekod penggunaan bahan bantu mengajar. Setiap kali guru meminjam bahan tersebut perlu mencatat maklumat seperti nama guru, kelas, jenis bahan, tarikh dan tanda tangan. 4.13.2 Penggunaan peralatan ICT seperti projector dan komputer juga perlu direkodkan. 4.13.3 Penyelaras bilik-bilik khas perlu sediakan jadual penggunaan bilik khas. Tindakan : Ketua Panitia, Penyelaras Bilik Khas


UNIT KURIKULUM | SKSI - 2023 MESYUARAT KURIKULUM 1, SKSI 2023 4.14 Pengurusan Bilik Darjah 4.14.1 Setiap bilik darjah perlu menyediakan Sudut Informasi yang mengandungi nama murid, jadual waktu, maklumat sekolah serta misi dan visi. Wang RM30 juga akan diberikan kepada setiap guru kelas bagi tujuan keceriaan kelas. 4.14.2 Guru kelas perlu memastikan meja dan kerusi murid mencukupi. 4.14.3 Pastikan bilik darjah dalam suasana kondusif untuk PdPc. 4.14.4 Mohon guru kelas senaraikan kerosakan di dalam kelas supaya boleh diambil tindakan. Tindakan : Guru Kelas 4.15 Pengurusan Mesyuarat 4.15.1 Pematuhan kepada pekeliling kemajuan perkhidmatan awam (PKPA), semua ketua panitia atau setiausaha semua bidang perlulah mematuhi dalam pengurusan sesuatu mesyuarat hendaklah mengandungi : Nama mesyuarat, tarikh dan masa mesyuarat, tempat mesyuarat, nama pengerusi, dan agenda mesyuarat. 4.15.2 Surat Panggilan Mesyuarat hendaklah diedarkan sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh mesyuarat dan mengikut agenda yang telah ditetapkan. 4.15.3 Perlu ada senarai kehadiran, borang tindak susul mesyuarat. 4.15.4 Minit Mesyuarat dan borang maklum balas perlu diedarkan dalam masa dua minggu. 4.15.5 Mengikut SPSK terkini, pegawai dirujuk adalah GPK 1 (PK 08), edaran Januari 2018 Tindakan : Semua Ketua Panitia dan setiausaha 4.16 Pengurusan Kurikulum 4.16.1 Melindungi Masa Instruksional (MMI) MMI didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Pdpc berlangsung seperti yang dirancang, bermakna dan berkesan. Amalan MMI adalah seperti mengurangkan kelewatan, ketidakhadiran, meningkat waktu pembelajaran murid, meningkat peluang untuk belajar dan melindungi waktu instruksional dari gangguan. Ketidak hadiran guru perlu diberitahu awal agar relief dapat disediakan supaya murid tidak terabai dan juga demi keselamatan mereka. Tindakan : Semua guru


UNIT KURIKULUM | SKSI - 2023 MESYUARAT KURIKULUM 1, SKSI 2023 4.17 KBAT/iThink/PLC/MBMMBI/TIMSS/PISA/ICT dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran (Pdpc) 4.17.1 Guru Besar menerangkan guru perlu memastikan proses pembelajaran dan pengajaran diterapkan unsur-unsur KBAT,Ithink,PLC,MBMMBI,TIMSS/PISA dan ICT. 4.17.2 Mesti dilaksanakan menepati waktu yang telah ditetapkan, ‘Quality Contact Hour’. Tiada deficit iaitu tiada murid yang tidak menguasai 3M, tidak melibatkan pihak lain. Berikan perhatian kepada kawalan kelas, pengurusan disiplin, kehadiran dan kesediaan murid. Penggunaan optimum BBM dengan rekod pinjaman dan pemulangannya. 4.17.3 Hasil kerja murid perlu ditanda dengan pen merah dan dipulangkan kepada murid semula. Berikan ulasan membina, tindakan pembetulan dan usaha guru ke atas tindakan membetulkan kesalahan. Tindakan : Semua guru 4.18 Program Kurikulum dan Peningkatan Akademik 4.18.1 Setiap panitia diminta menyediakan aktiviti yang menjurus kearah kecemerlangan pelajar seperti PKJR, Minggu Panitia, Program Bijak Pemulihan dan Bijak Sifir. Ketua Panitia akan menjadi penyelaras bagi setiap aktiviti tersebut. 4.18.2 Setiap panitia juga diminta menyediakan modul bagi program kecemerlangan murid asrama/kelas tambahan. 4.18.2 Panitia perlu menentukan jenis latihan, bilangan buku latihan, dan bilangan latihan mengikut subjek. Perjumpaan sesama guru dalam melaksanakan dan membincangkan sesuatu berkaitan kecemerlangan murid amat digalakkan. Program Transisi tahun 1 akan dilaksanakan selama 4 minggu. 4.18.3 Pdp berkesan perlu merangkumi: (a) LDP – iThink & KBAT, PLC, MBMMBI, TIMSS/PISA, ICT (pembelajaran maya dan pdp berbantukan ICT) (b) Pencerapan (c) Semakan hasil kerja murid (d) PDP Abad ke 21 Tindakan : Ketua Panitia 4.19 Dasar Kurikulum Sekolah 4.19.1 Pengerusi membentangkan Dasar Kurikulum Sekolah.(Rujuk Manual pengurusan Sekolah 2023) 4.19.2 Semua guru perlu patuh dengan dasar yang ditetapkan.


UNIT KURIKULUM | SKSI - 2023 MESYUARAT KURIKULUM 1, SKSI 2023 5. Hal-hal Lain Tiada perkara yang dibangkitkan atau diutarakan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat kedua akan diadakan pada masa yang akan ditetapkan. Disediakan oleh, Disemak oleh, …………………………………. ………………………………….. (PN. NORAZIAN BINTI ISMAIL) (PN. NORANI BINTI MAT HUSSIN) Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Iskandar SK Seri Iskandar Disahkan oleh, …………………………………………… (PN. NORLIZAH BINTI CHE TEH, P.J.K) Guru Besar SK Seri Iskandar


UNIT KURIKULUM | SKSI - 2023 MESYUARAT KURIKULUM 1, SKSI 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ISKANDAR ………………………………………. Tarikh : 1 Mac 20223 ………………………………………. ............................................................. Tuan / Puan, NOTIS MESYUARAT : Mesyuarat Pengurusan Unit Kurikulum Kali Pertama 2023 Perkara di atas adalah dirujuk . 2 . Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut : Tarikh : 17 Mac 2022 (Rabu) Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Tutorial SK Seri Iskandar Pengerusi : Pn. Norlizah Binti Che Teh (Guru Besar) 3 . Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 1. Ucapan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat 3. Perkara Berbangkit 4. Pembentangan / Pelaporan 4.1 Visi KPM, Misi KPM dan Hala Tuju Sekolah 4.2 Program Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 4.3 Fokus Unit Kurikulum 2023/20224 4.4 Penyediaan Jadual Waktu 2023/2024 4.5 Pelaksanaan CIDS 4.6 Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) Guru 4.7 Penilaian dan Pentaksiran 4.8 Pencerapan Pembelajaran dan Pemudahcara 4.9 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran 4.10 Semakan Buku Tulis dan Buku Latihan Murid 4.11 Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) 4.12 Ujian dan Peperiksaan 4.13 Perekodan Penggunaan Peralatan ICT dan Bahan Bantu Belajar dan Bilik Khas 4.14 Pengurusan Bilik Darjah 4.15 Pengurusan Mesyuarat 4.16 Pengurusan Kurikulum


UNIT KURIKULUM | SKSI - 2023 MESYUARAT KURIKULUM 1, SKSI 2023 4.17 KBAT/Ithink/PLC/MBMMBI/TIMSS/PISA/ICT dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran (Pdpc) 4.18 Program Kurikulum dan Peningkatan Akademik 4.19 Dasar Kurikulum Sekolah 7. Hal-hal Lain Kehadiran dan kerjasama tuan / puan diucapkan terima kasih. Sekian. Terima kasih. Saya yang menurut perintah, (NORAZIAN BT. ISMAIL) Setiausaha Unit Kurikulum.


Click to View FlipBook Version