The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohddanielmusa, 2022-04-11 10:12:48

SUKAN DAN PERADABAN

SUKAN DAN PERADABAN

E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERPADUAN

TAJUK: SUKAN DAN PERPADUAN

PROGRAM: KEJURUTERAAN ELEKTRONIK KOMPUTER
NAMA PENSYARAH: EN MOHAMMAD HAFEEZ BIN MD RAMLI

NAMA PELAJAR NO MATRIKS
MUHAMMAD DANIEL MUSA 02DTK21F1061
MUHAMMAD RAZIQ BIN RUDY 02DTK21F1065

HAFIYYUSUF RAHIMI BIN HAIZAM 02DTK21F1059

MUHAMMAD DANISH BIN MULIANA 02DTK21F1044
LEOW YAN QI 02DTK21F1054

1

BIL PERKARA
1 PENGHARGAAN
2 PENGENALAN
3 TOPIC: 1.0 SUKAN MALAYA
1.1 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
1.2 CONTOH-CONTOH SUKAN
1.3 PERPADUAN SUKAN DALAM MEMUPUK
PERPADUAN KAUM
1.4 FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN

4 KESIMPULAN
5 BAHAN RUJUKAN

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera.Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah berkatnya yang
diberikan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah kami,Puan Faridah kerana telah banyak
membantu dalam memberi sokongan dan panduan yang diberikan untuk
kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali. Beliau juga telah
berjaya menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang diajukan
dengan jelas sekali.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan
seperjuangan saya yang tidak pernah leju memberi kerjasama sepanjang
proses penghasilan efolio ini. Walaupun kami terdiri daripada pelbagai
bangsa,namun itu tidak mematahkan sikap Kerjasama antara sepasukan.
Tidak lupa juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala
pertolongan yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai

2

cabaran. Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk
diperkongsikan kepada kami.

Akhir sekali,saya ingin mengucapakn sepuluh jari tanda
penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses membuat folio
ini secara langsung dan secara tidak langsung.

PENGENALAN

Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk
perpaduan antara kaum.Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan
bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang
tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya
bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi
fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya.

Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar
Harimau Malaya dapat menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang
sama-sama, kalah pun sama-sama.Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan
adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim
dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.

Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati
antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam
mempertahankan kedaulatan negara.

3

TOPIK 1.0 SUKAN MALAYSIA

Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira
ideologi dan menyemarakan semangat patriotik dalam kalangan
rakyat.Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu kerana
ianya membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang
berminat.Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan
mengadakan termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali pada
peringat awal.Kemudian SUKMA mula diadakan setiap tahun untuk
merapatkan hubungan antara negeri.Aktiviti sukan dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan pemain ataupun penonton.

Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan dibawah
anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia ,Majlis-Majlis Sukan Negeri,Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM),Majlis Sukan Universiti Malaysia dan
Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.Seterusnya,Sukan ini juga merupakan
kejohanan "beraneka sukan" (Multisport Competition) dan berkonsepkan "Mini
Sukan Olimpik" di Malaysia yang melibatkan atlet remaja.

Seterusnya,sukan Malaysia diadakan secara dwi tahunan,kemudian
diadakan setiap tahun untuk mencungkin bakat atlet-atlet remaja di peringkat
negeri dan daerah bagi menggalakan penglibatan secara mendalam dalam
sukan yang dipertandingkan.

1.1 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN

• Sukan sebagai alat perpaduan dan antarabangsa Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai bangsa dan kaum.

• Aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu
sama lain

• Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang untuk bekerjasama dan
saling memahami antara kaum.

• Mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan
negara lain

4

1.2 CONTOH-CONTOH SUKAN
1) BOLA SEPAK
2) BADMINTON
3) BOLA JARING
4) OLAHRAGA
5) RAGBI
6)BOLA BALING

BADMINTON

BIODATA DATUK LEE CHONG WEI
Nama penuh:Lee Chong Wei
Tarikh Lahir:21 Oktober 1982
Tempat Lahir:Penang,Malaysia

5

Kerjaya:Pemain Badminton Keseorangan Lelaki
PENCAPAIAN
1)SUKAN SEA 2005 DI MANILA

• Dato' Lee Chong Wei telah membanggakan nama Malaysia setelah mendapat
tempat ke-2 pada aksi final di sukan SEA 2005 di Manila.

2)SUKAN OLIMPIK RIO 2016

• Pingat Perak milik Malaysia dan ia masih juga satu kebanggaan buat negara
dalam perjuangan mengharumkan nama negara di Temasya Sukan Olimpik
2016 di Rio.

6

RUMUSAN

Perpaduan yang dapat dilihat dari perkembangan sukan di negara kita ialah contoh
dalam sukan badminton yang telah mendapat nama di peringkat tinggi iaitu Dato'Lee
Chong Wei.Beliau telah mengharumkan nama negara Malaysia dengan menyertai
sukan ini.Selain itu,perpaduan antara kaum dapat dilihat antara satu sama
lain.Pelbagai kaum iaitu Melayu,India dan Cina telah berganding bahu untuk
memberi sokongan yang padu kepada Dato'Lee Chong Wei dalam sukan badminton
ini.Hal yang demikian menjelaskan bahawa telah wujud perpaduan melalui sukan
dalam negara kita.

Ternyata bidang sukan memang menjadi salah satu menyatupadukan
masyarakat di Malaysia.Tanpa mengira warna kulit,bangsa dan
agama,bidang sukan sebenarnya telah memainkan peranan penting dalam
kehidupan masyarakat majmuk.Kerajaan dan pihak-pihak terlibat perlulah
memainkan peranan dalam melestarikan bidang sukan dan tidak hanya
memandang enteng terhadap bidang sukan yang merupakan salah satu
agen menyatupadukan masyarakat.

7

1.3 PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan
dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong,
pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak
akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam,
Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin
dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman
provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar
negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan
dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan
termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan
menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat
penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar
belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.

Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan
sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan
Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan Malaysia (Sukma) yang
diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara.
Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana
Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang
melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk
sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh
Malaysia di arena antarabangsa.

8

Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam
perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat
dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara. Perpaduan dalam
negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat
politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya. Sukan sebagai
alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan
termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua
peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa
mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun
dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu
pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi
dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.

Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat
bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan
kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh
juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian
kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam
mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam
kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.

9

Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan
budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi
penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk
Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan
Negara menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan dan tanggungjawab
setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan sukan, rekreasi
dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi pengajian serta badan
dan individu yang terlibat dengan sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar
pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan
integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan
pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-
program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi.
Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan
negara.Sehubungan dengan itu, sukan mampu menggalakkan pertandingan
yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan
pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan.Oleh itu, sukan memberi
peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu
masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan
negara. Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek
kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan
negara.

10

1.4 FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN

Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah
positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan
kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah,
pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan
kompleks.

Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan
perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti
dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama
dan sokongan.

Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan
dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan
peningkatan kecemerlangan dan imej negara.

Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi
yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada
atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan
lain-lain pihak yang berkaitan.

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang penting
untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh
sukan dalam semua aspek kaum yang telah banyak menunjukkan kepada kita
bahawa sukan juga dapat menyatupadukan perpaduan antara kaum. Sukan
amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga
mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di
Malaysia.

11

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun
kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan
sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap
kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang
secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada
peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan
semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia
meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama
antarabangsa.

BAHAN RUJUKAN

1)Mohd Salleh Aman. (2004). Sukan Dalam Masyarkat Malaysia. Johor Bharu: Penerbitan Pelangi.

Arkib Sukan, 1992, Majlis Sukan Negara Malaysia

Wikipedia sukan, ensiklopedia bebas

'Sukan Alat Perpaduan Di Malaysia', Kolum Pena Dr. Siva, Utusan Malaysia, 7 Ogos 2012.

MZ Zainudin, Fadzrul Ikhwan Mohd Zaid, Mohd Firdaus Halim, Dailami Mansor, Muhamad Faiz Che Pa
@Mustapa, Mohamad Hafiz Mat, Ahmad Tharmizi Md. Sukhaimi, Tee Hoo Yeow

12

13


Click to View FlipBook Version