SMK SENAI
#STAYATHOME
#KITAJAGAKITA
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF
Bertenang
Berfikir positif Bernafas dengan
dalam
Bersenam
Berkata
rilakslah/tak
mengapa
Beriadah Beribadat
Berehat dan Bercakap
mendengar dengan
seseorang
muzik
Berurut
Setiap kali anda mengalami tekanan atau
berasa ketegangan, bawalah bertenang.
Ketenangan itu boleh membantu
mengurangkan kitaran stres negatif pada
peringkat permulaan.
Lakukan latihan pernafasan yang boleh
meningkatkan pertukaran oksigen dan
karbon dioksida dalam sel tubuh bagi
mengurangkan ketegangan.
Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni
stres, jadi kena rehat. Bawalah bersabar.
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat
menenangkan perasaan dan
mengurangkan tekanan
Sekiranya anda mengalami tekanan atau
stres, maka lakukan ibadat seperti berzikir
dan sembahyang mengikut kepercayaan
masing-masing. Beribadat sebenarnya
dapat memberi sokongan emosi dan boleh
melegakan perasan seseorang
Anda perlu berkongsi perasaan dengan seseorang
sama ada dengan ahli keluarga atau kawan-kawan
rapat yang boleh dipercayai. Luahkanlah dan kongsi
perasaan anda dengan mereka. Apabila anda
berkongsi perasaan dengan orang lain, anda akan
rasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang
dihadapi. Secara tidak langsung, anda dapat merasai
masih ada orang yang sayang dan ambil berat
tentang diri anda
Apabila anda stres, kebiasaannya otot-otot
pada bahagian leher dan bahu akan menjadi
tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu
kerana urutan ini boleh melegakan tegangan
otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan
kaki juga boleh dilakukan bagi mengurangkan
tekanan.
Luangkan sedikit masa anda untuk
melakukan aktiviti di luar rumah sama ada
bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukan
aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat
menenangkan fikiran dan membuat anda
berasa gembira
Apabila anda stres, ambil masa dengan
mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik
dapat membantu mengurangkan denyutan
jantung yang laju dan tubuh badan anda akan
mula tenang. Bahkan pernafasan anda akan
kembali normal. Ini membuat anda berasa
tenang.
Bersenam boleh membantu mengurangkan
ketegangan otot dan stres. Melalui bersenam, ia
dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan
dorfin, sekali gus anda akan berasa lega dan
tegang. Antara aktiviti senaman yang boleh
anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.
Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan
salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah
berfikiran secara positif dengan melihat kebaikan atau
positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.
Anda perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri
sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan
dapat membantu anda menangani stres dengan lebih
berkesan