Tarikh SK BANDAR TASIK SELATAN, KUALA LUMPUR
Masa MINIT MESYUARAT PENGAWAS DAN DISIPLIN 1/2020
Tempat
Pengerusi : 16 Januari 2020 (Khamis)
Kehadiran : 12.30 tengahari hingga 2.00 petang
Tidak Hadir : Bilik Mesyuarat SKBTS
Urus Setia : En Ali Sabri Bin Angsor
: Seperti dilampirkan
: Seperti dilampirkan
: Pn Yette Suriane Bt Mohd Baharuddin
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan dengan bacaan Ummu Kitab Al-Fatihah. Pengerusi
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat
kali-1 pada hari ini. Beliau berharap agar semua AJK dapat bekerjasama dalam
menjaga disiplin sekolah.
1.2 Pengerusi mengingatkan semua minit mesyuarat harus mengikut format SPSK .Perlu
siapkan minit,draf serta maklum balas dalam masa 7 hari bekerja.
1.3 Pengerusi meminta agar adanya carta organisasi,carta Gantt dan perancangan tahunan
dalam fail pengurusan.
1.4 Beliau juga meminta agar papan kenyataan yang berkaitan dengan Disiplin, Pengawas
serta PPDA dapat disiapkan sebelum Cuti Tahun Baru Cina.
Makluman
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Disahkan oleh : Pn Zurifah
Disokong oleh : Sebulat suara
Makluman
3 PERKARA BERBANGKIT
Tiada
4 LAPORAN OLEH GURU DISIPLIN EN ROSMAINI
4.1 Untuk makluman semua guru Disiplin di sesi pagi ialah En Rosmaini manakala
setiausaha pula ialah Puan Yette Suriane Bt Mohd Baharuddin
4.2 En Rosmaini mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Bagi laporan 2019
secara ringkasnya dalam SSDM yang diisi oleh guru hanya melibatkan 3 jenis
kesalahan iaitu kes ringan, kes sederhana dan kes ponteng sekolah. 3 orang murid
telah dibuang sekolah iaitu 2 dari PPKI manakala 1 murid tahun 3.
1
4.3 Beliau berharap kes ponteng diambil berat oleh guru kelas. Laman Web SSDM akan
dimasukkan kedalam wasup group kelas dan telegram rasmi sekolah. Bagi dalam
tempoh 1 bulan ini diberi kelonggaran untuk guru kerana masih dalam proses
kemasukan dan pertukaran murid namun bulan Februari akan dititik beratkan kes
ponteng atau kes salah laku murid.
Makluman
4.4 AKTIVITI RANCANGAN TAHUNAN
4.4.1 Mesyuarat akan dijalankan sebanyak 4 kali setahun (bulan Januari, April, Julai
dan Oktober ).
Tindakan : Pn Yette Suriane
4.4.2 Kem kepimpinan akan bergabung dengan Unit Bimbingan Kaunseling dan
dijangka akan dibuat pada bulan Februari 2020.
Tindakan : En Rosmaini & Pn Zurifah
4.4.3 Perlantikan Pengawas akan dibuat awal pada 20/1/2020 (Isnin ) atas permintaan
guru besar.
Makluman
4.4.4 Kursus kepimpinan untuk pemimpin kecil dijangka akan dibuat pada bulan Mac
sama ada di Sepang atau di Melaka.
Tindakan : En Rosmaini & Pn Zurifah
4.4.5 Lawatan sambil belajar akan dilaksanakan pada bulan 10 dan tempat lawatan
adalah luar dari Kuala Lumpur dan khas hanya untuk pengawas sekolah sahaja.
Tindakan : En Rosmaini & Pn Zurifah
4.4.6 pemeriksaan mengejut (Sport Check ) kan diadakan sepanjang tahun mengikut
keperluan semasa tetapi akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada guru akan tarikh
dan hari kejadian.
Tindakan : En Rosmaini
4.4.7 Mengenai isu lencana sekolah dan tanda nama murid .Tempoh yang diberi untuk
murid mengubah semula kedudukan mengikut KPM yang terdapat dalam buku
disiplin iaitu sebelum Tahun Baru Cina. Selepas itu akan diadakan pemeriksaan
mengejut .Murid yang gagal berbuat demikian akan dicatat nama oleh pengawas dan
akan dibawa berjumpa dengan guru disiplin.
Tindakan : En Rosmaini
4.4.8 Program Mentor Mentee akan diadakan di bawah seliaan Pn Zurifah guru
Bbimbingan Kaunseling sekolah
Tindakan: Pn Zurifah
4.4.9 Program 2 minit bersama guru disiplin dan pengawas setiap hari mengikut
jadual bertugas akan memberi taklimat mengenai disiplin di perhimpunan pagi.
Tindakan : Guru pengawas
2
4.4.10 Program “Jom Ke Sekolah” juga akan dilaksanakan bersama unit HEM dan
Bimbingan Kaunseling Sekolah.
Tindakan : Unit Hem & Pn Zurifah
4.4.11 Begitu juga akan diadakan” Program Perangi Vandalisme “.
4.4.12 Pada bulan Oktober akan diadakan pemilihan sesi pengawas bagi tahun 2021.
4.4.13 Di dalam Buku Kawalan Kelas perlu ada tandatangan guru disiplin untuk
meyemak buku tersebut dan bagi memudahkan semua pihak telah diadakan agihan
tugas untuk memastikan buku tersebut telah disemak.Guru berkenaan boleh meronda
dan boleh menyemak buku tersebut mengikut kesesuaian masa guru berkenaan.
Tujuan berbuat demikian untuk mengesan ke tidak hadiran murid serta salah laku
kecil seperti tidak menyiapkan kerja sekolah.
Bil Blok Guru yang bertugas sesi pagi sesi petang
1 Pusat Sumber tingkat 2 Pn Zurifah Pn Sunianti
En Rosmaini En Abol
Pusat sumber tingkat 3 Pn Zatusy Zamam Pn Zarina
Pejabat tingkat 2 Pn Faizah En Musa
Pejabat Tingkat 3 En Zaidi En Hazwan
Bilik guru Tingkat 3
Tindakan : Guru yang berkenaan
5 LAPORAN OLEH PUAN YETTE SURIANE BT MOHD BAHARUDDIN
5.1
5.2 Pn Yette Suriane selaku setiausaha Badan Pengawas dan Disiplin sekolah berharap
agar sebarang cadangan atau teguran boleh berjumpa dengan beliau dalam
5.3 memantapkan lagi disiplin sekolah .
5.4 Bilangan Pengawas sekolah seramai 82 orang murid manakala PPKI seramai 5 orang.
Senarai nama pengawas telah pun ditampal di Papan Kenyataan Pengawas sekolah.
5.5
5.6 Beliau meminta guru pengawas mengawasi pengawas mengikut giliran tugas masing-
masing.
Untuk Majlis Pelantikan Pengawas, sijil telah pun disiapkan dan hanya diberi pada
hari perlantikan tersebut.
Untuk AJK tertinggi pengawas ada tempoh percubaan. Sekiranya ada pengawas dari
tahun 5 mempunyai ciri-ciri kepimpinan boleh memaklumkan pada Puan Yette
Suriane dan boleh dilatih dari awal.
Sekiranya ada pengawas yang kurang menyerlah, kurang berkebolehan atau ada
5.7 masalah, Jawatan pengawas boleh dilucutkan sekiranya semua AJK Badan Pengawas
dan Disiplin sekolah bersetuju berbuat demikian.
Bagi rutin harian perhimpunan pagi (Selasa hingga Jumaat ) pengawas bertugas akan
5.8 membaca Doa Dhuha dan doa belajar .
3
Di peringkat awal disiplin murid masih terkawal dan diharap berkekalan.
5.9
Pihak sekolah mencadangkan loceng akan dibunyikan secara automatik iaitu pada
5.10 pukul 7.20 pagi (murid beratur di dewan) ,waktu rehat tahun 4,5 dan 6 serta waktu
balik .
Semasa rehat, pihak Squad kantin akan menggunakan Trafik Light untuk memastikan
5.11 murid beratur dan masuk ke kelas masing-masing mengikut masa yang ditetapkan.
Sekiranya ada kes berat boleh rujuk guru disiplin dan GPK Hem yang mana ibu bapa
5.12 akan dipanggil dan sekiranya kes berulang baru diisi ke dalam SSDM
Kes ponteng pula guru kelas boleh mengisi terus ke dalam SSDM dan surat amaran
perlu dikeluarkan kepada murid tersebut .
6 LAPORAN OLEH PN HASMAYATI
6.1 Terima kasih kepada semua GPK dan guru yang hadir pada hari ini.
6.2 Untuk makluman pengawas sekolah di sesi petang adalah seramai 31 orang yang
digelar Pengawas Muda yang terdiri dari murid tahun 2 dan tahun 3.
6.3 Senarai tugas bagi pengawas sesi petang akan ditampal di papan kenyataan.
6.4 Pengawas akan mengelolakan perhimpunan dan setiap kelas akan dijaga oleh 1
pengawas.
6.5 Borang rekod salah laku pengawas ada disediakan, Sekiranya pengawas melakukan
kesalahan atau melanggar peraturan sekolah akan di catat dalam buku rekod tersebut.
6.6 Diharap guru-guru dapat memberi teguran kepada pengawas ini kerana mereka masih
di tahap 1.
6.7 Setiap pengawas muda akan dibekalkan buku nota dan perlu dihantar pada setiap hari
Jumaat untuk disemak oleh Pn Hasmayati.
7 HAL-HAL LAIN
7.1 Pn Sunianti mengingatkan murid yang lewat akan diambil nama dan sekiranya 3 kali
datang lewat maka ibu bapa murid berkenaan akan dipanggil oleh pihak sekolah.
7.2 En Ali Sabri mengingatkan pada semua guru agar sekiranya ada murid yang terlibat
dengan Kes Influenza hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah dengan segera
dan pihak sekolah akan memaklumkan pada PPD Bangsar Pudu dan seterusnya
Jabatan Pendidikan WPKL.
Makluman
4
8 PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan harapan agar semua guru dapat memberi komitmen
terhadap tugas yang diamanahkan .
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang
Disediakan oleh :
………N…o…rla…ili………………….
(NORLAILI BINTI MUHAMAD)
Setiausaha Badan Pengawas Dan Disiplin
SK Bandar Tasik Selatan
Kuala Lumpur
Tarikh : 16 Januari 2020
5