The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by physicseasyandfun, 2021-11-14 02:40:10

2.BUKU PANDUAN KAWAD KRS

2.BUKU PANDUAN KAWAD KRS

Pelajaran 15
Hormat ke kanan / kiri masa cepat jalan (9 Pergerakan)
1. “Hormat dengan nombor ke kanan / ke kiri hormat satu”. Hukuman

diberi diatas kaki kiri sampai ke bumi, langkah kaki kanan kehadapan
sejauh 30 inci, pacak tumit dengan masa yang sama bawa kedua - dua
tangan rapat ke peha dan tongkat masih bimbit. (berteriak ‘check’)
langkah kaki kiri kehadapan sejauh 30 inci,' pacak tumit dengan masa
yang sama dengan pantas bawa tongkat, kepada kedudukan kepit
sebelah kiri (berteriak ‘kepit’).
2. “Skuad dua”. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci, pacak
tumit, anggota lain tidak berubah (berteriak ‘check’) langkah kaki ke
hadapan sejauh 30 inci, pacak tumit dengan masa yang sama bawa
tangan kanan ke kedudukan sedia. (berteriak ‘potong’)
3. “Skuad tiga”. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci, pacak
tumit, anggota lain tidak berubah (berteriak ‘check’) dan langkah kaki
kiri ke hadapan sejauh 30 inci, pacak tumit masa yang sama pusingkan
kepala ke kiri /ke kanan 90 darjah dengan pantas bawa tangan kanan
sampai ke kedudukan hormat yang betul (berteriak ‘hormat’).
4. “Skuad empat”. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci, pacak
tumit, inci dan langkah kaki kiri ke hadapan 30 inci, pacak tumit,
kedudukan hormat tidak berubah (berteriak ‘4 – 5’)
5. “Skuad enam”. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci, pacak
tumit, dengan masa yang sama pusingkan kepala ke hadapan dan
dengan pantas bawa tangan ke kedudukan sedia. (berteriak ‘potong’)
6. “Skuad tujuh”. Langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci, pacak tumit,
dengan masa yang sama tangan kanan tangkap di tengah-tengah
bahagian tongkat, tentukan tangan dan siku tangan kanan rapat pada
badan. (berteriak ‘tangkap’)
7. “Skuad lapan”. Langkah kaki kanan.......... tumit anggota lain tidak
berubah (berteriak ‘check’) dan langkahkan lagi kaki kiri 30 inci ke
hadapan, pacak tumit, masa yang sama dengan pantas tangan kanan
bawa tongkat ke rusuk kanan tongkat dalam keadaan bimbit.
(berteriak ‘turun’)
8. “Skuad sembilan”. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci,
pacak tumit, anggota lain tidak berubah (berteriak ‘check’) dan
langkah lagi kaki ke hadapan sejauh 30 inci, pacak tumit pada masa
yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan, tongkat sama
rata dengan tali pinggang dan tangan kiri ke belakang terus berjalan.
(berteriak ‘lenggang’)

Kesalahan - kesalahan biasa:
1. Tidak meletak tongkat dengan mendaftar di bawah ketiak.
2. Tidak menggenggam pada tempat timbangan selepas memberi
hormat.

48

Pelajaran 16
Kalih tongkat dari rusuk untuk doa selamat dan memberi 3 kali sorak
(2 pergerakan)
1. “Kalih tongkat dengan nombor, Skuad satu”.

Apabila mendapat hukuman kalih tongkat dengan tangan kanan
bawa tongkat ke tengah-tengah badan dengan masa yang sama
tangan kiri tangkap tongkat dengan dua jari di bawah, ibu jari di depan
dan anak-anak jari di dalam.
2. “Skuad dua”.
Dengan pantas tangan kanan lepaskan tongkat tarik ke sebelah jahitan
seluar di sebelah kanan, dan pada masa yang sama tangan kiri bawa
tongkat ke sebelah rusuk kiri, lain-lain anggota diam.
Pelajaran 17
Kalih tongkat dari bimbit untuk doa selamat/ 3 kali sorak (2 pergerakan)
Kalih tongkat dari doa selamat / 3 kali sorak sama dengan pelajaran 17
cuma berlainan tangan.
Pelajaran 18
Baring tongkat dari rusuk (3 pergerakan)
1. “Baring tongkat dengan nombor, Skuad satu”
Dengan pantas tangan kiri tangkap di tengah-tengah tongkat, siku
rapat pada badan dengan masa yang sama tangan kanan tangkap
di tengah-tengah tongkat di bawah tangan kiri siku kanan bengkok ke
belakang.

49

BAB LAPAN

PERKARA-PERKARA LAIN

Keterangan di bawah ini ialah untuk kegunaan kepada jurulatih-jurulatih.
Keterangan itu hendaklah dijalankan dengan cara "Soal jawab" ketika skuad
itu sedang rehatkan diri .

Lagu kebangsaaan
Pegawai/Kadet yang memakai pakaian seragam yang tidak di bawah
perintah ketua/pegawai yang sedang kawad hendaklah berdiri dalam
keadaan sedia semasa lagu kebangsaan/negeri dinyanyikan.

Sekiranya memakai pakaian awam hendaklah sedia. Seorang pegawai
atau ketua yang menjaga sesuatu kumpulan yang sedang berjalan
hendaklah memberhentikan kumpulan itu dan berada dalam kedudukan
sedia.

Menerima Hormat
Pegawai-pegawai hendaklah membalas hormat itu dengan penuh hormat.
Jika ada lebih daripada seorang pegawai, maka pegawai yang kanan
sekali membalas hormat.

Peringatan Semasa Memberi Tabik Hormat :
Tabik Hormat diberi ketika berdiri sedia dan berjalan sahaja.

Catatan - Perbarisan
Susun atur perbarisan dalam sesuatu acara/majlis hendaklah mengikut
kesesuaian tempat.
i) Hormat keseluruhan untuk pegawai sahaja “Hormat ke hadapan...

hormat”
ii) Lagu
iii) Lapor

“Assalamualaikum Tuan/Dato’ dll .................. Perbarisan sempena
.......................terdiri daripada ........................... pegawai dan
......................... lain-lain pangkat siap untuk upacara
perasmian/penutup/diperiksa dll.”
iv) Periksa barisan (jika ada)
v) Doa
vi) Ucapan dll.
vii) Lapor selesai perbarisan
“Baris..... Baris sedia, Hormat....... hormat ke hadapan... hormat.
“Assalamualaikum tuan/Dato’ dll ............ mohon kebenaran meneruskan
tugas yang lain. Terima kasih tuan.”

Catatan :
Bahasa perintah dan urutan pergerakan hendaklah mematuhi prinsip-prinsip kawad.

50

Lampiran B

CADANGAN PERUBAHAN FORMAT PERGERAKAN KAWAD ASAS
PERTANDINGAN KAWAD KAKI KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

56

Lampiran B

PLAN LITAR PERTANDINGAN KAWAD KRS (1)

PLAN LITAR PERTANDINGAN KAWAD KRS (2)

57

Lampiran B

PLAN LITAR PERTANDINGAN KAWAD KRS (3)

58

Lampiran B

Keterangan dan Pergerakan

a. Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang KAWAD dalam 3
barisan berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di
tengah-tengah) ketua hakim. (128 - 135 langkah seminit) Kelajuan yang
lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.

b. Menghadap ke hadapan (Hukuman : Menghadap ke hadapan
...........kanan/kiri pusing.)

c. Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan…….Gerak)

d. Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan)

e. Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua
Platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka
barisan.
(Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja L4 ....... siap untuk diuji,
tuan)

f. Platun diwajib melakukan semua pergerakan KAWAD statik daripada
pergerakan berikut :
i) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.
ii) Bergerak ke kanan ; belakang…pusing.
iii) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.
iv) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.

g. Tutup barisan (hukuman : Tutup barisan……….Gerak)

h. Ke kanan lurus ......... Pandang depan

i. Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).

j. Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok
hukuman kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).

k. Hukuman ”tukar langkah perlahan” diberikan setelah platun melepasi kon
D dan sebelum kon A

l. Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama
dan hukuman ”menghadap ke hadapan; kanan pusing” diberikan apabila
anggota platun selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam
keadaan barisan melintang melintasi para hakim.

59

Lampiran B

m. Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan
pergerakan berikut mengikut urutan:
i) Buka barisan
ii) Pandang kanan
iii) Pandang depan
iv) Tutup barisan

n. Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman ”bergerak ke kiri; kiri
pusing” diberikan.

o. Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah platun
berada antara kon C dan kon D.

p. Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti
dengan pergerakan kawad mengikut urutan di bawah sehingga selesai
(Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (3):

1) Hormat ke kanan, hormat
2) Hormat ke hadapan hormat
3) Tukar langkah semasa berjalan
4) Hormat selaku terima sijil
5) Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
6) Bergerak ke kanan, belakang pusing
7) Tukarlangkah cepat, cepat jalan
8) Bergerak ke kiri, belakang pusing
9) Menghadap ke belakang, kiri pusing
10) Menghadap ke hadapan, belakang pusing
11) Hentak kaki
12) Henti
13) Mara manghadap
q. Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap (11 langkah).
(Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat……….jalan).

r. Tamat bahagian KAWAD asas.

60


Click to View FlipBook Version