The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini diterbitkan bagi mengemaskini carta gerak kerja semasa JPP IPGK Pulau Pinang. Diharapkan ia dapat memberi serba sedikit ilmu daripada pengalaman yang ada.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anisamreen7148, 2021-11-12 13:45:33

BUKU PROGRAM I4P FT IPTI

Buku ini diterbitkan bagi mengemaskini carta gerak kerja semasa JPP IPGK Pulau Pinang. Diharapkan ia dapat memberi serba sedikit ilmu daripada pengalaman yang ada.

PROGRAM
PENANDAARASAN

IPGK PULAU PINANG & IPGK TEMENGGONG IBRAHIM

TARIKH
13 NOVEMBER 2021 (SABTU)



MASA
9:00 AM - 12:00 PM



PLATFORM
GOOGLE MEET

ANJURAN

BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK
DAN ANTARABANGSA IPGK PULAU PINANG

ATUR CARA PROGRAM

8:45 AM - Ketibaan Jawatankuasa Perwakilan

9:00 AM Pelajar, Ketua Jabatan Hal Ehwal
9:05 AM Pelajar dan Pensyarah Penasihat IPGK
9:15 AM Pulau Pinang dan IPGK Temenggong
9:20 AM Ibrahim dalam talian.
9:30 AM
- Program bermula.
9:50 AM - Nyanyian lagu Negaraku dan lagu
10:00 AM
10:05 AM negeri Pulau Pinang.
10:25 AM
12:00 PM - Bacaan doa.
12:05 PM
12:10 PM - Tayangan video korporat kedua-dua
12:15 PM
IPG.

- Ucapan alu-aluan oleh Ketua Jabatan

Hal Ehwal Pelajar IPGK Pulau Pinang
dan IPGK Temenggong Ibrahim.

- Ucapan YDP IPGK Pulau Pinang dan

IPGK Temenggong Ibrahim.

- Sesi bergambar.
- Pembentangan SUAK IPGK Pulau Pinang

dan IPGK Temenggong Ibrahim.

- Sesi perbincangan strategik.

- Penutup.

- Nyanyian lagu IPGM.

- Sesi bergambar.
- Bersurai.

CARTA ORGANISASI

AHLI MAJLIS TERTINGGI JPP SESI 2021/2022

NUR MUHAMMAD AL-AMIN

YANG DIPERTUA

AHMAD FAWWAZ NUR SYAZANA

NAIB YANG DIPERTUA I NAIB YANG DIPERTUA II

NUR AISHAH MUHAMMAD AMIN

SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT NAIB SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT

SYAHIRAH ATIQAH AIMAN HAKIM

BENDAHARI AGUNG KEHORMAT NAIB BENDAHARI AGUNG KEHORMAT

CARTA ORGANISASI

AHLI MAJLIS MESYUARAT JPP SESI 2021/2022

BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK & ANTARABANGSA BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

IVAN JIA HUI ALIF FATIMAH

BIRO AKADEMIK BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PENERBITAN

ASHFAAL AMNI SHAFIA HARIZ DANIAL DINI NADHIRAH
BIRO SUKAN & REKREASI
BIRO KEDIAMAN PELAJAR

TIAN CHAI HUSNIYAH AKIFF ALIA

BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL BIRO HAL EHWAL WANITA

ARIF FIKRI ANIS AMREEN NOR ISHA KU ANIS

BIRO KEROHANIAN, MORAL DAN DISIPLIN BIRO KEUSAHAWANAN

HASIF AIMAN SAFFIYAH AFIQAH ANNISAA



PULANG 1.0 - PULANG 3.0

ANJURAN BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL

Pada bulan April dan Mei yang lalu, Biro Kebajikan dan Sosial telah
menganjurkan program yang dinamakan sebagai Pulang. Terdapat
tiga fasa bagi program ini yang dijalankan pada 24 April, 11 Mei dan
30 Jun 2021.
Program ini bertujuan untuk menyusun pergerakan pulang siswa guru
dari kampus sehingga ke rumah masing-masing. Objektif program ini
adalah untuk memudahkan siswa guru untuk pulang ke rumah dengan
perbelanjaan tiket yang lebih rendah. Program ini melibatkan siswa
guru PISMP Jun 2017, 2018, 2019 dan 2020.

PROJEK KITARAYA

ANJURAN AHLI MAJLIS TERTINGGI JPP

Pada 27 April hingga 4 Mei yang lalu, JPP IPGKPP telah
menjalankan projek kitar semula bagi membantu siswa guru
untuk menguruskan barangan terpakai khususnya siswa semester
akhir. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap
barangan terpakai dapat dimanfaatkan sekaligus mengelakkan
beban kepada pengurusan sampah sarap di IPGKPP.



MAJLIS ANUGERAH PENGARAH
PEPERIKSAAN DISEMBER 2020

ANJURAN BIRO AKADEMIK

Pada 7 Mei 2021 yang lepas, JPP Biro Akademik telah menganjurkan
Majlis Anugerah Pengarah bagi meraikan siswa guru yang telah
berjaya dalam peperiksaan Disember 2020 yang lalu. Semoga
kejayaan yang dikecapi ini dapat menjadi pemangkin semangat dan
motivasi kepada semua siswa guru IPGKPP untuk menjadi lebih
berjaya.

#RAYATETAPRAYA

ANJURAN BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

Pada 16 Mei 2021 yang lepas, JPP Biro Kebudayaan dan
Kesenian telah menganjurkan program #RayaTetapRaya
secara atas talian. Program ini bertujuan untuk menyebarkan
semangat positif dalam kalangan siswa guru walaupun
hanya dapat meraikan Aidilfitri dalam situasi pandemik
COVID-19.

KEMPEN 1 BINTANG

ANJURAN BIRO PERHUBUNGAN, DOMESTIK & ANTARABANGSA

Kempen ini dianjurkan oleh Biro Perhubungan Domestik &
Antarabangsa untuk menyeru kepada masyarakat dunia agar
menunjukkan bantahan dengan memberikan rating yang
terendah kepada laman sosial ini. Kesannya, nilai saham
mereka akan menurun sekaligus memaksa mereka menurunkan
sekatan terhadap berita mengenai rakyat Palestin dan
memberikan hak bersuara kepada semua pihak.
JPP IPGKPP menyeru kepada seluruh warga IPGKPP untuk
menyahut seruan ini dengan memberikan rating satu bintang
kepada ketiga-tiga laman sosial ini di aplikasi Playstore,
Appstore dan Huawei Gallery.



PROGRAM BICARA PRAPRAKTIKUM
"PDPR REVOLUSI BARU PENDIDIKAN DI MALAYSIA"

ANJURAN BIR
O AKADEMIK

Pada 26 Jun 2021 yang lepas, JPP Biro Akademik telah menganjurkan
satu forum perkongsian dengan alumni siswa guru mengenai praktikum
khususnya berkaitan PdPR bagi memberi pendedahan kepada siswa
guru yang bakal menjalankan praktikum mengenai tips serta kaedah
untuk menjalankan praktikum dengan cemerlang. Forum ini telah
mendapat sambutan yang baik daripada semua IPG di Malaysia.

BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT PERDANA
I4P FT IPPM



ANJURAN BIRO KEROHANIAN MORAL DAN DISIPLIN

Pada 10 Jun 2021 yang lepas, Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu dengan kerjasama IPGK Pulau Pinang,
IPGK Darul Aman, IPGK Pendidikan Islam, IPGK Dato' Razali
Ismail, IPGK Temenggong Ibrahim dan IPGK Tuanku Bainun
buat julung kalinya menganjurkan Program Bacaan Yasin dan
Solat Hajat Perdana secara serentak dan bersiaran langsung
secara maya bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan
seluruh rakyat Malaysia dalam mendepani ancaman penularan
COVID-19.

BACAAN YASIN PERDANA IPGKPP

ANJURAN BIRO KEROHANIAN MORAL DAN DISIPLIN

Pada 25 Jun 2021 yang lepas, JPP Biro Kerohanian Moral dan
Disiplin dengan kerjasama Persatuan Agama Islam IPGKPP
telah mengadakan bacaan yasin perdana secara atas talian
melalui platform siaran langsung Facebook.
Penganjuran program ini adalah untuk memohon kepada
Allah S.W.T. supaya memberkati perjalanan siswa guru dalam
menempuh semester ini, menghilangkan wabak COVID-19 dan
juga mendoakan kesejahteraan saudara kita di Palestin.

PPPB PDPP JUN 2021

ANJURAN BIRO KEROHANIAN MORAL DAN DISIPLIN

Pada 4 Jun 2021 yang lepas, Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar sesi 2021 telah menguruskan Minggu Pengurusan
Pelajar Baharu Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
secara atas talian. Terdapat 11 slot taklimat diadakan untuk
memberi pendedahan umum kepada siswa guru.



JUALAN BAJU KAMPUS
IPG KAMPUS PULAU PINANG

ANJURAN BIRO KEUSAHAWANAN

Program Jualan Baju Kampus IPG Kampus Pulau Pinang
merupakan suatu inisiatif yang dicadangkan bagi
membolehkan Biro Keusahawanan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar sesi 2021/2022 untuk menjana pendapatan bagi JPP
sesi 21/22.
Hal ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
berkaitan keusahawanan dalam diri setiap ahli Biro
Keusahawanan. Jualan Baju Kampus ini berlangsung selama 4
minggu iaitu dari 6 Jun sehingga 3 Julai 2021.

E-ADUAN DAN JPP HOTLINE IPGKPP

ANJURAN AHLI MAJLIS TERTINGGI JPP

Istilah 'perwakilan pelajar' diambil secara serius oleh pihak
JPP IPGKPP 21/22 dalam membawa suara anda berkenaan
hal-ehwal IPG serta perkara-perkara berkaitan.
Sehubungan itu, pada bulan Julai yang lepas, pihak JPP telah
menyediakan dua platform untuk siswa guru menyalurkan
sebarang aduan dan cadangan penambahbaikan iaitu
platform E-Aduan serta JPP Hotline.

FORUM MENTAL ILLNESS IS NOT A JOKE

ANJURAN BIRO KEROHANIAN MORAL DAN DISIPLIN

Pada 17 Julai 2021 yang lepas, Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin
dengan kerjasama Biro Akademik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPGKPP telah menganjurkan sebuah forum berkenaan kesihatan mental.
Forum ini bertujuan menyedarkan siswa guru berkenaan kepentingan
menjaga kesihatan mental di samping mencari jalan penyelesaian
kepada kekusutan yang dialami lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang
dan pembelajaran dalam talian. Sambutan yang sangat baik juga
diterima daripada warga IPGM dan maklumbalas positif yang diberikan
begitu memberansangkan.

SESI BIMBINGAN BAKAL SISWA GURU PPISMP

ANJURAN AHLI MESYUARAT TERTINGGI JPP

Pada 25 Julai yang lepas, JPP telah mengadakan satu perjumpaan yang
bertujuan untuk memberikan bimbingan secara terus berkaitan proses
pendaftaran agar setiap bakal siswa guru berjaya mendaftar dengan
lancar. Selain itu, segala pertanyaan atau persoalan juga akan dijawab
oleh para JPP berkenaan sebarang perkara.
JPP berbesar hati untuk berkongsi dan menjawab segala persoalan agar
bakal warga IPGKPP lebih jelas berkenaan perkara yang mereka akan
tempuhi di IPG.

KURSUS KEPIMPINAN
JPP DAN EKSTRAKURIKULUM

ANJURAN AHLI MAJLIS TERTINGGI JPP

Pada 23 hingga 24 Julai 2021 yang lepas, sebuah kursus kepimpinan
telah diadakan yang melibatkan Jwatankuasa Perwakilan Pelajar sesi
2021/2022 dan ekstrakurikulum. Kursus ini bertujuan untuk mengasah
bakat kepimpinan siswa guru serta memberi panduan kepada siswa
guru tentang pengurusan organisasi.



I4P MOBILE LEGEND & PUBG
PROFESSIONAL LEAGUE

ANJURAN BIRO SUKAN DAN REKREASI

Pada 31 Julai dan 15 Ogos yang lepas, Biro Sukan dan Rekreasi
telah mengadakan Pertandingan I4P MPL yang melibatkan
e-sukan Mobile Legends Bang-Bang dan PUBG. Program ini
bertujuan untuk memilih wakil IPGKPP yang terbaik untuk
bertanding di peringkat IPGM.

BENGKEL ADOBE
ILLUSTRATOR

ANJURAN BIRO TEKNOLOGI MAKLMAT DAN PENERBITAN

Pada 21 Ogos yang lepas, JPP IPGKPP telah bekerjasama
dengan JPP IPGKDA dalam menganjurkan bengkel Adobe
Illustrator E-Workshop secara dalam talian. Bengkel ini
bertujuan memberi pendedahan kepada siswa guru mengenai
penggunaan dan kepentingan Adobe Illustrator kepada siswa
guru.

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR
IPGKPP X IPGKTB

ANJURAN BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSAN

Pada 28 Ogos 2021 sebuah program perkongsian pintar
secara atas talian telah dijalankan oleh Biro Domestik dan
Perhubungan Luar IPGKPP. Program ini merupakan alternatif
lain bagi program penanda aras yang merupakan suatu
program berterusan untuk mengenal pasti, mempelajari,
mengubahsuai, dan melaksanakan amalan-amalan terbaik
daripada organisasi yang lain untuk mencapai prestasi yang
unggul dalam membiasakan diri dengan kehidupan norma
baharu.



PERTANDINGAN MEMASAK
BAKAL MENANTU MAK AWAK

ANJURAN BIRO HAL EHWAL WANITA

Pada 6 September 2021 sehingga 23 September 2021 telah
berlangsung satu pertandingan anjuran Biro Hal Ehwal
Wanita IPGKPP iaitu Pertandingan Memasak Bakal Menantu
Mak Awak. Pertandingan ini bertemakan Masakan
Tradisional dan peserta harus menghasilkan video masakan
yang berdurasi maksimum 5 minit. Pertandingan ini bertujuan
untuk mengasah kreativiti peserta serta merapatkan
hubungan sesama ahli keluarga.

FORUM GURU MEMANTAPKAN PDPR,
KEMENJADIAN MURID DIPERTINGKATKAN

ANJURAN BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL

Forum Guru Memantapkan PDPR, Kemenjadian Murid
Dipertingkatkan merupakan sebuah program yang
dianjurkan oleh kolabarasi antara Biro Kebajikan dan Sosial
IPGKPP dan IPGKPM pada 18 September 2021 melalui
platform FB live JPP IPGKPP. Panel forum menjawab beberapa
isu yang sering menjadi masalah kepada guru ketika kelas
berlangsung secara atas talian.

PERTANDINGAN REKAAN BAJU
INSPIRASI PENDIDIK

ANJURAN BIRO KEUSHAWANAN

Pada 23 September 2021 hingga 9 Oktober 2021 biro
Keusahawanan IPGKPP telah menganjurkan sebuah
Pertandingan Rekaan Baju Inspirasi Pendidik. Pertandingan
ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan kreativiti para
siswa guru IPGKPP.

BEYOUTIFUL CHALLENGE

ANJURAN BIRO HAL EHWAL WANITA

Pada 24 September 2021 hingga 8 Oktober 2021 sebuah
pertandingan Beyoutiful Challenge telah dianjurkan oleh Biro
Hal Ehwal Wanita IPGKPP. Pertandingan ini terbahagi kepada
3 kategori iaitu kategori senaman, kategori penjagaan kulit
dan fashionista. Pertandingan ini bertujuan untuk
menggalakkan para peserta untuk sentiasa mempraktikkan
aktiviti yang dapat menjaga kesihatan, kebersihan diri dan
keyakinan diri.



PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR
IPGKPP C IPGKBM

ANJURAN BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA

Pada 2 Oktober 2021 sebuah perkongsian pintar secara atas
talian telah dijalankan oleh Biro Perhubungan Domestik dan
Antarabangsa IPGKPP. Program ini merupakan alternatif lain
bagi program penanda aras yang merupakan suatu program
berterusan untuk mengenal pasti, mempelajari,
mengubahsuai, dan melaksanakan amalan-amalan terbaik
daripada organisasi yang lain untuk mencapai prestasi yang
unggul dalam membiasakan diri dengan kehidupan norma
baharu.

KEJOHANAN E-SUKAN CALL OF DUTY

ANJURAN BIRO SUKAN DAN REKREASI

Buat julung kalinya pada tarikh 29 Oktober 2021 sehingga 31
Oktober 2021, Biro Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama
JPP IPGK Bainun & Teachers Gaming (TEG) akan
menganjurkan kejohanan E-Sukan Call of Duty yang
melibatkan penyertaan siswa guru serata Malaysia.
Pendaftaran adalah percuma dan jumlah RM600 hadiah
terkumpul menanti pemenang.

MAJLIS ANUGERAH PENGARAH
PEPERIKSAAN MEI 2021

ANJURAN BIRO AKADEMIK

Pada 1 Oktober 2021 yang lepas, JPP Biro Akademik telah
menganjurkan MAjlis Anugerah Pengarah bagi meraikan
siswa guru yang telah berjaya dalam peperiksaan Mei 2021
yang lalu. Semoga kejayaan yang dikecapi ini dapat menjadi
pemangkin semangat dan motivasi kepada siswa guru
IPGKPP untuk menjadi lebih berjaya.

BICARA SANTAI
ISTIMEWANYA SEORANG WANITA

ANJURAN BIRO HAL EHWAL WANITA

Pada 24 Oktober yang lalu, Biro Hal Ehwal Wanita telah
menganjurkan Program Bicara Santai Istimewanya Seorang
Wanita. Program ini bertujuan untuk menambah ilmu
pengetahuan mengenai istimewanya menjadi seorang
wanita. Justeru program ini juga dapat memberi impak
kepada para wanita untuk mendalami diri sebagai seorang
wanita yang istimewa.



BULAN KEDIAMAN PELAJAR IPGKPP

ANJURAN BIRO KOLEJ KEDIAMAN

Pada 1 November 2021 telah bermula Bulan Kediaman Pelajar
IPGKPP 2021 sehingga 28 November 2021. Justeru itu
beberapa aktiviti telah disusun oleh JPP Biro Kolej Kediaman
untuk disertai oleh seluruh siswa guru IPGKPP.

PERTANDINGAN POSTER
"PENCEGAHAN WABAK, BERMULA DARI BILIK KITA"

ANJURAN BIRO KOLEJ KEDIAMAN

Pada 1 November 2021, JPP Biro Kolej Kediaman telah
mengajurkan Pertandingan Poster "Pencegahan Wabak,
Bermula dari Bilik Kita". Pertandingan ini merupakan satu
daripada aktiviti Bulan Kediaman Pelajar IPGKPP.
Pertandingan ini terbuka kepada semua siswa guru IPGKPP
dan pertandingan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat
siswa guru IPGKPP dalam menghasilkan poster yang menarik.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
KEJOHANAN E-SUKAN

CALL OF DUTY 2021 (KESUDY)

ANJURAN BIRO SUKAN DAN REKREASI

Pada 2 November 2021 telah berlangsung Majlis Perasmian
Penutup Kejohanan E-Sukan Call of Duty 2021 (KESUDY).
Majlis penutup ini dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPGKPP.
Pemenang bagi kejohanan kali ini juga telah diumumkan di
mana peserta daripada IPGKPP telah dinobatkan sebagai
Johan bagi Kejohanan E-Sukan Call of Duty 2021 (KESUDY).

CABARAN DIPIKUL,
INSPIRASI TERCIPTA

IKUTI KAMI DI:

TMK IPGKPP
@JPPI4P
@JPPIPGKPP
JPP IPGK PULAU PINANG


Click to View FlipBook Version