The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR FARHANAH FARZANA BINTI ROSMAHIDI 2.04
2021202340383

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR FARHANAH FARZANA BINTI ROSMAHIDI IPG-Pelajar, 2024-03-08 12:05:53

2021202340383

NUR FARHANAH FARZANA BINTI ROSMAHIDI 2.04
2021202340383

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDA BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP3143 (SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN) Nama : NUR FARHANAH FARZANA BINTI ROSMAHIDI No. K/P : 020509-03-0818 Angka Giliran : 2021202340383 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : T2S2.05 Nama Pensyarah : DR. ROSNINAH BINTI GHANI Tarikh Hantar : 5 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar : FARHANAH Tarikh : 5 MAC 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: FARHANAH Tarikh : 5 MAC 2024


IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL KEPADA BUDAYA SEKOLAH ‘ “ Majulah Pendidikan untuk Masa Hadapan Negara yang Lebih Cerah”.


PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah dan kurniaNya kerana dapat menyiapkan tugasan kerja kursus EDUP3143 ini dengan jayanya walaupun terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan dugaan. Sekalung penghargaan diberikan kepada Dr. Rosninah Binti Ghani, selaku pensyarah yang selalu membimbing dan sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan. Tanpa beliau, saya tidak dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan baik dan sempurna menepati kehendak soalan. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung dan tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan daripada mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.


1 ISI KANDUNGAN Halaman Pengakuan………………………………………………………………...…….....................2 Penghargaan……………………………………………………………………….………………..…....3 1.0 Pengenalan……………………………………………………………….…...………………….5 2.0 Stratifikasi Sosial Dan Institusi Sosial ………….………………………………….…………..5 2.1 Definisi dan Konsep Stratifikasi Sosial ……………..……..…..………………………....5 2.1.1 Bentuk Stratifikasi Sosial…………………………………………………..…5 2.1.2 Model Stratifikasi Sosial………………….…………………………………..6 2.2 Definisi dan Konsep Institusi Sosial ……………..………….…………….……….…….7 3.0. Budaya Sekolah ………………………...….…...............…..……………………………………8 4.0 Impak Stratifikasi Sosial kepada Budaya Sekolah 4.1 Kelunturan Kasih Sayang Sesama…………………………………………....................9 4.2 Wujudnya Budaya Diskriminasi di Sekolah……………………………..…….................9 4.3 Model Budaya Sekolah………………………………………………...…….....................9 5.0 Perkara-Perkara Dalam Impak Stratifikasi Sosial Terhadap Budaya Sekolah Dapat Dimanipulasi Untuk Membentuk Budaya Positif Di Sekolah………………………………..10 6.0 Penutup………………………………………………………………………...……...................11 Rujukan………………………………..……………………………………………...……...................12


2 1.0 PENGENALAN Sosiologi merupakan cabang ilmu sosial yang mengkaji secara saintifik mengenai masyarakat dan interaksi antara individu dalam masyarakat. Ilmu ini berfokus pada pemahaman pola sosial, struktur sosial, proses sosial termasuk perubahan sosial. Kajian pada kali ini akan berfokuskan mengenai stratifikasi sosial, institusi sosial, budaya sekolah dan elemen- elemen yang terlibat. Pada dasarnya, di Malaysia terdapat kepelbagaian etnik majmuk setelah penjajahan Empayar British berlaku pada pertengahan abad ke-19 yang menyebabkan penyatuan etnik dipupuk.( Abdullah, N. H. L., et. al, 2018).) Hal ini melalui dasar-dasar kerajaan berkaitan pendidikan dan ekonomi serta kerjasama politik. Apatah lagi, persekitaran sekolah kini terdiri daripada kepelbagaian etnik dari kaum Melayu, Cina, dan India yang membuka peluang ramai untuk mempelajari, merasai dan meraikan kepelbagaian budaya yang wujud dalam kalangan murid.


3 2.0 STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL 2.1 DEFINISI DAN KONSEP STRATIFIKASI SOSIAL Dalam konteks ini, stratifikasi sosial merujuk kepada pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang berlainan, dengan susunan lapisan yang membentuk suatu strata. Stratifikasi sosial juga mencerminkan pemahaman tentang ketaksamaan sosial dalam kehidupan masyarakat. Ini melibatkan penerimaan umum dari masyarakat terhadap hierarki atau susunan lapisan dalam struktur sosial. Kedudukan seseorang dalam hierarki ini sering ditentukan oleh faktor-faktor seperti pendidikan, pekerjaan, dan kekayaan. (Dr.Idrul Hisham et al., 2024). Dengan kata lain, stratifikasi sosial mencerminkan cara di mana masyarakat memahami dan mengorganisasi dirinya sendiri dalam hal perbezaan status, hak istimewa, dan akses terhadap pelbagai sumber. Konsep hierarki manusia dalam struktur sosial menekankan pentingnya faktor-faktor seperti pendidikan, pekerjaan, dan kekayaan dalam menentukan kedudukan seseorang dalam masyarakat. Stratifikasi sosial ini mencerminkan realiti bahawa masyarakat sering kali mengelompokkan individu ke dalam kategori-kategori berdasarkan ciri-ciri tertentu, yang pada dasarnya dapat mempengaruh hak dan keistimewaan dalam kehidupan. Pemahaman terhadap stratifikasi sosial amatlah penting bagi menganalisis kepelbagaian sosial untuk mencapai keadilan dan kesamarataaan dalam masyarakat.


4 2.1.1 BENTUK STRATIFIKASI SOSIAL a) Stratifikasi Ekonomi Stratifikasi ekonomi merujuk kepada jumlah aset atau kekayaan yang dimiliki oleh seseorang individu. Mereka yang berharta dan memiliki kekayaan dianggap sebagai susun lapis masyarakat yang tinggi. Misalnya, perbezaan strata orang atasan dengan pekerja. Pekerja biasa dianggap sebagai lapisan sosial yang rendah. b) Stratifikasi Politik Bagi stratifikasi politik pula, ia dipengaruhi faktor kekuasaan. Jika seseorang itu memiliki kuasa atau jawatan yang tinggi, maka tinggilah statusnya sosialnya. Tamsilnya, perdana Menteri memiliki strata sosial lebih tinggi berbanding rakyat biasa. Oleh hal yang demikian, mereka yang mempunyai kekuasaan tertinggi ini dinilai mampu mempengaruhi orang lain untuk mencapai tujuannya. c) Stratifikasi Status Sosial Berbeza pula dengan status sosial di mana keturunan merupakan faktor status kehormatan dalam kalangan masyarakat. Setiap entiti masyarakat mempunyai keturunan yang berbeza sama ada keturunan pahwalan, diraja mahupun bangsawan. BENTUK STRATIFIKASI SOSIAL Stratifikasi Ekonomi Stratifikasi Politik Stratifikasi Status Sosial


5 2.2 DEFINISI DAN KONSEP INSTITUSI SOSIAL Institusi sosial merupakan pola-pola tingkah laku kelompok sesebuah masyarakat yang telah dipersetujui seperti undang- undang. (Nickerson,2022). Institusi-institusi ini membentuk norma-norma, nilai-nilai, dan aturan-aturan yang mengatur perilaku individu dalam masyarakat. Sebagai contoh, Institut Sosial Malaysia (ISM) telah ditubuhkan bagi menyediakan latihan ikhtisas dalam bidang latihan dan penyelidikan kepada semua pekerja di Malaysia daripada berbagai peringkat dan kumpulan sosial. (Anis Munirah, 2021). Contoh institusi sosial adalah meliputi keluarga, agama, pendidikan, ekonomi, dan politik yang bertujuan bagi memenuhi peranan sosial manusia. Oleh itu, kesemua institusi ini mempunyai tanggungjawab dan peranan tersendiri misalnya institusi kekeluargaan yang mendidik cara pergaulan untuk hidup harmoni dengan masyarakat sekeliling. Rajah di atas menunjukkan konsep institusi sosial


6 3.0 BUDAYA SEKOLAH "Budaya sekolah" merujuk kepada kepercayaan, nilai, norma, amalan dan tradisi yang dikongsi bersama yang membentuk keseluruhan persekitaran dan suasana sesebuah sekolah. la memainkan peranan penting dalam menentukan pengalaman pelajar, guru dan kakitangan dalam sesebuah sekolah. Budaya sekolah yang positif boleh meningkatkan pembelajaran, penglibatan pelajar, dan kesejahteraan keseluruhan, manakala budaya negatif atau toksik boleh membawa kesan yang memudaratkan. Pengisian budaya sekolah yang cemerlang mestilah menitikberatkan aspek-aspek berikut : a) Kepimpinan Penetapan matlamat budaya sekolah perlulah dilaksanakan oleh peengetua dan pentadbir Gaya kepimpinan dan komunikasi berkesan dengan komuniti sekolah boleh memberi impak yang mendalam. b) Nilai dan Kepercayaan Nilai teras dan kepercayaan sesebuah sekolah, sering terkandung dalam pernyataan misi, membimbing membuat keputusan dan etos keseluruhan institusi. c) Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam bilik darjah, serta penekanan pada pembelajaran berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru d) Jangkaan Tingkah Laku Jangkaan terhadap tingkah laku pelajar dan konsistensi dalam pelajaran dapat membentuk aspek sosial dan disiplin budaya sekolah. e) Hubungan Hubungan positif antara guru dan murid menyumbang budaya sekolah sihat.


7 4.0 IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL KEPADA BUDAYA SEKOLAH 4.1 Kelunturan Budaya Kasih Sayang Sesama Warga Sekolah Perbezaan budaya dan latar belakang sosial warga sekolah seperti murid, guru dan pengawal dapat menimbulkan pelbagai pendapat yang menyebabkan ketidaksefahaman dan ketidakselesaan yang dapat mempengaruhi hubungan interpersonal iaitu kelunturan kasih sayang sesama warga sekolah. Hal ini kerana kurangnya pemahaman dan kesedaran terhadap keunikan setiap individu walaupun berlainan bangsa dan etnik. Ketaksamaan dan jurang boleh menyebabkan rasa tidak puas hati dan ketidakadilan di kalangan warga sekolah, secara tidak langsung mengurangkan perasaan perpaduan dan belas kasihan. Sebagai contoh, isu guru pilih kasih antara murid yang kaya dan miskin termasuk paras rupa murid. Selain itu, isu pengasingan pelajar mengikut kaum dalam aktiviti kokurikulum dan sukan sekolah. (Sinar Harian, 2021). Hal ini perlu dielakkan bagi mengelakkan detik- detik perpecahan kaum yang akan merencatkan perpaduan negara. Sepatutnya, kegiatan kokurikulum terutamanya sukan perlu dimanfaatkan KELUNTURAN BUDAYA KASIH SAYANG SESAMA WARGA SEKOLAH WUJUDNYA BUDAYA DISKRIMINASI DI SEKOLAH BUDAYA MEMBULI DAN PONTENG SEKOLAH


8 bagi tujuan perpaduan kerana sukan itu adalah ‘alat’ penyatuan’. Apatah lagi sekolah adalah satu tempat sosiolisasi anak-anak bangsa. Untuk menangani isu ini di sekolah, adalah penting untuk menggalakkan nilai seperti empati, keterlibatan dan menghormati kepelbagaian. Program pendidikan dan aktiviti sosial perlulah membantu membina kesedaran dan mengeratkan hubungan positif di kalangan warga sekolah. Warga sekolah perlu diterapkan dengan pendidikan tentang toleransi, menghormati perbezaan, dan penyelesaian konflik dalam usaha untuk membina persekitaran sekolah yang mesra dan berkasih- sayang. 4.2 Wujudnya Budaya Diskriminasi di Sekolah Diskriminasi sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menjadi amalan serta budaya di sebuah institusi boleh memberi kesan negatif kepada minat, motivasi dan pencapaian murid serta guru. Kesan daripada pengamalan budaya ini ialah merendahkan rasa nilai dan keyakinan diri seseorang, menggugat pencapaian pembelajaran, melebarkan jurang antara satu sama lain serta memberi kesan psikososial seperti pengasingan diri dari komuniti dan masyarakat. Meniti arus pemodenan kini, tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya amalan dan unsur-unsur diskriminasi khasnya di sekolah. Pertamanya, diskriminasi dari segi polisi penempatan murid dalam kalangan anak guru perlu diperhalusi demi mengelakkan amalan pilih kasih serta memastikan tidak berlaku konflik kepentingan. Sering terdengar rungutan ibu bapa mengenai pemilihan murid sama ada dalam perjawatan mahupun penglibatan aktiviti akademik atau kokurikulum dengan mengutamakan anak guru. Jelaslah bahawa budaya diskriminasi ini wujud disebabkan oleh stratifikasi sosial. Bukan itu sahaja, ada juga diskriminasi yang berlaku berkait rapat dengan polisi pendidikan itu sendiri. Sebagai contoh, polisi bahasa pengantar untuk mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris di bawah polisi Program Dwibahasa (DLP), khasnya di sekolah menengah. Terdapat sekolah yang hanya menawarkan kelas aliran sains dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini secara jelas telah menyekat pelajar yang ingin mengambil aliran sains dalam bahasa Melayu sehingga memaksa murid untuk mengubah ke aliran lain yang diajar di dalam bahasa Melayu. Sekiranya dasar DLP ingin diteruskan, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu memastikan setiap sekolah menawarkan program tersebut dalam dua bahasa pengantar. (Dr Zuwati, 2023)


9 4.3 Budaya Membuli dan Ponteng Sekolah Budaya buli- membuli dalam kalangan pelajar di sekolah menjadi topik yang sering dibincangkan. Sekolah merupakan institusi yang mulia untuk menimba ilmu tetapi dicemari dengan perkara yang merosakkan akhlak anak-anak muda kita. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah berupaya menyebabkan isu buli lebih giat dan menimbulkan masalah. Tambahan pula, strata kekuasaan antara murid biasa dan pengawas juga menjadi satu isu apabila kuasa dipegang oleh murid yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh, sudah menjadi kebiasaan bagi kaum India dipanggil dengan kata hinaan gelap, hitam, busuk dan sebagainya. Kaum India disini merasa diejek bila dipanggil 'anak keling' dan sebagainya khususnya Kaum Tamil. (Jamalsafri, 2014). Dalam hal ini, semua pihak iaitu Kementerian Pelajaran, masyarakat, ibu bapa dan pihak sekolah perlu bekerjasama dalam menangani isu ini agar kelestarian pendidikan bagi murid sekolah akan terus berlangsung dalam suasana yang kondusif. Ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara. Malah ini telah dijadikan suatu amalan budaya yang menyebabkan murid keciciran dalam pelajaran. Faktor ini berlaku adalah kerana masalah sosio ekonomi murid dari golongan keluarga miskin tidak kira sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Hal ini berlaku kerana ekonomi keluarga yang miskin menyebabkan murid berasa malu dan terpinggir. (Zuraidah et. al., 2019). Oleh yang demikian, guru sekolah bertanggungjawab dalam menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, murid dari golongan miskin ini kadang kala sering dihina dari segi pakaian serta pencapaian oleh guru yang menyebabkan murid-murid bermasalah ini menjadi pasif, menarik diri serta tidak yakin menyertai aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walaupun niat seorang guru itu hanyalah ingin mendidik, namun kata- kata kesat perlulah dielakkan. Murid akan mudah tersinggung apabila dikritik atau ditegur di hadapan murid-murid yang lain. Oleh itu, guru hendaklah memanggil dan menegur murid bermasalah secara privasi untuk memberitahu kelemahan-kelemahannya di tempat yang sesuai.


10 5.0 PERKARA- PERKARA DALAM IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH DAPAT DIMANIPULASI UNTUK MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH 5.1 Pembentukan Budaya Penyayang Yang Positif Salah satu inisiatif yang boleh diambil bagi mengatasi isu kelunturan budaya kasih sayang sesama warga sekolah adalah dengan menyediakan sumbangan pendidikan seperti tabung kebajikan sebagai satu usaha dalam membantu murid yang kurang berkemampuan. Sekurang- kurangnya dapat sedikit sebanyak membantu golongan B40 dari masalah ekonomi keluarga sama ada B40, M40 dan T20. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada semua warga sekolah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan dalam membayar yuran PIBG, yuran kelas tambahan dan sebagainya. Secara tidak langsung, ini dapat menyemaikan budaya prihatin dan berkasih- sayang di sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga bertanggungjawab dalam menggalakkan keterlibatan murid perbezaan kaum dalam suatu aktiviti. Sebagai contoh, pihak sekolah perlu mengagihkan murid dengan adil dalam suatu sukan yang dikatakan didominasi oleh kaum tertentu sahaja seperti bola keranjang oleh Kaum Cina manakala bole sepak bagi Kaum Melayu dapat dielakkan. (Solahuddin, et.al, 2019). 5.2 Mewujudkan Iklim Budaya Sekolah yang Positif Pada kebiasaannya, iklim sebuah sekolah dianggap positif apabila mempunyai 3 ciriciri iaitu hubungan sosial yang baik antara warga sekolah, fizikal sekolah bersih dan menarik, dan suasana kerja yang produktif. (Nur Fazihan,2013) Bagi melenyapkan budaya diskriminasi di sekolah adalah dengan mewujudkan suatu iklim dan persekitaran ceria. Oleh hal yang demikian, semua warga sekolah patut berganding bahu dalam mengindahkan kawasan sekolah seperti menanam pokok- pokok bunga, melukis mural dan menghias bilik darjah. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan sosial antara warga sekolah. Namun begitu, halangan yang mungkin akan dihadapi ialah segelintir guru dan murid yang enggan memberi kerjasama. Oleh yang demikian, gaya kepimpinan sekolah perlulah professional dalam menangani halangan ini. Sekiranya iklim dan budaya sekolah bersih dan ceria, sudah tentu motivasi dan minat murid meningkat seterusnya akan mewujudkan budaya sekolah yang positif.


11 5.3 Jalinan Budaya Pembentukan Tingkah Laku Positif Cara memanipulasikan budaya sekolah ‘budaya membuli dan ponteng sekolah’ kepada budaya positif adalah dengan menerapkan nilai- nilai positif dalam diri murid supaya murid dapat mendisiplinkan diri mereka. Jika budaya baik diterapkan, maka wujudlah displin yang baik dalam kalangan murid dengan zero defect dalam aktiviti pendidikan seperti kehadiran penuh, tiada pergaduhan dan tiada konflik. Pengkhususan yang terhad perlu diperhati dengan lebih ditil berfokus kepada perkembangan intelek dan tingkah laku murid. Pertamanya, pihak sekolah perlu mewujudkan sistem untuk mengiktiraf dan menunjukkan penghargaan terhadap tingkah laku individu. Semua murid perlu terlibat dalam tugasan sahsiah dan tingkah laku yang positif dan bermakna seperti pengiraan merit tingkah laku baik. Contohnya, buku sahsiah ungguh ditanda oleh uru bertugas apabila murid datang awal ke sekolah, hal ini akan menarik minat murid untk sentiasa hadir kerana mereka merasakan diri mereka dihargai. Selain itu, boleh juga mengguna pakai strategi untuk menggalakkan tingkah laku yang baik. Contohnya, guru menerangkan kepada murid pemahaman tentang cara pengendalian dan hukuman ke atas tingkah laku murid yang kurang melanggar disiplin sekolah. Lantaran itu, murid akan mematuhi peraturan sekolah dan budaya tingakah laku positif dapat dijayakan.


12 6.0 PENUTUP Kesimpulannya, stratifikasi sosial kehidupan dipengaruhi melalui pangkat, kuasa, keturunan dan kestabilan ekonomi yang dimiliki. Stratifikasi banyak memberi impak terhadap pelbagai budaya bukan sahaja budaya kehidupan malah budaya di institusi pendidikan. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting sebagai agen perubahan dalam mencorakkan generasi akan datang untuk memupuk perpaduan dan kesatuan. (Hidayah Liew et al., 2018). Pendek kata, perlu diingat bahawa penyelesaian masalah susun lapis sosial memerlukan kerjasama dan usaha bersama daripada semua pihak dalam masyarakat. Bak kata pepatah, saling membantu bagai aur dengan tebing dalam merealisasikan pendidikan negara yang maju. Dengan memahami dan menyahut cabaran ini bersama-sama, masyarakat boleh berusaha ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih adil dan saksama untuk semua individu. Telah dilampirkan juga slogan akhir sebagai penutup. “ Majulah Pendidikan untuk Masa Hadapan Negara yang Lebih Cerah”. ( 1670 Patah Perkataan)


13 SENARAI RUJUKAN Abdullah, N. H. L., Ahmad, J. ., & Hashim, S. . (2018). PERANAN SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR: SATU CABARAN. Online Journal for TVET Practitioners, 3(1). Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/ojtp/article/view/4835 Anis Munirah.Mohdnor. (2021, November 21). Stratifikasi Sosial Dan Institusi Sosial - Membalik Buku Halaman 1-32 | AnyFlip | Anismunirah.Mohdnor. Anyflip.com; Anismunirah.Mohdnor. https://anyflip.com/pedaw/mjaa/basic Dr Zuwati Hasim. (2023, April 3). Masih wujud diskriminasi dalam pendidikan di sekolah? Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/04/masih-wujud-diskriminasidalam-pendidikan-di-sekolah/ Idrul Hisham Ismail, Rosly Kayar, Mohd Hanapiah Khamis. (2024). Sosiologi Dalam Pendidikan (1st ed.). Local Publications (M) Sdn. Bhd. Jamalsafri Saibon, (2014). Memahami Tingkah Laku Buli Dalam Kalangan Murid Sekolah. Universiti Sains Malaysia. Nickerson, C. (2022). Social Institutions in Sociology: definition & examples. simply sociology. https://simplysociology.com/social-institution.html Sinar Harian, (18 April 2021). Kes Pengasingan Pelajar Rencatkan Penyatuan Bangsa Malaysia. Boleh didapati melalui pautan :https://www.sinarharian.com.my/article/134128/berita/nasional/kes-pengasingan-pelajarrencatkan-penyatuan-bangsa-malaysia Solahuddin Abdul Hamid, Mohd Nizho Abdul Rahman, Syed Sultan Bee Packeer Mohamed, Muhamad Amar Mahmad, Khairiah Mohd Yassin, Suhanim Abdullah, Syahrul Faizaz Abdullah, (2019). Hubungan Etnik. Universiti Utara Malaysia. UUM Press.


14 Zuraidah Abdullah, Siti Nafsiah Ismail Salwati Shafee, Mohd Shahril Nizam Shaharom Muhammad dan Faizal A.Ghani. (April 2019). Pengaruh Pembelajaran Akademik Anak-Anak Keluarga Fakir Miskin Di Sekolah-Sekolah Selangor . Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Boleh dapati melalui pautan https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/download/17354/9969/34870


Click to View FlipBook Version