The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yumnisafiah7, 2022-11-10 11:56:32

BORIA

BORIA

PENGENALAN

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau
Pinang. Walaupun dipercayai boria berasal dari Parsi dan di bawa masuk ke Tanah Melayu
oleh askar-askar India selatan, boria telah diubahsuai dan dinajukan lagi oleh orang Melayu di
Pulau Pinang. Pada awal abad ini boria dipersembahkan dengan meluas di Pulau Pinang tetapi
masa kini teater dipersembahkan di daerah-daerah tempatan sahaja. Daripada pelbagai sumber
yang di dapati, pada pertengahan abad ke-19, teater boria melibatkan lagu vokal dan tarian di
bawa ke Pulau Pinang oleh askar-askar India selatan yang beragama Islam. Pada masa itu boria
dipersembahkan oleh askar-askar itu selama 10 hari pada bula Muharam untuk mengingati
peristiwa Karbala dan meratapi kematian Saidina Hussein r.a. Kemudian boria
dipersembahkan di Pulau Pinang oleh penduduk-penduduk tempatan yang berketurunan India
selatan yang lebih dikenali dengan gelaran Jawi-Pekan. Boria diubahsuai mengikut citarasa
dan keperluan komuniti tenpatan. Masa kini, boria dipersembahkan pada hari kebangsaan dan
pesta-pesta di Pulau Pinang, tapak-tapak ekspo dan sebagainya dengan tujuan memajukan
pelancongan. Selain itu, pertandingan-pertandingan boria juga turut diadakan bagi memastikan
boria tidak hilang dek arus kemodenan.

Di kampung-kampung boria sering dipersembahkan di pentas biasa iaitu di atas pelantar
kayu yang dibina kira-kira 1 meter tingginya. Biasanya pentas ini tidak memerlukan set atau
props. Prop-prop kecil sahaja yang dipegang oleh para peserta boria. Peserta-peserta masuk
ke pentas dari bahagian belakang. Di sini juga ditempatkan pemain-pemain muzik yang duduk

pada masa persembahan. Ruang di bahagian hadapan pelantar ini merupakan gelanggang
untuk persembahan boria. Apabila dimainkan untuk perayaan negeri biasanya pentas dewan
digunakan tetapi prop dan set masih tidak diperlukan.

Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu lakonan atau lawak jenaka dan juga
nyanyian. Kedua-dua segmen ini saling bergantungan di antara satu sama lain dalam
menentukan mutu persembahan. Pada asalnya, para pelakon boria adalah lelaki sahaja. Watak
wanita yang ditimbulkan dalam cerita akan dilakonkan oleh pelakon lelaki yang akan memakai
pakaian wanita sambil merendahkan suaranya agar tidak selantang suara lelaki. Dalam
kumpulan boria wania biasanya akan menyanyi. Tetapi sejak tahun 1950 an, pasukan boria
wanita mula wujud. Lakonan akan dipenuhi dengan lawak jenaka yang sengaja direka untuk
memberi rasa geli hati kepada penonton.

Sebaik sahaja babak lakonan berakhir, muzik pula akan dimainkan menandakan
bermulanya bahagian kedua persembahan iaitu segmen nyanyian. Si tukang karang iaitu ketua

penyanyi dalam setiap kumpulan akan mendahului para kelasi iaitu penari atau penyanyi latar
masuk ke pentas sambil memusing-musingkan 'baton' di tangan. Nyanyian dimulakan secara
solo oleh tukang karang yang kemudian diikuti oleh korus pihak kelasi.

Pada masa kini cerita-cerita yang dikisahkan dalam persembahan boria tertumpu
kepada tema-tema yang berhubungkaitkan dengan tujuan persembahan itu dan juga isu-isu
masyarakat semasa. Kadang kala cerita Cina atau India juga dikisahkan malah ceria daripada
filem juga dilakonkan dalam pementasan boria.

Pasukan amaur lazimnya berhubungkait dengan pergerakan belia politik, sekolah-
sekolah atau maktab-maktab. Pasukan profesional terdiri daripada beberapa pelakon yang
telah mahir mengimprovisasikan dialog. Pasukan profesional ini merupakan pasukanyang
stabil berbanding dengan pasukan amatur memandnagkan mereka lebih berpengalaman dalam
persembahan.

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH BORIA

Permainan Boria ini banyak dikatkan dengan peristiwa Karbala iaitu peristiwa
pembunuhan Saidina Hassan dan Saidina Hussein r.a iaitu putera kepada Saidina Ali (cucu
Nabi Muhammad s.a.w) oleh tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian. Peristiwa ini
membuatkan pengikut-pengikut Syiah mengadakan upacara perkabungan tahunan . Semasa
upacara atau majlis itu para pengikut akan bersyair, bersajak, berlakon sementara ada pengikut
yang sanggup meratap serta mencederakan diri sendiri hingga berdarah semata-mata ingin
meratapi dan merasai suasana peristiwa Karbala itu. Upacara atau majlis ini dikenali sebagai
Ta’ziya.

Apabila pergerakan ini cenderung ke arah politik, maka ada kumpulan yang menjadikan
persembahan atau majlis ini untuk mencari pengaruh maka majlis ini mulalah dibiayai oleh
taukeh atau saudagar-saudagar kaya untuk menarik minat pengunjung dating menyertai majlis
tersebut.Sekitar abad ke 19, permainan boria ini dibawa oleh golongan India Muslim ke Pulau
Pinang yang kemudiannya mempengaruhi minat turut sama oleh orang-orang Melayu
tempatan. Setelah orang - orang Melayu tempatan menarajuinya maka banyak elemen dan
perubahan yang telah diperbaharui. Semangat Kebangsaan menentang penjajah (Kerajaan
British) pada kita itu. Oleh kerana perjuangan menuntut kemerdekaan begitu kuat, maka boria

dijadikan landasan untuk golongan Melayu serta golongan minoriti lain bersama menjayakan
persembahan boria ini iaitu golongan India dan golongan Cina.

Perkataan Boria dikatakan berasai dari perkataan ‘Borai’ dari bahasa Hindustan yang
bermaksud gila atau sasau. Boria jua bermaksud tikar kerana ia dikaitkan dengan sepoi-sepoi
(askar-askar) India yang dibawa masuk oleh British mempersembahkan boria di atas hamparan
tikar sertya pakaian mereka juga dibuat dengan tikar untuk mengambarkan kesengsaraan hidup
di zaman Saidina Hassan dan Hussein r.a di Karbala.

Ada juga yang berpendapat ia berasal dari perkataan ‘Bori’ dari kaum Gujerat yang
dating berdagang dan menetap di Pulau Pinang. Ada pula mengatakan perkataan Boria itu
asalnya dari perkataan ‘Ria’ sahaja iaitu bersuka ria dan kemudian dinamakan Boria. Apapun
dari mana perkataan asal Boria ini tiada siapa yang dapat mengatakan betul atau salah sebab ia
hanyalah dating dari ‘sumber lisan’ bukan dari fakta yang dicatat atau ditulis di mana-mana,



LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN AKTIVITI BORIA

BIL TARIKH BUTIRAN
1. 14.10.2022 Mendapat tajuk tugasan iaitu ‘boria’.

2. 17.10.2022 Menentukan tema boria yang bersesuaian dengan

DSKP tingkatan 4.

3 4.11.2022 Melaksanakan perbincangan bersama ahli kumpulan.

4. 4.11.2022 Memberikan soalan berkenaan pelaksanaan projek
boria.

5. 6.11.2022 Membincangkan pemilihan lagu yang bersesuaian
dengan persembahan boria.

6.

TOKOH-TOKOH BORIA

Nama: Omar bin Md. Hashim
Nama Gelaran: Omara

Lahir pada 8 April 1954 di Bukit Mertajam dan dibesarkan di tiga tempat iaitu Parit Tebuk
Jawa, Sg. Bakau, Parit Buntar Perak, Kpg. Tok Panjang, Bukit Tengah, Bukit Mertajam dan

Butterworth, Seberang Perai.
Mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil, Butterworth (1961-1966).

Ketika di tahun 5 pada 1965, beliau telah dipilih oleh guru buat pertama kali bagi
menubuhkan kumpulan boria untuk persembahan di sekolah.

Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Hamid
Bekas Penerbit boria RTM Pulau Pinang, terlibat dalam Pertandingan Boria Dendang Rakyat
di TV1. Beliau merupakan pengadil boria di Pulau Pinang.

Encik Daud bin Ibrahim.
Beliau merupakan penggiat Boria Sungai Pinang, Pulau Pinang. Pelakon sketsa boria dan
pengadil pertandingan boria. Kegemilangan atau kebangkitan boria adalah bermula di zaman
Pak Daud dengan Boria Sungai Pinangnya. Selain dari Radio Pulau Pinang dalam rancangan
'boria', kumpulan ini juga sering diundang di RTM.

Syed Akir bin Syed Ahmad.
Beliau merupakan pemimpin Kumpulan Boria Anak Tanjung, Air Itam, Pulau Pinang. Beliau
juga berperanan sebagai tukang karang dan pelakon sketsa dalam boria.

Encik Abdullah Bin Darus
Beliau juga dikenali sebagai Pak Lah. Pak lah adalah tokoh boria yang masih bergiat aktif
menyumbangkan tenaga dan ideanya kepada perkembangan boria. Beliau banyak menyimpan
khazanah gambar-gambar lama boria dan mengetahui asal usul boria.

CARA PERSEMBAHAN BORIA

- Kemasukan mereka akan diiringi muzik masuk sebaik sahaja pelakon sketsa
selesai dan keluar.
- Tukang karang akan memulakan rangkap pertama secara solo sambil
menggoyangkan tongkat dan penari akan menyahut rangkap pertama beramai-
ramai sambil membuat pergerakan.
- Lenggok suara serta alunan suara tukang karang mestilah bukan mendayu-dayu,
merdu seperti nyanyian lagu Pop sebaliknya pemberatan terhadap kejelasan
sebutan seakan-akan sebutan akhir dipendekkan.
- Rangkap yang disampaikan oleh tukang karang selalunya akan dimulakan
dengan rangkap pengenalan kumpulan serta mengalu-alukan hadirin dan penari
akan menyahut rangkap yang sama itu kembali beramai-ramai.
- Kemudian tukang karang akan menyampaikan rangkap-rangkap yang mepunyai
isi, mesej dan nasihat yang berkaitan dengan tema boria yang dipersembahkan
dan rangkap itu juga mestilah mempunyai perkaitan dengan apa yang dilakonkan
dalam sketsa segmen pertama persembahan.
- Rangkap karangan boria akan ditamatkan dengan ucapan terima kasih,
pengunduran diri, memohon kemaafan sekiranya persembahan boria mereka
menyentuh atau menguris perasaan penonton.

Gambar di atas menunjukkn kedudukan antara tukang karang dan penari.

SI TUKANG KARANG BORIA

- Tukang karang akan menyampaikan lagu boria dengan suara yang lantang dan
bersemangat.

- Nyanyian dimulakan secara solo oleh tukang karang, dan kemudiannya diikuti
oleh penari yang mengulangi lagu korus boria.

- Tukang karang dianggap menjadi nadi penggerak untuk sesebuah persembahan
kumpulan boria.

- Tukang karang amat penting dalam persembahn boria.

- Tukang karang akan bertindak sebagai ketua untuk menyampaikan rangkap-
rangkap karangan yang menceritakan Kembali dari sketsa yang telah dilakonkan
sebelum itu.

PAKAIAN BORIA
-Pakaian boria terpulang kepada pilihan kumpulan masing-masing.
-Pakaian boria bebas, asalkan dipilih bersesuaian dengan cerita atau tajuk boria.
-Pakaian tukang karang eloklah berlaian dari pakaian penari.
-Tukang karang elok berpenampla lebih tersendiri dan menarik.
-Tukang karang boleh juga memakai bengkug dipinggang.
-Pakaian boria lebih menarik jika berwarna-warni.

Contoh-contoh pakaian boria

PENERAPAN AKTIVITI BORIA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

1. Menjadikan sesi pengajaran dan pembeljaran menjadi lebih menarik dan interaktif.

2. Dapat mendidik murid-murid supaya lebih berdisiplin, menepati masa dan bijak bekerja
secara berkumpulan bagi memastikan hasil kerja mereka dapat dilaksanakan dengan baik.

3. Aktivit boria ini dapat menghiburkan pembelajaran murid dan memudahkan murid
memahami sesuatu yang dipelajari, malah dapat memberi sebuah pengalaman baharu kepada
murid.

4. Dapat meningkatkan kemahiran pertuturan murid serta dapat melatiih murid supaya berani
berkomunikasi berhadapan dengan penonton yang ramai.

5. Menyebut teks boria dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta
kepantasan yang wajar.

6. Menghasilkan skrp atau sketsa dengan menggunakan idea yang kreatif, Bahasa yang indah
dan bertatasusila.

ALAT BORIA

LIRIK PERSEMBAHAN BORIA


Click to View FlipBook Version