The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohddanielmusa, 2022-04-11 11:57:44

KESIHATAN DAN PERPADUAN

KESIHATAN DAN PERPADUAN

E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERPADUAN

TAJUK: KESIHATAN DAN PERPADUAN

PROGRAM: KEJURUTERAAN ELEKTRONIK KOMPUTER
NAMA PENSYARAH: EN MOHAMMAD HAFEEZ BIN MD RAMLI

NAMA PELAJAR NO MATRIKS
MUHAMMAD DANIEL MUSA 02DTK21F1061
MUHAMMAD RAZIQ BIN RUDY 02DTK21F1065

HAFIYYUSUF RAHIMI BIN HAIZAM 02DTK21F1059

MUHAMMAD DANISH BIN MULIANA 02DTK21F1044
LEOW YAN QI 02DTK21F1054

1

ISI KANDUNGAN:

1. PENGHARGAAN
2. .PENGENALAN
3. KEBERSIHAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN ANTARA MASYARAKAT DAN

KAUM
4. MASALAH KESIHATAN YANG DIHADAPI DAPAT DISELESAIKAN DENGAN

SEMANGAT PERPADUAN KAUM
5. PIRAMID MAKANAN
6. PERPADUAN PADA HARI INI
7. FAKTOR KESIHATAN MEMPENGARUHI SEMANGAT PERPADUAN KAUM
8. KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT
9. PERPADUAN KAUM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN EKONOMI
10. KESIMPULAN
11. LAMPIRAN
12. RUJUKAN

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulilah dan setinggi-tinggi kesyukuran teradap ilahi kerana
telah memudahkan saya dan ahli kumpulan saya menyiapkan tugasan efolio
bagi subjek penghayatan etika dan peradaban (MPU21032) dengan jayanya.

Saya ingin mungucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Muhammad Luthffi Ameer Bin
Abdullah , selaku pensyarah penghayatan etika dan peradaban kerana telah
memberi tunjuk ajar cara-cara membuat tugasan efolio mmengikut kriteria-
kriteria yang telah ditetapkan kepada kumpulan saya. Selain itu, saya juga
ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada ahli kumpulan saya
kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara lansung atau tidak
langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih

2

PENGENALAN

Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang aman dan
harmoni. Kepelbagaian kaum seperti Melayu, Cina dan India yang hidup
bagai aur dengan tebing menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
unik di rantau ini. Oleh itu, bagi memupuk perpaduan bagi masyarakat
Malaysia, kesihatan dan kesejahteraan diri harus diperkukuhkan. Perpaduan
dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat penting bagi menjamin
kesihatan dan kehidupan yg sihat

KEBERSIHAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN ANTARA MASYARAKAT
DAN KAUM

Kebersihan merupakan separuh daripada iman. Nilai kebersihan yang rendah
boleh memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia. Keadaan persekitaran
yang kotor sehingga menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian haiwan

liar akan mendatangkan masalah kesihatan kepada masyarakat terutama
kepada penduduk yang tinggal berjiran. Isu sampah dibuang merata-rata
akan membawa kepada peningkatan kes aedes kerana pembiakkan nyamuk

aedes meningkat di kawasan air bertakung.

selain itu, sampah yang bersepah juga akan menarik perhatian haiwan liar
termasuk ular dan tikus yang akan menyebabkan masalah kesihatan dan juga
menjejaskan keselamatan penduduk. Begitu juga dengan kebersihan di dalam

kampus. Kebersihan memainkan peranan yang amat penting agar pelajar
dapat berlajar dengan selesa dan para pensyarah dapat mengajar dengan
selesa. Oleh itu, para pelajar hendaklah menjaga kebersihan sekeliling agar

hubungan antara pelajar dan pensyarah dapat dijaga

3

MASALAH KESIHATAN YANG DIHADAPI DAPAT DISELESAIKAN
DENGAN SEMANGAT PERPADUAN KAUM

Dalam sektor ekonomi, ahli perniagaan sama ada Melayu, Cina atau India
yang dermawan turut memberikan sumbangan besar dalam kesihatan.
Mereka berganding bahu bersama masyarakat dalam menjayakan satu
program sumbangan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.

Contohnya, memberikan perkhidmatan perbuatan, keperluan asas harian dan
sedikit bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan

Selain itu, ahli perniagaan turut memberi pendedahan berkaitan kesihatan
bagi memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Hal
ini dapat memperkukuh perpaduan masyarakat serta mengelakkan daripada

penularan penyakit berjangkit serta dapat meningkatkan kesejahteraan
rakyat.

4

PIRAMID MAKANAN

Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan umum bagi
orang ramai . Ia menggariskan jenis dan jumlah makanan yang harus
diambil secara harian . Idea piramid makanan ini telah bermula sejak
lewat tahun 70-an dan mula popular pada awal 90-an . Ia dikeluarkan
oleh US Department Of Agricultur ( USDA ) . Dari masa ke semasa ia
mengalami beberapa perubahan tetapi secara umumnya tiada
perubahan yang besar berlalu pada piramid makanan ini .

Pemakanan adalah aspek yang sangat penting dalam penjagaan
kesihatan . Piramid makanan memberikan panduan umum tentang
pemakanan seimbang yang merangkumi kombinasi pelbagai jenis
makanan untuk memberikan zat serta nutrisi yang cukup kepada badan .
Disebkan tiada satu pun jenis makanan yang dibekalkan semua jenis zat
, gabungan makana yang diperlukan .

Makanan memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan
menjaga kesihatan . Oleh itu , wujud pelbagai kebaikan daripada
makanan seimbang ini .

5

PERPADUAN PADA HARI INI
Tugas paling mendesak bagi rakyat Malaysia pada masa kini tanpa
mengira perbezaan bangsa dan fahaman politik adalah memastikan
keharmonian kaum dan agama kekal utuh . Pemegang Amanah Yayasan
Perpaduan Malaysia , Tan Sri Lee Lam Thye , berkata perkara itu hanya
boleh dicapai jika semua pihak menolak sebarang bentuk ekstremisme
yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama .

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan patriotic ,
adalah menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan keamanan dan
keharmonian dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan
provokasi dan keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan
kekacauan .

6

FAKTOR KESIHATAN MEMPENGARUHI SEMANGAT PERPADUAN
KAUM

Kajian menunjukkan bahawa majoriti remaja B40 yang tinggal di kawasan
perumahan rakyat mengakui bahawa mereka merasa gembira berkawan
dengan rakan yang berlainan bangsa iaitu mereka mengakui bahawa mereka
dan jiran-jiran di sekelilig mereka saling hormat-menghormati antara satu

sama lain dan boleh bertolak ansur.

Hasil kajian mendapati 4 faktor yang mempengaruhi semangat perpaduan
dalam kalangan mereka iaitu kesihatan diri, tingkah laku prososial, hubungan

kejiranan dan semangat cinta akan negara. Justeru, keputusan kajian ini
menyatakan bahawa faktor kesihatan diri merupakan petunjuk utama yang
mempengaruhi semangaat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang

tinggal di kawasan perumahan rakyat.Oleh itu, semangat perpaduan
merupakan aspek penting kerana dapat menyemai dan menggambarkan
penyatuan nilai-nilai murni yang perlu dihayati bersama dalam kalangan

masyarakat yang berbillang kaum dan etnik di Malaysia.

KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT

Kesihatan yang baik adalah penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Oleh
itu, kerajaan terus komited untuk mencapai akses sejagat kepada penjagaan

kesihatan berkualiti dalam tempoh rancangan dengan meneruskan usaha
untuk menambah baik asas sistem kesihatan.Setiap rakyat Malaysia akan
mempunyai akses yang sama kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan

berkualiti pada kos yang berpatutan yang disediakan oleh penyedia
perkhidmatan awam atau swasta.

Akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti, terutamanya di kawasan
dan masyarakat yang kurang mendapat liputan di bandar dan luar bandar

akan diperluas. Ini termasuk perluasan perkhidmatan kepada isi rumah miskin
dan berpendapatan rendah, Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan
kawasan luar bandar dan pedalaman di Sabah dan Sarawak.Oleh itu,

penempatan lebih ramai pakar dalam bidang perubatan dan kesihatan serta
mewujudkan lebih banyak kemudahan penjagaan kesihatan di kawasan yang

amat memrlukan

7

PERPADUAN KAUM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN EKONOMI
Seperti yang kita sedia maklum, jika ada masyarakat yang sakit sudah tentu

klinik/hospital yang akan menjadi tempat kunjungan untuk memeriksa
masalah kesihatan dan mendapatkan rawatan. Tidak kira apa bangsa
klinik/hospital akan menjadi rujukan setiap rakyat dalam mendapatkan

rawatan terhadap sebarang masalah kesihatan yang dihadapi.
Begitu juga dengan pegawai yang bertugas sama ada doktor, jururawat,
pembantu hospital dan semua kakitangan hospital akan memastikan pesakit
yang datang akan diberikan rawatan. Suasana ini berlaku di semua klinik dan
hospital di Malaysia dan ianya sesuatu yang menjadi detik perpaduan dalam

kalangan rakyat yang mesti diteruskan malah dibanggakan. Oleh itu,
masyarakat tidak perlu bimbang hidup dalam negara Malaysia kerana
rakyatnya yang tidak membezakan bagsa serta agama dalam segala urusan.

8

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kesihatan diri dan bertanggungjawab
menjaga kebersihan sekeliling kita dan dapat memupuk perpaduan antara
kaum dengan menjaga kebersihan bersama-sama dengan penduduk sekitar
yang berbilang kaum. Hal ini kerana kerjasama antara kaum menjaga kesihatan
sejagat mengeratkan lagi perpaduan kaum di Malaysia.

Seterusnya, kesimpulan yang dapat diolah adalah berkenaan diri kita
sendiri. Kita seharusnya cuba untuk memantapkan sahsiah diri kita supaya
matlamat hidup tidak terpesong.

Selain itu, kita mestilah berganding bahu dengan masyarakat sekeliling
kita supaya masalah yang bertimbun mampu diselesaikan dengan selamat dan
berjaya. Disamping itu, kita sewajarnya menanam semangat perpaduan yang
amat mendalam bagi seorang siswa/siswi untuk bekerjasama dalam bidang
kesihatan.

Akhir sekali, kita mestilah berpegang teguh kepada ajaran agama
masing-masing. Hal ini dikatakan demikian kerana kita cuba untuk
mengelakkan perkara berulang sekali lagi.

9

LAMPIRAN

10

RUJUKAN
• https://haziqahhannis17.blogspot.com/2020/09/kesihatan-dan-
perpaduan.html
• http://nilaimasyarakatmalaysia.blogspot.com/2015/09/blog-post_30.html
• https://news.usm.my/index.php/keratan-akhbar/5443-250-peserta-
hadiri-program-tentang-kesihatan-mental-di-usm-pulau-pinang

• https://jknmelaka.moh.gov.my/xs/page.php?s=keratan
-akhbar

11


Click to View FlipBook Version