The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salihxh_nz, 2023-05-14 18:55:36

PENGARUH PENDIDIKAN ROHANI KEPADA MANUSIA

PENGANTAR USULUDDIN IIX1004

PENGANTAR USULUDDIN IIX1004 KUMPULAN 11 DR. SHARIFAH BASIRAH BINTI SYED MUHSIN PENGARUH PENDIDIKAN ROHANI KEPADA MANUSIA


SALIHAH BINTI NORZAMRI 22005186 DISEDIAKAN OLEH IZZATUL HUSNA BINTI AMRI 22005140 ANIS FARISHA BINTI KHAIRUDDIN 22005138 SITI NOR ADIBAH BINTI MOHD FAIZAL 22005107 NUR FATIN DANISHA BINTI AHMAD BOHARI 22005108 SITI ZUBAIDAH BINTI MOHD ISA@SHARIFUL 22005191


Tasawwuf dari segi istilah ialah untuk menghilangkan perangai buruk dalam diri dan digantikan dengan sifat mahmudah serta menyucikan zat Allah daripada sesuatu. Ianya juga adalah antara ilmu yang paling mulia di sisi Allah swt. Antara objektif ilmu tasawwuf ini adalah untuk mengajar manusia bagaimana cara beribadah yang betul kepada Allah swt. Ilmu ini juga dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah dimana ianya ialah ilmu yang berpaksikan daripada sumber Al-quran dan As sunnah. Antara kelebihan ilmu ini adalah untuk mengajar manusia menyucikan jiwa mereka serta memberikan makanan rohani kepada roh mereka. Seterusnya ilmu ini juga mengajar kita tentang betapa pentingnya penyucian jiwa dalam diri setiap individu demi mencapai keredhaan Allah dalam melakukan sesuatu perkara.. PENGENALAN


KONSEP Pendidikan ialah perihal mendidik. Perkataan pendidikan berasal daripada perkataan ' didik ' yang membawa maksud ajar, bimbing, asuh dan bentuk. Dengan ini, kita dapat simpulkan bahawa pendidikan merupakan proses perubahan manusia ke arah yang lebih baik bagi melengkapkan proses kesempurnaan akal, mental dan perkembangan jasmani. Dalam buku ''Pendidikan di Malaysia'' , Mok Soon Sang (1999) telah menyatakan bahawa pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang mempengaruhi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang di samping menambah pengetahuan. pengalaman, kemahiran dan kebolehan yang membantu serta medorong seseorang itu untuk bertindak dengan lebih sihat agar dapat memberi faedah kepada diri, masyarakat dan negara. Definisi


Kerohanian atau rohani secara khususnya ia merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Rohani ini berkaitan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik. Pendidikan rohani merupakan proses mentarbiah secara berterusan bagi membentuk insan yang berakhlak terpuji serta menjauhi sifat-sifat yang keji. Dalam agama Islam, tujuan yang ingin dicapai dalam pendidikan adalah membentuk insan kamil dan sempurna, yakni manusia yang sempurna dengan memiliki kecerdasan intelektual dan rohani secara keseluruhannya yang berpaksikan al-quran dan al-Sunnah. Secara umumnya, sejak azali lagi proses pendidikan terhadap manusia telah berlaku setelah Allah menciptakan Nabi Adam as berdasarkan firman Allah SAW ْنُتْم ٰصِدِقْيَن ُك ُؤ ۤاَلِء ِاْن ِء ٰٓه َاْسَمۤا ْوِنْي ِب ُٔـ ِب َقاَل َاْۢن ِٕى َكِة َف َمٰۤل ْل َّم َعَرَضُهْم َعىَل ا ُث َها ُكَّل َء َدَم ا َاْلْسَمۤا َم ٰا َّل َوَع Maksudnya: Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para malaikat, seraya berfirman, “Sebutkan kepada-Ku nama semua (benda) ini, jika kamu yang benar! (Al-Baqarah, ayat 31) Ayat ini menunjukkan Allah SWT telah mengajarkan kepada manusia tentang segala benda di dunia ini melalui ajaran Islam. Di samping itu, Sebagai khalifah yang dikurniakan akal untuk berfikir, Islam juga menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu kerana manusia berpotensi untuk mengatur kehidupan di dunia dalam membina tamadun Islam (Ashraf 1985) KONSEP


Isu Keruntuhan Akhlak Merokok. Kebanyakan remaja kini mudah terpengaruh dengan gejala merokok disebabkan tersalah memilih rakan. Adapun juga yang merokok disebabkan tekanan perasaan dan perasaan ingin mencuba. Membuli. Masalah buli juga antara perkara yang sering terjadi di kalangan anak remaja kini. Kebanyakan mereka yang menghidapi masalah ini adalah disebabkan kurang mendapat kasih sayana daripada ibu bapa mereka. Berzina. Terdapat banyak siaran yang berunsurkan "soft porno" yang disiarkan dalam pelbagai platform media kini di mana ia dapat melahirkan perasaan ghairah kepada penontonnya. Hal ini telah mendorong individu tersebut untuk mencuba melakukan perkara yang berlawanan dengan syarak. Pada era ledakan globalisasi ini, semua perkara terjadi hanya di hujung jari. Begitu juga dengan isu keruntuhan akhlak ini dimana ia berpunca daripada teknologi media yang semakin berkembang pada hari ini. Pengaruh sosial dari Barat juga mudah memasuki dada belia remaja kini. Ianya sedikit sebanyak telah memusnahkan akhlak seseorang individu tersebut. Hal ini kerana, perkara yang menjadi ikutan remaja kini adalah satu perkara yang luar biasa dan kebanyakannya menunjukkan nilai yang negatif. Sebagai contoh: 1.


Hidup Tanpa Syariat Syariat telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW. Tujuan ianya diturunkan adalah untuk dijadikan pedoman dan panduan bagi seluruh manusia. Apabila tiadanya syariat dalam kehidupan seseorang, individu tersebut mungkin akan mudah terjerumus ke dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat islam. Misalnya, pengharaman arak dalam islam adalah bertujuan untuk mengelakkan kemudaratan terhadap individu dan masyarakat yang lain. Jika kita lihat dari perspektif barat , amalan pengambilan arak ini hanyalah untuk keseronokan semata-mata tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa kepada peminum atau orang disekelilingnya (Dr.Shukri, 2021). Bersadarkan firman Allah SWT: وَن ْفِل ُح ُت ْم َّل ُك اْجَتِنُبوُه َلَع َصاُب َواألْزالُم ِرْجٌسِمْن َعَمِل الَّشْيَطاِن َف َمْيِسُر َواألْن ْل َخْمُر َوا ْل َما ا َّن ِإ ِذيَن آَمُنوا َّل ُّيَها ا َأ َيا Firman Allah SWT: "Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Al-Ma'idah: 90) 2. Masalah Kesihatan Mental Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan masyarakat kita mengalami masalah kesihatan mental yang makin meningkat saban hari. Masalah mental ini terjadi disebabkan kurangnya pengabdian diri kepada Allah swt. Ia juga terjadi disebabkan tekanan kerja seharian yang dialami oleh seseorang individu. Mereka juga sering melakukan kerja tanpa memikirkan soal rehat dan kesihatan yang mana boleh memberikan kemudaratan mental kepada individu tersebut.(Noor Atiqah, 2022) 3.


01 Melahirkan generasi insan yang lebih harmoni dan sejahtera dalam kehidupan. Sebagai seorang muslim, aktiviti kerohanian ini membawa impak yang besar dalam keseimbangan fizikal dan mental bagi seseorang individu. Contohnya, solat berjemaah, qiamulail berjemaah, berpuasa berjemaah, semua ini memupuk sikap kebersamaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT sekaligus membina satu sosok tubuh jati diri seorang muslim yang cinta terhadap agamanya. Amalan ini juga menjadi salah satu kayu ukur perbezaan antara seorang mukmin dengan yang bukan mukmin. 02 Kepentingan pengaruh pendidikan rohani kepada manusia Melahirkan seseorang individu yang beretika. Setiap manusia perlu mengikuti peraturan moral dan etika yang telah ditetapkan oleh setiap agama atau negara. Individu yang beretika tidak akan melakukan perkara yang akan melanggar norma masyarakat. Mereka biasanya akan menghormati diri sendiri dan juga orang lain dalam melakukan sesuatu perkara. Etika dan undang-undang menunjukkan bahawa individu yang beretika sudah pasti tidak akan melanggar batas undang-undang Negara. Sebagai contoh, seseorang yang beretika tidak akan melanggar peraturan seperti apabila berada di jalan raya mereka akan berhenti ketika lampu isyarat merah, memakai tali pinggang kelender dan tidak memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Contoh lain jika di sekolah pula, seseorang pelajar yang beretika tentu akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan seperti tidak ponteng sekolah dan melakukan vandalisme. Tuntasnya, setiap agama mempunyai etika masing-masing mengikut kepercayaan mereka. Sebagai contoh, agama islam mempunyai etika ketika berpakaian yang sopan dan menutup aurat.


Dapat melahirkan seorang yang berpegang utuh dengan agama dan melaksanakan setiap ajaran yang dituntut oleh Allah SWT. Contoh: Pelajar sekolah telah diberikan pendedahan dan diajarkan tentang pendidikan rohani oleh guru masing-masing melalui pembelajaran dan pengajaran subjek Pendidikan Islam. Terdapat banyak subtopik yang menekankan tentang amalan keagamaan, halal dan haram dan hukum-hukum syariah Islam seperti ibadah. Kita mengetahui bahawa solat dilakukan oleh umat islam lima kali sehari dan umat islam juga wajib memunaikan haji sekali sepanjang hidup bagi yang berkemampuan. Bukan itu sahaja, di dalam subjek ini juga ada menerangkan tentang perbuatan apakah yang disuruh oleh Allah SWT untuk kita laksanakan dan perbuatan apakah yang dilarang oleh Baginda untuk kita hindari. Misalnya, kita hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa dan menjauhi segala perbuatan keji seperti mencuri dan berzina. Sesuai dengan suatu petikan hadis yang berbunyi ْم ِبِه" ُت ُك َمْر َأ اْجَتِنُبْوُه َوَما ْم َعْنُه َف ُك َم َیُقْوُل : َما َنَهْيُت َّل ْيِه َوَس اَل: َسِمْعُت َرُسْوَل ِهللا َصىَّل ُهللا َعَل َعْبُد الَّرْحَمِن ْبِن َصْخٍر َرِضَى هللا َعْنُه َق ِبي ُهَرْیَر َة َعْن َأ ِبَياِئِهْم ْن ُهْم َعىَل َأ ُف َمَساِئِلِهْم َواْخِتَال ُة َر ْم كْث ُك ْبِل ِذْیَن ِمْن َق َّل ْهَلَك ا َأ ما َّن ِإ وا ِمْنُه َما اْسَتَطْعُتْم َف ُت " َف ْأ Yang bermaksud "Dari Abu Hurairah ‘Abdul Rahman bin Sakhr radiyallahu ‘anh katanya: Aku dengar Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apa aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya barang yang kamu kuasa. Sesungguhnya telah binasa orangorang sebelum kamu oleh kerana banyak segala pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka". (HR Bukhari & Muslim). Di dalam hadis ini menjelaskan bahawa Nabi SAW mengingatkan kita iaitu umat islam agar sentiasa mematuhi dan menjauhi segala perkara yang ditegah oleh agama akan tetapi, semua yang dilarang oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW daripada segala rupa bentuk maksiat dan kejahatan sama ada yang berhubungan dengan diri atau masyarakat hendaklah dihindari. 03


Solusi dan Hujjah 1. 3. 2. PENERAPAN KEPADA ASAS AGAMA. Boleh dilakukan melalui pelbagai alemen dan cara. Ini sangat penting dalam membentuk diri seseorang yang berintelektual jasmani dan rohani. Nabi membangunkan sahsiah umatnya dengan komponen Islam iaitu akidah,syariah dan akhlak. AKHLAK- Berdasarkan hadith Nabi SAW: هَ َها، َوَي َكرُه َسْفَسا َف َف ُمِور َوَأشَرا ِحُّب َمَعاِلَي ا ُأل َتَعاىَل ُي ِإَّنَهللا Maksudnya : “ Sesungguhnya Allah SWT menyukai perkara-perkara (akhlak-akhlak) yang tinggi dan mulia dan Allah SWT membenci perkara-perkara (akhlak-akhlak) yang keji ”. Menjadikan Nabi SAW sebagai contoh teladan yang baik yang mempunyai sifat-sifat yang akhlak terpuji di dalam segala aspek kehidupan kita sama ada berkaitan dunia dan akhirat (Umar Mukhtar Mohd Noor, 2016) AKIDAH- Keyakinan kepada Allah tanpa sebarang syak dan ragu melalui rukun Iman yang enam. Iaitu, percaya kepada kewujudan Allah dengan mengenaliNya َبِصْيُر Allah firman ْل َوُهَو الَّسِمْيُع ا yang bermaksud: Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Melihat (Al-Syura, ayat 11) SYARIAT- Berpandukan undang-undang Islam yang telah didtetapkan iaitu mendidirkan solat, memahami Al-quran, berpuasa, amar makruf nahi mungkar dan sebagainya. Hal ini membendung umatnya mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai kemerlangan hidup. PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN Ibu bapa juga berperanan penting dalam mendidik serta membentuk anak-anak dengan penerapan asas agama sejak kecil. Sebagai contoh, berkaitan seksualiti iaitu aurat antara mukrim dan bukan muhrim, pendedahan batas pergaulan solat, adab atau nilai moral, dan sebagainya (Mohamad aniq Aiman, Alias, 2022)


KESIMPULAN Ini membuktikan pengaruh pendidikan rohani dapat memberi kesan yang besar kepada manusia melalui amalan penyucian jiwa. Pendidikan rohani ini perlu diperkukuhkan dari segi teori dan praktikal. Penekanan yang berterusan dari aspek tauhid dan akhlak perlu dititiberatkan bagi menanamkan rasa ketuhanan pada diri setiap manusia. Untuk mendapatkan kesempurnaan hidup perlu adanya pendidikan rohani dimana ia diibaratkan sebagai bunga atau buahan-buahan yang menghiasi sebuah pokok. Pokok itu diibaratkan sebagai manusia dimana akarnya merupakan akidah seseorang, batang dan dahan pokok itu pula adalah syariat Islam. Maka, dengan adanya pendidikan rohani sebagai salah satu ilmu yang perlu diterapkan setiap individu untuk membentuk sahsiah dan akhlak terpuji. Oleh itu, setiap pihak bertanggungjawab untuk menerapkan pendidikan kerohanian dalam diri setiap individu bagi mewujudkan perpaduan ummah yang hidup berlandaskan agama Islam yang sempurna


RUJUKAN Ashraf, S.H. 1985. New Horizons in Muslim Education. Cambridge: Hodder and Stoughton, The Islamic Academy Mohd Shukri Hanapi, 2021. Arak punca segala kerosakan, bencana dalam masyarakat. Dari: https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2021/11/890168/arak-punca-segala-kerosakanbencana-dalam-masyarakat Noor Atiqah Sulaiman, 2022, Masalah kesihatan mental membimbangkan. Dari: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1010651/masalah-kesihatan-mentalmembimbangkan-khairy Mohammad Aniq Aiman Alias, 2022. Dari: https://www.researchgate.net/publication/361560133_Permasalahan_Keruntuhan_Akhlak_dalam_K alangan_Remaja_Muslim_di_Malaysia_Isu_Cabaran_dan_Cadangan_Penyelesaian Majlis Ulama Isma, 2020. Dari: https://muis.org.my/2020/01/aspek-rohani-membina-keseimbangan-bukan-semata-mata-ritual/


THANK YOU


Click to View FlipBook Version