The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Alina Izura, 2024-03-10 05:33:45

MAJLIS PELANCARAN SEKOLAH PENYAYANG, JOM KE SEKOLAH & MENTOR MENTEE BAGI TAHUN 2024/2025

Disempurnakan oleh En. Khalid bin Hj. Bujang, Pengetua SMK Paya Rumput

SEKOLAH PENYAYANG, JOM KE SEKOLAH & MENTOR MENTEE SMK PAYA RUMPUT SESI 2024/2025 1 1 M A C 2024 | I SNIN D A T A R A N PRI S S M A E N . K H A L I D B I N H J B U J A N G P E N G E T U A


Sekolah penyayang merupakan konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Konsep ini mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Sekolah penyayang mampu melahirkan warga sekolah yang memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Sekolah penyayang mampu melahirkan warga sekolah yang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa seterusnya menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. Membudayakan amalan penyayang juga merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Sekolah penyayang mampu melahirkan warga sekolah yang mempunyai jati diri dan berkepimpinan. Pengenalan


Jawatankuasa En. Khalid bin Hj. Bujang Pengetua PENGERUSI NAIB PENGERUSI Pn. Fairudzah binti Ahmad (PK HEM) En. Zulkefli bin Mahadi (PK Pentadbiran) En. Mohd Sukri bin Sarif (PK KOKU) Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran SETIAUSAHA Pn. Noor Affiza binti Noor Rosdy NAIB SETIAUSAHA Pn. Alina Izura binti Salehuddin BENDAHARI Pn. Zuliyana binti Mohd Zain


Jawatankuasa En. Muhammad Syahir bin Hamdan SIARAYA KAWALAN MURID Pn. Norhaslina binti Hassan PENGACARA MAJLIS Pn. Noor Affiza binti Noor Rosdy BUKU PROGRAM / ANYFLIP Pn. Alina Izura binti Salehuddin BACAAN DOA Ustaz Awang Jantan bin Wok MAKANAN Pn. Norhanis binti Jamaludin PERAKAM PERISTIWA Pn. Nor Adawiyah binti Mokhtar (Fotografi) Pn. Nur Izzati binti Ismail (Video) AJK Semua guru Pengawas & PRS


Amalan Sekolah Penyayang AMALAN SEKOLAH PENYAYANG DILAKSANAKAN SECARA BERTERUSAN AGAR MENJADI BUDAYA GURU DAN MURID DI SEKOLAH. SEKOLAH AKAN MELAKSANAKAN AKTIVITI BERIKUT ; MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURID MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA MURID PROGRAM MENTOR MENTEE PROGRAM ZIARAH CAKNA


MATLAMAT Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dengan ucapan salam semasa anak-anak murid hadir ke sekolah. Selain itu guru dan murid dapat mengamalkan 5S iaitu Senyum, Sapa, Salam, Sopan dan Sayang. MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURID OBJEKTIF Memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah awal dan kurangkan ponteng. Menyemai sikap prihatin dan tanggungjawab. Menerapkan kesepaduan dan kasih sayang dalam kalangan sekolah. Mengamalkan 5S semasa berada di sekolah dan seterusnya di mana mana sahaja. Pelaksanaan


Mengalu-alukan kehadiran murid


MATLAMAT Melahirkan rasa penghargaan kepada warga sekolah denganmenyambut hari lahir dan pemberian kad lahir dan juga cenderamata. engan penghargaan ini murid akan lebih ceria dan berkeyakinan untukberada dan belajar di sekolah bersama rakan rakan MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA MURID OBJEKTIF Meraikan bersama sambutan hari lahir murid dan guru pada setiap bulan. Menyemai sikap saling sayang menyayangi sesama rakan danmenghargai hari istimewa rakan rakan. Meningkatkan penghargaan kendiri murid. Memupuk sikap murid agar selalu mengucapkan tahniah di atas berita gembira Pelaksanaan


Penghargaan Murid


MATLAMAT Pogram mentor mentee merupakan satu proses interaksiantara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu mentee dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara PROGRAM MENTOR MENTEE OBJEKTIF Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan mereka. Pelaksanaan


Program Mentor Mentee


MATLAMAT Program Ziarah Cakna ini adalah salah satu program untuk mencegah murid dari terus ponteng sekolah. Selain itu membantu murid secara peribadi berkaitan masalah yang dihadapi. Aktivitinya adalah termasuk membuat lawatan ke rumah murid dan juga sesi konsultasi bersama ibu dan bapa atau penjaga PROGRAM ZIARAH CAKNA OBJEKTIF Mewujudkan rasa diterima dan disayangi. Guru dapat mengetahui dan mengambil tindakan yang terbaik terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Mengubah pelakuan yang negatif yang menyebabkan ponteng sekolah berlaku. Bekerjasama dengan ibu bapa untuk membantu anak mereka dari ponteng sekolah Pelaksanaan


Ziarah Cakna


MENTOR S E N ARAI


Sekalung Penghargaan En. Khalid bin Hj. Bujang Pengetua SMK Paya Rumput En. Faizil bin Wasbari YDP PIBG SMK Paya Rumput Pn. Nadeera binti Ghazale NYDP PIBG SMK Paya Rumput Barisan Pentadbir PIBG Guru-guru Semua murid Dan semua warga SMKPR yang telah menjayakan Majlis Pelancaran Sekolah Penyayang, Jom ke Sekolah & Program Mentor Mentee bagi Tahun 2024/2025


Thank You Lots of love, Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Paya Rumput &UBKSMKPRPrihatinPenyayangProaktif


Click to View FlipBook Version