SENARAI PERTANDINGAN BIL PERTANDINGAN HARI TARIKH TEMPAT 1 ROKET AIR (TARGET) Link Pendaftaran https://forms.gle/raq25jsJPEmCz66B8 AHAD 19 NOVEMBER 2023 PADANG SEKOLAH 2 STEM TALENT SHOW (PENJARIAN REKODER) Link Pendaftaran https://forms.gle/1FozxYY7cVsA1M3k8 ISNIN 20 NOVEMBER 2023 BILIK MUZIK 3 ROKET AIR (PARACHUTE) Link Pendaftaran https://forms.gle/9rwhN6Lr3kUib44y5 SELASA 21 NOVEMBER 2023 PADANG SEKOLAH 4 STEM TALENT SHOW(INOVASI STEM) Link Pendaftaran https://forms.gle/taZ3FUxoEsSy4vbY6 RABU 22 NOVEMBER 2023 DEWAN MUTIARA DESARU
PANDUAN AM 1.0 P E N D A H U L U A N Program Kbat Bina Upaya Inovasi Stem (KBIUS) merupakan program peringkat sekolah anjuran SK Bandar Penawar 2 di bawah Kelab Stem & Robotik dengan kerjasama semua panitia SK Bandar Penawar 2. Pertandingan tahun 2023 / 2024 merupakan edisi ke-3 dan merupakan kesinambungan aktiviti PDPC di dalam kelas. Program ini juga adalah salah satu inisiatif untuk memupuk minat dalam membangunkan potensi dan memperkasakan daya saing murid dalam subjek berkaitan STEM. Ia juga sebagai satu platform kepada murid sekolah rendah untuk mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka melalui pertandingan yang diadakan bermula di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Pendidikan STEM adalah penting kerana ianya meliputi setiap aspek kehidupan seharian dan dunia di sekeliling kita dan amat penting sebagai persediaan kita untuk menghadapi cabaran dan kehidupan yang berbeza di masa hadapan. Dalam hal ini, minat terhadap bidang STEM dalam kalangan murid perlu diberikan perhatian khusus bagi menyokong kepada aktiviti PdP di sekolah. 2.0 O B J E K T I F 2.1 Mencungkil dan memupuk bakat murid-murid di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu. 2.2 Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran kecekapan global dalam menghasilkan projek inovasi STEM bersepadu. 2.3 Memberi peluang untuk murid mengemukakan idea kreatif dan kritis serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan projek inovasi STEM bersepadu. 2.4 Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik mengikut kaedah dan prosedur yang betul mahupun produk inovasi STEM bersepadu. 2.5 Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang STEM bersepadu. 2.6 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu. 2.7 Meningkatkan amalan Pembelajaran Berasaskan Projek ke arah proses penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu. 3.0 P E R A T U R A N D A N S Y A R A T- S Y A R A T A M P E N Y E R T A A N 3.1 Pertandingan dijalankan secara dalam talian dan bersemuka bergantung kepada jenis pertandingan. 3.2 Terbuka kepada semua murid sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 2. 3.3 Pertukaran peserta selepas pendaftaran adalah tidak dibenarkan kecuali disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan seperti sakit atau kematian.
3.4 SKBP2 berhak membatalkan penyertaan lewat dan melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep. 3.5 Setiap murid boleh menyertai semua pertandingan yang dipertandingkan. 3.6 Keputusan penjurian adalah muktamad. 4.0 H A D I A H P E M E N A N G Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut: Johan : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan Naib Johan : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan Ketiga : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan Keempat : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan Kelima : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan Semua peserta akan menerima sijil penyertaaan 5.0 P A N E L T E K N I K A L Bertanggungjawab membuat penilaian dan keputusan berhubung keperluan teknikal dan keraguan yang timbul semasa pertandingan. Keanggotaan Panel Teknikal adalah seperti yang berikut: 1.GURU BESAR 2.GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 3.GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID 4.GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM 5.PENYELARAS KBAT 6.SETIAUSAHA KBAT 7.AJK YANG DILANTIK 6.0 H A L- H A L Y A N G T I D A K D I N Y A T A K A N Pertandingan ini tertakluk kepada peraturan yang terkandung dalam kertas konsep ini sahaja. Sebarang masalah, pertanyaan boleh berhubung dengan : Pn.Hjh Nurizaan binti Mat Noor(0196503024) Penyelaras Kbat Atau Setiasauaha 1 KBAT Ust. Muhammad Izamuddin Bin Muhammad Nawawi Atau Pegawai Teknikal 1 En. Muhamad Hamadi Bin Ithnin Pegawai Teknikal 2 Pn.Nor Asbahadhiah Binti Ramli
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ROKET AIR(TARGET) 1.0 P E N G E N A L A N Pertandingan roket air (sasaran) merupakan platform kepada murid-murid sekolah rendah untuk menarik minat murid kearah STEM. Kemahiran membina roket meransang murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran manipulatif sains ketika menggunakan peralatan atau bahan bakal dipraktikkan. Murid perlu sentiasa peka dan berhati-hati ketika menggunakan pisau atau alatan yang tajam. Murid akan menguasai kemahiran proses sains seperti mengawal pembolehubah, mengukur dengan menggunakan nombor, mengekperimen dan membuat kesimpulan dalam aktiviti ini. 2.0 P E R A T U R A N & S Y A R A T- S Y A R A T K H U S U S P E N Y E R T A A N 2.1 Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka. 2.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid SK Bandar Penawar 2 iaitu seorang Pelepas – bertanggungjawab melepaskan roket dari pelancar manakala seorang Pengepam – bertanggungjawab mengisi air dan mengepam tekanan udara bagi pelancaran roket. 2.3 Setiap penyertaan terdiri daripada 2 orang murid sahaja dalam 1 pasukan. 2.4 Pertandingan melibatkan roket air (target) 2.5 Keputusan hakim adalah muktamat. 2.6 Pendaftaran dibuka pada 22 Oktober 2023 hingga 5 November 2023. (2 Minggu daripada tarikh hebahan pertandingan) Peserta boleh mengisi link pendaftaran seperti di bawah. Link pendaftaran Roket Air (Target) https://forms.gle/raq25jsJPEmCz66B8 Walaubagaimanapun, link pendaftaran akan ditutup apabila penyertaan telah mencapai 30 pasukan yang mendaftar. 2.7 Tarikh tutup penghantaran roket ialah pada Khamis,16 November 2023. 2.8 Murid perlu melabel nama dan kelas pada roket masing-masing sebelum penyerahan. 2.9 Serahan roket air sasaran di makmal 2 (Boleh rujuk dengan cg Nor Asbahadhiah) 2.10 Tarikh pertandingan roket air (Target) ialah pada Ahad 19 November 2023, 8.00 pagi sehingga selesai (Walaubagaimanapun, bergantung kepada keadaan cuaca) 2.11 Murid yang telah membuat pendaftaran tetapi gagal menghantar roket pada masa yang ditetapkan tidak layak menerima sijil penyertaan. 2.12 Murid yang telah menghantar roket tetapi gagal hadir semasa pertandingan atas sebab-sebab yang munasabah akan dipertimbangkan untuk menerima sijil penyertaan 2.1.3 Ahli kumpulan yang tidak hadir semasa pertandingan tidak boleh mengantikan murid lain
3.0 K A E D A H P E R T A N D I N G A N 3.1 Pakaian murid pada hari pertandingan adalah baju sukan sekolah atau baju KRMJ dan kasut sekolah atau kasut sukan. 3.2 Semua bahan binaan roket air adalah dari bahan yang telah dinyatakan sahaja.(rujuk lampiran) 3.3 Pembinaan roket hendaklah dilakukan di rumah bersama ibu-bapa.(Ibu bapa perlu memastikan keselamatan anak-anak ketika menggunakan alatan tajam). 3.4 Pihak sekolah akan menyediakan pelancar roket asas dan pasukan boleh juga membawa pelancar sendiri sekiranya ada. 3.5 Semasa pelancaran roket air, murid akan diberi pilihan samada akan menggunakan pelancar pertandingan atau pelancar sendiri. 3.6 Air, baldi, bikar, corong turas, pita ukur , kon, penanda, akan disediakan oleh pihak sekolah. 3.7 Murid lain yang tidak menyertai pertandingan, boleh menjadi penonton semasa pertandingan Roket Air (Target) 4.0 P E L A N C A R A N R O K E T S A S A R A N 4.1 Giliran untuk pelancaran roket adalah berdasarkan pendaftaran yang dibuat di dalam link google form. 4.2 Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh pada sasaran, setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air botol, tekanan udara dan sudut roket. 4.3 Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 50 psi. 4.4 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat sekali pelancaran sahaja. Tempoh pemasangan (setup), persediaan dan pelancaran roket air adalah tidak melebihi 5 minit. Roket yang jatuh mendarat akan ditanda. Roket yang mendarat paling tepat di dalam bull eye atau berada paling hampir dengan bull eye dikira sebagai pemenang. 4.5 Pihak hakim boleh memilih 3 orang murid untuk membantu membuat penandaan setiap kali roket mendarat 4.6 Pembantu hakim akan memberikan isyarat bendera merah sekiranya peserta masih belum bersedia. 4.7 Bendera putih akan dikibarkan setelah semua persiapan pelancaran selesai. 4.8 Hakim akan memberi isyarat pelepasan dan peserta perlu melepaskan roket ke arah sasaran. 4.9 Roket air yang jatuh di luar zon sasaran adalah dianggap GAGAL. Sekiranya terdapat kurang daripada 5 pasukan yang memasuki zon sasaran, maka jarak jatuhan roket yang paling hampir dengan sasaran (di luar zon sasaran) akan diambil bagi melengkapkan lima pasukan terbaik kategori sasaran. 4.10 Sekiranya roket air berpecah kepada dua (2) bahagian selepas pelancaran, percubaan tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan). 4.11 Sekiranya roket air pecah kepada dua (2) atau lebih bahagian selepas pelancaran, percubaan tersebut adalah dianggap GAGAL (tiada catatan jarak dibuat). 4.12 Gambarajah di muka surat sebelah menunjukkan pelan tapak pelancaran dan zon sasaran.
20 5.0 K E S E L A M A T A N S E M A S A P R O G R A M 5.1 Setiap kumpulan dan peserta bertanggungjwab terhadap keselamatan diri masing-masing ketika program berlangsung. 5.2 Semua peserta dilarang untuk berada di zon / kawasan pelancaran roket dan sasaran (target) ketika sesi pelancaran roket. 5.3 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian dan pelanggaran arahan oleh para peserta. 5.4 Setiap pasukan dinasihatkan untuk menunggu roket selesai mendarat sebelum menuju ke arah roket masing -masing bersama juri dan ajk pertandingan bagi tujuan penilaian roket dan pengukuran jarak. 6.0 S P E S I F I K A S I R O K E T A I R 6.1 Asas pembuatan model roket air perlu dibina menggunakan sekurang-kurang nya SATU (1) botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter. 6.2 Bahan lain yang digunakan untuk aksesori model roket air DIWAJIBKAN diperbuat dari bahan terpakai atau bahan yang boleh diguna semula. (Contoh: Sisa plastik, Sisa Kertas dll.) 6.3 Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja. 6.4 Peserta dibenarkan menggunakan pelancar sendiri pada sekiranya ada. 7.0 S P E S I F I K A S I LINK VIDEO : https://youtu.be/O07RTdSsELc - CARA BINA ROKET https://youtu.be/HhOYUqksZO4 - PELANCARAN ROKET https://youtu.be/bINuq1hKmh4?si=euquDox3b2ZgYKeP – PELANCARAN ROKET AIR PERINGKAT SEKOLAH
8.0 L A M P I R A N Bahan-bahan yang dibenarkan untuk membina model roket air. 1. 2 Botol minuman berkabonat 1.5 L (badan roket) 2. Botol A untuk badan roket, botol B untuk muncung roket atau boleh mengggunakan clear binding cover A4 yang dibentuk kon sebagai muncung roket) 3. Plastisin (Pemberat / mekanisma CoG –Center of Gravity) 4. Strawfoam / Corrugated board ( membentuk sirip roket) 5. Binding tape atau Masking tape 6. Bahan lain dari bahan terpakai dan boleh diguna semula (untuk galakan inovasi dari bahan kitar dan guna semula sisa buangan) Nota: Penggunaan bahan yang tidak mengikut ketetapan diatas akan memberi kesan kepada pemotongan markah. Gambarajah model roket air.
CONTOH GAMBAR SEBENAR
9.0 P E N G H A K I M A N D A N B A N T A H A N 8.1 Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan. 8.2 Kedudukan pemenang adalah berdasarkan berdasarkan jarak terdekat jatuhan roket tepat di dalam ‘zon sasaran (bull eye).
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN STEM TALENT SHOW PENJARIAN REKODER 2.0 P E N G E N A L A N STEM TALENT SHOW merupakan platform kepada murid-murid sekolah rendah untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam membuat pembentangan projek. Kemahiran berkomunikasi ketika membuat pembentangan dan kepetahan menjawab soalan merupakan salah satu ciri Sekolahku Sejahtera iaitu artikulasi. Murid menerokai pelbagai bidang seperti sains, teknologi, pengetahuan saintifik, Bahasa, serta proses penyelesaian masalah menggunakan berlandaskan kemahiran STEM. Selain itu, murid boleh juga bermain alat muzik seperti rekoder, guitar, drum dan alat muzik yang sesuai dalam pertandingan ini. 2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka. 2.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid SK Bandar Penawar 2. 2.3 Setiap penyertaan terdiri daripada seorang murid sahaja 2.4 Murid membuat pembentangan dengan bermain alat muzik rekoder 2.5 Murid perlu mempekenalkan diri, nama, kelas dan tajuk lagu yang akan dimainkan. 2.5 Masa bermain rekoder adalah tidak lebih daripada 5 minit. 2.6 Murid perlu memilih salah satu lagu daripada 10 lagu yang telah ditetapkan oleh urusetia 2.7.Murid yang tidak hadir pada hari pertandingan, dianggap tidak berminat untuk menyertai pertandingan 2.8 Keputusan hakim adalah muktamat. 3.0 M A K L U M A T P E R T A N D I N G A N 3.1 Murid perlu mendaftar dalam masa dan tarikh yang ditetapkan seperti di bawah. 22 Oktober 2023 (Ahad) hingga(Ahad) 5 November 2023 (2 Minggu daripada tarikh hebahan pertandingan) Link pendaftaran Stem Talent Show (Penjarian Rekoder) https://forms.gle/1FozxYY7cVsA1M3k8 3.2 Giliran peserta di susun mengikut masa / tarikh murid mengisi link google form. 3.3 Pertandingan akan dijalankan pada 20 November 2023(Isnin) di bilik muzik. 3.4 Urusetia akan menyusun jadual masa dan tarikh pembentangan setiap kumpulan. 3.5 Murid yang menunggu giliran pembentangan perlu berada di kawasan gazebo berhadapan dengan bilik muzik @ sekiranya ramai peserta, bilik JQAF akan digunakan sebagai ruang menunggu.
4.0 F O R M AT P E R T A N D I N G A N 4.1 Pertandingan ini akan dilaksanakan secara bersemuka 4.2 Murid yang bermain alat muzik , tidak perlu menghantar projek / evidence 5.0 K R I T E R I A P E M A R K A H A N ii)STEM TALENT SHOW : PENJARIAN REKODER BIL BUTIRAN MARKAH 1. Lontaran bunyi muzik yang lunak seiring dengan irama lagu tersebut. 70 2. Kemahiran kecekapan penjarian lancar 20 3. Keyakinan diri(Kemahiran komunikasi semasa sesi memperkenalkan diri. 10 JUMLAH 100
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ROKET AIR(PARACHUTE) 1.0 P E N G E N A L A N Pertandingan roket air (payung terjun) merupakan platform kepada murid-murid sekolah rendah untuk menarik minat murid kearah STEM. Kemahiran membina roket meransang murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran manipulatif sains ketika menggunakan peralatan atau bahan bakal dipraktikkan. Murid perlu sentiasa peka dan berhati-hati ketika menggunakan pisau atau alatan yang tajam. (Perlu pengawasan ibu bapa) Murid akan menguasai kemahiran proses sains seperti mengawal pembolehubah, mengukur dengan menggunakan nombor, mengekperimen dan membuat kesimpulan dalam aktiviti ini. 2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka. 2.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahap SK Bandar Penawar 2. 2.3 Setiap penyertaan terdiri daripada 2 orang murid sahaja dalam 1 pasukan. 2.4 Pertandingan melibatkan roket air sasaran (target) 2.5 Keputusan hakim adalah muktamat. 2.6 Pendaftaran dibuka pada 22 October 2023 hingga 5 November 2023 (2 Minggu daripada tarikh hebahan pertandingan) Link pendaftaran : https://forms.gle/9rwhN6Lr3kUib44y5 2.7 Tarikh tutup penghantaran roket ialah pada Khamis ,16 November 2023. 2.8 Tarikh pengujian roket air payung terjun ialah pada Selasa, 21 November 2023. Bermula jam 8.00 pagi sehingga selesai.(Bergantung kepada keadaan cuaca) 2.9. Murid lain sesi pagi boleh terlibat sebagai penonton sehingga jam 8.30 pagi. 2.0 K E L A Y A K A N D A N S Y A R A T P E R T A N D I N G A N 2.1 Setiap pasukan terdiri daripada 2 peserta pelajar iaitu seorang Pelepas – bertanggungjawab melepaskan roket dari pelancar. seorang Pengepam – bertanggungjawab mengisi air dan mengepam tekanan udara bagi pelancaran roket. 3.0 K A E D AH P E R T A N D I N G A N 3.1 Pakaian baju sukan sekolah atau baju KRMJ Kasut sukan atau kasut sekolah. 3.2 Semua bahan binaan roket air adalah dari bahan yang telah dinyatakan sahaja.(rujuk lampiran) 3.3 Pembinaan roket hendaklah dilakukan di rumah bersama ibu-bapa.(Ibu bapa perlu memastikan keselamatan anak-anak ketika menggunakan alatan tajam). 3.4 Pihak sekolah akan menyediakan pelancar roket asas dan pasukan boleh juga membawa pelancar sendiri sekiranya ada. 3.5 Pelancaran roket air akan diberi pilihan samada menggunakan pelancar pertandingan atau pelancar sendiri. 3.6 Air, baldi, bikar, corong turas, pita ukur oleh pihak sekolah. 3.7 Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk pada perubahan semasa.
4.0 P E L A N C A R A N R O K E T P A Y U N G T E R J U N(Parachute) 4.1 Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung terjun dan catatan masa roket di udara akan diambil. 4.2 Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air (payload). Sila rujuk Model Roket Air / Komponen Utama Roket Air 4.3 Komponen utama roket air harus jatuh bersama payung terjun ke permukaan bumi. Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan tekanan udara. 4.4 Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 50 psi. 4.5 Hakim akan bersedia sekiranya peserta telah selesai membuat persiapan. 4.6 Hakim akan memberi isyarat supaya roket dilepaskan dan masa akan diambil. 4.7 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat sekali pelancaran sahaja. 4.8 Masa akan diambil bermula dari pelancaran roket air sehingga ianya: i. jatuh ke permukaan tanah; atau ii. tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau iii. hilang daripada pandangan para hakim; atau iv. berada di udara melebihi 15 minit. 4.9 Sebanyak dua catatan masa oleh dua orang hakim akan diambil bagi setiap pelancaran dan kaedah purata bagi dua masa yang paling hampir antara satu dengan yang lain akan digunakan bagi mendapatkan masa pasukan berkenaan. 4.10 Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja. 5.0 K E S E L A M A T A N S E M A S A P R O G R A M 5.1 Setiap kumpulan dan peserta bertanggungjwab terhadap keselamatan diri masing-masing ketika program berlangsung. 5.2 Semua peserta dilarang untuk berada di zon / kawasan pelancaran roket ketika sesi pelancaran roket. 5.3 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian dan pelanggaran arahan oleh para peserta. 5.4 Setiap pasukan dinasihatkan untuk menunggu roket selesai mendarat sebelum menuju ke arah roket masing -masing bersama juri dan ajk pertandingan bagi tujuan penilaian roket 6.0 S P E S I F I K A S I R O K E T A I R P A R A C H U T E (PAYUNG TERJUN) 6.1 Asas pembuatan model roket air perlu dibina menggunakan sekurang-kurang nya SATU (1) botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter. 6.2 Bahan lain yang digunakan untuk aksesori model roket air DIWAJIBKAN diperbuat dari bahan terpakai atau bahan yang boleh diguna semula. (Contoh: Sisa plastik, Sisa Kertas dll.) 6.3 Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja. 6.4 Peserta dibenarkan menggunakan pelancar sendiri pada sekiranya ada. 6.5 Link video https://youtu.be/AofwKQaT4nI Atau link video https://youtu.be/LxEWkXC8Tc0 6.6 Murid boleh menambahbaik roket masing-masing mengikut kreativiti masing-masing dengan bantuan ibu dan bapa
7.0 L A M P I R A N B A H A N Bahan-bahan yang dibenarkan untuk membina model roket air payung terjun. 1 Botol minuman berkabonat 1.5 L (badan roket)(botol air mineral tidak dibenarkan) 2 Fail plastik saiz A4 : 1 lembut untuk kon atau plastik binding @ potongan botol lain – bahagian mulut botol hingga bahagian tengah (untuk kon) 3 Fail plastik keras @ strawfoam untuk sirip 4 Beg sampah saiz L yang jenis lembut 5 Gunting 6 Masking tape jenis kain 7 Masking tape jenis kertas 8 Pisau 9 Benang laying-layang 10 Penebuk kertas 11 Bahan lain dari bahan terpakai dan boleh diguna semula (untuk galakan inovasi dari bahan kitar dan guna semula sisa buangan)
8.0P E N G H A K I M A N D A N B A N T A H A N 8.1 Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan. 8.2 Kedudukan pemenang adalah berdasarkan masa jatuhan roket NAMA TEAM Catatan Masa 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 seterusnya
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN STEM TALENT SHOW (INOVASI) 3.0 P E N G E N A L A N STEM TALENT SHOW merupakan platform kepada murid-murid sekolah rendah untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam membuat pembentangan projek. Kemahiran berkomunikasi ketika membuat pembentangan dan kepetahan menjawab soalan merupakan salah satu ciri Sekolahku Sejahtera iaitu artikulasi. Murid menerokai pelbagai bidang seperti sains, teknologi, pengetahuan saintifik, Bahasa, serta proses penyelesaian masalah menggunakan berlandaskan kemahiran STEM. Selain itu, murid boleh juga bermain alat muzik seperti rekoder, guitar, drum dan alat muzik yang sesuai dalam pertandingan ini. 2.0 P E R A T U R A N D A N S Y A R A T-S Y A R A T K H U S U S P E N Y E R T A A N 2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahap 2 SK Bandar Penawar 2. 2.2 Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang murid sahaja 2.3.Projek yang telah memenangi pertandingan lain , samaada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa tidak boleh digunakan dalam pertandingan ini kecuali telah ditambahbaik. 2.4 Murid bebas membuat pembentangan apa jua projek / tajuk/ matapelajaran yang dihasilkan di dalam kelas sewaktu PDPC ataupun projek yang dijalankan di rumah. 2.5 Murid membuat pembentangan dengan menghasilkan produk inovasi yang boleh digunakan dan berfungsi dengan baik.Penggunaan elemen elektromekanikal dan robotik amat digalakkan. 2.6.Jumlah masa maksimum bagi setiap kumpulan adalah 15 minit sahaja. i. pembentangan antara 5 hingga 10 minit ii.soal jawab adalah 5 minit. 2.7 Semua bahan projek/ evidence pembentangan perlu dihantar di Dewan Mutiara selewatlewatnya sehari sebelum tarikh pertandingan iaitu pada 21 November 2023(Selasa) : Rujuk Cg. Norhadhinah ). 2.8 Penghantaran bahan / evidence selepas tarikh tutup tidak akan dilayan. 2.9 Keputusan hakim adalah muktamat. 3.0 M A K L U M A T P E R T A N D I N G A N 3.1 Murid perlu mendaftar dalam masa dan tarikh yang ditetapkan seperti di bawah. 22 Oktober 2023 (Ahad ) hingga( 5 November 2023) (Tempoh masa 2 minggu daripada tarikh pendaftaran) Link pendaftaran i) STEM INOVASI https://forms.gle/taZ3FUxoEsSy4vbY6 3.2 Giliran pembentang di susun mengikut masa / tarikh murid mengisi link google form.
3.3 Pertandingan bermula pada 22 November 2023 (Rabu) . Bermula 1 bulan daripada tarikh hebahan pertandingan 3.4 Masa pertandingan bermula jam 8.00 pagi – 10.00 pagi , 10.00pagi – 10.30 pagi, rehat bersambung pada jam 10.30 – 1.30 petang (Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada jumlah penyertaan) 3.5 Urusetia akan menyusun jadual masa dan tarikh pembentangan setiap kumpulan. 3.6 Lokasi pembentangan di Dewan Mutiara. 3.7.Guru matapelajaran berperanan untuk mengalakkan dan membimbing murid untuk menghasilkan produk inovasi . Sasaran sekolah sekurang-kurangnya 1Produk1MP. 3.8.Bilik menunggu murid sebelum membuat pembentangan adalah di bilik robotik. 4.0 F O R M A T P E R T A N D I N G A N 4.1 Pertandingan ini akan dilaksanakan secara bersemuka 4.2 Murid perlu hadir pada hari dan masa yang ditetapkan 4.3.Murid perlu memperkenalkan diri, nama , kelas dan produk yang dihasilkan. 4.4 Murid membuat pembentangan tentang bahan inovasi yang digunakan, fungsi inovasi, kos , masa yang diambil untuk menyiapkan inovasi , bagaimana menggunakan inovasi tersebut dan lain-lain yang difikirkan sesuai dengan inovasi yang dihasilkan 5.0 K R I T E R I A P E M A R K A H A N STEM TALENT SHOW INOVASI STEM – PROJECT BASED LEARNING BIL BUTIRAN MARKAH 1. Kreativiti dan kekemasan projek 25 2. Inovasi dapat berfungsi dengan baik 25 2. Kemahiran komunikasi dengan suara yang jelas, yakin dan lancar 20 3. Keaslian projek 10 4. Kemahiran menjawab soalan 10 5 Kerjasama kumpulan 10 JUMLAH 100
BORANG PEMARKAHAN STEM TALENT SHOW i.PROJECT BASED-LEARNING : ( 1 TEAM 2 ORANG) NAMA MURID:_____________________________________________________________________ KELAS _______________________________________ BIL BUTIRAN RUBRIC MARKAH MARKAH HAKIM ULASAN HAKIM JIKA ADA 1. Kreativiti , kekemasan projek, inovasi berfungsi dengan baik 30 2. Kemahiran komunikasi dengan suara yang jelas, yakin dan lancar 30 3. Keaslian projek, produk boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah 20 4. Kemahiran menjawab soalan 10 5 Kerjasama kumpulan 10 JUMLAH 100 NAMA MURID :_____________________________________________________________________ KELAS______________________________________ BIL BUTIRAN RUBRIC MARKAH MARKAH HAKIM ULASAN HAKIM JIKA ADA 1. Kreativiti , kekemasan projek, inovasi berfungsi dengan baik 30 2. Kemahiran komunikasi dengan suara yang jelas, yakin dan lancar 30 3. Keaslian projek, produk boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah 20 4. Kemahiran menjawab soalan 10 5 Kerjasama kumpulan 10 JUMLAH 100 NAMA MURID: _____________________________________________________________________ KELAS______________________________________ BIL BUTIRAN RUBRIC MARKAH MARKAH HAKIM ULASAN HAKIM JIKA ADA 1. Kreativiti , kekemasan projek, inovasi berfungsi dengan baik 30 2. Kemahiran komunikasi dengan suara yang jelas, yakin dan lancar 30 3. Keaslian projek, produk boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah 20 4. Kemahiran menjawab soalan 10 5 Kerjasama kumpulan 10 JUMLAH 100
Pertandingan secara tertutup di Dewan Mutiara Desaru pada hari Rabu 22 November 2023 , jam 8.00 pagi sehingga selesai) HAKIM PN MASLIZAH BINTI MD DADI(K) PN ZARINAH BINTI MOHD ROHANI(PK) PN. MEK KAMILAH BINTI MOHAMAD PN FAEIZAH BINTI AHMAD PENGELOLA PESERTA : PN.NUR SYAHIDA BINTI SAABAN BORANG PEMARKAHAN STEM TALENT SHOW : ii (Penjarian Rekoder) NAMA MURID :_____________________________________________________________________ KELAS__________________________ BIL BUTIRAN RUBRIC MARKAH MARKAH JURI ULASAN JURI 1. Lontaran bunyi muzik yang lunak seiring dengan irama lagu tersebut. 70 2. Kemahiran kecekapan penjarian lancar 20 3. Keyakinan diri(Kemahiran komunikasi semasa sesi memperkenalkan diri. 10 JUMLAH 100 NAMA MURID :_____________________________________________________________________ KELAS_________________________ BIL BUTIRAN RUBRIC MARKAH MARKAH JURI ULASAN JURI 1. Lontaran bunyi muzik yang lunak seiring dengan irama lagu tersebut. 70 2. Kemahiran kecekapan penjarian lancar 20 3. Keyakinan diri(Kemahiran komunikasi semasa sesi memperkenalkan diri. 10 JUMLAH 100 NAMA MURID :_____________________________________________________________________ KELAS_________________________ BIL BUTIRAN RUBRIC MARKAH MARKAH JURI ULASAN JURI 1. Lontaran bunyi muzik yang lunak seiring dengan irama lagu tersebut. 70 2. Kemahiran kecekapan penjarian lancar 20 3. Keyakinan diri(Kemahiran komunikasi semasa sesi memperkenalkan diri. 10
JUMLAH 100 Pertandingan secara tertutup di Bilik Muzik pada hari Isnin, 20 November 2023 , jam 8.00 pagi sehingga selesai) HAKIM PN MUNALIZA BINTI BACHOK(K) PN SITI ZULAILA BINTI MOHAMAD JUFRI(PK) PN NUR’AIN NABILAH BINTI KAHARUDIN PN NOORHASHIKIN BINTI SAMIAN PENGELOLA PESERTA : PN.NUR SYAHIDA BINTI SAABAN BORANG PEMARKAHAN 4a.Borang Pemarkahan ROKET AIR (TARGET) ( 1 TEAM 2 ORANG) JARAK ROKET MENDARAT BIL NAMA MURID DAN KELAS JARAK TERBAIK PALING HAMPIR DENGAN ZON SASARAN(BULL EYE) KEDUDUKAN PEMENANG NOTA 1 1 2 2 1 2 3 1 2 4 1 2 5 1 2 6 1 2 7 1 2 8 1 2 9 1 2 10 1 2 11 12 13 14 15 *Peralatan : Pelancar roket, baldi berisi air, corong turas, pita ukur dan pita ukur
Pertandingan pada hari Ahad , 19 November 2023( 8.00 pagi sehingga selesai)Murid lain boleh hadir sebagai penonton sehingga jam 9.00 pagi. HAKIM / BORANG ROKET / PERSEDIAAN TEMPAT ROKET AIR TARGET / PARACHUTE EN.SAMSUDIN BIN MOHAMED DOM(K) EN MUHAMAD HAMADI BIN ITHNIN(PK) EN MUHAMMAD FADHIL BIN AZMAN TUAN HJ USTAZ MOHAMAD ZAMRI B CHE ABU BAKAR EN. MOHD. NORMAHIZAL BIN NORDIN PENGELOLA PESERTA : PN.FADILLAH BINTI YAAKUB BORANG PEMARKAHAN Borang Pemarkahan ROKET AIR (PARACHUTE) ( 1 TEAM 2 ORANG) MASA ROKET MENDARAT BIL NAMA MURID /KELAS MASA CATATAN MASA TERBAIK KEDUDUKAN PEMENANG 1 1 2 2 1 2 3 1 2 4 1 2 5 1 2 6 1 2 7 1 2 8 1 2 9 1 2 10 1 2 11 1 2 12 1 2 13 1 2 14 1 2 15 1 2 *Peralatan : Pelancar roket, baldi berisi air, corong turas, pita ukur dan pita ukur dan jam randik @ stopwatch PERTANDINGAN : Selasa, 21 November 2023 , jam 8 pagi sehingga selesai. Murid lain boleh hadir sebagai penonton sehingga jam 9.00 pagi.
HAKIM / BORANG ROKET / PERSEDIAAN TEMPAT ROKET AIR TARGET / PARACHUTE EN.SAMSUDIN BIN MOHAMED DOM(K) EN MUHAMAD HAMADI BIN ITHNIN(PK) EN MUHAMMAD FADHIL BIN AZMAN TUAN HJ USTAZ MOHAMAD ZAMRI B CHE ABU BAKAR EN. MOHD. NORMAHIZAL BIN NORDIN PENGELOLA PESERTA : PN.NOR ASBAHADHIAH BINTI RAMLI JAWANKUASA KERJA KBAT 2023/2024 SENIOR LEADER TEAM(SLT) TN.HJ ABDUL .WAHAB BIN ABDUL MANAN GURU BESAR SENIOR LEADER TEAM (SLT) PN MASLIZAH BINTI MD DADI GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PN MUNALIZA BINTI BACHOK GURU PENOLONG KANAN SESI PETANG SENIOR LEADER TEAM (SLT) NAIB PENGERUSI I PN SITI ZULAILA BINTI MOHAMAD JUFRI SENIOR LEADER TEAM (SLT) EN.SAMSUDIN BIN MOHAMED DOM PENYELARAS KBAT PN.HJH NURIZAAN BINTI MAT NOOR SETIAUSAHA 1 EN.MUHAMMAD IZAMUDDIN BIN MUHAMMAD NAWAWI(SU1) ARIFF FAHMI BIN RAZALI(SU2) PERKARA AHLI JAWATANKUASA ELEMEN UTAMA (EU) KURIKULUM PENTAKSIRAN PEDAGOGI MIDDLE LEADER TEAM KP BM : PN NOORHASHIKIN BINTI SAMIAN KP BI : PN THIDZIANA BINTI MOHD MUSA KP SAINS : EN.MUHAMAD HAMADI BIN ITHNIN KP MATEMATIK : PN HJH.SITI SAMSIAH BINTI MOHD YUSOP KP PENDIDIKAN ISLAM : TUAN HJ USTAZ MOHAMAD ZAMRI B CHE ABU BAKAR KP BAHASA ARAB : PN NUR SYAHIDA BINTI SAABAN KP REKABENTUK & TEKNOLOGI : PN MAHINTAN BINTI KARMON KP PENDIDIKAN SENI VISUAL : PN JUNAIDAH BINTI NASIR KP PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN : PN FAUZIAH BINTI HASHIM KP SEJARAH : CIK NORHADHINAH BINTI ABU BAKAR KP PENDIDIKAN MUZIK : PN NUR’AIN NABILAH BINTI KAHARUDIN KP BAHASA CINA : EN MOHD SUFRI BIN MOHD AZIZ PENYELARAS PRA SEKOLAH : PN ZARINAH BINTI MOHD ROHANI PENYELARAS KELAS PENDIDIKAN KHAS : PN. MEK KAMILAH BINTI MOHAMAD ELEMEN SOKONGAN(ES) JARINGAN KOMUNITI PN NOR ATIKA BINTI BARDANI (SETIAUSAHA PIBG) ELEMEN SOKONGAN(ES) BINA UPAYA PN NORDAYANA BT MOHD SAIDAK (SETIAUSAHA LADAP) ELEMEN SOKONGAN(ES) KOKURIKULUM PN NOR ASBAHADHIAH BINTI RAMLI (SU KOKURIKULUM) EN MUHAMMAD FADHIL BIN AZMAN (SU SUKAN)
ELEMEN SOKONGAN (ES) SUMBER PN NUR HAMIZAH BINTI RAHMAT (PENYELARAS PUSAT SUMBER) CIK NUR MADIHAH AQISH BINTI MUHAMMAD FADZLI(PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER) PN FARADILLA BINTI MOHD HAMDAN (GURU ICT/ BESTARI) PENYELARAS KELAB STEM (K) PN FAEIZAH BINTI AHMAD PENYELARAS MAJALAH SEKOLAH EN.OTHMAN BIN ROMLI STAFF SOKONGAN PN AZURAA BINTI ABDULLAH PEGAWAI TEKNIKAL DAN AJK PELAKSANA KERJA KBAT BINA UPAYA INOVASI STEM (KBIUS)2023 / 2024 SIJIL PENCAPAIAN(DIGITAL) / PENYERTAAN MURID(HARDCOPY) PN.THIDZIANA BINTI MOHD MUSA PN.HJH SITI SAMSIAH BINTI MOHD YUSOP SIJIL HAKIM/ PEGAWAI TEKNIKAL / AJK PELAKSANA(HARDCOPY) CIK NUR MADIHAH AQISH BINTI MUHAMMAD FADZLI PN AZURAA BINTI ABDULLAH DATA MURID / SENARAI NAMA PESERTA/URUSETIA PN NOR ASBAHADHIAH BT RAMLI(ROKET AIR TARGET / PARACHUTE) CIK NORHADHINAH BINTI ABU BAKAR(STEM TALENT SHOW PENJARIAN REKORDER / STEM INOVASI) PENGELOLA PESERTA(ROKET AIR TARGET) PN.FADILLAH BINTI YAAKUB PENGELOLA PESERTA(ROKET AIR PARACHUTE) PN NOR ASBAHADHIAH BT RAMLI PENGELOLA PESERTA STEM TALENT SHOW (PENJARIAN REKODER) PN NUR SYAHIDA BINTI SAABAN PENGELOLA PESERTA STEM TALENT SHOW (INOVASI STEM/ CIK NORHADHINAH BINTI ABU BAKAR FOTO DAN VIDEO EN.OTHMAN BIN ROMLI (PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL) EN.ARIFF FAHMI BIN RAZALI((ROKET AIR TARGET / PARACHUTE) PN FARADILLA BINTI MOHD HAMDAN(STEM TALENT SHOW : STEM INOVASI & PENJARIAN REKODER HAKIM ROKET / PERSEDIAAN TEMPAT ROKET AIR TARGET / PARACHUTE EN.SAMSUDIN BIN MOHAMED DOM(K) EN MUHAMAD HAMADI BIN ITHNIN(PK) EN MUHAMMAD FADHIL BIN AZMAN TUAN HJ USTAZ MOHAMAD ZAMRI B CHE ABU BAKAR EN. MOHD. NORMAHIZAL BIN NORDIN HAKIM STEM TALENT SHOW : (PENJARIAN REKODER) PN MUNALIZA BINTI BACHOK(K) PN SITI ZULAILA BINTI MOHAMAD JUFRI(PK) PN NUR’AIN NABILAH BINTI KAHARUDIN PN NOORHASHIKIN BINTI SAMIAN
HAKIM STEM TALENT SHOW (INOVASI) PN MASLIZAH BINTI MD DADI(K) PN ZARINAH BINTI MOHD ROHANI(PK) PN. MEK KAMILAH BINTI MOHAMAD PN FAEIZAH BINTI AHMAD PERALATAN (ROKET AIR TARGET & PARRACUTE) PN NUR HAMIZAH BINTI RAHMAT EN MOHD SUFRI BIN MOHD AZIZ PN FAUZIAH BINTI HASHIM DOKUMENTASI DAN PELAPORAN EN.MUHAMMAD IZAMUDDIN BIN MUHAMMAD NAWAWI PENGURUSAN HADIAH PN MAHINTAN BINTI KARMON PN JUNAIDAH BINTI NASIR PN NOR ATIKA BINTI BARDANI PENGURUSAN SPLKPMG GURU PN NORDAYANA BT MOHD SAIDAK PENGURUSAN PEMILIHAN LAGU PN NUR’AIN NABILAH BINTI KAHARUDIN(5 LAGU BESERTA NOT) PN.HJH NURIZAAN BINTI MAT NOOR(5 LAGU BESERTA NOT) KERTAS KERJA KONSEP / BORANG HAKIM /POSTER /HEBAHAN/PAUTAN PERTANDINGAN PN HJH NURIZAAN BINTI MAT NOOR IMPLIKASI KEWANGAN Penyertaan adalah percuma Semua pertandingan adalah secara bersemuka. Peruntukan hadiah adalah daripada perbelanjaan Kementrian Pendidikan Malaysia untuk sekolah-sekolah Cemerlang KBAT bagi program KBAT 2023/2024 , sumbangan PIBG dan sumbangan luar
PENUTUP Pihak sekolah berharap program ini dapat membantu mencapai objektif yang diharapkan bagi menyemarakkan aktiviti koakademik dan seterusnya meningkatkan minat murid dalam bidang STEM Semoga program ini dapat memberi peluang kepada murid untuk mengoptimumkan potensi serta bakat mereka dengan semangat perpaduan, berdaya saing serta cekal menggapai apa jua cabaran. Semoga program berimpak tinggi ini dapat memberi peluang kepada murid untuk mengoptimumkan potensi serta bakat mereka dengan semangat perpaduan, berdaya saing serta cekal menggapai apa jua cabaran pada masa hadapan. #SekolahCemerlangKBAT #KbatBinaupayaInovaiSTEM KBIuS #KBATAPLIKASISEMUA K.E.L.A.S