pendekatan pengalaman bahasa
modul
penulisan
karangan
naratif
berdasarkan
pengalaman
BAHASA MELAYU TAHUN 6
OLEH :
CIKGU JOSEPHINE
Kandungan Modul
Contoh Langkah-
Karangan langkah
membina
naratif karangan
naratif
Latihan Peta minda
membuat untuk
karangan
sumbangsaran
Ulasan guru
dan rakan
Apakah karangan naratif?
Urutadnalpaemristiwa pCeenrgbitaealradmraeasknaaraskneannadtiariu.
susunan kronologi.
tehKmaararua, snpwglmoaatten,amlkan.ptauarnraytdaifain Plpoetpprteteeennrnyddgeaiarlheihusadlauaniaarnndip,.aanda
Fomakduuarsildakhasrebanendrgidraai.nsJannroaakmrraaantmtifiPfe.nEduNalilGsaAmkLaAmraMondAguaNlnini
Marni alirhaattifcbonertdoahskaarrkaanngan
pengalaman.
Contoh 1
Soalan: Tuliskan pengalaman anda semasa cuti sekolah baru-baru ini
Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah pergi ke Legoland. Legoland terletak di
Nusajaya, Johor. Saya pergi ke sana bersama keluarga saya dengan menaiki
kereta.
Ketika sampai di Legoland, keadaan di situ riuh rendah. Banyak orang
sedang berbaris untuk membeli tiket di kaunter. Kami bergambar untuk
kenang-kenangan di pintu masuk Legoland.
Kami memulakan aktiviti dengan pergi ke Legoland Waterpark. Saya
dan adik syaa bermain air di kolam. Kami meluangkan masa selama tiga jam.
Selepas itu kami makan tengah hari di sebuah restoran yang terdapat di
Legoland.
Kemudian kami pergi ke 'Lego Star Wars Miniland'. Banyak karakter Star
Wars yang dipamerkan. Karakter di situ dibuat menggunakan lego. Terdapat
lego Star Wars yang dijual tetapi saya tidak membelinya kerana harganya
sangat mahal.
Selepas itu kami ke 'Lego Mindstorm'. Kami belajar tentang robotik. Saya
dan adik saya berjaya membuat robot menggunakan bahan yang disediakan.
Namun kami gagal untuk menggerakkan robot itu secara automatik. Seorang
kakitangan Legoland membantu kami menggerakkan robot yang kami bina.
Apabila menjelang pukul 7 petang, kami mendaftar masuk ke Hotel
Legoland. Bilik Hotel Legoland amat besar, luas dan cantik. Selepas mandi kami
terus tidur kerana kepenatan.
Pada hari berikutnya, kami bertolak balik dari Legoland ke kediaman kami
di Kemaman, Terengganu. Kami merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan
Legoland tetapi gembira dapat pergi ke Legoland.
Contoh 2
Soalan: Tuliskan pengalaman anda semasa menyambut majlis hari lahir anda.
Pada hari minggu yang lepas, saya telah meraikan hari jadi saya
yang ke-12 di rumah saya. Saya telah menjemput semua rakan
sekelas ke majlis hari jadi saya.
Pada hari tersebut, ayah dan abang sibuk menghias ruang
tamu dengan belon dan reben yang beraneka warna. Saya dan
kakak pula membantu ibu menyediakan makanan di dapur.
Ibu telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak.
Antaranya ialah nasi minyak, mi goreng, ayam goreng, keropok,
agar-agar, jus buah-buahan dan lain-lain lagi. Ibu juga membuat
sebiji kek yang besar untuk saya. Kami menghidangkan makanan
dan kek di atas meja.
Kira-kira pada pukul 6.00 petang, kawan-kawan pun tiba.
Mereka membawa hadiah dan kad ucapan untuk saya. Saya
menyambut kedatangan mereka dengan tangan terbuka. Semua
kawan berdiri mengelingi saya. Kami menyanyi lagu "Selamat Hari
Jadi" sambil bertepuk tangan dengan gembira.
Selepas membuat hajat, saya pun meniup lilin lalu memotong
kek. Saya menjemput kawan-kawan menikmati kek dan makanan
yang dihidangkan di atas meja.
Setelah menjamu selera, kami bermain permainan cari cucu
dan meniup belon di halaman rumah. Saya juga mengambil
gambar bersama kawan-kawan untuk dijadikan kenangan manis.
Pada pukul 9.00 malam, majlis hari jadi saya telah berakhir.
Semua kawan pulang ke rumah masing-masing. Saya berasa
sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah pada hari jadi
saya.
Langkah-langkah menulis
karangan naratif.
Kenal pasti kata kunci pada soalan yang diberikan.
Contohnya, ceritakan pengalaman Hari Sukan di
sekolah anda.
Kata kunci: Hari Sukan
Buat peta minda untuk tujuan sumbangsaran
(brainstorming) yang berkaitan dengan pengalaman
pada Hari Sukan.
Bahagikan isi kepada pendahuluan, pertengahan
dan penyelesaian.
Buat dalam bentuk rangka.
Tulis karangan karatif dan guna penanda wacana
yang sesuai seperti kemudian, setelah itu,
seterusnya dan akhirnya.
Semak ejaan dan kesilapan tatabahasa.
Pengalaman pada Hari Sukan Sekolah
Sumbangsaran
Diadakan pada minggu sesi senamrobik bersama
lepas di Stadium guru sebelum acara
Hari
Sukan Sekolah
acara bermula acara sukaneka untuk
dengan larian 200 guru dan murid
meter bagi semua Pra-sekolah
kategori
penyampaian saya mendapat
hadiah pingat emas dalam
acara 400 meter
Pengalaman pada Hari Sukan Sekolah
Merangka karangan
Pendahuluan
pada minggu lepas-sukan sekolah-di
stadium-awal pagi-bas sekolah-berkumpul
Pertengahan
senamrobik-guru-berkumpul di padang
acara trek-pingat emas
acara sukaneka-guru-prasekolah
Penyelesaian
penyampaian hadiah-berakhir 5.00 petang-
gembira-penat
Pengalaman pada Hari Sukan Sekolah
Menulis karangan
Pada hari Selasa yang lepas, sekolah saya telah
mengadakan _________________. Kami
bertolak dari sekolah pada pukul 6.30 pagi
menggunakan ______________. Sukan sekolah
diadakan di _________________.
Tiba di sekolah, semua murid dan guru
berkumpul di __________. Kami melakukan
aktiviti _____________ bersama guru.
Selepas itu, acara sukan bermula. Acara yang
pertama ialah acara larian 200 meter. Saya telah
menyertai acara larian 400 meter dan
___________ pingat emas. Acara sukaneka pula
disertai oleh guru dan murid Prasekolah. Acara
tersebut ialah lari dalam guni, isi air dalam botol
dan lari bawa bola.
Kira-kira pukul 4 petang, upacara
__________________ diadakan. Para pemenang
termasuk saya dijemput naik ke podium. Johan
keseluruhan ialah Rumah Merah.
Hari Sukan sekolah saya berakhir pada pukul
5 petang. Saya berasa sangat _________ kerana
memperoleh pingat emas walaupun saya
_________.
Latihan menulis karangan.
Tema 1: Bencana Banjir
Tulis sebuah karangan tentang pengalaman anda semasa
menghadapi bencana banjir.
Hujan lebat selama lima hari
di kawasan perumahan
Tema 1: Bencana Banjir
Merangka karangan
Pendahuluan
pada awal tahun-hujan lebat-tidak henti-
lima hari-kawasan perumahan-air sungai-
melimpah
Pertengahan
Penyelesaian
Tema 1: Bencana Banjir
Menulis karangan
Tema 1: Bencana Banjir
Komen dan ulasan
Guru:
Rakan:
Ibu bapa/penjaga: