PEPERIKSAAN PENGGAL SATU MASA PKP TAHUN 2020
SMK JALAN OYA
SEJARAH TINGKATAN 4 Markah: / 70
JAWAB SEMUA SOALAN
BAHAGIAN A
Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua
soalan dalam Bahagian A, B dan C.
1. Kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas meliputi kawasan
berikut KECUALI
A. Sungai Mekong
B. Teluk Cam Ranh
C. Langkasuka
D. Segenting Kra
2.
Raja menjadi tonggak utama kerajaan. Pernyataan di bawah berkaitan dengan raja
sebelum kedatangan Barat KECUALI
A. Pentadbiran raja dibantu oleh pembesar
B. Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya
C. Raja sentiasa ditaati dan dianggap suci
D. Raja disembah sebagai wakil dewa
3. Bagaimanakah rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada
Raja Srivijaya?
Pilih jawapan yang betul.
A. Upacara persetiaan
B. Meminum air
C. Menyerahkan emas dan beras
D. Menjadi orang suruhan di istana
4. Berikut merupakan pembesar berempat dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan
Kesultanan Melayu Melaka KECUALI
A. Syahbandar
B. Bendahara
C. Temenggung
D. Laksamana
5. Pilih padanan jawatan dan bidang tugas yang tepat.
A. Penghulu Bendahari = mengutip cukai di kawasan pegangan
B. Temenggung = panglima angkatan laut Melaka
C. Syahbandar = menjaga keselamatan kota Melaka
D. Bendahara = ketua turus angkatan tentera
6. Apakah maksud waadat?
A. Kecelakaan yang menimpa seseorang
B. Perjanjian yang dimeterai
C. Hubungan antara pemerintah dan rakyat
D. Kesetiaan rakyat kepada raja
7. Kerajaan Dinasti di China yang manakah telah menghantar Laksamana Cheng Ho
untuk mengeratkan hubungan antara China dengan Melaka?
A. Dinasti Shang
B. Dinasti Chou
C. Dinasti Han
D. Dinasti Ming
8. Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada keseluruhan
Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera.
Apakah kepentingan wilayah pengaruh ini?
A. memperkukuhkan kewibawaan pemerintah
B. membolehkan penguasaan sumber kekayaan
C. membantu dalam penyebaran islam
D. menghindari campur tangan kuasa asing
9. Berdasarkan Fasal 9 dalam Undang-undang Laut Melaka, seorang malim harus arif
dalam ________
A. ilmu penerokaan
B. ilmu matematik
C. ilmu pelayaran
D. ilmu pengembaraan
10.Apakah yang harus dilakukan oleh rakyat bagi mengekalkan keamanan negara?
A. Menjaga hubungan baik dengan pemerintah
B. Menjaga kebajikan rakyat
C. Memerintah dengan adil
D. Memperkenalkan undang-undang
11."Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya
kepada bangsa dan negara"
Penyataan di atas merupakan pendapat yang dikemukakan oleh tokoh berikut iaitu
A. Dr. R. Suntharalingam
B. Profesor William R. Roff
C. Hans Kohn
D. Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
12 .Sikap yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan
sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara.
A. Satyagraha
B. Jalan Para Pahlawan
C. Semangat bushido
D. Sumpah Pemuda
13. Namakan pertubuhan yang dipimpin oleh Jose Rizal semasa gerakan nasionalisme di
Filipina.
A. Liga Filipina
B. Katipunan
C. Parti Nasionalis
D. Parti Do Bama Asiayone
14.Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China?
A. Dr. Sun Yat Sen
B. Mikado Meiji
C. Ho Chi Minh
D. Saya San
15. Berikut merupakan maksud nasionalisme KECUALI
A. Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
B. Semangat kebangsaan dan perjuangan menentang penjajahan
C. Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial
D. Perjuangan untuk mencapai matlamat dengan pelbagai cara
16. Maklumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa
era Pemulihan Meiji di Jepun.
SEMANGAT BUSHIDO
Apakah kesan pengenalan semangat tersebut terhadap Jepun?
A. Menjadi negara perindustrian
B. Mencapai kemajuan pendidikan
C. Menghalang gerakan anti Barat
D. Mengatasi kelemahan pemerintahan
17. Mengapakah nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara-negara lain di
Asia Tenggara?
A. Menentang penjajahan
B. Menghalau kuasa asing
C. Mempertahankan kedaulatan negara
D. Melaksanaan pemerintahan demokrasi
18. Karya berikut telah dihasilkan oleh penulis tanah air:
MARI KITA BERJUANG - Abdullah Sidek
SERUNAI PUJANGGA - Abdul Samad Ahmad
RUMAH BESAR TIANG SEBATANG - Pak Sako
Apakah tema yang dikemukakan dalam karya tersebut?
A. Kemunduran sosioekonomi penduduk Tanah Melayu
B. Semangat cinta akan negara
C. Hak dan masa depan bangsa
D. Seruan untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
19. Bulan Melayu diterbitkan bagi mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu
untuk mengangkat martabat wanita.
Siapakah penggerak utama Bulan Melayu?
A. Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain)
B. Fatimah Yaakub
C. Abdul Rahim Kajai
D. Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba)
20. Pernyataan di bawah merujuk kepada sajak 'Anak Merdeka'
"Wahai anak bangsa yang lahir dari rahim perjuangan!
Bangunlah dari mimpi ngeri mu, Jejakkan dirimu kepada semangat juang
pada pertiwi"
Apakah maksud rangkap puisi tersebut?
A. Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa pejuang supaya bangkit berjuang dari
kelalaian untuk terus membara membela nasib negara seperti yang diperjuangkan
tokoh terdahulu
B. Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa pejuang kepada desa dan lalai daripada
membela nasib bangsa nasib sendiri
C. Memastikan anak bangsa melenyapkan semangat nasionalisme dengan membenci
tanahair
D. Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa berjuang supaya tunduk kepada
permintaan penjajah
21. Sejak awal abad ke-20 idea gerakan Islam dari Timur Tengah telah mula
menyelusup masuk ke negara kita. Bagaimanakah reaksi British terhadap
perkembangan tersebut?
A. menangkap golongan gerakan Islam
B. memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904
C. memenjarakan tokoh-tokoh gerakan Islam
D. menyebarkan propaganda
22. Pada pendapat anda, mengapakah wujud persaingan antara negara
imperialis Eropah dalam mendapatkan tanah jajahan?
A. lambang kehebatan dan kemegahan negara mereka
B. untuk mendapatkan pengiktirafan dan sanjungan dunia
C. untuk memenuhi keperluan industri negara mereka
D. untuk mendapatkan bahan mentah
23. Apakah faktor kejayaan Pakatan Bertiga dalam Perang Dunia Pertama?
A. Berlakunya siri persidangan dan perjanjian damai
B. Amerika Syarikat diiktraf sebagai kuasa besar dunia
C. Jerman dipaksa menandatangani gencatan senjata
D. Terdapat penglibatan Amerika Syarikat
24. Apakah peranan Liga Bangsa-bangsa yang ditubuhkan semasa Perjanjian
Versailles ditandatangani?
A. memantau perkembangan negara Jerman
B. memberi perlindungan kepada negara-negara Pakatan Bertiga
C. menjamin keamanan kepada seluruh dunia
D. menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa
25. Berakhirnya Perang Dunia Pertama telah meruntuhkan pemerintahan beraja
di Eropah.
Negara manakah yang terlibat dengan kesan tersebut?
A. Serbia
B. Britain
C. Amerika Syarikat
D. Jerman
26. Apakah kesan yang dirasai oleh negara kita hasil Perang Dunia Pertama?
A. Pemodenan ekonomi oleh British
B. Kemakmuran sistem pemerintahan British
C. Pengeksploitasian hasil ekonomi negara
D. pelaksanaan undang-undang yang lebih ketat
27. Berikut merupakan kawasan Perang Dunia Kedua berlaku di Asia Pasifik KECUALI
A. Lautan Pasifik
B. Tanah Besar Asia
C. Kepulauan Laut Mediterranean
D. Kepulauan Asia Tenggara
28.Kemenangan pihak Bersekutu telah memberikan iktibar kepada kita sehingga
kini. Antara berikut, iktibar yang manakah relevan berkaitan peristiwa tersebut?
A. Bekerjasama dan bermuafakat dalam menghadapi cabaran
B. Sentiasa berani menempuh dugaan
C. Rasional dalam tindakan
D. Sentiasa bersiap siaga
29. Apakah faktor utama berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah?
Pilih jawapan yang tepat.
A. Pakatan Ketenteraan
B. Persaingan kuasa imperialis
C. Kemunculan Ideologi baharu
D. Kehilangan Liga Bangsa-Bangsa
30. Terdapat dua kuasa yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua, iaitu Kuasa Paksi
dan Kuasa Bersekutu. Kuasa Paksi terdiri daripada
A. Jerman, Britain dan Perancis
B. Jerman, Itali dan Jepun
C. Jepun, Perancis dan Amerika Syarikat
D. Rusia, Perancis dan Britian
BAHAGIAN B
JAWAB SEMUA SOALAN
[20 MARKAH]
1. Nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara lain di Asia
Tenggara yang bersifat antipenjajah dan memperjuangkan keerdekaan
a. Apakah tujuan Nasionalisme di Thailand?
............................................................................................................................. .........
...................................................................................................... ................................
[2 markah]
b. Nyatakan usaha permodenan yang dilakukan oleh Raja Mongkut
................................................................................................... ...................................
............................................................................................................................. .........
......................................................................................................................................
[3 markah]
c. Jelaskan langkah yang diambil oleh Phibulsongkram untuk menjamin kedaulatan Thailand.
............................................................................................................................. .........
...................................................................................................... ................................
[2 markah]
d. Andaikan anda seorang pemimpin, apakah yang anda lakukan untuk mengekalkan
kedaulatan negara kita.
................................................................................................... ...................................
............................................................................................................................. .........
......................................................................................................................................
[3 markah]
2. Penglibatan Amerika Syarikat dalam perang membawa kejayaan kepada Pakatan Bertiga
pada tahun 1918. Jerman kemudiannya dipaksa menandatangani gencatan senjata
a. Namakan perjanjian yang menamatkan Perang Dunia Pertama.
............................................................................................. .................................
[1 markah]
b. Apakah cabaran Liga Bangsa selepas Perang Dunia Pertama?
................................................................................................... ...................................
............................................................................................................................. .........
......................................................................................................................................
[3 markah]
c. Kemukakan dua kesan politik Perang Dunia Pertama
............................................................................................................................. .........
...................................................................................................... ................................
[2 markah]
d. Pada pendangan anda, mengapakah Liga Bangsa-Bangsa dikatakan gagal berperanan
untuk memastikan keirmanan dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa?
............................................................................................................................. .........
...................................................................................................... ................................
[4 markah]
Bahagian C
Jawab semua soalan
[20 MARKAH]
3. Pergerakan nasionalisme di negara kita dipelopori oleh golongan intelektual yang
berpendidikan agama, Inggeris dan Melayu
a.Jelaskan tentang perjuangan golongan intelektual berpendidikan Inggeris di negara kita.
[4 markah]
b.Bagaimanakah golongan intelektual berpendidikan Melayu membangkitkan semangat
nasionalisme pada ketika itu?
[6 markah]
c.i.Pada pendapat anda, bagaimanakah golongan intelektual boleh memanfaatkan ilmu bagi
memartabatkan negara kita pada masa kini?
[4 markah]
ii.Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan memainkan peranan penting dalam
meningkatkan tamadun manusia.
[6 markah]
~~~~~ SOALAN TAMAT ~~~~~
Disediakan Oleh Tiong SL