Majlis Sehati Sejiwa Memori Bersama Pn. Maznah binti Jaafar (1992 - 2023) 21 MAC 2023 | SELASA DATARAN PRISSMA Pada,
Aturcara 7.30 pagi : Guru-guru dan murid-murid mengambil tempat 7.40 pagi : Nyanyian Lagu - Negaraku - Melakaku Maju Jaya - Lagu Sekolah 7.50 pagi : Ucapan Aluan Pengacara Majlis Bacaan Doa (Ustaz Awang Jantan bin Wok) Ucapan Ketua Murid (Mohd Fakhrul bin Abu Kassim) Ucapan Pengerusi Kelab Staf (En. Mohd Azrin bin Daud) Ucapan Pengetua (En. Khalid bin Hj. Bujang) Ucapan Tetamu yang diraikan (Pn. Maznah binti Jaafar) 8.30 pagi : Persembahan Murid 8.35 pagi : Penyampaian Hadiah 8.45 pagi : Lambaian Sehati Sejiwa Memori Bersama
BIODATA Apalah guna memasang pelita Jika tidak dengan sumbunya Apalah guna bermain mata Jika tidak sesungguhnya Dilahirkan pada 4 Ogos 1967 di Sungai Rambai, Melaka. Merupakan anak kepada pasangan Hj. Jaafar bin Hj. Sulaiman dan Hjh. Badariah binti Abdul Wahab. Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bahagia dengan 7 orang adik-beradik dan Pn. Maznah merupakan anak yang keempat. Mendapat pendidikan awal di SK Durian Tipus Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Tahun 1972 hingga 1979. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di SMK Triang Ilir Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada tahun 1980 hingga 1985. Setelah tamat Tingkatan 5, beliau menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Sejarah dan Pengajian Islam selama 4 tahun iaitu pada tahun 1987 hingga 1990. Seterusnya beliau telah mengikuti Latihan Asas Perguruan di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu pada tahun 1991 hingga 1992, major Sejarah dan minor Pengajian Melayu. Pn. Maznah bintiJaafar
BIODATA Pada tahun 1992, bermulalah episod kehidupan beliau di dalam arena pendidikan. Beliau memulakan tugas sebagai pendidik di SMK Felda Pasoh 2, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Seterusnya pada tahun 1993 hingga 2003 beliau berpindah ke Sekolah Sains Tun Syed Sheikh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Selama 11 tahun beliau telah mencurahkan ilmu dan bakti di sana. Beliau kemudiannya berpindah ke Sekolah Integrasi Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada tahun 2003 hingga 2004. Kemudian pada tahun 2004 hingga 2021, beliau berpindah pula ke SMK Pasir Gudang 3, Johor. Selama 17 tahun beliau berkhidmat di Johor tetapi akhirnya beliau pulang bertugas di negeri kelahirannya Melaka. Beliau bertukar ke SMK Paya Rumput pada September 2021 dan mencurahkan khidmat dengan penuh ikhlas dan berdedikasi sehingga 1 Mac 2023. Pn. Maznah bintiJaafar
BIODATA Benarlah kata pepatah, "kalau dah jodoh tak kemana" akhirnya dua hati bersatu dengan ijab dan kabul dengan restu ahli keluarga tercinta. Bertautlah kasih berpautlah ikatan sayang antara Pn. Maznah dengan pasangan pilihan hatinya En. Zulkifli bin Semaon pada 5 Jun 1993. Pn. Maznah bintiJaafar Ambil gendang di Kampung Kandis Ditabuh ramai ditingkah biola Makin dipandang semakin manis Dilabuh hati menyala cinta Pucuk pegaga tumbuh melata Jadi ulaman penambat selera Anak itu umpama permata Sejuk di mata damai di jiwa Pn. Maznah dan pasangannya En. Zulkifli telah dianugerahi illahi dengan kehadiran 2 orang cahayamata lelaki.
Pencapaian/ Kejayaan dan Anugerah S E J A R A H KETUA PANITIA SEJARAH GURU KANAN MATA PELAJARAN KEMANUSIAAN GURU PENOLONG KANAN PETANG (2016-2018) GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (2019-2021) PEMANGKU PENGETUA (JUN 2020 - JANUARI 2021) ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (3 KALI) ANUGERAH AKREDITASI SEKOLAH AMANAH MALAYSIA (2020) PENYELARAS MESYUARAT SEKOLAH-SEKOLAH AMANAH NEGERI JOHOR (2020) PERKONGSIAN AMALAN BAIK SEKOLAH AMANAH BERSAMA BEBERAPA JPN, PPD, SEKOLAH-SEKOLAH AMANAH DAN HARIAN MALAYSIA PERKONGSIAN PERBANDINGAN PENCERAPAN 14 KOMPETENSI SEKOLAH AMANAH DENGAN PENCERAPAN STD 4 SKPMG2 DENGAN BEBERAPA SEKOLAH DI PASIR GUDANG, JOHOR RAKAN PEMBIMBING PENCERAPAN 14 KOMPETENSI SEKOLAH AMANAH DENGAN PPD DAERAH PASIR GUDANG DAN PENTADBIR SEKOLAH HARIAN DAERAH PASIR GUDANG MENGHASILKAN NOTA PADAT SEJARAH KBSM TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 UNTUK KEGUNAAN GURU SEJARAH DAN MURID SMKPG3 - CETAKAN SETIAP TAHUN DARI 2016 - 2020 PENCAPAIAN SPM DI SMK PASIR GUDANG 3 SEPANJANG MENJADI PK PENTADBIRAN PENGURUS (2 PASUKAN) PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT NEGERI SEMPENA KARNIVAL MSSN MELAKA (2022) - SPM 2019 ➡️ 87.50% / 5.01 GPS - SPM 2020 ➡️ 91.46% / 4.90 GPS - SPM 2021 ➡️ 97.81 % / 4.73 GPS
EN. KHALID BIN HJ BUJANG PENGERUSI BENDAHARI SETIAUSAHA PENYELARAS 2 PENYELARAS 1 TIMBALAN PENGERUSI 2 TIMBALAN PENGERUSI 1 PN. NURSHAZALINA BINTI IBRAHIM PN. NUR 'AFIFAH MARDHIAH BINTI BAKRI EN. MOHAMMAD AZRIN BIN MOHAMMAD DAUD PN. INTAN KU MONA LIZA BINTI JAMIL EN. ZULKIFLI BIN MAHADI Ahli Jawatankuasa Induk CIK CAROL CHU MEI YIN
Ahli Jawatankuasa Kerja P n . Ro h a y a ti bi n ti r ambeli P n . Z a li n a bi n ti r amli Jemputan Hadiah Utama E n . Su k ri bi n s h a rif Pe n t a dbir E N . AWA N G J A N T A N BI N WO K Bacaan Doa E n . Mo h d a zif bi n s h u k or E n . Mo h amma d a zri n bi n mo h amma d d a ud Perarakan Sent of / Disiplin murid P n . N oor a ffiz a bi n ti n oor rosd y e n . Z a kwa n h a zmi bi n z a k a ri a h Pengacara Majlis P N . A LI N A IZUR A BI N TI S A LE H UDDI N P N . ZULI Y A N A BI N TI MO H D Z A I N Buku Program /Anyflip P n . Ma h ir a h bi n ti mo h d amir ci k c a rol c h u mei y i n P n . n oor k h a leed a bi n ti a bdul mut a lib P n . j a n a k y a /p v a su Pengurusan Hadiah P N . siti a zri n a h bi n ti k a seru n p n . N urwa rd a h n a dr a h bi n ti ma 'mi n P n . Siti n urulq a lbi bi n ti a bdul r a s h id E n . mu h amma d s y a h ir bi n a . k h amd a n P N . n or h a n is bi n ti j ama ludi n p n . N ormil a h bi n ti h y der P n . Y usli n d a bi n ti md s h a h p n . N ur a kma s y a k il a h bi n ti c h e beb a k a r Hiasan Pentas Persiapan Tempat Fotografi Persembahan Siaraya E n . Mo h amma d a zri n bi n mo h amma d d a ud E n . D a n iel r a j a p a n di a n j a c k so n a /l r a j a p a n di a n Pe n g awa s se k ol a h Dokumentasi P n . N urs h a z a li n a bi n ti ibr a h im Montaj & Multimedia Jamuan E n . Mu h amma d mu h si n bi n h amd a n P n . H a n a n y r a h a y u bi n ti a bdul j a lil P n . S h a h id a h mur n i bi n ti h amidi K el a b fotogr a fi
Puisi buatmu guru.... Cikgu, Jika usahamu dilupai Jika pengorbananmu tidak dihargai Jika keringatmu tidak disanjungi dan jika penat lelahmu tidak dipeduli Janganlah berkecil hati Tanpa anugerah duniawi Keihklasan dan kemuliaanmu tetap Allah catat sebagai bekalan menuju alam yang abadi...
Salam Perpisahan Bawa gergaji untuk diasah, Gergaji kecil memotong pelepah, Hari ini kita berpisah, Moga rezeki selalu melimpah. Pulau daik banyak kelapa, Pulau Mutiara banyak pegaga, Budi tuan payah dilupa, Beribu tahun dikenang juga. Tampak dari Tanjung Agas, Menggamit rindu datang ke mari, Rinduan kami tetap berbekas, Kenangan bersama memahat memori.
Rakaman kenangan 1 MAC 2023 Tarikh keramat bergelar YB @Yang Berpencen
Memori i nda h . . . Rakaman kenangan
Rakaman kenangan
Rakaman kenangan
Autograf
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sehati Sejiwa Memori Bersama Sempena Persaraan Pn. Maznah binti Jaafar Merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Tuan puteri pergi ke Rasah, Pulang semula sebelah pagi, Kita bertemu akhirnya berpisah, Diizin tuhan bertemu lagi. Penghargaan