The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadierana48, 2023-07-03 03:05:09

TUGASAN 2-BMMB1144 ISU KESANTUNAN BAHASA

BMMB1144-TUGASAN 2

NAMA NURUL NADIRA BINTI AMRAN NO KAD PENGENALAN 040830-13-0020 ANGKA GILIRAN 2022042310038 KUMPULAN PPISMP JUN 2022 BM SK 2 BMMB1144: KESANTUNAN BERBAHASA ISU KESANTUNAN BAHASA DALAM MEDIA SOSIAL


Media sosial merupakan medium yang membenarkan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih cepat. Terdapat pelbagai medium komunikasi yang digunakan oleh masyarakat pada hari ini termasuklah WhatsApp, twitter, Instagram, facebook dan lain-lain. Media sosial meskipun bersifat laman peribadi, namun kita tetap memerlukan unsur-unsur kesopanan dan kesantunan ketika berbicara atau berkomunikasi bersamasama kenalan. Aspek komunikasi berkesan melalui penggunaan bahasa dan aspek tatabahasa supaya mesej yang disampaikan mudah difahami dan tidak disalah anggap (Nazariyah Sani, 2015). Secara individu anda dikehendaki mencipta satu e-book yang membincangkan isu-isu penggunaan bahasa yang kurang sopan dalam kalangan masyarakat di media sosial. Berikan justifikasi dan cadangkan cara-cara menangani isu kesantunan berbahasa ini agar masyarakat kita dikenali sebagai masyarakat yang mempunyai jati diri tinggi. . KPPB (Idea Utama :Menerima Kepelbagaian Budaya) Soalan Tugasan


ISU KESANTUNAN BERBAHASA DALAM MEDIA SOSIAL CARA-CARA MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA ISI KANDUNGAN DEFINISI DAN KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA PENGGUNAAN BAHASA YANG KURANG SOPAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MEDIA SOSIAL Kesimpulan dan sumber rujukan


Apa itu Kesantunan Berbahasa? Kesantunan dapat didefinisikan sebagai penggunaan kata dan sesuatu ujaran dengan sopan dan beradab. Kesantunan bahasa merupakan kehalusan atau kesopanan ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Kesantunan ini dapat dilihat melalui tutur kata dalam berbicara yang lemah lembut dan beradab. Kesantunan bahasa mencerminkan budi bahasa seseorang individu.


KONSEP KESANTUNAN BAHASA MENURUT TOKOH Kesantunan bahasa ditakrifkan sebagai penggunaan bahasa seharihari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung. Kesantunan merujuk kepada adab yang elok dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada kecantikan wajah dan pakaiannya. Kesantunan bermaksud perlakuan ynag dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Kesantunan dikatakan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. ASMAH HAJI OMAR (2000) Leech (1993) Awang Sariyan (2007) Hamka (2002)


Penggunaan Bahasa yang Kurang Sopan Dalam Kalangan Masyarakat di Media Sosial Media sosial meskipun bersifat laman peribadi, namun kita tetap memerlukan unsur-unsur kesopanan dan kesantunan ketika berbicara atau berkomunikasi bersama-sama kenalan. Bahasa yang kurang sopan bermaksud bahasa yang kurang manis untuk dituturkan. Penggunaan bahasa yang kurang sopan boleh terjadi apabila emosi dikuasai oleh perasaan marah, ego, sombong, angkuh dan sebagainya. Bahasa kurang sopan juga merupakan penggunaan perkataan yang kurang sopan dan mampu menimbulkan geseran dalam sesuatu interaksi.


ISU-ISU KESANTUNAN BAHASA DALAM MEDIA SOSIAL


ISU KESANTUNAN BAHASA DALAM MEDIA SOSIAL Mengulas Komen dengan Bahasa yang Kasar dan Tidak Sopan Penggunaan Bahasa Rojak Penggunaan Bahasa Slanga Penggunaan Bahasa Singkatan


Penggunaan Bahasa Rojak Bahasa rojak ialah suatu amalan pencampuran kod iaitu mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Penggunaan bahasa rojak ini terjadi kerana sikap kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap bahasa Melayu. Rakyat Malaysia juga sering mengagung-agungkan bahasa Inggeris dan menggap ia adalah bahasa terbaik untuk bertutur. Kebanyakan media tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul ketika menyampaikan maklumat dengan orang ramai sekaligus menjadi ikutan.


CONTOH PENGGUNAAN BAHASA ROJAK DALAM MEDIA SOSIAL Berikut merupakan contoh penggunaan bahasa rojak yang dapat dilihat dalam media sosial. Penggunaan bahasa rojak tersebut dapat dilihat di platform media sosial 'TikTok'. Penggunaan bahasa rojak mampu menjatuhkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


Perkataan 'claim ' , 'download' dan 'app ' merupakan perkataan bahasa Inggeris yang telah dicampur adukkan dalam bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa penulis tersebut kurang kesantunan bahasa iaitu menggunakan bahasa rojak dalam komunikasinya. JUSTIFIKASI PENGGUNAAN BAHASA ROJAK DALAM MEDIA SOSIAL Penggunaan bahasa rojak dapat dilihat apabila pengguna media sosial tersebut menggabungkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu dalam percakpannya.


Mengulas Komen dengan Bahasa yang Kasar dan Tidak Sopan Bahasa yang kasar merupakan bahasa yang menggunakan kata-kata kesat dalam percakapan atau tulisan yang menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya. Pengguna media sosial kini seringkali menggunakan kata-kata yang kasar dan tidak sopan apabila meninggalkan komen pada akaun seseorang untuk melepaskan emosi


Berikut merupakan contoh penggunaan bahasa kasar dan tidak sopan di media sosial apabila pengguna tersebut meninggalkan komen. Justifikasi Mengenai Komen dengan Bahasa Kasar dan Tidak Sopan di Media Sosial Contoh berikut jelas menunjukkan bahawa terdapat penggunaan katakata kasar dan tidak sopan yang digunakan oleh individu tersebut apabila meninggalkan komen. Penggunaan perkataan 'sengal' menunjukkan penulis telah berkata kasar apabila berkomunikasi di media sosial. Contoh Komen dengan Bahasa Kasar dan Tidak Sopan di Media Sosial Cara percakapan seperti di contoh sebelah juga menunjukkan ketidaksopanan dalam berbicara.


aku aq sayang cyg gak juga Penggunaan Bahasa Singkatan Bahasa singkatan ialah bahasa yang mengandungi perkataan-perkataan yang dipendekkan atau disingkatkan dari segi ejaan. Contoh bahasa singkatan yang sering digunakan oleh masyarakat kini dalam berkomunikasi di media sosial ialah seperti:


Contoh Penggunaan Bahasa Singkatan Berikut merupakan contoh penggunaan bahasa singkatan dalam media sosial. Penggunaan bahasa singkat dikatakan mampu menjimatkan masa dan memudahkan individu untuk berkomunikasi dalam media sosial. Penggunaan bahasa singkat ini menunjukkan tiada kesantunan bahasa dalam diri seorang pengguna media sosial tersebut kerana sudah lari daripada perkataan asal.


Justifikasi Penggunaan Bahasa Singkatan 01 Berdasarkan contoh berikut, jelas sekali bahawa pengguna media sosial tersebut kurang menitikberatkan kesantunan bahasa apabila berkomunikasi dengan orang lain. 02 Penggunaan kata singkatan seperti dalam contoh tersebut iaitu '2morrow' mampu mengelirukan penerima sekaligus mampu menimbulkan kekeliruan dan kesalahfahaman. Penggunaan bahasa singkatan yang terlalu sering akan turut mempengaruhi orang lain untuk menggunakannya sewaktu berkomunikasi dengan orang lain di media sosial setiap hari. 03


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2008), slanga bermaksud kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku dan kebiasaannya digunakan dalam percakapan tidak rasmi. Penggunaan Bahasa Slanga Penggunaan bahasa slanga ini biasanya terpengaruh daripada loghat negeri. Contohnya negeri Kedah yang menggunakan 'hang' iaitu 'awak' dalam bahasa Melayu.


Contoh Penggunaan Bahasa Slanga Berikut merupakan contoh yang dapat dilihat daripada media sosial yang menunjukkan penggunaan bahasa slanga yang berlebihan. Punca penggunaan bahasa slanga Pengaruh media sosial yang banyak menggunakan istilah-istilah yang telah diubah suai dan moden. Kebanyakan remaja menggunakan medium media sosial untuk menghubungi antara satu sama lain sehungga secara tidak langsung telah mengembangkan bahasa slanga dengan mudah.


C o n t o h t e r s e b u t j e l a s s e k a l i m e n u n j u k k a n b a h a w a t i a d a k e s a n t u n a n b a h a s a y a n g d i g u n a k a n . P e n g g u n a a n b a h a s a s l a n g a d i m e d i a s o s i a l m e m p u n y a i h u b u n g a n d e n g a n k a t a g a n t i n a m a d i r i , k a t a k e r j a d a n p e n g a r u h b a h a s a a s i n g s e p e r t i y a n g d i t u n j u k k a n d a l a m c o n t o h . P e n g g u n a a n b a h a s a s l a n g a y a n g s e d a n g b e r l e l u a s a a k i b a t m e d i a s o s i a l m e m p u n y a i i m p a k y a n g n e g a t i f t e r h a d a p b a h a s a M e l a y u j i k a t i d a k d i b e n d u n g . P e n g g u n a a n p e r k a t a a n 'slay' dan 'nok' merupakan bahasa slanga yang sering d i g u n a k a n o l e h r e m a j a m a s a k i n i ,


Cara-Cara Menangani Isu Kesantunan Bahasa


Peranan ibu bapa Peranan institusi pendidikan Peranan kerajaan Peranan dalam Menangani Isu Peranan media massa


Peranan Ibu Bapa Memberi tunjuk ajar sejak kecil lagi mengenai kesantunan ketika bercakap. Menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya ibu bapa menggunakan bahasa yang santun ketika berkomunikasi dengan orang lain . Ibu bapa menghantar anak-anak ke program-program seperti kempen atau ceramah kerana program sebegini biasanya menggunakan bahasa yang sopan. Memberikan teguran dan nasihat kepada anak-anak supaya tidak menggunakan kata-kata yanng kurang sopan dalam kehidupan seharian. Memantau akaun media sosial anak-anak , aktiviti harian mereka, cara pergaulan dan mengenali rakan-rakan anak mereka.


Peranan Institusi Pendidikan GURU PIHAK BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH Mendidik murid-murid tentang kesantunan dalam pelbagai aspek sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Menganjurkan aktiviti berkaitan dengan bahasa bagi menarik minat pelajar terhadap bahasa Melayu secara tidak langsung memberi impak kepada aspek kesantunan bahasa. Membimbing dan memberi peringatan kepada pelajarpelajar untuk mengamalkan kesantunan berbahasa agar menjadi kebiasaan dalam kehidupan pelajar.


Kerajaan memainkan peranan penting dalam menangani isu kesantunan ini. PERANAN KERAJAAN KEMPEN KESEDARAN UNDANG-UNDANG BAHASA MELAYU GRAMATIS SEKATAN FILEM Mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menggunakan bahasa Melayu yang baik dan sopan. Menguatkuasa undangundang negara dengan mewujudkan satu akta tentang penggunaan bahasa yang tidak sopan di khalayak umum. Pengwajiban penggunaan bahasa Melayu gramatis dalam semua urusan Pendidikan. Hal ini bagi menerapkan nilai-nilai penggunaan bahasa yang betul dalam semua urusan pendidikan. Perkara ini akan menjadi amalan jika dibiasakan. Menyekat filem-filem atau drama yang tidak mematuhi nilai-nilai budaya dan kesantunan berbahasa.


Media cetak PERANAN MEDIA MASSA Media elektronik Rancangan televisyen Iklan dan drama Televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancanganrancangan yang memaparkan kebaikan budi bahasa dan nilainilai murni. Menyiarkan pelbagairancangan yang menggunakan bahasa yangbaik dan sopan. Surat khabar danmajalah haruslah mengeluarkan bahan-bahan panduan atau rujukan kepada orangramai mengenai kesantunan berbahasa. Iklan-iklan atau drama Melayu hendaklah menekankan aspek kesantunan berbahasa semasa melakukan rakaman kerana hal ini juga mempengaruhi orangyang melihatnya.


KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat banyak bukti yang jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu masa kini banyak menggunakan bahasa yang kurang santun yang dianggap sebagai cara berkomunikasi pada zaman ini. Kesantunan bahasa ketika berkomunikasi dengan orang lain sangat penting tidak kira dimana kita berada supaya Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang harmoni dan dipandang tinggi oleh orang luar..


SENARAI RUJUKAN


SENARAI RUJUKAN


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version